Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
SEBELUM MERDEKA
Pada masa dahulu, sebelum sistem pendidikan di Malaysia berkembang pesat
sehingga hari ini, banyak halangan yang telah dilalui oleh masyarakat dahulu
samaada sebelum dan selepas merdeka.
Antaranya, sistem pendidikan pada masa sebelum merdeka akan melalui
pelbagai fasa iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dan zaman
penjajahan Inggeris. Pada zaman pemerintahan melayu melaka, terdapat ciri
dan gaya sistem pembelajaran dan pengajaran. Antara ciri pendidikan pada
pemerintahan zaman tersebut adalah:
• Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di
madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
• Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-
an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit
Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
• Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok,
iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan
(kerusi meja).
• Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
• Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau
madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam
yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris.
Pada zaman penjajahan Inggeris, telah berlaku ketidakseragaman dalam sistem
pendidikan, oleh yang demikian, terdapat empat jenis sekolah yang telah
ditubuhkan iaitu, Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah India dan Sekolah
Inggeris. Sekolah-sekolah tersebut diagihkan mengikut kaum, bahasa pengantar
yang berbeza dan mengikut kawasan-kawasan yang tertentu. Akan tetapi,
sebelum kedatangan Inggeris, terdapat tiga sisitem pendidikan di Malaysia iaitu
Sistem Pendidikan Melayu, Sistem Pendidikan Cina dan Sistem Pendidikan
India. Ketiga-tiga sistem ini berbeza dari segi sukatan pelajaran, isi kandungan
dan cara pengajaran. Antara ciri-ciri dan perbezaan sistem pendidikan untuk tiga
sistem tersebut ialah:
Sistem pendidikan Melayu
1) Tertumpu kepada Pendidikan Agama Islam dan menghafaz al-quran
2) Tempat belajar di pondok, surau, madrasah dan masjid.
3) Selain mempelajari hal keagamaan, murid juga mempelajari ilmu lain seperti
berkebun, memancing dan mencari hasil hutan untuk lelaki dan memasak
dan menjahit bagi murid perempuan.
4) Tujuan pendidikan diberikan kepada murid adalah supaya golongan pelapis
nanti dapat menjadi pegawai-pegawai rendah dalam Jabatan Perkhidmatan
Awam Melayu.
Sistem Pendidikan Cina
1) Sekolah-sekolah ini didirikan dan diurus oleh peniaga-peniaga Cina
bertujuan untuk menyediakan pekerja untuk perniagaan mereka.
2) Kurikulum sekolah berkaitan dengan Kung Fu Tza yang mengutamakan
etika, nilai murni dan menghormati orang yang lebih tua.
3) Akan tetapi, penubuhan oleh peniaga-peniaga Cina telah menyebabkan
pihak Inggeris merasa terancam.
4) Buku teks dan guru-guru diimport daripada China
5) Terdapat sekolah rendah, menengah dan menengah atas.
Sistem Pendidikan India
1) Sekolah-sekolah ditubuhkan di kawasan ladang-ladang getah.
2) Kerajaan Inggeris menyokong penubuhan sekolah tersebut dan memberi
bantuan kewangan kepada mereka.
3) Matlamat utama pendidikan kepada murid adalah untuk menyediakan
mereka dengan ilmu pengusahaan estet dan menjadi buruh estet di estet.
4) Terdapat sekolah pada peringkat rendah sahaja.
Berbanding dengan aliran lain, sekolah Inggeris lebih mendapat layanan
istimewa daripadanpemerintah Inggeris. Kebanyakan sekolah-sekolah Inggeris
yang dibina diduduki oleh kebanyakan dari kaum Cina memandangkan kaum
Cina yang banyak mendiami di kawasan bandar. Namun begitu terdapat sedikit
perubahan didalam sistem persekolahan ketika itu apabila Penyata Barneskeluar
pada 1950 menyatakan ’pendidikan sekolah rendah adalah sebagai alat
perpaduan masyarakat’. Pernyataan ini menyebabkan sistem pendidikan telah
dikaji semula secara terperinci. Hasilnya satu sistem pendidikan kebangsaan
wujud dan terbuka kepada semua kaum. Bahasa pengantar bagi sekolah
kebangsaan ada dua iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Rentetan dari
ini, Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.
SELEPAS MERDEKA
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula pada
tahun 1963 hingga 1975. Tahap pertamanya(1963-1965) pula menekankan
perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap
pertama ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah
Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan(1965) dan
penubuhan Pusat Latihan Daerah.
Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia
Pertama yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang
timbul pada masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah
penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem
pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
Selain itu juga, era selepas kemerdekaan telah menyaksikan penubuhan dua
peringkat perkembangan sekolah kebangsaan iaitu Laporan Razak pada 1956
dan Laporan Rahman Talib 1960. Antara kandungan dalam laporan-laporan
tersebut;
LAPORAN RAZAK LAPORAN RAHMAN TALIB
Sukatan pelajaran yang sama bagi
semua sekolah
Umur persekolahan sehingga usia 16
tahun dan kenaikan darjah secara
automatik hingga tingkatan 3
Penubuhan pusat latihan guru
Penubuhan sekolah menengah lanjutan
bagi murid yang gagal
Menerbitkan buku teks yang seragam
bagi semua sekolah kebangsaan
Peperiksaan awam hanya menggunakan
bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris)
Bahasa kebangsaan dijadikan mata
pelajaran wajib di semua sekolah
Bantuan kewangan diberi kepada
sekolah-sekolah aliran Melayu dan
Inggeris sahaja
Semua sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan perlu
menyediakan tempat untuk belajar
kepada semua
Pendidikan secara percuma bagi sekolah
kebangsaan, sekolah menengah teknik
dan vokasional didirikan bagi melatih
murid-murid dalam bidang teknik
Berkenaan dengan pembentukan sekolah-sekolah yang berkaitan dengan
pengajaran agama Islam pula, telah diwujudkan satu kajian oleh Lembaga
Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), yang
kemudiannya melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di
negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihak–pihak berkuasa yang
berlainan. Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka
terbahagi kepada empat jenis iaitu :
Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)
Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Menurut Rosnani Hashim (1996), Ghazali Basri(2000) dan Mohamad Yusof
Ahmad(2002), pendidikan Islam ketika fasa selepas merdeka ini jelas
menunjukkan kurangnya penghayatan, akhlak dan keperibadian dan hanya
memberi tumpuan kepada ilmu dan kemahiran ibadah tertentu sahaja. Ini
diperkukuhkan lagi dengan adanya laporan yang dikemukakan oleh
jawatankuasa Mengkaji Matapelajaran Islam pada tahun 1974 kepada
jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 iaitu Pengetahuan Agama
Islam kurang menitikberatkan aspek amalan, penghayatan Islam serta amali
tetapi lebih kepada penyampaian ilmu.
Menurut Rosnani Hashim (1996), Ghazali Basri(2000) dan Mohamad Yusof
Ahmad(2002), pendidikan Islam ketika fasa selepas merdeka ini jelas
menunjukkan kurangnya penghayatan, akhlak dan keperibadian dan hanya
memberi tumpuan kepada ilmu dan kemahiran ibadah tertentu sahaja. Ini
diperkukuhkan lagi dengan adanya laporan yang dikemukakan oleh
jawatankuasa Mengkaji Matapelajaran Islam pada tahun 1974 kepada
jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 iaitu Pengetahuan Agama
Islam kurang menitikberatkan aspek amalan, penghayatan Islam serta amali
tetapi lebih kepada penyampaian ilmu.