SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
Baixar para ler offline
1
TERHAD

STPM/S930

930/4

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)

MANUAL
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
MATA PELAJARAN SYARIAH (930/4)
PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2014

Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2014
2
KANDUNGAN
Halaman
1

PENGENALAN

3

2

OBJEKTIF

3

2.1
2.2

Kemahiran manipulatif

2.3
3

Kemahiran kognitif

Kemahiran insaniah (soft skills)

PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH
3.1

Arahan Kerja Projek Syariah

3.2

Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam

3.3

Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

3.4

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)

3.5

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)

3.6

36

Tanggungjawab Calon

4

JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

78

5

FORMAT PENULISAN

89

6

STRUKTUR PENULISAN

7

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH

8

LAMPIRAN

9
9  11
12  15
3
1

PENGENALAN
Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Projek
Syariah (KPS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek
adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan
markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

2

OBJEKTIF
Kerja Projek Syariah (KPS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;
2.1

Kemahiran kognitif iaitu:
(a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul
Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum
syarak;
(b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak
disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;
(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;
(d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;
(e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh;
(f)

2.2

mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan
semasa dalam bidang Syariah.

Kemahiran manipulatif iaitu:
(a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada
daripada sumber primer atau sumber sekunder;
(b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan
hasil kajian;
(c) memproses dan menganalisis data.

2.3

Kemahiran insaniah iaitu:
(a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;
(b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;
(c) berupaya menyelesaikan masalah;
(d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;
(e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;
(f)

berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;

(g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.
3

PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH
3.1

Arahan Kerja Projek Syariah
(a) KPS wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.
(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal
pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.
4
(c) Tema tersebut adalah seperti berikut:
(i) Jual beli
(ii) Khiyar
(iii) Riba
(iv) Ijarah
(v) al-Rahn
(vi) Syarikat
(vii) Wakalah
(viii) Wadi’ah
(ix) Hibah
(x) Wasiat
(xi) Praperkahwinan
(xii) Perkahwinan
(xiii) Talak
(xiv) ’Iddah dan Rujuk
(xv) Konsep Mirath
(xvi) Liabiliti Harta Pusaka
(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka
(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka
(xix) Konsep jenayah
(xx) Qisas
(xxi) Diyat
(xxii) Kaffarah
(xxiii) Hudud
(xxiv) Ta’zir
3.2

Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam
(a) Memastikan calon yang mengambil KPS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata
pelajaran
(b) Mengesahkan penulisan KPS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah
oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KPS
(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KPS kepada Majlis
Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan
(f)

Mengesahkan markah penulisan KPS yang diperoleh calon dengan menandatangani
borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KPS di sekolah
(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(i)

Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan
5

3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan
pelaksanaan KPS
(b) Memuat turun Manual PBS dan Tema KPS dari portal MPM
(c) Memastikan calon menghasilkan penulisan KPS secara individu
(d) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(e) Memantau kemajuan kerja penulisan KPS calon mengikut masa yang ditetapkan
(f)

Membimbing calon dari aspek yang berikut:
(i) memilih tema,
(ii) mengenal pasti isu,
(iii) menetapkan tajuk dan skop KPS,
(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.

(g) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS
(h) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS
(i)

Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KPS

(j)

Memastikan calon menghantar KPS pada masa yang ditetapkan

(k) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KPS ke MPM dua minggu
sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan
(l)

Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3)

(m) Menilai penulisan akhir KPS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC
(Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke
MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan
(n) Mengisi dan menghantar markah KPS calon melalui e-submission ke MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan
(o) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu
(p) Memastikan BMKKC dan BRKKC bagi setiap calon dihantar ke MPM (u.p : Hj.
Zulkepli bin Hj. Jusoh, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves
Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan KPS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4
3.4

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM
(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(c) Menyemak dan menilai penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon
(d) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian
e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan.
(e) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
6
(f)

Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan

(g) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan
3.5

Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM
(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KPS
dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan
tugasan
(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti
pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(d) Menyemak penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon
(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah
ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)
(f)

Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian
e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah
(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(i)

3.6

Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan

Tanggungjawab Calon
(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS
(b) Melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
(c) Menghasilkan penulisan KPS secara individu
(d) Melaksanakan tugas berikut:
(i) memilih tema,
(ii) mengenal pasti isu,
(iii) menetapkan tajuk dan skop KPS,
(iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan.
(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS
(f)

Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/
pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS

(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan
borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah
(h) Menghantar hasil KPS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah
(i)

Membentangkan hasil KPS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat
yang ditetapkan oleh pihak sekolah
7
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Tarikh
16 Dis 2013
6 Jan hingga
11 April 2014

