Dokumen tersebut membahasakan ciri-ciri fizikal tanah seperti warna, tekstur, dan struktur tanah serta hubungannya dengan kesuburan tanah. Warna tanah memberikan petunjuk tentang kandungan organik, pengudaraan, dan ketersediaan nitrogen dalam tanah. Tekstur dan struktur tanah mempengaruhi sifat fizikal tanah seperti pengaliran air dan gas, penyimpanan air dan hara, serta kesuburan tanah.
1. SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG
BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA”.
2. SIFAT FIZIKAL TANAH
• Tiga ciri fizikal tanah yg penting:
a. warna tanah
b. tekstur tanah
c. struktur tanah
3. a. WARNA TANAH
• Warna sesuatu tanah dpt menerangkan keadaan
fizikal tanah dan kandungannya.
• Warna tanah berbeza mengikut tempat dan lokasi.
• Warna tanah yg wujud sesuatu tanah menggambarkan
kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti
mikroorganisma dan kesuburan tanah.
4. Perkaitan antara warna dengan keadaan tanah
KEADAAN TANAH Gelap (hitam
keperangan)
Sederhana gelap
(perang kekuningan)
Pudar
(kekuningan)
Bahan organik
Hakisan
Pengudaraan
Ketersediaan
nitrogen
Kesuburan
Tinggi
Rendah
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Rendah
Tinggi
Rendah
Rendah
Rendah
5. WARNA TANAH
• Tanah yg gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai
kesuburan yg tinggi kerana tanah jenis ini mempunyai bahan organik,
udara dan ketersediaan nitrogen yg tinggi. Tanah ini sesuai utk
aktiviti pertanian kerana kurang terdedah kepada hakisan.
• Tanah yg pudar (kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg
berlawanan dgn tanah berwarna gelap. Manakala tanah berwarna
sederhana gelap (perang kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg
sederhana subur.
• Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Walau bagaimanapun,
warna ini mungkin berbeza-beza iaitu warna merah hingga
kekuningan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap saliran dan
pengudaraan berbeza dlm tanah-tanah tersebut.
6. WARNA TANAH HURAIAN
Merah - Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah
- Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik
- Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit
- Tanah ini sesuai utk tnman getah dan kelapa sawit.
Perang - Mengandungi oksida ferum yg bercampur dgn bahan organik
- Mempunyai saliran yg baik
- Tanah ini subur dan sesuai utk kebanyakan jenis tanaman.
Kelabu - Menandakan kandungan oksida ferum dlm tanah yg bekalan
oksigennya telah merosot.
- Mempunyai saliran yg kurang baik utk menakung air
- Tanah jenis ini biasanya menakung air dan kurang beroksida.
- Pengudaraan kurang baik
- Pada amnya, tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan
tanaman kecuali padi.
Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.
7. Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya.
WARNA TANAH HURAIAN
Kehitam-
hitaman
- Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan
organik yg tinggi.
- Biasanya menakung air dan mempunyai nilai pH yang
rendah.
- Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen
yang perlu dalam proses pereputan.
- Tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan tanaman kerana
tidak mampu memberi sokongan kepada akar tumbuhan yang
besar
- Tanaman yang sesuai ialah nenas dan sayur-sayuran.
Putih - Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yg dikenali sbg
koalinit.
Kuning - Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah
berpadu dgn molekul-molekul air
- Mempunyai saliran yg baik.
- Tanah ini lebih lembab berbanding dengan tanah yang
berwarna merah
8. b. Tekstur Tanah.
• Tekstur tanah ialah sifat
kasar atau halusnya
sesuatu tanah atau
peratus kandungan
kumin-kumin pasir,
kelodak dan liat.
9. Ciri pasir, kelodak dan liat
CIRI-CIRI PASIR KELODAK LIAT
Saiz kumin Paling besar Saiz lebih kecil
drpd kumin
pasir
Saiz kumin
paling halus
Bentuk kumin Bulat atau tiada
Bentuk tetap
Tiada bentuk
tetap
Kepingan nipis
Kandungan
kumin
Kebanyakannya
kuarza
(oksida silika)
Kuarza Silikat
(mengandungi
silika,aluminium
dan
magnesium)
serta unsur
unsur lain.
Bercas atau
tidak
Tidak Tidak Bercas
10. Ciri pasir, kelodak dan liat
CIRI-CIRI PASIR KELODAK LIAT
Rasa. Gerisik Licin spt tepung Berasa lekit
apabila lembab,
keras dan padat
apb kering.
