SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1
1.0 Pendahuluan
Hadith adalah sumber utama dalam Islam bersama al-Quran. Berdasarkan kedudukan
itulah setiap kalangan dalam Islam telah terpanggil untuk memberi sumbangan terhadapnya
sesuai dengan keperluan semasa. Para sahabat yang merupakan penyambung antara
Rasulullah S.A.W. dengan generasi setelahnya telah melakukan langkah awal dengan
menghafaz dan sesetengah mereka menulis apa yang mereka dengar dari baginda.
Menelusuri kehidupan seorang tokoh hadith seperti Imam al-Bukhari dari pelbagai
segi adalah suatu perkara yang sangat menarik, kerana merupakan sesuatu yang bernilai
ilmiah sekaligus agama. Ilmiah kerana meliputi perbahasan yang bernilai akademik
sedangkan agama kerana selain pesan-pesan yang terdapat dalam perbahasan itu merupakan
sebuah kebenaran, ia ditambah pula dengan susuk peribadi Imam al-Bukhari yang terkenal
dengan ketakwaan dan kewara`annya. Usaha para umat Islam terutamanya Imam al-Bukhari
telah memperlihatkan kesunggguhan mereka dalam menjaga keaslian dan ketulenan hadith. Ia
terserlah melalui kegigihan mempelajarinya, bersungguh-sungguh dalam penghayatan,
hafazan dan penulisan, seterusnya pengajaran dan peyebarannya dalam kalangan umat Islam.
2.0 Nama dan Keturunan
Imam al-Bukhari atau genealoginya Abu „Abd Allah Muhammad ibn Isma‟il ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ju‟fi (al-Ja‟fai) al-Bukhari adalah seorang
Muhaddith yang dihormati lagi tersohor. Gelaran al-Ju‟fi pada nama penuh beliau merupakan
nasab keturunan Arab di mana datuk kepada Imam al-Bukhari yang bernama al-Mughirah
telah memeluk Islam di hadapan al-Yaman al-Ju‟fi. Maka, dinasabkan kepadanya al-Ju‟fi
sebagai nasab kepada pemimpin. Manakala, al-Bukhari merupakan nisbah kepada tempat
kelahiran beliau. Kunniyah beliau adalah Abu Abdillah.
3.0 Kelahiran dan Perkembangan
Imam al-Bukhari lahir pada hari Jumaat 13 Syawal 194H bersamaan 20 Julai 810 di
Bukhara.1
Imam al-Bukhari telah hilang penglihatan sejak keci lagi. Namun, berkat
kesungguhan doa ibunya, penglihatannya itu telah dikembalikan oleh Allah S.W.T.. Berita
tersebut sampai ke pengetahuan ibunya melalui mimpi di mana Nabi Ibrahim A.S. telah
muncul lalu berkata “Berkat kesungguhan doamu, Allah SWT telah mengembalikan
penglihatan anakmu.”2
Mimpi itu ternyata benar pada keesokan harinya.
1
Bukhara adalah satu kota penting Ma Wara‟a al-Nahr, Jihun. Tepatnya terletak di Uzbekistan, sekarang sudah
menjadi negara tersendiri (sebelumnya sebahagian daripada Uni Sovyet alm). Lihat Ahmad Umar Hasyim, Al-
Sunnah al-Nabawiyyah wa „Ulumuha, (Cairo : Maktabah Gharib, tt), hal. 147.
2
Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil.
6, hal. 6.
2
Ayahnya, Isma‟il bin Ibrahim, juga seorang ulama hadith yang disegani ketika
hayatnya dan pernah bersama ramai ulama terkenal seperti Malik ibn Anas,3
Hammad ibn
Zaid, dan Ibn al-Mubarak. Namun, ayahnya tersebut meninggal dunia ketika Bukhari masih
dalam usia yang sangat muda. Bukhari mulai mempelajari hadith sejak usianya masih muda
sekali, bahkan sebelum mencapai usia sepuluh tahun. Meskipun usianya masih sangat muda,
dia memiliki kecerdasan dan kemampuan menghafal yang luar biasa.
Muhammad ibn Abi Hatim4
menyatakan bahawa ia pernah mendengar Bukhari
menceritakan bahawa ilham untuk menghafal hadith tercetus ketika beliau berusia sekitar
sepuluh tahun. Menjelang usia 16 tahun, dia telah mampu menghafal sejumlah buku hasil
karya ulama terkenal pada masa sebelumnya, seperti ibn al- Mubarak, Waki‟, dan lainnya. Dia
tidak hanya menghafal hadith-hadith dan karya para ulama terdahulu sahaja tetapi juga
mempelajari dari seluruh perawi yang terlibat dalam periwayatan setiap hadith yang
dihafalnya, dari tarikh dan tempat lahir mereka sehinggalah ke tarikh dan tempat mereka
meninggal dunia.
4.0 Perjalanan Menuntut Ilmu
Dalam rangka memperoleh makumat yang lengkap mengenai sesebuah hadith, baik
matan mahupun juga sanadnya, Imam al-Bukhari banyak melakukan lawatan atau rihlah
(merantau) ke pelbagai tempat dan daerah. Imam al-Bukhari pernah berangkat ke Makkatul
Mukarramah bersama-sama abang serta ibunya untuk menunaikan fardhu Haji dan kemudian
menetap di sana selama dua tahun.
Setelah mencapai umur 18 tahun, beliau memulakan perjalanannya ke Madinatul
Munawwarah.5
Di sana, Imam al-Bukhari telah menghabiskan masa malamnya di samping
makam Rasulullah S.A.W. sambil menyusun kitab “Qadhayas-Sahabah Wat-Tabi‟in” dan
“Tarikhul-Kabir” di bawah sinaran cahaya bulan.6
Imam al-Bukhari mengembara jauh demi memantapkan lagi ilmunya. Beliau telah
mengunjungi beberapa buah kota di Iraq dalam rangka mencari ilmu Hadith daripada tokoh-
tokoh negara itu seperti Basrah, Kufah, Balkh dan lain-lain. Beliau juga pernah beberapa kali
ke Syria, Mesir dan Makkatul Mukarramah.
Imam al-Bukhari ialah seorang hamba Allah yang memiliki daya ingatan yang luar
biasa. Ketika zaman kanak-kanak, beliau telah pun menghafal sebanyak 2,000 buah hadith.
Suatu ketika semasa di Baghdad, kehadiran Imam al-Bukhari telah diketahui oleh para Ahli
3
Malik bin Anas atau Imam Malik adalah seorang ulama besar Madinah dan merupakan pengasas Mazhab
Maliki. Lihat Al-Imam al-Hafizh al-Syaikh Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911),
Thabaqat al-Huffazh, (Beirut: Dar al-Kutub al- „Ilmiyyah, 1994), Cet. 2, hal. 96.
4
Muhammad ibn Abi Hatim merupakan seorang jurutulis Imam a-Bukhari. Lihat Al-Imam al-Hafizh al-Syaikh
Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911), Thabaqat al-Huffazh, (Beirut : Dar al-Kutub al-
„Ilmiyyah, 1994), Cet. 2, hal. 103.
5
Madinah adalah kota yang terletak di tanah Hijaz. Panjangnya 650 km dan lebarnya 200 km. Kota ini
merupakan tujuan hijrah Rasul, sehingga sering disebut Madinah al-Rasul. Sebelumnya kota ini bernama
Yathrib.
6
Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil.
6, hal. 9.
3
Hadith negeri itu, mereka berkumpul dan sepakat untuk menguji kehebatan beliau tentang
hadith. Para ulama tersebut sengaja mengumpulkan 100 buah hadith di mana susunan, urutan
dan letak matan serta sanad hadith-hadith tersebut dibolak-balikkan. Matan dari sebuah sanad
diletakkan untuk sanad lain, sementara suatu sanad dari sebuah matan diletakkan untuk matan
lain dan begitulah seterusnya. 100 buah hadith itu dibahagikan pula kepada sepuluh orang
penguji, hingga masing-masing mendapat bahagian sebanyak sepuluh buah hadith.
Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu, maka berbondong-bondonglah para ulama
dari dalam dan luar Khurasan serta penduduk Baghdad menuju ke tempat yang telah
ditetapkan. Satu persatu hadith yang telah dibolak-balikkan matan dan sanadnya itu
diperdengarkan kepada Imam al-Bukhari. Menurut riwayat Al-Hafizh Ibn Hajar Al-Asqalani,
yang hebat bukanlah kemampuan Imam al-Bukhari dalam mengembalikan kedudukan hadith-
hadith yang salah, sebab beliau memang telah menghafalnya, tetapi yang hebat justeru
hafalnya terhadap kesalahan yang diakukan oleh para penguji tersebut secara satu persatu
hanya dengan sekali dengar sahaja.
5.0 Aqidah dan Pegangan
Kitab Sahih al-Bukhari adalah kitab Imam al-Bukhari yang utama. Di situlah
terkandung segala fakta berkenaan pendapat dan pemikiran beliau sama ada secara implisit
atau eksplisit kerana di situlah beliau mencurahkan segala inti pati ilmunya. Berkaitan hal ini,
al-Bukhari berkata: “Aku karang kitab ini daripada hampir 600 ribu hadith dalam masa 16
tahun dan aku jadikan ia sebagai hujjah antara aku dengan Allah S.W.T..”
Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang ingin mengkaji pendapat dan pemikiran al-
Bukhari dalam apa jua disiplin ilmu, mestilah menganalisa judul-judul bab serta hadith-hadith
yang diriwayatkan oleh beliau dalam kitabnya itu. Hal ini kerana perkaitan antara setiap judul
bab dengan hadith yang beliau riwayatkan dalam sesuatu bab menggambarkan kefahaman dan
pendapat beliau terhadap sesuatu isu. Cuma, hanya sahaja segala kefahaman dan pendapat
beliau itu beliau ungkapkan dalam judul-judul bab secara ringkas dan simbolik, sehingga
masyhur dalam kalangan ulama suatu teori ilmu bahawa “kefahaman al-Bukhari itu terletak
pada judul-judul babnya.”7
Dalam konteks pemikiran dan aqidah, pendapat dan pegangan al-Bukhari dapat
dianalisa melalui judul-judul bab yang terdapat dalam sub-sub topik seperti Kitab Al-Iman,
Kitab At-Tauhid dan Kitab Al-Qadr.8
Sebagai seorang pejuang sunnah, Imam al-Bukhari dilihat sangat sensitif dengan isu
aqidah. Keprihatinan beliau itu jelas dilihat dari beberapa aspek seperti pemilihan guru,
pengkaryaan kitab dan penjudulan sub topik aqidah.
Secara umumnya, manhaj (pendekatan) al-Bukhari dalam pemikiran aqidah terbahagi
kepada dua: pertama, pengajian berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah, kedua, pengajian
7
Nuruddin „Itr, Al-Imam At-Tarmizi Wa Al-Muwazanah Baina Jami‟ihi Wa As-Sahihain, (Beirut: Lubnan,
Muassasah Ar-Risalah, 1988), hal. 273.
8
Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil.
6, hal. 71.
4
berdasarkan falsafah ilmu kalam. Pendekatan yang pertama itu adalah pendekatan Ahli
Sunnah dari kalangan generasi Salaf manakala pendekatan kedua pula adalah pendekatan
golongan ahli kalam seperti puak Muktazilah, Jahmiyyah dan sebagainya.
Imam al-Bukhari tergolong dalam kelompok generasi Salaf yang sangat tegas
berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dalam perbahasan aqidah. Hakikat
ketegasan ini didasarkan kepada beberapa perkara seperti keteguhan beliau berpegang dengan
Al-Quran dan As-Sunnah, penolakan logik akal yang bercanggah dengan nas, dan lain-lain.
Secara kesimpulannya, kitab Sahih al-Bukhari boeh dikatakan memiliki nilai-nilai autentik
