SlideShare a Scribd company logo
1 of 40
BAB 9

LAPORAN
TOPIK UTAMA
•   DEFINISI KONSEP
•   CIRI-CIRI LAPORAN
•   KATEGORI LAPORAN
•   FORMAT LAPORAN
•   JENIS LAPORAN
•   CONTOH LAPORAN
DEFINSI KONSEP
• Sebuah dokumen yang digunakan untuk
  menyampaikan maklumat khusus kepada
  pembaca khusus.
• Maklumat tersebut boleh disampaikan secara
  sistematik dan objektif dengan menitikberatkan
  ketepatan dan kepadatannya.
• Penulisan laporan bergantung kepada tujuan
  atau perkara yang hendak disampaikan.
• Ellis dan Hopkins (1985)
  Sebuah dokumen yang digunakan untuk
  menyampaikan maklumat yang khusus kepada
  pembaca yang khusus.
• Oxford English Dictionary (2003)
  Sesuatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu
  penyelidikan / maklumat lengkap tentang
  sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan
  penyelidik.
• Kamus Dewan (2005)
  Maklumat tentang sesuatu hal yang dilaporkan.
CIRI-CIRI LAPORAN
1. Ditandai oleh struktur dan gaya formal
(mempunyai format khas yang meliputi tajuk,
muka surat, pengenalan ringkas,      senarai
kandungan – isi, cadangan, penutup, dan
laporan)
2. Ditentukan oleh fungsi sesuatu laporan
(penulis perlu memahami keperluan pembaca dan
mengemukakan butiran yang sesuai dengan
keperluan pembaca)
3. Menggunakan penyataan pendapat
(membuat kesimpulan berdasarkan kajian,
penilaian dan kupasan bukti-bukti yang
kukuh)
4. Melibatkan pembentangan berilustrasi
(berkaitan sesuatu hujah, maklumat atau
penerangan – dalam bentuk carta, gambar rajah,
jadual, graf, dll)
KATEGORI LAPORAN

1. Laporan makluman
    Memberi maklumat berkaitan sesebuah
organisasi tentang sesuatu perkara. Memerlukan penulis
mengemukakan fakta, aktiviti, masalah, dan
cadangan.
    Contoh: Laporan aktiviti Khidmat Siswa anjuran
             Kolej Mas di Pulau Bum Bum, Samporna,
             Sabah pada 10 – 20 Disember 2006
2. Laporan pemujukan
   Bertujuan memujuk pembaca supaya memberi
   persetujuan atau pengesahan tentang sesuatu
   perkara yang dinyatakan. Penulis turut
   mengemukakan tindakan yang perlu dilakukan
   untuk mendapat pertimbangan pembaca.
   Contoh: Laporan cadangan mengenakan
            tindakan tegas kepada orang yang
            membuang sampah merata-rata.
3. Laporan penerangan
   Menerangkan semua soalan dan dapatan
   serta rumusan hasil daripada kajian yang
   dilakukan oleh penulis.
   Contoh: Laporan mengenai jenis telefon
            bimbit yang paling popular dan
            kegunaan telefon bimbit yang
            paling penting dalam kalangan
            pelajar UUM.
4. Laporan sejarah
   Mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku
sepanjang kehidupan manusia hasil daripada
pemerhatian atau penyelidikan yang dilakukan.
Catatan tersebut dibuat secara kronologi bagi
memudahkan pemahaman.
   Contoh: Laporan penerokaan dan
            pembukaan pekan Changlon dan
            Bukit Kayu Hitam
FORMAT LAPORAN
• Format laporan terbahagi kepada 3
 bahagian utama iaitu:
 1. Bahagian pengenalan sebelum laporan
 sebenar
 2. Bahagian laporan sebenar
 3. Bahagian sesudah laporan
Bahagian Pengenalan Sebelum
             Laporan Sebenar
• Bahagian ini mengandungi 5 perkara penting iaitu:
  1.   Lampiran tajuk (title fly)
  2.   Halaman tajuk
  3.   Surat penyerahan (letter transmittal)
  4.   Senarai kandungan
  5.   Abstrak
1. Lampiran tajuk (title fly)
   Lampiran tajuk ialah bahagian permulaan
   sesuatu laporan yang perlu ditulis dengan
   jelas, kemas, menarik dan ditulis secara
   seimbang (ditulis dalam kedudukan center).
   Hanya mengandungi tajuk laporan sahaja.
   Contoh:

LAPORAN STATISTIK KEMALANGAN
     JALAN RAYA TAHUN 2006
2. Halaman tajuk
    Halaman tajuk ialah halaman yang memuatkan
semua maklumat penting mengenai sesuatu
laporan dalam bentuk seringkas mungkin.
    Antara contoh maklumat yang perlu dimasukkan
dalam halaman tajuk ialah:
    a. tajuk laporan
    b. maklumat penulis
    c. maklumat institusi yang diwakili oleh penulis
    d. penerima laporan
    e. maklumat yang diwakili oleh penerima laporan
    f. tarikh
• Contoh halaman tajuk

