SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
TERHAD
1 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Kertas 4 (922/4)
Sepanjang Penggal 2 dan 3 Tahun 2018
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
__________________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2018
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
2 TERHAD
Kandungan
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif 3
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3 – 6
3.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
3.6 Tanggungjawab Calon
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 6 – 7
5.0 Format Penyediaan 7 – 8
6.0 Struktur Penyediaan 9
7.0 Penskoran 9 – 11
BAHAGIAN II : CALON
8.0 Tanggungjawab Calon 11
9.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 12
10.0 Format Penyediaan 12 – 13
11.0 Struktur Penyediaan 13 – 14
Lampiran 15 – 21
TERHAD
3 TERHAD
1 PENGENALAN
Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus. Wajaran markah kerja
kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama
dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.
2 OBJEKTIF
2.1 Kerja kursus dilaksanakan untuk membolehkan calon:
2.1.1 mencari dan mengumpul maklumat;
2.1.2 menjalankan kerja lapangan;
2.1.3 menyuburkan budaya pencarian ilmu pengetahuan;
2.1.4 mengembangkan bakat dan kreativiti;
2.1.5 memantapkan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor dalam budaya ilmu;
2.1.6 mempersembahkan maklumat dalam bentuk esei, portfolio, atau projek.
2.2 Calon ditaksir berdasarkan keupayaan mereka:
2.2.1 mengaplikasikan kemahiran kognitif yang menjurus pemahaman karya sastera;
2.2.2 menghayati karya sastera;
2.2.3 merealisasikan pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan
pembangunan negara dalam karya sastera;
2.2.4 menghasilkan karya kreatif;
2.2.5 menghasilkan persembahan multimedia berasaskan teks sastera;
2.2.6 memahami asas pengurusan organisasi sastera;
2.2.7 mengaplikasikan kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran
berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan
menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan daripada tiga soalan yang diberikan.
3.1.2 Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus sama ada esei atau portfolio atau
projek multimedia.
3.1.3 Calon dikehendaki membentangkan kerja kursus. Masa yang diperuntukkan
untuk pembentangan adalah selama 15 minit termasuk sesi soal jawab.
3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah sepanjang penggal 2 dan 3.
3.1.5 Sekiranya terdapat bukti bahawa hasil kerja kursus yang dihantar itu bukan hasil
kajian calon yang sebenar, maka keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif akan dibatalkan.
BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA
TERHAD
4 TERHAD
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Memastikan calon yang menghasilkan kerja kursus mendapat bimbingan daripada
guru
3.2.2 Memastikan pelaksanaan kerja kursus calon diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu
yang berasingan
3.2.3 Memastikan kerja kursus calon dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
3.2.4 Memastikan kerja kursus calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan
3.2.5 Memastikan guru menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan
3.2.6 Memastikan guru menyemak dan menilai kerja kursus calon berdasarkan kriteria
yang ditetapkan oleh MPM
3.2.7 Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens kerja kursus calon di
sekolah
3.2.8 Memastikan guru menyimpan evidens kerja kursus calon dalam tempoh yang
ditetapkan oleh MPM
3.2.9 Memastikan evidens kerja kursus calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh pengumuman keputusan STPM
3.3 Tanggungjawab Guru
3.3.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan
Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.3.2 Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus
3.3.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
3.3.4 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi penyediaan kerja kursus
3.3.5 Membimbing calon sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus
3.3.6 Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti kerja kursus
masing-masing
3.3.7 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.3.8 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.3.9 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.3.10 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.3.11 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.3.12 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, borang
markah kerja kursus calon, dan borang rumusan markah kerja kursus calon
3.3.13 Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon ke MPM (wajib) dan
menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.3.14 Menyimpan evidens kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan oleh MPM
3.3.15 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
pengumuman keputusan STPM
TERHAD
5 TERHAD
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan
Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.4.2 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.4.3 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.4.4 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.4.5 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.4.6 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.4.7 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon
3.4.8 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.4.9 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM
3.4.10 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
pengumuman keputusan STPM
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan
Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang penerimaan Manual Kerja
Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pelaksanaan kerja kursus,
pemeriksaan kerja kursus, dan pembentangan kerja kursus.
3.5.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
3.5.4 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.5.5 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.5.6 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.5.7 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.5.8 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.5.9 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon
3.5.10 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.5.11 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM
3.5.12 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
pengumuman keputusan STPM
3.6 Tanggungjawab Calon
3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus
3.6.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus
3.6.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus
3.6.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru
berdasarkan tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
TERHAD
6 TERHAD
3.6.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
3.6.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang
berkaitan dengan agama, kaum, dan politik
3.6.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum