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Muat turun
Manual PBS

 Melayari portal MPM

 Melayari portal MPM

Pengajaran dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
pemeriksaan, dan
pembentangan
PBS

 Menyampaikan taklimat
tugasan kepada calon
 Memaklumkan tarikh akhir
penyerahan KPS mengikut
arahan MPM
 Membimbing calon
mengenal pasti tema dan
memilih isu, tajuk, dan
skop KPS
 Menjelaskan calon tentang
elemen kemahiran insaniah
(soft skill) yang dinilai
 Membimbing calon
melaksanakan tugasan
 Menilai elemen kemahiran
insaniah (soft skill)
 Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan KPS
 Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
 Membimbing calon untuk
menulis mengikut format
yang ditetapkan
 Memantau kemajuan hasil
penulisan calon secara
berterusan dengan
merekodkan dan
menandatangani Borang
BRKKC (Lampiran 3)
 Membimbing calon
membuat penambahbaikan
 Menerima KPS daripada
calon
 Menilai pembentangan
KPS mengikut skema yang
ditetapkan oleh MPM

 Menerima tugasan KPS
dan pemakluman tarikh
akhir penyerahan KPS
 Memahami skop KPS
 Membincangkan tema, isu,
tajuk, dan skop KPS yang
telah dikenal pasti, dipilih,
dan ditetapkan bersamasama dengan guru
 Merancang jadual kerja
 Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu bual,
dan kaji selidik daripada
pelbagai sumber
 Menyusun dapatan (data
dan maklumat)
 Memproses data dan
maklumat – mentafsir,
menganalisis, dan
membuat hubung kait
antara dapatan yang
diperoleh
 Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk jadual, graf, carta,
dan lain-lain yang
bersesuaian
 Membincangkan dapatan
kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori
yang bersesuaian
 Menghasilkan penulisan
yang lengkap mengikut
format yang ditetapkan
 Menyemak dan membuat
penambahbaikan terhadap
kualiti penulisan KPS
 Menyerahkan KPS
mengikut tarikh yang
ditetapkan kepada guru
 Membentang KPS pada
tarikh dan masa yang
ditetapkan
8

Tarikh
14 April
hingga 14 Mei
2014

24 April
hingga 14 Mei
2014

Perkara
Pengisian dan
penghantaran
markah melalui
e-submission

Tindakan Guru


Membuat semakan dan
penyelarasan semula
markah bagi setiap calon



Tindakan Calon
 Tidak berkenaan

Menghantar markah KPS
calon kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission

Penyelarasan

PBS oleh KPK
serta pengisian
dan penghantaran
markah melalui
e-submission

Mengemukakan sampel
KPS untuk penyelarasan
markah oleh KPK

15 Okt 2015

 Tidak berkenaan

Penyimpanan evidens

* Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta
5

FORMAT PENULISAN
5.1

Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

5.2

Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KPS mengikut format
berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.

5.3

Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk
kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran.

5.4

Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5

Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi
permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis
dalam satu perenggan.

5.6

Gaya penulisan rujukan dalam teks KPS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota
kaki atau sistem pengarang-tarikh.

5.7

Susunan penulisan KPS adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(e) Kerja Projek Syariah.
9

5.8

6

KPS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan
seperti perkara 5.7 di atas.

STRUKTUR PENULISAN
6.1
6.2

Abstrak

6.3

Penghargaan

6.4

Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian

6.5

Objektif kajian – penyataan objektif kajian

6.6

Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan
menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal
selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya

6.7

Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan
menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam
bidang Syariah

6.8

Rumusan dan cadangan

6.9
7

Kandungan

Senarai rujukan

GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH
7.1

MPM mengemukakan tiga tema.

7.2

Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop
tugasan daripada tema yang telah dipilih.

7.3

Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada
kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja

Contoh:
Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Projek Syariah

Tema 1:
Hibah

Tema 2:
Praperkahwinan

Tema 3:
Undang-undang dan
Pentadbiran Harta Pusaka

Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan

Calon pilih tema 1
Hibah

A
10
A

Calon mengenal pasti isu
(Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri
sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan)
Contoh:
 Sejauh mana pelaksanaan prinsip hibah di wasiyyah shoppe menepati
kehendak syarak

Calon menentukan tajuk
(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)
Contoh:
 Konsep hibah dan pelaksanaannya di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

Calon menentukan skop tugasan
(Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada kerja projek yang akan
dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami
sempadan kerja projek berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau
limitasi penghasilan kerja projeknya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan
limitasi tempat kajian)
Contoh:
1. Sampel kajian Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd
2. Tempoh kajian  Dari Januari 2014 hingga Mac 2014
3. Limitasi tempat kajian  Kuala Lumpur

