O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×

MSB 105.pptx

Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Próximos SlideShares
Papan suis utama
Papan suis utama
Carregando em…3
×

Confira estes a seguir

1 de 50 Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Diapositivos para si (20)

Semelhante a MSB 105.pptx (20)

Anúncio

Mais recentes (17)

MSB 105.pptx

  1. 1. PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH (MAIN SWITCH BOARD) ABI YASSER BIN MAIDIN MUHAMMAD AKMAL BIN JAAFAR MOHD AMIRUL BIN ABDULALIM SEDEK MUHAMMAD SYAKIR AMININ BIN MISRIN
  2. 2. PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH (Main Switch Board)
  3. 3. Papan Suis Utama (PSU) adalah komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagihkan ke bahagian beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan. Peranan saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik. PENGENALAN
  4. 4. JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MSB) JENIS MELEKAT DI DINDING (WALL MOUNTED) JENIS PEDESTAL (FLOOR MOUNTED/WALL MOUNTED, FRONT ACCESS) JENIS CUBICLE (FLOOR MOUNTED FRONT/REAR ACCESS) Jenis melekat di dinding biasanya untuk pemasangan kecil, sehingga 100 ampiar. Jenis pedestal untuk pemasangan sederhana, manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. Namun, berat sesebuah PSU akan juga menentukan jenis yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor mounted.
  5. 5. JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MSB) Wall Mounted Pedestal Cubicle
  6. 6. BAHAGIAN DEPAN PAPAN SUIS UTAMA 600A 100A 800A TPN MCCB GEN ‘ON’ TNB ‘ON’ SL SL F F 1000A 4 POLE CHANGEOVER CONTACTOR COMPARTMENT EF EF EF EF F F 300A300A 400A 400A TPN MCCB 200A 200A 100A 100A A A A V PF EF SL VS C L 1600A 4 POLE BUSBAR COUPLER C 200A 200A TPN MCCB A A A V PF EF SL VS C L EF EF EF EF F F 200A200A 300A 300A 400A 400A TPN MCCB TOOL COMPARTMENT TOOL COMPARTMENT TPN MCCB
  7. 7. BAHAGIAN DALAM PAPAN SUIS UTAMA Fiber untuk mengelak busbar daripada bergerak Fiber untuk menahan Semua busbar utama Main earth Kabel keluar / masuk ke Dalam switchboard Lubang pengudaraan PSU
  8. 8. MENERIMA BEKALAN MENGAGIH BEKALAN MENGAWAL BEKALAN MEMBERI PERLINDUNGAN Fungsi Papan Suis Utama (MSB)
  9. 9. PAPAN SUIS KECIL Tahap perlindungan PSU lazimnya ialah IP42. • Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan utama dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar dari PSU ditempat lain. Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU. • PSK digunakan untuk bangunan atau beban yang berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.
  10. 10. BINAAN • PSU terdiri dari binaan rangka utama yang menyokong berat segala peralatan yang terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section channel. Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan menyambung sahaja rangka tambahan. • Dibahgian luar sekelilingnya ditutup dengan kepingan logam dengan tebal tidak kurang dari 2mm. • Palang bas pembumian dengan keratan rentas yang mencukupi hendaklah dipasang dibahagian bawah sebelah dalam PSU meliputi keseluruhan panjang PSU tersebut.
  11. 11. BINAAN
  12. 12. KELAS MSB Tedapat 3 kelas PSU: 1. Tiada kompartmen – Tiada pengasingan (dinding pemisah) diantara bahagian-bahagian dalam PSU. 2. Sebahagian berkompartmen – Palang bas dipisahkan daripada yang lainnya menggunakan sleeving, menggunakan enclosure/barrier. 3. Sepenuhnya berkompartmen – Semua pemutus litar dan terminal kabel diasingkan diantara satu sama lain.
  13. 13. LOKASI PSU hendaklah ditempatkan ditempat yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel. 2. Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air. 3. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan. 4. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
  14. 14. KEPERLUAN BILIK SUIS Keperluan bilik suis adalah: 1. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik. 2. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan antu vermin proof netting supaya serangga tidak dapat masuk. 3. Ruang kosong berukuran minima 2.5 kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan. 4. Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluaran kabel. 5. Bilik suis hendaklah dilengkapi dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2. 6. Lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukup hendaklah disediakan di dalam bilik suis. 7. Rajar litar skematik dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.
