O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×

TITAS full report.docx

Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
1
UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN
FACULTY OF SCIENCE
MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
TRIMESTER OCT 2021 : TU...
2
Rubrik Tugasan
Kesimpulan 0m 1m 2m 3m Markah
Kesimpulan
tentang topik
secara
keseluruhan
Tiada sebarang kesimpulan
yang ...
3
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS
2.1 Fakta 1 – Tahap Kelahiran dalam Tamadun Malaysia
2.2 Fakt...
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Carregando em…3
×

Confira estes a seguir

1 de 21 Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Semelhante a TITAS full report.docx (20)

Mais recentes (20)

Anúncio

TITAS full report.docx

  1. 1. 1 UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN FACULTY OF SCIENCE MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) TRIMESTER OCT 2021 : TUGASAN KUMPULAN TAJUK : Bincangkan teori kitaran tamadun yang berlaku dalam tamadun Malaysia yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat Malaysia kini. NAMA PENSYARAH : Encik Muhamad Azhar Bin Zulkeply Kriteria Pemarkahan Pengenalan 0m 1m 2m 3m Markah Satu pernyataan masalah dan objektif kajian Tiada sebarang pernyataan masalah dan objektif kajian dinyatakan. Pernyataan masalah dan objektif kajian yang kurang jelas. Pernyataan masalah dan objektif kajian yang jelas. Pernyataan masalah dan objektif kajian yang sangat jelas. Latar Belakang 0m 1m 2m 3m 4m 5m Markah Apa-apa info yang berkaitan dengan topik Tiada sebarang latar belakang diberikan. Latar belakang yang ringkas tanpa sebarang rujukan dan sub topik. Latar belakang yang umum tanpa sebarang rujukan dan sub topik. Latar belakang yang jelas namun sebarang rujukan dan sub topik. Latar belakang yang jelas berserta rujukan dan sub topik. Latar belakang yang sangat jelas dan terperinci berserta rujukan dan sub topik. Perbincangan & Analisis 0m 1m 2m 3m 4m Markah Fakta 1 Penulisan fakta yang tidak tepat atau tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Penulisan fakta yang terlalu umum tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul namun ringkas tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul berserta contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul dan terperinci berserta contoh dan rujukan yang jelas. Fakta 2 Penulisan fakta yang tidak tepat atau tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Penulisan fakta yang terlalu umum tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul namun ringkas tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul berserta contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul dan terperinci berserta contoh dan rujukan yang jelas. Fakta 3 Penulisan fakta yang tidak tepat atau tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Penulisan fakta yang terlalu umum tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul namun ringkas tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul berserta contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul dan terperinci berserta contoh dan rujukan yang jelas. Fakta 4 Penulisan fakta yang tidak tepat atau tidak berkaitan dengan topik perbincangan. Penulisan fakta yang terlalu umum tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul namun ringkas tanpa contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul berserta contoh dan rujukan yang jelas. Penulisan fakta yang betul dan terperinci berserta contoh dan rujukan yang jelas.
  2. 2. 2 Rubrik Tugasan Kesimpulan 0m 1m 2m 3m Markah Kesimpulan tentang topik secara keseluruhan Tiada sebarang kesimpulan yang diberikan. Kesimpulan yang diberikan tidak jelas atau tidak berkaitan dengan topik. Kesimpulan yang diberikan kurang jelas walaupun berkaitan dengan topik. Kesimpulan yang diberikan jelas dan berkaitan dengan isu. Format 0m 1m 2m 3m Markah Format Keseluruhan Kerja Keseluruhan penulisan tidak mengikut kriteria yang dikehendaki dan format yang ditetapkan Keseluruhan penulisan adalah kurang memuaskan/kurang mengikut kriteria dan format yang ditetapkan. Keseluruhan penulisan adalah memuaskan dan mengikut kriteria dan format yang ditetapkan. Keseluruhan penulisan adalah sangat memuaskan dan mengikut kriteria dan format yang ditetapkan. Ulasan Markah Keseluruhan
  3. 3. 3 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS 2.1 Fakta 1 – Tahap Kelahiran dalam Tamadun Malaysia 2.2 Fakta 2 – Tahap Perkembangan dalam Tamadun Malaysia 2.3 Fakta 3 – Tahap Kegemilangan dalam Tamadun Malaysia 2.4 Fakta 4 – Tahap Kemerosotan dalam Tamadun Malaysia 3.0 KESIMPULAN RUJUKAN / BIBLIOGRAFI BORANG PENILAIAN KUMPULAN (PEMBENTANGAN)
