SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga
secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang
dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai ‘seni’ yang tersendiri dan seni
yang paling indah ialah ‘hanya’ yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari
memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.
Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami
dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat
semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan
keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam semesta ciptaan Tuhan
merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang tidak ternilai.
Keaslian ‘pereka bentuk’ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide
yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya
menjadi satu bahan komoditi ‘seni’ yang berharga.
Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan kekayaan
khazanah seni tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu penggerak ide dan
pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya pelajar-pelajar yang sedang
mendalami selok-belok seni ini.
Dicatat oleh rohaneeda di 5:35 PG Tiada ulasan:
DEFINISI SONGKET
Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang longsin (yang
menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat
menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa. Pusat
tenunan di Semenanjung bermula di Terengganu. Pada masa ini Terengganu dan Kelantan
adalah pusat pengeluaran kain tenunan.
Tenunan sutera mempunyai corak yang mudah seperti corak Muar (susun melintang dan
berdiri); corak Bugis (susunan bersegi kecil), corak melintang tapak catur, kain limar, kain
pelangi, corak parang, rosak, hingga ke tenunan songket dengan corak bintang bertabur, jong
sarat, dan teluk berantai.
Nama “kain songket” berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau
menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua
jenis, iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan
lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga
lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas
yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan
tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan.
Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau bunga lawi ayam
(dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara kepala dan tepi kain.
Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung,
bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop,
tampuk kesemak, tampuk manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang
abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga
logam, bunga kerongsang, dan jong sarat.
Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan
larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan daripada haiwan ialah bunga lawi ayam, unduk-
unduk, bunga hati, dan sisik kelah.
Kain songket menggunakan warna seperti merah asam jawa, merah darah ikan, merah jambu,
kuning penang masak, kuning lemak ketam, kuning tanah liat, kuning kunyit, hijau pucuk
pisang, hijau serindit, hijau batang bemban, hijau lumut, hijau terusi, biru air laut, biru manis,
ungu biji rembia (butir setar), ungu manis, kelabu asap, dan hitam.
Proses menenun adalah sama bagi kebanyakan negeri di Semenanjung Melayu. Perbezaannya
mungkin terdapat dalam penggunaan alat-alat tenunan, istilah-istilah yang diberikan kepada
proses menenun dan corak bunga songket yang digunakan.
Pada amnya menenun songket terdiri dari lapan proses. Proses ini diturunkan secara rahsia
dari satu generasi ke generasi yang lain oleh penenun yang mahir. Penenun ini hanya
menyampaikan pengetahuan dan kemahiran menenun kepada anak-anak dan cucu-cicit yang
berminat sahaja.
Dicatat oleh rohaneeda di 5:33 PG Tiada ulasan:
CORAK DAN MOTIF SONGKET
kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit, serta motif yang dihasilkan
di atas kain tenunan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas
kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung
yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan
laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya
imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam. Kebanyakkan motif songket datangnya dari
nama-nama pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan
dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti ‘seri kaya’, ‘wajik’ dan ‘tepung
talam’.
Terdapat banyak corak dan motif pada kain songket. Kadang-kadang motif yang sama tetapi
mempunyai nama yang berbeza. Sebagai contoh motif ‘bunga bintang’ di negeri Kelantan,
‘tapak sulaiman’ di negeri Sarawak.
Pakar penenun di Terengganu dan Kelantan sekarang jarang sekali mendraf atau merekakan
corak songket terlebih dahulu sebelum mereka mula menenun. Biasanya mereka akan meniru
terus daripada contoh-contoh songket lama yang mereka simpan. Kadang-kadang mereka
mengambil corak daripada sarung songket yang lain apabila cork ini menjadi kegemaran
ramai. Bagaimanapun untuk membuat corak-corak songket, seseorang itu perlu mempunyai
sifat-sifat penyabar, baik dari segi penglihatan mahupun ingatan.
Struktur kain songket terdiri daripada:
a) Badan kain
b) Kepala kain / petak kain
c) Tepi kain / kaki kain
d) Pengapit kepala kain
e) Tanah kain
f) Punca
g) Pengapit badan kain
h) Kaki punca
i) Kendik
Jenis-jenis Utama Corak Songket
Corak pada kain songket terdapat enam jenis yang utama seperti berikut:
1) Songket bunga penuh
2) Songket bunga bertabur
3) Songket corak jalur
a) Jalur corak berdiri
