SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
Baixar para ler offline
Adnan bin Saidi                                                                                                           1



    Adnan bin Saidi
    Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan
    Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang,
    Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak
    sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin
    Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota
    tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran
    selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939.
    Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun
    dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda
    Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang
    bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

    Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei
    Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang
    rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas
    menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru
    pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu
    tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan
    untuk memasuki tentera.

    Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi                             Lt. Adnan Saidi

    memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment).
    Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan
    pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya
    dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu,
    Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus
    latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun
    ke-7, Kompeni 'C' .


    Sebagai ketua keluarga
    Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia
    Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor),
    dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas
    kejatuhan Singapura.
    Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka
    tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
    Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt.
    Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt.
    Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
    mereka bersama.
Adnan bin Saidi                                                                                                        2


    Pertempuran di Bukit Candu
    Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia) dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera
    British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran
    di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang
    memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
    Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan
    Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu
    menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan
    dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal
    permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak
    depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu,
    permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
    Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan
    kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama
    dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st
    Malaya Brigade)
    Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt.
    Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir
    Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan
    bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah
    memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada
    Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang
    dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah
    Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
    Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt.
    226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan
    jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah
    orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut
    dikelilingi dengan benteng beg pasir.
    Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki
    Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British
    India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan
    perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat
    dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya
    melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera
    Jepun berundur.
    Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan
    tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan
    peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.
Adnan bin Saidi                                                                                                           3


    Kematian Pejuang
    Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis
    senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata
    automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
    mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar
    bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
    bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak
    musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan
    tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
    sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke
    titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
    semangat      juang    orang-orangnya     untuk    bertahan
    bersunguh-sungguh.

    Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal
    of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang
    terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam
    kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas
    mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan
    berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat
    kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang                           Potret Lt. Adnan Saidi

    berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana
    keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya
    telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
    kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar.
    Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan
    mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan
    Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

    Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit
    dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di
    bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat
    mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada
    lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia
    percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi
    tidak dibakar).
    Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian
    untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah.
    Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi
    Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
          "Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang
          mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi
          mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir
          Panjang)..."
          "After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was
          holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon
          the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
Adnan bin Saidi                                                                                                        4


    Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir
    dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.


    Lihat Juga
    • Filem Leftenan Adnan (2000)


    Pautan luar
    • at Bukit Chandu, dari laman Arkib Negara Singapura [1]
    • Laman Rejimen Askar Melayu DiRaja [2]


    References
    [1] http:/ / www. s1942. org. sg/ s1942/ bukit_chandu/ homepage. htm''Reflections
    [2] http:/ / army. mod. gov. my/ ramd/ menu. html
Article Sources and Contributors                                                                                                                                                   5



    Article Sources and Contributors
    Adnan bin Saidi  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=1190722  Contributors: Abangmanuk, Afandri Adya, Che090572, Dekoelie, Harrykamil, Malekhanif, Mardetanha,
    Master2841, Naisi, Niduzzi, PM Poon, Yosri, 13 anonymous edits




    Image Sources, Licenses and Contributors
    Imej:Lt_Adnan_Saidi.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Lt_Adnan_Saidi.jpg  License: unknown  Contributors: Dekoelie
    Imej:Leftenan_adnan_saidi.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Leftenan_adnan_saidi.jpg  License: unknown  Contributors: Malekhanif




    Lesen
    Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
    http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiKamarudin Jaafar
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxLEEKAIWEN3
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaAbu Uzair
 
Peta pemikiran i think
Peta pemikiran i thinkPeta pemikiran i think
Peta pemikiran i thinksugithavijay89
 
A visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysiaA visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysiamisman amin
 
Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)
Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)
Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)rejinadaniel
 
T2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
T2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYUT2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
T2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYUTeh Boon Siang
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 
Kelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samad
Kelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samadKelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samad
Kelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samadSMK Kapit
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARASejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARAhamdan che hassan
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriasiyah97
 

Mais procurados (20)

5 sn tirani bina teknik plot
5 sn tirani bina teknik plot5 sn tirani bina teknik plot
5 sn tirani bina teknik plot
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmi
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Leftenan adnan
Leftenan adnanLeftenan adnan
Leftenan adnan
 
Bab 7 sejarah (rentap) 2
Bab 7 sejarah (rentap) 2Bab 7 sejarah (rentap) 2
Bab 7 sejarah (rentap) 2
 
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra alTunku abdul rahman ibni almarhum putra al
Tunku abdul rahman ibni almarhum putra al
 
Peta pemikiran i think
Peta pemikiran i thinkPeta pemikiran i think
Peta pemikiran i think
 
A visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysiaA visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysia
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)
Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)
Lirik lagu bsmm dan ikrar (2)
 
T2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
T2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYUT2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
T2 BAB 4 4.2 KEUNIKAN WARISAN MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU
 
Pemarkahan rumusan
Pemarkahan rumusanPemarkahan rumusan
Pemarkahan rumusan
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
Kelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samad
Kelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samadKelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samad
Kelebihan bergabung di bawah negeri negeri melayu bersekutu( sejarah) samad
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARASejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 3 KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
 

Lt Adnan

  • 1. Adnan bin Saidi 1 Adnan bin Saidi Adnan bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor. Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi Lt. Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' . Sebagai ketua keluarga Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura. Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
  • 2. Adnan bin Saidi 2 Pertempuran di Bukit Candu Pendaratan tentera Jepun di Malaya [Tanah Melayu](Malaysia) dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut. Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh. Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade) Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap). Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir. Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur. Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.
  • 3. Adnan bin Saidi 3 Kematian Pejuang Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang Potret Lt. Adnan Saidi berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu. Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar). Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942: "Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..." "After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
  • 4. Adnan bin Saidi 4 Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun. Lihat Juga • Filem Leftenan Adnan (2000) Pautan luar • at Bukit Chandu, dari laman Arkib Negara Singapura [1] • Laman Rejimen Askar Melayu DiRaja [2] References [1] http:/ / www. s1942. org. sg/ s1942/ bukit_chandu/ homepage. htm''Reflections [2] http:/ / army. mod. gov. my/ ramd/ menu. html
  • 5. Article Sources and Contributors 5 Article Sources and Contributors Adnan bin Saidi  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=1190722  Contributors: Abangmanuk, Afandri Adya, Che090572, Dekoelie, Harrykamil, Malekhanif, Mardetanha, Master2841, Naisi, Niduzzi, PM Poon, Yosri, 13 anonymous edits Image Sources, Licenses and Contributors Imej:Lt_Adnan_Saidi.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Lt_Adnan_Saidi.jpg  License: unknown  Contributors: Dekoelie Imej:Leftenan_adnan_saidi.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Leftenan_adnan_saidi.jpg  License: unknown  Contributors: Malekhanif Lesen Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/