yang tinggi dan laras bahasanya terselamat daripada sebarang kesilapan yang boleh mengubah
makna.
6.0 Guru-gurunya yang Masyhur
Imam al-Bukhari mula mendengar dan mempelajari ilmu Hadith sekitar tahun 205H
setelah memanfaatkan ilmu itu daripada para ulama di tanah kelahirannya. Beliau memulakan
kembara ilmunya dalam tahun 210H dan sepanjang pengembaraannya itu, beliau telah
menemui seramai 1,080 orang ulama. Namun begitu, yang paling banyak beliau
memanfaatkan ilmu Hadith ialah daripada Ishak Ibn Rahawayh dan Ali Ibn Madiini.9
Malah menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani,10
faktor yang menggerakkan Imam al-
Bukhari menghasilkan karya utama beliau al-Jami‟ ialah gurunya Amir al-Mu‟minin fi al-
Hadith Ishak bin Ibrahim al-Handhali yang lebih dikenali dengan Ibn Rahawayh. Imam
Bukhari berkata: Kami berada di samping Ishak Ibn Rahawayh, katanya: Kalaulah kamu
himpunkan satu kitab ringkasan bagi hadith sahih dari Rasulullah S.A.W.. Ia telah masuk ke
hati saya lalu saya bertindak menghimpunkan al-Jami‟ al-Sahih. Saya keluarkan al-Sahih dari
600 ribu hadith.11
Antara lainnya, Imam Al-Bukhari memuji gurunya yang masyhur iaitu Ali bin Al-
Madiini dengan berkata, “Aku tidak pernah merasa kecil di hadapan siapa pun kecuali di
hadapan Ali bin Al-Madiini.” Selain itu, antara guru-guru beliau yang masyhur lainnya adalah
Ahmad bin Hanbal (wafat 241 H); merupakan imam Ahli Sunnah wal Jama‟ah, Zakariyya
Yahya bin Ma‟in Al Baghdadi (wafat tahun 233 H); salah seorang hafizh dan imam yang
benar terutama dalam ilmu Al Jarh wa At Ta‟dil, Abu Abdillah Nu‟aim bin Hammad Al-
Marwazi (wafat tahun 228 H); seorang faqih dan menguasai ilmu Faraidh serta salah seorang
imam Ahli Sunnah yang tegas terhadap ahli bid‟ah, dan Muhammad bin Yahya Adz Dzuhli
An Naisaburi (wafat 258 H); seorang hafizh yang mulia, guru sekaligus rekan Imam Bukhari
9
Abul Husain Ali bin Abdullah Al Madini (wafat 234 H); salah seorang imam dan ulama yang paling ahli dalam
bidang hadith dan „ilal pada zamannya.
10
Beliau adalah Syihab al-Din Abu al-Fadl Ahmad bin „Ali bin Muhammad bin „Ali bin Mahmud Ibn Ahmd,
yang dikenal dengan Ibn Hajar al-Kunany Al-Asqalani. Lahir di Mesir pada tanggal 12 Sya‟ban tahun 773 H.
11
Muqaddimah Fath al-Bari, hal. 4-5.
5
7.0 Kedudukannya dalam Kalangan Ahli Hadith
Sebagai seorang insan yang luar biasa, Imam al-Bukhari sentiasa menjadi tumpuan
guru-gurunya dan insan yang tahu sama ada yang hidup pada zamannya mahupun
sesudahnya. Al-Imam Al-Hafizh Adz-Dzahabi dan Al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani telah
menyebutkan secara khusus tentang pujian dan jasa-jasa beliau dalam kitab mereka. Adz-
Dzahabi dalam kitab Tadzkiratul Haffadh dan Ibn Hajar dalam kitab Tahdzibut-Tahdzib.
Menurut riwayat Muhammad Ibn Abi Hatim, seorang jurutulis Imam al-Bukhari,
bahawa Yahya Ibn Ja‟far al-Baikundi pernah berkata: “Seandainya aku mampu menambahkan
umur Imam al-Bukhari dengan umurku, nescaya akan aku lakukan kerana kematianku
hanyalah kematian seorang insan, sedangkan kematian Imam al-Bukhari bererti lenyaplah
ilmu.”
Imam al-Bukhari sangat menonjol dalam kekuatan hafalan, beliau pernah mengatakan:
“Aku menghafal 100,000 hadith sahih dan 200,000 hadith yang tidak sahih”. Hasyid bin
Ismail dan seorang temannya yang lain bercerita bahawa Imam al-Bukhari pernah pulang
bersama mereka berdua dari menuntut ilmu hadith pada waktu itu. Beliau (al-Bukhari) masih
sangat muda dan tidak pernah mencatat pelajaran yang didapati dari sebarang majlis ilmu.
Kami sentiasa mengingatkan dan menanyakan sikapnya itu yang nampak kurang mengambil
berat akan pelajaran. Hingga suatu hari beliau berkata, “Kalian berdua terlalu sering
memprotes sikap saya ini, cuba tunjukkan dan sebutkan hadith-hadith yang telah kalian catat”.
Maka kami menunjukkan kepadanya catatan kami berdua, lalu beliau menambah 15,000
hadith yang beliau baca dari hafalannya sehingga kami pula memeriksa kebenaran catatan
kami dengan hafalan beliau..”
Beliau juga pernah berkata, “Mungkin saja sebuah hadith yang aku dengar di Basrah
nanti aku tulis di Syam dan boleh jadi sebuah hadith yang aku dengar di Syam nanti aku catat
di Mesir.” Selain itu, Abul Azhar pernah bercerita bahawa, “Pernah 400 muhaddith
berkumpul di Samarkand dan berusaha menjatuhkan Imam al-Bukhari dalam kesalahan,
mereka memasukkan (mencampurkan) sanad Syam ke sanad Iraq dan sanad Yaman ke sanad
Haram akan tetapi mereka tidak sanggup menjatuhkan Imam Bukhari walaupun sekali.”
Di samping itu, terlalu banyak sekali para ulama yang memberikan kesaksian atas
kedudukan keilmuan Imam al-Bukhari, antara mereka ada yang daripada kalangan guru-
gurunya dan teman-teman sezaman dengannya. Adapun zaman setelah meninggalnya al-
Bukhari sampai ke hari ini, kedudukan Imam al-Bukhari selalu bersemayam dalam relung hati
kaum muslimin, baik yang berkecimpung dalam masalah hadith, bahkan daripada kalangan
awam kaum muslimin sekalipun memberikan persaksian atas kehebatan beliau.
Antara tokoh ulama yang memberikan persaksian terhadap beliau adalah;
1. Abu Bakar ibnu Khuzaimah telah memberikan kesaksian terhadap Imam Bukhari
dengan mengatakan: “Di kolong langit ini tidak ada orang yang lebih mengetahui hadith
dari Muhammad bin Isma‟il.”
2. „Abdan bin „Uthman Al Marwazi berkata; “Aku tidak pernah melihat dengan kedua
mataku, seorang pemuda yang lebih mendapat bashirah dari pemuda ini.” Saat itu
telunjuknya diarahkan kepada Bukhari.
6
3. Qutaibah bin Sa‟id menuturkan; „Aku duduk bermajlis dengan para ahli fikih, orang-
orang zuhud dan ahli ibadah, tetapi aku tidak pernah melihat semenjak aku dapat
mencerna ilmu orng yang seperti Muhammad bin Isma‟il. Dia adalah susuk pada
zamannya seperti „Umar di kalangan para sahabat.”
4. Ahmad bin Hambal berkata; “Khurasan tidak pernah melahirkan orang yang seperti
Muhammad bin Isma‟il.”
5. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Numair menuturkan; “Kami tidak pernah melihat
orang yang seperti Muhammad bin Ism‟ail.”
6. Bundar berkata; “Belum ada seorang lelaki yang memasuki Basrah lebih mengetahui
terhadap hadith daripada saudara kami Abu Abdillah.”
7. Abu Hatim ar-Razi berkata: “Khurasan belum pernah melahirkan seorang putra yang
hafal hadith melebihi Muhammad bin Isma‟il, juga belum pernah ada orang yang pergi
dari kota tersebut menuju Iraq yang melebihi kealimannya.”
8. Muslim (pengarang kitab Sahih) berkata ketika Bukhari menyingkap satu kecacatan
pada hadith yang tidak diketahuinya; “Biarkan saya mencium kedua kaki anda, wahai
gurunya para guru dan pemimpin para ahli hadith, dan doktor hadith dalam masalah ilat
hadith.”
9. Al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan: “Andaikan pintu pujian dan sanjungan kepada
Bukhari masih terbuka bagi generasi sesudahnya, tentu habislah semua kertas dan nafas.
Ia bagaikan lautan tak bertepi.”
8.0 Murid-muridnya yang Masyhur
Sukar untuk ditentukan bilangan murid-murid Imam al-Bukhari. Menurut sesetengah
riwayat, ketika hayatnya, Imam al-Bukhari mempunyai murid sekitar 90,000 orang.
Sebahagian daripada mereka datang dari segenap pelusuk dunia semata-mata untuk
menghadiri majlis ilmu beliau dan mempelajari kitab Sahih al-Bukhari. Bukan sekadar
penuntut biasa tetapi termasuk juga guru-guru beliau yang hadir mendengar hadith daripada
beliau, seperti Abd Allah bin Muhammad al-Masnadi, Abd Allah bin Munir, Ishak bin Ahmad
al-Sarmadi, Muhammad bin Khalf, Ibn Qutaybah dan lain-lain lagi.
Manakala daripada kalangan rakan sebaya beliau yang hadir sebagai penghormatan
dan pengiktirafan terhadap ketokohon beliau, antaranya Imam Abu Zur‟ah al-Razi, Abu
Hatim al-Razi, Ibrahim al-Harbi, Abu Bakar bin Abi „Asim, Musa bin Harun al-Hammal,
Muhammad bin Abdullah bin Mutin, Ishak bin Ahmad bin Zayrak al-Farisi, Abu Bakr
Muhammad bin Ishak Ibn Huzaymah, al-Qasim bin Zakariyya, Muhammad bin Musa al-
Hadrami dan ramai lagi.
Maulana Siddiq Hasan Khan al-Qanuhi (1307H)12
telah meriwayatkan kata-kata
Muhammad Ibn Yusuf al-Firyabi13
(maksudnya): “Bilangan murid al-Bukhari yang menerima
hadith Sahih al-Bukhari secara langsung daripadanya ialah seramai 90,000 orang.”14
12
Beliau memiliki jaluran sanad sampai kepada al-Bukhari dan seterusnya Nabi S.A.W..
13
Beliau ialah murid kepada al-Bukhari yang memiliki naskhah terbaik Sahih Bukhari.
14
Siddiq Hasan Khan, al-Hittah Fi Zikr as-Sihah as-Sittah, (Beirut: Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, 1985), hal.
176-177.
7
Antara murid beliau yang kemudiannya muncul sebagai tokoh terbilang khususnya
dalam bidang hadith dan fiqh, antara lain Abul Husain Muslim bin Hajjaj An Naisaburi (wafat
261 H); penyusun kitab Shahih Muslim, Abu Isa Muhammad bin Isa Tirmidzi (wafat 279 H);
penyusun kitab Jami‟ atau Sunan Tirmidzi dan beliau salah seorang murid yang terdekat
dengan Imam Bukhari, Abu Abdirrahman Ahmad bin Syuaib An Nasaai (wafat 303 H);
penyusun kitab Al Mujtaba‟ atau Sunan Nasaai, Abu Muhammad Abdullah bin Abdirrahman
Ad Darimi (wafat 255 H); penyusun kitab Sunan Darimi, Abu Abdillah Muhammad bin
Nashr Al Marwazi (wafat 294 H); faqih, hafizh, imam dan penulis beberapa kitab yang
bermanfaat seperti Ta‟zhim Qadri Ash Sholah dan Qiiyam Al Lail, Abu Hatim Muhammad
bin Idris Al Hanzhali Ar Rozi (wafat 277 H); hafizh dan salah seorang ulama al-Jarh wa at-
Ta‟dil, Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah (wafat 311 H); imam kepada para
imam dan penyusun kitab Shohih Ibn Khuzaimah, Abu Ishaq Ibrahim bin Ishaq Al Harbi
(wafat 285 H);15
salah seorang tokoh ulama di zamannya yang digelari dengan Syaikhul
Islam, Muhammad bin Yusuf Al Firabri (wafat 330 H); salah seorang yang meriwayatkan
Sahih Bukhari dan riwayatnya adalah riwayat yang paling dikenali, Abu Ishaq Ibrahim bin
