1. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK
KAJIAN BACAAN ARTIKEL:
Oleh
Wong Siew Sin
M20092001103
Tajuk Ulasan Artikel:
Pembangunan Dan Penilaian Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) Multimedia Interaktif Pendidikan Jasmani
Tingkatan Satu Bagi Tajuk “Kecergasan Fizikal”
Kajian Oleh:
Dr. Mohd. Arif Ismail ; Mohd Haizam Bin Ahmad (UKM) dan Dr. Rosnaini
Mahmud (UPM)
Artikel ini adalah kajian yang membincangkan tentang pembangunan dan
penilaian perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
multimedia interaktif Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu bagi tajuk kecergasan fizikal.
Kajian ini dijalankan oleh Dr. Mohd. Arif Ismail, Mohd Haizam bin Ahmad dari
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr. Rosnaini Mahmud dari Universiti Pertanian
Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan yang melibatkan 7
orang guru PJK yang terdiri daripada 2 orang guru opsyen dan 5 orang guru yang bukan
opsyen dari SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang. Kajian yang dijalankan bertujuan
untuk mengkaji keberkesanan penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi
permasalahan kajian dan soalan-soalan kajian yang telah dikenal pasti.
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah situasi
apabila komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran. Alensi
& Trollip (1985) mendefinisikan PPBK sebagai penggunaan komputer untuk
menyampaikan maklumat, membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar samada
kesemuanya sekali atau sebahagiannya sahaja. PPBK asalnya di US dan dipanggil
sebagai CAI (Computer Aided Instruction) atau CBI (Computer Based Instruction). Di
UK pula, ianya dipanggil CAL (Computer Aided Instruction) atau CBL (Computer Based
Learning). Di Malaysia ianya dikenali dengan istilah PPBK (Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer). Ringkasnya, PPBK ialah penggunaan komputer
2. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK
dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengajar. Ianya mungkin sebahagian kecil
daripada pengajaran dan pembelajaran ataupun keseluruhan pengajaran dan
pembelajaran. Komputer dijadikan sebagai alat atau tool dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran.
Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran wajib dalam sistem pendidikan di
Malaysia, namun kepentingannya masih tidak dapat dirasai dalam pelaksanaan mata
pelajaran tersebut (Wee 2004). Desma (2001) juga mendapati mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan khususnya di peringkat sekolah menengah sedang mengalami
ketidakstabilan iaitu kurang diminati di kalangan pelajar. Antara masalah yang dikenal
pasti ialah pengabaian subjek PJK kerana ianya tidak diuji dalam peperiksaan,
kekurangan guru terlatih dalam bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak
mencukupi, tiada sokongan dari sekolah dan ibu-bapa, cuaca yang tidak mengizinkan dan
guru tidak jelas dengan matlamat Pendidikan Jasmani (Hamdan 2002; De Vries 1995;
Abu Bakar 1987; Daud 1985; Cheah 1985). Selain itu, mata pelajaran Pendidikan
Jasmani juga dilihat sebagai satu subjek yang mengganggu kelancaran kurikulum di
sekolah (Hamdan 2002).
Berdasarkan masalah-masalah tersebut, maka kajian ini dijalankan untuk menjawab
persoalan kajian iaitu: 1. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan dapat
menyelesaikan masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru yang
mengajar subjek PJK? 2. Adakah PPBK Kecergasan Fizikal yang digunakan
mempunyai perbezaan signifikan dari aspek persepsi guru berdasarkan penyelesaian
masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK Kecergasan mengikut perbezaan opsyen
pengajaran mereka?
Dalam kajian ini, hipotesis nol yang diuji ialah tidak terdapat perbezaan signifikan
dari aspek persepsi guru mengenai penyelesaian masalah P&P dalam pengajaran PJK
menggunakan PPBK Kecergasan Fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran. Kajian
ini dijalankan dengan kaedah tinjauan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan
penggunaan perisian PPBK ini dalam mengatasi permasalahan kajian dan soalan-soalan
kajian yang telah dikenal pasti. Data-data yang diperolehi melalui instrumen soal selidik
adalah dalam bentuk kuantitatif yang diperlukan untuk menganalisis data dalam bentuk
diskriptif dan inferensi iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.