sesi pembentangan
3.6.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat,
dan tempoh yang ditetapkan
3.6.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja
kursus
3.6.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
3.6.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus bagi semua
calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM.
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus adalah seperti yang berikut:
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
25
September
2017
Manual Kerja
Kursus
Kesusasteraan
Melayu
Komunikatif
• Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
• Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
15
Januari
2018
hingga
21
September
2018
Pengajaran
dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
pemeriksaan,
serta
pembentangan
kerja kursus
• Menyampaikan taklimat
kerja kursus kepada calon
• Memaklumkan tarikh
akhir penyerahan kerja
kursus
• Membimbing calon
memilih soalan kerja
kursus
• Menjelaskan calon
tentang elemen
kemahiran insaniah (soft
skills) yang dinilai
• Membimbing calon
melaksanakan kerja
kursus
• Menilai elemen
kemahiran insaniah (soft
skills)
• Menjelaskan item yang
dinilai dalam kerja kursus
• Membimbing calon
memproses data dan
maklumat
• Menerima soalan kerja
kursus dan pemakluman
tarikh akhir penyerahan
kerja kursus
• Memahami soalan kerja
kursus
• Membincangkan soalan
kerja kursus bersama-
sama dengan guru
• Merancang jadual kerja
• Mengumpul data dan
maklumat
• Menyusun dapatan
• Memproses data dan
maklumat
• Mempersembahkan data
dan maklumat
TERHAD
7 TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
• Membimbing calon
untuk menghasilkan
kerja kursus mengikut
format yang ditetapkan
• Memantau kemajuan
hasil kerja kursus calon
secara berterusan dengan
merekodkan dan
menandatangani borang
rekod kerja kursus calon
• Menerima kerja kursus
daripada calon
• Menilai pembentangan
kerja kursus mengikut
kriteria yang ditetapkan
oleh MPM
• Menghasilkan kerja
kursus yang lengkap
mengikut format yang
ditetapkan
• Menyemak dan membuat
penambahbaikan terhadap
kualiti kerja kursus
• Menyerahkan kerja
kursus mengikut tarikh
yang ditetapkan kepada
guru
• Membentangkan kerja
kursus pada tarikh dan
masa yang ditetapkan
22
September
2018
hingga
22
Oktober
2018
Pengisian dan
penghantaran
markah
melalui
e-submission
• Menghantar markah
kerja kursus calon
kepada MPM dengan
menggunakan perisian
e-submission
• Tidak berkenaan
Sehingga
15
Oktober
2019
Penyimpanan evidens
5 FORMAT PENYEDIAAN
5.1 Penyediaan Esei
5.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
5.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New
Roman bersaiz 12.
5.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
5.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.
5.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.
5.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
5.2 Penyediaan Portfolio
5.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan
proses penghasilan kerja kursus.
5.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti
yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
TERHAD
8 TERHAD
5.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4.
5.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan
komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama
mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja
kursus.
5.2.5 Portfolio hendaklah dijilid.
5.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau
ditampal dengan bahan asing (kolaj).
5.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis
huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
5.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian
akhir portfolio.
5.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman.
5.3 Penyediaan Projek Multimedia
5.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik,
animasi, teks, dan audio visual.
5.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang
dikeluarkan oleh MPM.
5.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
5.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun
atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah
dinyatakan.
5.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang
dihasilkan.
5.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf
Times New Roman bersaiz 12.
5.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau
sampul surat berukuran A4.
5.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan
menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan
spesifikasi yang digunakan.
6 STRUKTUR PENYEDIAAN
6.1 Penyediaan esei
6.1.1 Pengenalan
6.1.2 Objektif kajian
6.1.3 Kaedah kajian
6.1.4 Isi kajian
6.1.5 Penutup
6.1.6 Senarai rujukan
TERHAD
9 TERHAD
6.2 Penyediaan portfolio
6.2.1 Pengenalan
6.2.2 Objektif kajian
6.2.3 Kaedah kajian
6.2.4 Isi kajian
6.2.5 Penutup
6.2.6 Senarai rujukan
6.3 Penyediaan projek multimedia
6.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia,
iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
6.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
6.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah
menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut.
Contohnya: PowerPoint, Mikromedia Flash Mx, Movie Maker, dan sebagainya.
6.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara
yang berikut:
6.3.4.1 Sinopsis projek
6.3.4.2 Papan cerita
7 PENSKORAN
7.1 Esei
Bil Aspek Pemarkahan
Markah
Jumlah
Markah
Peratusan
MarkahPenulisan
1 Pengenalan 3
50 83.33
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
TERHAD
10 TERHAD
Bil Aspek Pemarkahan Markah
Jumlah
Markah
Peratusan
Markah
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
10 16.67
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100
7.2 Portfolio
Bil Aspek Pemarkahan
Markah
Jumlah
Markah
Peratusan
MarkahPenulisan
1 Pengenalan 3
50 83.33
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
10 16.67
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100
TERHAD
11 TERHAD
7.3 Projek Multimedia
Bil Aspek Pemarkahan
Markah
Jumlah
Markah
Peratusan
MarkahPerancangan
1 Sinopsis projek 6
35 58.332 Papan cerita 24
3 Kreativiti 5
Penghasilan
15 25.00
1 Persembahan multimedia 10
2 Kemahiran insaniah 3
3 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
10 16.67
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100
8 TANGGUNGJAWAB CALON
8.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus
8.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus
8.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus
8.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru berdasarkan
tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
8.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
8.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang berkaitan
dengan agama, kaum, dan politik
8.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum sesi
pembentangan
8.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat, dan
tempoh yang ditetapkan
8.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja kursus
8.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
8.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon
BAHAGIAN II : CALON
TERHAD
12 TERHAD
9 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS
Tarikh Perkara Tindakan Calon
25
September
2017
Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu
Komunikatif
• Melayari portal MPM untuk memuat
turun Manual Kerja Kursus
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
15
Januari
2018
hingga
21
September
2018
Pengajaran dan
pembelajaran, pelaksanaan,
pemeriksaan, serta
pembentangan kerja kursus
• Menerima soalan kerja kursus dan
pemakluman tarikh akhir penyerahan
kerja kursus
• Memahami soalan kerja kursus
• Membincangkan soalan kerja kursus
bersama-sama dengan guru
• Merancang jadual kerja
• Mengumpul data dan maklumat
• Menyusun dapatan
• Memproses data dan maklumat
• Mempersembahkan data dan maklumat
• Menghasilkan kerja kursus yang
lengkap mengikut format yang
ditetapkan
• Menyemak dan membuat
penambahbaikan terhadap kualiti kerja
kursus
• Menyerahkan kerja kursus mengikut
tarikh yang ditetapkan kepada guru
Membentangkan kerja kursus pada
tarikh dan masa yang ditetapkan
10 FORMAT PENYEDIAAN
10.1 Penyediaan Esei
10.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
10.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New
Roman bersaiz 12.
10.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
10.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.
10.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.
10.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.
10.2 Penyediaan Portfolio
10.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan
proses penghasilan kerja kursus.
10.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti
yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
TERHAD
13 TERHAD
10.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4.
10.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan
komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama
mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja
kursus.
10.2.5 Portfolio hendaklah dijilid.
10.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau
ditampal dengan bahan asing (kolaj).
10.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis
huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
10.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian
akhir portfolio.
10.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman.
10.3 Penyediaan Projek Multimedia
10.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik,
animasi, teks, dan audio visual.
10.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang
dikeluarkan oleh MPM.
10.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
10.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun
atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah
dinyatakan.
10.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang
dihasilkan.
10.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf
Times New Roman bersaiz 12.
10.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau
sampul surat berukuran A4.
10.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan
menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan
spesifikasi yang digunakan.
11 STRUKTUR PENYEDIAAN
11.1 Penyediaan esei
11.1.1 Pengenalan
11.1.2 Objektif kajian
11.1.3 Kaedah kajian
11.1.4 Isi kajian
11.1.5 Penutup
11.1.6 Senarai rujukan
TERHAD
14 TERHAD
11.2 Penyediaan portfolio
11.2.1 Pengenalan
11.2.2 Objektif kajian
11.2.3 Kaedah kajian
11.2.4 Isi kajian
11.2.5 Penutup
11.2.6 Senarai rujukan
11.3 Penyediaan projek multimedia
11.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia,
iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
11.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
11.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah
menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut.
Contohnya: PowerPoint, Mikromedia Flash Mx, Movie Maker, dan sebagainya.
11.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara
yang berikut:
6.3.4.1 Sinopsis projek
6.3.4.2 Papan cerita
TERHAD
15 TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
TAJUK:
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/
PEMERIKSA
TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA
TARIKH
TERHAD
16 TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG PERAKUAN CALON
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Projek Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah
swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (untuk calon
persendirian individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus............................................. telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
TERHAD
17 TERHAD
Lampiran 3
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ....................................
Tarikh
Aktiviti dalam
Penghasilan Kerja
Kursus (diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Guru
Tandatangan
Calon
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .............................................
Nama Guru: .......................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.
TERHAD
18 TERHAD
Lampiran 4.1
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Bil. Kriteria Penilaian Esei Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
PenyelarasA Penulisan
1 Pengenalan 3
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
B Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................
Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
TERHAD
19 TERHAD
Lampiran 4.2
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Bil. Kriteria Penilaian Portfolio Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
PenyelarasA Penulisan
1 Pengenalan 3
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
B Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................
Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
TERHAD
20 TERHAD
Lampiran 4.3
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................
No. Kad Pengenalan: .................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Bil.
Kriteria Penilaian
Projek Multimedia
Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
A Perancangan
1 Sinopsis projek 6
2 Papan cerita 24
3 Kreativiti 5
B Penghasilan
1 Persembahan multimedia 10
2 Kemahiran insaniah 3
3 Keaslian 2
C Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................
Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
TERHAD
21 TERHAD
Lampiran 5
BRMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018
MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
NAMA SEKOLAH/NO. PUSAT: ............................................................................................................
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Bil. Angka Giliran No. Kad Pengenalan Markah Catatan
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Pengetua: .....................................
Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : .....................................
(bimbit) : .....................................
No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ....................................
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.