Ma‟qil An Nasafi (wafat 295 H); termasuk yang meriwayatkan Sahih Bukhari dengan
sanadnya di negeri Maghrib, dan ramai lagi.
9.0 Kematian
Imam al-Bukhari wafat pada malam Sabtu sesudah solat Isya‟ bertepatan dengan
malam Aidilfitri tahun 256H di Khartank.16
Beliau dimaqamkan pada Hari Aidilfitri sesudah
solat Zuhur. Beliau wafat ketika berumur 62 tahun dengan meninggalkan ilmu yang
bermanfaat kepada seluruh kaum muslimin.17
Abdul Wahid bin Adam Al-Thawawisi bercerita, “Aku melihat ketika aku bermimpi,
Nabi Muhammad S.A.W. sedang berdiri di suatu tempat dan ditemani beberapa sahabatnya,
maka aku mengucapkan salam kepada beliau lalu beliau menjawab salamku. Aku bertanya,
“Mengapa engkau berdiri di sini wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Aku menunggu
Muhammad bin Ismail”. Setelah beberapa hari kemudian dari mimpiku itu, sampai kepadaku
khabar kematian Imam Bukhari, ternyata beliau telah wafat pada waktu ketika aku bermimpi
melihat Nabi Muhammad S.A.W..”
10.0 Sumbangan dalam Ilmu Hadith
Sumbangan Imam al-Bukhari dalam hadith terlalu besar. Jika diambil karya utama
beliau al-Jami‟ sahaja tanpa memandang kepada karya-karya lain, sudah memadai untuk
menilai jasa dan sumbangan beliau dalam hadith. Karya utama beliau yang menjadi rujukan
umat sepanjang zaman. Sahih Bukhari ini mendapat tempat yang istimewa di hati umat Islam
15
Daraquthni pernah mengatakan bahwa beliau disamakan dengan Imam Ahmad dari sisi zuhud, ilmu dan
wara‟nya.
16
Khartank adalah sebuah desa di Samarkand. Lihat al-Syaikh al-Imam Syihab al-Din Abi Abdillah Yaqut bin
Abdillah Al-Hamuy al-Rawi al-Baghdady, Jld. 5, hal. 207.
17
Riwayat Ibn Ka‟thir dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah.
8
kerana ia hanya memuatkan hadith yang terpilih sahaja. Imam al-Bukhari sendiri ada
mengatakan hadith-hadithnya adalah pilihan dari lebih 600 ribu hadith dan hanya memuatkan
yang sahih sahaja.
Al-Jami‟ al-Sahih juga mendapat layanan dan sambutan yang luar biasa dari para
ulama sehingga ramai yang telah memberikan sumbangan masing-masing dalam bentuk yang
pelbagai. Ada yang memberikan ulasan, ada juga yang menulis mengenai rawi yang disebut
oleh al-Bukhari, ada yang mengulas tarajum al-Bukhari, ada juga yang meriwayatkan dengan
sanad yang lengkap bagi hadith-hadith mu‟allaq yang terdapat dalam al-Jami‟.
Selain dalam bidang penulisan, Imam al-Bukhari juga turut menyumbang dalam
bentuk pengajaran. Sudah menjadi tradisi para imam dan ulama lampau, setelah menjalani
tempoh pembelajaran melalui rihlah (merantau) ke pelbagai ceruk rantau dan berguru dengan
tokoh sezaman, mereka menyusun hadith-hadith yang telah dipelajari dan mengadakan
halaqat untuk mengajar hadith Rasulullah S.A.W. dan ilmu-ilmu lain. Tidak terkecuali bagi
Imam al-Bukhari.
Ada bukti yang menunjukkan Imam al-Bukhari terlibat dengan penyampaian hadith
semasa guru-gurunya masih hidup. Kesemuanya adalah dengan permintaan masyarakat yang
mengetahui kebolehan dan kemampuan beliau. Abu Bakar bin al-Aghar berkata: Kami
menulis dari Muhammad bin Ismail di pintu rumah Muhammad bin Yusuf al-Firyabi.18
Murid dan jurutulis beliau, Muhammad bin Abi Hatim berkata: Imam al-Muhaddithin
telah berkata kepadaku: Saya tidak duduk untuk pengajaran hadith sehingga saya tahu hadith
sahih dan daifnya, sehingga saya meneliti tulisan ahl al-ra‟yi, dan saya tidak tinggalkan hadith
di Basrah kecuali saya tulis semuanya. Tidak hairanlah apabila gurunya, Imam Ishak bin
Rahawayh berkata:
“Wahai pencinta hadith sekalian!Lihatlah anak muda ini, ambillah hadith darinya..”19
Setelah Imam al-Bukhari memulakan majlis pengajarannya dan diketahui umum,
berduyun-duyunlah pencinta hadith menghadirinya. Ke mana sahaja beliau pergi, pasti majlis
ilmu diadakan termasuk di Basrah, Baghdad, Bukhara dan lain-lain. Ia berterusan sehingga ke
hari-harinya yang terakhir di Bukhara. Tempat-tempat lain yang mendapat penghormatan
diadakan pengajaran oleh beliau ialah Hijaz, Tursus dan Balk.20
11.0 Kitab-kitab Karangan
Imam al-Bukhari telah memberi sumbangan dalam bentuk penghasilan karya yang
jumlahnya bukan sedikit.21
Beliau mula berkarya sejak dari usianya mencecah 18 tahun
18
Muqaddimah al-Fath, hal. 478.
19
Tarikh Baghdad, 2/27; Muqaddimah al-Fath, hal. 492.
20
Muqaddimah al-Qastalani, 1/28; Tabaqat al-Subki, 2/215.
21
Subhi Salih, 1981, „Ulum Al-Hadith wa Al-Mustalahuh, (Beirut: Lubnan, Dar al-„Ilm Wa al-Malayin, Cet.
12), hal. 397.
9
seperti yang disebut sendiri oleh beliau: “Apabila saya berusia 18 tahun saya menyusun kitab
qadaya al-sahabat wa al-tabi‟in.”22
Menurut Ibn Hajar, beliau telah menghasilkan 21 buah karya berdasarkan kepada
karya yang ada dalam simpanan beliau di samping maklumat yang sampai ke pengetahuan
beliau. Namun begitu, setelah diteliti, ada lagi karya yang tidak disebut oleh Ibn Hajar.
Berikut merupakan antara karya beliau:
1. Al-Jami‟ As-Sahih; yang lebih dikenal sebagai Sahih Al Bukhari, kitab ini diungkapkan
oleh para ulama sebagai kitab yang paling sahih selepas Al Qur‟an.
2. Al-Adab Al-Mufrad; kitab ini mengandungi kumpulan hadith-hadith yang mengajarkan
kepada kita akhlak dan adab-adab Rasulullah S.A.W..
3. Juz‟u Raf‟i Al-Yadain; buku ini menjelaskan tentang pensyariatan mengangkat kedua
tangan pada waktu solat selain takbiratul ihram, buku ini telah dicetak antaranya dengan
tahqiq dari Al „Allamah Abu Muhammad Badi‟uddinsyah Ar-Rasyidy As-Sanady.
4. Juz‟u Al-Qiro‟ah kholfa Al-Imam; buku kecil ini menjelaskan tentang kewajipan membaca
surah Al-Fatihah pada waktu solat termasuk bagi makmum dalam seluruh solat baik sirriyah
mahupun jahriyah.
5. At-Tarikh Al-Kabir; kitab ini mengandungi nama-nama perawi yang meriwayatkan dari
para sahabat, tabi‟in, maupun tabi‟ tabi‟in, tersusun dengan abjad hijaiyyah.
6. At-Tarikh As-Saghir; kitab ini mengandungi nama para sahabat, tabi‟in, maupun tabi‟
tabi‟in yang terkenal.
7. Khalqu Af‟aalil „Ibaad; sebuah kitab aqidah Ahlus Sunnah wal Jama‟ah yang menjelaskan
bahwa perbuatan makhluk hakikatnya adalah ciptaan Allah Azza wa Jalla. Kitab aqidah ini
menyebutkan riwayat-riwayat dengan sanad dan sudah dicetak serta tersebar di kalangan
penuntut ilmu.
12.0 Huraian Ringkas berkenaan Kitab Sahih / Sunan
Nama lengkap bagi kitab sahih Imam al-Bukhari adalah Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad
al-Mukhtasar min Hadith Rasulullah SallalLahu Alayhi Wassalam wa Sunanih wa Ayyamih.23
Apabila karya ini terkenal dan mempunyai kedudukannya yang istimewa, ia dikenali dengan
Sahih Bukhari sebagai nama ringkas. Malah Imam al-Bukhari sendiri menyebut demikian
dalam banyak keadaan.24
Abu Ali al-Ghassani berkata: Saya mendengar al-Bukhari berkata: Saya keluarkan al-
Sahih dari 600 ribu hadith.25
Seluruh hadith yang terhimpun di dalamnya adalah hadith-hadith
sahih yang telah tetap dari Rasulullah S.A.W.. Bahkan semua mu‟allaqat dalam Sahih al-
Bukhari dinyatakan sahih oleh para ulama Ahlul Hadith. Menurut kenyataan Al-Hafizh Ibn
22
Hadi al-Sari, hal. 479.
23
Muqaddimah Fath al-Bari, hal. 2.
24
Dr. Al-Husayni Abd al-Majid Hashim, Imam Bukhari Muhadithan wa Faqihan, hal. 87.
25
Muqaddimah Ibn al-Salah, hal. 5.
10
Ka‟thir26
bahawa para ulama telah sepakat menerima Sahih al-Bukhari dan menerima segala
kesahihan yang terkandung di dalamnya.
Kitab Sahih al-Bukhari disusun mengikut bab-bab fiqh dan topik-topik umum,
dimuatkan sebanyak 97 kitab (tajuk utama) dan 40 bab. Jumlah hadithnya termasuk yang
berulang sebanyak 9,082 hadith, sementara hadith tidak berulang sebanyak 2,602. Manakala,
hadith mu‟allaq pula sebanyak 1,341 yang diriwayatkan secara muttasil di tempat lain dalam
al-Jami‟ kecuali 160 hadith sahaja. Sahih al-Bukhari versi Dar al-Salam edisi 2000
menunjukkan bilangan hadithnya adalah sebanyak 7,563 hadith.
Menurut Ibn Hajar, Imam al-Bukhari mula menyusun al-Jami‟ dan memuatkan bab-
babnya di Masjid Haram, lalu dimuatkan hadith-hadithnya selepas itu di Bukhara dan tempat-
tempat lain. Landasan dari pandangan Imam Ibn Hajar di atas adalah riwayat „Umar bin
Muhammad bin al-Bujairi katanya: “Saya mendengar Muhammad bin Ismail berkata: “Saya
susun kitab saya, al-Jami‟ di Masjid Haram.”
Imam al-Bukhari tidak pernah menjelaskan syarat-syarat beliau dalam al-Jami‟ al-
Sahih. Apa yang dikatakan syarat beliau adalah rumusan yang dibuat oleh para ulama
selepasnya setelah meneliti karya beliau itu.27
Para ulama mengenalpasti yang syarat-syarat
Imam al-Bukhari ialah:
(a) Semua rawi yang meriwayatkan hadith sehingga sahabat disepakati kethiqahan
mereka. Mereka adalah seorang Muslim yang benar, tidak melakukan tadlis,
adil, dhabit yang sempurna, jernih fikirannya, sejahtera aqidahnya.
(b) Sanad yang bersambung.
(c) Meriwayatkan hadith dengan „an‟anah, sebagai tanda ia bertemu dengannya.
(d) Hadith yang diriwayatkan telah disepakati akan kesahihannya oleh para
muhaddithin sebelum dan semasa dengannya.
(e) Tiada syaz dan tiada „illah.
(f) Rawi dari thabaqat yang tinggi.28
13.0 Kesimpulan
Imam al-Bukhari merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberikan
sumbangan kepada umat Islam terutamanya dalam bidang hadith, aqidah, fiqh dan juga tafsir.
Karya-karya beliau terutamanya Sahih al-Bukhari wajar sekali dijadikan bahan pengajaran
kepada generasi kini agar mereka lebih memahami al-Sunnah dan mempraktikkannya dalam
kehidupan. Beliau seharusnya dijadikan teladan dan ikutan untuk generasi umat ini.
Semoga Allah S.W.T. merahmati beliau dan membalas jasa-jasanya serta
memasukkannya dan mengumpulkan kita semua di Syurga Firdaus-Nya. Amin.
26
Dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah.
27
Ibn Tahir al-Maqdisi, Shurut al-„Aimmah al-Khamsah, hal. 12.
28
Sirah Imam al-Bukhari, hal. 178.

