Anúncio

Sistem pendawaian tersembunyi

Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi em Md Emran Saidi
25 de Dec de 2013
Anúncio

Mais conteúdo relacionado

Anúncio
Anúncio

Sistem pendawaian tersembunyi

  1. MD EMRAN BIN SAIDI
  2.        Sistem pendawaian tersembunyi Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori (alatambah). Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian tersembunyi Bekalan voltan satu fasa (fasa tunggal). Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen. Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama. Kadar kuasa yang dipasang adalah kecil.
  3. Ø Jenis-jenis kabel yang digunakan Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan iaitu kabel bersalut pvk.  Kaedah pemasangan kabel Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaannya pendawaian dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu, kabel-kebel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel
  4. Jarak penyokong konduit     Saiz nominal konduit 1     Jarak maksimum di antara pelana dan bar   Logam keras   Penebatan kertas   Lembut Mendatar 2 mm Tidak melebihi 16 Lebih 16 dan tidak lebih 25 Lebih 25 dan tidak lebih 40 Melebihi 40 Memugak 3 Mendatar 4 Memugak 5 Mendatar 6 Memugak 7   mm 0.75 1.75 2.0 2.25   mm 1.0 2.0 2.25 2.5   mm 0.75 1.5 1.75 2.0   mm 1.0 1.75 2.0 2.0   mm 0. 0.4 0.6 0.8   mm 0.5 0.6 0.8 1.0
  5. Faktor ruang Faktor ruang ialah satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan rentas kabel (termasuk penebat dan sebarang salutan) dengan luas keratan rentas dalam bagi konduit atau sesalur atau salur.
  6. Peraturan IEE bagi konduit Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel. Semua alat kelengkapan jenis periksa seperti tee, sesiku dan kotan simpang mestilah dipasang supaya mudah dicapai bagi tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula. Faktor ruang dalam konduit boleh ditentukan daripada pemilihan saiz nominal konduit dengan merujuk jadual yang diberi. Jejari dalam bagi setiap selekoh mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali garispusat luar konduit.
  7. Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan bush getah untuk mengelakkan daripada kabel rosak. Bagi konduit jenis logam, ia mesti dibumikan. Kabel dalam konduit yang membawa arus ulangalik mestilah dipasang supaya semua fasa bagi satu litar masuk dalam konduit yang sama. Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu ambient. Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam mestilah ditentukan bahawa suhu ambientnya tidak melebihi 60ºC dan beratnya tidak melebihi 3 kg.
  8. Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya. Faktor bagi sesalur Dimensi sesalur mm x mm Faktor 50 x 37.5 767 50 x 50 1037 75 x 25 738 75 x 37.5 1146 75 x 50 1555 75 x 75 2371 100 x 25 993 100 x 37.5 1542 100 x 50 2091 100 x 75 3189 100 x 100 4252
  9. FAKTOR KABEL BAGI SESALUR Faktor kabel bagi sesalur Jenis pengalir 7.4 2.5 Lembar Faktor 1.5 Pejal Luas muka keratan rentas pengalir mm² 10.2 1.5 8.1 2.5 11.4 4 15.2 6 22.9 10 36.3
Anúncio