1. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
Janet W. Learner(1971)
“Children With Learning Disabilities”
Pengamatan adalah satu prosesuntuk mengenal maklumat daripadatindak balas panca indera denganbantuan kuasa intelek.
AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARANAktiviti Pengamatan Pendengaran 1
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya.
Bahan:Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2
Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.Bahan:Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu.3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.
Penerimaan Penglihatan
Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda yang seseorang itu melihat.
Sesetengah kanak2 sukar untuk mentafsir atau menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat.
Pemulihan dijalankan untuk menolong kanak-kanak ini memahami simbol, pergerakan badan, isyarat, gambar, dan lukisan supaya ia dapat menceritakan makna objek-obejk itu.
Cadangan Aktiviti :
Ajar murid untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna dan kedudukannya.
Adakan permainan seperti menyoal – siapa yang boleh lihat dengan banyak menda-benda yang ada di sesuatu tempat dan namakannya. Contoh, bilik darjah, kedai buku, pasar, dapur dan sebagainya.
Bahagian 1
Dalam mengatasi masalah pengamatan, seseorang guru boleh memberi latihan-latihan pengamatan yang terlibat dalam latihan pengamatan bentuk, penyelarasan bentuk motor-tangan, menyalin, ingatan penglihatan, diskriminasi penglihatan dan pendengaran.
Dua jenis masalah pengamatan yang utama :
Kelemahan pengamatan penglihatan
Kelemahan pengamatan pendengaran
Kelemahan Pengamatan Penglihatan
Diskriminasi penglihatan
Penerimaan penglihatan
Perhubungan penglihatan
Ingatan visual (visual memory)
Kelemahan Pengamatan Pendengaran
Diskriminasi pendengaran
Penerimaan pendengaran (auditori reception)
Perhubungan pendengaran (auditori association)
Rumusan / melengkap pendengaran
Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran
Ingatan pendengaran (auditori memory)