O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Refleksi Latihan Mengajar

5.903 visualizações

Publicada em

Refleksi Latihan Mengajar.
5 Isu daripada penyeliaan Guru Pembimbing dan Pensyarah Penyelia
SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Publicada em: Educação
  • Seja o primeiro a comentar

Refleksi Latihan Mengajar

  1. 1. KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR REFLEKSI NAMA PELAJAR : SYUFIQA NURFATIN BINTI ABDUL GANI NO MATRIK : D20111048160 SEMESTER : SEMESTER 8 PROGRAM : ISMP TEKNOLOGI MAKLUMAT PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR KULIAH : AT20D
  2. 2. 1 REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR Saya telah menjalani Latihan Mengajar bermula dari 14 Julai 2014 hingga 7 November 2014 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn Butterworth, Pulau Pinang. Saya diberi untuk mengajar empat buah kelas iaitu satu kelas Tingkatan 1, dua kelas Tingkatan 2 dan satu kelas Tingkatan 4. Kelas yang terlibat itu adalah 1 Zeta, 2 Lambda, 2 Zeta dan 4 Delta. Mata pelajaran yang saya ajar adalah Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTL) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, manakala Tingkatan 4 pula mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pensyarah penyelia saya merupakan Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Dr Maizatul Hayati Mohd Yatim. Guru pembimbing saya pula merupakan guru ICT, iaitu Encik Mohd Aidil Moh Tawil. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi setiap kelas yang saya ajar adalah sepenuhnya berada di Makmal Komputer sekolah. BAHAGIAN I: KENAL PASTI ISU ATAU MASALAH SEMASA PdP. Sepanjang tempoh Latihan Mengajar, saya telah diselia sebanyak tiga kali oleh guru pembimbing saya, Encik Mohd Aidil dan dua kali oleh pensyarah penyelia saya, Dr. Maizatul Hayati. Daripada lima kali seliaan yang telah dilakukan, saya telah memilih dua seliaan guru pembimbing dan dua seliaan pensyarah penyelia bagi tujuan penghasilan refleksi. Hasil daripada seliaan tersebut terdapat beberapa isu yang dapat saya kenalpasti dan perbaiki. Lima isu yang saya kenal pasti adalah seperti berikut : i. Pengawasan kelas sepanjang PdP berlangsung. ii. Cara komunikasi dan pertuturan guru semasa menyampaikan pelajaran. iii. Penyampaian isi kandungan kepada pelajar. iv. Penyertaan pelajar dalam sesi PdP. v. Pengurusan Alat dan Bahan Bantu Mengajar.
  3. 3. 2 BAHAGIAN II: KENAL PASTI KENAPA ISU ATAU MASALAH TERSEBUT BERLAKU. Daripada laporan seliaan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing, terdapat beberapa kesalahan dan kelemahan pada teknik pengajaran yang saya lakukan hingga menimbulkan timbulnya isu-isu tersebut. i. Pengawasan kelas sepanjang PdP berlangsung. Semasa PdP berlangsung bagi kelas 2 Zeta, saya kurang mengawasi keadaan kelas selepas memberi tugasan kepada para pelajar. Saya fokus pada para pelajar yang menghadapi hadapi masalah pendaftaran blogspot. Oleh yang sedemikian, keadaan kelas menjadi tidak terkawal dengan pelajar yang tidak mematuhi arahan guru menyambung tugasan blogspot dan pelajar lain yang memerlukan bantuan guru dalam membangunkan blog. Sekiranya guru berjaya mengawal keadaan kelas, pelajar akan memberi sepenuh tumpuan dan kerjasama. ii. Cara komunikasi dan pertuturan guru semasa menyampaikan pelajaran. Semasa mengajar kelas 2 Zeta, arahan yang saya berikan kepada pelajar adalah jelas, namun ada kalanya tidak terkawal. Ini menyebabkan para pelajar tidak faham pada arahan yang saya keluarkan walaupun telah diulang berkali-kali. Bagi kelas 4 Delta