     RETORIK SEBAGAI SATU SENI BERBAHASA
    DALAM PERIBAHASA MELAYU: SATU KAJIAN
                        SEMANTIK
                             Oleh:
                     Latiff Ibra Supandi
    Satu Disertasi Yang Dikemukakan Kepada Universiti
  Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan
                            Untuk
             Ijazah Sarjana Pengajian Melayu
                Akademi Pengajian Melayu
                    Universiti Malaya
                        Julai 2005
3. Surat penyerahan (letter of transmittal)
    Surat penyerahan ialah surat yang digunakan untuk
    mengiringi sesebuah laporan. Ia lebih berupa
komunikasi peribadi antara penulis dengan pembaca
laporan, dan menjadikan prosedur penghantaran laporan
    lebih tertib dan bersopan.
    Isi surat penyerahan meliputi perkara-perkara berikut:
    a. menjelaskan siapa yang memberi arahan untuk
        menjalankan laporan
    b. mengesahkan penghantaran laporan ( … bersama-
       sama ini disertakan laporan …)
    c. mengucapkan terima kasih kepada pembaca
    d. memberikan latar ringkas permasalahan mengenai
       laporan yang dijalankan
4. Senarai kandungan
    Senarai kandungan ialah senarai isi kandungan sesebuah
    laporan berserta halaman. Tujuan menyenaraikan
senarai kandungan ialah untuk memudahkan pembaca
merujuk halaman yang ingin dibaca secara khusus.
Sekiranya laporan melibatkan menggunakan rajah dan
jadual, senarai untuk rajah dan jadual juga akan
diwujudkan.
    Contoh:
          Kandungan
                                             Halaman
          Pengenalan                               1
          Objektif dan soalan kajian               3
          Kaedah kajian                            5
          Teori kajian                            10
          Dapatan                                 17
5. Abstrak
    Abstrak ialah ringkasan yang mengandungi idea-
idea penting bagi sesebuah laporan. Laporan yang
panjang memerlukan abstrak bagi memberi
gambaran umum tentang keseluruhan kandungan
laporan. Antara perkara-perkara asas yang
dimasukkan dalam abstrak ialah:
    a. ringkasan latar belakang kajian
    b. objektif penyelidikan
    c. kaedah kerja menyelidikan
    d. teori yang digunakan
    e. kesimpulan utama
    f. cadangan
• Contoh:
    IMEJ HAIWAN DALAM PERIBAHASA MELAYU:
           MENGUNGKAP MAKSUD TERSURAT
 Seni, bahasa, dan budaya ialah sesuatu yang unik bagi sesuatu
 bangsa. Ia bukan sahaja dapat menggambarkan identiti sesuatu
 bangsa, malah mampu melahirkan satu bangsa yang mempunyai
 nilai ketamadunan yang tinggi. Peribahasa misalnya, merupakan
 contoh yang tepat dalam memperkatakan hal ini (Teori Makna
 Teks oleh Kahane, 2001). Dengan menggunakan kaedah analisis
 teks berdasarkan buku Tikaman Bahasa (1992), kajian ini akan
 membincangkan objek kiasan yang digunakan dalam peribahasa
 Melayu lama yang menggunakan simbol haiwan. Kajian awal
 mendapati daripada 2249 buah peribahasa, 632 buah peribahasa
 (28.1%) menggunakan simbol haiwan untuk mengungkap
 maksud tersurat.
Bahagian Laporan Sebenar
• Bahagian ini mengandungi 4 perkara penting
 iaitu:
 1. Pengenalan
 2. Dapatan laporan / isi / idea utama
 3. Rumusan / ringkasan / kesimpulan
 4. Cadangan
1. Pengenalan
    Bertujuan memberi penerangan secara ringkas
kepada pembaca mengenai latar belakang penyelidikan.
 Antara latar belakang penyelidikan         yang akan
dibincangkan ialah:
    a. soalan penyelidikan
    b. objektif penyelidikan
    c. skop penyelidikan
    d. batasan penyelidikan
    e. kajian penyelidikan lepas (lit. review)
    f. kaedah penyelidikan
    g. teori penyelidikan
2. Dapatan laporan / isi / idea utama
    Bahagian ini merupakan bahagian paling utama
    dalam sesebuah laporan. Ia juga dikenali sebagai
    bahagian hujahan. Ia merupakan bahagian yang
    menghurai dan menjawap objektif penyelidikan.
    Huraian dan jawapan setiap objektif dikemukakan
    dengan bukti dan hujah yang kukuh.
    Contoh ayat yang menggambarkan dapatan
laporan ialah seperti:
    a. hasil kajian mendapati bahawa …
    b. kajian perbandingan menunjukkan bahawa ...
3. Rumusan / ringkasan / kesimpulan
    Bahagian ini juga penting dalam sesebuah laporan
kerana bahagian ini ditulis untuk meyakinkan
pembaca mengenai dapatan keseluruhan sesuatu laporan.
 Rumusan / ringkasan / kesimpulan mestilah bebas
daripada penilaian bersifat peribadi atau terlalu umum.
Ini bermakna pelapor hanya boleh membuat rumusan /
ringkasan / kesimpulan        terhadap hasil
penyelidikannya sahaja.
    Contoh ayat yang menggambarkan rumusan /
ringkasan / kesimpulan:
    a. kajian ini membuktikan bahawa …
    b. kajian ini telah menjawab persoalan mengenai …
4. Cadangan
    Cadangan ialah bahagian yang mencatat saranan
atau anjuran oleh pelapor. Pelapor boleh
mencadangkan pelbagai perkara kesan daripada hasil
kajian yang telah dilaporkan.
    Antara cadangan yang boleh ajukan kepada
pembaca khusus laporan tersebut ialah:
    a. mencadangkan agar pembaca khusus bersetuju
       dengan laporan tersebut.
    b. mencadangkan kajian-kajian baru yang boleh
       dihasilkan kesan dari laporan tersebut.
Bahagian Sesudah Laporan
• Bahagian ini mengandungi 2 perkara penting
 iaitu:
 1. Rujukan / bibliografi
 2. Lampiran
1. Rujukan / bibliografi
    Rujukan dan bibliografi ialah bahan-bahan yang
digunakan oleh pelapor untuk menguatkan hujahnya.
Rujukan dan bibliografi sangat       bergantung kepada
    jenis dokumentsi yang digunakan oleh pelapor.
    Dalam sistem dokumentasi American Psycological
    Association (APA):
    a. rujukan ialah bahan dari suatu sumber lain yang
       dicatatkan dalam isi sesebuah laporan sebagai bukti
       hujahan.
    b. Bibliografi ialah satu senarai bahan bacaan
        tambahan yang tidak dicatatkan oleh pelapor di
        dalam isi sesebuah laporan.
2. Lampiran
    Lapiran ialah maklumat tambahan yang diperlukan
    untuk menyokong laporan. Bilangan lampiran tidak
    terhad dan ia bergantung kepada keperluan bukti
dan justifikasi laporan. Antara contoh lampiran yang
perlu dimasukkan dalam bahagian sesudah
laporan ialah:
    a. sumber dari bahan yang digunakan dalam
       laporan
    b. borang soal selidik
    c. kertas kerja, teks wawancara, rujukan tambahan
    d. bahan yang berkaitan dengan laporan
JENIS LAPORAN
• Jenis laporan terbahagi kepada 4 iaitu:
  1.   Laporan pemerian / penyelidikan
  2.   Laporan penyelesaian masalah
  3.   Laporan penilaian
  4.   Laporan analisis
Laporan Pemerian / Penyelidikan
• Menjelaskan tentang sesuatu hal, objek atau seseorang,
  agar pembaca dapat mentafsir dengan jelas.
• Bersifat ilmiah, iaitu memerlukan gambaran yang jelas
  dan lengkap mengenai sesuatu tanpa memasukkan unsur
  emosi penulis.
• Memerlukan fakta yang tepat, pengolahan bahasa yang
  mudah dan menarik serta memerlukan pemerhatian yang
  rapi oleh penulis.
• Contoh laporan: Menterjemah makna konotasi dalam
  peribahasa Melayu: Satu kajian semantik.
Laporan Penyelesaian Masalah
• Menyediakan satu rancangan yang digunakan untuk
  menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
• Memerlukan daya fikir yang kreatif dan kritis serta
  penaakulan yang mendalam.
• Perincian tentang kaedah dan strategi untuk
  menyelesaikan sesuatu masalah perlu dititik beratkan.
• Contoh laporan: Penyelidikan masalah yang dihadapi
  oleh pelajar-pelajar luar bandar dan pedalaman dalam
  mengakses komputer: Kajian kes penyelesaian di
  kawasan kepulauan Sabah.
Laporan Penilaian
• Bertujuan untuk menilai sesuatu dan sering kali
  diguna pakai bagi tujuan penilaian prestasi kerja
  seseorang pegawai.
• Apabila seseorang memohon sesuatu pekerjaan yang
  baru, laporan sulit bagi pihak yang mengenalinya
  diperlukan.
• Laporan perlu dibuat dengan tepat dan objektif kerana
  sesuatu keputusan bergantung kepada laporan
  tersebut.
• Contoh laporan: Laporan tahap kecekapan kaki tangan
  sokongan Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden
  tahun 2006
Laporan Analisis
• Menganalisis sesuatu sebelum sebarang keputusan
  diambil.
• Untuk menganalisisnya, perkara itu perlu diagih-
  agihkan kepada beberapa bahagian atau peringkat
  tertentu.
• Laporan jenis ini sangat penting untuk memberikan
  gambaran yang tepat tentang sesuatu persoalan yang
  dibangkitkan.
• Contoh laporan: Laporan pemilihan lokasi cawangan
  ke-3 Uromoda Collections di Wilayah Utara.
GAYA BAHASA LAPORAN
• Penulisan laporan tergolong dalam bentuk penulisan
  ilmiah yang mempunyai ciri-ciri gaya bahasa tertentu
  seperti:
  a. menggunakan ciri-ciri laras bahasa ilmiah, iaitu
  bernada formal dan objektif
  b. menggunakan sudut pandangan orang ketiga
  c. menggunakan istilah khusus
  d. menggunakan bahasa dan format baku
  e. mengelakkan perkataan mubazir
  f. mengelakkan perkataan andaian
Menggunakan Ciri-ciri Laras Bahasa Ilmiah,
   Iaitu Bernada Formal Dan Objektif
• Laporan mesti bebas dari sentimen peribadi dan emosi.
• Fakta dan hujah disampaikan dengan sempuna (ada
  bukti)
• Penggunaan bahasa yang teratur dan jelas.
• Kata-kata bersifat andaian tidak wajar digunakan pada
  umumnya, barangkali, mungkin, sudah tentu
• Menggunakan ungkapan seperti:
  a. Hasil kajian mendapati …
  b. Kajian telah membuktikan bahawa ...
Menggunakan Sudut Pandangan Orang
                Ketiga

