SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK


                  TAJUK TUGASAN 1:

                        Seni Lukis


           KUMPULAN :   UPSI-A25 (A112PJJ)

                  DISEDIAKAN OLEH :
    NAMA                  NO. ID        NO. TELEFON

TAN BEE SIM        D20102044284         012-5614097

               NAMA TUTOR E-LEARNING:
  CIK ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR

                    TARIKH SERAH:
                        4 MEI 2012
TAN BEE SIM (D20102044284)

                                  ISI KANDUNGAN

                                 Tajuk                                   Halaman
1. Pengenalan                                                                  4
2. Seni Lukis                                                                 4-8
3. Jenis-jenis Lukisan                                                        9-13
4. Seni Lukis dengan Kepelbagaian Etnik Di Malaysia                       13-15
5. Peningkatan Seni dalam Pendidikan DI Malaysia                              15
6. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak                              16-17
7. Pembelajaran Kanak-kanak dalam Seni Lukis                              18-20
8. Kepentingan Seni dalam Pendidikan kepada Pendidik                      21-22
9. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Lukis dalam           23-25
   Pendidikan
10. Meningkatkan Kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia       26-28
11. Penghubungkaitan Seni terhadap Keperlbagaian Budaya di Malaysia       29-31
12. Kesimpulan                                                                31
   Bibliografi                                                                32




                                  KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          2
TAN BEE SIM (D20102044284)

Tajuk Tugasan 1:

Huraikan secara teperinci bagaimana bidang SENI LUKIS dapat menyumbang kepada
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran
terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.




1. Pengenalan

      Seni sebagai suatu bentuk ekspresi seniman memiliki sifat-sifat kreatif, emosional,
   individual, abadi dan universal. Sesuai dengan salah satu sifat seni yakni kreatif, maka
   seni sebagai kegiatan manusia selalu melahirkan kreasi-kreasi baru, mengikuti nilai-nilai
   yang berkembang di masyarakat.

      Seni juga merupakan hal yang menjadikan dunia terasa indah, tanpa seni tidak ada
   yang dapat dirasakan begitu indah. Tuhan menciptakan dunia dan seluruh kekayaan
   yang ada di dalamnya dengan seni dan penuh dengan keindahan. Hal ini dapat terlihat
   dari beragamnya warna yang ada dalam dunia, air berwarna bening, langit berwarna biru,
   tanah berwarna coklat, pepohon berwarna hijau dan sebagainya. Semua ciptaan ini
   penuh dengan seni.

      Keindahan dan kehalusan nilai-nilai estetika yang dipaparkan menerusi karya-karya
   agung seniman tanah air melambangkan keunggulan seni warisan bangsa. Malahan
   sentuhan kreatif ini turut mencerminkan perkembangan masyarakat dan tamadun
   manusia. Menurut Muliyadi Mahamood:




              “Seni lahir dalam masyarakat, dihasilkan oleh mayarakat dan
              dihayati oleh masyarakat juga”

                     (Dipetik daripada : Katalog Ilham. (2001), ms:11)




      Hal ini menjelaskan hubungan seni dengan sejarah ketamadunan manusia
   merupakan suatu yang sukar untuk dipisahkan meskipun di dalam era pasca moden. Ini
   kerana sejarah seni bergerak seiring dengan arus perkembangan tamadun manusia.




                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak           3
TAN BEE SIM (D20102044284)

     Menurut Kamus Dewan Edisi, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik
 dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
 Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni,
 bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan
 adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah
 sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Tuhan. Kedua-dua ini saling
 berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika
 yang tinggi.

     Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak -
 kanak dengan peningkatan daya persepsi, kreativiti dan estetika. Matlamatnya ialah
 untuk melahirkan individu yang berbudaya dangan adanya pertimbangan kesenian,
 berjiwa kreatif, inovatif, inventif serta jati diri yang tinggi.

     Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni lukis (seni visual), seni
 muzik dan seni pergerakan dapat membantu pembentukan insan yang lebih bersifat
 menyeluruh dan holistik.




                                      KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak    4
TAN BEE SIM (D20102044284)

2. Seni Lukis

      Seni lukis didesfinasikan sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri,
   penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar di ketengahkan di dalam hasil
   seni, di dalam menyampaikan idea, perasaan, emosi serta kepercayaan di dalam bentuk
   yang paling efektif.

      Seni lukis merupakan satu cabang dari seni rupa. Seni lukis adalah sebuah
   perkembangan yang lebih kukuh daripada menggambar. Melukis merupakan seni di
   mana kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi
   untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja, seperti
   kanvas, kertas dan papan. Film di dalam fotografi juga boleh dianggap sebagai media
   lukisan. Pelbagai jenis alat digunakan dengan boleh memberikan imej tertentu kepada
   media yang digunakan.

      Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama
   dalam    kerja-kerja    seni   seperti    lukisan.   Berdasarkan   kepada   skema     dalam
   perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan
   kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Disebabkan setiap kanak-kanak
   mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut
   tahapnya sendiri.

      Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian
   terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-kanak
   lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik
   perhatian mereka.

      Skema kanak-kanak merangkumi peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol,
   dan peringkat praremaja.

           Peringkat manipulatif:

                Pada      peringkat   ini,   kanak-kanak   tidak   mempunyai   kawalan   pada
            pergerakan tangan. Lukisan mereka tidak realistic, banyak menggunakan
            garisan. Garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Pada peringkat ini,
            aktiviti melukis lebih kepada mendapat kepuasan dan keseronokan melukis
            atau memegang peralatan melukis.            adalah mengikut gaya dan cara yang
            mereka sukai.



                                       KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          5
TAN BEE SIM (D20102044284)

          Peringkat membuat simbol:

              Kanak-kanak yang berumur antara enam tahun hingga sembilan tahun
           mengalami peringkat membuat simbol. Mereka boleh menghasilkan simbol
           kerana kawalan tangan mereka mula seimbang. Didapati kanak-kanak pada
           peringkat ini mudah dipengaruhi persekitaran. Apabila kanak-kanak semakin
           membesar, mereka mula membuat perkaitan antara imej dan idea. Biasanya ia
           suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri atau pengalaman mereka
           Lukisan mereka kini lebih memberi makna terhadap bentuk yang dilukis dan
           bentuk ini beransur-ansur menjadi simbol bagi mewakilkan objek sebenar.

              Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan hasil kerja yang lebih
           menyeluruh seperti gambaran manusia telah dapat dilukis dengan lengkap
           termasuk kaki, tangan, hidung, gigi. Mereka juga mula menggunakan kreativiti
           untuk memasukkan elemen pakaian dan rambut pula biasanya dilukis dengan
           beberapa siri garisan. Imej juga biasanya dilukis lebih besar seperti orang lebih
           besar daripada latar belakang. Penyesuai warna juga pada peringkat ini seperti
           langit warna biru dan pokok warna hijau.

         Peringkat praremaja

              Peringkat praremaja bagi kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun
           hingga 13 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak cuba melukis figura dengan
           saiz yang betul dimana lukisannya lebih rasional dengan pilihan warna yang
           lebih tepat dengan adanya bayang-bayang pada lukisan. Gardner (1980)
           mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak
           untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan
           apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan mereka.

    Kanak-kanak pada peringkat awalnya suka menconteng bagi meluah perasaan
 secara spontan. Seterusnya, kanak-kanak mula melakar dan mampu melukis secara
 lebih sistematik dan kemudian mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang,
 perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah.

    Melukis boleh ditakrifkan sebagai satu teknik menggambar dengan menggunakan
 media kering atau warna yang paling minimum. Apabila kanak-kanak mula melukis,
 kesan-kesan garisan yang dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan
 yang digunakan dapat menghasilkan gambaran yang hampir tepat dengan objek
 sebenar. Melalui latihan dan bimbingan, kanak-kanak pasti dapat melukis dengan baik.

