1. 1
PENGENALAN
Pendidikan merupakan sistem atau cara meningkatkan kualiti atau martabat
manusia, dalam sejarah manusia hampir tidak ada kelompok manusia yang tidak
menggunakan pendidikan. Pendidikan juga penting dalam berinteraksi dengan
masyarakat.
Sejalan dengan hal tersebut di dalam Al Quran telah menceritakan peristiwa
Nuzul Al Quran, di mana Al Quran diturunkan daripada langit kepada Nabi Allah yang
terakhir. Di dalam peristiwa tersebut, wahyu pertama yang diterima Nabi Muhammad
S.A.W yang berupa perintah “membaca” dan ia merupakan manifestasi terhadap
penerokaan ilmu.
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah ayat 1
hingga 5 surah al- alaq’. Perintah iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’ kepada Nabi S.A.W
adalah isyarat bertapa Islam memberikan perhatian yang cukup besar tentang kepentingan
ilmu dalam menentukan darjat manusia.
Sebagai khalifah, kita bertanggungjawab dan berkewajipan menguruskan muka
bumi untuk kebaikan manusia, haiwan, alam sekitar dan planet-planet lain yang
berkaitan. Mentadbir muka bumi ini bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan
pengusaan ilmu pengetahuan. Menguruskan alam merupakan amanah berat yang harus
dipikul dan kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.
2. 2
ULASAN ISI
Pengertian Ilmu Pengetahuan
Secara umumnya, setiap individu faham dan tahu apa yang dikatakan tentang
ilmu. Perkataan universal ini tidak mempunyai sebarang limitasi dalam penerokaannya,
oleh itu ia telah di beri pengertian yang berbeza dari pelbagai sumber. Di dalam kajian
kami, perkataan ilmu ini mempunyai enam (6) pengertian. Antara pengertian ilmu yang
telah di berikan adalah:-
1. Dari kamus dewan bahasa:
o Pengetahuan
o Kepandaian
o Kebijaksanaan
2. Dari perkataan Arab:
Ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu “Alima”, yang membawa maksud
mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan
sebenarnya.
3. Dari Al- Quran:
“ Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan”
(surah an- Nahl: ayat 19)
“ Dan sekiranya Kami Mengkhendaki, nescaya Kami Perlihatkan mereka
kepadamu (Muhammad) sehingga engkau benar- benar dapat mengenal mereka dengan
tanda-tandanya. Dan engkau benar- benar akan mengenal mereka dari nada bicaranya,
dan Allah Mengetahui segala perbuatan kamu”
(surah Muhammad: ayat 30)
3. 3
“ Maka jika mereka tidak memenuhi tantanganmu, maka (katakanlah), “
Ketahuilah, bahawa ( al- Quran) itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahawa tidak
ada tuhan selain Dia, maka maukah kamu berserah diri (masuk Islam) ?”
(surah Hud: ayat 14)
4. Menurut tokoh:
o Gong Fu Zi
“Apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah
tahu dan apabila kamu tidak mengetahui sesuatu, menunjukan yang
kamu tidak tahu (Ilmu itu kebenaran dan keyakinan).
o Plato
“ Sesuatu pemindahaan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada
kecerahan.
5. Dari perkataan Inggeris:
Dari sudut bahasa Inggeris, ilmu di ertikan sebagai sains dan ia perlu dikaji
(diterokai).
4. 4
Kepentingan Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan amat penting bagi setiap individu bahkan melalui pengertian
ilmu telah di bahaskan dengan adanya ilmu pengetahuan ia dapat meningkatkan
martarbat manusia. Di dalam Islam, menuntut ilmu juga merupakan suatu ibadah kepada
Allah dan terdapat beberapa matlamat tertentu dalam proses menuntut ilmu.
Pentingnya mempunyai ilmu adalah untuk membuktikan kekuasaan Allah S.W.T.
Matlamat ini adalah untuk menguatkan kepercayaan dan keimanan manusia terhadap
Allah S.W.T. Dengan adanya ilmu, manusia dapat membaca al- Quran yang mana
terkandung segala persoalan yang wujud di muka bumi ini. Ilmu juga membolehkan
manusia mengkaji alam semester ciptaan Allah ini.
Menuntut ilmu tidak hanya terbatas pada hal-hal ke akhiratan saja tetapi juga
tentang keduniaan. Jelaslah kunci utama keberhasilan dan kebahagiaan, baik di dunia
maupun di akhirat adalah ilmu. Rasulullah saw. pernah bersabda:
َنْ اَاَاد اادُّنايَ ا اَ ْلاي اه َبَََِْْاَم َنْ اَاَاد اااَ َالاخَايَ ا اَ ْلاي اه َبَََِْْاَم َنْ اَاَاد اا ْهُمَِايَ ا اَ ْلايَمَبَََْاِا
Artinya: “Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia maka dengan ilmu, dan
barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat maka dengan ilmu, dan barangsiapa
yang menghendaki keduanya (kehidupan dunia dan akhirat) maka dengan ilmu.”