Bagi menilai perisian kursus yang siap dibangunkan pula, responden diberikan soalan
3. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK
penilaian sumatif dalam bentuk soal selidik yang direka bentuk oleh pengkaji sendiri
berdasarkan tujuan dan objektif kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi
menganalisis keperluan pengguna dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
PJK adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen soal selidik tersebut diberikan
kepada guru dan pelajar untuk mendapatkan data daripada mereka.
Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa PPBK kecergasan fizikal
membantu guru dalam mempelbagaikan strategi P&P PJK mereka. Dapatan ini juga
menunjukkan bahawa kepelbagaian strategi pengajaran dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dan menganggap mata pelajaran PJK sebagai satu mata pelajaran yang
menyeronokkan ketika belajar. Selain itu, dapatan juga membuktikan bahawa PPBK
kecergasan fizikal dapat membantu guru meningkatkan kemahiran P&P PJK mereka di
mana guru akan berasa yakin untuk menunjukkan cara latihan senaman kecergasan
fizikal kepada pelajar serta yakin untuk mengajar tajuk tersebut setelah mengakses
perisian ini. Dapatan yang diperolehi juga menunjukkan perisian PPBK kecergasan
fizikal dapat membantu P&P PJK untuk terus berjalan walaupun pada masa hujan atau
pada bulan puasa dengan menggunakan bilik tayangan di sekolah di samping membantu
para guru untuk pelaksanaan silibus yang lebih teratur.
Kesimpulannya, perisian PPBK kecergasan fizikal yang dibangunkan dapat
menyelesaikan masalah-masalah P&P dalam pengajaran PJK menurut persepsi guru-guru
yang mengajar subjek PJK dan juga dapat membawa suatu perubahan persepsi guru
berdasarkan penyelesaian masalah P&P PJK selepas menggunakan PPBK kecergasan
fizikal mengikut perbezaan opsyen pengajaran mereka. Ringkasnya, PPBK merupakan
satu alternatif dalam P&P dan komputer bukannya menggantikan guru dalam kelas tetapi
membantu guru dalam pelaksanaan P&P. Telah banyak kajian dibuat tentang PPBK ini,
namun kajian akan tinggal kajian dan cadangan akan tinggal cadangan di atas kertas
andainya pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil apa-apa tindakan susulan.
Begitu juga jika tindakan susulan telah diambil, pelbagai kursus telah dianjurkan,
kemudahan infrastruktur fizikal di sekolah telah dilengkapkan, namun semua itu sia-sia
andainya para guru atau pendidik tidak mengubah sikap ingin memajukan diri dan
berusaha mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi tentang
penggunaan komputer ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Maka, apalah gunanya teknologi andai kita tidak menggunakannya.
4. KPT 6043 PENGAJARAN BERASASKAN WEB
DAN ELEKTRONIK
Rujukan artikel-artikel lain yang berkaitan:
1. Reka Bentuk dan Pembangunan Perisian Kursus Multimedia Pendidikan
Seksualiti Malaysia (MSE)
Oleh Azizah Jaafar dan Chan Siew Lee
Design and Development of Malaysia Sexuality Education Multimedia
Courseware
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 125 - 142
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2034_2%202009/pdf/Bab
%209.pdf
2. Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Di Kalangan
Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 4 Di Negeri Sembilan
Oleh Mohd Aris bin Othman
Universiti Sains Malaysia
2007
http://eprints.usm.my/9087/
3. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu Komputer
(PPBK) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua
(Elektif Pilihan Teknikal) Lukisan Teknik Bertajuk Hamparan
Oleh Rosman bin Mohammad
Universiti Teknologi Malaysia
2008
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ROSMANBP050156D200
8TTP.pdf
4. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Oleh Nazri Bin Abu Bakar , Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh,
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes dan Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak
http://compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/Penggunaan
%2520Komputer%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf
5. http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching