SlideShare a Scribd company logo
1 of 53
BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU
     SEKOLAH RENDAH


      MINGGU ULANGKAJI
    SOALAN 25 - SOALAN 32

               AHLI KUMPULAN:
       MOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI
             N0RSYAHIDA BINTI ANI
          NORSYAFIQAH BINTI ZULKIFLI
     WAN NUR AZIEMAH IZYAN BINTI WAN HASHIM
SOALAN 25
 Jelaskan peringkat-
peringkat kefahaman
     membaca.
Peringkat-peringkat

              kreatif
             penilaian
             Inferens
               literal
literal
• Dari segi bahasa, literal bermaksud berasaskan makna sebenar

  atau makna biasa kata-kata yang digunakan; tegasnya bukan

  makna kiasan atau makna yang tersirat.

• Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Pembaca

  hanya perlu mengingat dan menyatakan apa-apa yang terdapat

  dalam teks.

• Antara kemahiran literal ialah memahami makna

  perkataan, termasuk menyatakan perkataan seerti dan perkataan

  berlawan bagi sesuatu perkataan yang terdapat dalam teks.
• Kemahiran lain yang terlibat ialah memahami

  penggunaan tanda baca, mengecam dan mengingat isi

  teks, dan menyatakan urutan peristiwa.
• Sebagai contoh, jawapan terhadap soalan-soalan
  yang berikut hanya memerlukan proses pemikiran
  literal yang sangat mudah:

• 1. Apakah peristiwa yang berlaku pada petang itu?
• 2. Di manakah peristiwa itu berlaku?
• Tahap literal termasuk juga keupayaan
 menyatakan atau mengungkapkan kandungan
 bacaan dengan kata-kata lain tanpa mengubah
 makna atau maksud asalnya. Istilah yang lazim
 digunakan untuk kebolehan ini ialah
 memparafrasa.
inferens
• Dari segi bahasa, inferens bermaksud
  kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta
  atau asas tertentu.
• Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang
  kompleks. Pembaca perlu menggunakan
  maklumat literal dan pengetahuan sedia ada
  untuk membuat kesimpulan.
• Antara kemahiran pemahaman yang terlibat
  ialah menyatakan sebab akibat, membanding
  beza, mengesan tujuan penulis, mengesan idea
  tersirat, membuat analogi, dan membuat
  ramalan.
• Jawapan terhadap soalan-soalan yang
  berikut menggunakan tahap kefahaman
  inferens:

  1.
• Ada ikan masak gulai,
  Bulan terang pagi hari;
  Kalau tuan bijak pandai,
  Apakah binatang keris di kaki?
• keupayaan pembaca menunjukkan hubungan
  sebab dan akibat yang terdapat dalam teks.
• Misalnya, murid diminta mengenal pasti
  hubungan sebab dan akibat yang tiada
  petunjuknya dalam teks.
• Jika petunjuk hubungan sebab dan akibat itu
  terdapat dalam teks, tahap kefahaman itu
  hanya pada peringkat literal sahaja.
• Termasuk juga dalam tahap kefahaman
  inferens ini ialah keupayaan memberikan
  interpretasi terhadap unsur-unsur bahasa
  seperti kiasan, peribahasa dan metafora.
penilaian
• Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang
  lebih kompleks jika dibandingkan dengan tahap
  inferens.
• Antara kemahiran pemahaman yang terlibat
  ialah menilai sama ada sesuatu
  peristiwa, watak, atau isu merupakan realiti
  atau fantasi; sama ada sesuatu penyataan
  ialah fakta atau pendapat; sama ada sesuatu
  penyataan ialah propaganda atau kebenaran;
  dan menilai kewajaran, ketepatan, dan
  kesesuaian tindakan watak dengan memberi
  alasan.
kreatif
•   Dari segi bahasa, kreatif bermaksud mempunyai kebolehan
    mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan
    asli.

•   Lazimnya, bahan bacaan yang digunakan termasuk dalam kategori kreatif
    juga seperti puisi, cerpen dan drama. Sebagai contoh, seseorang yang
    berasa bahawa dirinya hidup bersama-sama watak-watak dalam sesuatu
    cerita yang sedang dibacanya dikatakan menghayati cerita itu.

•   Antara kemahiran memahami yang tergolong dalam tahap kreatif pula
    ialah keupayaan menyatakan keberkesanan gaya bahasa dan gaya
    penulisan untuk menimbulkan kesan yang diharapkan seperti keinsafan
    dalam diri pembaca.
SOALAN 26



Bincangkan aspek-aspek
 yang sesuai dinilai bagi
   kemahiran bertutur.
Penilaian kemahiran bertutur dinilai
                 dari segi
•   Sebutan,
•   Tekanan,
•   Jeda,
•   Intonasi Tatabahasa,
•   Kelancaran Dan
•   Kefasihan
1. Sebutan
• Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila
  pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap
  abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan
  ayat.
• Selain melatih murid-murid menyebut dengan
  tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul
  mengikut bunyi,ejaan dan makna.
• Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di
  kalangan murid-murid bahasa kedua.
• Gangguan bahasa ibunda yang sering
  menghalang pembelajaran mereka.
2. Tekanan
• Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat
  dengan memberikan tekanan pada tempat-
  tempat tertentu.
• Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan
  ia bertujuan untuk menandakan keras atau
  lembut sesuatu pengucapan.
• Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak
  membezakan makna tetapi hanya untuk
  percakapan atau bacaan yang baik dan berkesan.
• Untuk menandakan tempat atau aspek yang
  perlu diberi perhatian..
3. Jeda
• Disebut sebagai persendirian.
• Unsur ini digunakan untuk memisahkan
  elemen-elemen lingustik seperti perkataan,
  rangkai kata atau ayat.
• Jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
• Lambang jeda ditanda seperti ini # dan
  apabila digunakan ia boleh membawa makna
  yang berbeza
4. Intonasi
• Keadaan yang menaik dan menurun sewaktu
  sesuatu ayat dilafazkan.
• Kadangkala disebut nada suara.
• Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya
  tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat
  yang dituturkan.
• Intonasi boleh menurun
  ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya.
• Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang
  menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata
  mempunyai intonasi yang menurun.
• 5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atau
  undang-undang yang menggabungkan
  perkataan untuk membentuk ayat. Antara
  aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi
  dan sintasis.
6. Kelancaran
• Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau
  bercakap dengan baik dan kemas.
• Dinilai melalui kelancarannya menyampaikan
  idea, pandangan atau hujah yang
  baik, bernas, licin dan teratur.
7. Kefasihan
• Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja
  dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar
  tetapi boleh membunyikan kata atau
  menyebut perkataan yang dituturkan itu
  secara tepat dan jelas.
• Hal ini bererti seseorang itu menuturkan
  bahasa itu seperti seorang penutur jati.
Soalan 27
    Jelaskan cara-cara mengesan
kelemahan kemahiran lisan dan cara
           membaikinya.
Cara-cara mengesan kelemahan
             kemahiran lisan
• Dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan
  mereka kettika menjalankan gerak kerja /aktiviti lisan.
• Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan
  merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang
  antara lain menguji keupayaan murid untuk:
   – Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
   – Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen lingusitik
     bahasa.
   – Memahami konsep dan maksud perkataan/ayat.
   – Melakukan ‘auding’ yang merangkumi aspek-aspek pengamatan
     pendengaran.
   – Mendengar secara kritikal.
• Guru boleh mengesan dengan menganalisa
  rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan
  kepada sebutan-sebutan atau pengujaran
  murid-murid.
• Guru boleh menguji kefahaman murid
  mengenai perkara-perkara yang didengarnya
  dengan menyediakan item-item soalan yang
  khusus berkaitan ‘auding’.
Cara membaiki kelemahan lisan
• Guru sendiri menjadi model sebagai penutur
  yang baik untuk ditiru oleh murid.
• Guru mempergiatkan lagi gerak kerja / aktiviti
  lisan untuk murid.
• Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan
  dan intonasi terutama kelemahan khusus
  murid-murid.
• Guru mempelbagaikan aktiviti dalam
  pengajaran dan pembelajaran.
• Guru menjalankan peneguhan serta
  pengukuhan serta merta.
• Guru menggabungjalinkan lisan dengan
  kemahiran bacaan dan tulisan dalam
  pengajaran dan pembelajaran.
• Guru mewujudkan situasi-situasi yang
  menggalakkan murid melalui susun atur
  tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
Soalan 28
Apa yang dimaksudkan dengan kontrak
            pembelajaran?
  Jelaskan fungsi dan cara penilaian
   melalui kontrak pembelajaran ini
Definisi Kontrak Pembelajaran
Dikenali sebagai perjanjian pembelajaran.
Merupakan suatu persetujuan / konstrak
 antara guru dengan pelajar berhubung dengan
 sesuatu tugasan secara bertulis.
Fungsi
• Melatih pelajar membuat refleksi dan andaian
  serta ramalan terhadap proses dan
  perancangan tugasan.
• Memberi peluang pelajar menentukan
  matlamat pembelajaran masing-masing
  mengikut minat dan keupayaan sendiri.
• Menghasilkan kerja yang terancang.
• Membantu pelajar membuat refleksi
  sepanjang proses kerjanya.
Cara Penilaian
• Melalui pelbagai cara ikut tahap penglibatan
  pelajar iaitu;
  – Penetapan objektif tugasan.
  – Hasil pembelajaran
  – Penilaian
Penetapan objektif tugasan
• Objektif ditentukan oleh guru sementara
  pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
• Beberapa set objektif disarankan oleh
  guru, pelajar memilih mana-mana yang
  difikirkan sesuai ATAU
• Pelajar merangka beberapa objektif, dan
  kemudian pilih mana-mana paling
  sesuai dengan persetujuan guru.
Hasil pembelajaran
• Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi
  pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada
  dalam bentuk portfolio, laporan
  kajian, rencana dll)
• Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah
  ditentukan oleh guru.
Penilaian
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem
  pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan
  tugasan ATAU
• Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah
  penilaian keseluruhan proses pelaksanaan
  tugasan ATAU
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan
  pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru
  hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin
  kesahan dan kebolehpercayaannya.
Jelaskan dengan alasan yang munasabah
  prinsip-prinsip penyoalan yang wajar
   diamalkan oleh para guru semasa
  membuat penilaian secara penyoalan
Pembentukan soalan
• Aras soalan hendaklah sesuai mengikut
  umur, kebolehan dan pengalaman pelajar.
• Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan
  yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran
  dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi
  tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan
  kanak-kanak prasekolah.
• Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah
  mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai
  dengan peringkat umur contohnya istilah yang
  tidak sesuai digunakan seperti
  rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan
  sebagainya.
• Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke
  semasa untuk menarik minat pelajar.
  Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain-
  lain lagi.
• Bentuk soalan yang mendorong pelajar
  berfikir. elakkan soalan yang mengandungi
  jawapan sendiri seperti “bumi kita berbentuk
  sfera yang besar, betulkah?”
• Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan
  jelas.
Teknik mengemukakan soalan
• Untuk menggalakkan setiap pelajar
  memikirkan jawapan ,guru haruslah
  mengemukakan soalan terlebih
  dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa
  mereka berfikir, kemudian menyebut namanya
  supaya menjawab.
• Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan
  kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan
  memberi soalan mengikut susunan tempat
  duduk pelajar dalam kelas.
• Untuk memastikan semua pelajar mengambil
  perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh
  seorang pelajar , guru boleh memanggil
  seorang pelajar lain
• Mengulang jawapan pelajar itu.
• Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya
  menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat
  sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar
  oleh semua pelajar. Pastikan juga semua
  pelajar telah bersedia mendengar soalan guru
Penerimaan jawapan pelajar
• Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang
  telah memberi jawapan yang betul untuk
  menggalakkan pelajar berusaha memberi
  jawapan dengan baik.
• Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini
  akan menggalakkan pelajar lain tidak
  memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar.
• Jika jawapan yang diberi adalah baik dan
  penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan
  itu.
• Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain
  melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat
  kepada jawapannya.
• Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh
  mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah
  atau memberi petua-petua yang berkaitan.
• Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan
  secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara
  beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal.
• Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi
  jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk
  mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba
  menjawab soalan guru.
SOALAN 30