  4. 4. 4 1.0 PENGENALAN Tamadun merupakan sesuatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi, meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain (Samsudin et al., 2016). Kitaran tamadun merupakan kebangkitan dan kemerosotan tamadun. Teori ini diperkenalkan oleh Ibn Khaldun. Beliau mencadangkan pembahagian kitaran tamadun kepada lima fasa. Fasa pertama (tahap kelahiran) merupakan pembentukan tamadun baharu dengan prinsip Assabiyah; fasa kedua (tahap perkembangan) ialah pengukuhan kuasa tamadun; fasa ketiga (tahap kegemilangan) merujuk kepada kemakmuran tamadun; fasa keempat (tahap kemerosotan) ialah kemunduran tamadun; fasa kelima (tahap kejatuhan) mencadangkan pemusnahan tamadun (Mohammad Fadzil, 2020). Kitaran tamadun mendatangkan banyak masalah sepanjang kitarannya. Antaranya konflik dalam kalangan masyarakat menyebabkan perpecahan kaum; masalah jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat; kedamaian negara menyebabkan kelonggaran kewaspadaan negara terhadap kuasa asing; dan sebagainya. Kitaran tamadun Malaysia merujuk kepada kebangkitan dan kemerosotan peradaban negara Malaysia. Persoalannya, apakah teori kitaran tamadun yang berlaku dalam tamadun Malaysia yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat kini? Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti fasa-fasa kitaran tamadun yang dialami dalam tamadun Malaysia berdasarkan teori kitaran tamadun Ibn Khaldun. Objektif kedua adalah untuk mengkaji peristiwa-peristiwa khas yang telah berlaku pada fasa-fasa
  5. 5. 5 kitaran tamadun Malaysia. Objektif ketiga adalah untuk mempelajari iktibar-iktibar yang didapati daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kitaran tamadun Malaysia.
  6. 6. 6 2.0 PERBINCANGAN DAN ANALISIS 2.1 Fakta 1 - Tahap Kelahiran dalam Tamadun Malaysia Kelahiran tamadun Malaysia dimulakan dengan pembentukkan Malaysia. Idea pembentukkan Malaysia yang pertama telah dikemukakan oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara pada tahun 1887 (Adam et al., 2010). Terdapat banyak peristiwa telah berlaku sepanjang penubuhan Malaysia. Namun, dengan sikap toleransi yang diamalkan dalam masyarakat dan usaha yang disumbangkan oleh para tokoh, Perjanjian Malaysia telah berjaya ditandatangani pada 9 Julai 1963 (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, 2021). Oleh sebab terbangkit masalah antara Malaysia, Filipina dan Indonesia, pengisytiharan Malaysia terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963 (Selamat, 2016, p.13). Pada mula-mulanya, oleh sebab perkembangan pengaruh sosialis yang berlaku secara serius di Singapura, wujudnya faktor politik yang mendorong kepada penyertaan Singapura dengan Tanah Melayu. Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew ingin bergabung dengan Tanah Melayu akibat Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura kerana Persekutuan Tanah Melayu berpengalaman dalam membanteraskan pengaruh komunis (Adam et al., 2010). Sebelum penyertaan Singapura, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penyertaan telah diadakan kerana penentangan Barisan Sosialis terhadap penubuhan Malaysia. Kesannya, rakyat Singapura telah menyokong idea percantuman ini (Samsudin et al., 2020). Selepas penyertaan Singapura, termuncullah faktor sosial, iaitu isu ketidakseimbangan kaum antara Melayu dan Cina. Ini adalah kerana setelah penyertaan Singapura, komposisi kaum Cina telah melebihi kaum Melayu. Justeru, kemasukkan Sabah dan Sarawak dapat
  7. 7. 7 mengekalkan kaum Melayu sebagai kaum terbesar. Walaubagaimanapun, penduduk Sabah dan Sarawak telah menolak cadangan ini. Jadi, berdasarkan Adam et al., Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan bagi menerang tentang gagasan Malaysia, mengumpulkan pandangan dan menggalakkan kegiatan pembentukkan Malaysia (2010). Dalam mesyuarat jawatankuasa yang keempat, satu memorandum yang mengandungi pendapat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Tanah Melayu teleh dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Selain itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) juga telah ditubuhkan dan memorandum “Dua Puluh Perkara” telah dikemukakan bagi melindungi hak penduduk Sabah dan Sarawak (Selamat, 2016, p.10). Namun begitu, Singapura telah keluar dari Malaysia pada tahun 1965 atas sebab pertentangan pendapat oleh parti-parti yang berkaitan. Iktibar yang dapat diperolehi daripada peristiwa-peristiwa penubuhan Malaysia ialah kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menghargai jasa dan usaha tokoh-tokoh dalam perjuangan penubuhan Malaysia. Tanpa kegigihan dan pengorbanan mereka, perkembangan Malaysia dari segi politik dan sosial tidak akan maju seperti tahap pada masa kini. Seterusnya, kita juga mestilah saling membantu kerana sifat kekitaan merupakan salah satu ciri yang diperlukan dalam tahap kelahiran sesebuah tamadun. Contohnya, peristiwa penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak yang bertujuan untuk mempercepatkan kemerdekaan wilayah masing-masing.