Daya
penyimpanan
air
Rendah Sederhana Tinggi
Saliran Baik Sederhana Kurang baik
Penyimpanan
air dan nutrien
Kurang baik Sederhana Kurang ketelapan
air
Pengudaraan Baik Sederhana Kurang baik
11. Pengelasan Kumin Tanah
NAMA
PISAHAN
TANAH
DIAMETER KUMIN MENGIKUT SISTEM
PERSATUAN SAINS TANAH ANTARABANGSA
(SISTEM ATTERBERG)
Pasir sangat
kasar
Tiada
Pasir kasar 2.00 – 0.20mm
Pasir
sederhana
Tiada
Pasir halus 0.2 – 0.02mm
Pasir sangat
halus
Tiada
Kelodak 0.02 – 0.002mm
Liat Kurang drpd 0.002mm
12. Tekstur Tanah.
• Dpt dikesan melalui cara merasa dgn tangan atau melalui cara
makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan
mendap terlebih dahulu berbanding kumin yg halus.
• Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan
mengikut sistem pengelasan tekstur tanah.
• Cthnya: Sistem Atterberg menetapkan kumin yg mempunyai diameter
2.00 hingga 0.20mm sbg pisahan pasir kasar.
• Pisahan kelodak mempunyai ciri di antara kumin pasir dan kumin liat
dgn saiz kuminnya di antara 0.02 – 0.002mm diameternya.
• Pisahan liat merujuk kepada jenis kumin tanah yang mempunyai
ukuran diameter tertentu spt yang ditentukan oleh sistem pengelasan
tekstur tanah. Kumin liat mempunyai diameter kurang drpd 0.002mm.
13. Kelas Tekstur Tanah:
• Merujuk kepada satu kumpulan tanah yg mempunyai
sifat kasar dan halus disebabkan oleh kehadiran pasir ,
kelodak dan liat mengikut peratusan yg tertentu. Sifat ini
ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segitiga tekstur
tanah.
• Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah
ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan.
Nilai peratusan ini kemudian digunakan utk menentukan
kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk
carta segi tiga tekstur tanah.
• Kelas tekstur tanah liat ialah sifat sesuatu contoh tanah
yg bertanah liat disebabkan oleh kahadiran kumin tanah liat
yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan kumin
kelodak dan pasirnya.
14. Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:
1. Tanah yg bertekstur kasar spt tanah pasir
membenarkan air mengalir dgn mudah.
2. Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih
banyak liang utk peresapan gas. Pertukaran
gas yg baik akan membekalkan oksigen yg
mencukupi utk kegunaan organisma tanah.
3. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan
gas dan air di dalam tanah.
4. Tekstur tanah yg lebih halus spt tanah liat
membolehkan tanah menyimpan nutrien dan
melakukan proses penyerapan nutrien oleh
kumin liat.
15. Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:
i. Tekstur tanah mempengaruhi proses pemugaran.
ii. Tanah bertekstur halus mengandungi byk liat dan
menyukarkan kerja pemugaran.
iii. Tanah yg mengandungi terlalu banyak pasir atau
liat mungkin dapat diubah dgn mencampurkan
bhn organik mengikut ketersediaan bhn-bhn
organik tersebut.
16. c. Struktur tanah
• Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yg terdiri drpd
pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu.
- Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah itu
akan digabungkan mengikut bentuk tertentu berdasarkan
ke adaan kawasan itu. Susunan kumin-kumin itu
dinamakan agregat tanah dan akan wujud dalam pelbagai
bentuk.
• Tanah yg mengandungi kumin-kumin pasir spt di kawasan
pantai dianggap tanah yg tidak berstruktur. Kumin-kumin
itu tidak digabungkan kpd bentuk-bentuk tertentu.
17. 4. Struktur tanah
• Apb sesuatu tnh sentiasa mengalami tindakan air hujan,
kumin-kumin tanahnya mungkin akan dipisahkan.
- Tanah liat yang diasingkan membentuk ketulan-ketulan
besar akan menyebabkan air sukar meresap melaluinya.
- Struktur tanah bertekstur halus dapt dibaiki agar lebih
sesuai utk tanaman. Tanah yg bertekstur halus lebih
tinggi kandungan tanah liat menyebabkan saliran dan
pengudaraan kurang baik. Kumin tanah boleh
digabungkan dengan menggunakan bahan organik supaya
ciri fizikal dpt diperbaiki.
- Butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan
tanaman kerana berciri rongga.
18. Kepentingan Struktur Tanah kepada Tanaman
a. Struktur tanah yg baik mengandungi rongga antara agregat yg
membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini
menghalang air drpd bertakung. Oleh itu akar tanaman mendapat
oksigen yg mencukupi.
b. Struktur yg baik menambahkan daya tahan tanah drpd kerosakan
fizikal disebabkan oleh hakisan oleh timpaan hujan yg kuat. Kumin
yg terpisah mudah ditiup angin atau dilarikan air. Manakala kumin
yg bergabung menjadi binaan lebih besar sikar dipindahkan oleh
agen hakisan.
a. Struktur yg baik juga dpt mengurangkan kesan ketoksikan gas
karbon dioksida dlm tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke uadar
apabila tanah mempunyai struktur yg baik.
19. Ciri tanah dengan struktur yang baik:
Agregat
tanah
(gabungan
kumin-
kumin
tanah)
Filem air
mengisi
liang halus
dalam
agregat
Ruang besar
antara
agregat yang
membenarkan
resapan gas
dan
pengaliran air.
20. Kepentingan Struktur Tanah kepada Tanaman
1. Struktur tanah dpt dibaiki dgn mencampurkan tanah
dgn bahan-bahan organik.
2. Semasa proses pereputan berlaku, pelbagai jenis bahan
akan dihasilkan termasuklah bahan-bahan yg bertindak
sebagai pelekat yang akan menyatukan kumin-kumin
tanah kpd susunan tertentu sehingga membentuk
struktur butir rapuh yg baik.
24. SIFAT KIMIA TANAH
pH TANAH
• Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami
larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat.
• Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan
sepuluh kali ganda atas kepekatan ion Hidrogen (H+
).
• pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan
ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+
).
• pH tanah dapat ditentukan dengan :
1. Kaedah Kuhn
2. Meter pH
25. Mengapa pH Tanah Perlu
Diukur?
• Untuk menentukan keasidan
dan kealkalian tanah.
• Ini dapat menentukan
kesesuaian tanah untuk
tanaman.
38. Isi tabung uji dengan
2.5 g Barium Sulfat
Tambahkan 2.5 g
sampel tanah
Tuang air suling
sehingga memenuhi
¾ tabung uji
Ulang guna dua
sampel tanah yang lain
Biar beberapa minit.
Perhatikan warna larutan dan
padankan dengan
Carta warna pH
Sumbat tabung
Uji dengan penyumbat
getah. Goncang larutan.
Tambah 2-3 titis
Larutan penunjuk
Universal ke dalam
tabung uji
49. Lakukan tentu ukuran
meter pH menggunakan
larutan tampan yang
diketahui pHnya
Masukkan 10g sampel
tanah dalam air suling.
Tambah 10ml air suling
ke dalam bikar.
Biarkan 20 minit
Cuci hujung elektrod
dengan air suling
Catatkan bacaan
meter pH
Kacau campuran
dan masukkan
elektrod meter pH
ke dalam
campuran tanah
Ulang eksperimen
menggunakan dua
sampel lain
52. KEASIDAN TANAH
• Tanah gambut atau mineral memberi sifat
kemasaman.
• Semakin tinggi kadar ion H+
di dalam tanah,
semakin masam tanah tersebut.
• Tanah yang masam mempunyai kandungan
jumlah ion H+
lebih tinggi daripada OH-
53. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN
KEASIDAN TANAH
1. Kandungan Bahan Induk
2. Larutresapan
3. Penggunaan bahan kimia
4. Pereputan bahan organik
5. Penambahan asid karbonik dan asid
nitrik
6. Respirasi akar dan organisma tanah
54. 1. Kandungan Bahan
Induk
• Banyak tanah di Malaysia berasal
daripada Granit.
• Batu granit (kuardza, feldspar dan mika)
mengandungi Aluminium.
• Aluminium mengalami hidrolisis lalu
mengeluarkan ion H+ yang dapat
menurunkan pH tanah.
55.