More Related Content

What's hot

Manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015) p.am
Manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015)   p.amManual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015)   p.am
Manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015) p.am
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
yenchuxx
 
Manual PBS BM T6
Manual PBS BM T6Manual PBS BM T6
Manual PBS BM T6
Jeya Kumar
 
940 manual calon sekolah (sejarah)
940 manual calon sekolah (sejarah)940 manual calon sekolah (sejarah)
940 manual calon sekolah (sejarah)
Jeya Kumar
 
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
RAMLAH BINTI A. RANI
 
470 air frame dan power plan smk
470 air frame dan power plan smk470 air frame dan power plan smk
470 air frame dan power plan smk
Winarto Winartoap
 
471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara
471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara
471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara
Winarto Winartoap
 

What's hot (20)

Manual pelaksanaan kerja kursus PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
Manual pelaksanaan kerja kursus  PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016 Manual pelaksanaan kerja kursus  PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
Manual pelaksanaan kerja kursus PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
 
9004 manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2018
9004 manual pelaksanaan kerja kursus 9004 20189004 manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2018
9004 manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2018
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015) p.am
Manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015)   p.amManual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015)   p.am
Manual pelaksanaan kerja kursus 9004 2015 (dikemaskinikan pada 22012015) p.am
 
Bm manual kerja kursus 9105 2017
Bm  manual kerja kursus 9105 2017Bm  manual kerja kursus 9105 2017
Bm manual kerja kursus 9105 2017
 
2. edaran pelajar manual kerja kursus pa4 (9004) tahun 2016
2. edaran pelajar manual kerja kursus pa4 (9004) tahun 20162. edaran pelajar manual kerja kursus pa4 (9004) tahun 2016
2. edaran pelajar manual kerja kursus pa4 (9004) tahun 2016
 
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
Manual Pbs Sejarah Penggal 2 (940/4)
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
Bahasa arab manual kk 9135 2017
Bahasa arab manual kk 9135 2017Bahasa arab manual kk 9135 2017
Bahasa arab manual kk 9135 2017
 
Manual PBS BM T6
Manual PBS BM T6Manual PBS BM T6
Manual PBS BM T6
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
Manual pbs sejarah p2 2014
Manual pbs sejarah p2 2014Manual pbs sejarah p2 2014
Manual pbs sejarah p2 2014
 
940 manual calon sekolah (sejarah)
940 manual calon sekolah (sejarah)940 manual calon sekolah (sejarah)
940 manual calon sekolah (sejarah)
 
Manual pbs ekonomi 2016
Manual pbs ekonomi  2016Manual pbs ekonomi  2016
Manual pbs ekonomi 2016
 
Panduan lomba membuat media pembelajaran bahasa arab
Panduan lomba membuat media pembelajaran bahasa arabPanduan lomba membuat media pembelajaran bahasa arab
Panduan lomba membuat media pembelajaran bahasa arab
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
913 Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM (Baharu)
 
Manual pbs bm p2 2014
Manual pbs bm p2 2014Manual pbs bm p2 2014
Manual pbs bm p2 2014
 
470 air frame dan power plan smk
470 air frame dan power plan smk470 air frame dan power plan smk
470 air frame dan power plan smk
 
471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara
471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara
471 pemeliharaan dan perbaikan instrumen elektronika pesawat udara
 

Similar to 9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018

BimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdf
BimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdfBimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdf
BimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdf
mohlutfiyazid1
 