 Jeniskan empat teknik
pengujian untuk menguji
 kemahiran mendengar.
• Sebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diuji
  berdasarkan konteks yang sebenar.
• Oleh sebab situasi di sekolah menghadapi
  kekangan untuk mendapatkan konteks
  tersebut, jadi guru perlu menyediakan konteks
  yang berupa simulasi dan sampel daripada situasi
  mendengar tersebut.
• Antara teknik bagi menguji kemahiran
  mendengar itu ialah:
  i. Ujian Mendengar Petikan
  ii. Ujian Mendengar Paragraf
  iii. Ujian Imlak
• Iv. Memadankan pendengaran dengan gambar
i. Ujian Mendengar Petikan
• Petikan tidak diedarkan kepada pelajar kerana
  ini bukan kemahiran membaca. Pelajar hanya
  dikehendaki mendengar petikan yang dibaca
  oleh guru dan kemudiaannya menjawab
  soalan yang ditanyakan.
ii. Ujian Mendengar Paragraf
• Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah
  perenggan kecil.
• Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan
  (dibacakan dengan nyaring) oleh guru berasingan dari
  segi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antara
  satu dengan yang lain.
• Setiap paragraf merupakan satu petikan yang diambil
  daripada sumber yang berlainan.
• Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada beberapa
  petikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya.
• Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang
  berkaitan dengannya.
iii. Ujian Imlak
• Sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller
  (1979).

• Menurut beliau, ujian imlak bukanlah semata-mata ujian tentang ejaan
  malahan lebih daripada itu.

• Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran ‘mendengar’ dalam
  sesuatu bahasa dan ‘kefahaman’ mengenainya dalam bahasa yang
  didengar.

• Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan
  dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa
  tersebut, sama ada dari segi fonologi (sistem
  bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem
  maknanya).
• Dengan itu, imlak tepat menguji kefahaman
  pendengaran dalam sesuatu bahasa, dan
  bukan ejaan semata-mata.

• Kemahiran mengeja menjadi penting kerana
  pendengar dikehendaki menulis semula apa-
  apa yang didengarnya dalam ujian imlak.

• Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah
  menulis semula sesuatu keratan (petikan
  paragraf) yang diperdengarkan.
• Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang
  telah dipetik daripada buku atau majalah. Dari
  segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki
  mendengar dengan teliti, memahami apa yang
  didengar dan menulis semula apa yang didengar.
• Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah
  dan menengah. Pemeriksaan dan
  pemarkahannya adalah secara objektif; dan
  ketekalan pengukuran antara pemeriksa adalah
  sangat tinggi.
SOALAN 31
  Mengapakah kemahiran
pertuturan penting dan perlu
    diajarkan di sekolah?
KONSEP PERTUTURAN
• Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa
  yang dilafazkan
• Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia
  berlaku setelah si penutur itu dapat
  mendengar dan memahami dengan baik apa
  yang didengarnya
• Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan
  jantina boleh mempengaruhi kemahiran
  bertutur
• Individu lebih banyak belajar bertutur melalui
  pengalaman daripada kecerdasan otaknya
• Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan
  memberi tumpuan kepada aspek
  fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan
  sistem bunyi yang lain
KEPENTINGAN KEMAHIRAN
           PERTUTURAN
• Membolehkan murid menyebut dengan jelas
• Membolehkan murid menyampaikan atau
  melahirkan pendapat peribadi
• Murid dapat menunjuk arah dengan betul
  kepada sesiapa yang bertanya kepada mereka
  berkaitan arah
• Bertemu ramah
• Murid dapat memberi penerangan dan
  memberi alasan
• Membolehkan murid membina soalan untuk
  mencari maklumat
• Membolehkan murid bertukar-tukar pendapat
  dan maklumat
• Murid dapat melaporkan peristiwa dan
  memberi sesuatu huraian dengan tepat
• Bertutur secara bertatasusila
• Murid dapat bertutur dengan menggunakan
  bahasa yang tepat dan sesuai dengan
  pendengar dan situasi
SOALAN 32
 APAKAH PERKARA-PERKARA YANG
PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA
   MENYEDIAKAN INSTRUMEN
        PENILAIAN LISAN
• Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan
  rangsangan perlu jelas dan mudah difahami
• Aktiviti/bahan boleh merangsang murid
  mengeluarkan idea
• Pelbagai bentuk soalan seperti soalan
  bertumpu dan bercapah digunakan untuk
  merangsang murid berfikir
• Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan
  murid

More Related Content

What's hot

Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaHubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaIjal Mustofa
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaNurul Othman
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaRizza Magfira
 
Keterampilan berbahasa indonesia 1
Keterampilan berbahasa indonesia 1Keterampilan berbahasa indonesia 1
Keterampilan berbahasa indonesia 1fara dillah
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...FAJAR MENTARI
 
Hakikat menulis dalam bahasa Indonesia
Hakikat menulis dalam bahasa IndonesiaHakikat menulis dalam bahasa Indonesia
Hakikat menulis dalam bahasa IndonesiaNia Suharta
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasanuar nani
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasataufiq99
 
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainHubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainIjal Mustofa
 
keterampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifketerampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifTohir Haliwaza
 
Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturKemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturSireh Si Oren
 

What's hot (20)

Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaHubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran Membaca
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Keterampilan berbahasa indonesia 1
Keterampilan berbahasa indonesia 1Keterampilan berbahasa indonesia 1
Keterampilan berbahasa indonesia 1
 