b) Jalur corak melintang
c) Tepi kain
4) Songket corak siku keluang (zig-zag)
5) Songket tapak catur
6) Songket pucuk rebung
Corak kain songket kontemporari
Menurut pengusaha kain songket Encik Mohamed Hussein di Cik Minah Songket negeri
Kelantan, corak kain songket temporari yang ada di negeri itu tidak banyak perbezaannya jika
dibandingkan dengan corak songket masa dahulu. Corak songket temporari yang ada adalah
berdasarkan kehendak dan citarasa pengguna kain songket. Walaubagaimanapun motif
bunga-bungaan yang ada pada kain songket kini adalah motif yang dianggap moden
berbanding dengan motif bunga pada zaman dahulu. Contohnya motif bunga raya, bunga ros,
tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis, rempah-ratus, motif pua kumbu dari negeri Sarawak,
motif tulisan,motif logo syarikat dan sebagainya. pekerja-pekerja dari sektor kerajaan kini
telah mewajibkan pekerja-pekerja mereka memakai songket pada hari Jumaat iaitu memakai
sampin dan baju melayu bagi kaum lelaki khususnya dan menunaikan solat Jumaat.
Nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari
Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur
dan motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain
songket lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempah motif-
motif yang mereka minati. Bagi pengguna kain songket ini konsep keindahan dapat dinikmati
pada sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan
syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka
untuk dijadikan motif pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini
menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan
tentang pengaplikasiannya.
Dicatat oleh rohaneeda di 5:29 PG Tiada ulasan:
PROSES MENENUN
Mencelup benang
Pada masa kini penenun-penenun mewarnakan benang secara moden. Mereka menggunakan
pewarna kimia yang diimport dari Amerika, Jerman dan England. Benang yang diwarnakan
secara tradisional menggunakan pewarna tumbuh-tumbuhan seperti kesumba (carthanus
tinctorius), kunyit (turmeric) dan sebagainya. Pewarna ini dicampur dengan jus asid buah
gelugur atau buah belimbing. Sebelum benang sutera diwarnakan, ia perlu dibersihkan
dengan memasukkannnya ke dalam air yang bercampur abu kerana sutera yang dibawa
masuk dari China adalah sutera mentah, kasar dan berwarna kekuningan. Abu yang
digunakan untuk mencuci sutera itu adalah dari kulit durian atau tangkai buah kelapa. Selepas
itu ia dibilas dengan air yang bersih dan dikeringkan. Hasilnya sutera menjadi putih, lembut
dan halus dan sedia untuk diwarnakan.
Menerai Benang
Setelah tongkol benang diwarnakan dan dikeringkan ia dililit kepada batang buluh kecil
untuk dijadikan benang peleting dengan bantuan alat rahat dan Darwin atau daun ruing.
Darwin biasanya terdiri daripada bingkai yang dibina daripada palang-palang buluh yang
dihubungkan dengan tali penjuru yang bertentangan. Pada bingkai ini dimasukkan setongkol
benang yang kemudian benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting dengan
memusingkan pemutar rahat ynag merupakan satu lat untuk proses putaran. Rahat pada
zaman moden ini terdiri daripada roda kayu sebesar jejari 12 inci yang dihubungkan ke
tempat pemutar yang dipanggil tangan rahat.
Menganing Benang
Proses untuk penyediaan benang loseng dengan menggunakan alat anian yang terdiri
daripada pemidang peleting dan bingkai pembuat loseng. Proses membuat benang loseng
bertujuan menentukan berapa panjang benang yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz
dan jumlah kain dikehendaki.
Menyapuk benang
Menyapuk dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang loseng. Setelah zaman berlalu,
cara menenun yang rumit telah mengalami sedikit perubahan. Sekarang untuk membuat latar
belakang songket adalah lebih mudah dan cepat. Cara menenun latar belakang songket yang
menggunakan teknik ikat memakan masa yang panjang dan tidak hairanlah kalau harganya
terlalu mahal. Teknik menenun dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan songket
masih terpelihara sejak zaman berzaman.
Mengarat
Mengarat dimulakan dengan gelung bahagian bawah dahulu dan kemudian benang loseng
diterbalikkan untuk dibuat gelung-gelung bahagian atas pula. Gelung-gelung ini dibuat
dengan bantuan papan karat. Benang asing yang lebih tebal daripada benang loseng
digunakan dalam membuat karat. Benang ini dimasukkan di bahagian bawah sebarisan
benang loseng yang terangkat meninggalkn ruang yang disebut ruang belira iaitu ruang yang
terjadi apabila kayu belira ditegakkan. Mengarat dimulakan dari bahagian hujung benang
loseng.
Menyongket
Semasa menenun kain, penenun memasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang
ditenun. Kayu sumbi digunakan untuk mengawal supaya tepi kain yang ditenun itu sentiasa
lurus mengikut lebar kain yang ditentukan.
Menenun
Penenun akan menggerakkan pijak karat dengan kakinya dan torak yang mengandungi dua
lembar benang emas di dalamnya, disilang merentasi ruang belira. Selepas itu belira
dikeluarkan dan benang emas disikat dan ditekan dengan gigi jentera supaya kedudukan
benang pakan kelihatan kemas.
Dicatat oleh rohaneeda di 5:24 PG Tiada ulasan:
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
Motif Songket
Motif Bunga Pecah Lapan
Proses Tenunan
PROSES TENUNAN
TENGKOLOK
Pengikut
Arkib Blog
 ▼ 2008 (4)
o ▼ 11/09 - 11/16 (4)
 PENGENALAN
 DEFINISI SONGKET
 CORAK DAN MOTIF SONGKET
 PROSES MENENUN
Mengenai Saya
rohaneeda
Lihat profil lengkap saya
Songket Kontemporari
Motif Pucuk Rebung
KREATIF SENI SONGKET