                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak           6
TAN BEE SIM (D20102044284)

    Terdapat tiga teknik melukis yang biasa digunakan, iaitu

        a. Teknik pensel- menggunakan teknik gosokan dan teknik garisan selari.

        b. Teknik pensel warna- menggunakan teknik garisan kontur dan teknik garisan
            menyilang tidak tentu.

        c. Teknik oil pastel - menggunakan teknik pensel dan pensel warna.

    Dalam seni lukis, terdapat unsur yang penting dalam pengubalan sesuatu karya iaitu
 unsur garisan dan bentuk. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
 mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,
 jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni
 lukis. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu.

    Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan
 melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk
 sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar
 atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan
 berkomputer 3 dimensi.




                         Rajah 1: Contoh lukisan kanak-kanak.

    Dalam seni lukis juga, aspek warna merupakan perkara penting dalam menbentuk
 sesuatu imej yang menarik. Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah
 langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan
 aktiviti mewarna pada awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan
 tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain. Bagi
 murid-murid untuk mengenal warna mereka memerlukan pelbagai maklumat yang
 mudah dah tepat. Misalnya apabila guru menunjukkan buah epal dan katakan ia
 berwarna hijau, kemungkinan murid akan beranggapan bahawa bentuk epal membawa

                                  KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak            7
TAN BEE SIM (D20102044284)

 maksud warna hijau. Namun guru seharusnya menunjukkan dengan jelas bahawa bukan
 buah epal sahaja yang berwarna hijau. Sebaliknya warna hijau mungkin pada fabrik kain
 atau dedaun. Guru juga harus menjelaskan ada banyak warna-warna lain di
 sekelilingnya kehidupan mereka sama ada ia di dalam atau di luar rumah. Dalam hal ini
 apabila murid sudah boleh mengenal warna, mudah untuk mereka melakukan aktiviti
 mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Mewarna ini
 membantu murid mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna
 lukisan.

    Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat, iaitu warna asas, warna
 sekunder, warna tertier dan warna neutral. Warna asas juga dikenali sebagai warna
 premari. Terdapat tiga warna dikenali sebagai warna asas dan warna-warna ini dikenali
 sebagai warna asas kerana boleh menghasilkan warna lain. Warna sekunder ialah
 campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama. Warna tertier ialah campuran
 warna asas dengan warna sekunder dan warna neutral adalah warna hitam dan putih.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         8
TAN BEE SIM (D20102044284)

3. Jenis-jenis Lukisan

   Lukisan dapat dibahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:




                         Rajah 2: Contoh-contoh Lukisan Figuratif

   3.1. Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau
        binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis
        figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang
        menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.




                           Rajah 3: Contoh-contoh Lukisan Kajian

   3.2. Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda dengan merakamkan pada
        subjek yang dikaji. Misalnya memasukkan unsure jalinan, cahaya dan struktur
        bentuk yang terperinci ataupun kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis
        perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian.




                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        9
TAN BEE SIM (D20102044284)




                       Rajah 4: Contoh-contoh Lukisan Gesture

 3.3. Lukisan Gesture: Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad
      pada pergelangan tangan. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni
      grafik.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras
      antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis




 3.4. Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan,
      kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran
      yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.




                       Rajah 5: Contoh-contoh Lukisan Teknikal

 3.5. Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik.
      Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk
      melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan
      pengguna.




                                KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      10
TAN BEE SIM (D20102044284)




                      Rajah 6: Contoh-contoh Lukisan Konseptual

 3.6. Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi
      yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem
      seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita
      tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.




                        Rajah 7: Contoh-contoh Lukisan Artistik

 3.7. Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan.
      Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah
      karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan
      idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         11
TAN BEE SIM (D20102044284)




                         Rajah 8: Contoh-contoh Lukisan Ilustrasi

 3.8. Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam
      seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi.
      Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam
      kemahiran melukis figuratif.




                         Rajah 9: Contoh-contoh Lukisan Toyism

 3.9. Lukisan Toyism: Stail lukisan aliran itu diterjemahkan dengan penuh imaginasi
      atau bersifat kiasan dan bukannya objek abstrak yang memfokuskan aspek
      kehidupan alam dan manusia semata-mata. Manifesto lukisan tersebut lebih
      mendominasikan garis panduan seperti warna kontras dan luahan kreativiti pelukis.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        12
TAN BEE SIM (D20102044284)




                       Rajah 10: Contoh-contoh Lukisan Kartun

 3.10. Lukisan Kartun menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk
      menggambarkan watak-watak kartun. Biasanya lukisan kartun ini digambarkan
      melalui tema jenaka.




                               KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak       13
TAN BEE SIM (D20102044284)

4. Seni Lukis dengan Kepelbagaian Etnik Di Malaysia

       Seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200
   tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara
   mulai tahun 1930-an saja.

       Terdapat sekolah seni lukis peringkat tinggi yang menawarkan ijazah seni halus
   kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya. Melalui institusi inilah ramai
   pelukis berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun ke tahun. Ianya menyumbang kepada
   perkembangan dunia seni lukis Malaysia.

       Di samping itu, ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka
   ini sama ada belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang berpengalaman.
   Kelompok ini juga turut sama menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis
   Malaysia.

       Dalam aliran seni lukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran
   daripada barat kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh kerana itu,
   aliran seni lukis formal di Malaysia dianggap sebagai ranting daripada aliran dari barat.
   Walaupun terdapat aliran daripada Asia seperti aliran seni lukis Cina, India dan Islam,
   biasanya ia hanya diamalkan oleh kelompok etnik tertentu atau pengamal sesuatu
   fahaman. Tiada pendidikan formal untuk aliran sebegini yang diiktiraf berbanding aliran
   seni lukis barat.

       Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan seni lukis mereka
   lebih kepada pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi. Terdapat juga
   individu yang berpengalaman menurunkan pengalaman dan kebolehan mereka kepada
   generasi baru yang belajar daripadanya. Maka kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan
   formal berkarya tanpa dibelengu oleh mana-mana aliran dan penghasilkan karya mereka
   bercampur-baur dengan pelbagai gaya dan aliran.

       Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia seni lukis Malaysia
   kepada beberapa kelompok:

   a. Kelompok pertama adalah seni lukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana
       kebanyakkan pengamalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh sekolah-
       sekolah seni lukis kebangsaan dan mempunyai jaringan dengan pendidikan tinggi
       peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri daripada semua etnik di Malaysia.



                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          14
TAN BEE SIM (D20102044284)

   b. Kelompok kedua ialah seni lukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana
      mereka mempunyai sistem pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina sahaja.
      Namun begitu terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya menjadi
      pengamal. Bagi kaum India terdapat juga pengamal aliran seni lukis kuno mereka
      tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan biasanya tertumpu kepada seni lukis yang
      bersifat ritual. Terdapat juga kaum Melayu yang beragama Islam mempelajari aliran
      seni     lukis    Islam.   Walaupun     mendapat    sokongan   penuh    pemerintah,
      perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal dan
      popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta tidak banyak
      perubahan yang ketara sejak dahulu lagi, Akibatnya aliran ini terkurung dalam
      lingkungan agama dan kepercayaan sahaja.

   c. Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal. Kelompok
      ini    biasanya    menumpukan      kepada     penguasaan   kemahiran   semata-mata.
      Kebanyakkan daripada mereka menumpukan kepada perkhidmatan seni lukis seperti
      melukis potret atau tempahan lukisan hiasan. Mereka tidak ghairah mengambil tahu
      perkembangan dan gaya semasa seni lukis antarabangsa. Ada juga yang kekal
      dalam gaya seni lukis yang tipikal untuk satu tempoh yang panjang.

      Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia seni lukis di Malaysia dan
   berkembang dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam proses
   pembinaan dan perubahan seni lukis di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai
   salah ikon budaya negara. Penglibatan pemerintah dalam menyediakan infrastruktur,
   sokongan dan galakkan banyak membantu pertumbuhan bidang ini.