• Juga dikenali sebagai sudut pandangan objektif
• Pengarang seolah-olah tidak terlibat secara khusus
  dalam laporan tersebut
• Pengarang hanya menggambarkan apa yang dilihat dan
  didengar.
• Perbandingan sudut pandangan:
  a. orang pertama: Pengarang mendapati bahawa …
  b. orang ketiga: Hasil kajian mendapati bahawa ..
Menggunakan Istilah Khusus
• Laporan haruslah ditandai oleh istilah-istilah khusus.
• Istilah khusus yang digunakan mesti berkaitan dengan
  bidang atau laras sesuatu laporan.
• Penggunaan istilah khusus menggambarkan kematangan
  penulis dalam membuat laporan.
• Pemilihan istilah khusus dititikberatkan untuk
  kesesuaian, keupayaan dan ketepatan maksud.
• Contoh penggunaan istilah khusus: Untuk laporan
  bidang pendidikan, istilah khusus seperti jadual penentu
  ujian, silabus, dan kaedah pengajaran akan digunakan.
Menggunakan Bahasa Dan Format
                Baku
• Bahasa baku atau bahasa standard / bahasa formal mesti
  merangkumi 4 kategori utama iaitu betul dari segi
  fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
• Format baku pula ialah format / panduan menyediakan
  laporan akhir. Ia tertakluk kepada panduan gaya yang
  telah ditetapkan.
• Antara perkara penting yang ditetapkan dalam format
  baku ialah seperti penyusunan bab, halaman, catatan,
  pembahagian judul dan subjudul, dan penyusunan
  kertas.
Mengelakkan Perkataan Mubazir
• Penggunaan perkataan haruslah tepat dan objektif
• Ini bermakna, pelapor dilarang menggunakan kata-kata
  yang mubazir yang tidak diperlukan.
• Pemilihan perkataan seharusnya ekonomi dan dapat
  menyatakankan sesuatu maksud dengan terang dan jelas.
• Contoh ayat yang menggunakan kata-kata mubazir:
  a. Kajian penyelidikan mendapati bahawa …
  b. (Keadaan) hujan yang turun dengan lebat …
  c. Warga emas yang kebanyakannya sudah tua itu …
Mengelakkan Perkataan Andaian
• Tujuan penghasilan laporan ialah untuk mendapat
  kesahan, dan meyakinkan pembaca.
• Oleh itu, penggunaan perkataan andaian adalah
  dilarang sama sekali kerana penggunaan perkataan ini
  akan dapat mengubah keyakinan pembaca.
• Contoh perkataan andaian:
  a. barangkali
  b. mungkin
  c. pada umumnya
  d. tidak terkira
RUJUKAN UTAMA

• Asmah Haji Omar (1997)
• Brock, S. L. (1998)
• Ellis & Hopkins (1985)
• Hornby & Ruse (1989)
• Ismail Ahmad & Mohd Nordin Haji Hassan
  (1995)
• Nuraini Yusof (1991)

More Related Content

What's hot

Fonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
Fonetik & Fonologi : Bunyi KonsonanFonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
Fonetik & Fonologi : Bunyi KonsonanNur Aini
 
Panduan menulis artikel
Panduan menulis artikelPanduan menulis artikel
Panduan menulis artikelCikgu Bibi
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Bab 4 Komunikasi Lisan
Bab 4 Komunikasi Lisan Bab 4 Komunikasi Lisan
Bab 4 Komunikasi Lisan wanarizwan
 
Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2Cg Zue
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Watak Bulat
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasacikgushamsuddin
 
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuuPeringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuuAdila S. Sabri
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASIPENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASINOOR IZWANA NADIA
 

What's hot (20)

Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Fonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
Fonetik & Fonologi : Bunyi KonsonanFonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
Fonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
LAPORAN
LAPORANLAPORAN
LAPORAN
 
Panduan menulis artikel
Panduan menulis artikelPanduan menulis artikel
Panduan menulis artikel
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Bab 4 Komunikasi Lisan
Bab 4 Komunikasi Lisan Bab 4 Komunikasi Lisan
Bab 4 Komunikasi Lisan
 
Penulisan laporan
Penulisan laporanPenulisan laporan
Penulisan laporan
 
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporanBahasa Melayu - Penulisan laporan
Bahasa Melayu - Penulisan laporan
 
Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2Kemahiran komunikasi 2
Kemahiran komunikasi 2
 
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
Sejarah perkembangan linguistik (ayu)
 
Penulisan laporan
Penulisan laporanPenulisan laporan
Penulisan laporan
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuuPeringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
Peringkat penguasaan kemahiran bertutur baruuuu
 
Peraturan berbahasa
Peraturan berbahasaPeraturan berbahasa
Peraturan berbahasa
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASIPENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 2 : KOMUNIKASI
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Bahasa Melayu - Dokumentasi
Bahasa Melayu - DokumentasiBahasa Melayu - Dokumentasi
Bahasa Melayu - Dokumentasi
 