More Related Content

What's hot

Anyaman
AnyamanAnyaman
Anyamannike
 
Kerajinan tekstil prakarya
Kerajinan tekstil prakaryaKerajinan tekstil prakarya
Kerajinan tekstil prakaryaDimas Rayhan
 
Seni anyaman
Seni anyamanSeni anyaman
Seni anyamanbetriscan
 
Anyaman siku kluang
Anyaman siku kluangAnyaman siku kluang
Anyaman siku kluangLily Suzana
 
Seni tekstil
Seni tekstilSeni tekstil
Seni tekstilAin Ailyn
 
Seni Visual
Seni Visual Seni Visual
Seni Visual jyejye
 

What's hot (7)

Anyaman
AnyamanAnyaman
Anyaman
 
Kerajinan tekstil prakarya
Kerajinan tekstil prakaryaKerajinan tekstil prakarya
Kerajinan tekstil prakarya
 
Seni anyaman
Seni anyamanSeni anyaman
Seni anyaman
 
Anyaman siku kluang
Anyaman siku kluangAnyaman siku kluang
Anyaman siku kluang
 
Seni tekstil
Seni tekstilSeni tekstil
Seni tekstil
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Seni Visual
Seni Visual Seni Visual
Seni Visual
 

Viewers also liked

CERTIFICATE OF WORK TRANS.
CERTIFICATE OF WORK TRANS.CERTIFICATE OF WORK TRANS.
CERTIFICATE OF WORK TRANS.Gilberto Kasweka
 
GoVertical Finance (v032416.AR)
GoVertical Finance (v032416.AR)GoVertical Finance (v032416.AR)
GoVertical Finance (v032416.AR)Phillip Elkins
 
Lint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence Education
Lint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence EducationLint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence Education
Lint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence EducationDavid Jimenez
 
Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016
Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016
Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016Nickos Nickolopoulos
 
Resume - Chrystian Bautista (2015)
Resume - Chrystian Bautista (2015)Resume - Chrystian Bautista (2015)
Resume - Chrystian Bautista (2015)Chrystian Bautista
 