5. Peningkatan Seni dalam Pendidikan Di Sekolah

      Aktiviti pendidikan seni menjadi satu cabang komunikasi di sekolah. Guru perlu
   memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul untuk memenuhi keperluan
   komunikasi pelajar. Guru juga perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan
   menumpukan perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran dengan
   menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai.

      Seni dalam pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka
   pelbagai sudut yang mereka dengar, lihat, sentuh dan berfikir dalam aktiviti
   pembelajaran. Selain itu, anak-anak murid juga perlu menangani sumber imaginasi,
   kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif.

                                     KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak      15
TAN BEE SIM (D20102044284)

6. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak

   Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
   mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang
   dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
   kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak
   terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta
   Aspek Sosial dan Emosi.

   6.1. Aspek Kognitif

           Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama
       ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang
       tersusun dan terancang       dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai
       keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
       membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan
       pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya
       ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif
       kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan
       tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara
       spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang
       permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan
       tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih
       bervariasi dengan menunjukkan minat.

   6.2. Aspek Fizikal

           Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni
       memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan
       koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil,
       kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan
       perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.

   6.3. Aspek Kreativiti

           Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
       mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan
       seni lukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

   6.4. Aspek Persepsi

                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        16
TAN BEE SIM (D20102044284)

         Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan
     penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai
     konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan
     hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan
     menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding
     apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang
     lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri.

 6.5. Aspek Sosial dan Emosi

         Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat
     meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan
     yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak
     juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak-
     kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai
     atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak-
     kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai
     akan menambah emosi kepada lukisan mereka.


    Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian
 yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entiti.
 Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak tidak mudah "tukar
 saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik kepada pemikiran
 saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut
 matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains, komunikasi dan seni
 bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-bulatan yang bertindih.
 Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat dicadangkan kerana mereka
 merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan
 kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara
 analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik.
 Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh
 merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        17
TAN BEE SIM (D20102044284)

7. Pembelajaran kanak-kanak dalam Seni Lukis.
      “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”.
   Mengikut Robert M. Gagne (1970)       dalam The Condition of Learning, pembelajaran
   merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan,
   tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.

      Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran
   dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang                dengan
   membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan
   tindak balas yang baru.

      Kurikulum merujuk kepada semua pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di
   dalam program yang ditetapkan. Hal ini merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak
   yang dirancang secara khusus melalui pengalaman samada secara langsung atau tidak
   langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang
   telah dibentuk adalah belajar sambil bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak-
   kanak adalah pengalaman mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanak-
   kanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan diberi peluang melihat kucing, arnab dan
   hamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak menerima pembelajaran melalui
   pengalaman mereka bermain dengan haiwan–haiwan peliharaan itu.


   7.1. Pendekatan bertema
      Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan
   kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang
   berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk
   dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya
   mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu
   kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek
   pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.
      Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut
   sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta
   teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk
   menghubungkait     mata   pelajaran   yang   diajar   dengan   mata    pelajaran   lain.
   Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi
   peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
   mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan
   penentuan tema, guru haruslah mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih
   hendaklah berasaskan kepada kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada
                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak          18
TAN BEE SIM (D20102044284)

 murid, tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan
 bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai
 banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih, dan guru perlu memastikan tema
 pengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih
 mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid
 untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang
 menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran
 seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan
 mengekspresi bakat (melukis).


 7.2. Penghubungjalinan
    Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran
 dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan
 perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti
 yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor
 dan afektif mereka.
    Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih
 berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-
 murid sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat
 model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka.
    Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya
 intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya.
 Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang
 boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan
 suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti
 nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat
 membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman
 verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan
 muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan
 pembelajaran lebih menyeronokkan.


    Matematik boleh di gunakan di dalam seni. Kanak-kanak selalunya menjumlahkan
 bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antara satu
 sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan
 banyak lagi. Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau
 lukis. Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan


                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak       19
TAN BEE SIM (D20102044284)

 mata, jari dan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenalpasti
 bentuk-bentuk geometri di dalam seni.
    Sains boleh digunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan eksperimen
 dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemur di
 tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna asaa
 yang menghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang
 kepekatan cecair dan daya tekanan.
    Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatu samada secara
 nonverbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan menceritakan kepada
 kita apa yang telah dicipta atau reka. Kanak-kanak membaca kerja seni mereka,
 sepertimana orang dewasa membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak
 menikmati jalan cerita dan tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya
 bersama-sama guru. Kanak-kanak yang lebih besar akan cenderung untuk mencetak
 perkataan sendiri sebagai jalan cerita. Mereka akan mencipta dan mengeja dengan
 salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana ia adalah peringkat terpenting untuk kanak-
 kanakbermula untuk menulis dan membaca. Menconteng, membuat tanda, dan
 mengecat adalah peringkat terpenting dalam perkembangan mewarna dan menulis.
    Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak melibatkan bahasa dan tidak
 melibatkan   kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh menyelesaikannya
 sendiri dan membuat pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masa terbaik
 untuk kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi
 peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka
 dapat berbincang dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu
 kanak-kanak menggunakan perkatan dengan betul.




                                KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        20
TAN BEE SIM (D20102044284)

8. Kepentingan Seni dalam Pendidikan kepada Pendidik

   Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan
seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan
aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni
dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses
pengajaran Seni dalam dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran
dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni
kepada seorang pendidik seperti:

   8.1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan
       dan professional

       Dengan penghayatan seni seperti seni lukis yang betul akan memotivasikan kita
   untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang,
   berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik
   perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
   Contohnya melalui aktiviti seni lukis guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan
   diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan
   imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan supaya murid-murid seronok dalam belajar.

   8.2. Membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
       mudah.

       Seni lukis membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
   lukis memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam ala mini. Begitu juga
   seni lukis membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
   pembelajaran.

   8.3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat

       Integrasi seni lukis dalam pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan
   perkembangan otak kiri dan kanak. Perkembangan otak kiri dan kanan menyatakan
   bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutamanya
   untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         21
TAN BEE SIM (D20102044284)

 dengan berkesan. Maka, guru lebih senang mencapai objektif dan matlamat dalam
 pengajaran dan pembelajaran.

 8.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan
     pembelajaran

    Dalam Teori Kecergasa Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
 tujuh jenis kecergasan. Akan tetapi sekolah adalah memberi penekanan kepada
 kecergasan linguistic dan matematik sahaja supaya anak-anak murid mendapat
 keputusan yang cemerlang. Kecergasan lain mungkin akan terabai. Sebenarnya, teori ini
 menyokong seni lukis perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana
 memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik
 pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
 kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan
 lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi
 pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni lukis, perkara seperti
 pemupukan nilai dan pemahaman unsur ang terature seni dihubungkaitkan dengan
 kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses
 membuat sentiasa ditegas.




                                KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        22
TAN BEE SIM (D20102044284)

9. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran seni lukis dalam pendidikan.

   9.1. Seni lukis cabang komunikasi

      Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya “Art, Artist dan Art Education”
   menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu
   cabang komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum
   mereka berupaya untuk bertutur. Ianya menjadikan seni lukis sebagai alat perhubungan
   yang berkesan untuk berinteraksi.

      Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang
   betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan
   menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
   Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada
   perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
   pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai.

      Seni lukis dalam pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak
   untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh dan
   berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara
   tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,
   pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

   9.2. Pengalaman optima melalui seni lukis membawa kepada keyakinan diri dan
       kemahiran belajar.

      Selaras dengan sains dan teknologi, seni lukis dalam pendidikan dapat membantu
   membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari
   ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
   kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita
   pakai. Warna yang lembut, terang atau gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan
   kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apbila kita menggunakan pilihan warna
   yang lembut, iaiya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka
   minda untuk mendapat kan kemahiran yang kita pelajari.

