O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3

4.989 visualizações

Publicada em

Kesedaran Pembinaan Negara dan Bangsa

Publicada em: Educação
  • Seja o primeiro a comentar

Slaid Sejarah Ting 5 Bab 3

  1. 1. KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3
  2. 2. LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  Kerajaan Melayu tradisional wujud kerana adanya raja.  Raja bertanggungjawab memberi perlindungan politik kepada rakyat.  Sebagai balasannya, rakyat akan mengakui kekuasaan Raja.  Kesetiaan rakyat terhadap Raja menjadi penentu sempadan negeri raja.  Kerajaan yang kuat akan menaungi Negara yang lemah.  Penjajahan British menukar konsep kerajaan Melayu Tradisional kepada konsep negeri.
  3. 3. LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  British menentukan sempadan negeri dan pengenalan Malayan Union 1946 mengubah kerajaan kepada negara bangsa.  Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan Malayan Union menggabungkan negeri kepada sebuah kerajaan pusat.  31 Ogos 1957, negara merdeka dan status raja bertukar kepada raja berperlembagaan.  Konsep negara dan bangsa yang merdeka daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.
  4. 4. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.  Ia tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.  Ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan Negara bangsa moden.  Pembentukan sebuah negara moden berdasarkan sempadan rumpun negara.
  5. 5. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  Sejak zaman moden awal abad ke-16, persamaan rumpun bangsa dan Bahasa telah menjadi isu membebaskan diri daripada empayar.  Gerakan nasionalisme di Eropah membangkitkan isu tersebut untuk menyatukan wilayah-wilayah berdasarkan bangsa.  Perjanjian Damai Paris 1918 (Perancis) berakhir dengan persetujuan Deklarasi Empat Belas Woodrow Wilson.
  6. 6. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  Deklarasi menekankan nasib sesebuah negara ditentukan oleh rakyatnya sendiri.  Akibatnya, empayar Turki dan Austria-Hungary dibahagi berdasarkan bangsa.  Muncul 7 negara bangsa baru yang merdeka seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland, dan Yugoslavia.  Itali dan Jerman, negara bangsa yang dibentuk sebelum Perang Dunia Pertama.
  7. 7. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  Count Camillo Benso di Cavour bercita-cita menggabungkan seluruh Itali menggunakan konsep realpolitik.  Konsep realpolitik membenarkan pemimpin melakukan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan, dan peperangan untuk mencapai matlamat politik.  Beliau berjaya menyemarakkan sentiment anti-Austria.  1860, beliau berjaya mengambil wilayah-wilayah yang dikuasai Austria dengan bantuan Perancis.
  8. 8. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  1866, wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali sebagai balasan membantu Prusia menewaskan Austria.  1870, pengunduran Perancis daripada Rom telah digunakan sebaiknya oleh Count Camillo Benso di Cavour dengan menggabungkan Rom dengan wilayah- wilayah lain untuk membentuk Negara bangsa Itali.  Jerman wujud hasil penyatuan wilayah-wilayah bangsa Jerman oleh Otto Eduard Von Bismarck, 1871.  Beliau menggunakan konsep realpolitik ditambah dengan politik darah dan besi untuk mencapai cita- citanya menyatukan Jerman.
  9. 9. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA  Penyatuan Jerman melibatkan peperangan dengan Denmark, Austria dan Perancis.  Selain itu, kewujudan kerajaan Madinah merupakan pembinaan negara mengikut prinsip agama Islam.  Pemimpinnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggubal Perlembagaan Madinah untuk membentuk sebuah kerajaan Islam.  Penyatuan pelbagai kaum seperti orang Arab dan Yahudi dibuat secara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
  10. 10. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA  Ciri-ciri negara dan bangsa terbahagi empat iaitu negara, perlembagaan, bangsa dan kerajaan.  NEGARA  Negara merupakan wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan kawasan yang jelas, dan pemerintah yang berwibawa.  Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.  Negara kita mempunyai institusi pemerintahan yang menggubal dan melaksanakan sistem politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
  11. 11. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA  KERAJAAN  Kerajaan merupakan institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.  Sesebuah kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.  Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan bermasyarakat sebuah negara.  Di Malaysia, terdapat 3 buah badan yang menentukan hala tuju kerajaan kita iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan Badan Kehakiman.
  12. 12. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA  BANGSA  Bangsa merupakan sekumpulan manusia yang mendiami sebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.  Idea bangsa sering digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.
  13. 13. CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA  PERLEMBAGAAN  Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan atau panduan bagi mentadbir atau memerintah sesebuah negara.  Di Malaysia, ia adalah peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.  Tujuan perlembagaan digubal adalah untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
  14. 14. KESULTANAN MELAYU MELAKA – ASAS PEMBENTUKA N NEGARA & BANGSA
  15. 15. PENGENALAN  Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka yang bermula sejak awal abad ke-15.  Kesultanan Melayu Melaka pernah mencapai tahap peradaban dan kenegaraan yang tinggi sehingga menjadi empayar terkuat, pusat perdagangan yang penting, pusat kebudayaan dan pusat penyebaran Islam.  Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan warisan dalam pelbagai aspek dan menjadi contoh kepada kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya.
  16. 16.  WILAYAH PENGARUH  Kawasan tempat tinggal rakyat.  Sempadannya diterima umum.  Kawsan yang rakyatnya menerima dan memperakuai pemerintahan seorang raja.  Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan.  Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera. CIRI CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
  17. 17.  KEDAULATAN  Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.  Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak.  Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah.  Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya.  Negera itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.  Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah.
  18. 18.  LAMBANG-LAMBANG  Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara.  Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penyatuan Negara dan bangsa.  Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.
