1. LMCP1522 PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
TUGASAN 3: AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
(SEDEKAH DAN INFAK)
DISEDIAKAN OLEH:
ADIBA BINTI ABDUL RASIB
A151294
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. DATO’ IR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
2. PENGERTIAN SEDEKAH
Sedekah secara bahasa berasal daripada (shodaqa) yang terdiri daripada tiga huruf:
Shod, dal, qaf (,ﻕ ,د )ﺹ
Sedekah bermaksud mengeluarkan harta ke jalan Allah sebagai bukti kejujuran atau
kebenaran iman seseorang. Sebagaimana Rasulullah bersabda:
ِّاألشعري عاصم بن الحارث ٍمالك أبي وعن-عنه هللا رضي-َلاَق ،:هللا ُلرسو َلاَق-عليه هللا صلىوسلم
-:مآلنَت هلل ُدمَحوال هللا َانَحْبُس َو ، َانَالميز ُألْمَت هلل ُدمَحوال ، يمانِّاإل ُرَْطش ُورُهُّالط-ُألْمَت ْوَأ-ماواتَّسال َينَب اَم
، ٌورُن ُةالَّصوال ، ِّض ْرَألا َوانَهرُب ُدقةَّصوالَكَل ٌجةُح ُآن ْرُقوال ، ٌءيا ِّض ُْربَّصوال ،َْكيَلَع ْوَأ.ِّاسَّنال ُّلُكٌعائَبَف ُودْغَي
هاُقِّبوُم ْوَأ اَهُقِّتْعُمَف ُهَسَفنمسلم رواه
Dari Abu Malik Al harits Bin Ashim Al as'ariy ra.. Ia berkata: Rasulullah bersabda: “Suci
adalah sebahagian dari iman, membaca Alhamdulillah dapat memenuhi bimbangan,
Subhanalah dan Alhamdulillah dapat memenuhi semua yang ada diantara langit dan
bumi, solat adalah cahaya, sedekah itu adalah bukti iman, sabra adalah pelita Al-Quran
untuk berhujjah terhadap yang kamu sukai ataupun terhadap yang tidak kamu sukai.
Semua orang pada waktu pagi menjual dirinya, kemudain ada yang membebaskan
dirinya dan ada pula yang membinasakan dirinya.” (HR. Muslim)
3. Sedekah juga bermaksud mengeluarkan harta yang tidak wajib di jalan Allah.
Seperti membantu orang lain dengan tenaga dan fikirannya, mengajar ilmu, bertasbih,
berzikir
قالوا ًاناس َّأن عنه هللا رضي ٍرَذ يِّبَأ ْنَع:ُي ، ِّورُجُباأل ورُثُّدال ُلأه َبَهَذ ، هللا َلوُسَر اَيَونُموُصَي َو ، يِّلَصُن اَمَك َونُّلَص
َلاَق ، ْمِّهِّلا َوْأم ِّلوُضُفِّب َونُقَّدَصَتَي َو ، ُموُصَن اَمَك:َل ُهللا َلَعَج ْدَق َيسَل َوَأِّهِّب َونُقَّدَصَت اَم ْمُك:قَدَص ٍةَحيِّبْسَت ِّلُكِّب َّإنِّلُك َو ، ًة
َمبال ٌرْأم َو ، ًةَقَدَص ٍةَليِّلْهَت ِّلُك َو ، ًةَقَدَص ٍةَديِّحمَت ِّلُك َو ، ًةَقَدَص ٍةَكبيرَتا ِّنَع ٌيَهن َو ، ٌةَقَدَص ِّوفُرْعْضُب وفي ، ٌةَقَدَص ِّرَكْنُملِّع
ٌةَقَدَص ْمُكِّدَحَأقالوا:ْأج اَهيِّف ُهَل ُونُكَي َو ُهَت َوْهَش َانُدَحَأ يِّتأَيأ ، ِّهللا َلرسو اَيَلاَق ؟ ٌر:ِّهيَلَع َانَكَأ ٍرامَح في اَهَعَض َو ْوَل ْمُتأيَأر
رواه ٌرْجَأ ُهَل َانَك ِّلالَحال في اَهَعَض َو اَذِّإ َكِّلَذفك ؟ ٌزرِّومسلم
Dari Abu Dzar radhiallahu’anhu: Sesungguhnya sebahagian dari para sahabat berkata
kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Salam: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya lebih
banyak mendapat pahala,mereka mengerjakan solat sebagaimana kami solat, mereka
berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta
mereka”. Nabi bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk
bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalaha
sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
mencegah kemungkaran adalah sedekah”. (HR. Muslim)
4. Ia juga bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim
kepada yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan
jumlah tertentu.
Suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang
mengharapkan keredhaan daripada Allah swt dan pahala semata-semata.
Sedekah dilakukan secara diam-diam dan bukan secara terang-terangan iaitu
diberitahu atau diberitakan secara umum.
Pahala sedekah akan lenyap apabila si pemberi selalu menyebut-nyebut sedekah
yang telah dilakukan olehnya atau menyakiti perasaan si penerima. Hal ini
ditegaskan Allah swt dalam firman-Nya:
“Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu
dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima.”
(QS Al-Baqarah [2]: 264)
5. PENGERTIAN INFAK
Infak adalah mengeluarkan sesuatu (harta) untuk sesuatu kepentingan yang
baik, mahupun kepentingan yang buruk. Firman Allah yang menyebut bahawa
orang-orang kafir juga meng “infak” kan harta mereka untuk menghalangi jalan
Allah:
• َّنِّإِّ َّاّلل ِّليِّبَس ْنَع واُّدُصَيِّل ْمُهَلا َوْمَأ َونُقِّفْنُي واُرَفَك َِّينذَّالَرْسَح ْمِّهْيَلَع ُونُكَت َّمُث اَهَنوُقِّفْنُيَسَفَّمُث ًةَُونبَلْغُيِّينذَّال َو
واُرَفَكَونَُرشْحُي َمَّنَهَج ىَلِّإ
“Sesungguhnya orang-orang kafir menafkahkan harta mereka untuk
menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu,
kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Dan ke
dalam Jahanamla orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” (Qs. Al-Aanfal: 36)
Selain daripada itu, infak secara istilah adalah: mengeluarkan harta untuk
sesuatu kepentingan yang diperintahkan oleh Allah subhanahu wata’ala, seperti:
menginfakkan harta untuk memenuhi keperluan keluarga.
6. Infak sering digunakan untuk beberapa hal, seperti:
• Untuk menunjukkan harta yang wajib dikeluarkan, iaitu zakat. (zakat wajib)
• Untuk menunjukkan harta yang wajib dikeluarkan selain zakat, seperti
kewajiban seorang suami memberikan nafkah untuk isteri dan anak-
anaknya. (nafkah)
• Untuk menunjukkan harta yang dianjurkan untuk dikeluarkan, tetapi tidak
sampai darjat wajib, seperti memberi wang untuk fakir miskin, menyumbang
untuk pembangunan masjid atau menolong orang yang terkena musibah.
(infak)
7. KESIMPULAN
Kesimpulannya, infak kadangnya dipakai untuk menyebut infaq wajib iaitu
zakat, kadangnya dipakai untuk menyebut infaq wajib selain zakat iaitu nafkah
keluarga dan kadangnya disebut sebagai infak tidak wajib. Manakala, sedekah
merupakan zakat wajib, dan tidak wajib