More Related Content

What's hot

SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALNurul Husna
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAhmad Zaki Abdul Latiff
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"Kaminorsabir Kamin
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziNurul Farhana
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadithdr2200s
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASFarra Shahirra
 
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
 "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010] "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]Kaminorsabir Kamin
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malikAngah Rahim
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2shirahz
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Sejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika UutaraSejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika UutaraEzad Azraai Jamsari
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahikaasanii
 

What's hot (20)

SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan PerkembangannyaAkidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: Sejarah dan Perkembangannya
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar RaziTafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
Tafsir al kabir @ mafatih al ghaib oleh Imam Fakhruddin ar Razi
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
 
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
 "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010] "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2
 
sirah nabawiyyah
sirah nabawiyyahsirah nabawiyyah
sirah nabawiyyah
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Sejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika UutaraSejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika Uutara
 
Kewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullahKewafatan rasulullah
Kewafatan rasulullah
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Gerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islam
Gerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islamGerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islam
Gerakan anti hadith & kesannya kepada masyarakat islam
 

Viewers also liked

6.9.2012 Imam Bukhari & Imam Muslim
6.9.2012   Imam Bukhari & Imam Muslim6.9.2012   Imam Bukhari & Imam Muslim
6.9.2012 Imam Bukhari & Imam MuslimAngah Rahim
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011Kakram Gc
 
PENDIDIKAN ISLAM TING.2
PENDIDIKAN ISLAM TING.2PENDIDIKAN ISLAM TING.2
PENDIDIKAN ISLAM TING.2guestf2d712
 
Planta De La Falla De Fortaleny 2010
Planta De La Falla De Fortaleny 2010Planta De La Falla De Fortaleny 2010
Planta De La Falla De Fortaleny 2010Biottec
 
Izlases veidosanas sistema 2. versija
Izlases veidosanas sistema 2. versijaIzlases veidosanas sistema 2. versija
Izlases veidosanas sistema 2. versijaEdgars Bernans
 
Compilatie super !
Compilatie super !Compilatie super !
Compilatie super !Robert
 
2011 01-31 search-according_to_zr
2011 01-31 search-according_to_zr2011 01-31 search-according_to_zr
2011 01-31 search-according_to_zrzoerose
 
Buy A Dog
Buy A DogBuy A Dog
Buy A DogRobert
 
Gipsy Mikrowave
Gipsy MikrowaveGipsy Mikrowave
Gipsy MikrowaveBiottec
 
Softexpert HDM Çalışan Gelişim Yönetimi
Softexpert HDM Çalışan Gelişim YönetimiSoftexpert HDM Çalışan Gelişim Yönetimi
Softexpert HDM Çalışan Gelişim YönetimiHydron Consulting Grup
 
על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית
 על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית
על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשיריתKineo Israel
 
Rivera产品目录
Rivera产品目录Rivera产品目录
Rivera产品目录Evan Fan
 

Viewers also liked (20)

6.9.2012 Imam Bukhari & Imam Muslim
6.9.2012   Imam Bukhari & Imam Muslim6.9.2012   Imam Bukhari & Imam Muslim
6.9.2012 Imam Bukhari & Imam Muslim
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
 
PENDIDIKAN ISLAM TING.2
PENDIDIKAN ISLAM TING.2PENDIDIKAN ISLAM TING.2
PENDIDIKAN ISLAM TING.2
 
Planta De La Falla De Fortaleny 2010
Planta De La Falla De Fortaleny 2010Planta De La Falla De Fortaleny 2010
Planta De La Falla De Fortaleny 2010
 
Izlases veidosanas sistema 2. versija
Izlases veidosanas sistema 2. versijaIzlases veidosanas sistema 2. versija
Izlases veidosanas sistema 2. versija
 
Compilatie super !
Compilatie super !Compilatie super !
Compilatie super !
 