56. 2. Larutresapan
• Pengeluaran bahan kation berbes
seperti Mg2+
, K+
dan Ca2+
melalui
larutresapan menyebabkan penurunan
pH tanah
• Kation yang berbes ini akan digantikan
oleh ion H+
57. 3. Penggunaan baja kimia
• Apabila ammonium sulfat
dicampurkan dengan tanah, ion
ammonium NH+
akan dioksidakan
kepada ion nitrat NO3 dan H+
melalui
proses nitrifikasi
• Ion H+
akan menurunkan pH.
58. 4. Pereputan bahan
organik
Apabila bahan organik mereput,Apabila bahan organik mereput,
pelbagai jenis asid organik yangpelbagai jenis asid organik yang
akan merendahkan pH tanahakan merendahkan pH tanah
dihasilkan.dihasilkan.
59. Karbon dioksida bertindakbalas dengan airKarbon dioksida bertindakbalas dengan air
di atmosfera lalu membentukdi atmosfera lalu membentuk
asid karbonik.asid karbonik.
5. Penambahan asid karbonik dan asid
nitrik
Karbon dioksida + air Asid karbonik
60. • Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen danTindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dan
oksigen di atmosfera dan menghasilkan gas nitrogenoksigen di atmosfera dan menghasilkan gas nitrogen
dioksida dan nitrogen oksida.dioksida dan nitrogen oksida.
• Gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida iniGas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida ini
bertindakbalas dengan air dan menghasilkan asidbertindakbalas dengan air dan menghasilkan asid
nitriknitrik
Gas nitrogen dioksida + air Asid nitrik
Gas nitrogen oksida + air Asid nitrik
Gas nitrogen
oksigen Gas nitrogen oksida
Gas nitrogen dioksida
61. • Respirasi akar dan
organisma
tanah akan menghasilkan
karbon dioksida.
• Gas karbon dioksida
akan bertindakbalas dengan
air lalu menghasilkan
asid karbonik.
6. Respirasi akar
dan organisma
tanah
62. KESAN pH TANAH KEPADA
TANAMAN
KETERSEDIAAN NUTRIEN
Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien.
Nutrien lebih mudah larut dlm larutan tanah pada pH
tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar
tumbuhan.
Nilai pH yg terlalu rendah akan menyebabkan
pembebasan ion ferum dan ion aluminium. Pada nilai
pH yang tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium
akan dibebaskan.
Keempat-empat ion tersebut bertindakbalas dgn fosfat
lalu membentuk sebatian fosfat yg tidak larut. Keadaan
ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dlm tanah apabila
pH terlalu rendah atau terlalu tinggi.
63. AKTIVITI MIKROB
• Kebanyakan mikroorganisma yg
bermanfaat kpd tumbuhan hidup dalam
julat pH 5.5 hingga 7.8.
• Mikroorganisma yg menjalankan proses
penitratan akan terjejas apabila pH tanah
di bawah 5.5 .
• pH tanah yg rendah juga akan
merencatkan aktivti cacing tanah.
64. PENYAKIT TUMBUHAN
• Patogen merupakan penyebab penyakit.
• pH tanah yg rendah akan menyebabkan:
i. patogen spt kulat mudah merebak.
ii. Tumbuhan sukar memperolehi nutrien yg
diperlukan.
iii. Pertumbuhan akan terjejas apabila pH
tanah terlalu tinggi atau rendah.
65. Gejala akibat kekurangan nutrien pada
tanaman:
Kekurangan boron
Kekurangan nitrogen
Kekurangan ferum
78. UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN
TUMBUHAN
• Sesuatu unsur dianggap perlu jika:
i. Tumbuhan tidak dpt membesar dgn
sempurna tanpa unsur tersebut.
ii. Tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan
tidak dapat diganti oleh unsur nutrien lain.
iii. Unsur nutrien tersebut bertindak secara
langsung dlm tumbuhan, unsur ini tidak
mempengaruhi penyerapan unsur lain.
iv. Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur
nutrien tambahan, unsur tersebut akan
memperbaiki keadaan kekurangan yg berlaku.
79. UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN
TUMBUHAN
• Nutrien – nutrien yg diperlukan oleh tumbuh-
tumbuhan dapat dibahagikan kepada
makronutrien dan mikronutrien.
– Makro nutrien diperlukan dalam kuantiti yg
banyak, sementara mikronutrien diperlukan
dalam kuantiti yg sedikit sahaja.
80. UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN
TUMBUHAN
• Terdapat 9 unsur makronutrien yg perlu:
Oksigen, karbon, hidrogen, nitrogen, kalium,
fosforus, sulfur, kalsium dan magnesium. Unsur
karbon, hidrogen dan oksigen dpt
diperolehi drpd air dan karbon
dioksida melalui fotosintesis.
