1.Sistem Pondok dan Pendidikan Vernakular
- dasar pecah dan perintah merupakan bentuk sistem
pendidikan pada masa ini.
- tiada penyatuan antara penduduk bandar dengan luar bandar
lebih-lebih lagi antara kaum.
- sistem ini terus berkembang tanpa mengambil kira soal
keperluan kepada pembangunan tanah air, pembentukan
identiti kebangsaan, perpaduan rakyat dan kemanusiaan.
- mengekalkan tumpuan taat kepada negara masing-masing.
2.Laporan Cheeseman
-Laporan ini disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan
Pengarah Pendidikan pada tahun 1946.
-Tujuan : Membuat satu laporan tentang kurikulum sekolah
Inggeris dan vernakular
Tahun : 1946
Cadangan :
1. Pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma dalam
semua bahasa pengantar.
2. Pendidikan peringkat menengah (sekolah pertengahan dan
tinggi) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,
Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
3. Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib di semua
sekolah vernakular.
3.Laporan Barnes
-Pengerusi : En L.J.Barnes
Tujuan : Menyelidik dan memperbaiki pendidikan bagi orang
Melayu
Tahun : 1951
Cadangan :
-menubuhkan sekolah-sekolah dwibahasa dengan BI dan BM
sebagai bahasa penghantar.
- sekolah-sekolah vernakular : Melayu, Cina dan Tamil ditukar
secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.
- Pengajaran agama menggantikan pengajaran Jawi di sekolah.
4.Laporan Fenn-Wu
Laporan ini disediakan oleh jawatankuasa mengenai pendidikan Cina
Pengerusi : Dr Fenn & Dr Wu
Tujuan : Melayani kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan
Barnes sebagai percubaan menghapuskan bahasa dan budaya orang-orang
Cina
Tahun : 1952
Cadangan :
- memajukan sistem sekolah kebangsaan dengan pengenalan unsur
dwibahasa kepada sek-sek vernakular
- mengadakan 3 bahasa kpd sekolah vernakular melalui bahasa kebangsaan
- mengekalkan sekolah aliran jenis kebangsaan (inggeris) yg sedia ada.
5. ORDINAN PELAJARAN
-Tujuan : mengkaji cadangan-cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-
Wu serta mencari satu kompromi atau jalan tengah yang baik.
- Tahun : 1952
Cadangan :
1. Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui
pengenalan BI secara beransur-ansur di sekolah-sekolah Melayu.
2. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di
sekolah-sekolah Cina dan Tamil
3. Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan
4. Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk muris
beragama islam
5. Sekolah vokasional diperkembangkan
6.Laporan Razak
Sebagai memenuhi janji pilihanraya supaya mengkaji semula dasar pendidikan.
Pengerusi : Dato’ Abdul Razak Hussein (Menteri Pendidikan)
Tujuan :
1.Menyemak dasar pendidikan Persekutuan Tanah Melayu dan bina satu
sistem pendidikan kebangsaan.
2. kaji semula struktur pendidikan negara
Tahun : 1956
Cadangan :
1. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar bagi semua peringkat
persekolahan.
2. Satu jenis kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama, berpusat dan
bercorak kebangsaan.
1.Penyata Rahman Talib
Mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan pada
Februari 1960
Pengerusi : Encik Abdul Rahman Talib (Menteri Pendidikan)
Tujuan :
1. Menyemak semula pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
2. membaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan:
- pendidikan secara percuma di sekolah rendah.
- kenaikan darjah secara automatik hingga tingakatan 3
- peperiksaan penilaian darjah 5 diwujudkan
- memajukan pendidikan teknik dan vokasional
2. AKTA PELAJARAN
-Tujuan : untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
kebangsaan yang akan memupuk perkembangan kebudayaan,
ekonomi dan politik.
-Tahun :1961
3. LAPORAN HUSSEIN ONN
-Diketuai oleh Hussein Onn. (menteri pelajaran.
-Tujuan : menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-
kanak yang berada dalam lingkungan umur persekolahan.
- Tahun : 1971
Cadangan :
1. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa pengantar namun
kedudukan bahasa Inggeris masih dipelihara.