2011 01-31 search-according_to_zr
2011 01-31 search-according_to_zr2011 01-31 search-according_to_zr
2011 01-31 search-according_to_zr
 
Andres E Pp Short Web
Andres E Pp Short WebAndres E Pp Short Web
Andres E Pp Short Web
 
Buy A Dog
Buy A DogBuy A Dog
Buy A Dog
 
Bill Gates
Bill GatesBill Gates
Bill Gates
 
Látogass meg
Látogass megLátogass meg
Látogass meg
 
Boxtoppers
BoxtoppersBoxtoppers
Boxtoppers
 
Windows XP paródia
Windows XP paródiaWindows XP paródia
Windows XP paródia
 
Vw chattanooga plant part 2
Vw chattanooga plant part 2Vw chattanooga plant part 2
Vw chattanooga plant part 2
 
Gipsy Mikrowave
Gipsy MikrowaveGipsy Mikrowave
Gipsy Mikrowave
 
Introduction to IT
Introduction to ITIntroduction to IT
Introduction to IT
 
Softexpert HDM Çalışan Gelişim Yönetimi
Softexpert HDM Çalışan Gelişim YönetimiSoftexpert HDM Çalışan Gelişim Yönetimi
Softexpert HDM Çalışan Gelişim Yönetimi
 
על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית
 על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית
על עיצוב ובניית למידה רספונסיבית ורב מכשירית
 
Cuenta cts
Cuenta ctsCuenta cts
Cuenta cts
 
Rivera产品目录
Rivera产品目录Rivera产品目录
Rivera产品目录
 

Similar to Imam Bukhari Rahimahullah

Kumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari MuslimKumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari MuslimDarminto WS
 
(Imam bukhari) tugas sheila
(Imam bukhari) tugas sheila(Imam bukhari) tugas sheila
(Imam bukhari) tugas sheilaAlbiFR
 
02.pembukuan hadits
02.pembukuan hadits02.pembukuan hadits
02.pembukuan haditsufiurwati
 
Biografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiBiografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiSidqi Maulana
 
KEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptx
KEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptxKEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptx
KEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptxInezAuliana
 
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir TerkenalPara Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir TerkenalRatih Aini
 
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliBiografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliAbdul Fauzan
 
Biografi Ulama Hadist klmpk 8.pptx
Biografi Ulama Hadist klmpk 8.pptxBiografi Ulama Hadist klmpk 8.pptx
Biografi Ulama Hadist klmpk 8.pptxSaskiaKhairaFaisal
 
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdfKEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdfEtiRohaeti17
 
Ketangguhan dan Inspirasi imam bukhari
Ketangguhan dan Inspirasi imam bukhariKetangguhan dan Inspirasi imam bukhari
Ketangguhan dan Inspirasi imam bukhariPutri_arfa
 
Biografi ibn majah
Biografi ibn majahBiografi ibn majah
Biografi ibn majahWan Rubiah
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahQhaiyum Shah
 

Similar to Imam Bukhari Rahimahullah (20)

Kumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari MuslimKumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
Kumpulan Hadits Shahih Bukhari Muslim
 
(Imam bukhari) tugas sheila
(Imam bukhari) tugas sheila(Imam bukhari) tugas sheila
(Imam bukhari) tugas sheila
 
Makalah ulumul hadist
Makalah ulumul hadistMakalah ulumul hadist
Makalah ulumul hadist
 
Shohih Bukhori
Shohih BukhoriShohih Bukhori
Shohih Bukhori
 
02.pembukuan hadits
02.pembukuan hadits02.pembukuan hadits
02.pembukuan hadits
 
Makalah bersama
Makalah bersamaMakalah bersama
Makalah bersama
 
Agama Al-hadits 2
Agama Al-hadits 2Agama Al-hadits 2
Agama Al-hadits 2
 
Biografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawiBiografi imam al baghawi
Biografi imam al baghawi
 
KEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptx
KEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptxKEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptx
KEJAYAAN INTELEKTUAL ULAMA ISLAM MASA DINASTI ABBASIYAH.pptx
 
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir TerkenalPara Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
Para Mufassirun dan Kitab Tafsir Terkenal
 
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan HambaliBiografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
Biografi dan Pemikiran Imam Syafi'i dan Hambali
 
Imam Bukhari
Imam BukhariImam Bukhari
Imam Bukhari
 
Biografi Ulama Hadist klmpk 8.pptx
Biografi Ulama Hadist klmpk 8.pptxBiografi Ulama Hadist klmpk 8.pptx
Biografi Ulama Hadist klmpk 8.pptx
 
Biografi Ulama Hadist.pptx
Biografi Ulama Hadist.pptxBiografi Ulama Hadist.pptx
Biografi Ulama Hadist.pptx
 
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdfKEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
KEGIATAN BELAJAR 1 SKI.pdf
 
N ama lengkapnya adalah abul fida
N ama lengkapnya adalah abul fidaN ama lengkapnya adalah abul fida
N ama lengkapnya adalah abul fida
 
I.hadits
I.haditsI.hadits
I.hadits
 
Ketangguhan dan Inspirasi imam bukhari
Ketangguhan dan Inspirasi imam bukhariKetangguhan dan Inspirasi imam bukhari
Ketangguhan dan Inspirasi imam bukhari
 
Biografi ibn majah
Biografi ibn majahBiografi ibn majah
Biografi ibn majah
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