• Mikronutrien yg diperlukan termasuklah ferum,
boron, mangan, zink, kuprum, molibdenum dan
klorin.
81. Peranan nitrogen, fosforus dan kalium
dalam tumbuhan
UNSUR
UTAMA
NUTRIEN
PERANAN
DALAM TUMBUHAN
GEJALA
KEKURANGAN
Nitrogen Komponen protein utama
diperlukan utk menghasilkan
klorofil. Kehadiran nitrogen
mempercepat proses tumbesaran
tumbuhan dan melebihkan hasil
daun.
Klorosis (kekuningan)
semua bahagian
tumbuhan, bermula
pada daun tua dahulu.
Fosforus Kehadiran unsur ini
mempercepatkan pengeluaran
akar, bunga dan buah,
mempercepatkan kematangan
pokok dan menguatkan tangkai
buah-buahan, Fosforus
berperanan penting dlm
penghasilan tenaga dan
diperlukan di peringkat awal
pembesaran tumbuhan.
Daun berwarna hijau
tua pada amnya dgn
kehadiran warna
kemerahan atau ungu
pada daun atau petiol
pada sesetengah
tumbuhan.
82. Peranan nitrogen, fosforus dan kalium
dalam tumbuhan
UNSUR
UTAMA
NUTRIEN
PERANAN
DALAM TUMBUHAN
GEJALA
KEKURANGAN
Kalium Menolong mempercepatkan pengeluaran
bunga dan buah serta tumbesaran tisu
meristem. Turut menambah kekuatan
pokok serta keupayaan menahan
penyakit. Unsur ini diperlukan utk
metabolisme kanji, protein dan
pengaktifan enzim.
Daun tua mengandungi
tanda nekrosis (tisu mati)
dengan tepi daun kelihatan
spt terbakar, daun muda
mungkin menunjukkan
klorosis antara urat daun.
83. AMALAN UTK MEMBAIKI KEADAAN
TANAH
• Kesuburan tanah merujuk kepada
keupayaan tanah utk menampung
pengeluaran hasil tanaman yg memuaskan.
• Kesuburan tanah perlu dijaga supaya
pengeluaran tanah dpt dipulihara.
84. TANAH YANG BERMASALAH DI
MALAYSIA:
i. Tanah asid sulfat
– Merupakan sejenis tanah yg mengandungi
tanah liat dengan pH kurang drpd 3.5.
– Kandungan aluminium dan ferum yg tinggi
menyebabkan tanah ini kurang subur.
– Tanaman yg ditanam di tanah ini biasanya
mengalami ketoksikan aluminium , ferum dan
mangan.
88. pH < 3.5 + Jarosit
KFe3(SO4)2(OH)6
Berwarna kuning
pudar/pucat 2.5Y 8/3
Bahan sulfidik
Atau Horizon C/
lempung laut
89. Tanah yang bermasalah di Malaysia:
ii.Tanah gambut
– Mempunyai kandungan bahan organik yg
tinggi serta saliran yg kurang baik.
– Tanah ini tidak memberi sokongan kepada
akar pokok besar.
– Oleh itu tanah ini tidak sesuai utk tanaman spt
pokok getah.
– Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa
mikronutrien spt kumprum, mangan , zink,
ferum , molibdenum dan boron.
93. TANAH YANG BERMASALAH DI
MALAYSIA:
iii. Tanah bris
– Mempunyai kandungan pasir yg tinggi dan
tidak berstruktur.
– Tanah ini mempunyai lapisan keras yg
menghalang penembusan akar dan kurang
daya penyimpanan air.
– Kekurangan air pada musim panas dan pHnya
adalah sekitar 4.3 hingga 5.8.
96. TANAH YANG BERMASALAH DI
MALAYSIA:
iv. Tanah bekas lombong
– Mengandungi 80% pasir dan tidak
berstruktur.
– Sem. M’sia dianggarkan mempunyai hampir
200 000 hektar tanah lombong kesan drpd
aktiviti perlombongan bijihtimah.
– Tanah bekas lombong terdiri drpd mineral
kuarza dan tidak mengandungi air yg banyak
kerana peratus ruang rongga yg tinggi.