  15. 15. KEPERLUAN BILIK SUIS Pemadam api jenis co2 Carta pertolongan cemas Dan papan tanda bahaya
  16. 16. KEPERLUAN BILIK SUIS Tikar getah
  17. 17. KEPERLUAN BILIK SUIS Gambarajah dan Litar Skematik
  18. 18. PERALATAN/KOMPONEN UMUM DAN ALAT YANG TERDAPAT PADA PSU KABEL BEKALAN MASUK DAN KELUAR Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tana. Kalau PSU berada ditingkat bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang telinga kabel (cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew dan nut kepada pemutus litar.
  19. 19. PALANG BUS (BUSBAR) • Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan. • Kedudukan palang bas biasanya mendara, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi. • Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga campuran.
  20. 20. BUSBAR COUPLER / BUS-TIE • Basbar cupler / bus – tie juga merupakan pengasian, biasanya digunakan untuk menyambung dua basbar dari berlainan kemasukan dengan kadaran yang sama. Untuk mengelakkan basbar coupler / bas –tie (pengasing) dari dua kemasukan bekalan yang berlainan di ON kan serentak, ianya mestilah dijalinkan/digunakan dengan kekunci kait-punca(interlock). • Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh menghubungkan dua kumpulan palang bas yang berasingan. Satu kumpulan palang bas mengawal sebahagian beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan beban yang lain pula. Saiz palang bas kedua-dua kumpulan tersebut hendaklah sama.
  21. 21. BUS-BAR COUPLER / BUS-TIE Busbar mendatar dan menegak yang digabungkan bersama-sama
  22. 22. PENGASING (ISOLATOR) Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan daripada suis dimana ianya dikenhendaki di ‘OFF’ apabila litar berkenaan tidak membawa arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh dipulihkan sekiranya suis kawalan di ‘ON’ yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya pada ketika itu pengendali tidak menyangka bahawa litar-litar kawalan dihidupkan semula ataupun pada ketika itu pengendali sedang melakukan kerja-kerja penyenggaran mekanikal sedang dijalankan.
  23. 23. PENGASING (ISOLATOR) Isolator yang terdapat di MSB
  24. 24. ALATUBAH ARUS (CURRENT TRANSFOMER) Alatubah arus (Current Trunsfomer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter, faktur kuasa meter dan geganti terus kepada talian. Pemasangan permeteran dan geganti dengan menggunakan CT adalah mempunyai kebaikan seperti berikut:- 1. Terminal alatubah telah dikeluarkan daripada talian dan satu terminal lagi telah dibumikan, dengan itu pengguna dan peralatan yang digunakan boleh dijauhkan daripada apa-apa punca bahaya. 2. Nisbah 1:K arus di dalam meter akan menjadi 1/K kali arus dan dengan pergerakan meter sebanyak 5A boleh digunakan bagi mengukur arus yang lebih besar.
  25. 25. ALATUBAH ARUS (CURRENT TRANSFOMER) Alatubah Arus (C.T)
  26. 26. SAIZ BUSBUR VOLTAN RENDAH DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS BIL SAIZ BUSBAR VOLTAN RENDAH KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS 1 6.3mm x 10mm 100amp 2 6.3mm x 25mm 250amp 3 6.3mm x 31.5mm 300amp 4 6.3mm x 40mm 400amp 5 6.3mm x 50mm 500amp 6 6.3mm x 63mm 600amp 7 6.3mm x 80mm 800amp 8 6.3mm x 100mm 1000amp 9 6.3mm x 125mm 1250amp 10 2 x 6.3mm x 63mm 1200amp 11 2 x 6.3mm x 80mm 1600amp 12 2 x 6.3mm x 100mm 2000amp
  27. 27. SESENTUH (CONTACTOR) Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu digunakan bersama-sama dengan alat-alat seperti suis masa (timeswitch), kapasitor bank, motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai relay coil yang membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai-bagai sukatan arau bergantung kepada peralatan yang digunakan.
  28. 28. SESENTUH (CONTACTOR) Sesentuh / Contactor Sesentuh / Contactor yang terdapat di MSB