Viewers also liked

Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpPenggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpasmawatiabdsamat
 
Komunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan PemujukanKomunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan PemujukanAwatif Atif
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanAcik Fai Rusz
 
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratHazwani Hashim
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Aminah Rahmat
 
Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-CikguFauziah
 
Definisi komunikasi
Definisi komunikasiDefinisi komunikasi
Definisi komunikasifiro HAR
 
Kemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjaKemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjasyahirahhjsaad
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 

Viewers also liked (16)

Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdpPenggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
Penggunaan telefon bimbit_dlm_pdp
 
Komunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan PemujukanKomunikasi dan Pemujukan
Komunikasi dan Pemujukan
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohan
 
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit MesyuaratPengenalan Kepada Minit Mesyuarat
Pengenalan Kepada Minit Mesyuarat
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
 
Jenis laporan
Jenis laporanJenis laporan
Jenis laporan
 
Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-Imbuhan Awalan beR- dan teR-
Imbuhan Awalan beR- dan teR-
 
Bab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatanBab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatan
 
Definisi komunikasi
Definisi komunikasiDefinisi komunikasi
Definisi komunikasi
 
Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
Kemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerjaKemalangan ditempat kerja
Kemalangan ditempat kerja
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 

Similar to Bab 9

2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdfMOHDZAIFULNIZANBINZA
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Penulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganPenulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganSyahremie Teja
 
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfGaris-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfRijalRamli
 
20110922130951 tugasan kenegaraan
20110922130951 tugasan  kenegaraan20110922130951 tugasan  kenegaraan
20110922130951 tugasan kenegaraanIsmail Mohamed
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanfiro HAR
 
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006share with me
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Venessa Joseph Sagar Singh
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik2015UPM
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik2015UPM
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 anis ikhwan
 
Pembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitisPembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitisYant Hanume
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakanshare with me
 
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5zerat88
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Thanushah Soniyasee
 

Similar to Bab 9 (20)

2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Penulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadanganPenulisan kertas cadangan
Penulisan kertas cadangan
 
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdfGaris-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
Garis-Panduan-Penulisan-Tesis-Kemaskini-151020.pdf
 
20110922130951 tugasan kenegaraan
20110922130951 tugasan  kenegaraan20110922130951 tugasan  kenegaraan
20110922130951 tugasan kenegaraan
 
Panduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakanPanduan penulisan kajian tindakan
Panduan penulisan kajian tindakan
 
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
Cara penulisan laporan kajian tindakan 2006
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 
Komunikasi Saintifik PTSL
Komunikasi Saintifik PTSLKomunikasi Saintifik PTSL
Komunikasi Saintifik PTSL
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik
 
Komunikasi saintifik
Komunikasi saintifikKomunikasi saintifik
Komunikasi saintifik
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112
 
Pembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitisPembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitis
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
 
Panduan penulisan kajian tingkatan 6 (1)
Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)Panduan  penulisan kajian tingkatan 6 (1)
Panduan penulisan kajian tingkatan 6 (1)
 
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
Contoh Presentation PBS Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (Kerja Kursus)
 

More from sblm1053uum

More from sblm1053uum (14)

Contoh kaedah membuat kutipan
Contoh kaedah membuat kutipanContoh kaedah membuat kutipan
Contoh kaedah membuat kutipan
 
Contoh penulisan artikel format apa (pusi perang)
Contoh penulisan artikel format apa (pusi perang)Contoh penulisan artikel format apa (pusi perang)
Contoh penulisan artikel format apa (pusi perang)
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
Retorik (bahagian i)
Retorik (bahagian i)Retorik (bahagian i)
Retorik (bahagian i)
 
Bab 11
Bab 11Bab 11
Bab 11
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 12
 