Membaca
MembacaMembaca
Membaca
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
 
Perencanaan pengajaran membaca
Perencanaan pengajaran membacaPerencanaan pengajaran membaca
Perencanaan pengajaran membaca
 
Hakikat menulis dalam bahasa Indonesia
Hakikat menulis dalam bahasa IndonesiaHakikat menulis dalam bahasa Indonesia
Hakikat menulis dalam bahasa Indonesia
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasaKemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Keterampilan Membaca
Keterampilan MembacaKeterampilan Membaca
Keterampilan Membaca
 
MATERI 1 - Menulis dan Keterampilan Berbahasa
MATERI 1 - Menulis dan Keterampilan BerbahasaMATERI 1 - Menulis dan Keterampilan Berbahasa
MATERI 1 - Menulis dan Keterampilan Berbahasa
 
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainHubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
keterampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktifketerampilan berbahasa produktif
keterampilan berbahasa produktif
 
Iif l.q
Iif l.qIif l.q
Iif l.q
 
Kemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertuturKemahiran mendengar dan bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur
 
Pertemuan 9
Pertemuan 9Pertemuan 9
Pertemuan 9
 

Similar to SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanIzzati Zamburi
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Hazean Erdawaty
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturaisyasensei
 
Konsep modul literasi (program l inus) asas 3
Konsep modul literasi (program l inus) asas 3Konsep modul literasi (program l inus) asas 3
Konsep modul literasi (program l inus) asas 3Mohd Junal Seman
 
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zamanKonsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zamanSKPA_2
 
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zamanKonsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zamanSKPA_2
 
14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahya14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahyavinaserevina
 
ATP B. Indonesia Kelas 1.doc
ATP B. Indonesia  Kelas 1.docATP B. Indonesia  Kelas 1.doc
ATP B. Indonesia Kelas 1.docMuhamadSidik24
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Abd Mutalib
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Hishamuddin Jabar
 
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1Modul Guruku
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Penilaian Kemahiran Mendengar
Penilaian Kemahiran Mendengar Penilaian Kemahiran Mendengar
Penilaian Kemahiran Mendengar hidayah456
 

Similar to SOALAN ULANGKAJI BMM 3103 (20)

Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
 
Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa Penilaian kemahiran bahasa
Penilaian kemahiran bahasa
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Bmm 3103
Bmm 3103Bmm 3103
Bmm 3103
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
 
Konsep modul literasi (program l inus) asas 3
Konsep modul literasi (program l inus) asas 3Konsep modul literasi (program l inus) asas 3
Konsep modul literasi (program l inus) asas 3
 
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zamanKonsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
 
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zamanKonsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
Konsep modul literasi asas 3 hj khairul zaman
 
Bmm 3103
Bmm 3103Bmm 3103
Bmm 3103
 
2 model pembelajaran
2 model pembelajaran2 model pembelajaran
2 model pembelajaran
 
14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahya14.vina serevina fandi cahya
14.vina serevina fandi cahya
 
Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15
 
ATP B. Indonesia Kelas 1.doc
ATP B. Indonesia  Kelas 1.docATP B. Indonesia  Kelas 1.doc
ATP B. Indonesia Kelas 1.doc
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104Pengenalan bm3104
Pengenalan bm3104
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
 
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Penilaian Kemahiran Mendengar
Penilaian Kemahiran Mendengar Penilaian Kemahiran Mendengar
Penilaian Kemahiran Mendengar
 

More from Wan Nur Aziemah Izyan (20)

Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Instrumen melalui kertas kerja
Instrumen melalui kertas kerjaInstrumen melalui kertas kerja
Instrumen melalui kertas kerja
 
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membacaInstrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
 
Penilaian pengalaman pembelajaran
Penilaian pengalaman pembelajaranPenilaian pengalaman pembelajaran
Penilaian pengalaman pembelajaran
 
Instrumen penilaian melalui portfolio
Instrumen penilaian melalui portfolioInstrumen penilaian melalui portfolio
Instrumen penilaian melalui portfolio
 
Instrumen penilaian melalui pemerhatian
Instrumen penilaian melalui pemerhatianInstrumen penilaian melalui pemerhatian
Instrumen penilaian melalui pemerhatian
 
Instrumen penilaian melalui pemerhatian
Instrumen penilaian melalui pemerhatianInstrumen penilaian melalui pemerhatian
Instrumen penilaian melalui pemerhatian
 
Instrumen penilaian melalui pemerhatian
Instrumen penilaian melalui pemerhatianInstrumen penilaian melalui pemerhatian
Instrumen penilaian melalui pemerhatian
 