  8. 8. 8 2.2 Fakta 2 - Tahap Perkembangan dalam Tamadun Malaysia Walaupun pembentukan Malaysia telah membuktikan kewibawaan pemimpin- pemimpin Malaysia, tetapi negara Malaysia masih menghadapi cabaran dalaman seperti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak bersepadu (Mohamed Adil, 2020). Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin tamadun Malaysia telah melaksanakan berbagai-bagai usaha dalam aspek sosial dan ekonomi untuk mencapai keseimbangan dalam bidang pembangunan dan sosioekonomi (Adam et al., 2010). Tamadun Malaysia telah mencapai tahap perkembangan dengan inisiatif yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin negara Malaysia. Dalam faktor sosial, konsep perpaduan dan integrasi nasional sering berkait rapat untuk membawa tamadun Malaysia menuju ke aras yang lebih tinggi (Upsi, 2014). Demi mencapai tujuan ini, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967 (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Melalui akta ini, kerajaan telah memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Peranan bagi penetapan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memupuk perpaduan antara kaum (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Contohnya, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi pentadbiran dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan (Ahmad Sukiman, 2019). Dengan ini, pengurusan pentadbiran kerajaan Malaysia dapat menjadi lebih lancar dan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh mendapat pendidikan yang setaraf (Ahmad Sukiman, 2019). Faktor ekonomi juga mendorong kepada perkembangan tamadun Malaysia, misalnya penubuhan dasar yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) (Munnianwar, 2013). DEB ialah satu dasar yang dilancarkan pada tahun 1970 melalui
  9. 9. 9 Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) (Adam et al., 2010). DEB bertujuan untuk membangunkan ekonomi dan mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam negara Malaysia (Munnianwar, 2013). Demi melancarkan peranan DEB, dua strategi telah digunakan. Pertama, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membasmi kemiskinan dengan penambahan gaji kerja dan menambahkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat. Kedua, kerajaan telah bertindak dalam menamatkan pengenalan kaum tertentu mengikuti pekerjaan dengan menyusun semula rakyat di Malaysia (Adam et al., 2010). Dengan penguatkuasaan DEB, kadar kemiskinan di negara Malaysia telah menurun manakala pendapatan penduduk di luar bandar telah meningkat (Munnianwar, 2013). Perpaduan antara kaum merupakan asas demi pencapaian tahap perkembangan tamadun Malaysia. Isu ini penting kerana dapat membina sistem pemerintahan yang kuat dan membawa kehidupan yang stabil kepada rakyat Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita haruslah bekerjasama tanpa mengira kaum supaya dapat membawa negara Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Misalnya, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum (Jabatan Penerangan Malaysia, 2017). Selain itu, pihak berkuasa perlulah memperkenalkan dasar-dasar yang dapat menyatukan pelbagai kaum dan memajukan bidang ekonomi. Contohnya, kerajaan yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membawa banyak rezeki kepada rakyat Malaysia (Munnianwar, 2013).