Romeo and juliet newspaper report
Romeo and juliet newspaper reportRomeo and juliet newspaper report
Romeo and juliet newspaper reportPayton Hargreaves
 
Lecturas monstruosas presentacion
Lecturas monstruosas presentacionLecturas monstruosas presentacion
Lecturas monstruosas presentacionbibliotecanaon
 
Laverne's Capella Transcipt (Master)
Laverne's Capella Transcipt (Master)Laverne's Capella Transcipt (Master)
Laverne's Capella Transcipt (Master)Laverne Reed-Sanders
 
Planificación en nivel inicial
 Planificación en nivel inicial Planificación en nivel inicial
Planificación en nivel inicialDoris5b
 

Viewers also liked (17)

CERTIFICATE OF WORK TRANS.
CERTIFICATE OF WORK TRANS.CERTIFICATE OF WORK TRANS.
CERTIFICATE OF WORK TRANS.
 
Cultura ciudadana
Cultura ciudadanaCultura ciudadana
Cultura ciudadana
 
Segundo jornada mañana
Segundo jornada mañanaSegundo jornada mañana
Segundo jornada mañana
 
GoVertical Finance (v032416.AR)
GoVertical Finance (v032416.AR)GoVertical Finance (v032416.AR)
GoVertical Finance (v032416.AR)
 
Lint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence Education
Lint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence EducationLint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence Education
Lint Center Launches Partnership with IAFIE to Advance Intelligence Education
 
UCSDTranscript
UCSDTranscriptUCSDTranscript
UCSDTranscript
 
Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016
Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016
Το Φυλλάδιο του Υπουργείου Παιδείας για τα ΕΠΑΛ 2016
 
Branko Jovovic CV
Branko Jovovic CVBranko Jovovic CV
Branko Jovovic CV
 
Vmi Keynote
Vmi KeynoteVmi Keynote
Vmi Keynote
 
Investice_Finlord
Investice_FinlordInvestice_Finlord
Investice_Finlord
 
Validación ecuaciones rabito en adultos mexicanos
Validación ecuaciones rabito en adultos mexicanosValidación ecuaciones rabito en adultos mexicanos
Validación ecuaciones rabito en adultos mexicanos
 
Resume - Chrystian Bautista (2015)
Resume - Chrystian Bautista (2015)Resume - Chrystian Bautista (2015)
Resume - Chrystian Bautista (2015)
 
Romeo and juliet newspaper report
Romeo and juliet newspaper reportRomeo and juliet newspaper report
Romeo and juliet newspaper report
 
Úvěry
ÚvěryÚvěry
Úvěry
 
Lecturas monstruosas presentacion
Lecturas monstruosas presentacionLecturas monstruosas presentacion
Lecturas monstruosas presentacion
 
Laverne's Capella Transcipt (Master)
Laverne's Capella Transcipt (Master)Laverne's Capella Transcipt (Master)
Laverne's Capella Transcipt (Master)
 
Planificación en nivel inicial
 Planificación en nivel inicial Planificación en nivel inicial
Planificación en nivel inicial
 

Similar to KREATIF SENI SONGKET

Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103 miza7272
 
lurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdf
lurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdflurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdf
lurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdfMudzakir Sunni
 
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangKuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangramlah mell
 
Makalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat nttMakalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat nttetto kono
 
PPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptx
PPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptxPPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptx
PPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptxTinaSumayyah
 
deskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengah
deskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengahdeskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengah
deskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengahSeptia Nur'aini
 
Tugas seni rupa
Tugas seni rupaTugas seni rupa
Tugas seni rupaputrisagut
 
Nanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptx
Nanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptxNanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptx
Nanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptxNandaAlifia3
 
Keunikan makna filosofi batik klasik sidoluhur
Keunikan makna filosofi batik klasik sidoluhurKeunikan makna filosofi batik klasik sidoluhur
Keunikan makna filosofi batik klasik sidoluhurmochammad rasyiid
 
Karya kerajinan dari limbah kain perca
Karya kerajinan dari limbah kain percaKarya kerajinan dari limbah kain perca
Karya kerajinan dari limbah kain percaMaesuri Syata
 