  29. 29. SUIS FIUS (LOW CURRENT) • Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius HRC. Ianya tidak terasing dari litra apabila suis di OFF kan, ia berbentuk SP & N dan TP & N dengan ukuran piawai 15A, 20A, 30A, 45A dan 60A. SUIS FIUS
  30. 30. FIUS SUIS (HIGH CURRENT) • Fuis suis merupakan pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC di tumpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari palang basbar. Keutamaannya digunakan bagi mengawal beban yang berbentuk TP & N dengan ukuran piawai 60A, 100A, 160A, 200A, 300A, 400A, 500A, 600A, 800A, 1200A. FUIS SUIS
  31. 31. FIUS Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang digunakan. Fius-fius yang biasa digunakan adalah:- a) Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih digunakan secara meluas di samping banyak keburukannya. b) Fius cartridge adalah lebihan berkemajuan di mana sukatan bagi penukaran eleman fius yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar. Dengan ini sukatan fius boleh diketahui dengan tepat dan eleman fius susah lentur. c) Fius H.R.C merupakan fius yang berkebolehan menhindar arus-arus kerosakan yang berat dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan bebean yang digunakan. Fius-fius jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban industri yang besar, kabel-kabel utama dan dimana kerosakan- kerosakan arus yang besar berlaku.
  32. 32. RESIDUAL CIRCUIT BREAKER/EARTH LEAKGE CIRCUIT BREAKE (ELCB) ‘Residual Current’ membawa maksud ‘arus baki’. Ini bermakna alat ini bergantung terus kepada keadaan di mana terdapat perbezaan di antara arus (ketidakseimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari beban yang sama. Dalam ertikata yang lain, alat ini hanya akan bertindak apa bila mengalami keadaan tersebut. Alat ini juga dikenali sebagai nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan untuk membezakan ianya dari kendalian voltan, ianya telah dikenali dengan nama ‘Residual Current Device’ (RCD).
  33. 33. RESIDUAL CIRCUIT BREAKER/EARTH LEAKGE CIRCUIT BREAKE (ELCB) CURRENT REATING & SENSITIVITY TYPE AC WITH SIMBOL IEC 6-1008-2-1 WITH “SIMBOL”
  34. 34. PEMUTUS LITAR KECIL (MINIATURE CIRCUIT BREAKER – MCB) MCB digunakan sebagai gantian fuis untuk mengawal pemasangan domestik dan beban- beban yang kecil. Ia biasanya dipasang pada litar yang menggunakan bekalan satu fasa. Sifat-sifat MCB ialah: 1. Nilai terpelantik beban telah ditetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh ditukar. 2. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu ditukar, hanya perlu di’ON’kan semula. 3. Litar-litar yang rosak senang dikesan. 4. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.
  35. 35. PEMUTUS LITAR KOTAK TERACU (MOULDED CASE CIRCUIT BREAKER – MCCB) MCCB direka untuk pengguna dengan kadar arus sehingga 400A, dan di masa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa arus yang lebih tinggi lagi. Dari segi penggunaan, MCCB adalah pengganti kepada fius dan dipasang untuk mengawal litar tiga fasa. Ianya mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius. MCCB hanya perlu di’ON’kan sahaja sekiranya ia memutus (trip). Ketiga-tiga fasa akan memutus apabila berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah ‘single phasing’ tidak berlaku. MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan geganti rosak ke bumi (E/F) tetapi ianya bergantung kepada binaan sesuatu MCCB, dengan itu masa senggaraan dapat dikurankan dan kos dapat dijimatkan.
  36. 36. GAMBARAJAH MCB DAN MCCB MCB MCCB MCCB dan MCB yang dipasang di MSB
  37. 37. PEMUTUS LITAR UDARA (ACB) Pemutus Litar Udara jika digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa perlindungan kerana pemutus litar ini berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia Mesti dilengkapkan dengan geganti beban lampau (OCR) dan genganti kerosakan bumi (EFR) dan dibantu oleh alatubah arus (current transfomer). Saiz Pemutus Litar Udara yang terkecil ialah 630A. Biar pun saiznya 630A tetapi ianya boleh ditatah untuk 300A asalkan nisbah alatubah arus (CT) yang digunakan ialah 300/5A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau. Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi seperti yang telah ditetapkan seperti berikut:- 100% terus menerus (to carry). 120% selama lima (5) minit (to trip within 5min). 150% terpelantik serta merta (to trip in 1sec).