  10. 10. 10 2.3 Fakta 3 - Tahap Kegemilangan dalam Tamadun Malaysia Tahap yang seterusnya ialah tahap kegemilangan. Tahap ini merupakan era yang pencapaian tamadun adalah pada puncaknya dalam aspek-aspek seperti ekonomi, kesenian, pendidikan dan pelancongan. Pada tahap ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diperkenalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 (Suhaimi, 2018). Beliau telah banyak menabur bakti kepada tamadun Malaysia seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas yang ditempatkan di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia (Suhaimi, 2018). Selain itu, Tun Dr. Mahathir juga telah mengisytiharkan Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1 Ogos 1996 yang melahirkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan di negara Malaysia (Mazwin & Kaos, 2019). Secara tidak langsungnya, tamadun Malaysia pun telah dibawa ke tahap kegemilangan dengan kedua-dua pencapaian ini yang memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia dan memajukan negara. Faktor ekonomi mempunyai pengertian yang amat tinggi terhadap tamadun dan negara. Sesebuah negara perlu bergantung kepada bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup penduduk supaya membolehkan negara tersebut mencapai kegemilangan. Sebagai contoh, seni bina Menara Berkembar Petronas yang dapat mempengaruhi nama Malaysia. Menara Berkembar Petronas telah diisytiharkan sebagai bangunan tertinggi di dunia selepas siap direka pada tahun 1996 (The Editors of Encyclopaedia Britannica, 2014). Kesannya, pihak asing amat tertarik dengan seni bina yang begitu unik dan ingin datang melawat bangunan ini yang mengandungi ciri-ciri istimewa. Ini telah meningkatkan peluang pelancongan dan ekonomi tamadun Malaysia. Buktinya, negara Malaysia mempunyai penambahan pendapatan dari segi pelancongan dari tahun 1998 ke tahun 2002 selepas pembinaan Menara Berkembar Petronas (Mosbah, 2014).
  11. 11. 11 Selain itu, faktor perkembangan sains dan teknologi yang dapat memajukan sektor pendidikan, memudahkan komunikasi antara manusia dan sebagainya. Manfaat-manfaat ini dapat meningkatkan reputasi negara. Sebagai contoh, Multimedia Super Corridor (MSC). MSC ialah produk yang berasaskan inisiatif teknologi bertaraf dunia untuk membimbing faktor teknologi bagi memajukan industri teknologi terkini atau dikenali sebagai Information and Communications Technology (ICT) (Ministry of Communications and Multimedia Malaysia, n.d.). Di samping itu, MSC diperlukan dalam kerja-kerja yang melibatkan data pemprosesan melalui penggunaan komputer. Peranannya termasuk memindah, memproses, melindungi, mengubah dan menyimpan data. Dengan kejayaan MSC yang unggul, taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan. Iktibar yang wujud daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahap kegemilangan tamadun Malaysia ialah kita hendaklah bersemangat patriotik. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan Menara Berkembar Petronas merupakan satu lambangan status tamadun Malaysia pada tahap kegemilangan. Seterusnya, kita juga haruslah bersyukur tentang penubuhan Multimedia Super Corridor yang telah banyak mendatangkan faedah dalam bidang ICT kepada negara ini. Kedua-dua pencapaian ini bukan sahaja dapat meningkatkan imej negara, malah rakyat Malaysia juga dapat menikmati kemewahan dan menggunakan kemudahan yang disediakan.
  12. 12. 12 2.4 Fakta 4 - Tahap Kemerosotan dalam Tamadun Malaysia Kejadian tamadun Malaysia pada tahap kemerosotan adalah tidak dapat dielakkan walaupun tahap kegemilangan tamadun Malaysia begitu berseri. Kemerosotan tamadun ditakrifkan sebagai penurunan penduduk yang pantas, kehilangan identiti dan kerumitan sosio- ekonomi (Kemp, 2019). Antara faktor-faktor tamadun Malaysia yang mengalami kemerosotan termasuk kemelesetan sektor ekonomi dan kerugian sektor pelancongan. Contohnya, kes kerugian sektor pelancongan telah dijelaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8 bahawa kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2021 adalah sebanyak RM3.37 bilion akibat kejadian wabak COVID-19 (Adnan & Halid, 2020). Selain itu, harga minyak kelapa sawit telah menurun hampir 17.0% secara keseluruhan pada tahun 2019 jika dibandingkan dengan tahun yang lalu (Adnan, 2019). Perkara-perkara ini telah menyumbang kepada kemerosotan ekonomi Malaysia pada hari ini. Krisis kemerosotan ekonomi Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang melibatkan banyak pihak. Pertamanya, ‘The Great Lockdown’ yang merupakan kaedah mengatasi pandemik COVID-19 telah menjejaskan pertumbungan perdagangan dan aktiviti ekonomi serta urusniaga di seluruh dunia (Kegawatan ekonomi Malaysia: Krisis kemelesetan, 2021). Kilang-kilang terpaksa ditutupkan kerana permintaan atas kegiatan eksport Malaysia semakin berkurangan dan banyak syarikat mengalami kerugian. Ramai rakyat Malaysia mengalami keguguran kerja, menyebabkan jumlah pengangguran semakin melonjak tinggi. Menurut Kementerian Sumber Manusia Malaysia, sebanyak 99,696 orang rakyat Malaysia telah mengalami pengangguran sejak pelaksanaan ‘Movement Control Order (MCO)’ dari bulan Mac sehingga bulan November (Tan et al., 2020). Namun, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah ditubuhkan untuk menurunkan kadar pengangguran masyarakat (Alias, 2020).
