Dokumen tersebut membahas tentang Gerakan Pemikiran Modern di Dunia Islam khususnya mengenai Gerakan Ikhwanul Muslimin. Terdapat penjelasan mengenai ciri-ciri, akar pemikiran, penyebaran, dan pengaruh Gerakan Ikhwanul Muslimin. Gerakan ini didasarkan pada pemahaman Islam Salafiyah dan berusaha mendekatkan manusia kepada Allah.
2. • 11. Setiap bidaah dalam agama tidak
mempunyai asas sama sekali yang
dipandang baik oleh manusia menurut nafsu
mereka, sama ada dengan cara menambah
ataupun mengurangkannya adalah kesesatan
yang wajib diperangi dan dihapuskan
dengan cara yang paling baik sehingga
tidak membawa kepada perkara yang lebih
buruk dari bidaah itu sendiri.
3. 12. Bidaah dengan cara menambah,
meninggalkan dan beriltizam
dengan sejenis ibadat mutlak
adalah masalah khilafiah. Setiap
orang mempunyai pendapatnya
sendiri dan tidak mengapa mencari
hakikat berdasarkan dalil serta
hujah.
4. • 13. Mencintai orang yang saleh, menghormati dan
memberi pujian terhadap amalan baik yang
dilakukan mereka adalah jalan mendekatkan diri
kepada Allah. Wali-wali Allah ialah mereka yang
disebut oleh Allah dalam Quran, iaitu mereka
yang beriman dan bertakwa. Keramat yang
berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan
syarat-syarat yang menepati syarak serta
mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang
diredai Allah. Mereka tidak boleh memberi
manfaat atau mendatangkan mudarat ketika hidup
ataupun setelah mati. Mereka juga tidak mampu
memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu
untuk orang lain.
5. 14. Menziarahi kubur dalam apa situasipun sunat
dilakukan dan hendaklah dengan cara yang
ma’thur. Tetapi memohon pertolongan dari ahli
kubur siapa sekalipun mereka itu; menyeru
mereka kerana perkara tersebut, menuntut hajat
dari mereka, bernazar kepada mereka, membangun
binaan di atasnya, menyelimutinya, bersumpah
dengan sesuatu selain Allah dan seumpammanya
dari perkara bidaah adalah dosa besar yang wajib
diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-
amalan ini dengan tujuan menutup jalan
kemungkaran.
6. 15. Berdoa apabila
dibuat dengan cara
bertawassul kepada
Allah dengan salah
satu dari makhluk-
Nya adalah
perselisihan pada
masalah furuk dalam
kaifiyat [cara] berdoa
dan bukan masalah
akidah.
7. 16. Uruf yang salah tidak merubah hakikat
lafaz-lafaz syariat. Malahan wajib dipastikan
batasan pengertian yang dimaksudkan dengan
lafaz tersebut tanpa pula melampauinya.
Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz
yang sengaja dikemukakan bertujuan menipu
helah dalam perkara yang berkaitan urusan
dunia dan agama. Yang diambil kira ialah
sesuatu yang dinamakan bukan nama yang
diberikan.
8. 17. Akidah adalah
asas setiap amalan.
Amalan hati lebih
penting dari amalan
anggota badan.
Mencari
kesempurnaan pada
kedua-duanya adalah
dituntut syarak
walaupun darjat
tuntutan pada kedua-
duanya berbeza.
9. • 18. Islam memberi penghormatan pada
akal dan menggalakkan umatnya
mengkaji rahsia alam. Mengangkat
martabat ilmu dan ulama. Mengalu-
alukan sesuatu yang baik dan
bermanfaat. Hendaklah membuat
penyelidikan dan merebut di mana
sahaja ditemui hikmat Mukmin yang
hilang.
10. 19.Berkemungkinan perkara yang diteliti syarak
tidak termasuk dalam perkara yang diteliti oleh
akal, begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun
pandangan syarak dan pandanggan akal tidak
bertentangan dalam perkara yang qat’i. Hakikat
ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan
kaedah syarak yang sabit. Perkara zanni dari
kedua-duanya ditakwilkan agar bersesuaian
dengan qat’i. Sekiranya pandangan syarak dan
akal masih berada pada tahap zanni maka
pandangan syarak lebih utama diterima
hinggalah pandangan akal dapat mensabitkan
kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendiri.
11. 20. Kita tidak mengkafirkan Muslim yang telah
mengucap syahadatain, melaksanakan
tuntutannya dan menunaikan kewajipan-
kewajipannya dengan hanya berdasarkan
pendapat atau maksiat yang dilakukan, kecuali
jika:
– Mengakui kalimah kufur
– Engkar perkara agama secara daruri
– Mendustakan ayat Quran atau jelas maksunya
– Menafsirkan Quran dengan tafsiran yang
menyalahi uslub bahasa Arab dalam semua
keadaan
– Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan
kecuali kufur.
13. • Rabbaniyah.
Gerakan Ikhwan adalah gerakan
Rabbaniyyah. Sebab asas yang
menjadi paksi sasarannya ialah
mendekatkan manusia kepada
Rabb-nya.
• Alamiyah.
Gerakan Ikhwan bersifat
'alamiyah (Internasional). Sebab
arah gerakan ditujukan kepada
semua umat manusia.
14. • Islamiyah.
Gerakan Ikhwan bersifat Islami. Sebab
orientasi dan nisbahnya hanya kepada
Islam.