Manual pbs guru 940 (update1812201410am) sejarah
Manual pbs guru 940 (update1812201410am)   sejarahManual pbs guru 940 (update1812201410am)   sejarah
Manual pbs guru 940 (update1812201410am) sejarah
RAMLAH BINTI A. RANI
 
Dokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdf
Dokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdfDokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdf
Dokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdf
AniLiu1
 
8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)
8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)
8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)
Said Bukaryo
 
Contoh kertas kerja bengkel fail meja
Contoh kertas kerja bengkel fail mejaContoh kertas kerja bengkel fail meja
Contoh kertas kerja bengkel fail meja
ciedz
 
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docxKertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
KhaidirZain
 
Sapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdf
Sapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdfSapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdf
Sapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdf
VenAzhari
 
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdfmesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
Shafizad Kamaludin
 

Similar to 9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018 (17)

Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
BimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdf
BimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdfBimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdf
BimTek-Proposal-Praktisi-Mengajar.pptx-2-1.pdf
 
Manual pbs guru 940 (update1812201410am) sejarah
Manual pbs guru 940 (update1812201410am)   sejarahManual pbs guru 940 (update1812201410am)   sejarah
Manual pbs guru 940 (update1812201410am) sejarah
 
Dokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdf
Dokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdfDokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdf
Dokumen Evaluasi Prodi Matematika Genap 2022_2023.pdf
 
PROGRAM KERJA KURIKULUM TP 2023-2024.docx
PROGRAM KERJA KURIKULUM TP 2023-2024.docxPROGRAM KERJA KURIKULUM TP 2023-2024.docx
PROGRAM KERJA KURIKULUM TP 2023-2024.docx
 
8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)
8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)
8 strategi-dan-sistem-penilaian-pel-asesor-ok (1)
 
Contoh kertas kerja bengkel fail meja
Contoh kertas kerja bengkel fail mejaContoh kertas kerja bengkel fail meja
Contoh kertas kerja bengkel fail meja
 
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docxKertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
Kertas Kerja Bengkel Teknik Menjawab Sains.docx
 
Tugas 3 05111640000059_kak
Tugas 3 05111640000059_kakTugas 3 05111640000059_kak
Tugas 3 05111640000059_kak
 
Sapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdf
Sapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdfSapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdf
Sapa Koor PT MSIB 5 (4 Agustus 2023) (1).pdf
 
laporan kurmer.docx
laporan kurmer.docxlaporan kurmer.docx
laporan kurmer.docx
 
Sumber manusia
Sumber manusiaSumber manusia
Sumber manusia
 
Buku Panduan KP STMIK Tasikmalaya 2014 a5
Buku Panduan KP STMIK Tasikmalaya 2014   a5Buku Panduan KP STMIK Tasikmalaya 2014   a5
Buku Panduan KP STMIK Tasikmalaya 2014 a5
 
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptxMESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
MESYUARAT 3 UNIT 2023=2024.pptx
 
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdfmesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
mesyuarat3unit20232024-230313153424-5459027d.pdf
 
Tayangan program ppg sm 3 t 2013 final acacia
Tayangan program ppg sm 3 t 2013 final acaciaTayangan program ppg sm 3 t 2013 final acacia
Tayangan program ppg sm 3 t 2013 final acacia
 
Tugas MPPL 3 - Pembuatan aplikasi pengajuan skripsi
Tugas MPPL 3 - Pembuatan aplikasi pengajuan skripsiTugas MPPL 3 - Pembuatan aplikasi pengajuan skripsi
Tugas MPPL 3 - Pembuatan aplikasi pengajuan skripsi
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 
9104 borang yang digunakan P2 2018
9104 borang yang digunakan P2 20189104 borang yang digunakan P2 2018
9104 borang yang digunakan P2 2018
 
Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 

Recently uploaded (20)