Calon menentukan objektif kajian
(Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat
dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan
dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai)
Contoh:
 Menjelaskan konsep hibah menurut perspektif Islam
 Mengenal pasti pelaksanaan hibah di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd

B
11

B

Calon menentukan kaedah kajian
Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan
maklumat, antaranya adalah seperti berikut:
1. Kajian perpustakaan/Dokumentasi
Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti
buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga
boleh membuat rujukan Internet.
2. Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan
untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka
bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan
objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang
berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di
kawasan kajian.
3. Temu bual
Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai
maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat,
iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan
individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau
kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan
temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal
seperti menemu bual CEO Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, manakala temu
bual tidak formal seperti menemu bual pelanggan Wasiyyah Shoppe, dan
orang awam di tempat kajian.
4. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui
pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan
kes, gelagat, dan sebagainya.

Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian
Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan
menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam
bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan
boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.

Calon menghasilkan rumusan kerja projek
Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan.
Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang
dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh
menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian
yang telah dijalankan.
12
8 Lampiran
Lampiran 1
TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
TAJUK:

NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/
PEMERIKSA
TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA
TARIKH

MARKAH

TERHAD
13
Lampiran 2
TERHAD

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek
calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat PBS Calon
Makluman kepada calon:
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
projek............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau
pemeriksa kerja projek mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian
individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai:
Saya mengesahkan bahawa kerja projek............................................. telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
TERHAD
14

Lampiran 3
TERHAD
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: ........................................

Tarikh

Aktiviti dalam Penghasilan
Kerja Projek
(diisi oleh calon)

No. Kad Pengenalan: ...............................

Ulasan Guru

Tandatangan
Guru

Tandatangan
Calon

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .............................................
Nama Guru: .......................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek.

TERHAD
15

Lampiran 4
TERHAD

BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA PROJEK
PENGGAL 2 TAHUN 2014
MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: ..............................................................

Angka Giliran: .......................................

No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Kriteria Penilaian
A. Penulisan
1. Abstrak
2. Pengenalan
3. Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. Perbincangan dan Dapatan Kajian
6. Rumusan dan Cadangan
7. Senarai Rujukan
8. Kemahiran Manipulatif
9. Kemahiran Insaniah
B. Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan Kerja Projek
2. Soal Jawab
3. Kreativiti
4. Keterampilan
Jumlah Markah

Markah
Penuh

Markah
Guru/Pemeriksa

Markah
Penyelaras

4
4
4
4
20
4
3
2
4
4
3
2
2
60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar.

Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ...........................
Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................

Tandatangan Penyelaras: .....................................
Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................

Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
16
TERHAD

Mais conteúdo relacionado

Destaque

Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahNur Paşa
 
930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)
930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)
930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmAthirah Amalina
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAAthirah Amalina
 

Destaque (8)

Skrip contoh pbs syariah
Skrip contoh pbs syariahSkrip contoh pbs syariah
Skrip contoh pbs syariah
 
Contoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM SyariahContoh PBS STPM Syariah
Contoh PBS STPM Syariah
 
ZINA
ZINAZINA
ZINA
 
Jenayah zina
Jenayah zinaJenayah zina
Jenayah zina
 
Hudud
HududHudud
Hudud
 
930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)
930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)
930 Sukatan Pelajaran Syariah STPM (Baharu)
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
 

Semelhante a Manual pbs syariah p2 2014

Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfFYChieng
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014sarinahashim
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
Geo manual kerja kursus  942 4 2017Geo manual kerja kursus  942 4 2017
Geo manual kerja kursus 942 4 2017RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-editedSiti Hajar
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)ciklaili. com
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015RAMLAH BINTI A. RANI
 
Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Amy Azuha
 
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptxCharlesBayang
 
Pelan operasi koakademik bm
Pelan operasi koakademik bmPelan operasi koakademik bm
Pelan operasi koakademik bmummumar2
 
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirPanduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirnaaz liana
 

Semelhante a Manual pbs syariah p2 2014 (20)

Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
 
Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
Geo manual kerja kursus  942 4 2017Geo manual kerja kursus  942 4 2017
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
PT3 2014 Sejarah (Arahan Guru)
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visual
 
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015
 
Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012
 
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
2. Sesi Perkongsian Perancangan PraSeeeeeeeh BIL 1 2024.pptx
 