Selain itu al-Banna juga menetapkan
tingkatan amal yang perlu diamalkan
setiap anggota, yaitu: Memperbaiki diri,
sehingga menjadi pribadi yang kuat
fizikal, teguh dalam berakhlak, luas
dalam berfikir, mampu mencari nafkah,
lurus berakidah dan benar dalam
beribadah.
15. Syumul.
Kesyumulan ini terserlah dalam aspek-
aspek semasa yang merangkumi:
Dakwah Salafiyah – kerana menyeru
kepada amalan Islam yang murni, Kitab
Allah dan Sunnah Rasulullah.
Tarekat Sunniyah – Meletakkan diri
beramal dengan Sunnah yang suci.
Perkumpulan Siasah – Mereka menuntut
pembaikan dasar pemerintahan dan
mendirikan Khalifah.
16. Perkumpulan Olahraga- mereka
menegaskan Mukmin yang kuat
lebih baik dan disukai Allah dari
Mukmin yang lemah.
Amalan Islam pula tidak dapat
ditunaikan secara sempurna
melainkan oleh tubuh badan yang
sihat.
17. • Ikatan intelektual dan kebudayaan
– kerana Islam menjadikan
menuntut ilmu suatu kefarduan
atas setiap Muslim dan Muslimat.
• Persyarikatan ekonomi – Islam
bermakna mentadbir harta benda
dan usaha pekerjaan.
19. ~ Menjadi guru dunia dengan menyebarkan
Islam ke tengah-tengah umat manusia,
sehingga tidak ada fitnah lagi dan Dien hanya
benar-benar milik Allah.
•
الــكــفــرون كــره ولــو نــوره يـتــم أن إل اللــه ويــأبـى
• "Dan Allah tidak menghendaki kecuali
menyempurnakan Nur (Dien)-Nya." (Q.S. at-
Taubah :32).
21. • Dalam menyampaikan
dakwah Ikhwan berpegang
kepada tiga tahap berikut:
• Tahap pengenalan [al-
ta’rif].
• Tahap pembentukan [al-
takwin].
• Tahap pelaksanakan [al-
tanfiz].
22. • Allah matlamat
kami.
• Rasulullah SAW.
teladan kami.
• Al-Qur'an dustur
kami.
• Jihad jalan kami.
• Mati syahid cita-
cita kami yang
tertinggi.
غــايــتـنــا اللــه
قــدوتـنـا الـرســول
دســتــورنـا الـقــرآن
ســبـيـلـنــا الـجـهــاد
اللــه سـبـيـل فـى الـمـوت
أمـانـيـنـا أسـمـى
•Syiar Ikhwan
24. • Sayyid Qutb, dalam bukunya
Khashais al-Tasawwur al-
Islami wa Muqawwimatuhu,
memberikan gambaran
tentang pemahamannya dan
pemahaman Ikhwan.
Karakteristik konsep Islam
itu berasaskan kepada:
26. • Setiap karakteristik diberi
penjelasan tersendiri
secara terperinci dan
luas.
• Lambang Al-Ikhwan al-
Muslimun adalah dua
bilah pedang menyilang
melingkari Al-Qur'an, ayat
Al-Qur'an) dan tiga kata:
haq (kebenaran), quwwah
(kekuatan) dan
hurriyyah(kemerdekaan).
27. AKAR PEMIKIRAN DAN
SIFAT IDEOLOGINYA
• Al-Ikhwan al-Muslimun telah mengadun
dakwah salafiyyah menjadi gerakan
dakwahnya.
• Penekanan penting kepada penelitian dan
pembahasan terhadap dalil serta pentingnya
kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah
dan membersihkan diri dari segala bentuk
kemusyrikan untuk mencapai kesempurnaan
tauhid.
28. • Dakwah Ikhwan banyak dipengaruhi
oleh Syaikh Muhammad Abdul
Wahhab, Gerakan al-Sanusiyyah dan
pemikiran al-Sayyid Muhammad Rasyid
Rida.
• Pada umumnya dakwah tersebut
merupakan lanjutan dari Madrasah Ibnu
Taimiyyah (w. 702 H/1328 M), yang
juga merupakan kelanjutan Madrasah
Imam Ahmad bin Hanbal.
29. • Ikhwan menjadikan tasawwuf
sebagai saranan pendidikan
dan peningkatan jiwa seperti
pernah dilakukan para ahli
tasawwuf terdahulu yang
aqidahnya benar dan jauh dari
segala bentuk bidaah, khurafat,
mengazab diri dan sifat negatif.
30. • Hasan al-Banna merangkum
semua pemahaman Islam dalam
dakwahnya.
• Beliau memasukkan aspek-aspek
yang sesuai dengan keperluan
zaman dan lingkungan. Sehingga
dakwahnya mampu menghadapi
berbagai arus yang melanda Mesir
dan kawasan lain.
31. PENYEBARAN DAN
KAWASAN PENGARUHNYA
• Gerakan Ikhwan dimulai di Isma'iliyyah
kemudian beralih ke Kairo. Dari Kairo
tersebar ke berbagai pelosok dan kota
di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang
Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000.
Tiap cabang memiliki anggota yang
cukup banyak.
32. • Gerakan tersebut kemudian
meluas ke negara-negara Arab.
• Ia berdiri kukuh di Syria,
Palestina, Jordan, Lebanon,
Irak, Yaman dan lain-lain.
• Dewasa ini anggota dan para
pendukungnya tersebar di
berbagai penjuru dunia.