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018

  • 1. TERHAD 1 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4) Sepanjang Penggal 2 dan 3 Tahun 2018 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. __________________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2018 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD 2 TERHAD Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif 3 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3 – 6 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.6 Tanggungjawab Calon 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 6 – 7 5.0 Format Penyediaan 7 – 8 6.0 Struktur Penyediaan 9 7.0 Penskoran 9 – 11 BAHAGIAN II : CALON 8.0 Tanggungjawab Calon 11 9.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 12 10.0 Format Penyediaan 12 – 13 11.0 Struktur Penyediaan 13 – 14 Lampiran 15 – 21
  • 3. TERHAD 3 TERHAD 1 PENGENALAN Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus. Wajaran markah kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. 2 OBJEKTIF 2.1 Kerja kursus dilaksanakan untuk membolehkan calon: 2.1.1 mencari dan mengumpul maklumat; 2.1.2 menjalankan kerja lapangan; 2.1.3 menyuburkan budaya pencarian ilmu pengetahuan; 2.1.4 mengembangkan bakat dan kreativiti; 2.1.5 memantapkan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor dalam budaya ilmu; 2.1.6 mempersembahkan maklumat dalam bentuk esei, portfolio, atau projek. 2.2 Calon ditaksir berdasarkan keupayaan mereka: 2.2.1 mengaplikasikan kemahiran kognitif yang menjurus pemahaman karya sastera; 2.2.2 menghayati karya sastera; 2.2.3 merealisasikan pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan pembangunan negara dalam karya sastera; 2.2.4 menghasilkan karya kreatif; 2.2.5 menghasilkan persembahan multimedia berasaskan teks sastera; 2.2.6 memahami asas pengurusan organisasi sastera; 2.2.7 mengaplikasikan kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika. 3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan daripada tiga soalan yang diberikan. 3.1.2 Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus sama ada esei atau portfolio atau projek multimedia. 3.1.3 Calon dikehendaki membentangkan kerja kursus. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan adalah selama 15 minit termasuk sesi soal jawab. 3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah sepanjang penggal 2 dan 3. 3.1.5 Sekiranya terdapat bukti bahawa hasil kerja kursus yang dihantar itu bukan hasil kajian calon yang sebenar, maka keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif akan dibatalkan. BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA
  • 4. TERHAD 4 TERHAD 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Memastikan calon yang menghasilkan kerja kursus mendapat bimbingan daripada guru 3.2.2 Memastikan pelaksanaan kerja kursus calon diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan 3.2.3 Memastikan kerja kursus calon dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan 3.2.4 Memastikan kerja kursus calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan 3.2.5 Memastikan guru menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan 3.2.6 Memastikan guru menyemak dan menilai kerja kursus calon berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh MPM 3.2.7 Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens kerja kursus calon di sekolah 3.2.8 Memastikan guru menyimpan evidens kerja kursus calon dalam tempoh yang ditetapkan oleh MPM 3.2.9 Memastikan evidens kerja kursus calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM 3.3 Tanggungjawab Guru 3.3.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM 3.3.2 Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus 3.3.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus 3.3.4 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi penyediaan kerja kursus 3.3.5 Membimbing calon sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus 3.3.6 Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti kerja kursus masing-masing 3.3.7 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir 3.3.8 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan 3.3.9 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus 3.3.10 Mentaksir pembentangan calon secara individu 3.3.11 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.3.12 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, borang markah kerja kursus calon, dan borang rumusan markah kerja kursus calon 3.3.13 Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon ke MPM (wajib) dan menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta) 3.3.14 Menyimpan evidens kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan oleh MPM 3.3.15 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM
  • 5. TERHAD 5 TERHAD 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM 3.4.2 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir 3.4.3 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan 3.4.4 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus 3.4.5 Mentaksir pembentangan calon secara individu 3.4.6 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.4.7 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon 3.4.8 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta) 3.4.9 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM 3.4.10 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM 3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang penerimaan Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pelaksanaan kerja kursus, pemeriksaan kerja kursus, dan pembentangan kerja kursus. 3.5.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus 3.5.4 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir 3.5.5 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan 3.5.6 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus 3.5.7 Mentaksir pembentangan calon secara individu 3.5.8 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan 3.5.9 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon 3.5.10 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta) 3.5.11 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM 3.5.12 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh pengumuman keputusan STPM 3.6 Tanggungjawab Calon 3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus 3.6.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus 3.6.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus 3.6.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru berdasarkan tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