Soalan spot khsr
Soalan spot khsrSoalan spot khsr
Soalan spot khsr
 
Pelan operasi koakademik bm
Pelan operasi koakademik bmPelan operasi koakademik bm
Pelan operasi koakademik bm
 
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirPanduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
 

Mais de RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

Mais de RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 

Último

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Último (13)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

Manual pbs syariah p2 2014

  • 1. 1 TERHAD STPM/S930 930/4 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) MATA PELAJARAN SYARIAH (930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2014 Buku panduan ini mengandungi 15 halaman bercetak © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014
  • 2. 2 KANDUNGAN Halaman 1 PENGENALAN 3 2 OBJEKTIF 3 2.1 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 3 Kemahiran kognitif Kemahiran insaniah (soft skills) PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3.1 Arahan Kerja Projek Syariah 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.6 36 Tanggungjawab Calon 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 78 5 FORMAT PENULISAN 89 6 STRUKTUR PENULISAN 7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH 8 LAMPIRAN 9 9  11 12  15
  • 3. 3 1 PENGENALAN Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Projek Syariah (KPS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2 OBJEKTIF Kerja Projek Syariah (KPS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif iaitu: (a) mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak; (b) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit; (c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum; (d) membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah; (e) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh; (f) 2.2 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah. Kemahiran manipulatif iaitu: (a) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder; (b) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan hasil kajian; (c) memproses dan menganalisis data. 2.3 Kemahiran insaniah iaitu: (a) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan; (b) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan; (c) berupaya menyelesaikan masalah; (d) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif; (e) berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik; (f) berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel; (g) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi. 3 PELAKSANAAN KERJA PROJEK SYARIAH 3.1 Arahan Kerja Projek Syariah (a) KPS wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua. (b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.
  • 4. 4 (c) Tema tersebut adalah seperti berikut: (i) Jual beli (ii) Khiyar (iii) Riba (iv) Ijarah (v) al-Rahn (vi) Syarikat (vii) Wakalah (viii) Wadi’ah (ix) Hibah (x) Wasiat (xi) Praperkahwinan (xii) Perkahwinan (xiii) Talak (xiv) ’Iddah dan Rujuk (xv) Konsep Mirath (xvi) Liabiliti Harta Pusaka (xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka (xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka (xix) Konsep jenayah (xx) Qisas (xxi) Diyat (xxii) Kaffarah (xxiii) Hudud (xxiv) Ta’zir 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (a) Memastikan calon yang mengambil KPS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran (b) Mengesahkan penulisan KPS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KPS (e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KPS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Mengesahkan markah penulisan KPS yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission (g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens penulisan KPS di sekolah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (i) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan
  • 5. 5 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran (a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS (b) Memuat turun Manual PBS dan Tema KPS dari portal MPM (c) Memastikan calon menghasilkan penulisan KPS secara individu (d) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (e) Memantau kemajuan kerja penulisan KPS calon mengikut masa yang ditetapkan (f) Membimbing calon dari aspek yang berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KPS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan. (g) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/ maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS (h) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS (i) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KPS (j) Memastikan calon menghantar KPS pada masa yang ditetapkan (k) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KPS ke MPM dua minggu sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan (l) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (m) Menilai penulisan akhir KPS setiap calon, mengisi, dan memperakui BMKKC (Lampiran 4). Borang tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan (n) Mengisi dan menghantar markah KPS calon melalui e-submission ke MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (o) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu (p) Memastikan BMKKC dan BRKKC bagi setiap calon dihantar ke MPM (u.p : Hj. Zulkepli bin Hj. Jusoh, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bdr. Baru Selayang, 68100 Bt. Caves Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KPS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menyemak dan menilai penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon (d) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan. (e) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
  • 6. 6 (f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (g) Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KPS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Menyemak penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon (e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4) (f) Menghantar markah penulisan KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Menyediakan sampel penulisan KPS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens penulisan KPS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (i) 3.6 Memastikan evidens penulisan KPS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan Tanggungjawab Calon (a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KPS (b) Melaksanakan KPS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menghasilkan penulisan KPS secara individu (d) Melaksanakan tugas berikut: (i) memilih tema, (ii) mengenal pasti isu, (iii) menetapkan tajuk dan skop KPS, (iv) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan (v) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan. (e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KPS (f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/ pengumpulan maklumat dan pembentangan KPS (g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (h) Menghantar hasil KPS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (i) Membentangkan hasil KPS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