Untuk kehidupan dunia kita memerlukan ilmu yang dapat menopang kehidupan
dunia, untuk persiapan di akhirat. Kita juga memerlukan ilmu yang sekiranya dapat
membekali kehidupan akhirat. Dengan demikian, kebahagiaan di dunia dan di akhirat
sebagai tujuan hidup insya Allah akan tercapai.
5. 5
Tambahan lagi, dengan ilmu jugalah manusia dapat menjalankan tugas sebagai
hamba dan khalifah di muka bumi ini. Sebagai hamba Allah, manusia perlu
melaksanakan ibadah- ibadah umum dan khusus. Dalam pada masa yang sama, manusia
juga merupakan khalifah Allah di muka bumi ini. Ilmu yang diperoleh dengan keizinan
Allah S.W.T perlu lah di kongsi dan di sampaikan kepada individu dan masyarakat.
Di dalam pembentukan sebuah tamadun aspek yang paling penting adalah
kebijaksanaan. Jika dasarnya (ilmu) kukuh, maka kukuhlah tamadun tersebut.
Kebijaksanaan ini di guna pakai untuk membuat pembangunan dan memanfaatkan alam
ciptaan Allah S.W.T. Tamadun Islam telah tersebar luas sejak beribu tahun yang lepas,
pemerintahan, seni bina dan tradisinya telah di aplikasikan pada zaman sekrang. Ini
membuktikan kebijaksanaan memainkan peranan penting di dalam kehidupan.
Walaupun di dalam agam Islam tidak terdapat perbezaan darjat (taraf), namun
begitu jika sesorang itu mempunyai ilmu secara tidak langsung dia akan di pandang
mulia oleh golongan masyarakat. Terdapat satu hadith yang telah dijelaskan bahwa
apabila Allah hendak mencabut suatu ilmu maka terlebih dahulu Allah akan mencabut
nyawa ulama. Ini biasa dimaklumi bahawa yang memiliki ilmu itu adalah ulama.
Seandainya ilmu ulama itu belum sempat dipelajari oleh orang lain maka akan hilanglah
ilmu itu. Di dalam hadits itu juga menjelaskan bahawa apabila sudah tidak ada orang
yang pandai (agama), akhirnya orang bodoh pun akan diangkat sebagai pemimpin, yang
akan tersesat dan menyesatkan orang lain.
6. 6
Sumber Ilmu Pengetahuan
Merujuk kepada pyramid di atas, ilmu pengetahuan di peroleh dari pelbagai sumber.
Perkara ini menjelaskan tiada kekangan atau sempada untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Sebuah hadith telah diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Bar;
ْا ََاد َبََََِْْ اَاَا ُ َااد ْلا ََسِاَم ْ اِ اه ابَََََِْْ ْ ُّمَُّْ َُّ ْابَُاص اه َنْ اَاِ ُّ ََُاَ َ ُِّ ْ ُّصا اِااْ ااٌاعالَىْكاَ ُّ اُاْ اما َِاَّادَِْ ُ ََ َبَََُّْي ََاُّج َاَاِ هماُ
َ َبََََِْْ َََِاارَََُُِّّْراا اادَماُ
Artinya: “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina, karena sesungguhnya menuntut ilmu itu
wajib bagi setiap muslim. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada
para penuntut ilmu karena senang (rela) dengan yang ia tuntut.
Oleh yang demikian, sumber ilmu telah di kelasifikasikan kepada beberapa jenis agar
manusia faham akan sumber dan konsep ilmu pengetahuan, Wahyu diturunkan oleh Allah
melalui malaikat Jibrail kepada persuruhNya. Ia merupakan teras kepada segala ilmu, dimana ia
telah di turunkan dan di kumpulkan di dalam al- Quran. Wahyu yang diturunkan mengandungi
segala ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup serta perkara
ghaib yang tidak dilangkaui oleh akal manusia.
WAHYU
ILHAM
NALURI
AKAL
PANCAINDERA
7. 7
Apabila di sebut ilham serta merta minda akan mengintrepetasikan ia sebagai idea.
Sumber ilmu ini boleh di perolehi oleh sesiapa, dimana- mana dan pada bila- bila masa sahaja
kerana ia merupakan anugerah Allah kepada hambaNya. Ia merupakan pengetahuan yang
diperoleh tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu.
