O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×

minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc

Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Carregando em…3
×

Confira estes a seguir

1 de 9 Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Diapositivos para si (20)

Semelhante a minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc (20)

Anúncio

Mais recentes (20)

Anúncio

minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc

  1. 1. 1 PK07- LAMPIRAN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN SLIM RIVER MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA BIL 1/2022
  2. 2. 2 Tarikh: 5 April 2022 (Selasa) Masa: 12.50 tengah hari Tempat: Bilik Gerakan SKSR Pengerusi: En. Lokman bin Samian Hadir : 1. En. Rosman bin Ishak 2. Pn. Noor a/p Dollah 3. Pn. Shirley a/p George Wijemana 4. Pn. Halipah bt. Mat Isa 5. Pn. Izyani bt. Abdul Malek 6. En. Mohd. Akramunnazilin bin Mohd. Akil 7. Pn. Nur Atiqhah bt. Ahmad 8. Cik Farah Hazwani binti Ghazali 9. Mohd Khairul Zaman bin Miswan 10.En. Aliff Izdhar bin Almin @ Amin 11.Pn. Aliza Irani binti Mohd Ali 12.En. Azian bin Adnan Hadir Bersama 1. En. Lokman bin Samian (Penolong Kanan Pentadbiran) Tidak Hadir: 1.En. Abdullah bin Osman (bersebab) 2.En. Mohd Syamim Waqiyuddin bin Ramli (bersebab) 3.En. Gunalan a/l Mahendran (bersebab) 4. Pn. Roslina bt. Othman ( bersebab) 5.En. Mohd. Fazlie bin Mohd. Fauzi (bersebab) 6. Pn. Kaladevi a/p Periayah (bersebab) 7. Pn. Shamsidar bt. Sahab (bersebab) Setiausaha mesyuarat: En. Mohd Khairul Zaman bin Miswan AGENDA: 1. Ucapan pengerusi 2. Perutusan Guru Besar 3. Membentang dan mengesahkan minit yang lalu ( Tidak perlu) 4. Perkara berbangkit ( Tidak perlu) 5. Pelantikan AJK Panitia 6. Catch Up Plan 1,2,3 ( Analisa CUP 1,2 dan perjalanan CUP 3 ) 7. PBD ( Analisa akhir tahun ,persediaan PBD 2022- rekod transit dll) dan Penjaminan Kualiti 8. Pemulihan Khas (BM dan Matematik)
  3. 3. 3 9. Sasaran Panitia 2022( Target yang ingin dicapai contoh - peningktan tp ) 10. Perancangan Strategik 11. DSKP 12. FRM dan RPH 13 Program Peningkatan Panitia 14. Pengurusan Kewangan Panitia dan Belanja Mengurus 15. PLC ( Program yang akan dilaksanakan 1 sahaja) 16. Dasar Panitia 17. Hal- hal lain 18. Ucapan penangguhan 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1. Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dan ucapan alu-aluan. terima kasih juga kepada Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan guru bahasa atas kesudian meluangkan masa untuk mesyuarat panitia bahasa 1/2022. Tindakan: Makluman 2.0. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 2.1. Penolong Kanan Pentadbiran En. Lokman bin Samian mengucapkan salam dan terima kasih atas kesudian guru bahasa yang hadir pada mesyuarat pada kali 1/2022 2.2. Guru besar tidak dapat hadir kerana kekangan masa. 2.3. Beliau menegaskan bahasa CUP 3 dijalankan sehingga 4 minggu dan program Transisi tahun 1 dilaksanakan juga selama 4 minggu sehingga 15/4/2022. 2.4. Beliau juga mengingatkan agar menitik beratkan PdpC abad ke 21 (PAK) dan melaksanakan kriteria abad ke 21 dalam kelas seperti parking lot dan sebagainya. 2.5 Selain itu, beliau berharap panitia dapat merancang belanjawan mengurus dengan terancang dan digunakan sebaik mungkin. 2.6. Panitia ditekankan menjalankan PLC sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Dan boleh rujuk buku panduan PLC. 2.8. Perancangan dan dasar berdasarkan data Tindakan: Makluman 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1. Tiada Tindakan: Makluman 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1. Tiada
  4. 4. 4 Tindakan: Makluman 5.0 PELANTIKAN AJK PANITIA 5.1. Pelantikan AhliJawatankuasa panitia bahasa telah dipersetujui seperti dalam lampiran. Tindakan: Makluman 6. Catch Up Plan 1,2,3 ( Analisa CUP 1,2 dan perjalanan CUP 3 ) 6.1. CUP berjalan selama 4 minggu iaitu dari minggu pertama hingga minggu keempat.Hanya melibatkan murid tahun 2,3, dan 4 sahaja dan merangkumi 4 mata pelajaran teras. Guru yang terlibat dalam pelaksanaan CUP 3 perlu merujuk analisa keputusan CUP 2 untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai TP 3. Tindakan: Guru bahasa tahun 2,3, dan 4 7. PBD ( Analisa akhir tahun ,persediaan PBD 2022- rekod transit dll) dan Penjaminan Kualiti 7.1 Guru perlu merujuk PBD analisa PBD akhir tahun (2021) untuk membuat TOV dan Headcount. Kalu boleh kenal pasti murid yang mencapai TP 1 dan TP 3 untuk ditargetkan ke TP 3 manakala murid yang menguasai TP 4- dan TP 5 dikenal pasti juga untuk ditargetkan ke TP 5 atau TP 6. 