Imam Bukhari Rahimahullah

  • 1. 1 1.0 Pendahuluan Hadith adalah sumber utama dalam Islam bersama al-Quran. Berdasarkan kedudukan itulah setiap kalangan dalam Islam telah terpanggil untuk memberi sumbangan terhadapnya sesuai dengan keperluan semasa. Para sahabat yang merupakan penyambung antara Rasulullah S.A.W. dengan generasi setelahnya telah melakukan langkah awal dengan menghafaz dan sesetengah mereka menulis apa yang mereka dengar dari baginda. Menelusuri kehidupan seorang tokoh hadith seperti Imam al-Bukhari dari pelbagai segi adalah suatu perkara yang sangat menarik, kerana merupakan sesuatu yang bernilai ilmiah sekaligus agama. Ilmiah kerana meliputi perbahasan yang bernilai akademik sedangkan agama kerana selain pesan-pesan yang terdapat dalam perbahasan itu merupakan sebuah kebenaran, ia ditambah pula dengan susuk peribadi Imam al-Bukhari yang terkenal dengan ketakwaan dan kewara`annya. Usaha para umat Islam terutamanya Imam al-Bukhari telah memperlihatkan kesunggguhan mereka dalam menjaga keaslian dan ketulenan hadith. Ia terserlah melalui kegigihan mempelajarinya, bersungguh-sungguh dalam penghayatan, hafazan dan penulisan, seterusnya pengajaran dan peyebarannya dalam kalangan umat Islam. 2.0 Nama dan Keturunan Imam al-Bukhari atau genealoginya Abu „Abd Allah Muhammad ibn Isma‟il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ju‟fi (al-Ja‟fai) al-Bukhari adalah seorang Muhaddith yang dihormati lagi tersohor. Gelaran al-Ju‟fi pada nama penuh beliau merupakan nasab keturunan Arab di mana datuk kepada Imam al-Bukhari yang bernama al-Mughirah telah memeluk Islam di hadapan al-Yaman al-Ju‟fi. Maka, dinasabkan kepadanya al-Ju‟fi sebagai nasab kepada pemimpin. Manakala, al-Bukhari merupakan nisbah kepada tempat kelahiran beliau. Kunniyah beliau adalah Abu Abdillah. 3.0 Kelahiran dan Perkembangan Imam al-Bukhari lahir pada hari Jumaat 13 Syawal 194H bersamaan 20 Julai 810 di Bukhara.1 Imam al-Bukhari telah hilang penglihatan sejak keci lagi. Namun, berkat kesungguhan doa ibunya, penglihatannya itu telah dikembalikan oleh Allah S.W.T.. Berita tersebut sampai ke pengetahuan ibunya melalui mimpi di mana Nabi Ibrahim A.S. telah muncul lalu berkata “Berkat kesungguhan doamu, Allah SWT telah mengembalikan penglihatan anakmu.”2 Mimpi itu ternyata benar pada keesokan harinya. 1 Bukhara adalah satu kota penting Ma Wara‟a al-Nahr, Jihun. Tepatnya terletak di Uzbekistan, sekarang sudah menjadi negara tersendiri (sebelumnya sebahagian daripada Uni Sovyet alm). Lihat Ahmad Umar Hasyim, Al- Sunnah al-Nabawiyyah wa „Ulumuha, (Cairo : Maktabah Gharib, tt), hal. 147. 2 Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil. 6, hal. 6.
  • 2. 2 Ayahnya, Isma‟il bin Ibrahim, juga seorang ulama hadith yang disegani ketika hayatnya dan pernah bersama ramai ulama terkenal seperti Malik ibn Anas,3 Hammad ibn Zaid, dan Ibn al-Mubarak. Namun, ayahnya tersebut meninggal dunia ketika Bukhari masih dalam usia yang sangat muda. Bukhari mulai mempelajari hadith sejak usianya masih muda sekali, bahkan sebelum mencapai usia sepuluh tahun. Meskipun usianya masih sangat muda, dia memiliki kecerdasan dan kemampuan menghafal yang luar biasa. Muhammad ibn Abi Hatim4 menyatakan bahawa ia pernah mendengar Bukhari menceritakan bahawa ilham untuk menghafal hadith tercetus ketika beliau berusia sekitar sepuluh tahun. Menjelang usia 16 tahun, dia telah mampu menghafal sejumlah buku hasil karya ulama terkenal pada masa sebelumnya, seperti ibn al- Mubarak, Waki‟, dan lainnya. Dia tidak hanya menghafal hadith-hadith dan karya para ulama terdahulu sahaja tetapi juga mempelajari dari seluruh perawi yang terlibat dalam periwayatan setiap hadith yang dihafalnya, dari tarikh dan tempat lahir mereka sehinggalah ke tarikh dan tempat mereka meninggal dunia. 4.0 Perjalanan Menuntut Ilmu Dalam rangka memperoleh makumat yang lengkap mengenai sesebuah hadith, baik matan mahupun juga sanadnya, Imam al-Bukhari banyak melakukan lawatan atau rihlah (merantau) ke pelbagai tempat dan daerah. Imam al-Bukhari pernah berangkat ke Makkatul Mukarramah bersama-sama abang serta ibunya untuk menunaikan fardhu Haji dan kemudian menetap di sana selama dua tahun. Setelah mencapai umur 18 tahun, beliau memulakan perjalanannya ke Madinatul Munawwarah.5 Di sana, Imam al-Bukhari telah menghabiskan masa malamnya di samping makam Rasulullah S.A.W. sambil menyusun kitab “Qadhayas-Sahabah Wat-Tabi‟in” dan “Tarikhul-Kabir” di bawah sinaran cahaya bulan.6 Imam al-Bukhari mengembara jauh demi memantapkan lagi ilmunya. Beliau telah mengunjungi beberapa buah kota di Iraq dalam rangka mencari ilmu Hadith daripada tokoh- tokoh negara itu seperti Basrah, Kufah, Balkh dan lain-lain. Beliau juga pernah beberapa kali ke Syria, Mesir dan Makkatul Mukarramah. Imam al-Bukhari ialah seorang hamba Allah yang memiliki daya ingatan yang luar biasa. Ketika zaman kanak-kanak, beliau telah pun menghafal sebanyak 2,000 buah hadith. Suatu ketika semasa di Baghdad, kehadiran Imam al-Bukhari telah diketahui oleh para Ahli 3 Malik bin Anas atau Imam Malik adalah seorang ulama besar Madinah dan merupakan pengasas Mazhab Maliki. Lihat Al-Imam al-Hafizh al-Syaikh Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911), Thabaqat al-Huffazh, (Beirut: Dar al-Kutub al- „Ilmiyyah, 1994), Cet. 2, hal. 96. 4 Muhammad ibn Abi Hatim merupakan seorang jurutulis Imam a-Bukhari. Lihat Al-Imam al-Hafizh al-Syaikh Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (849-911), Thabaqat al-Huffazh, (Beirut : Dar al-Kutub al- „Ilmiyyah, 1994), Cet. 2, hal. 103. 5 Madinah adalah kota yang terletak di tanah Hijaz. Panjangnya 650 km dan lebarnya 200 km. Kota ini merupakan tujuan hijrah Rasul, sehingga sering disebut Madinah al-Rasul. Sebelumnya kota ini bernama Yathrib. 6 Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil. 6, hal. 9.
  • 3. 3 Hadith negeri itu, mereka berkumpul dan sepakat untuk menguji kehebatan beliau tentang hadith. Para ulama tersebut sengaja mengumpulkan 100 buah hadith di mana susunan, urutan dan letak matan serta sanad hadith-hadith tersebut dibolak-balikkan. Matan dari sebuah sanad diletakkan untuk sanad lain, sementara suatu sanad dari sebuah matan diletakkan untuk matan lain dan begitulah seterusnya. 100 buah hadith itu dibahagikan pula kepada sepuluh orang penguji, hingga masing-masing mendapat bahagian sebanyak sepuluh buah hadith. Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu, maka berbondong-bondonglah para ulama dari dalam dan luar Khurasan serta penduduk Baghdad menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Satu persatu hadith yang telah dibolak-balikkan matan dan sanadnya itu diperdengarkan kepada Imam al-Bukhari. Menurut riwayat Al-Hafizh Ibn Hajar Al-Asqalani, yang hebat bukanlah kemampuan Imam al-Bukhari dalam mengembalikan kedudukan hadith- hadith yang salah, sebab beliau memang telah menghafalnya, tetapi yang hebat justeru hafalnya terhadap kesalahan yang diakukan oleh para penguji tersebut secara satu persatu hanya dengan sekali dengar sahaja. 5.0 Aqidah dan Pegangan Kitab Sahih al-Bukhari adalah kitab Imam al-Bukhari yang utama. Di situlah terkandung segala fakta berkenaan pendapat dan pemikiran beliau sama ada secara implisit atau eksplisit kerana di situlah beliau mencurahkan segala inti pati ilmunya. Berkaitan hal ini, al-Bukhari berkata: “Aku karang kitab ini daripada hampir 600 ribu hadith dalam masa 16 tahun dan aku jadikan ia sebagai hujjah antara aku dengan Allah S.W.T..” Oleh yang demikian, sesiapa sahaja yang ingin mengkaji pendapat dan pemikiran al- Bukhari dalam apa jua disiplin ilmu, mestilah menganalisa judul-judul bab serta hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau dalam kitabnya itu. Hal ini kerana perkaitan antara setiap judul bab dengan hadith yang beliau riwayatkan dalam sesuatu bab menggambarkan kefahaman dan pendapat beliau terhadap sesuatu isu. Cuma, hanya sahaja segala kefahaman dan pendapat beliau itu beliau ungkapkan dalam judul-judul bab secara ringkas dan simbolik, sehingga masyhur dalam kalangan ulama suatu teori ilmu bahawa “kefahaman al-Bukhari itu terletak pada judul-judul babnya.”7 Dalam konteks pemikiran dan aqidah, pendapat dan pegangan al-Bukhari dapat dianalisa melalui judul-judul bab yang terdapat dalam sub-sub topik seperti Kitab Al-Iman, Kitab At-Tauhid dan Kitab Al-Qadr.8 Sebagai seorang pejuang sunnah, Imam al-Bukhari dilihat sangat sensitif dengan isu aqidah. Keprihatinan beliau itu jelas dilihat dari beberapa aspek seperti pemilihan guru, pengkaryaan kitab dan penjudulan sub topik aqidah. Secara umumnya, manhaj (pendekatan) al-Bukhari dalam pemikiran aqidah terbahagi kepada dua: pertama, pengajian berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah, kedua, pengajian 7 Nuruddin „Itr, Al-Imam At-Tarmizi Wa Al-Muwazanah Baina Jami‟ihi Wa As-Sahihain, (Beirut: Lubnan, Muassasah Ar-Risalah, 1988), hal. 273. 8 Dr. Johari Mat, Sumbangan Imam al-Bukhari, (Kota Bharu, Kelantan : Dian Darulnaim Sdn. Bhd., 2008), Bil. 6, hal. 71.
