SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Soalan:
Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang
ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba-
tiba...
Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...
Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku
mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan .
Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati
mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah.
Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.
Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku
melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak
bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku
menelefon ibu bapanya .
Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat
menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. kemudian, seorang doktor keluar .
Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih
tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.
Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya
, aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian. Aku meminta kebenaran
untuk menemani ibu bapa Alya.
Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi
riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. aku
melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka
menyatakan Alya sudah meninggal dunia.
Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya.
Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap
yang hidup pasti akan mati.
1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa
membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …
(Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah
dan merancang mengadakan …”)
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian,
aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan
memuji langkah yang kami lakukan.
“Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan
sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah
ini turut serta,” kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu
seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua
murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15.
Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin
menyatakan sesuatu.
“Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid
yang prihatin,” kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu
sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan.
Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi
Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan
semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.
Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun.
Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling
Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku dijaga……………..
(Mulakankarangan anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah.
Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan
keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan
bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku
teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah
berkata,”Setiap yang hidup kan mati.”
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku
terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata
orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik
kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih
yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil
keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku
kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan
baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading.
Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.
3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
… aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku.
Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh
jika orang lain boleh”. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk
memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak
mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat
bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan,
terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus
berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di
tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara
tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan
tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah
hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar
bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada
Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( … kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku
itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu
terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut
menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala
tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata,
lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan
suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan
berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu.
Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa
kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa
kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa
kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan
berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.
KARANGAN GAMBARAN
1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara
menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas
tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah
melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula
menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan
penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual
sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas
masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak
dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu
dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut
menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar
menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas
pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah
tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar.
Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku
membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun
sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun
satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas
memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang
gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga
ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga
yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang
perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat
perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar
penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di
sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya
adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka
kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana
terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah
hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang
kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat
dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku
yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah
membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi
perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang
sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti
sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi
cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya.
Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian
berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara.
Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering
berguguran apabila ditiup angin.
“Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan
lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus
dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.
4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai.
Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang
“Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”.
Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan
tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam.
Aku ke tandas untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-
masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu
semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik
pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa
yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa
hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga
tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik
jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir
selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang
dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.
Posted by Rohana Rahman at 01:15

More Related Content

What's hot

Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasAzran1973
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bmKumar Vello
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarKathleen Ong
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)wykheng
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongjomokb
 
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmiPenulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmiRohana Mazelan
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatLim Moi
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015thuvas27
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuain hunny
 
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasContoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasMohd Makhtar
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Celise Didie
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahSuhaida Anior
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 

What's hot (20)

Kata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khasKata nama am dan kata nama khas
Kata nama am dan kata nama khas
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
Koleksi kata-hampir-sama-maksud(sharetify.com)
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmiPenulisan surat kiriman tidak rasmi
Penulisan surat kiriman tidak rasmi
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 
Latihan kata pemeri
Latihan kata pemeriLatihan kata pemeri
Latihan kata pemeri
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
Contoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khasContoh soalan kata nama am dan khas
Contoh soalan kata nama am dan khas
 
Contoh karangan surat
Contoh karangan surat Contoh karangan surat
Contoh karangan surat
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Surat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsrSurat tidak rasmi upsr
Surat tidak rasmi upsr
 

Viewers also liked

Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015thuvas27
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangansairee
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Laporan sambutan hari merdeka
Laporan sambutan hari merdekaLaporan sambutan hari merdeka
Laporan sambutan hari merdekahafiza2011
 
Contoh karangan gambaran
Contoh  karangan gambaranContoh  karangan gambaran
Contoh karangan gambaranMazni Latif
 
1. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 1
1. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 11. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 1
1. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 1amuradhamid edidik edu my
 
Analisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenAnalisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenizyan bakri
 
MAJU小分子低聚肽
MAJU小分子低聚肽MAJU小分子低聚肽
MAJU小分子低聚肽Wetom Art
 
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-71.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7rosnita ariffin
 

Viewers also liked (20)

Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
Panduan contoh karangan dalam pelbagai format upsr sjk 2015
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Karangan tahun 3
Karangan tahun 3Karangan tahun 3
Karangan tahun 3
 
Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4Penulisan bahasa melayu tahun 4
Penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Penulisan upsr 2013
Penulisan upsr 2013Penulisan upsr 2013
Penulisan upsr 2013
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Keluarga saya
Keluarga sayaKeluarga saya
Keluarga saya
 
Laporan sambutan hari merdeka
Laporan sambutan hari merdekaLaporan sambutan hari merdeka
Laporan sambutan hari merdeka
 
Contoh karangan gambaran
Contoh  karangan gambaranContoh  karangan gambaran
Contoh karangan gambaran
 
upsr Bahasa melayu bahagian c
upsr Bahasa melayu bahagian cupsr Bahasa melayu bahagian c
upsr Bahasa melayu bahagian c
 
1. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 1
1. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 11. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 1
1. rancangan tahunan bahasa malaysia pendidikan khas tahun 1
 
kelebihan dan kekurangan taman permainan
kelebihan dan kekurangan taman permainankelebihan dan kekurangan taman permainan
kelebihan dan kekurangan taman permainan
 
Analisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpenAnalisis petikan cerpen
Analisis petikan cerpen
 
3116 proforma
3116 proforma3116 proforma
3116 proforma
 
MAJU小分子低聚肽
MAJU小分子低聚肽MAJU小分子低聚肽
MAJU小分子低聚肽
 
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-71.1 kertas konsep bercerita ms1-7
1.1 kertas konsep bercerita ms1-7
 
Bmm
BmmBmm
Bmm
 
19. cerpen idola
19. cerpen idola19. cerpen idola
19. cerpen idola
 

Similar to Menyambung cerita

Berdiri diatas impian
Berdiri diatas impianBerdiri diatas impian
Berdiri diatas impianEdis Al Arshy
 
Teruntuk dikau
Teruntuk dikauTeruntuk dikau
Teruntuk dikauAnwar Udin
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupkuHeni Handayani
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiriNovi Indah
 
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasicerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasiHendryPutrihijau
 
Tiba tiba
Tiba tibaTiba tiba
Tiba tibaAn Hawa
 
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)Izhan Nassuha
 
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016] Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016] Ida Bagus Anom Sanjaya
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaRevolvere
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaKampung Baca
 
Struktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa Fadila
Struktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa FadilaStruktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa Fadila
Struktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa Fadilanadyaera24
 

Similar to Menyambung cerita (20)

Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Berdiri diatas impian
Berdiri diatas impianBerdiri diatas impian
Berdiri diatas impian
 
Teruntuk dikau
Teruntuk dikauTeruntuk dikau
Teruntuk dikau
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupku
 
cerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiricerpen karangan sendiri
cerpen karangan sendiri
 
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasicerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
cerpen rekomendasi analisis penuh unsur yang bisa di eksplorasi
 
TAJUK; cerpen anas.docx
TAJUK; cerpen anas.docxTAJUK; cerpen anas.docx
TAJUK; cerpen anas.docx
 
Tiba tiba
Tiba tibaTiba tiba
Tiba tiba
 
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
Ebook learning for life (Cerita inspiratif pembangun motivasi hidup)
 
Cerpen
CerpenCerpen
Cerpen
 
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016] Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
Bila Kita Bersyukur [Cerpen ARKI 2016]
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Struktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa Fadila
Struktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa FadilaStruktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa Fadila
Struktur Cerpen Perjalanan Terindah By Zulfa Fadila
 
Kelompok borobudur
Kelompok  borobudurKelompok  borobudur
Kelompok borobudur
 
Toga i'm coming
Toga i'm comingToga i'm coming
Toga i'm coming
 
Kliping cerpen
Kliping cerpenKliping cerpen
Kliping cerpen
 
8 kebohongan ibu
8 kebohongan ibu8 kebohongan ibu
8 kebohongan ibu
 
Post 1
Post 1Post 1
Post 1
 
Ghost Mother.docx
Ghost Mother.docxGhost Mother.docx
Ghost Mother.docx
 

More from sairee

Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1sairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Ayat2 lazim
Ayat2 lazimAyat2 lazim
Ayat2 lazimsairee
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murnisairee
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabungsairee
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murnisairee
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatansairee
 
Konsonan bergabung
Konsonan bergabungKonsonan bergabung
Konsonan bergabungsairee
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata namasairee
 
Kad imbasan ayat
Kad imbasan ayatKad imbasan ayat
Kad imbasan ayatsairee
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedahsairee
 
Digraf
Digraf Digraf
Digraf sairee
 

More from sairee (14)

Latihan 1
Latihan 1Latihan 1
Latihan 1
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Ayat2 lazim
Ayat2 lazimAyat2 lazim
Ayat2 lazim
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murni
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabung
 
17 nilai murni
17 nilai murni17 nilai murni
17 nilai murni
 
Catatan
CatatanCatatan
Catatan
 
Konsonan bergabung
Konsonan bergabungKonsonan bergabung
Konsonan bergabung
 
Kata nama
Kata namaKata nama
Kata nama
 
Kad imbasan ayat
Kad imbasan ayatKad imbasan ayat
Kad imbasan ayat
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Digraf
Digraf Digraf
Digraf
 

Recently uploaded

Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 

Recently uploaded (20)

Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 

Menyambung cerita

  • 1. Soalan: Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah. Tiba- tiba... Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ... Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan . Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku. Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku menelefon ibu bapanya . Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. kemudian, seorang doktor keluar . Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah. Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat . Seterusnya , aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian. Aku meminta kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya. Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. aku melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka menyatakan Alya sudah meninggal dunia. Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya. Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap yang hidup pasti akan mati.
  • 2. 1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan … (Mulakan karangan anda dengan “ Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan …”) Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar. Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji langkah yang kami lakukan. “Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta,” kata Encik Tamrin. Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama. Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin. Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin menyatakan sesuatu. “Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,” kata Encik Tamrin. Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta menyampaikan sampul surat itu. Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
  • 3. 2. MENYUDAHKAN CERITA Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik. Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku dijaga…………….. (Mulakankarangan anda dengan “Sebagai anak yatim piatu aku dijaga………”) Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah. Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,”Setiap yang hidup kan mati.” Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,”Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku. Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya. Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.
  • 4. 3.MENGAKHIRI CERITA Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut. … aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya. Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip “Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh”. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku. Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan. Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku. Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku menoreh getah. Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
  • 5. 4.MENGAKHIRI CERITA Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut : ( … kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.) Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu senja. Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit. Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman rumah kawanku itu dingin. Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku. Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku. Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.
  • 6. KARANGAN GAMBARAN 1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat. Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku. Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal. Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya. Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah. Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya. Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.
  • 7. 2.KARANGAN GAMBARAN Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda. Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam baru. Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing. Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan alat tulis. Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar. Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut. Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.
  • 8. 3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN) Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat. Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada? Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. “Pergilah untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari.” Kata-kata ayah membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan. Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan. Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad. Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup angin. “Apa yang difikirkan tu?” tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,”Hutan ini perlu terus dipelihara.” Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.
  • 9. 4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN) Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang “Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah”. Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk membuang air. Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing- masing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah. Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku. Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti. Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi. Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan. Posted by Rohana Rahman at 01:15