  13. 13. 13 Selain itu, kerugian sektor pelancongan juga menyumbang kepada kemerosotan Tamadun Malaysia hari ini. Kini, sektor pelancongan negara Malaysia sudah mengalami kerugian tahunan hampir RM51 bilion akibat pandemik global COVID-19. Sehingga bulan September pada tahun 2020, ketibaan pelancong ke Malaysia telah menguncup sebanyak 78.6% kepada 4.29 juta daripada 20.10 juta (Ganesan, 2021). Banyak hotel terpaksa ditutupkan, manakala beberapa agensi pelancongan dan perniagaan juga diberhentikan bagi merendahkan risiko kesihatan rakyat Malaysia. Tambahan pula, sektor penginapan yang merupakan antara sumbangan ekonomi yang utama daripada pelancong asing turut terjejas. Pengurangan jumlah pelancong asing yang melawat negara Malaysia telah menyebabkan banyak syarikat mengenai penginapan dan perhotelan menghadapi kerugian yang dahsyat. Industri perhotelan dijangka kehilangan hasil sebanyak RM6.54 bilion pada tahun 2020 (Ganesan, 2021). Pandemik COVID-19 adalah peristiwa khas yang mengakibatkan kemerosotan tamadun Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah mematuhi undang-undang demi penambahbaikkan kemerosotan negara. Contohnya, sepanjang pandemik COVID-19 ini, rakyat haruslah mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang digubal oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan kes jangkitan wabak COVID-19. Jika kita meninjau kedatangan COVID-19 dari aspek yang positif, COVID-19 juga telah menunjukkan iktibar tidak mudah berputus asa untuk menangani cabaran. Rakyat Malaysia mestilah memperlihatkan iltizam terhadap penyelesaian COVID-19 demi kebangkitan semula tamadun Malaysia.
  14. 14. 14 3.0 Kesimpulan Secara ringkasnya, tamadun Malaysia, kini berumur 64 tahun, telah mengalami empat tahap kitaran tamadun, termasuk tahap kelahiran, tahap perkembangan, tahap kegemilangan, dan tahap kemerosotan sejak kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Kenaikan dan penurunan taraf hidup di Malaysia mengesahkan bahawa teori kitaran tamadun Malaysia adalah betul dan tepat. Melalui kajian tersebut, kebangkitan dan kemerosotan tamadun Malaysia pada hari ini adalah banyak dikaitkan dengan perkembangan ekonominya. Terdapat banyak peristiwa khas berkaitan dengan sektor ekonomi yang berlaku ketika kitaran tamadun di Malaysia telah membentuk tamadun Malaysia hari ini. Peristiwa- peristiwa tersebut menyumbang kepada iktibar-iktibar yang berharga dan dapat menggalakkan kemakmuran tamadun Malaysia pada hari ini. Masyarakat kini mestilah mempelajari iktibar daripada sejarah Malaysia agar tidak mengulangi kesalahan tersebut. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua pihak patutlah berganding bahu dan berusaha membentuk tamadun Malaysia yang lagi aman dan maju. Dengan peredaran masa, negara Malaysia akan mengalami kitaran tamadun berkali-kali, dan secara beransur-ansur berkembang menjadi sebuah negara yang maju di persada dunia.
  15. 15. 15 Bibliografi Adam, R., Yacob, S. P., Samuri, A. H., & Fadzil, M. (2010). Buku Teks KBSM Sejarah Tingkatan 5: Bab 6 Pengukuhan negara dan bangsa Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Adnan, S. (2019). Punca kegawatan ekonomi Malaysia baru. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/477629 Adnan, S., & Halid, S. (2020). RM3.37 bilion kerugian sektor pelancongan akibat Covid-19. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665159/rm337-bilion- kerugian-sektor-pelancongan-akibat-covid-19 Ahmad Sukiman, N. H. (2019). Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/15938/KHAS/Pendapat/Bahasa-Melayu-bahasa- rakyat-Malaysia Alias, A. (2020). Langkah tepat kerajaan elak krisis pengangguran. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/679388/langkah-tepat-kerajaan-elak- krisis-pengangguran
  16. 16. 16 Ganesan, V. (2021). Surviving the impact of Covid-19: Tourism industry waits to cruise out of the doldrums. Malaysian Association of Tour and Travel Agents. https://www.matta.org.my/news/08026-surviving-the-impact-of-covid-19-tourism-industry- waits-to-cruise-out-of-the-doldrums Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Bahasa rasmi. MyGovernment. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30118?language=my Kegawatan ekonomi Malaysia: Krisis kemelesetan. (2021). MYPT3. https://mypt3.com/kegawatan-ekonomi-kemelesetan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. (2021). Penubuhan Malaysia 16 September 1963. Portal Rasmi Akrib Negara Malaysia. http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-malaysia-16-september-1963 Kemp, L. (2019). Are we on the road to civilisation collapse? BBC.com. https://www.bbc.com/future/article/20190218-are-we-on-the-road-to-civilisation-collapse Mazwin, N. A., & Kaos, J. (2019). Dr M: We’ve come a long way since MSC launch in 1996. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/17/dr-m-weve-come-a-long-way- since-msc-launch-in-1996
  17. 17. 17 Ministry of Communications and Multimedia Malaysia. (n.d.). Malaysia's ICT Catalyst. https://www.kkmm.gov.my/en/public/news/19905-malaysia-s-ict-catalyst Mohamed Adil, M. (2020). 57 tahun pembentukan Malaysia – Isu dan cabaran. BebasNews. https://bebasnews.my/?p=43334 Mohammad Fadzil, M. M. (2020). Social cycle theory: Antara Islam dan barat. Harakahdaily. https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/12/social-cycle-theory-antara-islam-dan-barat/ Mosbah, A. (2014). A review of tourism development in Malaysia. European Journal of Business and Management, 6(5), 4. https://www.researchgate.net/publication/262105663_A_Review_of_Tourism_Development_ in_Malaysia Munnianwar. (2013). Dasar ekonomi baru [PowerPoint Slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/munnianwar/dasar-ekonomi-baru-16412530 Samsudin, M., Mohamed Dali, A., & Syed Hamid, S. A. (2016). Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 1: Bab 4 Mengenali tamadun. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  18. 18. 18 Samsudin, M., Mohamed Dali, A., Hasan, R., & Saidoo, I. (2020). Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 5: Bab 5 Pembentukan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selamat, A. (2016). Sabah dalam proses pembentukan Persekutuan Malaysia. Jurnal Kinabalu, 19, 10-13. https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/508 Suhaimi, K. (2018). Sejarah ringkas Tun Doktor Mahathir: Perdana Menteri Malaysia ke-7. iluminasi. https://iluminasi.com/bm/sejarah-ringkas-perdana-menteri-malaysia-ke-7.html Tan, T., Carvalho, M., Sivanandam, H., & Rahim, R. (2020). Nearly 100,000 Malaysians have lost jobs since start of MCO, says HR ministry. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/12/09/nearly-100000-malaysians-have-lost- jobs-since-start-of-mco-says-hr-ministry The Editors of Encyclopaedia Britannica. (2014). Petronas Twin Towers. Encyclopedia Britannica. https://www.britannica.com/topic/Petronas-Twin-Towers Upsi, A. (2014). Hubungan etnik konsep perpaduan, integrasi & hub etnik [PowerPoint Slides]. SlideShare. https://www.slideshare.net/alfaupsi/hubungan-etnik-konsep-perpaduan-integrasi- hub-etnik
  19. 19. 19 MPU3123 - TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS) TRIMESTER OKTOBER 2021 Fakulti Sains No Soalan : 2 Tajuk Tugasan: Bincangkan teori kitaran tamadun yang berlaku dalam tamadun Malaysia yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat Malaysia kini. Bil. Nama Pelajar (mengikut urutan abjad A-Z) ID No. Gambar Markah Markah Keseluruhan Kumpulan Individu 1. BENJAMIN KHOO SHENG YUAN 2002540 2. CHIN KA YI 2004808 3. HENG LE KUN 2003127 4. LEE XIN CI 2001746 5. LEONG PEI LENG 2001640 6. NG YU XUAN 2107168
  20. 20. 20 Rubrik Tugasan Pembentangan Berkumpulan TITAS 202110 Kriteria Pemarkahan Pengenalan 0m 1m 2m 3m 4m Markah Tiada sebarang pengenalan daripada kumpulan pelajar Pengenalan pelajar yang kurang jelas dan ringkas. Pengenalan pelajar yang jelas dan terperinci Kandungan Pembentangan Fakta 1 0m 1m 2m 3m 4m Kandungan pembentangan tidak berkaitan dengan tajuk. Kandungan pembentangan yang kurang tepat dan sangat ringkas Kandungan pembentangan yang tepat namun kurang menarik Kandungan pembentangan yang tepat dan menarik Kandungan pembentangan yang tepat, jelas, menarik dan kreatif Fakta 2 Kandungan pembentangan tidak berkaitan dengan tajuk. Kandungan pembentangan yang kurang tepat dan sangat ringkas Kandungan pembentangan yang tepat namun kurang menarik Kandungan pembentangan yang tepat dan menarik Kandungan pembentangan yang tepat, jelas, menarik dan kreatif Fakta 3 Kandungan pembentangan tidak berkaitan dengan tajuk. Kandungan pembentangan yang kurang tepat dan sangat ringkas Kandungan pembentangan yang tepat namun kurang menarik Kandungan pembentangan yang tepat dan menarik Kandungan pembentangan yang tepat, jelas, menarik dan kreatif Fakta 4 Kandungan pembentangan tidak berkaitan dengan tajuk. Kandungan pembentangan yang kurang tepat dan sangat ringkas Kandungan pembentangan yang tepat namun kurang menarik Kandungan pembentangan yang tepat dan menarik Kandungan pembentangan yang tepat, jelas, menarik dan kreatif Kesimpulan 0m 1m 2m 3m 4m Markah Tiada sebarang kesimpulan daripada kumpulan pelajar Kesimpulan pelajar yang kurang jelas dan ringkas. Kesimpulan pelajar yang jelas dan terperinci Ulasan Markah Keseluruhan
  21. 21. 1 Rubrik Tugasan Pembentangan Individu TITAS 202110 Penilaian Individu 1m 2m 3m 4m 5m 1 2 3 4 5 6 Pemahaman Pembentangan Sangat Lemah. Hanya membaca sepanjang pembentangan. Suara sangat tidak jelas menyebabkan audien tidak memahami kandungan pembentangan. Lemah Hanya membaca sepanjang pembentangan. Suara yang kurang jelas menyebabkan audien kurang memahami kandungan pembentangan. Sederhana Terlalu banyak bergantung kepada nota. Suara yang jelas namun huraian yang masih kurang jelas dan sukar difahami. Baik Tidak terlalu bergantung kepada nota. Suara dan huraian yang jelas memudahkan pemahaman audien. Sangat Baik Tidak bergantung kepada nota. Suara dan huraian yang jelas dan tersusun sangat memudahkan pemahaman dan menarik perhatian audien. Kemahiran dan Kelancaran Pembentangan Sangat Lemah. Hanya membaca sepanjang pembentangan. Tahap keyakinan sangat rendah menyebabkan pembentangan tidak lancar. Lemah Hanya membaca sepanjang pembentangan. Tahap keyakinan masih baik namun penggunaan bahasa yang agak lemah. Sederhana Terlalu banyak bergantung kepada nota. Tahap keyakinan pelajar membuatkan pembentangan masih lancar dan jelas dari segi bahasa. Baik Tidak terlalu bergantung kepada nota. Keyakinan yang sangat tinggi disebabkan persediaan yang cukup menyebabkan pelajar dapat membentang dengan lancar dan jelas dari segi bahasa. Sangat Baik Tidak bergantung kepada nota. Tahap keyakinan dan kemahiran bahasa yang tinggi dan kelancaran dalam pembentangan menarik perhatian audien untuk mendengar dan menghayati pembentangan. Markah Keseluruhan

×