   9.3. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi

      Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan
   lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat
   membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         23
TAN BEE SIM (D20102044284)

 warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu. Justera itu,
 kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

 9.4. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh

    Kreativiti semula jadi akan merangsang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
 keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni lukis banyak dihubungkaitkan
 dengan personality, social, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu
 mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual
 mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,
 mengukuhkan „esteem‟ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses
 pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.
 Inilah yang dikatakan seni lukis yang dapat menggalakkan pembelajran seumur hiduo
 secara menyeluruh.

 9.5. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan

    Integrasi seni lukis dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
 dan otak kanan. Pada masa yang sama, kanak-kanak belajar secara aktif dan
 menyeronokkan. Melaui seni lukis, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir,
 bekerja dan mengekspresi kendiri. Justera itu, seni lukis dapat mempengaruhi kita untuk
 membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu
 kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mempu mengembangkan potensi individu
 dalam meneroka, hubungkait idea dengan dengan objek dan di antara pemikiran dengan
 perlakuan kita.

 9.6. Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

    Bidang seni lukis dalam pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
 meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan membuat taakulan, berimaginasi
 dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikais. Seni lukis juga adalah
 penghubungkait antara kecergasab otakdan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi
 keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis,
 sinteksis dan penilaian melalui perasaan ekspresi dan imaginasi.




                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         24
TAN BEE SIM (D20102044284)

 9.7. Bertambah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran.

    Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja.
 Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka
 bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini
 tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit
 kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh
 dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti
 seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
 pelajaran yang disampaikan.

 9.8. Memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif

    Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi
 peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi,
 pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat
 ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa,
 menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara
 tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan
 sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi
 pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam
 pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan
 mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan
 memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan
 mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
 menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

 9.9. Menjadikan pelajar seorang yang lebih beimaginatif.

    Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak
 keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Pelajar digalakkan untuk meneroka
 dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan
 bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar
 lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh
 melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan
 dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
 menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko,
 mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.


                                 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         25
TAN BEE SIM (D20102044284)

10. Meningkatkan Kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia.

   Pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di
samping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Sehubungan ini, usaha
gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat kebudayaan dan
pembangunan budaya dan seni telah diambil berat. Kesedaran terhadap kepelbagaian
budaya di Malaysia adalah penting dan harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. Salah
satu cara penting dalam meningkatkan kesedaran kepelbagaian budaya ialah melalui
pelajaran. Sisten pelajaran yang ada sekarang ialah satu usaha yang disedari dan
bersungguh-sungguh dalam pembentukan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai budaya.

   Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya murid-murid dibimbing dan
dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arah
perpaduan negara. Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan
sistem pendidikan kebangsaan. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk
melaksanakan sistem yang dirancangkan. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem dan
pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap.

   Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha
kerajaan menyatupadukan semua kaum:

   Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak menyatupadukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat
dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
                                                         (Penyata Razak, Perenggan 12)


   Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan
akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini kerana
usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins, 1993 dalam Abu Bakar
Nordin dan Ikhsan Othman, 2003) Perancangan perlu bersifat strategik, dinamik, mudah
lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa
seterusnya. Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai „pendidikan kemanusian‟,
„pendidikan pelbagai budaya‟. Menurut Chapman (1997), walaupun terdapat golongan
pendidik seni yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu, namun pengaruh teori
ilmiah serta penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea
sendiri dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. Felman
(1970) pula menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Walaupun
                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak       26
TAN BEE SIM (D20102044284)

pendekatan berbeza, tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih
liberal. Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu
yang berbudaya, iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan
sempurna dan menjadi penghayat seni, seterusnya dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

   Seni lukis sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan murid-murid
sekolah. Menurut Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan, menerusi aktiviti seni boleh
membentuk tingkahlaku manusia dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan
alam. Malahan bukan setakat ini sahaja para pendidik Pendidikan Seni Amerika yang lain
juga seperti, Feldman, Chapman, Grisby dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasi
masalah perkauman dalam masyarakat yang berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti seni lukis
dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenali
budaya di antara bangsa di kalangan masyarakat majmuk.

   Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000) Pendidikan
Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan
individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara.
Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi
perkembangan JERIS. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik
dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi
keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti
bangsa. Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memupuk peribadi yang
lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan,
imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbing
pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah
antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi.

   MacFee, (1993) (dalam Iberahim Hassan, 2000) menyatakan bahawa objektif seni
bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu:

   a. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi sesuatu
       peristiwa.
   b. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti.
   c. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam, menyimpan dan menjana idea.
   d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus
       perubahan.
   e. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya.


                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        27
TAN BEE SIM (D20102044284)

   Seni juga berperanan dalam mengembangkan budaya setempat dan sejagat iaitu seni
dan masyarakat. Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam
menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni. Pembelajaran seni,
aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan
negara. Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara dan
juga potret-potret pemimpin negara. Kesedaran dalam nilai persekitaran, unsur keselesaan
dan keharmonian dalam seni. Pembelajaran seni, aktiviti dan apreasiasinya dapat
mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan
kepada kihidupan. Contohnya Rumah rakit di Kuala Lipis karya seorang pelukis iaitu Peter
Harris dan Waktu Pagi Di Kampung karya Lai Foog Mooi. Karya seni lukis ini mencerminkan
kepada kebudayaan dan suasana masyarakat kampung. Seni juga sebagai saluran untuk
menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa.
Contohnya poskad kepada dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990).
Seni dalam melaksanakan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti
kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya
Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di
Pahang. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman
diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah
Onn. Hasil seni berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan.
Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan
perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya
berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan
songket. Hasil seni berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang
jelas ialah papan iklan. Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan
barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang
jelas ialah bidang pembungkusan.




                                   KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak       28
TAN BEE SIM (D20102044284)

11. Penghubungkaitan Seni Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia.

   Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran
dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat
membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan
kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini
akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.

   Penghubungkaitan seni dalam merentasi kurikulum awal kanak-kanak adalah salah satu
dasar dalam pembentukan kurikulum sama ada ia sebagai satu mata pelajaran atau ia
digunakan sebagai bahan dalam pengajaran. Penyatuan seni merentasi kurikulum kanak-
kanak ini menghuraikan maksud kurikulum itu sendiri dan kaitannya dengan seni. Selain itu,
aktiviti seni yang boleh digunakan di dalam beberapa mata pelajaran seperti matematik,
bahasa, sains, pembelajaran sosial dan seni ekspresif.

   Seni adalah salah satu cara lain bagi memberi kanak-kanak peluang belajar dengan
berkesan. Ia lebih menyeronokkan dan senang untuk kanak-kanak menerima pengalaman
dari sumber pertama. Seni membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.
Mewakili diri sendiri melalui potret-potret dan lukisan-lukisan bentuk manusia dan
meningkatkan satu kesedaran pada diri, bahagian badan dan lain-lain. Melalui seni,
seseorang dapat mengenal pasti peranan seseorang pelukis itu.

   Kajian mengenai pelukis boleh menjadi sebahagian daripada pengajaran dalam bantuan
kemasyarakatan. Kanak-kanak boleh melawat muzium atau galeri. Pelukis itu juga boleh
menghadirkan diri di sekolah dan menunjukkan proses lukisan dan kerja-kerjanya dihadapan
kanak-kanak.   Mereka boleh melakukannya bersama kanak-kanak.             Hal ini dapat
menerangkan tentang pengenalan kepada sejarah dan budaya, kerana pelukis mempunyai
cara mereka yang berbeza-beza sejak zaman prasejarah lagi. Perbezaan budaya dan
kumpulan ini dapat membentuk jenis seni yang berbeza. Seni adalah satu element budaya.

   Menurut Mcfee (1993), seni adalah bentuk komunikasi budaya, ia adalah salah satu
asas kemahiran berbahasa yang perlu kanak-kanak sertai dalam demokrasi budaya yang
pelbagai. Semua budaya mempunyai seni yang tersendiri. Pengalaman kanak-kanak dalam
menghormati dan menghargai seni orang lain memberi kanak-kanak kefahaman tentang
persamaan dan perbezaan budaya.

   Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial

                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak        29
TAN BEE SIM (D20102044284)

agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati, menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan
bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat
merangsang setiap murid untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut akademik mahu
pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti
matematik, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial,
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.

   Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang
berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda murid.

   Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat
pelajar. Selain itu, guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.

   Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk
tujuan membuatkan murid menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Murid digalakkan
untuk melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada
sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung
dapat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan,
tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan
merupakan satu cara guru untuk merangsang minda murid supaya menyebabkan
pembelajaran murid meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkah laku yang
positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai
pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik
dan mencabar mereka.

   Tujuan   penghubungkaitan     dalam   pengajaran    dan   pembelajaran   adalah   untuk
meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina
serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat
membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar.
Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran
dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan
perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang


                                    KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         30
TAN BEE SIM (D20102044284)

tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan
afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan
(penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting
selain kesedian murid-murid sendiri.




12. Kesimpulan

   Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk     minat   pelajar   serta    menjadikan   proses   pengajaran dan   pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni
dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat
merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini. Dalam aspek budaya pula jelaslah Kurikulum
Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan
berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikan
bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang pengajaran
dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan dimana terdapat pelbagai etnik dan
budaya di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai
dan dilaksanakan. Kesemua bidang seni kreatif iaitu seni lukis, muzik, tarian, drama dan
kraftangan perlu diintegrasikan kerana mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar.




                                       KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak     31
TAN BEE SIM (D20102044284)

                                      Bibliografi




Nor Anuwar bin Hamat. Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web
     http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan

Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan
     dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:
     Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti
     Teknologi Malaysia.

Syed Ahmad Jamal. (1979) Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia. Universiti Malaya, K.L.

Kementerian Pendidikan Malaysia :Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah. (1976). Seni
     Lukis dan Pertukangan Tangan. Dewan Budiman dan Pustaka: Kuala Lumpur. 1976.




                                  KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak         32

More Related Content

What's hot

Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahAbd Wahid
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Boss
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualfitri norlida
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarAngel Spaghcoroni
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Hui Chew
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 
7 07 dskp kskp pendidikan seni visual
7 07 dskp kskp pendidikan seni visual7 07 dskp kskp pendidikan seni visual
7 07 dskp kskp pendidikan seni visualsukriismail2
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 

What's hot (20)

Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
Penegasan
PenegasanPenegasan
Penegasan
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 
7 07 dskp kskp pendidikan seni visual
7 07 dskp kskp pendidikan seni visual7 07 dskp kskp pendidikan seni visual
7 07 dskp kskp pendidikan seni visual
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Kreativiti
KreativitiKreativiti
Kreativiti
 
PENEROKAAN,
PENEROKAAN, PENEROKAAN,
PENEROKAAN,
 

Similar to KAE 3013: Seni Lukis Meningkatkan Kreativiti dan Budaya

Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa Amelia Hendrilita
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanIeqa Swetluv
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambunganPerkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambunganhasmihayati
 
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambunganPerkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambunganhasmihayati
 
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptxMODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptxerick426983
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1mafirza
 
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1aisyamafiza
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 
Saran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatiSaran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatimaz_baz
 

Similar to KAE 3013: Seni Lukis Meningkatkan Kreativiti dan Budaya (20)

paud
paudpaud
paud
 
green arts
green artsgreen arts
green arts
 
Kae 1 (1)
Kae 1 (1)Kae 1 (1)
Kae 1 (1)
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Analisis gambar anak
Analisis gambar anakAnalisis gambar anak
Analisis gambar anak
 
Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam PendidikanWAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
WAJ 3107: Modul Seni dalam Pendidikan
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambunganPerkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
 
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
 
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambunganPerkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
Perkembangan seni kanak tbk kpg jana sambungan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptxMODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
MODUL 10 P.SENI APRESIASI SENI RUPA ANAK.pptx
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
 
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
Rosliza razali kae3013 tugasan 2 a1
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Saran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowatiSaran perbaikan karil dwi susilowati
Saran perbaikan karil dwi susilowati
 

More from Tan Sim

Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284
Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284
Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284Tan Sim
 
引起动机
引起动机引起动机
引起动机Tan Sim
 
大卫 不可以
大卫 不可以大卫 不可以
大卫 不可以Tan Sim
 
Phases of the moon
Phases of the moonPhases of the moon
Phases of the moonTan Sim
 
Group and solitary
Group and solitaryGroup and solitary
Group and solitaryTan Sim
 
Phases of the moon
Phases of the moonPhases of the moon
Phases of the moonTan Sim
 

More from Tan Sim (6)

Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284
Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284
Tugasan 2 KAE 3013 D20102044284
 
