1. Novel sudah menjadi satu perkara penting
dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja
suka membaca novel yang berunsur cinta.
Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan
membaca novel.
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang
manusia. Novel memang menjadi aspek penting
dalam kehidupan remaja terutama novel
berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja.
Cuma membaca novel mampu membawa
impak positif dan negatif yang harus diberi
perhatian.
Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda
remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan
dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap
oleh penulis itu sememangnya berkaitan
2. dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu
bentuk pemahaman yang mudah kepada
remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu
yang mudah difahami tetapi dibentangkan
dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian
dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak
novel yang dibaca semakin luaslah minda
remaja.
Amalan membaca novel ini turut menjadikan
seseorang itu lebih memahami konsep sastera
dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang
diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi
satu rangsangan kepada pembacanya.
Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil
naluri pembaca untuk mengetahui maksud
perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu.
Sudah pasti tindakan ini akan memastikan
3. pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang
banyak.
Malah, aktiviti membaca novel membolehkan
seseorang itu menghabiskan masa senggangnya
dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel
memerlukan seseorang itu menumpukan
perhatian yang jitu untuk satu masa yang
panjang. Biasanya sehari atau mungkin
beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan
sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel
menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan
baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.
Namun, pembacaan genre sastera ini turut
membawa kesan buruk iaitu mengabaikan
tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk
membaca novel menyebabkan pelajar akan
melupakan tanggungjawabnya untuk belajar
4. atau membuat kerja sekolah yang penting itu.
Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu
membaca lebih banyak novel dalam tempoh
yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar
terbabit mungkin akan terus merosot.
Kesimpulannya, membaca novel memang baik
tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang
remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih
jenis novel yang sesuai dengan usia
mereka.Pembacaan yang meluas dalam
kalangan remaja turut membina satu kelompok
remaja negara yang berpengetahuan luas dan
memiliki pemikiran yang kritis.