  • 7. 7 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Tarikh 16 Dis 2013 6 Jan hingga 11 April 2014 Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Muat turun Manual PBS  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, dan pembentangan PBS  Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon  Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KPS mengikut arahan MPM  Membimbing calon mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KPS  Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skill) yang dinilai  Membimbing calon melaksanakan tugasan  Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skill)  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KPS  Membimbing calon memproses dan menganalisis data  Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan  Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang BRKKC (Lampiran 3)  Membimbing calon membuat penambahbaikan  Menerima KPS daripada calon  Menilai pembentangan KPS mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM  Menerima tugasan KPS dan pemakluman tarikh akhir penyerahan KPS  Memahami skop KPS  Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KPS yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersamasama dengan guru  Merancang jadual kerja  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber  Menyusun dapatan (data dan maklumat)  Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan kajian dan menghubungkaitkannya dengan teori yang bersesuaian  Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti penulisan KPS  Menyerahkan KPS mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru  Membentang KPS pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  • 8. 8 Tarikh 14 April hingga 14 Mei 2014 24 April hingga 14 Mei 2014 Perkara Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission Tindakan Guru  Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon  Tindakan Calon  Tidak berkenaan Menghantar markah KPS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Penyelarasan  PBS oleh KPK serta pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission Mengemukakan sampel KPS untuk penyelarasan markah oleh KPK 15 Okt 2015  Tidak berkenaan Penyimpanan evidens * Jadual ini terpakai juga untuk guru sekolah swasta 5 FORMAT PENULISAN 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan. 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KPS mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan. 5.3 Panjang penulisan antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran. 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan. 5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KPS hendaklah menggunakan sama ada sistem nota kaki atau sistem pengarang-tarikh. 5.7 Susunan penulisan KPS adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) (e) Kerja Projek Syariah.
  • 9. 9 5.8 6 KPS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 5.7 di atas. STRUKTUR PENULISAN 6.1 6.2 Abstrak 6.3 Penghargaan 6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian 6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian 6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan sebagainya 6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan konsep, prinsip, dan teori dalam bidang Syariah 6.8 Rumusan dan cadangan 6.9 7 Kandungan Senarai rujukan GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA PROJEK SYARIAH 7.1 MPM mengemukakan tiga tema. 7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. 7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/ daerah/negeri sekolah calon sahaja Contoh: Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Projek Syariah Tema 1: Hibah Tema 2: Praperkahwinan Tema 3: Undang-undang dan Pentadbiran Harta Pusaka Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan Calon pilih tema 1 Hibah A
  • 10. 10 A Calon mengenal pasti isu (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan) Contoh:  Sejauh mana pelaksanaan prinsip hibah di wasiyyah shoppe menepati kehendak syarak Calon menentukan tajuk (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Contoh:  Konsep hibah dan pelaksanaannya di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd Calon menentukan skop tugasan (Skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada kerja projek yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja projek berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi penghasilan kerja projeknya; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat kajian) Contoh: 1. Sampel kajian Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd 2. Tempoh kajian  Dari Januari 2014 hingga Mac 2014 3. Limitasi tempat kajian  Kuala Lumpur Calon menentukan objektif kajian (Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir kajian. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai) Contoh:  Menjelaskan konsep hibah menurut perspektif Islam  Mengenal pasti pelaksanaan hibah di Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd B
  • 11. 11 B Calon menentukan kaedah kajian Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian perpustakaan/Dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet. 2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. 3. Temu bual Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual CEO Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual pelanggan Wasiyyah Shoppe, dan orang awam di tempat kajian. 4. Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya. Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubungkait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya. Calon menghasilkan rumusan kerja projek Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) kajian dan cadangan daripada hasil kajian yang telah dijalankan.
  • 12. 12 8 Lampiran Lampiran 1 TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH TAJUK: NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH MARKAH TERHAD
  • 13. 13 Lampiran 2 TERHAD BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada calon: Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ...................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran ........................................ (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja projek............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh TERHAD
  • 14. 14 Lampiran 3 TERHAD BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Projek (diisi oleh calon) No. Kad Pengenalan: ............................... Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja projek bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................. Nama Guru: ....................................................... Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan kerja projek. TERHAD
  • 15. 15 Lampiran 4 TERHAD BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA PROJEK PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: 930/4 - SYARIAH BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: ....................................... No. Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Penilaian A. Penulisan 1. Abstrak 2. Pengenalan 3. Objektif Kajian 4. Kaedah Kajian 5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 6. Rumusan dan Cadangan 7. Senarai Rujukan 8. Kemahiran Manipulatif 9. Kemahiran Insaniah B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan Kerja Projek 2. Soal Jawab 3. Kreativiti 4. Keterampilan Jumlah Markah Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras 4 4 4 4 20 4 3 2 4 4 3 2 2 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : .................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.