Instrumen penilaian melalui projek
Instrumen penilaian melalui projekInstrumen penilaian melalui projek
Instrumen penilaian melalui projek
 
Instrumen penilaian aktivti bahasa - SAJAK-
Instrumen penilaian aktivti bahasa - SAJAK-Instrumen penilaian aktivti bahasa - SAJAK-
Instrumen penilaian aktivti bahasa - SAJAK-
 
Bengkel pembinaan soalan
Bengkel pembinaan soalanBengkel pembinaan soalan
Bengkel pembinaan soalan
 
Aspek Penilaian dan Standard Prestasi
Aspek Penilaian dan Standard PrestasiAspek Penilaian dan Standard Prestasi
Aspek Penilaian dan Standard Prestasi
 
AMALI SAJAK
AMALI SAJAK AMALI SAJAK
AMALI SAJAK
 
Contoh Format Kontrak Pembelajaran
Contoh Format Kontrak PembelajaranContoh Format Kontrak Pembelajaran
Contoh Format Kontrak Pembelajaran
 
Amali ujian kemajuan
Amali ujian kemajuanAmali ujian kemajuan
Amali ujian kemajuan
 

SOALAN ULANGKAJI BMM 3103

  • 1. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH MINGGU ULANGKAJI SOALAN 25 - SOALAN 32 AHLI KUMPULAN:  MOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI  N0RSYAHIDA BINTI ANI  NORSYAFIQAH BINTI ZULKIFLI  WAN NUR AZIEMAH IZYAN BINTI WAN HASHIM
  • 2. SOALAN 25 Jelaskan peringkat- peringkat kefahaman membaca.
  • 3. Peringkat-peringkat kreatif penilaian Inferens literal
  • 4. literal • Dari segi bahasa, literal bermaksud berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yang digunakan; tegasnya bukan makna kiasan atau makna yang tersirat. • Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Pembaca hanya perlu mengingat dan menyatakan apa-apa yang terdapat dalam teks. • Antara kemahiran literal ialah memahami makna perkataan, termasuk menyatakan perkataan seerti dan perkataan berlawan bagi sesuatu perkataan yang terdapat dalam teks.
  • 5. • Kemahiran lain yang terlibat ialah memahami penggunaan tanda baca, mengecam dan mengingat isi teks, dan menyatakan urutan peristiwa. • Sebagai contoh, jawapan terhadap soalan-soalan yang berikut hanya memerlukan proses pemikiran literal yang sangat mudah: • 1. Apakah peristiwa yang berlaku pada petang itu? • 2. Di manakah peristiwa itu berlaku?
  • 6. • Tahap literal termasuk juga keupayaan menyatakan atau mengungkapkan kandungan bacaan dengan kata-kata lain tanpa mengubah makna atau maksud asalnya. Istilah yang lazim digunakan untuk kebolehan ini ialah memparafrasa.
  • 7. inferens • Dari segi bahasa, inferens bermaksud kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta atau asas tertentu. • Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang kompleks. Pembaca perlu menggunakan maklumat literal dan pengetahuan sedia ada untuk membuat kesimpulan. • Antara kemahiran pemahaman yang terlibat ialah menyatakan sebab akibat, membanding beza, mengesan tujuan penulis, mengesan idea tersirat, membuat analogi, dan membuat ramalan.
  • 8. • Jawapan terhadap soalan-soalan yang berikut menggunakan tahap kefahaman inferens: 1. • Ada ikan masak gulai, Bulan terang pagi hari; Kalau tuan bijak pandai, Apakah binatang keris di kaki?
  • 9. • keupayaan pembaca menunjukkan hubungan sebab dan akibat yang terdapat dalam teks. • Misalnya, murid diminta mengenal pasti hubungan sebab dan akibat yang tiada petunjuknya dalam teks. • Jika petunjuk hubungan sebab dan akibat itu terdapat dalam teks, tahap kefahaman itu hanya pada peringkat literal sahaja. • Termasuk juga dalam tahap kefahaman inferens ini ialah keupayaan memberikan interpretasi terhadap unsur-unsur bahasa seperti kiasan, peribahasa dan metafora.
  • 10. penilaian • Tahap ini memerlukan proses pemikiran yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan tahap inferens. • Antara kemahiran pemahaman yang terlibat ialah menilai sama ada sesuatu peristiwa, watak, atau isu merupakan realiti atau fantasi; sama ada sesuatu penyataan ialah fakta atau pendapat; sama ada sesuatu penyataan ialah propaganda atau kebenaran; dan menilai kewajaran, ketepatan, dan kesesuaian tindakan watak dengan memberi alasan.
  • 11. kreatif • Dari segi bahasa, kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baharu dan asli. • Lazimnya, bahan bacaan yang digunakan termasuk dalam kategori kreatif juga seperti puisi, cerpen dan drama. Sebagai contoh, seseorang yang berasa bahawa dirinya hidup bersama-sama watak-watak dalam sesuatu cerita yang sedang dibacanya dikatakan menghayati cerita itu. • Antara kemahiran memahami yang tergolong dalam tahap kreatif pula ialah keupayaan menyatakan keberkesanan gaya bahasa dan gaya penulisan untuk menimbulkan kesan yang diharapkan seperti keinsafan dalam diri pembaca.
  • 12. SOALAN 26 Bincangkan aspek-aspek yang sesuai dinilai bagi kemahiran bertutur.
  • 13. Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi • Sebutan, • Tekanan, • Jeda, • Intonasi Tatabahasa, • Kelancaran Dan • Kefasihan
  • 14. 1. Sebutan • Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. • Selain melatih murid-murid menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna. • Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua. • Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka.
