Dokumen tersebut membahas mengenai konsep taharah dan najis dalam Islam. Secara ringkas, dokumen tersebut menjelaskan bahwa ada tiga tingkat bersuci yaitu zahir, batin, dan kedalaman. Selain itu, dokumen tersebut juga membahas mengenai jenis-jenis najis dan cara menyucikannya.
3. Ertinya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)
4. Pengertian bersuci: Pada Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain. Erti pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.
5. Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu: 1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu. 2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa. 3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk. 4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.
6.
7. Jenis-Jenis bersuci. 1. Menyuci badan daripada hadas kecil: Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran. 2. Menyuci badan daripada hadas besar. Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran. 3. Istinjak. Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi. 4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid. Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.
8.
9. Benda-benda Najis 1. Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis. 2. Air kencing. 3. Tahi. 4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa. 5. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair. 6. Muntah 7. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan. 8. Anjing dan babi serta keturunannya Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang. Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak
13. Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). 1. Najis Ainiyah. i. Buangkan najis itu terlebih dahulu. ii. Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak. 2. Najis Hukmiyah. i. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.
14.
15.
16. Perkara yang tidak dikira sebagai najis. Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah: 1. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir. 2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan. 3. Belalang. 4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh. 5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.