Bab 9

  • 2. TOPIK UTAMA • DEFINISI KONSEP • CIRI-CIRI LAPORAN • KATEGORI LAPORAN • FORMAT LAPORAN • JENIS LAPORAN • CONTOH LAPORAN
  • 3. DEFINSI KONSEP • Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca khusus. • Maklumat tersebut boleh disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan ketepatan dan kepadatannya. • Penulisan laporan bergantung kepada tujuan atau perkara yang hendak disampaikan.
  • 4. • Ellis dan Hopkins (1985) Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca yang khusus. • Oxford English Dictionary (2003) Sesuatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan / maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik. • Kamus Dewan (2005) Maklumat tentang sesuatu hal yang dilaporkan.
  • 5. CIRI-CIRI LAPORAN 1. Ditandai oleh struktur dan gaya formal (mempunyai format khas yang meliputi tajuk, muka surat, pengenalan ringkas, senarai kandungan – isi, cadangan, penutup, dan laporan) 2. Ditentukan oleh fungsi sesuatu laporan (penulis perlu memahami keperluan pembaca dan mengemukakan butiran yang sesuai dengan keperluan pembaca)
  • 6. 3. Menggunakan penyataan pendapat (membuat kesimpulan berdasarkan kajian, penilaian dan kupasan bukti-bukti yang kukuh) 4. Melibatkan pembentangan berilustrasi (berkaitan sesuatu hujah, maklumat atau penerangan – dalam bentuk carta, gambar rajah, jadual, graf, dll)
  • 7. KATEGORI LAPORAN 1. Laporan makluman Memberi maklumat berkaitan sesebuah organisasi tentang sesuatu perkara. Memerlukan penulis mengemukakan fakta, aktiviti, masalah, dan cadangan. Contoh: Laporan aktiviti Khidmat Siswa anjuran Kolej Mas di Pulau Bum Bum, Samporna, Sabah pada 10 – 20 Disember 2006
  • 8. 2. Laporan pemujukan Bertujuan memujuk pembaca supaya memberi persetujuan atau pengesahan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan. Penulis turut mengemukakan tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat pertimbangan pembaca. Contoh: Laporan cadangan mengenakan tindakan tegas kepada orang yang membuang sampah merata-rata.
  • 9. 3. Laporan penerangan Menerangkan semua soalan dan dapatan serta rumusan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh penulis. Contoh: Laporan mengenai jenis telefon bimbit yang paling popular dan kegunaan telefon bimbit yang paling penting dalam kalangan pelajar UUM.
  • 10. 4. Laporan sejarah Mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan manusia hasil daripada pemerhatian atau penyelidikan yang dilakukan. Catatan tersebut dibuat secara kronologi bagi memudahkan pemahaman. Contoh: Laporan penerokaan dan pembukaan pekan Changlon dan Bukit Kayu Hitam
  • 11. FORMAT LAPORAN • Format laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu: 1. Bahagian pengenalan sebelum laporan sebenar 2. Bahagian laporan sebenar 3. Bahagian sesudah laporan
  • 12. Bahagian Pengenalan Sebelum Laporan Sebenar • Bahagian ini mengandungi 5 perkara penting iaitu: 1. Lampiran tajuk (title fly) 2. Halaman tajuk 3. Surat penyerahan (letter transmittal) 4. Senarai kandungan 5. Abstrak
  • 13. 1. Lampiran tajuk (title fly) Lampiran tajuk ialah bahagian permulaan sesuatu laporan yang perlu ditulis dengan jelas, kemas, menarik dan ditulis secara seimbang (ditulis dalam kedudukan center). Hanya mengandungi tajuk laporan sahaja. Contoh: LAPORAN STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA TAHUN 2006
  • 14. 2. Halaman tajuk Halaman tajuk ialah halaman yang memuatkan semua maklumat penting mengenai sesuatu laporan dalam bentuk seringkas mungkin. Antara contoh maklumat yang perlu dimasukkan dalam halaman tajuk ialah: a. tajuk laporan b. maklumat penulis c. maklumat institusi yang diwakili oleh penulis d. penerima laporan e. maklumat yang diwakili oleh penerima laporan f. tarikh
  • 15. • Contoh halaman tajuk RETORIK SEBAGAI SATU SENI BERBAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU: SATU KAJIAN SEMANTIK Oleh: Latiff Ibra Supandi Satu Disertasi Yang Dikemukakan Kepada Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Pengajian Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Julai 2005
  • 16. 3. Surat penyerahan (letter of transmittal) Surat penyerahan ialah surat yang digunakan untuk mengiringi sesebuah laporan. Ia lebih berupa komunikasi peribadi antara penulis dengan pembaca laporan, dan menjadikan prosedur penghantaran laporan lebih tertib dan bersopan. Isi surat penyerahan meliputi perkara-perkara berikut: a. menjelaskan siapa yang memberi arahan untuk menjalankan laporan b. mengesahkan penghantaran laporan ( … bersama- sama ini disertakan laporan …) c. mengucapkan terima kasih kepada pembaca d. memberikan latar ringkas permasalahan mengenai laporan yang dijalankan