pula, strategi pengajaran saya mempunyai unsur-unsur syarahan. Semasa pengajaran kelas ini, saya mengajar subtopik Multimedia dalam Pelbagai Bidang. Oleh terlalu banyak maklumat disampaikan sehingga menampakkan penyampaian ilmu saya seperti syarahan. iii. Penyampaian isi kandungan kepada pelajar. Semasa sesi PdP kelas 4 Delta, penguasaan isi kandungan saya terhadap subtopik yang diajar kepada pelajar adalah lemah, Ini menyebabkan penyampaian ilmu saya adalah lemah dan saya sukar untuk menerangkan kepada pelajar. Selain itu penerangan saya hanya bergantung pada nota slaid semata-mata tanpa bantuan Bahan Bantuan mengajar yang lain.
  4. 4. 3 iv. Penyertaan pelajar dalam sesi PdP. Penyertaan pelajar adalah kurang semasa saya menyampaikan ilmu. Terdapat sebahagian pelajar yang tidak memberi tumpuan dalam kelas dan sebahagian sahaja yang aktif dalam kelas. Terdapat pelajar yang bersembang dalam kelas. Pelajar juga hilang tumpuan pembelajaran atas faktor penyampaian guru dan cara komunikasi guru serta waktu PdP. v. Pengurusan Alat dan Bahan Bantu mengajar. Semasa PdP 2 Zeta, penghantaran link Padlet adalah terlalu awal kepada pelajar. Ini menyebabkan pelajar menjadi teruja kerana pertama kali menggunakan Padlet dan pelajar menyalahgunakan link Padlet yang diberikan oleh guru. Semasa PdP 4 Delta pula, terlalu banyak maklumat pada slaid PowerPoint dan tulisan yang digunakan pada slaid adalah terlalu kecil.
  5. 5. 4 BAHAGIAN III: BERIKAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN BERDASARKAN ISU ATAU MASALAH TERSEBUT. i. Pengawasan kelas sepanjang PdP berlangsung. Sebagai langkah penambahbaikan, saya perlu memberikan fokus yang sama rata pada keseluruhan kelas tanpa mengabaikan mana-mana pelajar sama ada yang mempunyai masalah blogspot mahupun tidak. Saya perlu memantau pergerakan pelajar dalam kelas. Dengan ini saya dapat mengawal keadaan kelas dan pelajar akan memberikan sepenuh tumpuan dan kerjasama kepada guru. ii. Cara komunikasi dan pertuturan guru semasa menyampaikan pelajaran. Bagi kelas 2 Zeta, arahan yang saya berikan jelas namun ada kalanya tidak terkawal. Saya perlu perbaiki cara komunikasi saya supaya jelas dan terkawal. Pensyarah penyelia mencadangkan konsep ‘fasa-demi-fasa’ (dicatatkan sebagai panduan pelajar). Saya perlu menerangkan kepada pelajar secara peringkat langkah yang pelajar perlu ikuti bagi pembangunan blog. Saya juga boleh membuat catatan di papan putih sebagai rujukan pelajar. Bagi kelas 4 Delta pula, saya perlu menukar strategi pengajaran saya bagi elakkan unsur syarahan kepada penglibatan pelajar dalam PdP. iii. Penyampaian isi kandungan kepada pelajar. Sebagai langkah penambahbaikan, guru pembimbing saya menyatakan saya perlu tingkatkan lagi penguasaan isi kandungan topik yang saya ajar kepada pelajar serta penerangan saya boleh dibantu dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. iv. Penyertaan pelajar dalam sesi PdP. Saya perlu menukar strategi yang saya gunakan iaitu berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Dengan dengan strategi berpusatkan pelajar, pelbagai aktiviti dapat dilakukan dengan melibatkan pelajar dalam PdP. Oleh itu, pelajar tidak akan hilang tumpuan dalam kelas dan dapat fokus dengan pembelajaran mereka.
  6. 6. 5 v. Pengurusan Alat dan Bahan Bantu mengajar. Bagi kelas 2 Zeta, pensyarah penyelia mencadangkan agar penghantaran link Padlet ditukarkan sebelum akhir PdP. Pelajar diberi masa sebelum kelas tamat untuk meletakkan url blog di Padlet. Bagi kelas 4 Delta pula, pensyarah mencadangkan maklumat pada slaid dikurangkan dan gunakan font yang lebih besar agar jelas untuk dibaca.