98. TANAH YANG BERMASALAH DI
MALAYSIA:
v. Tanah lempung
– Tanah lempung ialah tanah yg mengandungi
kandungan liat yg tinggi.
– Kandungan liat yg tinggi menyebabkan tanah
itu menjadi lekit apabila basah dan keras
apabila kering.
– Jenis tanah ini mempunyai saliran yg kurang
baik kerana mempunyai kadar peresapan air
yg rendah.
– Tanah ini juga sukar digemburkan.
100. CARA MEMBAIKI KEADAAN TANAH
a. Pembajaan
• Baja dapat dikelaskan kepada baja kimia
dan baja organik.
• Baja kimia terdiri drpd bahan kimia yg
membekalkan satu nutrien utama atau
lebih.
• Baja organik mengandungi nutrien utama
tetapi dlm kuantiti yg lbh rendah drpd baja
kimia.
101. Jenis-jenis dan ciri baja:
JENIS BAJA CIRI-CIRI
Baja lurus / tunggal Membekalkan satu nutrien utama, manakala
baja
campuran dan baja sebatian dpt membekalkan
lebih drpd satu nutrien utama.
Baja campuran Terdiri drpd bahan baja yg dicampursecara fizik
tetapi tidak disebatikan. Baja ini biasanya
mengandungi kandungan nutrien yg rendah.
Baja sebatian Mengandungi nutrien yg telah disebatikan secara
kimia. Kandungan nutriennya disediakan dlm
pelbagai nisbah.
Baja lengkap Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yg
diperlukan iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium.
Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal
tumbuhan semulajadi juga terdapat dalam baja
jenis ini.
103. PEMBAJAAN
• Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yg
terdapat dlm baja.
• Gred baja ditunjukkan berdasarkan
peratus nitrogen, peratus fosforus
pentoksida dan peratus kalium yg larut
dlm air.
• Baja fosfat diletakkan ditepi bijibenih utk
menggalakkan pertumbuhan akar pada
waktu bijibenih baru disemai. Selepas
anak benih membesar, baja nitrogen
diberikan utk menggalakkan pembentukan
anak pokok yg baik.
104. BAJA LURUS (TUNGGAL) YG
MEMBEKALKAN NUTRIEN UTAMA
NITROGEN FOSFORUS KALIUM
Urea
Ammonium
sulfat
Kalsium
Nitrat
Kalium
nitrat
Ammonium
nitrat
Natrium
nitrat
46% N
20% N
15% N
15% N
35% N
16% N
CIRP
Superfosfat
tunggal
Superfosfat
ganda dua
Superfosfat
ganda tiga
35% P2O5
16 -22% P2O5
25 – 30%
P2O5
44 – 52%
P2O5
Muriate
potasy
Kalium
sulfat
Kalium
nitrat
60 -63%
K2O
50 – 53%
K2O
44%
K2O
105. Kuantiti nutrien baja organik tinja
haiwan berdasarkan bahan kering
Jenis Tinja Haiwan %N %P %K
Bebiri
Lembu
Khinzir
Kuda
Ayam
2.0
0.7
1.0
0.7
1.6
0.5
0.2
0.3
0.15
0.6
2.3
0.5
0.7
0.4
1.6
106. Contoh baja organik:
a. Buangan kelapa sawit
b. Hampas kacang tanah
c. Tahi lembu
d. Tahi kelawar (Guano)
e. Hampas udang
f. Darah kering
109. Pembajaan
• Kelemahan baja kimia ialah melalui larian baja
nitrogen ke dalam sumber air. Bekalan yg berlebihan
akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga
dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa
tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen.
Ini disebabkan baja nitrogen mudah larut dlm air
dan dibawa ke dalam tanah.
• Baja organik dibuat drpd sisa tumbuhan atau haiwan
yg telah reput spt tinja haiwan, kompos dan sisa
pertanian.
• Mengandungi banyak unsur karbon dan sedikit
sahaja nutrien tumbuhan. Selain drpd membekalkan
nutrien, baja ini juga dpt membaiki keadaan fizik
tanah. Kuantiti nutrien yg dibekalkan oleh baja
organik adalah lebih rendah berbanding dgn baja
kimia.
110. PEMBEKALAN BAJA KEPADA
TANAMAN:
- melalui beberapa cara:
1. Taburan
– Ditabur secara sekata di atas permukaan tanah.
Dilakukan ke atas bahan pepejal iaitu granul atau
butiran halus
– Bahan baja yg biasa digunakan ialah CIRP.