引起动机
引起动机引起动机
引起动机
 
大卫 不可以
大卫 不可以大卫 不可以
大卫 不可以
 
Phases of the moon
Phases of the moonPhases of the moon
Phases of the moon
 
Group and solitary
Group and solitaryGroup and solitary
Group and solitary
 
Phases of the moon
Phases of the moonPhases of the moon
Phases of the moon
 

Recently uploaded

JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 

KAE 3013: Seni Lukis Meningkatkan Kreativiti dan Budaya

  • 1. KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 1: Seni Lukis KUMPULAN : UPSI-A25 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON TAN BEE SIM D20102044284 012-5614097 NAMA TUTOR E-LEARNING: CIK ANIS NORMA BINTI MOHAMAD JAAFAR TARIKH SERAH: 4 MEI 2012
  • 2. TAN BEE SIM (D20102044284) ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman 1. Pengenalan 4 2. Seni Lukis 4-8 3. Jenis-jenis Lukisan 9-13 4. Seni Lukis dengan Kepelbagaian Etnik Di Malaysia 13-15 5. Peningkatan Seni dalam Pendidikan DI Malaysia 15 6. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak 16-17 7. Pembelajaran Kanak-kanak dalam Seni Lukis 18-20 8. Kepentingan Seni dalam Pendidikan kepada Pendidik 21-22 9. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Lukis dalam 23-25 Pendidikan 10. Meningkatkan Kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia 26-28 11. Penghubungkaitan Seni terhadap Keperlbagaian Budaya di Malaysia 29-31 12. Kesimpulan 31 Bibliografi 32 KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 2
  • 3. TAN BEE SIM (D20102044284) Tajuk Tugasan 1: Huraikan secara teperinci bagaimana bidang SENI LUKIS dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia. 1. Pengenalan Seni sebagai suatu bentuk ekspresi seniman memiliki sifat-sifat kreatif, emosional, individual, abadi dan universal. Sesuai dengan salah satu sifat seni yakni kreatif, maka seni sebagai kegiatan manusia selalu melahirkan kreasi-kreasi baru, mengikuti nilai-nilai yang berkembang di masyarakat. Seni juga merupakan hal yang menjadikan dunia terasa indah, tanpa seni tidak ada yang dapat dirasakan begitu indah. Tuhan menciptakan dunia dan seluruh kekayaan yang ada di dalamnya dengan seni dan penuh dengan keindahan. Hal ini dapat terlihat dari beragamnya warna yang ada dalam dunia, air berwarna bening, langit berwarna biru, tanah berwarna coklat, pepohon berwarna hijau dan sebagainya. Semua ciptaan ini penuh dengan seni. Keindahan dan kehalusan nilai-nilai estetika yang dipaparkan menerusi karya-karya agung seniman tanah air melambangkan keunggulan seni warisan bangsa. Malahan sentuhan kreatif ini turut mencerminkan perkembangan masyarakat dan tamadun manusia. Menurut Muliyadi Mahamood: “Seni lahir dalam masyarakat, dihasilkan oleh mayarakat dan dihayati oleh masyarakat juga” (Dipetik daripada : Katalog Ilham. (2001), ms:11) Hal ini menjelaskan hubungan seni dengan sejarah ketamadunan manusia merupakan suatu yang sukar untuk dipisahkan meskipun di dalam era pasca moden. Ini kerana sejarah seni bergerak seiring dengan arus perkembangan tamadun manusia. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 3
  • 4. TAN BEE SIM (D20102044284) Menurut Kamus Dewan Edisi, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Tuhan. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak - kanak dengan peningkatan daya persepsi, kreativiti dan estetika. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dangan adanya pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif serta jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni lukis (seni visual), seni muzik dan seni pergerakan dapat membantu pembentukan insan yang lebih bersifat menyeluruh dan holistik. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 4
  • 5. TAN BEE SIM (D20102044284) 2. Seni Lukis Seni lukis didesfinasikan sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar di ketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, perasaan, emosi serta kepercayaan di dalam bentuk yang paling efektif. Seni lukis merupakan satu cabang dari seni rupa. Seni lukis adalah sebuah perkembangan yang lebih kukuh daripada menggambar. Melukis merupakan seni di mana kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu. Medium lukisan boleh berbentuk apa saja, seperti kanvas, kertas dan papan. Film di dalam fotografi juga boleh dianggap sebagai media lukisan. Pelbagai jenis alat digunakan dengan boleh memberikan imej tertentu kepada media yang digunakan. Seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Disebabkan setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza, maka pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu, pembelajaran kanak-kanak juga berlaku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan peniruan dari apa yang mereka lihat dan dengar. Kanak-kanak lazimnya melukis apa yang mereka lihat dan mereka juga melukis perkara yang menarik perhatian mereka. Skema kanak-kanak merangkumi peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol, dan peringkat praremaja.  Peringkat manipulatif: Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan mereka tidak realistic, banyak menggunakan garisan. Garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Pada peringkat ini, aktiviti melukis lebih kepada mendapat kepuasan dan keseronokan melukis atau memegang peralatan melukis. adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 5
  • 6. TAN BEE SIM (D20102044284)  Peringkat membuat simbol: Kanak-kanak yang berumur antara enam tahun hingga sembilan tahun mengalami peringkat membuat simbol. Mereka boleh menghasilkan simbol kerana kawalan tangan mereka mula seimbang. Didapati kanak-kanak pada peringkat ini mudah dipengaruhi persekitaran. Apabila kanak-kanak semakin membesar, mereka mula membuat perkaitan antara imej dan idea. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri atau pengalaman mereka Lukisan mereka kini lebih memberi makna terhadap bentuk yang dilukis dan bentuk ini beransur-ansur menjadi simbol bagi mewakilkan objek sebenar. Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan hasil kerja yang lebih menyeluruh seperti gambaran manusia telah dapat dilukis dengan lengkap termasuk kaki, tangan, hidung, gigi. Mereka juga mula menggunakan kreativiti untuk memasukkan elemen pakaian dan rambut pula biasanya dilukis dengan beberapa siri garisan. Imej juga biasanya dilukis lebih besar seperti orang lebih besar daripada latar belakang. Penyesuai warna juga pada peringkat ini seperti langit warna biru dan pokok warna hijau.  Peringkat praremaja Peringkat praremaja bagi kanak-kanak yang berumur antara 10 tahun hingga 13 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak cuba melukis figura dengan saiz yang betul dimana lukisannya lebih rasional dengan pilihan warna yang lebih tepat dengan adanya bayang-bayang pada lukisan. Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan mereka. Kanak-kanak pada peringkat awalnya suka menconteng bagi meluah perasaan secara spontan. Seterusnya, kanak-kanak mula melakar dan mampu melukis secara lebih sistematik dan kemudian mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang, perspektif dan komposisi dengan menggunakan media kering atau bukan warna basah. Melukis boleh ditakrifkan sebagai satu teknik menggambar dengan menggunakan media kering atau warna yang paling minimum. Apabila kanak-kanak mula melukis, kesan-kesan garisan yang dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang digunakan dapat menghasilkan gambaran yang hampir tepat dengan objek sebenar. Melalui latihan dan bimbingan, kanak-kanak pasti dapat melukis dengan baik. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 6
  • 7. TAN BEE SIM (D20102044284) Terdapat tiga teknik melukis yang biasa digunakan, iaitu a. Teknik pensel- menggunakan teknik gosokan dan teknik garisan selari. b. Teknik pensel warna- menggunakan teknik garisan kontur dan teknik garisan menyilang tidak tentu. c. Teknik oil pastel - menggunakan teknik pensel dan pensel warna. Dalam seni lukis, terdapat unsur yang penting dalam pengubalan sesuatu karya iaitu unsur garisan dan bentuk. Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni lukis. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. Rajah 1: Contoh lukisan kanak-kanak. Dalam seni lukis juga, aspek warna merupakan perkara penting dalam menbentuk sesuatu imej yang menarik. Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna pada awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain. Bagi murid-murid untuk mengenal warna mereka memerlukan pelbagai maklumat yang mudah dah tepat. Misalnya apabila guru menunjukkan buah epal dan katakan ia berwarna hijau, kemungkinan murid akan beranggapan bahawa bentuk epal membawa KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 7
  • 8. TAN BEE SIM (D20102044284) maksud warna hijau. Namun guru seharusnya menunjukkan dengan jelas bahawa bukan buah epal sahaja yang berwarna hijau. Sebaliknya warna hijau mungkin pada fabrik kain atau dedaun. Guru juga harus menjelaskan ada banyak warna-warna lain di sekelilingnya kehidupan mereka sama ada ia di dalam atau di luar rumah. Dalam hal ini apabila murid sudah boleh mengenal warna, mudah untuk mereka melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Mewarna ini membantu murid mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Warna boleh dikategorikan kepada empat peringkat, iaitu warna asas, warna sekunder, warna tertier dan warna neutral. Warna asas juga dikenali sebagai warna premari. Terdapat tiga warna dikenali sebagai warna asas dan warna-warna ini dikenali sebagai warna asas kerana boleh menghasilkan warna lain. Warna sekunder ialah campuran dua warna asas dalam kuantiti yang sama. Warna tertier ialah campuran warna asas dengan warna sekunder dan warna neutral adalah warna hitam dan putih. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 8
  • 9. TAN BEE SIM (D20102044284) 3. Jenis-jenis Lukisan Lukisan dapat dibahagi kepada beberapa jenis seperti berikut: Rajah 2: Contoh-contoh Lukisan Figuratif 3.1. Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Rajah 3: Contoh-contoh Lukisan Kajian 3.2. Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda dengan merakamkan pada subjek yang dikaji. Misalnya memasukkan unsure jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci ataupun kajian terhadap tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 9
  • 10. TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 4: Contoh-contoh Lukisan Gesture 3.3. Lukisan Gesture: Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis 3.4. Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih. Rajah 5: Contoh-contoh Lukisan Teknikal 3.5. Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 10
  • 11. TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 6: Contoh-contoh Lukisan Konseptual 3.6. Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi. Rajah 7: Contoh-contoh Lukisan Artistik 3.7. Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 11
  • 12. TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 8: Contoh-contoh Lukisan Ilustrasi 3.8. Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif. Rajah 9: Contoh-contoh Lukisan Toyism 3.9. Lukisan Toyism: Stail lukisan aliran itu diterjemahkan dengan penuh imaginasi atau bersifat kiasan dan bukannya objek abstrak yang memfokuskan aspek kehidupan alam dan manusia semata-mata. Manifesto lukisan tersebut lebih mendominasikan garis panduan seperti warna kontras dan luahan kreativiti pelukis. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 12