  • 6. TERHAD 6 TERHAD 3.6.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih 3.6.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang berkaitan dengan agama, kaum, dan politik 3.6.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum sesi pembentangan 3.6.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat, dan tempoh yang ditetapkan 3.6.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja kursus 3.6.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus 3.6.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM. 4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus adalah seperti yang berikut: Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 25 September 2017 Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif • Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif • Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif 15 Januari 2018 hingga 21 September 2018 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, serta pembentangan kerja kursus • Menyampaikan taklimat kerja kursus kepada calon • Memaklumkan tarikh akhir penyerahan kerja kursus • Membimbing calon memilih soalan kerja kursus • Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang dinilai • Membimbing calon melaksanakan kerja kursus • Menilai elemen kemahiran insaniah (soft skills) • Menjelaskan item yang dinilai dalam kerja kursus • Membimbing calon memproses data dan maklumat • Menerima soalan kerja kursus dan pemakluman tarikh akhir penyerahan kerja kursus • Memahami soalan kerja kursus • Membincangkan soalan kerja kursus bersama- sama dengan guru • Merancang jadual kerja • Mengumpul data dan maklumat • Menyusun dapatan • Memproses data dan maklumat • Mempersembahkan data dan maklumat
  • 7. TERHAD 7 TERHAD Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon • Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan • Memantau kemajuan hasil kerja kursus calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani borang rekod kerja kursus calon • Menerima kerja kursus daripada calon • Menilai pembentangan kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan oleh MPM • Menghasilkan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan • Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti kerja kursus • Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru • Membentangkan kerja kursus pada tarikh dan masa yang ditetapkan 22 September 2018 hingga 22 Oktober 2018 Pengisian dan penghantaran markah melalui e-submission • Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission • Tidak berkenaan Sehingga 15 Oktober 2019 Penyimpanan evidens 5 FORMAT PENYEDIAAN 5.1 Penyediaan Esei 5.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4. 5.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New Roman bersaiz 12. 5.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing). 5.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan. 5.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid. 5.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus. 5.2 Penyediaan Portfolio 5.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses penghasilan kerja kursus. 5.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
  • 8. TERHAD 8 TERHAD 5.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4. 5.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus. 5.2.5 Portfolio hendaklah dijilid. 5.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau ditampal dengan bahan asing (kolaj). 5.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12. 5.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian akhir portfolio. 5.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman. 5.3 Penyediaan Projek Multimedia 5.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual. 5.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang dikeluarkan oleh MPM. 5.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD). 5.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah dinyatakan. 5.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan. 5.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12. 5.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau sampul surat berukuran A4. 5.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan spesifikasi yang digunakan. 6 STRUKTUR PENYEDIAAN 6.1 Penyediaan esei 6.1.1 Pengenalan 6.1.2 Objektif kajian 6.1.3 Kaedah kajian 6.1.4 Isi kajian 6.1.5 Penutup 6.1.6 Senarai rujukan
  • 9. TERHAD 9 TERHAD 6.2 Penyediaan portfolio 6.2.1 Pengenalan 6.2.2 Objektif kajian 6.2.3 Kaedah kajian 6.2.4 Isi kajian 6.2.5 Penutup 6.2.6 Senarai rujukan 6.3 Penyediaan projek multimedia 6.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual. 6.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit. 6.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya: PowerPoint, Mikromedia Flash Mx, Movie Maker, dan sebagainya. 6.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara yang berikut: 6.3.4.1 Sinopsis projek 6.3.4.2 Papan cerita 7 PENSKORAN 7.1 Esei Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah Markah Peratusan MarkahPenulisan 1 Pengenalan 3 50 83.33 2 Objektif kajian 3 3 Kaedah kajian 3 4 Isi kajian 30 5 Penutup 3 6 Senarai rujukan 3 7 Kemahiran insaniah 3 8 Keaslian 2
  • 10. TERHAD 10 TERHAD Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah Markah Peratusan Markah Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 10 16.67 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2 Jumlah markah 60 Peratusan markah 100 7.2 Portfolio Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah Markah Peratusan MarkahPenulisan 1 Pengenalan 3 50 83.33 2 Objektif kajian 3 3 Kaedah kajian 3 4 Isi kajian 30 5 Penutup 3 6 Senarai rujukan 3 7 Kemahiran insaniah 3 8 Keaslian 2 Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 10 16.67 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2 Jumlah markah 60 Peratusan markah 100
  • 11. TERHAD 11 TERHAD 7.3 Projek Multimedia Bil Aspek Pemarkahan Markah Jumlah Markah Peratusan MarkahPerancangan 1 Sinopsis projek 6 35 58.332 Papan cerita 24 3 Kreativiti 5 Penghasilan 15 25.00 1 Persembahan multimedia 10 2 Kemahiran insaniah 3 3 Keaslian 2 Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 10 16.67 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2 Jumlah markah 60 Peratusan markah 100 8 TANGGUNGJAWAB CALON 8.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus 8.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus 8.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus 8.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru berdasarkan tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM 8.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih 8.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang berkaitan dengan agama, kaum, dan politik 8.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum sesi pembentangan 8.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat, dan tempoh yang ditetapkan 8.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja kursus 8.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus 8.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon BAHAGIAN II : CALON