  • 15. 2. Tekanan • Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat- tempat tertentu. • Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. • Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna tetapi hanya untuk percakapan atau bacaan yang baik dan berkesan. • Untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian..
  • 16. 3. Jeda • Disebut sebagai persendirian. • Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. • Jeda digunakan sebagai hentian sebentar. • Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza
  • 17. 4. Intonasi • Keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan. • Kadangkala disebut nada suara. • Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. • Intonasi boleh menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. • Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun.
  • 18. • 5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis.
  • 19. 6. Kelancaran • Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. • Dinilai melalui kelancarannya menyampaikan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur.
  • 20. 7. Kefasihan • Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. • Hal ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati.
  • 21. Soalan 27 Jelaskan cara-cara mengesan kelemahan kemahiran lisan dan cara membaikinya.
  • 22. Cara-cara mengesan kelemahan kemahiran lisan • Dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka kettika menjalankan gerak kerja /aktiviti lisan. • Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain menguji keupayaan murid untuk: – Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa. – Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen lingusitik bahasa. – Memahami konsep dan maksud perkataan/ayat. – Melakukan ‘auding’ yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran. – Mendengar secara kritikal.
  • 23. • Guru boleh mengesan dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. • Guru boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ‘auding’.
  • 24. Cara membaiki kelemahan lisan • Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid. • Guru mempergiatkan lagi gerak kerja / aktiviti lisan untuk murid. • Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. • Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 25. • Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta. • Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. • Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
  • 26. Soalan 28 Apa yang dimaksudkan dengan kontrak pembelajaran? Jelaskan fungsi dan cara penilaian melalui kontrak pembelajaran ini
  • 27. Definisi Kontrak Pembelajaran Dikenali sebagai perjanjian pembelajaran. Merupakan suatu persetujuan / konstrak antara guru dengan pelajar berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
  • 28. Fungsi • Melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan perancangan tugasan. • Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri. • Menghasilkan kerja yang terancang. • Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya.
  • 29. Cara Penilaian • Melalui pelbagai cara ikut tahap penglibatan pelajar iaitu; – Penetapan objektif tugasan. – Hasil pembelajaran – Penilaian
  • 30. Penetapan objektif tugasan • Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU • Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU • Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru.
  • 31. Hasil pembelajaran • Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll) • Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru.
  • 32. Penilaian • Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU • Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU • Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU • Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaannya.
  • 33. Jelaskan dengan alasan yang munasabah prinsip-prinsip penyoalan yang wajar diamalkan oleh para guru semasa membuat penilaian secara penyoalan
  • 34. Pembentukan soalan • Aras soalan hendaklah sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman pelajar. • Guru haruslah merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan sebelum aktiviti pengajaran dimulakan.contohnya soalan betul salah, isi tepat kosong. Padankan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah. • Perkataan dan istilah yang digunakan haruslah mudah difahami oleh kanak-kanak. Sesuai dengan peringkat umur contohnya istilah yang tidak sesuai digunakan seperti rumuskan, tafsirkan, buat hipotesis dan sebagainya.
  • 35. • Bentuk soalan hendaklah diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat pelajar. Contohnya siapa, kenapa, bila, apa dan lain- lain lagi. • Bentuk soalan yang mendorong pelajar berfikir. elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti “bumi kita berbentuk sfera yang besar, betulkah?” • Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas.
  • 36. Teknik mengemukakan soalan • Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan ,guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab. • Tujukan soalan kepada seluruh klas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas.