  19. 19.  UNDANG-UNDANG  Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.  Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.  Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat.  Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  20. 20.  Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa.  Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dikalangan anggota masyarakat.  Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang- uandang keluarga dan lainlain.  Undang-undang Laut Melaka  Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.
  21. 21.  RAKYAT  Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah.  Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.  Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.
  22. 22.  KERAJAAN  Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatik dengan negara lain.  Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana.
  23. 23. WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU.
  24. 24. PENGENALAN  Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan warisan kepada negeri-negeri Melayu seperti sistem pemerintahan, adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu.  Sebahagian daripada kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu adalah di bawah empayar Kesultanan Melayu Melaka, contohnya kerajaan Johor, Perak, dan Pahang telah diasaskan oleh kerabat diraja Kesultanan Melayu Melaka.  Kerajaan-kerajaan tersebut telah mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka.  Gelaran Sultan dan pewaris takhta mengikut jurai keturunan bapa menjadi ikutan kebanyakan kerajaan- kerajaan Melayu.
  25. 25. UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR  Unsur asas pembinaan sebuah negara dan bangsa ialah perlembagaan bertulis.  1895, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar.  Tujuannya adalah untuk memodenkan dan memantapkan sistem pentadbiran Johor supaya dapat menghalang British menguasai negeri tersebut.
  26. 26.  Antara perkara yang terdapat di dalamnya ialah:  Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta.  Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor.  Agama Islam sebagai agama negeri.  Perlembagaannya mengikut Perlembagaan Barat.
  27. 27.  Menurut undang-undang tersebut:  Raja hendaklah berbangsa Melayu.  Lelaki  Beragama Islam  Waris pemerintah Johor.  Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.  Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
  28. 28.  Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagi 2:  Majlis Negeri  Dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua.  Berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat (Fasal 49).  Jemaah Menteri  Terdiri daripada 8-12 orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri.  Mereka berbangsa Melayu dan merupakan rakyat Johor.
  29. 29.  Setiap pegawai yang dilantik mesti mengangkat sumpah dan memberi taat setia kepada raja dan kerajaan.  Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki Raja atau Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan 3 orang ahli Jemaah Menteri.  Penggubalan perlembagaan didorong oleh keinginan pemerintah untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
  30. 30. KELANTAN: SISTEM JEMAAH MENTERI  Sistem Jemaah Menteri telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I (1801-1836).  Baginda telah melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran baginda.  Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbiran Kelantan.  8 badan Jemaah Menteri, setiap satu dianggotai 4 orang pembesar.  Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing- masing.  Sejak 1842, berlaku perubahan dalam struktur pentadbiran Kelantan.
  31. 31.  Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.  Golongan ini membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda.
  32. 32.  Antara jawatan dan tugas yang diamanahkan kepada Jemaah Menteri ialah:
  33. 33. TERENGGANU: UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU  Sultan Zainal Abidin III ( 1881 -1918 ) memerintah selepas kebangkitan Sultan Ahmad Shah.  1911, Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (Ittiqan - ilmuluk bi-ta’dil il- suluk) bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan.  Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.  Tujuan - menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
  34. 34.  Undang- undang ini :  Mengekalkan amalan sistem monarki.  Agama Islam, agama negeri.  Pemerintahan raja berperlembagaan.  Raja beragama Islam, Melayu, lelaki dan waris Sultan yang memerintah.  Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.  Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, Melayu, rakyat Terengganu dan mengaku taat setia.
  35. 35.  Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai Menteri Besar yang dilantik Sultan.  Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan Sultan.  Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.  Perlembagaan bertulis menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai tulang belakang untuk mengekalkan kedaulatan Terengganu.
  36. 36.  Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu mengandungi:  Pelantikan Raja  Syarat menjadi Raja  Waris takhta  Tertib Raja  Zuriat Sultan  Raja yang belum cukup umur  Tegahan kepada Raja  Sara hidup kerabat diRaja
  37. 37.  Menteri:  Bilangan Menteri  Kesetiaan Menteri  Pelantikan menteri  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  Tanggungjawab pembesar  Kedudukan agama Islam  Ketaatan kepada pemerintah  Kesalahan khianat kepada negeri  Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar  Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan  Mengadakan perjanjian  Hubungan kerajaan dengan kerajaan lain.
  38. 38. NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN  Negeri Sembilan merupakan gabungansembilan buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.  Abad ke-18, mempunyai raja sendiri iaitu Raja Melewar dan diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti.  Negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip kerajaan pesekutuan sebelum terbentuknya negeri-negeri Melayu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British.  Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
  39. 39.  Pelantikan pembesar dilakukan oleh Undang, Lembaga, Buapak, dan Anak Buah.  Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan Baginda dengan Undang.  Negeri Sembilan dibahagi kepada 4 luak utama (daerah):  Rembau  Sungai Ujong  Jelebu  Johol
  40. 40.  Ketua setiap luak ialah Undang dan dipilih oleh Lembaga.  Undang melantik Yang diPertuan Besar.  Lembaga dilantik Buapak dan merupakan ketua suku anggota masyarakat.  Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.  Buapak merupakan Ketua Perut dan setiap anggota Perut dikenali Anak Buah.
  41. 41.  Buapak tempat merujuk setiap masalah terutamanya yang berkaitan dengan adat.  Sistem ini menunjukkan unsur demokrasi di mana kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat.  Sistem ini melahirkan peraturan hidup, mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku.
  42. 42. TAMAT TERIMA KASIH

×