  • 17. 4. Senarai kandungan Senarai kandungan ialah senarai isi kandungan sesebuah laporan berserta halaman. Tujuan menyenaraikan senarai kandungan ialah untuk memudahkan pembaca merujuk halaman yang ingin dibaca secara khusus. Sekiranya laporan melibatkan menggunakan rajah dan jadual, senarai untuk rajah dan jadual juga akan diwujudkan. Contoh: Kandungan Halaman Pengenalan 1 Objektif dan soalan kajian 3 Kaedah kajian 5 Teori kajian 10 Dapatan 17
  • 18. 5. Abstrak Abstrak ialah ringkasan yang mengandungi idea- idea penting bagi sesebuah laporan. Laporan yang panjang memerlukan abstrak bagi memberi gambaran umum tentang keseluruhan kandungan laporan. Antara perkara-perkara asas yang dimasukkan dalam abstrak ialah: a. ringkasan latar belakang kajian b. objektif penyelidikan c. kaedah kerja menyelidikan d. teori yang digunakan e. kesimpulan utama f. cadangan
  • 19. • Contoh: IMEJ HAIWAN DALAM PERIBAHASA MELAYU: MENGUNGKAP MAKSUD TERSURAT Seni, bahasa, dan budaya ialah sesuatu yang unik bagi sesuatu bangsa. Ia bukan sahaja dapat menggambarkan identiti sesuatu bangsa, malah mampu melahirkan satu bangsa yang mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi. Peribahasa misalnya, merupakan contoh yang tepat dalam memperkatakan hal ini (Teori Makna Teks oleh Kahane, 2001). Dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan buku Tikaman Bahasa (1992), kajian ini akan membincangkan objek kiasan yang digunakan dalam peribahasa Melayu lama yang menggunakan simbol haiwan. Kajian awal mendapati daripada 2249 buah peribahasa, 632 buah peribahasa (28.1%) menggunakan simbol haiwan untuk mengungkap maksud tersurat.
  • 20. Bahagian Laporan Sebenar • Bahagian ini mengandungi 4 perkara penting iaitu: 1. Pengenalan 2. Dapatan laporan / isi / idea utama 3. Rumusan / ringkasan / kesimpulan 4. Cadangan
  • 21. 1. Pengenalan Bertujuan memberi penerangan secara ringkas kepada pembaca mengenai latar belakang penyelidikan. Antara latar belakang penyelidikan yang akan dibincangkan ialah: a. soalan penyelidikan b. objektif penyelidikan c. skop penyelidikan d. batasan penyelidikan e. kajian penyelidikan lepas (lit. review) f. kaedah penyelidikan g. teori penyelidikan
  • 22. 2. Dapatan laporan / isi / idea utama Bahagian ini merupakan bahagian paling utama dalam sesebuah laporan. Ia juga dikenali sebagai bahagian hujahan. Ia merupakan bahagian yang menghurai dan menjawap objektif penyelidikan. Huraian dan jawapan setiap objektif dikemukakan dengan bukti dan hujah yang kukuh. Contoh ayat yang menggambarkan dapatan laporan ialah seperti: a. hasil kajian mendapati bahawa … b. kajian perbandingan menunjukkan bahawa ...
  • 23. 3. Rumusan / ringkasan / kesimpulan Bahagian ini juga penting dalam sesebuah laporan kerana bahagian ini ditulis untuk meyakinkan pembaca mengenai dapatan keseluruhan sesuatu laporan. Rumusan / ringkasan / kesimpulan mestilah bebas daripada penilaian bersifat peribadi atau terlalu umum. Ini bermakna pelapor hanya boleh membuat rumusan / ringkasan / kesimpulan terhadap hasil penyelidikannya sahaja. Contoh ayat yang menggambarkan rumusan / ringkasan / kesimpulan: a. kajian ini membuktikan bahawa … b. kajian ini telah menjawab persoalan mengenai …
  • 24. 4. Cadangan Cadangan ialah bahagian yang mencatat saranan atau anjuran oleh pelapor. Pelapor boleh mencadangkan pelbagai perkara kesan daripada hasil kajian yang telah dilaporkan. Antara cadangan yang boleh ajukan kepada pembaca khusus laporan tersebut ialah: a. mencadangkan agar pembaca khusus bersetuju dengan laporan tersebut. b. mencadangkan kajian-kajian baru yang boleh dihasilkan kesan dari laporan tersebut.
  • 25. Bahagian Sesudah Laporan • Bahagian ini mengandungi 2 perkara penting iaitu: 1. Rujukan / bibliografi 2. Lampiran
  • 26. 1. Rujukan / bibliografi Rujukan dan bibliografi ialah bahan-bahan yang digunakan oleh pelapor untuk menguatkan hujahnya. Rujukan dan bibliografi sangat bergantung kepada jenis dokumentsi yang digunakan oleh pelapor. Dalam sistem dokumentasi American Psycological Association (APA): a. rujukan ialah bahan dari suatu sumber lain yang dicatatkan dalam isi sesebuah laporan sebagai bukti hujahan. b. Bibliografi ialah satu senarai bahan bacaan tambahan yang tidak dicatatkan oleh pelapor di dalam isi sesebuah laporan.
  • 27. 2. Lampiran Lapiran ialah maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyokong laporan. Bilangan lampiran tidak terhad dan ia bergantung kepada keperluan bukti dan justifikasi laporan. Antara contoh lampiran yang perlu dimasukkan dalam bahagian sesudah laporan ialah: a. sumber dari bahan yang digunakan dalam laporan b. borang soal selidik c. kertas kerja, teks wawancara, rujukan tambahan d. bahan yang berkaitan dengan laporan
  • 28. JENIS LAPORAN • Jenis laporan terbahagi kepada 4 iaitu: 1. Laporan pemerian / penyelidikan 2. Laporan penyelesaian masalah 3. Laporan penilaian 4. Laporan analisis