  • 37. • Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain • Mengulang jawapan pelajar itu. • Untuk menarik perhatian pelajar guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru
  • 38. Penerimaan jawapan pelajar • Pujian hendaklah diberikan kepada pelajar yang telah memberi jawapan yang betul untuk menggalakkan pelajar berusaha memberi jawapan dengan baik. • Elakkan amalan mengulangi jawapan pelajar. Ini akan menggalakkan pelajar lain tidak memperdulikan jawapan yang diberi oleh pelajar. • Jika jawapan yang diberi adalah baik dan penting, minta pelajar lain mengulangi jawapan itu.
  • 39. • Jika jawapan kurang lengkap, minta pelajar lain melengkapkannya atau guru boleh memberi maklumat kepada jawapannya. • Jika pelajar tidak boleh menjawab,guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. • Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. • Elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru.
  • 40. SOALAN 30 Jeniskan empat teknik pengujian untuk menguji kemahiran mendengar.
  • 41. • Sebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diuji berdasarkan konteks yang sebenar. • Oleh sebab situasi di sekolah menghadapi kekangan untuk mendapatkan konteks tersebut, jadi guru perlu menyediakan konteks yang berupa simulasi dan sampel daripada situasi mendengar tersebut. • Antara teknik bagi menguji kemahiran mendengar itu ialah: i. Ujian Mendengar Petikan ii. Ujian Mendengar Paragraf iii. Ujian Imlak • Iv. Memadankan pendengaran dengan gambar
  • 42. i. Ujian Mendengar Petikan • Petikan tidak diedarkan kepada pelajar kerana ini bukan kemahiran membaca. Pelajar hanya dikehendaki mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan kemudiaannya menjawab soalan yang ditanyakan.
  • 43. ii. Ujian Mendengar Paragraf • Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah perenggan kecil. • Dalam teknik ini paragraf pendek yang diperdengarkan (dibacakan dengan nyaring) oleh guru berasingan dari segi cerita, tema atau isinya, dan tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. • Setiap paragraf merupakan satu petikan yang diambil daripada sumber yang berlainan. • Sesuatu ujian itu mungkin terdiri daripada beberapa petikan (paragraf) A, B, C, D, E, F dan seterusnya. • Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.
  • 44. iii. Ujian Imlak • Sebagai satu ujian kemahiran mendengar telah diutarakan oleh Oller (1979). • Menurut beliau, ujian imlak bukanlah semata-mata ujian tentang ejaan malahan lebih daripada itu. • Bagi beliau, imlak menguji konstrak kemahiran ‘mendengar’ dalam sesuatu bahasa dan ‘kefahaman’ mengenainya dalam bahasa yang didengar. • Seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi fonologi (sistem bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem maknanya).
  • 45. • Dengan itu, imlak tepat menguji kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa, dan bukan ejaan semata-mata. • Kemahiran mengeja menjadi penting kerana pendengar dikehendaki menulis semula apa- apa yang didengarnya dalam ujian imlak. • Ujian imlak yang dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula sesuatu keratan (petikan paragraf) yang diperdengarkan.
  • 46. • Guru hanya membacakan bahan yang sesuai yang telah dipetik daripada buku atau majalah. Dari segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar. • Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Pemeriksaan dan pemarkahannya adalah secara objektif; dan ketekalan pengukuran antara pemeriksa adalah sangat tinggi.
  • 47. SOALAN 31 Mengapakah kemahiran pertuturan penting dan perlu diajarkan di sekolah?
  • 48. KONSEP PERTUTURAN • Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan • Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya • Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur
  • 49. • Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya • Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain
  • 50. KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERTUTURAN • Membolehkan murid menyebut dengan jelas • Membolehkan murid menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi • Murid dapat menunjuk arah dengan betul kepada sesiapa yang bertanya kepada mereka berkaitan arah • Bertemu ramah • Murid dapat memberi penerangan dan memberi alasan
  • 51. • Membolehkan murid membina soalan untuk mencari maklumat • Membolehkan murid bertukar-tukar pendapat dan maklumat • Murid dapat melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat • Bertutur secara bertatasusila • Murid dapat bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi
  • 52. SOALAN 32 APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MENYEDIAKAN INSTRUMEN PENILAIAN LISAN
  • 53. • Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami • Aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea • Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir • Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid