O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Gurukah aku atau...

sinopsis buku

  • Seja o primeiro a comentar

Gurukah aku atau...

  1. 1. BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kepala Batas Kod Sekolah : KBA4031 Nama Guru : ROSMAH BINTI ABDUL RAHIM Judul : GURUKAH AKU ATAU …..? Pengarang : NORBI HUSIN Bidang : Motivasi Sinopsis : Buku ini mengandungi 281 halaman dan terbahagi kepada 5 bahagian. Bahagian pertama memaparkan pengalaman penulis semasa belajar di sekolah rendah yang masih segar di ingatan penulis. Penulis menganggap hampir semua guru mempunyai ciri-ciri yang cukup istimewa. Teknik pengajaran dan sifat keibubapaan yang ditunjukkan membuatkan beliau dan rakan-rakan tidak jemu dengan mereka. Bahagian ke-2 beliau menulis pengalaman belajar di sekolah menengah. Pada peringkat umur ini para pelajar sudah mula menganggap guru-guru sebagai rakan mereka. Boleh bergurau dan berkongsi masalah. Disamping itu sifat ego sudah mula menguasai diri mereka. Bahagian ke-3, beliau tuliskan pula bagaimana beliau mengajar di empat buah sekolah menengah. Ketika beliau menjadi guru (lebihkurang 12 tahun), beliau berhadapan dengan ribuan pelajar. Sepanjang tempoh tersebut beliau tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh memeningkan kepala dan membosankan. Pengalaman mengajar serta menjadi guru tingkatan dan warden asrama mungkin boleh dikongsi bersama dengan guru-guru. Bahagian ke-4, memaparkan cerita-cerita dan episod-episod yang ada hubung kait antara pentadbir dengan guru. Ini kerana ada di kalangan guru-guru kita sering kecewa dengan pentadbir di sekolah mereka hingga menyebabkan penumpuan terhadap tugas P & P turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid atau pelajar. Sedar atau tidak, ketegangan ini berlaku kadang-kalaberpunca daripada sikap guru itu sendiri yang tidak disedari. Saya percaya jika guru- guru dapat melihat hal ini secara jujur dan ikhlas dan sedia memperbaiki kelemahan diri pasti guru-guru akan gembira berada di tempat kerja dan gembira semasa menjalankan tugas. Tugas mendidik tidak akan dianggap sebagai beban. Nilai Pengetahuan/Pengajaran : Beliau telah menceritakan serba sedikit kisah pembelajaran , rakan-rakan dan guru-guru beliau. Antara yang menarik perhatian saya ialah perbezaan 3 karakter guru; 1) Cikgu Halimah yang kemas, bijak mengajar, pemberi motivasi terbaik dan penyayang; 2) Cikgu Latipah yang tegas dan peka dengan situasi murid; 3) Cikgu Meon (bukan nama sebenar) yang malas, tidak peka dengan kelemahan, kekuatan dan aduan murid, tidak mengatasi masalah disiplin murid, tidak penyayang (tidak memberi pujian kepada murid yang layak), tidak memeriksa buku latihan murid, buat kerja kerana takut akan Guru Besar,bukan kerana suka dengan kerjanya. Daripada pembacaan dan pemerhatian saya selaku guru biasa 3 perbezaan di atas memberi impak yang amat besar kepada mood dan pembelajaran murid. Seorang guru wajib untuk sentiasa peka, kritis dan kreatif dalam berfikir dan bertindak. Di samping untuk sentiasa bergantung kepada Allah, kebijaksanaan dan kasih sayang seorang guru pasti akan dapat membantu murid dan guru dalam keharmonian sepanjang sesi.
  2. 2. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/ P & P: Guru yang berkesan adalah guru yang memperoleh ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti: 1. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. 2. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. 3. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. 4. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan aktiviti pembelajaran dalam kalangan pelajar mereka. Sebagai pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya bagi mendidik generasi yang menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari semasa ke semasa.
  3. 3. BORANG SINOPSIS BUKU Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kepala Batas Kod Sekolah : KBA4031 Nama Guru : ROSMAH BINTI ABDUL RAHIM Judul : PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF Pengarang : DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH, HJ MUHAMMAD ZAKARIA DAN HUSNA HASSAN Bidang : Motivasi Sinopsis : Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat penting dalam menentukan sifat generasiakan datang. Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat? Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”. Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan penghayatan keagamaan seperti bersyahadah,solat, membaca al Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan alam sekitar. Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan sebaya,semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik. Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif berjaya. Nilai Pengetahuan / Pengajaran Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadaNya. Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.
  4. 4. “Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasraniatau Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang sesuaiuntuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk ciptaanNya.

×