  38. 38. PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)
  39. 39. GEGANTI (RELAY) Geganti digunakan bertujuan untuk menentukan pada tahap kerosakan bagimana yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan bekalan. Secara amnya, geganti yang terdapat pada PSU voltan rendah digunakan untuk perlindungan arus lebih, beban dan rosak ke bumi. Ada dua jenis utama: • Instantaneous (serta merta) Akan memutuskan bekalan sebaik saja nilai kerosakkan mencapai tahap ditentukan (set value). Oleh itu ia tidak mempunyai penatah masa. • Lewat masa (time delay) Mempunyai penatah masa, walaupun nilai kerosakan telah mencapai tahap ditentukan (set value), ia masih boleh berada dalam keadaan itu untuk beberapa jangak masa tertentu.
  40. 40. GEGANTI (RELAY) ELR
  41. 41. GEGANTI (RELAY) 5A ZCT SHUNT TRIP COIL ST N SESENTUH COIL ELR
  42. 42. PENGUKURAN (PERNETERAN) Alatukur di papan suis yang dimaksudkan itu ialah peralatan untuk mengukur arus, voltan, faktor kuasa, frekuensi dan lampu penunjuk. Semuanya adalah untuk panduan dalam kerja-kerja seharian.
  43. 43. METER ARUS Mengukur nilai arus semasa di PSU. Untuk nilai arus yang besar CT akan digunakan bagi menukar nilai arus. Sekiranya suis pemilih (A/S/S) digunakan maka hanya satu (1) bilangan meter arus berbanding tiga meter pada yang tidak menggunakannya. Bagi sesetengah PSU pemintaan arus maksima (MD) ditunjukkan oleh jarum berwarna merah yang dipasang bersama-sama di dalam meter arus. • Mengukur penggunaan arus di PSU • Untuk arus yang besar C.T akan digunakan bagi menukar nilai arus. • Kalau palang busbar bersaiz 500A maka alatubah arus 500/5A perlu digunakan. • Suis pemilih (A/S/S) digunakan bagi mengurangkan penggunaan meter.
  44. 44. METER VOLTAN Mengukur nilai voltan semasa di PSU. Bersambung terus pada basbar melalui suis pemilih (V/s/s), Fius 6A digunakan bagi mengawal arus yang masuk pada meter. Lampu Penunjuk Fasa (merah, kuning, dan biru) dipasangakan selari dengan meter voltan. • Bersambung terus pada busbar melalui suis pemilih (V/S/S). • Fius yang digunakan berkadar 6A bagi mengawal arus yang masuk pada meter. • Memberi bacaan sehingga 500V. • Lampu penunjuk Fasa (Merah, Kuning dan Biru) dipasang selari dengan meter voltan.
  45. 45. METER FAKTOR KUASA Menunjukkan nilai faktor kuasa untuk beban semasa. Biasanya sambungan adalah satu fasa dari arus dan dua fasa dari voltan. • Menunjukkan f.k untuk beban semasa. • Biasanya penyambungan dibuat satu fasa diambil pada arus dan dua fasa lagi diambil. • Kuasa ketara (VA) dan kuasa sebenar (Watt). Nisbah Watt(W) kepada volt-Ampere (VA) dikenali sebagai Faktor kuasa Cos Ø
  46. 46. METER KWH Watt meter adalah gabungan dari current coil dan voltage coil. Meter ini dipasang bagi tujuan mengetahui jumlah kuasa yang sedang digunakan di sesuatu bahagian atau beban. • Dipasang dengan tujuan untuk mengukur/menyukat jumlah tenaga/kuasa yang digunakan oleh pengguna.
  47. 47. METER KVARH Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata faktor kuasa, nilai KWH diperlukan bersama bagi tujuan ini.
  48. 48. KAPASITOR BANK Kuasa masukan tidak seratus peratus dapat digunakan pada bahagian keluaran mesin (beban) atau tidak dapat diukur oleh meter KWH. Kuasa yang hilang ini dikenali sebagai kuasa reaktif dengan unit ‘kVAR’. Kuasa reaktif digunakan oleh mesinuntuk menukarkan tenaga elektrik kepada medan magnet dan kemudian menukarkan semula kepada tenaga elektrik atau tenaga mekanikal. Besar atau kecil nilai ‘kVAR’ akan menentukan besar atau kecil nilai sudut faktor kuasa. Faktor kuasa adalah satu angka yang mengambarkan kecekapan sesuatu alat atau mesin elektrik dalam sistem bekalan AU. Faktor kuasa maksima adalah 1 dan minima adalah 0. Pada praktiknya amat mustahil untuk mendapatkan nilai faktor kuasa ini. Pihak pembekal tenaga telah menetapkan nilai faktor kuasa tidak boleh kurang dari 0.85, sekiranya kurang pengguna akan dikenakan dendan. Untuk mengelakkan ianya terjadi maka kapasitor bank dengan nilai tertentu perlu dipasang pada PSU.
  49. 49. KAPASITOR BANK
  50. 50. TERIMA KASIH

×