– Dibiarkan begitu saja atau digaulkan bersama tanah.
– Biasanya dilakukan selepas menyemai bijibenih.
– Blh juga diletakkan padasekeliling pangkal pokok
selepas berumur 3 – 4 minggu.
– Cara pembajaan ini juga dikenali sbg pembajaan
permukaan dan melibatkan penggunaan baja nutrien.
111. Pokok Bunga
Dedap >
Pembajaan dengan
kaedah suntikan
pada batang
Ladang Bunga Rose dalam Rumah
Kalis Hujan dan SeranggaBunga Rose > Semburan Pada Daun
Buah Kelapa SawitKelapa Sawit > Tabur TerusKoko > Tabur Terus atau suntikan
Tomato > Memasukkan baja pada
lubang atau membaja diperparitan
Tanaman PadiSawah Padi – Tabur Terus
JENIS TANAMAN DAN KAEDAH
PEMBAJAAN
113. PEMBEKALAN BAJA KEPADA
TANAMAN:
2. Alur
– Baja diletakkan dalam alur pada jarak 4cm
sebelah kiri dan kanan bijibenih dan kira-kira
5cm di bawah bijibenih.
– Sesuai digunakan utk tanaman yg mudah
rosak apabila tersentuh bahan baja spt
tomato.
– Blh juga diletakkan dlm jalur 4 – 5 cm dlm
sisi barisan pokok. Pembajaan ini biasa
dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 –
8 minggu.
115. PEMBEKALAN BAJA KEPADA
TANAMAN:
3. Poket
– Dilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yg
ditanam secara tunggal.
– Lubang-lubang poket digali sedalam 10 – 15cm
dihujung kanopi kerana bahagian ini merupakan zon
akar yg aktif.
– Baja diletakkan dlm lubang-lubang poket dan
ditutup semula.
4. Semburan daun
– Larutan cecair baja blh disembur utk merawat
kekurangan nutrien tertentu khasnya mikronutrien.
– Larutan baja dicampur dgn racun perosak utk
disembur.
– Menjimatkan tenaga dan masa.
117. Rumah Lindungan Hujan dan Kalis
Serangga
Kaedah pembajaan yang digunakan: Semburan pada daun
tanaman
118. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MENGGUNAKAN
BAJA KIMIA
KEBAIKAN KELEMAHAN
1. baja kimia disediakan dlm
btk granul yg mudah digaul
dgn tanah
2. dapat dibekalkan kpd
tumbuhan melalui semburan
daun
3. membekalkan nutrien
tunggal atau lebih drpd satu
nutrien.
4. disediakan dlm kandungan
nutrien yg tinggi utk
menjimatkan ruang
penyimpanan serta kos
pengangkutan.
1. Baja kimia yg diletakkan
terlalu dekat dgn bijibenih
akan merosakkan bijibenih.
2. Baja kimia yg berlebihan
menyebabkan kerosakan
secara langsung kpd
tumbuhan
3. Baja jenis nitrat ataupun
ammonium sulfat
meninggalkan kesan ke
asidan kepada tanah.
4. baja kimia berlebihan akan
mencemarkan bekalan air
bawah tanah.
119. PENGAPURAN
• Bahan kapur ialah bahan yg mengandungi
kalsium (Ca).
• Terdapat juga kapur yg mengandungi
bahan tambahan spt magnesium (Mg).
• Keberkesanannya ditentukan oleh
kehalusan bahan kapur dan kandungan
bahan kimianya.
120. Tujuan pengapuran ialah:
1. Mengurangkan keasidan tanah
2. Membekalkan nutrien tumbuhan
- kalsium dan magnesium
3. Membaiki agregat tanah
- meneutralkan cas-cas negatif pd kumin-kumin
tnh dan menggalakkan kumin-kumin tanah
bercantum.
- Selepas penggumpalan berlaku, kumin-kumin
tanah dilekatkan oleh pelekat yg dihasilkan oleh
pereputan bahan organik.
- Melalui proses ini lebih byk agregat tnh
terbentuk.
- Proses membina agregat tanah dinamakan
proses pengagregatan tanah.
121. Faktor yg perlu dipertimbangkan
sebelum pengapuran:
1. Jenis tanaman
– Getah dan kelapa sawit dpt tumbuh di atas tanah
berasid
– Nenas juga toleren hingga pH 3.5 dan tidak
memerlukan bahan kapur yg banyak.