  • 12. TERHAD 12 TERHAD 9 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS Tarikh Perkara Tindakan Calon 25 September 2017 Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif • Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif 15 Januari 2018 hingga 21 September 2018 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, pemeriksaan, serta pembentangan kerja kursus • Menerima soalan kerja kursus dan pemakluman tarikh akhir penyerahan kerja kursus • Memahami soalan kerja kursus • Membincangkan soalan kerja kursus bersama-sama dengan guru • Merancang jadual kerja • Mengumpul data dan maklumat • Menyusun dapatan • Memproses data dan maklumat • Mempersembahkan data dan maklumat • Menghasilkan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan • Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap kualiti kerja kursus • Menyerahkan kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan kepada guru Membentangkan kerja kursus pada tarikh dan masa yang ditetapkan 10 FORMAT PENYEDIAAN 10.1 Penyediaan Esei 10.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4. 10.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New Roman bersaiz 12. 10.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing). 10.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan. 10.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid. 10.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus. 10.2 Penyediaan Portfolio 10.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan proses penghasilan kerja kursus. 10.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
  • 13. TERHAD 13 TERHAD 10.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4. 10.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus. 10.2.5 Portfolio hendaklah dijilid. 10.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau ditampal dengan bahan asing (kolaj). 10.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12. 10.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian akhir portfolio. 10.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman. 10.3 Penyediaan Projek Multimedia 10.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual. 10.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang dikeluarkan oleh MPM. 10.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD). 10.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah dinyatakan. 10.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang dihasilkan. 10.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12. 10.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau sampul surat berukuran A4. 10.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan spesifikasi yang digunakan. 11 STRUKTUR PENYEDIAAN 11.1 Penyediaan esei 11.1.1 Pengenalan 11.1.2 Objektif kajian 11.1.3 Kaedah kajian 11.1.4 Isi kajian 11.1.5 Penutup 11.1.6 Senarai rujukan
  • 14. TERHAD 14 TERHAD 11.2 Penyediaan portfolio 11.2.1 Pengenalan 11.2.2 Objektif kajian 11.2.3 Kaedah kajian 11.2.4 Isi kajian 11.2.5 Penutup 11.2.6 Senarai rujukan 11.3 Penyediaan projek multimedia 11.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia, iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual. 11.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit. 11.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut. Contohnya: PowerPoint, Mikromedia Flash Mx, Movie Maker, dan sebagainya. 11.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara yang berikut: 6.3.4.1 Sinopsis projek 6.3.4.2 Papan cerita
  • 15. TERHAD 15 TERHAD Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 TAJUK: NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH
  • 16. TERHAD 16 TERHAD Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG PERAKUAN CALON PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Projek Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus............................................. telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh
  • 17. TERHAD 17 TERHAD Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: .................................... Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: ......................................... Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ............................................. Nama Guru: ....................................................... Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.
  • 18. TERHAD 18 TERHAD Lampiran 4.1 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: ................................. No. Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Bil. Kriteria Penilaian Esei Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah PenyelarasA Penulisan 1 Pengenalan 3 2 Objektif kajian 3 3 Kaedah kajian 3 4 Isi kajian 30 5 Penutup 3 6 Senarai rujukan 3 7 Kemahiran insaniah 3 8 Keaslian 2 B Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2 Jumlah markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : .................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
  • 19. TERHAD 19 TERHAD Lampiran 4.2 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: ................................. No. Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Bil. Kriteria Penilaian Portfolio Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah PenyelarasA Penulisan 1 Pengenalan 3 2 Objektif kajian 3 3 Kaedah kajian 3 4 Isi kajian 30 5 Penutup 3 6 Senarai rujukan 3 7 Kemahiran insaniah 3 8 Keaslian 2 B Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2 Jumlah markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : .................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
  • 20. TERHAD 20 TERHAD Lampiran 4.3 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: ................................. No. Kad Pengenalan: ................................................. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Bil. Kriteria Penilaian Projek Multimedia Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras A Perancangan 1 Sinopsis projek 6 2 Papan cerita 24 3 Kreativiti 5 B Penghasilan 1 Persembahan multimedia 10 2 Kemahiran insaniah 3 3 Keaslian 2 C Pembentangan dan Soal Jawab 1 Ketepatan 2 2 Kelancaran 2 3 Keterampilan 2 4 Penggunaan alat bantu 2 5 Kemahiran insaniah 2 Jumlah markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : .................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
  • 21. TERHAD 21 TERHAD Lampiran 5 BRMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2018 MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4 NAMA SEKOLAH/NO. PUSAT: ............................................................................................................ (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Bil. Angka Giliran No. Kad Pengenalan Markah Catatan (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Pengetua: ..................................... Nama: .................................................................. Nama: .................................................................. No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ........................................... Tarikh: ................................................................. Tarikh: ................................................................. No. Telefon (sekolah) : ..................................... (bimbit) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : .................................... (bimbit) : .................................... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.