Similar to KREATIF SENI SONGKET (20)

Seni Tekat Slide PPT
Seni Tekat Slide PPTSeni Tekat Slide PPT
Seni Tekat Slide PPT
 
Seni hbae3103
Seni hbae3103 Seni hbae3103
Seni hbae3103
 
lurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdf
lurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdflurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdf
lurikfabric.com-Kain lurik Solo Harga Murah.pdf
 
Batik Kalimantan
Batik KalimantanBatik Kalimantan
Batik Kalimantan
 
Batik
Batik Batik
Batik
 
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuangKuliah objek seni anyaman mgkuang
Kuliah objek seni anyaman mgkuang
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Makalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat nttMakalah tenun ikat ntt
Makalah tenun ikat ntt
 
Seni Sulaman 1 Slide PPT
Seni Sulaman 1 Slide PPTSeni Sulaman 1 Slide PPT
Seni Sulaman 1 Slide PPT
 
Kain Tenun Toraja
Kain Tenun TorajaKain Tenun Toraja
Kain Tenun Toraja
 
PPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptx
PPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptxPPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptx
PPT APRESIASI SULAMAN KEL.2.pptx
 
Nusantara
NusantaraNusantara
Nusantara
 
Seni Sulaman 2 Slide PPT
Seni Sulaman 2 Slide PPTSeni Sulaman 2 Slide PPT
Seni Sulaman 2 Slide PPT
 
deskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengah
deskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengahdeskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengah
deskripsi motif perawatan Tenun ikat pakan sulawesi tengah
 
Tugas seni rupa
Tugas seni rupaTugas seni rupa
Tugas seni rupa
 
Seni rupa
Seni rupaSeni rupa
Seni rupa
 
Batik truntum
Batik truntumBatik truntum
Batik truntum
 
Nanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptx
Nanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptxNanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptx
Nanda Alifia Septa Andryani_Rajut.pptx
 
Keunikan makna filosofi batik klasik sidoluhur
Keunikan makna filosofi batik klasik sidoluhurKeunikan makna filosofi batik klasik sidoluhur
Keunikan makna filosofi batik klasik sidoluhur
 
Karya kerajinan dari limbah kain perca
Karya kerajinan dari limbah kain percaKarya kerajinan dari limbah kain perca
Karya kerajinan dari limbah kain perca
 