– Koko tidak sesuai dgn kawasan berasud, oleh itu
perlukan pengapuran utk mengawal keasidan tanah.
2. Jenis bahan kapur
– Kapur dolomit ( kalsium dan magnesium)
– Kapur tohor ( kandungan kalsium tinggi ttp sukar
digunakan)
122. Faktor yg perlu dipertimbangkan
sebelum pengapuran:
3. Jenis tanah
– Tanah jenis asid sulfat dan tnh gambut blh
dirawat dgn bahan kapur.
– Pengapuran berlebihan akan mengakibatkan
ketoksikan mikronutrien.
4. Kandungan bahan organik
– Bahan organik dpt menyerap kation spt
hidrogen. Ion-ion Hidrogen yg terjerat itu
akan menentang tindakan kapur utk
mengubah pHnya.
123. Pemugaran
• Adalah proses memecah dan melonggarkan
ke adaan tanah yg padat.
• Merangkumi kerja menggembur dan
menghapuskan rumpai.
• Sebelum menanam, beberapa operasi
persediaan tanah biasanya dijalankan.
• Operasi ini dibahagikan kpd:
i. Pemugaran primer
ii. Pemugaran sekunder.
124. Tujuan pemugaran primer
• Menyediakan permukaan tanah yg sesuai
utk dikerjakan oleh alat pemugaran
sekunder.
• Memotong dan membalikkan tanah
• Memecah dan melonggarkan lapisan
tanah keras
125. Tujuan pemugaran sekunder
1. Menghasilkan keadaan tanah yg cukup halus utk
menanam atau menyemai
2. Menyediakan batas tanaman
3. Memusnahkan atau mengawal perosak
4. Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan
5. Memusnahkan rumpai
6. Mencampurkan baja dan kimia pengawal perosak.
***Pemugaran yg kerap tidak digalakkan
kerana akan merosakkan struktur tanah.
Bahan organik yg terdedah akan cepat
diuraikan. Kumin tanah lebih cepat
dilarikan oleh air hujan.
126. PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN
HAKISAN
JENIS HAKISAN CIRINYA
Hakisan
Permukaan
Hakisan peringkat awal, pd prkt ini satu lapisan
nipis permukaan tanah akan hilang.
Hakisan alur Hakisan pada peringkat kedua. Kerosakan
jenis ini masih blh dipulihkan.
Hakisan Lurah Hakisan jenis alur dibiarkan tanpa dikawal
maka hakisan lurah akan terhasil. Kerosakan ini
amat sukar dipulihkan.
135. Prinsip pencegahan dan pengawalan
hakisan tanah adalah:
1. Melindungi permukaan tanah
2. mengelakkan pengaliran air drpd
melalui saluran sempit
3. Mengurangkan kelajuan larian air
136. Kaedah untuk mencegah hakisan
tanah:
1. Menanam penutup bumi
- Jenis tumbuhan kekacang:
Centrosema pubescens
Calopogonium mucunoides
- tugasnya ialah menutup permukaan tnh
dgn sempurna.
- kekacang blh mengikat nitrogen dan
akan meningkat kesuburan tanah jika
sisa tumbuhan digaulkan dgn tanah.
139. Kaedah untuk mencegah hakisan
tanah:
2. Membuat teres
• Bertujuan utk mengelakkan air hujan
drpd mengalir terus menerusi lereng-
lereng bukit.
• Memperlahankan larian air.
140. Kaedah untuk mencegah hakisan
tanah:
3. Menanam mengikut kontur
– Kawasan-kawasan yg curam yg ditanam
dengan tanaman getah dan kelapa sawit
– Dengan menggunakan penanaman
mengikut kontur akan dpt mengelakkan air
hujan drpd mengalir menuruni sepanjang
lereng bukit.
4. Membuat sungkupan
141. Kaedah untuk mencegah hakisan tanah:
5. Menanam secara jalur
– Pokok ditanam mengikut jalur yg
merentasi lereng bukit atau kawasan
curam.
– Tujuannya ialah utk mengelakkan air
drpd mengalir terus di sepanjang
kawasan curam.
– Mengelakkan tanah dibawa lari oleh air.
6. Membina sistem perparitan
– Sistem saliran yg terdiri drpd parit-parit
blh memindahkan air yg berlebihan dr
permukaan tanah.
142. “Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.”