  • 13. TAN BEE SIM (D20102044284) Rajah 10: Contoh-contoh Lukisan Kartun 3.10. Lukisan Kartun menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun. Biasanya lukisan kartun ini digambarkan melalui tema jenaka. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 13
  • 14. TAN BEE SIM (D20102044284) 4. Seni Lukis dengan Kepelbagaian Etnik Di Malaysia Seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja. Terdapat sekolah seni lukis peringkat tinggi yang menawarkan ijazah seni halus kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti pengajarannya. Melalui institusi inilah ramai pelukis berkelulusan tinggi dihasilkan dari tahun ke tahun. Ianya menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia. Di samping itu, ramai juga pelukis yang tidak mempunyai pendidikan formal. Mereka ini sama ada belajar sendiri ataupun belajar melalui individu yang berpengalaman. Kelompok ini juga turut sama menyumbang kepada perkembangan dunia seni lukis Malaysia. Dalam aliran seni lukis formal di Malaysia, kita mengambil sukatan pelajaran daripada barat kerana kita tidak mempunyai sukatan pelajaran sendiri. Oleh kerana itu, aliran seni lukis formal di Malaysia dianggap sebagai ranting daripada aliran dari barat. Walaupun terdapat aliran daripada Asia seperti aliran seni lukis Cina, India dan Islam, biasanya ia hanya diamalkan oleh kelompok etnik tertentu atau pengamal sesuatu fahaman. Tiada pendidikan formal untuk aliran sebegini yang diiktiraf berbanding aliran seni lukis barat. Bagi kelompok pelukis tanpa pendidikan formal pula pendidikan seni lukis mereka lebih kepada pemerhatian, minat mendalam dan bakat semulajadi. Terdapat juga individu yang berpengalaman menurunkan pengalaman dan kebolehan mereka kepada generasi baru yang belajar daripadanya. Maka kebanyakkan pelukis tanpa pendidikan formal berkarya tanpa dibelengu oleh mana-mana aliran dan penghasilkan karya mereka bercampur-baur dengan pelbagai gaya dan aliran. Kepelbagaian etnik di Malaysia juga telah memecahkan dunia seni lukis Malaysia kepada beberapa kelompok: a. Kelompok pertama adalah seni lukis aliran dunia yang diiktiraf yang mana kebanyakkan pengamalnya terdiri daripada mereka yang diiktiraf oleh sekolah- sekolah seni lukis kebangsaan dan mempunyai jaringan dengan pendidikan tinggi peringkat antarabangsa. Pengamalnya terdiri daripada semua etnik di Malaysia. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 14
  • 15. TAN BEE SIM (D20102044284) b. Kelompok kedua ialah seni lukis aliran Asia, antaranya aliran Cina yang mana mereka mempunyai sistem pendidikan sendiri dan diamalkan oleh kaum Cina sahaja. Namun begitu terdapat juga kaum-kaum lain yang belajar seterusnya menjadi pengamal. Bagi kaum India terdapat juga pengamal aliran seni lukis kuno mereka tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan biasanya tertumpu kepada seni lukis yang bersifat ritual. Terdapat juga kaum Melayu yang beragama Islam mempelajari aliran seni lukis Islam. Walaupun mendapat sokongan penuh pemerintah, perkembangannya amat perlahan dan agak terpencil. Kekurangan pengamal dan popularity menjadikan aliran ini tidak berkembang dengan pesat serta tidak banyak perubahan yang ketara sejak dahulu lagi, Akibatnya aliran ini terkurung dalam lingkungan agama dan kepercayaan sahaja. c. Kelompok ketiga adalah pengamal yang tidak melalui pendidikan formal. Kelompok ini biasanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran semata-mata. Kebanyakkan daripada mereka menumpukan kepada perkhidmatan seni lukis seperti melukis potret atau tempahan lukisan hiasan. Mereka tidak ghairah mengambil tahu perkembangan dan gaya semasa seni lukis antarabangsa. Ada juga yang kekal dalam gaya seni lukis yang tipikal untuk satu tempoh yang panjang. Kesemua kelompok pengiat ini telah mewujudkan dunia seni lukis di Malaysia dan berkembang dengan pesat mengikut arus dunia. Walaupun masih dalam proses pembinaan dan perubahan seni lukis di Malaysia telah menempatkan dirinya sebagai salah ikon budaya negara. Penglibatan pemerintah dalam menyediakan infrastruktur, sokongan dan galakkan banyak membantu pertumbuhan bidang ini. 5. Peningkatan Seni dalam Pendidikan Di Sekolah Aktiviti pendidikan seni menjadi satu cabang komunikasi di sekolah. Guru perlu memberi penerangan dan penggunaan kaedah yang betul untuk memenuhi keperluan komunikasi pelajar. Guru juga perlu mahir mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni dalam pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka dengar, lihat, sentuh dan berfikir dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, anak-anak murid juga perlu menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 15
  • 16. TAN BEE SIM (D20102044284) 6. Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi. 6.1. Aspek Kognitif Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan menunjukkan minat. 6.2. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas. 6.3. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni lukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. 6.4. Aspek Persepsi KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 16
  • 17. TAN BEE SIM (D20102044284) Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri. 6.5. Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains, komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-bulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 17
  • 18. TAN BEE SIM (D20102044284) 7. Pembelajaran kanak-kanak dalam Seni Lukis. “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk kepada semua pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang ditetapkan. Hal ini merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara khusus melalui pengalaman samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, kanak-kanak belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar sambil bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak- kanak adalah pengalaman mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanak- kanak belajar mengenai haiwan peliharaan dan diberi peluang melihat kucing, arnab dan hamster. Dalam pembelajaran ini kanak-kanak menerima pembelajaran melalui pengalaman mereka bermain dengan haiwan–haiwan peliharaan itu. 7.1. Pendekatan bertema Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru haruslah mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan kepada kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 18
  • 19. TAN BEE SIM (D20102044284) murid, tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah didapati dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang dipilih, dan guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai peningkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis). 7.2. Penghubungjalinan Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid- murid sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Matematik boleh di gunakan di dalam seni. Kanak-kanak selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan banyak lagi. Kanak-kanak juga selalu menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis. Misalnya mereka melukis lukisan potret orang. Mereka akan memastikan bilangan KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 19
  • 20. TAN BEE SIM (D20102044284) mata, jari dan bahagian anggota lain. Selain itu mereka juga boleh mengenalpasti bentuk-bentuk geometri di dalam seni. Sains boleh digunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan eksperimen dengan alatan atau bahan seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemur di tengah panas, krayon yang cair bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna asaa yang menghasilkan warna kedua yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang kepekatan cecair dan daya tekanan. Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatu samada secara nonverbal atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan menceritakan kepada kita apa yang telah dicipta atau reka. Kanak-kanak membaca kerja seni mereka, sepertimana orang dewasa membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmati jalan cerita dan tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya bersama-sama guru. Kanak-kanak yang lebih besar akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagai jalan cerita. Mereka akan mencipta dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana ia adalah peringkat terpenting untuk kanak- kanakbermula untuk menulis dan membaca. Menconteng, membuat tanda, dan mengecat adalah peringkat terpenting dalam perkembangan mewarna dan menulis. Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak melibatkan bahasa dan tidak melibatkan kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh menyelesaikannya sendiri dan membuat pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah masa terbaik untuk kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka dapat berbincang dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-kanak menggunakan perkatan dengan betul. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 20
  • 21. TAN BEE SIM (D20102044284) 8. Kepentingan Seni dalam Pendidikan kepada Pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak- kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran Seni dalam dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti: 8.1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan dan professional Dengan penghayatan seni seperti seni lukis yang betul akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni lukis guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan supaya murid-murid seronok dalam belajar. 8.2. Membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Seni lukis membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni lukis memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam ala mini. Begitu juga seni lukis membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. 8.3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat Integrasi seni lukis dalam pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanak. Perkembangan otak kiri dan kanan menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 21
  • 22. TAN BEE SIM (D20102044284) dengan berkesan. Maka, guru lebih senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. 8.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Dalam Teori Kecergasa Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan. Akan tetapi sekolah adalah memberi penekanan kepada kecergasan linguistic dan matematik sahaja supaya anak-anak murid mendapat keputusan yang cemerlang. Kecergasan lain mungkin akan terabai. Sebenarnya, teori ini menyokong seni lukis perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni lukis, perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur ang terature seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegas. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 22
  • 23. TAN BEE SIM (D20102044284) 9. Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran seni lukis dalam pendidikan. 9.1. Seni lukis cabang komunikasi Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya “Art, Artist dan Art Education” menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya menjadikan seni lukis sebagai alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni lukis dalam pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. 9.2. Pengalaman optima melalui seni lukis membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, seni lukis dalam pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang atau gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apbila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, iaiya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapat kan kemahiran yang kita pelajari. 9.3. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 23
