1. TEKNOLOGI MAKLUMAT & PERNIAGAAN
LIHAT APA YANG BERLAKU SEKARANG
Cara kita belajar Keadaan Di Plaza Tol Keadaan Di Kilang
Keadaan Di Pejabat
Cara Pemakanan Kita Cara Kita Berhubung
4. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi dalam sistem
digital melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusia
berfikir, berhubung, bertindak dan bekerja.
Antara kepentingan teknologi maklumat ialah:-
-Dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan.
-Sebagai alat perniagaan dan sosial.
-sebagai syarat untuk penyertaan dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial
dan pendidikan.
-mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan.
-merapatkan hubungan sesama manusia.
-merapatkan jurang pemisahan antara guru dengan pelajar.
-menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan.
-dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita.
-dapat memajukan sistem pertahanan dan keselamatan negara.
-berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat.
-mampu menjimatkan bayaran kos komunikasi.
-negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.
5. Informasi Teknologi adalah berkisar kepada menyimpan,memanipulasi,menyebarkan dan memproses maklumat.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, IT telah mengambilalih perniagaan konvensional melalui penggunaan
alat teknologi yang canggih dan inovatif dalam rangka meningkatkan pengeluaran dan kecekapan.
PRODUKTIVITI
Aplikasi teknologi seperti Database Perniagaan, Rekabentuk Grafik berkomputer, AutoCad, Pemprosesan
perkataan dan lain-lain pengaturcaraan computer telah membantu meningkatkan produktiviti sesuatu perniagaan.
Aplikasi ini juga telah mengubah cara hidup kita,cara kita memandu dijalanraya,cara kita berhubung,
cara kita bekerja dan cara kita berkomunikasi.
SIGNIFIKAN
Organisasi korporat memaksimakan kelebihan komersil mereka dengan penggunaan alat IT yang sesuai.
Sebagai contoh pengasas Dell Inc. Michael Dell memperkenalkan konsep pembelian online untuk komputer peribadi.
Hari ini pelanggan seluruh dunia membuat pesanan produk Dell hanya dari rumah melalui internet.
PENGAWALAN ( MONITORING )
IT digunakan sebagai mekanisma kawalan terhadap bahagian tertentu syarikat atau organisasi yang tidak
menggunakan sumber dengan cekap. Sebagai contoh Dell menggunakan “ REAL-TIME INVENTORY &
SUPPLY MONITORING “ untuk mengeluarkan hanya bilangan computer yang diperlukan oleh pelanggan.
Dengan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran yang berlebihan.
PENGURUSAN PRESTASI PERNIAGAAN ( BPM)
Sistem “ Best Performance Management” membolehkan perniagaan memaksimakan prestasi dengan membuat
analisa menggunakan aplikasi seperti OLAP ( Online Analytical Processing ) dan EIS ( Executive Information System )
E-COMMERCE
Merupakan penjualan dan pembelian produk atau perkhidmatan melalui internet. Operasi secara online ini menjimatkan
masa dan kakitangan yang diperlukan untuk aktiviti perniagaan disamping mengurangkan kos buruh,penyediaan
dokumen,bil telefon dan surat-menyurat.
6. •FACEBOOK
Mampu menjadi senjata pemasaran yang berkesan kerana fakta berikut :-
500 juta pengguna facebook di internet masakini
200 juta masuki facebook guna telefon bimbit
700 billion minit diluangkan di facebook
59,600,000 pengguna facebook di Asia
7.5 juta pengguna facebook di Malaysia
3 juta pengguna facebook di singapura
Usahawan boleh senaraikan apapun jenis perniagaan dan tunggu serta lihat berapa ramai prospek yang bakal
diperolehi jika berjaya memasuki trafik di facebook.
•ENJIN PENCARI ( SEARCH ENGINE )
YAHOO.COM,GOOGLE.COM dan lain-lain enjin pencari di internet boleh digunakan untuk mempelajari sesuatu
daripada syarikat-syarikat yang berjaya di seluruh dunia, mendapatkan maklumat terkini mengenai pesaing dan
memperolehi tips-tips perniagaan terkini di samping memeriksa dan menyemak perkembangan terbaru
di pasaran dengan hanya klik pada tetikus di rumah atau pejabat anda.
•E-MAIL
Penggunaan Email untuk berkomunikasi,menyebarkan maklumat,menghantar surat dan iklan kepada prospek
telah menjadi satu trend yang begitu efektif buat usahawan yang aktif membuat pemasaran dengan
kaedah yang paling jimat.
•WEBSITE,BLOG DAN PORTAL
Berupaya menjadi sebuah kedai maya dan ruang berkongsi idea terhadap sesuatu aktiviti perniagaan.
Dengan website dunia berupaya mengenali produk anda sebelum membuat keputusan pembelian atau
menjalin usahasama.
7. TWITTER
Twitter membantu berkongsi maklumat tentang produk, mendapatkan maklumat dan
maklumbalas dari pengguna serta menyebarkan iklan perniagaan secara lebih pantas
dan cekap,sekiranya kita mempunyai followers yang bertambah dari masa ke semasa
dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini syarikat kita.
YOUTUBE
Dengan aplikasi ini anda boleh menghasilkan video korporat atau video produk anda
sendiri menggunakan webcam dan kemudiannya upload secara percuma di internet
bagi menerangkan mengenai produk dan perkhidmatan anda untuk disaksikan oleh
bakal pelanggan walau di mana sahaja mereka berada.
FOTOPAGE
Cerita bergambar mengenai produk dan perkhidmatan anda boleh dimuatkan di dalam
fotopage.com untuk simpanan,tatapan dan pengetahuan pelanggan.
Teknologi Maklumat yang memberi pelbagai kemudahan kepada usahawan ini juga
mempunyai beberapa kelemahan sekiranya disalahgunakan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab atau digunakan untuk aktiviti yang tidak berfaedah serta membuang
masa.