  • 4. 4 berdasarkan falsafah ilmu kalam. Pendekatan yang pertama itu adalah pendekatan Ahli Sunnah dari kalangan generasi Salaf manakala pendekatan kedua pula adalah pendekatan golongan ahli kalam seperti puak Muktazilah, Jahmiyyah dan sebagainya. Imam al-Bukhari tergolong dalam kelompok generasi Salaf yang sangat tegas berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah dalam perbahasan aqidah. Hakikat ketegasan ini didasarkan kepada beberapa perkara seperti keteguhan beliau berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah, penolakan logik akal yang bercanggah dengan nas, dan lain-lain. Secara kesimpulannya, kitab Sahih al-Bukhari boeh dikatakan memiliki nilai-nilai autentik yang tinggi dan laras bahasanya terselamat daripada sebarang kesilapan yang boleh mengubah makna. 6.0 Guru-gurunya yang Masyhur Imam al-Bukhari mula mendengar dan mempelajari ilmu Hadith sekitar tahun 205H setelah memanfaatkan ilmu itu daripada para ulama di tanah kelahirannya. Beliau memulakan kembara ilmunya dalam tahun 210H dan sepanjang pengembaraannya itu, beliau telah menemui seramai 1,080 orang ulama. Namun begitu, yang paling banyak beliau memanfaatkan ilmu Hadith ialah daripada Ishak Ibn Rahawayh dan Ali Ibn Madiini.9 Malah menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani,10 faktor yang menggerakkan Imam al- Bukhari menghasilkan karya utama beliau al-Jami‟ ialah gurunya Amir al-Mu‟minin fi al- Hadith Ishak bin Ibrahim al-Handhali yang lebih dikenali dengan Ibn Rahawayh. Imam Bukhari berkata: Kami berada di samping Ishak Ibn Rahawayh, katanya: Kalaulah kamu himpunkan satu kitab ringkasan bagi hadith sahih dari Rasulullah S.A.W.. Ia telah masuk ke hati saya lalu saya bertindak menghimpunkan al-Jami‟ al-Sahih. Saya keluarkan al-Sahih dari 600 ribu hadith.11 Antara lainnya, Imam Al-Bukhari memuji gurunya yang masyhur iaitu Ali bin Al- Madiini dengan berkata, “Aku tidak pernah merasa kecil di hadapan siapa pun kecuali di hadapan Ali bin Al-Madiini.” Selain itu, antara guru-guru beliau yang masyhur lainnya adalah Ahmad bin Hanbal (wafat 241 H); merupakan imam Ahli Sunnah wal Jama‟ah, Zakariyya Yahya bin Ma‟in Al Baghdadi (wafat tahun 233 H); salah seorang hafizh dan imam yang benar terutama dalam ilmu Al Jarh wa At Ta‟dil, Abu Abdillah Nu‟aim bin Hammad Al- Marwazi (wafat tahun 228 H); seorang faqih dan menguasai ilmu Faraidh serta salah seorang imam Ahli Sunnah yang tegas terhadap ahli bid‟ah, dan Muhammad bin Yahya Adz Dzuhli An Naisaburi (wafat 258 H); seorang hafizh yang mulia, guru sekaligus rekan Imam Bukhari 9 Abul Husain Ali bin Abdullah Al Madini (wafat 234 H); salah seorang imam dan ulama yang paling ahli dalam bidang hadith dan „ilal pada zamannya. 10 Beliau adalah Syihab al-Din Abu al-Fadl Ahmad bin „Ali bin Muhammad bin „Ali bin Mahmud Ibn Ahmd, yang dikenal dengan Ibn Hajar al-Kunany Al-Asqalani. Lahir di Mesir pada tanggal 12 Sya‟ban tahun 773 H. 11 Muqaddimah Fath al-Bari, hal. 4-5.
  • 5. 5 7.0 Kedudukannya dalam Kalangan Ahli Hadith Sebagai seorang insan yang luar biasa, Imam al-Bukhari sentiasa menjadi tumpuan guru-gurunya dan insan yang tahu sama ada yang hidup pada zamannya mahupun sesudahnya. Al-Imam Al-Hafizh Adz-Dzahabi dan Al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani telah menyebutkan secara khusus tentang pujian dan jasa-jasa beliau dalam kitab mereka. Adz- Dzahabi dalam kitab Tadzkiratul Haffadh dan Ibn Hajar dalam kitab Tahdzibut-Tahdzib. Menurut riwayat Muhammad Ibn Abi Hatim, seorang jurutulis Imam al-Bukhari, bahawa Yahya Ibn Ja‟far al-Baikundi pernah berkata: “Seandainya aku mampu menambahkan umur Imam al-Bukhari dengan umurku, nescaya akan aku lakukan kerana kematianku hanyalah kematian seorang insan, sedangkan kematian Imam al-Bukhari bererti lenyaplah ilmu.” Imam al-Bukhari sangat menonjol dalam kekuatan hafalan, beliau pernah mengatakan: “Aku menghafal 100,000 hadith sahih dan 200,000 hadith yang tidak sahih”. Hasyid bin Ismail dan seorang temannya yang lain bercerita bahawa Imam al-Bukhari pernah pulang bersama mereka berdua dari menuntut ilmu hadith pada waktu itu. Beliau (al-Bukhari) masih sangat muda dan tidak pernah mencatat pelajaran yang didapati dari sebarang majlis ilmu. Kami sentiasa mengingatkan dan menanyakan sikapnya itu yang nampak kurang mengambil berat akan pelajaran. Hingga suatu hari beliau berkata, “Kalian berdua terlalu sering memprotes sikap saya ini, cuba tunjukkan dan sebutkan hadith-hadith yang telah kalian catat”. Maka kami menunjukkan kepadanya catatan kami berdua, lalu beliau menambah 15,000 hadith yang beliau baca dari hafalannya sehingga kami pula memeriksa kebenaran catatan kami dengan hafalan beliau..” Beliau juga pernah berkata, “Mungkin saja sebuah hadith yang aku dengar di Basrah nanti aku tulis di Syam dan boleh jadi sebuah hadith yang aku dengar di Syam nanti aku catat di Mesir.” Selain itu, Abul Azhar pernah bercerita bahawa, “Pernah 400 muhaddith berkumpul di Samarkand dan berusaha menjatuhkan Imam al-Bukhari dalam kesalahan, mereka memasukkan (mencampurkan) sanad Syam ke sanad Iraq dan sanad Yaman ke sanad Haram akan tetapi mereka tidak sanggup menjatuhkan Imam Bukhari walaupun sekali.” Di samping itu, terlalu banyak sekali para ulama yang memberikan kesaksian atas kedudukan keilmuan Imam al-Bukhari, antara mereka ada yang daripada kalangan guru- gurunya dan teman-teman sezaman dengannya. Adapun zaman setelah meninggalnya al- Bukhari sampai ke hari ini, kedudukan Imam al-Bukhari selalu bersemayam dalam relung hati kaum muslimin, baik yang berkecimpung dalam masalah hadith, bahkan daripada kalangan awam kaum muslimin sekalipun memberikan persaksian atas kehebatan beliau. Antara tokoh ulama yang memberikan persaksian terhadap beliau adalah; 1. Abu Bakar ibnu Khuzaimah telah memberikan kesaksian terhadap Imam Bukhari dengan mengatakan: “Di kolong langit ini tidak ada orang yang lebih mengetahui hadith dari Muhammad bin Isma‟il.” 2. „Abdan bin „Uthman Al Marwazi berkata; “Aku tidak pernah melihat dengan kedua mataku, seorang pemuda yang lebih mendapat bashirah dari pemuda ini.” Saat itu telunjuknya diarahkan kepada Bukhari.
  • 6. 6 3. Qutaibah bin Sa‟id menuturkan; „Aku duduk bermajlis dengan para ahli fikih, orang- orang zuhud dan ahli ibadah, tetapi aku tidak pernah melihat semenjak aku dapat mencerna ilmu orng yang seperti Muhammad bin Isma‟il. Dia adalah susuk pada zamannya seperti „Umar di kalangan para sahabat.” 4. Ahmad bin Hambal berkata; “Khurasan tidak pernah melahirkan orang yang seperti Muhammad bin Isma‟il.” 5. Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Numair menuturkan; “Kami tidak pernah melihat orang yang seperti Muhammad bin Ism‟ail.” 6. Bundar berkata; “Belum ada seorang lelaki yang memasuki Basrah lebih mengetahui terhadap hadith daripada saudara kami Abu Abdillah.” 7. Abu Hatim ar-Razi berkata: “Khurasan belum pernah melahirkan seorang putra yang hafal hadith melebihi Muhammad bin Isma‟il, juga belum pernah ada orang yang pergi dari kota tersebut menuju Iraq yang melebihi kealimannya.” 8. Muslim (pengarang kitab Sahih) berkata ketika Bukhari menyingkap satu kecacatan pada hadith yang tidak diketahuinya; “Biarkan saya mencium kedua kaki anda, wahai gurunya para guru dan pemimpin para ahli hadith, dan doktor hadith dalam masalah ilat hadith.” 9. Al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan: “Andaikan pintu pujian dan sanjungan kepada Bukhari masih terbuka bagi generasi sesudahnya, tentu habislah semua kertas dan nafas. Ia bagaikan lautan tak bertepi.” 8.0 Murid-muridnya yang Masyhur Sukar untuk ditentukan bilangan murid-murid Imam al-Bukhari. Menurut sesetengah riwayat, ketika hayatnya, Imam al-Bukhari mempunyai murid sekitar 90,000 orang. Sebahagian daripada mereka datang dari segenap pelusuk dunia semata-mata untuk menghadiri majlis ilmu beliau dan mempelajari kitab Sahih al-Bukhari. Bukan sekadar penuntut biasa tetapi termasuk juga guru-guru beliau yang hadir mendengar hadith daripada beliau, seperti Abd Allah bin Muhammad al-Masnadi, Abd Allah bin Munir, Ishak bin Ahmad al-Sarmadi, Muhammad bin Khalf, Ibn Qutaybah dan lain-lain lagi. Manakala daripada kalangan rakan sebaya beliau yang hadir sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap ketokohon beliau, antaranya Imam Abu Zur‟ah al-Razi, Abu Hatim al-Razi, Ibrahim al-Harbi, Abu Bakar bin Abi „Asim, Musa bin Harun al-Hammal, Muhammad bin Abdullah bin Mutin, Ishak bin Ahmad bin Zayrak al-Farisi, Abu Bakr Muhammad bin Ishak Ibn Huzaymah, al-Qasim bin Zakariyya, Muhammad bin Musa al- Hadrami dan ramai lagi. Maulana Siddiq Hasan Khan al-Qanuhi (1307H)12 telah meriwayatkan kata-kata Muhammad Ibn Yusuf al-Firyabi13 (maksudnya): “Bilangan murid al-Bukhari yang menerima hadith Sahih al-Bukhari secara langsung daripadanya ialah seramai 90,000 orang.”14 12 Beliau memiliki jaluran sanad sampai kepada al-Bukhari dan seterusnya Nabi S.A.W.. 13 Beliau ialah murid kepada al-Bukhari yang memiliki naskhah terbaik Sahih Bukhari. 14 Siddiq Hasan Khan, al-Hittah Fi Zikr as-Sihah as-Sittah, (Beirut: Lubnan, Dar al-Kutub al-Ilmiah, 1985), hal. 176-177.