  • 24. TAN BEE SIM (D20102044284) warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu. Justera itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 9.4. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh Kreativiti semula jadi akan merangsang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni lukis banyak dihubungkaitkan dengan personality, social, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan „esteem‟ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni lukis yang dapat menggalakkan pembelajran seumur hiduo secara menyeluruh. 9.5. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan Integrasi seni lukis dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan. Pada masa yang sama, kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melaui seni lukis, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justera itu, seni lukis dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mempu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 9.6. Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps” Bidang seni lukis dalam pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikais. Seni lukis juga adalah penghubungkait antara kecergasab otakdan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sinteksis dan penilaian melalui perasaan ekspresi dan imaginasi. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 24
  • 25. TAN BEE SIM (D20102044284) 9.7. Bertambah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. 9.8. Memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. 9.9. Menjadikan pelajar seorang yang lebih beimaginatif. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 25
  • 26. TAN BEE SIM (D20102044284) 10. Meningkatkan Kesedaran terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia. Pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di samping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Sehubungan ini, usaha gigih dalam memulihara warisan budaya negara, penyebaran maklumat kebudayaan dan pembangunan budaya dan seni telah diambil berat. Kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia adalah penting dan harus disemai sejak di bangku sekolah lagi. Salah satu cara penting dalam meningkatkan kesedaran kepelbagaian budaya ialah melalui pelajaran. Sisten pelajaran yang ada sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh dalam pembentukan perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya murid-murid dibimbing dan dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang boleh membawa ke arah perpaduan negara. Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk melaksanakan sistem yang dirancangkan. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem dan pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap. Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak menyatupadukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur. (Penyata Razak, Perenggan 12) Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa dan akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini kerana usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins, 1993 dalam Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003) Perancangan perlu bersifat strategik, dinamik, mudah lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa seterusnya. Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai „pendidikan kemanusian‟, „pendidikan pelbagai budaya‟. Menurut Chapman (1997), walaupun terdapat golongan pendidik seni yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu, namun pengaruh teori ilmiah serta penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea sendiri dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. Felman (1970) pula menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Walaupun KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 26
  • 27. TAN BEE SIM (D20102044284) pendekatan berbeza, tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih liberal. Matlamat dan kepentingan Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya, iaitu sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi penghayat seni, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni lukis sebagai alat untuk memupuk kesedaran sosial di kalangan murid-murid sekolah. Menurut Mc Fee dan Degge (1977) menyarankan, menerusi aktiviti seni boleh membentuk tingkahlaku manusia dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam. Malahan bukan setakat ini sahaja para pendidik Pendidikan Seni Amerika yang lain juga seperti, Feldman, Chapman, Grisby dan Efland, mengakui bahawa untuk mengatasi masalah perkauman dalam masyarakat yang berbilang bangsa, aktiviti-aktiviti seni lukis dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid untuk memahami dan mengenali budaya di antara bangsa di kalangan masyarakat majmuk. Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000) Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan warisan negara. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing sempurna dari segi perkembangan JERIS. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja dididik dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih memperolehi keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan bangsa dan identiti bangsa. Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memupuk peribadi yang lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi, takulan, imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar dibimbing pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi. MacFee, (1993) (dalam Iberahim Hassan, 2000) menyatakan bahawa objektif seni bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu: a. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi sesuatu peristiwa. b. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti. c. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam, menyimpan dan menjana idea. d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus perubahan. e. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 27
  • 28. TAN BEE SIM (D20102044284) Seni juga berperanan dalam mengembangkan budaya setempat dan sejagat iaitu seni dan masyarakat. Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni. Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan negara. Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara dan juga potret-potret pemimpin negara. Kesedaran dalam nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni. Pembelajaran seni, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kihidupan. Contohnya Rumah rakit di Kuala Lipis karya seorang pelukis iaitu Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung karya Lai Foog Mooi. Karya seni lukis ini mencerminkan kepada kebudayaan dan suasana masyarakat kampung. Seni juga sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya poskad kepada dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990). Seni dalam melaksanakan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn. Hasil seni berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket. Hasil seni berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan iklan. Pembelajaran seni, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 28
  • 29. TAN BEE SIM (D20102044284) 11. Penghubungkaitan Seni Terhadap Kepelbagaian Budaya di Malaysia. Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Penghubungkaitan seni dalam merentasi kurikulum awal kanak-kanak adalah salah satu dasar dalam pembentukan kurikulum sama ada ia sebagai satu mata pelajaran atau ia digunakan sebagai bahan dalam pengajaran. Penyatuan seni merentasi kurikulum kanak- kanak ini menghuraikan maksud kurikulum itu sendiri dan kaitannya dengan seni. Selain itu, aktiviti seni yang boleh digunakan di dalam beberapa mata pelajaran seperti matematik, bahasa, sains, pembelajaran sosial dan seni ekspresif. Seni adalah salah satu cara lain bagi memberi kanak-kanak peluang belajar dengan berkesan. Ia lebih menyeronokkan dan senang untuk kanak-kanak menerima pengalaman dari sumber pertama. Seni membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Mewakili diri sendiri melalui potret-potret dan lukisan-lukisan bentuk manusia dan meningkatkan satu kesedaran pada diri, bahagian badan dan lain-lain. Melalui seni, seseorang dapat mengenal pasti peranan seseorang pelukis itu. Kajian mengenai pelukis boleh menjadi sebahagian daripada pengajaran dalam bantuan kemasyarakatan. Kanak-kanak boleh melawat muzium atau galeri. Pelukis itu juga boleh menghadirkan diri di sekolah dan menunjukkan proses lukisan dan kerja-kerjanya dihadapan kanak-kanak. Mereka boleh melakukannya bersama kanak-kanak. Hal ini dapat menerangkan tentang pengenalan kepada sejarah dan budaya, kerana pelukis mempunyai cara mereka yang berbeza-beza sejak zaman prasejarah lagi. Perbezaan budaya dan kumpulan ini dapat membentuk jenis seni yang berbeza. Seni adalah satu element budaya. Menurut Mcfee (1993), seni adalah bentuk komunikasi budaya, ia adalah salah satu asas kemahiran berbahasa yang perlu kanak-kanak sertai dalam demokrasi budaya yang pelbagai. Semua budaya mempunyai seni yang tersendiri. Pengalaman kanak-kanak dalam menghormati dan menghargai seni orang lain memberi kanak-kanak kefahaman tentang persamaan dan perbezaan budaya. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 29
  • 30. TAN BEE SIM (D20102044284) agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap murid untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti matematik, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda murid. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu, guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan murid menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dapat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda murid supaya menyebabkan pembelajaran murid meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkah laku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajar. Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 30
  • 31. TAN BEE SIM (D20102044284) tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri. 12. Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Dalam aspek budaya pula jelaslah Kurikulum Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan dimana terdapat pelbagai etnik dan budaya di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan. Kesemua bidang seni kreatif iaitu seni lukis, muzik, tarian, drama dan kraftangan perlu diintegrasikan kerana mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 31
  • 32. TAN BEE SIM (D20102044284) Bibliografi Nor Anuwar bin Hamat. Kreativiti Dalam Pendidikan Jabatan Kajian Sosial dari laman web http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan Ibrahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI. Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd.Azhar.Hamaid. (2004). Kreativiti: Konsep Teori dan Praktiks. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Syed Ahmad Jamal. (1979) Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia. Universiti Malaya, K.L. Kementerian Pendidikan Malaysia :Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah. (1976). Seni Lukis dan Pertukangan Tangan. Dewan Budiman dan Pustaka: Kuala Lumpur. 1976. KAE 3013: Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak 32