Berbeza dengan ilham, naluri merupakan gerak hati yang diperoleh dengan keizinan
Allah S.W.T. Istilah ini menjelaskan beberapa fenomena perlaku, seperti sikap impulsive, refleks
dan serangakaian perilaku yang berkait dengan otomatis dan spontan. Bagi mencerahkan istilah
ini, lumrah kehidupan apabila manusia mempunyai naluri ingin berkahwin. Perkahwinan itu
merupakan sikap refleks apabila dua individu berlainan jantina mempunyai perasaan antara satu
sama lain.
Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk
walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk mengatasi
masalah kehidupan seharian. Semua makhluk ciptaan Allah dikurniakan otak, namun hanya
manusia yang dikurniakan akal supaya manusia dapat berfikir dan menerapkan sifat
perikemanusiaan di dalam diri.
Allah telah mencipta manusia dengan lima (5) pancaindera yang digunakan dalam
kehidupan seharian untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Pancaindera juga merupakan sumber
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ia digunakan melalui beberapa percubaan dan berulangan
dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan.
8. 8
Rujukan Ilmu dari Al- Quran
Setelah beberapa kajian telah dilakukan oleh golongan ilmuan, di temui setiap hal dan
fenomena yang berlaku dimuka bumi ini telah di perihalkan di dalam al- Quran. Malahan al-
Quran juga telah menceritakan hal- hal yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tidak diragui lagi
jika dikatakan al- Quran merupakan sumber rujukan utama di muka bumi ini.
Fenomena gerhana bulan sering menjadi perhatian manusia kerana peristiwa ini jarang-
jarang berlaku. Sejajar dengan itu, para sainstis telah mengkaji keadaan itu dan hasilnya sama
seperti yang telah di sebut di dalam al- Quran.
“Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti
tandan yang kering”.
(surah Yasin: ayat 39)
Para pengkaji alam semester menghujahkan bahawa matahari peredar pada paksinya
(orbit). Matahari beredar mengelilingi bumi supaya semua bahagian bumi menerima cahaya
matahari. Ini dapat di lihat apabila siang bertukar malam, malam bertukar kepada siang dan
Allah telah menjanjikan matahari akan terbit di sebelah barat dan terbenam di sebelah timur.
“Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang di tetapkan baginya itu adalah takdir
Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.
(surah Yasin: ayat 38)
Oksigen merupakan anugerah Allah, semua makhluk (khususnya manusia dan haiwan) di
muka bumi ini memerlukan oksigen untuk bernafas. Malahan di dasar laut dan di ruang angkasa
juga manusia memerlukan oksigen untuk bernafas.
“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya
nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang
9. 9
Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-
sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah
Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”.
(surah al- An’aamْ ayat 125)
Terdapat 14 hadith yang menyebutkan tentang keistimewaan al- habbah as- sauda’. Salah
satu darinya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abu Syaibah.
“Aku bersama Ghalib bin Abhar keluar ke suatu tempat, kemudian dalam perjalanan itu
dia ditimpa sakit. Sakitnya berterusan ketika kami sampai ke Madinah. Kemudian, datangnya
Ibnu Abu’ Atiq menziarahinya dan berkata, “Gunakan lah biji ini (Al- Habba As- Sauda’). Ambil
lima atau tujuh biji lalu ditumbuk halus- halus kemudian titiskan ke dalam hidungnya setelah
dicampurkan dengan beberapa titis minyak, keranaaku pernah mendengar daripada Aisyah r.a
bercerita bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya):
“Sesungguhnya Al- Habba As- Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali As-
Sam iaitu maut”.
( Hadith yang tercatat dalam Kitab Sahih Iman Bukhari dan Muslim)
Contoh lain hasil kajian di dalam Islam adalah kajian system imunisasi. Kajian ini
dilakukan di Arab Saudi dan mendapati Al- Habba As- Sauda berupaya meningkatkan system
imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser,
AIDS dan penyakit- penyakit yang berkaitan imunisasi.
ALLAH SWT berfirman dalam surat An Nahl (lebah) ayat 68-69 : Dan Tuhanmu
mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di
tempat-tempat yang dibikin Manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan &
tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman
yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi
Manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi
orang-orang yang memikirkan".
10. 10
Allah S.W.T telah memberikan petunjuk untuk mengobati semua penyakit. Maka
untuk apa kita sehat dan untuk apa kita sakit?. Tujuannya adalah hanya untuk mengingatkan
kita semua bahwa ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berdasarkan
hasil- hasil rujukan dan kajian di atas, jelaslah bahawa pentingnya ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Ia bukan hanya untuk keperluan di dunia bahkan di akhirat sana.