Recently uploaded

Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 

KREATIF SENI SONGKET

  • 1. Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai ‘seni’ yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah ‘hanya’ yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita. Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui ide dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang tidak ternilai. Keaslian ‘pereka bentuk’ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi ‘seni’ yang berharga. Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan kekayaan khazanah seni tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu penggerak ide dan pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya pelajar-pelajar yang sedang mendalami selok-belok seni ini. Dicatat oleh rohaneeda di 5:35 PG Tiada ulasan: DEFINISI SONGKET Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang longsin (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). Proses pada asasnya mudah, ini dapat menghasilkan ciptaan seni tampak yang indah dan menjadi kebanggaan bangsa. Pusat tenunan di Semenanjung bermula di Terengganu. Pada masa ini Terengganu dan Kelantan adalah pusat pengeluaran kain tenunan. Tenunan sutera mempunyai corak yang mudah seperti corak Muar (susun melintang dan berdiri); corak Bugis (susunan bersegi kecil), corak melintang tapak catur, kain limar, kain pelangi, corak parang, rosak, hingga ke tenunan songket dengan corak bintang bertabur, jong sarat, dan teluk berantai. Nama “kain songket” berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis, iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan. Reka bentuk kain songket mengandungi badan, kepala, pucuk rebung, atau bunga lawi ayam (dalam bentuk pucuk rebung), diapit di antara kepala dan tepi kain. Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk kesemak, tampuk manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang
  • 2. abstrak dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga kerongsang, dan jong sarat. Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan daripada haiwan ialah bunga lawi ayam, unduk- unduk, bunga hati, dan sisik kelah. Kain songket menggunakan warna seperti merah asam jawa, merah darah ikan, merah jambu, kuning penang masak, kuning lemak ketam, kuning tanah liat, kuning kunyit, hijau pucuk pisang, hijau serindit, hijau batang bemban, hijau lumut, hijau terusi, biru air laut, biru manis, ungu biji rembia (butir setar), ungu manis, kelabu asap, dan hitam. Proses menenun adalah sama bagi kebanyakan negeri di Semenanjung Melayu. Perbezaannya mungkin terdapat dalam penggunaan alat-alat tenunan, istilah-istilah yang diberikan kepada proses menenun dan corak bunga songket yang digunakan. Pada amnya menenun songket terdiri dari lapan proses. Proses ini diturunkan secara rahsia dari satu generasi ke generasi yang lain oleh penenun yang mahir. Penenun ini hanya menyampaikan pengetahuan dan kemahiran menenun kepada anak-anak dan cucu-cicit yang berminat sahaja. Dicatat oleh rohaneeda di 5:33 PG Tiada ulasan: CORAK DAN MOTIF SONGKET kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit, serta motif yang dihasilkan di atas kain tenunan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama-nama pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti ‘seri kaya’, ‘wajik’ dan ‘tepung talam’. Terdapat banyak corak dan motif pada kain songket. Kadang-kadang motif yang sama tetapi mempunyai nama yang berbeza. Sebagai contoh motif ‘bunga bintang’ di negeri Kelantan, ‘tapak sulaiman’ di negeri Sarawak. Pakar penenun di Terengganu dan Kelantan sekarang jarang sekali mendraf atau merekakan corak songket terlebih dahulu sebelum mereka mula menenun. Biasanya mereka akan meniru terus daripada contoh-contoh songket lama yang mereka simpan. Kadang-kadang mereka mengambil corak daripada sarung songket yang lain apabila cork ini menjadi kegemaran ramai. Bagaimanapun untuk membuat corak-corak songket, seseorang itu perlu mempunyai sifat-sifat penyabar, baik dari segi penglihatan mahupun ingatan. Struktur kain songket terdiri daripada: a) Badan kain b) Kepala kain / petak kain c) Tepi kain / kaki kain
