21. Curing. The surface is kept moist by periodically applying water to the surface, to make sure it does not become dry. This is done continuously through the curing period until the base can support traffic without deforming. The application of the prime coat should occur as soon as possible to ensure that moisture is sealed inside the base.
36. Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya . Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat. Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti dan juga boleh menggunakan bahu jalan bagi mengalak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan. Pembinaan Bahu Jalan
37. Bahu jalan atau lorong kecemasan biasanya lebih sempit sedikit berbanding lorong trafik biasa. Misalnya di Lebuhraya Utara-Selatan , lebar lorong utama adalah antara 3.5 hingga 3.75 meter, tetapi lebar lorong kecemasan hanyalah 3 meter. Bagi jalan raya yang mempunyai tahap geometri yang rendah, biasanya tidak terdapat bahu jalan; jika ada pun, ia terdiri daripada batu kelikir yang tidak berturap. oleh sebab itu, ada kalanya bahu jalan di jalan raya sedemikian boleh jadi lembut serta kurang sesuai di saat-saat kecemasan iaitu semasa mengelak kenderaan dari arah hadapan yang hilang kawalan. Atas sebab-sebab keselamatan, lorong kecemasan bukan berturap sahaja dibina di sepanjang lebuh raya malah turut dibina di beberapa jalan raya utama.
38. Bagi jalan raya dengan tahap geometri yang tinggi, lorong kecemasan diturap sebagaimana lorong utama. Untuk menjimatkan kos, ada kalanya lorong kecemasan tidak diturap mengikut ketebalan yang sama seperti lorong-lorong utama, memandangkan lorong kecemasan hanya digunakan semasa kecemasan sahaja. Lorong kecemasan juga cenderung mengumpul sisa-sisa serta puing-puing jalan yang mungkin membahayakan pemandu yang memandu menggunakan lorong kecemasan.