2. Masa mengajar Bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru
diberi latihan untuk memperoleh pencapaian yang baik.
3.Laporan Kabinet
Dipengerusikan Dr Mahathir Mohamed (Menteri Pendidikan)
Tujuan : mengkaji semua matlamat dan kesannya sistem pendidikan
sekarang, termasuk kurikulum, dalam rangka dasar pelajaran
kebangsaan yang wujud, dgn tujuan utk memastikan bhw keperluan
tenaga rakyat dapat dipenuhi sama ada dari jangka pendek mahupun
jangka panjang dan memastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersepadu,
bersidiplin dan terlatih.
Tahun : 1979
Cadangan:
1. Memberi tumpuan kepada pendidikan asas 3M.
2. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan
3. fokus diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-
unsur disiplin yang tinggi.
1.Akta Pendidikan 1996
Dikenali juga sebagai Rang Undang-undang Pendidikan
Tujuan :
1. Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi
muda agar sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.
2. Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang
pendidikan.
Peruntukan umum :
1. Semua tahap persekolahan, bermula dari pra sekolah hingga
pendidikan tinggi.
2. Semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan dan sekolah swasta.
3. Status bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan.
2.DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
-Misi Kementerian Pendidikan :
-1. membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.
-2. memenuhi aspirasi negara
- Tahun :1999
-Matlamat Pendidikan Kebangsaan :
-1. Melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu
padu.
- 2.Melahirkan warga Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak
mulia, berktrampilan dan sejahtera.
-3. Menyediakan sumber tenaga manusia yntuk keperluan dan
pembangunan negara.
3.PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS
DALAM BAHASA INGGERIS
- tahun 2002 : mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar
dalam bahasa Inggeris.
-Bertujuan untuk memastikan negara tidak ketinggalan dalam
globalisasi dunia yang kian meningkat.
-Implikasi :
-1. Guru mata pelajaran Matematik dan sains perlu menguasai
kefasihan dalam bahasa Inggeris dari segi penuturan dan
penulisan.
-2. Buku-buku teks bagi mata pelajaran sains dan matematik tahun
satu, tingkatan satu, dan tingkatan enam rendah disediakan dalam
bahasa Inggeris.
4.PENDIDIKAN WAJIB
-Pada tahun 2003, setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang anaknya
mencapai umur 6 tahun hendaklah mendaftarkan anak tersebut untuk hadir
ke sekolah.
-Jika gagal berbuat demikian, ibu bapa tersebut boleh dikenakan hukuman
denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau
kedua-duanya sekali.
Implikasi :
1. Unsur ekuiti peluang pendidikan antara pelbagai kaum dapat
direalisasikan.
2. Hak asasi kanak-kanak akan terpelihara.
5.STATUS MATAPELAJARAN BAHASA
CINA DAN BAHASA TAMIL
-Pada april 2005, matapelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
dijadikan sebgai matapelajaran elektif sahaja di sekolah-sekolah
kebangsaan.
- Rasionalnya adalah kerana :
1. Pengurangan bilangan murid-murid di sekolah-sekolah kerajaan.
2. Peningktan bilangan murid-murid bukan Cina di sekolah-sekolah
vernakular Cina.
Implikasi :
1. Bilangan guru terlatih dalam pengkhususan Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil perlu ditingkatkan lagi.
6.Sekolah Bestari
- Sebagai memenuhi tuntutan di masa akan datang dalam melahirkan
pekerja ilmu yang bermaklumat, mahir, berketrampilan dan mempunyai
etika yang positif.
-Pelaksanaan P & P kurikulum menggunakan kemudahan teknologi yang
terkini mampu untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai
aspek melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
7.Sekolah Wawasan
-Diwujudkan bagi mengeratkan perpaduan kaun di negara ini.
-Berkonsepkan 3 aliran iaitu SK, SJKC dan SJKT yang ditempatkan dalam
satu kompleks.
-Setiap sekolah menggunakan bahasa penghantar masing-masing.
-Para pelajar digalakkan berkongsi kemudahan spt kantin, lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang sekolah.