  • 7. 7 Antara murid beliau yang kemudiannya muncul sebagai tokoh terbilang khususnya dalam bidang hadith dan fiqh, antara lain Abul Husain Muslim bin Hajjaj An Naisaburi (wafat 261 H); penyusun kitab Shahih Muslim, Abu Isa Muhammad bin Isa Tirmidzi (wafat 279 H); penyusun kitab Jami‟ atau Sunan Tirmidzi dan beliau salah seorang murid yang terdekat dengan Imam Bukhari, Abu Abdirrahman Ahmad bin Syuaib An Nasaai (wafat 303 H); penyusun kitab Al Mujtaba‟ atau Sunan Nasaai, Abu Muhammad Abdullah bin Abdirrahman Ad Darimi (wafat 255 H); penyusun kitab Sunan Darimi, Abu Abdillah Muhammad bin Nashr Al Marwazi (wafat 294 H); faqih, hafizh, imam dan penulis beberapa kitab yang bermanfaat seperti Ta‟zhim Qadri Ash Sholah dan Qiiyam Al Lail, Abu Hatim Muhammad bin Idris Al Hanzhali Ar Rozi (wafat 277 H); hafizh dan salah seorang ulama al-Jarh wa at- Ta‟dil, Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah (wafat 311 H); imam kepada para imam dan penyusun kitab Shohih Ibn Khuzaimah, Abu Ishaq Ibrahim bin Ishaq Al Harbi (wafat 285 H);15 salah seorang tokoh ulama di zamannya yang digelari dengan Syaikhul Islam, Muhammad bin Yusuf Al Firabri (wafat 330 H); salah seorang yang meriwayatkan Sahih Bukhari dan riwayatnya adalah riwayat yang paling dikenali, Abu Ishaq Ibrahim bin Ma‟qil An Nasafi (wafat 295 H); termasuk yang meriwayatkan Sahih Bukhari dengan sanadnya di negeri Maghrib, dan ramai lagi. 9.0 Kematian Imam al-Bukhari wafat pada malam Sabtu sesudah solat Isya‟ bertepatan dengan malam Aidilfitri tahun 256H di Khartank.16 Beliau dimaqamkan pada Hari Aidilfitri sesudah solat Zuhur. Beliau wafat ketika berumur 62 tahun dengan meninggalkan ilmu yang bermanfaat kepada seluruh kaum muslimin.17 Abdul Wahid bin Adam Al-Thawawisi bercerita, “Aku melihat ketika aku bermimpi, Nabi Muhammad S.A.W. sedang berdiri di suatu tempat dan ditemani beberapa sahabatnya, maka aku mengucapkan salam kepada beliau lalu beliau menjawab salamku. Aku bertanya, “Mengapa engkau berdiri di sini wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Aku menunggu Muhammad bin Ismail”. Setelah beberapa hari kemudian dari mimpiku itu, sampai kepadaku khabar kematian Imam Bukhari, ternyata beliau telah wafat pada waktu ketika aku bermimpi melihat Nabi Muhammad S.A.W..” 10.0 Sumbangan dalam Ilmu Hadith Sumbangan Imam al-Bukhari dalam hadith terlalu besar. Jika diambil karya utama beliau al-Jami‟ sahaja tanpa memandang kepada karya-karya lain, sudah memadai untuk menilai jasa dan sumbangan beliau dalam hadith. Karya utama beliau yang menjadi rujukan umat sepanjang zaman. Sahih Bukhari ini mendapat tempat yang istimewa di hati umat Islam 15 Daraquthni pernah mengatakan bahwa beliau disamakan dengan Imam Ahmad dari sisi zuhud, ilmu dan wara‟nya. 16 Khartank adalah sebuah desa di Samarkand. Lihat al-Syaikh al-Imam Syihab al-Din Abi Abdillah Yaqut bin Abdillah Al-Hamuy al-Rawi al-Baghdady, Jld. 5, hal. 207. 17 Riwayat Ibn Ka‟thir dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah.
  • 8. 8 kerana ia hanya memuatkan hadith yang terpilih sahaja. Imam al-Bukhari sendiri ada mengatakan hadith-hadithnya adalah pilihan dari lebih 600 ribu hadith dan hanya memuatkan yang sahih sahaja. Al-Jami‟ al-Sahih juga mendapat layanan dan sambutan yang luar biasa dari para ulama sehingga ramai yang telah memberikan sumbangan masing-masing dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang memberikan ulasan, ada juga yang menulis mengenai rawi yang disebut oleh al-Bukhari, ada yang mengulas tarajum al-Bukhari, ada juga yang meriwayatkan dengan sanad yang lengkap bagi hadith-hadith mu‟allaq yang terdapat dalam al-Jami‟. Selain dalam bidang penulisan, Imam al-Bukhari juga turut menyumbang dalam bentuk pengajaran. Sudah menjadi tradisi para imam dan ulama lampau, setelah menjalani tempoh pembelajaran melalui rihlah (merantau) ke pelbagai ceruk rantau dan berguru dengan tokoh sezaman, mereka menyusun hadith-hadith yang telah dipelajari dan mengadakan halaqat untuk mengajar hadith Rasulullah S.A.W. dan ilmu-ilmu lain. Tidak terkecuali bagi Imam al-Bukhari. Ada bukti yang menunjukkan Imam al-Bukhari terlibat dengan penyampaian hadith semasa guru-gurunya masih hidup. Kesemuanya adalah dengan permintaan masyarakat yang mengetahui kebolehan dan kemampuan beliau. Abu Bakar bin al-Aghar berkata: Kami menulis dari Muhammad bin Ismail di pintu rumah Muhammad bin Yusuf al-Firyabi.18 Murid dan jurutulis beliau, Muhammad bin Abi Hatim berkata: Imam al-Muhaddithin telah berkata kepadaku: Saya tidak duduk untuk pengajaran hadith sehingga saya tahu hadith sahih dan daifnya, sehingga saya meneliti tulisan ahl al-ra‟yi, dan saya tidak tinggalkan hadith di Basrah kecuali saya tulis semuanya. Tidak hairanlah apabila gurunya, Imam Ishak bin Rahawayh berkata: “Wahai pencinta hadith sekalian!Lihatlah anak muda ini, ambillah hadith darinya..”19 Setelah Imam al-Bukhari memulakan majlis pengajarannya dan diketahui umum, berduyun-duyunlah pencinta hadith menghadirinya. Ke mana sahaja beliau pergi, pasti majlis ilmu diadakan termasuk di Basrah, Baghdad, Bukhara dan lain-lain. Ia berterusan sehingga ke hari-harinya yang terakhir di Bukhara. Tempat-tempat lain yang mendapat penghormatan diadakan pengajaran oleh beliau ialah Hijaz, Tursus dan Balk.20 11.0 Kitab-kitab Karangan Imam al-Bukhari telah memberi sumbangan dalam bentuk penghasilan karya yang jumlahnya bukan sedikit.21 Beliau mula berkarya sejak dari usianya mencecah 18 tahun 18 Muqaddimah al-Fath, hal. 478. 19 Tarikh Baghdad, 2/27; Muqaddimah al-Fath, hal. 492. 20 Muqaddimah al-Qastalani, 1/28; Tabaqat al-Subki, 2/215. 21 Subhi Salih, 1981, „Ulum Al-Hadith wa Al-Mustalahuh, (Beirut: Lubnan, Dar al-„Ilm Wa al-Malayin, Cet. 12), hal. 397.
  • 9. 9 seperti yang disebut sendiri oleh beliau: “Apabila saya berusia 18 tahun saya menyusun kitab qadaya al-sahabat wa al-tabi‟in.”22 Menurut Ibn Hajar, beliau telah menghasilkan 21 buah karya berdasarkan kepada karya yang ada dalam simpanan beliau di samping maklumat yang sampai ke pengetahuan beliau. Namun begitu, setelah diteliti, ada lagi karya yang tidak disebut oleh Ibn Hajar. Berikut merupakan antara karya beliau: 1. Al-Jami‟ As-Sahih; yang lebih dikenal sebagai Sahih Al Bukhari, kitab ini diungkapkan oleh para ulama sebagai kitab yang paling sahih selepas Al Qur‟an. 2. Al-Adab Al-Mufrad; kitab ini mengandungi kumpulan hadith-hadith yang mengajarkan kepada kita akhlak dan adab-adab Rasulullah S.A.W.. 3. Juz‟u Raf‟i Al-Yadain; buku ini menjelaskan tentang pensyariatan mengangkat kedua tangan pada waktu solat selain takbiratul ihram, buku ini telah dicetak antaranya dengan tahqiq dari Al „Allamah Abu Muhammad Badi‟uddinsyah Ar-Rasyidy As-Sanady. 4. Juz‟u Al-Qiro‟ah kholfa Al-Imam; buku kecil ini menjelaskan tentang kewajipan membaca surah Al-Fatihah pada waktu solat termasuk bagi makmum dalam seluruh solat baik sirriyah mahupun jahriyah. 5. At-Tarikh Al-Kabir; kitab ini mengandungi nama-nama perawi yang meriwayatkan dari para sahabat, tabi‟in, maupun tabi‟ tabi‟in, tersusun dengan abjad hijaiyyah. 6. At-Tarikh As-Saghir; kitab ini mengandungi nama para sahabat, tabi‟in, maupun tabi‟ tabi‟in yang terkenal. 7. Khalqu Af‟aalil „Ibaad; sebuah kitab aqidah Ahlus Sunnah wal Jama‟ah yang menjelaskan bahwa perbuatan makhluk hakikatnya adalah ciptaan Allah Azza wa Jalla. Kitab aqidah ini menyebutkan riwayat-riwayat dengan sanad dan sudah dicetak serta tersebar di kalangan penuntut ilmu. 12.0 Huraian Ringkas berkenaan Kitab Sahih / Sunan Nama lengkap bagi kitab sahih Imam al-Bukhari adalah Al-Jami’ al-Sahih al-Musnad al-Mukhtasar min Hadith Rasulullah SallalLahu Alayhi Wassalam wa Sunanih wa Ayyamih.23 Apabila karya ini terkenal dan mempunyai kedudukannya yang istimewa, ia dikenali dengan Sahih Bukhari sebagai nama ringkas. Malah Imam al-Bukhari sendiri menyebut demikian dalam banyak keadaan.24 Abu Ali al-Ghassani berkata: Saya mendengar al-Bukhari berkata: Saya keluarkan al- Sahih dari 600 ribu hadith.25 Seluruh hadith yang terhimpun di dalamnya adalah hadith-hadith sahih yang telah tetap dari Rasulullah S.A.W.. Bahkan semua mu‟allaqat dalam Sahih al- Bukhari dinyatakan sahih oleh para ulama Ahlul Hadith. Menurut kenyataan Al-Hafizh Ibn 22 Hadi al-Sari, hal. 479. 23 Muqaddimah Fath al-Bari, hal. 2. 24 Dr. Al-Husayni Abd al-Majid Hashim, Imam Bukhari Muhadithan wa Faqihan, hal. 87. 25 Muqaddimah Ibn al-Salah, hal. 5.
  • 10. 10 Ka‟thir26 bahawa para ulama telah sepakat menerima Sahih al-Bukhari dan menerima segala kesahihan yang terkandung di dalamnya. Kitab Sahih al-Bukhari disusun mengikut bab-bab fiqh dan topik-topik umum, dimuatkan sebanyak 97 kitab (tajuk utama) dan 40 bab. Jumlah hadithnya termasuk yang berulang sebanyak 9,082 hadith, sementara hadith tidak berulang sebanyak 2,602. Manakala, hadith mu‟allaq pula sebanyak 1,341 yang diriwayatkan secara muttasil di tempat lain dalam al-Jami‟ kecuali 160 hadith sahaja. Sahih al-Bukhari versi Dar al-Salam edisi 2000 menunjukkan bilangan hadithnya adalah sebanyak 7,563 hadith. Menurut Ibn Hajar, Imam al-Bukhari mula menyusun al-Jami‟ dan memuatkan bab- babnya di Masjid Haram, lalu dimuatkan hadith-hadithnya selepas itu di Bukhara dan tempat- tempat lain. Landasan dari pandangan Imam Ibn Hajar di atas adalah riwayat „Umar bin Muhammad bin al-Bujairi katanya: “Saya mendengar Muhammad bin Ismail berkata: “Saya susun kitab saya, al-Jami‟ di Masjid Haram.” Imam al-Bukhari tidak pernah menjelaskan syarat-syarat beliau dalam al-Jami‟ al- Sahih. Apa yang dikatakan syarat beliau adalah rumusan yang dibuat oleh para ulama selepasnya setelah meneliti karya beliau itu.27 Para ulama mengenalpasti yang syarat-syarat Imam al-Bukhari ialah: (a) Semua rawi yang meriwayatkan hadith sehingga sahabat disepakati kethiqahan mereka. Mereka adalah seorang Muslim yang benar, tidak melakukan tadlis, adil, dhabit yang sempurna, jernih fikirannya, sejahtera aqidahnya. (b) Sanad yang bersambung. (c) Meriwayatkan hadith dengan „an‟anah, sebagai tanda ia bertemu dengannya. (d) Hadith yang diriwayatkan telah disepakati akan kesahihannya oleh para muhaddithin sebelum dan semasa dengannya. (e) Tiada syaz dan tiada „illah. (f) Rawi dari thabaqat yang tinggi.28 13.0 Kesimpulan Imam al-Bukhari merupakan seorang tokoh ulama yang banyak memberikan sumbangan kepada umat Islam terutamanya dalam bidang hadith, aqidah, fiqh dan juga tafsir. Karya-karya beliau terutamanya Sahih al-Bukhari wajar sekali dijadikan bahan pengajaran kepada generasi kini agar mereka lebih memahami al-Sunnah dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Beliau seharusnya dijadikan teladan dan ikutan untuk generasi umat ini. Semoga Allah S.W.T. merahmati beliau dan membalas jasa-jasanya serta memasukkannya dan mengumpulkan kita semua di Syurga Firdaus-Nya. Amin. 26 Dalam kitabnya Al-Bidayah wan-Nihayah. 27 Ibn Tahir al-Maqdisi, Shurut al-„Aimmah al-Khamsah, hal. 12. 28 Sirah Imam al-Bukhari, hal. 178.