  7. 7. 6 BAHAGIAN IV: RANCANG SEMULA PENGAJARAN / UBAH SUAI TINDAKAN BAGI MENGATASI ISU ATAU MASALAH TERSEBUT. SUBJEK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi TARIKH/HARI : 15 OKT 2014 / RABU TINGKATAN : 4 DELTA MASA : 9.00 – 10.20 pm [80 MINIT] KEHADIRAN/BIL. PELAJAR :___/15 Orang TAJUK : 4.0 MULTIMEDIA (4.2 Perkakasan dan Perisian) 4.2.1 Perkakasan 4.2.2 Perisian Penyuntingan HASIL PEMBELAJARAN : 4.2.1.1 Mengenalpasti perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia : (Pengimbas, Kamera Video, Kamera, Peranti Audio, Peranti penangkapan Video) 4.2.2.1 Mengenalpasti perisian penyuntingan yang digunakan untuk menghasilkan elemen-elemen multimedia : (Penyuntingan Teks, Penyuntingan Grafik dan Imej, Penyuntingan Audio, Penyuntingan Video dan Animasi) OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat; 1. Menyatakan secara bertulis perkakasan yang digunakan bagi menghasilkan produk multimedia dengan betul. 2. Menyatakan secara bertulis perisian penyuntingan yang digunakan bagi menghasilkan produk multimedia. PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Pelajar terdedah dengan penggunaan teknologi multimedia dalam kehidupan seharian. 2. Pelajar mengetahui elemen multimedia.
  8. 8. 7 ALAT & BAHAN BANTU MENGAJAR : Chromebook, Marker, Papan Putih, nota “Buku COMPLETE”, Nota : PerkakasanPerisian.pptx, Laptop, Layar putih, projektor dan Google Search serta Perisian : MS Word, Adobe Photoshop, Audacity, dan Movie Maker. ANGKAH PENGAJARAN : LANGKAH KEMAHIRAN KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi 5 minit (9.00-9.05 am) TOPIK PEMBELAJARAN Perkakasan Dan Perisian [Perkakasan] 1. Guru menanyakan tentang tugasan minggu lepas. 2. Pelajar mengambil chromebook. 3. Guru menyatakan topik pembelajaran. Strategi/Pendekatan: Berpusatkan guru-pelajar. Kaedah/Teknik : Lisan. ABBM : Chromebook. Nilai/KBKK : Tekun, kerjasama. Langkah 1 20 minit (9.05-9.25 am) Perkakasan o Pengimbas o Kamera Video o Kamera o Peranti Audio o Peranti penangkapan Video 1. Menyambung tugasan minggu lepas. 2. Pelajar dipanggil untuk mencatat maklumat berkaitan perkakasan di papan putih. 3. Guru menyemak hasil pencarian pelajar. Strategi/Pendekatan : Berpusatkan pelajar. Kaedah/Teknik : Perkongsian maklumat. ABBM : Chromebook, papan putih, marker. Nilai/KBKK : Tekun, yakin, berusaha.
  9. 9. 8 Langkah 2 50 minit (9.25-10.15 am) Perisian Penyuntingan o Penyuntingan Teks o Penyuntingan Grafik dan Imej o Penyuntingan Audio, Penyuntingan Video dan Animasi 1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2. Pelajar setiap kumpulan diberi 1 topik perisian. 3. Secara berkumpulan, pelajar perlu mencari maklumat yang berkaitan topik dan membuat catatan dalam buku. 4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki mengisi table yang dibuat oleh guru di papan putih. 5. Kumpulan lain, perlu membuat catatan. 6. Guru menyemak hasil pencarian pelajar. 7. Guru menunjukkan contoh perisian dalam komputer. Strategi/Pendekatan : Berpusatkan pelajar. Kaedah/Teknik : Kerja kumpulan, pencarian maklumat, perkongsian maklumat. ABBM : Chromebook, Google, Search, papan putih, marker, layar Putih, laptop, projektor dan perisian. Nilai/KBKK : Tekun, yakin, berusaha, kerjasama. Penutup 5 minit (10.15-10.20 am) Kerja Khusus Pemasangan komponen komputer. 1. Guru memaklumkan tugasan kerja khusus seterusnya 2. Pelajar menyimpan chromebook. Strategi/Pendekatan : Berpusatkan guru-pelajar. Kaedah/Teknik : Lisan, peringatan. ABBM : Tiada. Nilai/KBKK : Penyimpanan

×