Dokumen tersebut membahas tentang Wawasan 2020 yang meletakkan visi untuk membangunkan Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020. Untuk mencapai visi tersebut, dikenal pasti sembilan cabaran utama yang harus dihadapi, termasuk membentuk negara bangsa yang bersatu, membangun masyarakat berbasis industri, dan menciptakan keadilan sosial dan ekonomi.
1. Latarbelakang
Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan
satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" Semasa pelancaran
Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991.kertas kerja ini menerangkan
tentang satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".perkara ini
bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan satu tindakbalas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara Wawasan ini telah
diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang
harus diambi dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh
negara.Matlamat terakhir yangdihalakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia
yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad
kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek ekonomi,
politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia
sebagai sebuah negara merdekaakan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu,
mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang
sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil,
mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Hal ini
bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia
akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa mengikut acuan negara
maju yang ada sekarang. Kemajuan yang diimpikan ialah kemajuan yang sempurna yang
tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia
akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika
yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
9 Cabaran Wawasan 2020
CABARAN 1: Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama.
Ia lebih merujuk kepada sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum,
2. hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
CABARAN 2: Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah
menghadapi pelbagai masalah.
Maksudnya di sini, cabaran ini mahukan masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikap
ingin mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuan, tidak mengalah kepada sesiapa dan
dihormati oleh rakyat negara lain.
CABARAN 3: Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu
bentuk persefahaman matang.
Ertinya demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun.
CABARAN 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Ringkasnya, sebagai masyarakat Malaysia kenalah kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika yang tinggi.
CABARAN 5: Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
Jelasnya, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu
negara
CABARAN 6:
.
.Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
`memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (lampiran B)
Cabaran yang ke enam ini penting di tahun-tahun kelesuan ekonomi negara.Pendidikan
vokasional boleh menjadi salah satu pemangkin ekonomi negara.Pendidikan vokasional perlulah
dapat merapatkan jurang antara kurikulum dengan alam pekerjaan.Terdapat empat bidang yang
perlu diambil berat oleh pendidikan vokasional masa kini.
i. Sains dan Teknologi
Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagai negara
pengeluar.Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupan dikeluarkan dan
dipasarkan ke peringkat antarabangsa.Untuk tujuan ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka
cipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.
3. CABARAN 7: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
Ini beerti satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama
daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
CABARAN 8: Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Dalam cabaran ini lebih menjurus kepada masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi
setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika
masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum
CABARAN 9: Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh
bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.
Objektif
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia
dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan
yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan
sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti
menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama
sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar
semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai
agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika
paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur,
rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan
dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
4. (vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat
lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan
tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak
akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum; dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.
Perspektif
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan
beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan
Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-
(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam
kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang
rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,
keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara
bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan
kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran
terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi
konsep ini istilah seperti perpaduan negara,
kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
perlulah difahami dan diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian
adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020
berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses
transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka
lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di
pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan
sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan
bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
5. perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong
oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang
tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau
mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,
menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara
perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat
amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan
sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara
langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,
kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan
menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan
sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi
jentera Pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal
sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi
penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah
kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud
keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-
galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan
semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta
perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan,
keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar
bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya
telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir
terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum
golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap
keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke
dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan
dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan
Malaysia Keenam.
(iv) Moral dan Etika
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang
yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-
Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang
kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan
kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah
penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai
moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan
dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak
membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni
(seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)
akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
6. menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem
sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat
bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat
dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini
membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah
negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan
masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana
keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang
mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan
pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang
merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)
sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini
hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan
rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam
memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu
bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.
Penutup
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan
ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan
pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara
perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih
daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara
berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti
pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,
kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan
lain-lain.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi
ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action
bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu
bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar
maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut
memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah
kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,
perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan
teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
dinamik.