11. 11
Kedudukan Ilmu
Hadith riwayat Ar- Rabbi’ْ
ابَََََِْْ ْ ُّدَُاَاْ ، ُ َنَد ُّنُّدَُاَاْ همام َُّْْ َاَِى َ َُه ُزاِ ُااك اه ، ُّنادْ َََْاْ اه لادَِ ْ اخ ُّنُّداََْاا هماْاماَ ، ُ َى اه ابََََِْْ ُِّ َزْىا اِ َنَم َِااسَم ََد َ َُ ْ اي
َشاَُفَِ َماَْد ََََِ اه ، ُّبََََِْْ اه هْلاٌا َنََْنا َِ ََد اا ْهُمَِ َااَ َالاَِ اه . ( َم َِ)
“Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza
wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh.
Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan
mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat”.
Hadith di atas telah menyebut sesungguhnya dengan ilmu pengetahuan seseorang itu
akan diangkat darjatnya dalam golongan orang terhormat. Manusia juga memerlukan ilmu
untuk membezakan antara hak dan batil. Dengan menuntut ilmu, seseorang manusia itu dapat
mengetahui sebab dan akibat di atas perlakuannya.
ILMU
Ganjaran
yang
besar
Menghidu
pkan hal
yang mati
Wajib
dipelajari
Meningkat
kan darjat
Membeza
kan hak
dan batil
12. 12
Hukum mencari ilmu itu wajib, menjadi fardhu ‘ain untuk setiap manusia
mempelajari ilmu sama ada ilmu agama ataupun ilmu duniawi. Ilmu- ilmu ini bersifat praktis,
ertinya setiap hambaNya wajib memahami dan mempraktiskan dengan niat kerana Allah
S.W.T. Di dalam hadith nabi juga telah disebut bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib.
“Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin dan muslimat”
(Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Bari)
Hadith menjelaska bahawa tuntutan ilmu bukan hanya pada kaum lelaki tetapi kaum
perempuan juga. Namun begitu ilmu yang dituntut perlulah sesuai dan mengikut ketentuan
Islam.
Hadir ke majlis ilmu boleh menghidupkan hati yang telah mati. Pengertiannya,
dengan adanya ilmu di dada seseorang hamba itu dapat melakukan amal ibadah kepada Allah
S.W.T yang mana mampu menjadi cahaya kepada hambaNya itu. Tambahan lagi, Allah telah
menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang menuntut ilmu dan mengamalkannya
dengan niat kerana Allah.
13. 13
Nilai dan Pengajaran
Konsep budaya ilmu bererti kewujudan keadaan bagi setiap lapisan masyarakat
melibatkan diri dengan kegiatan ilmu. Ia tiada batasan agama dan tidak hanya pada ilmu agama
sahaja. Nilai ini dapat mewujudkan satu keadaan dimana segala tindakan manusia baik terhadap
individu atau masyarakat diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu sama ada melalui
pengajian ataupun syura (perbincangan).
Pembudayaan ilmu adalah kerjasama semua lapisan masyarakat tidak hanya pada
bahu golongan professional pendidikan tetapi meliputi pada golongan usahawan, pentadbiran,
pemimpin politik, ibu bapa dan lain- lain lagi. Agama Islam juga mempunyai kesepaduan ilmu
dan tamadun Islam yang bersumberkan al- Quran dan as- Sunnah. Islam dalam budaya ilmu
bertitik tolak dari ilmu bukan hawa nafsu atau kepentingan peribadi, kumpulan ekonomi atau
agama.
14. 14
KESIMPULAN
Natijahnya ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan pelbagai cara.
Sebagaiman yang telah dinyatakan sumber- sumber ilmu menurut Islam. Walaubagaimanapun,
konsep budaya ilmu di dalam Islam menitik beratkan soal amalan membaca. Melalui pembacaan,
kita memperoleh infomasi- infomasi yang tidak di terima melalui ceramah atau kuliah.
Akan tetapi, Islam melarang keras bagi seseorang itu menuntut ilmu tanpa guru. Ini
bermaksud pencarian ilmu yang tiada rujukan dan panduan dari orang yang lebih tinggi ilmunya
serta pengalamannya di anggap sebagai berguru dengan syaitan.
15. 15
RUJUKAN
Buku / majalah / artikel - Dato Haji Imran bin Idris, Ke Arah Memperkasakan Personaliti
Unggul.
- Ghazali Darulsalam, Dinamik Ilmu Dakwah Islamiah
Internet - Tony Zakariya, Hadith Tentang Menuntut Ilmu
http://tonyzsma8smg.wordpress.com/2011/01/24/hadist-tentang-
menuntut-ilmu/
- Rudi Suhendi, Konsep Ilmu Pengetahuan Dalam Islam
http://hirukpikuk23.blogspot.com/2012/10/konsep-ilmu-pengetahuan-
dalam-islam.html
- Ainulyaqin, Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Sumber Menurut Islam
http://ainulyaqin.blogspot.com/2008/04/kepentingan-ilmu-pengetahuan-
dan.html