  • 3. d) Pengapit kepala kain e) Tanah kain f) Punca g) Pengapit badan kain h) Kaki punca i) Kendik Jenis-jenis Utama Corak Songket Corak pada kain songket terdapat enam jenis yang utama seperti berikut: 1) Songket bunga penuh 2) Songket bunga bertabur 3) Songket corak jalur a) Jalur corak berdiri b) Jalur corak melintang c) Tepi kain 4) Songket corak siku keluang (zig-zag) 5) Songket tapak catur 6) Songket pucuk rebung Corak kain songket kontemporari Menurut pengusaha kain songket Encik Mohamed Hussein di Cik Minah Songket negeri Kelantan, corak kain songket temporari yang ada di negeri itu tidak banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan corak songket masa dahulu. Corak songket temporari yang ada adalah berdasarkan kehendak dan citarasa pengguna kain songket. Walaubagaimanapun motif bunga-bungaan yang ada pada kain songket kini adalah motif yang dianggap moden berbanding dengan motif bunga pada zaman dahulu. Contohnya motif bunga raya, bunga ros, tumbuh-tumbuhan seperti paku-pakis, rempah-ratus, motif pua kumbu dari negeri Sarawak, motif tulisan,motif logo syarikat dan sebagainya. pekerja-pekerja dari sektor kerajaan kini telah mewajibkan pekerja-pekerja mereka memakai songket pada hari Jumaat iaitu memakai sampin dan baju melayu bagi kaum lelaki khususnya dan menunaikan solat Jumaat. Nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur dan motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain songket lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempah motif- motif yang mereka minati. Bagi pengguna kain songket ini konsep keindahan dapat dinikmati pada sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan tentang pengaplikasiannya. Dicatat oleh rohaneeda di 5:29 PG Tiada ulasan: PROSES MENENUN
  • 4. Mencelup benang Pada masa kini penenun-penenun mewarnakan benang secara moden. Mereka menggunakan pewarna kimia yang diimport dari Amerika, Jerman dan England. Benang yang diwarnakan secara tradisional menggunakan pewarna tumbuh-tumbuhan seperti kesumba (carthanus tinctorius), kunyit (turmeric) dan sebagainya. Pewarna ini dicampur dengan jus asid buah gelugur atau buah belimbing. Sebelum benang sutera diwarnakan, ia perlu dibersihkan dengan memasukkannnya ke dalam air yang bercampur abu kerana sutera yang dibawa masuk dari China adalah sutera mentah, kasar dan berwarna kekuningan. Abu yang digunakan untuk mencuci sutera itu adalah dari kulit durian atau tangkai buah kelapa. Selepas itu ia dibilas dengan air yang bersih dan dikeringkan. Hasilnya sutera menjadi putih, lembut dan halus dan sedia untuk diwarnakan. Menerai Benang Setelah tongkol benang diwarnakan dan dikeringkan ia dililit kepada batang buluh kecil untuk dijadikan benang peleting dengan bantuan alat rahat dan Darwin atau daun ruing. Darwin biasanya terdiri daripada bingkai yang dibina daripada palang-palang buluh yang dihubungkan dengan tali penjuru yang bertentangan. Pada bingkai ini dimasukkan setongkol benang yang kemudian benang ini dililitkan ke batang buluh yang dipanggil peleting dengan memusingkan pemutar rahat ynag merupakan satu lat untuk proses putaran. Rahat pada zaman moden ini terdiri daripada roda kayu sebesar jejari 12 inci yang dihubungkan ke tempat pemutar yang dipanggil tangan rahat. Menganing Benang Proses untuk penyediaan benang loseng dengan menggunakan alat anian yang terdiri daripada pemidang peleting dan bingkai pembuat loseng. Proses membuat benang loseng bertujuan menentukan berapa panjang benang yang perlu ditenun untuk mendapatkan saiz dan jumlah kain dikehendaki. Menyapuk benang Menyapuk dilakukan dengan menyusutkan dua urat benang loseng. Setelah zaman berlalu, cara menenun yang rumit telah mengalami sedikit perubahan. Sekarang untuk membuat latar belakang songket adalah lebih mudah dan cepat. Cara menenun latar belakang songket yang menggunakan teknik ikat memakan masa yang panjang dan tidak hairanlah kalau harganya terlalu mahal. Teknik menenun dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan songket masih terpelihara sejak zaman berzaman. Mengarat Mengarat dimulakan dengan gelung bahagian bawah dahulu dan kemudian benang loseng diterbalikkan untuk dibuat gelung-gelung bahagian atas pula. Gelung-gelung ini dibuat dengan bantuan papan karat. Benang asing yang lebih tebal daripada benang loseng digunakan dalam membuat karat. Benang ini dimasukkan di bahagian bawah sebarisan benang loseng yang terangkat meninggalkn ruang yang disebut ruang belira iaitu ruang yang terjadi apabila kayu belira ditegakkan. Mengarat dimulakan dari bahagian hujung benang loseng.
  • 5. Menyongket Semasa menenun kain, penenun memasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang ditenun. Kayu sumbi digunakan untuk mengawal supaya tepi kain yang ditenun itu sentiasa lurus mengikut lebar kain yang ditentukan. Menenun Penenun akan menggerakkan pijak karat dengan kakinya dan torak yang mengandungi dua lembar benang emas di dalamnya, disilang merentasi ruang belira. Selepas itu belira dikeluarkan dan benang emas disikat dan ditekan dengan gigi jentera supaya kedudukan benang pakan kelihatan kemas. Dicatat oleh rohaneeda di 5:24 PG Tiada ulasan: Laman utama Langgan: Catatan (Atom) Motif Songket Motif Bunga Pecah Lapan Proses Tenunan
  • 6. PROSES TENUNAN TENGKOLOK Pengikut Arkib Blog  ▼ 2008 (4) o ▼ 11/09 - 11/16 (4)  PENGENALAN  DEFINISI SONGKET  CORAK DAN MOTIF SONGKET  PROSES MENENUN Mengenai Saya rohaneeda Lihat profil lengkap saya Songket Kontemporari