  • 29. Laporan Pemerian / Penyelidikan • Menjelaskan tentang sesuatu hal, objek atau seseorang, agar pembaca dapat mentafsir dengan jelas. • Bersifat ilmiah, iaitu memerlukan gambaran yang jelas dan lengkap mengenai sesuatu tanpa memasukkan unsur emosi penulis. • Memerlukan fakta yang tepat, pengolahan bahasa yang mudah dan menarik serta memerlukan pemerhatian yang rapi oleh penulis. • Contoh laporan: Menterjemah makna konotasi dalam peribahasa Melayu: Satu kajian semantik.
  • 30. Laporan Penyelesaian Masalah • Menyediakan satu rancangan yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. • Memerlukan daya fikir yang kreatif dan kritis serta penaakulan yang mendalam. • Perincian tentang kaedah dan strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah perlu dititik beratkan. • Contoh laporan: Penyelidikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar luar bandar dan pedalaman dalam mengakses komputer: Kajian kes penyelesaian di kawasan kepulauan Sabah.
  • 31. Laporan Penilaian • Bertujuan untuk menilai sesuatu dan sering kali diguna pakai bagi tujuan penilaian prestasi kerja seseorang pegawai. • Apabila seseorang memohon sesuatu pekerjaan yang baru, laporan sulit bagi pihak yang mengenalinya diperlukan. • Laporan perlu dibuat dengan tepat dan objektif kerana sesuatu keputusan bergantung kepada laporan tersebut. • Contoh laporan: Laporan tahap kecekapan kaki tangan sokongan Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden tahun 2006
  • 32. Laporan Analisis • Menganalisis sesuatu sebelum sebarang keputusan diambil. • Untuk menganalisisnya, perkara itu perlu diagih- agihkan kepada beberapa bahagian atau peringkat tertentu. • Laporan jenis ini sangat penting untuk memberikan gambaran yang tepat tentang sesuatu persoalan yang dibangkitkan. • Contoh laporan: Laporan pemilihan lokasi cawangan ke-3 Uromoda Collections di Wilayah Utara.
  • 33. GAYA BAHASA LAPORAN • Penulisan laporan tergolong dalam bentuk penulisan ilmiah yang mempunyai ciri-ciri gaya bahasa tertentu seperti: a. menggunakan ciri-ciri laras bahasa ilmiah, iaitu bernada formal dan objektif b. menggunakan sudut pandangan orang ketiga c. menggunakan istilah khusus d. menggunakan bahasa dan format baku e. mengelakkan perkataan mubazir f. mengelakkan perkataan andaian
  • 34. Menggunakan Ciri-ciri Laras Bahasa Ilmiah, Iaitu Bernada Formal Dan Objektif • Laporan mesti bebas dari sentimen peribadi dan emosi. • Fakta dan hujah disampaikan dengan sempuna (ada bukti) • Penggunaan bahasa yang teratur dan jelas. • Kata-kata bersifat andaian tidak wajar digunakan pada umumnya, barangkali, mungkin, sudah tentu • Menggunakan ungkapan seperti: a. Hasil kajian mendapati … b. Kajian telah membuktikan bahawa ...
  • 35. Menggunakan Sudut Pandangan Orang Ketiga • Juga dikenali sebagai sudut pandangan objektif • Pengarang seolah-olah tidak terlibat secara khusus dalam laporan tersebut • Pengarang hanya menggambarkan apa yang dilihat dan didengar. • Perbandingan sudut pandangan: a. orang pertama: Pengarang mendapati bahawa … b. orang ketiga: Hasil kajian mendapati bahawa ..
  • 36. Menggunakan Istilah Khusus • Laporan haruslah ditandai oleh istilah-istilah khusus. • Istilah khusus yang digunakan mesti berkaitan dengan bidang atau laras sesuatu laporan. • Penggunaan istilah khusus menggambarkan kematangan penulis dalam membuat laporan. • Pemilihan istilah khusus dititikberatkan untuk kesesuaian, keupayaan dan ketepatan maksud. • Contoh penggunaan istilah khusus: Untuk laporan bidang pendidikan, istilah khusus seperti jadual penentu ujian, silabus, dan kaedah pengajaran akan digunakan.
  • 37. Menggunakan Bahasa Dan Format Baku • Bahasa baku atau bahasa standard / bahasa formal mesti merangkumi 4 kategori utama iaitu betul dari segi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. • Format baku pula ialah format / panduan menyediakan laporan akhir. Ia tertakluk kepada panduan gaya yang telah ditetapkan. • Antara perkara penting yang ditetapkan dalam format baku ialah seperti penyusunan bab, halaman, catatan, pembahagian judul dan subjudul, dan penyusunan kertas.
  • 38. Mengelakkan Perkataan Mubazir • Penggunaan perkataan haruslah tepat dan objektif • Ini bermakna, pelapor dilarang menggunakan kata-kata yang mubazir yang tidak diperlukan. • Pemilihan perkataan seharusnya ekonomi dan dapat menyatakankan sesuatu maksud dengan terang dan jelas. • Contoh ayat yang menggunakan kata-kata mubazir: a. Kajian penyelidikan mendapati bahawa … b. (Keadaan) hujan yang turun dengan lebat … c. Warga emas yang kebanyakannya sudah tua itu …
  • 39. Mengelakkan Perkataan Andaian • Tujuan penghasilan laporan ialah untuk mendapat kesahan, dan meyakinkan pembaca. • Oleh itu, penggunaan perkataan andaian adalah dilarang sama sekali kerana penggunaan perkataan ini akan dapat mengubah keyakinan pembaca. • Contoh perkataan andaian: a. barangkali b. mungkin c. pada umumnya d. tidak terkira
  • 40. RUJUKAN UTAMA • Asmah Haji Omar (1997) • Brock, S. L. (1998) • Ellis & Hopkins (1985) • Hornby & Ruse (1989) • Ismail Ahmad & Mohd Nordin Haji Hassan (1995) • Nuraini Yusof (1991)