7.2 PBD perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 kali sebulan dan perlu direkodkan mengikut S.P yang telah diajar. Selain itu, PBD perlu selaras dengan RPH, S.P serta evidens murid. 7.3. Evidens murid boleh dirujuk dalam buku latihan murid atau buku aktiviti murid (Murid tahap 1). Tindakan: Semua guru 8. Pemulihan Khas (BM dan Matematik) 8.1 Puan Atiqhah memaklumkan bahawa setakat ini beliau mengajar pemulihan Bahasa Melayu dam Matematik yang melibatkan murid tahun 2,3 dan 4. Murid tahun 1 akan diambil pada bulan 9. Tindakan: Makluman 9. Sasaran Panitia 2022 (Target yang ingin dicapai contoh - peningktan tp ) 9.1 Sasaran panitia pada tahun ini melaksanakan program panitia yang telah dirancang dan menghantar penyertaan murid dalam bidang koakademik.
  5. 5. 5 9.2 Memantapkan penguasaan PBD dalam kalangan guru dan mensasarkan penguasaan TP 3 di kalangan murid tahun 1 hingga 6. Tindakan: Makluman 10. Perancangan Strategik 10.1 Seperti dalam lampiran Tindakan: Makluman 11. DSKP/RPT 11.1 Guru bahasa perlu memastikan DSKP dan RPT terkini dalam penyedian RPT dan DSKP. Boleh disediakan dalam dua bentuk iaitu secara salinan (hardcopy) atau softcopyq (QR code) dan perlu disimpan ditempat yang sesuai untuk dijadikan rujukan dalam membina RPH semasa dan pemberian PBD berdasarkan S.P yang telah diajar. Tindakan :Semua guru 12. FRM dan Cara penulisan RPH 12.1 Guru perlu menyediakan RPH mengikut garis panduan yang terdapat dalam pekeliling 3/1999.Dan guru boleh menyediakan RPH dalam bentuk fail atau CIDS mengikut kesesuaian guru tersebut. 12.2 Contoh penulisan RPH (TS 25) Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema : Kemasyarakatan Topik : Bank Rezeki Bergerak Kelas : 5 UUM Masa : 8.10 PG-9.10 PG 9.40 PG-10.10 PG Tarikh : 22/3/2022 Hari : SELASA Standard Kandungan : 2.1 Asas membaca dan memahami. Standard Pembelajaran: 2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons. Nilai Murni : Saling membantu Hubungan Rentas Kurikulum/EMK: Kemasyarakatan Alat /Bahan Bantu mengajar: Teks/lembaran kerja KBAT: Menganalisis-mengenal pasti Gaya Pembelajaran: V= A= Membaca kuat/pembentangan K= Tugasan kumpulan Pentaksiran: Pemerhatian Penulisan ASPIRASI MURID Pengetahuan √ Kemahiran Berfikir √ Kemahiran Memimpin √ Kemahiran Dwibahasa Etika dan Kerohanian √ Identiti Nasional √ Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid boleh membaca dua atau tiga perenggan teks dengan baik dan memberikan sekurang- kurangnya dua respons terhadap idea tersurat dan tersirat dalam situasi diberi secara bertulis. Kriteria Kejayaan: - membaca kuat teks - mengenal pasti dua idea tersurat dan tersirat serta memberi respons - memberi respons terhadap tiga situasi secara bertulis. AKTIVITI 1. Murid menyatakan cara menggelakkan pembaziran. (air,letrik)
  6. 6. 6 2. Murid membaca senyap petikan ‘Bank Rezeki Bergerak’. (Buku Teks ms.3) 3. Murid membaca kuat .Setiap murid membaca dua atau tiga perenggan. 4. Murid dibimbing mengenal pasti idea tersurat dan tersirat dan respons daripada idea tersebut. 5. Murid dalam kumpulan mencari dua idea tersurat dan tersirat dalam perenggan tiga dan empat teks dan memberi respons. 6. Murid membentangkan tugasan. 7. Murid menyatakan respons secara bertulis berdasarkan idea tersurat dan tersirat dalam teks. (lembaran kerja) Refleksi : Pemulihan Pengukuhan Pengayaan Tindakan: Semua guru 13 Program Peningkatan Panitia 13.1 Program panitia perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan sekolah.Dan perlu dilaksanakan mengikut takwim yang telah ditetapkan. 13.2 Menjalankan aktiviti/program yang diputuskan di dalam mesyuarat dan menyediakan laporan pelaksanaan program. (seperti dalam lampiran) Tindakan: Makluman 14. Pengurusan Kewangan Panitia dan Belanja Mengurus 14.1. Ketua panitia perlu berbincang dengan guru bahasa yang lain untuk pembelian alat bantu mengajar. 14.2 Edarkan nota minta kepada semua guru bahasa. Guru bahasa boleh tulis alat bantu mengajar yang hendak digunakan. 14.3. Serahkan kepada Guru Besar untuk membuat pengesahan dan pesanan. 14.4 Menerima, menyemak perolehan, merekod dalam buku stok atau inventori dengan kemaskini dari masa ke semasa. Tindakan: Semua guru 15. PLC ( Program yang akan dilaksanakan 1 sahaja) 15.1 Program PLC tetap akan dilaksanakan dan jadual pelaksanaan program tersebut akan dilengkapkan oleh ketua panitia. (Jadual pelaksanaan seperti dalam lampiran)
  7. 7. 7 Tindakan: Semua guru 16. Dasar Panitia 16.1. Dasar penggunaan buku utamakan penggunaan buku teks.Buku tulis murid ditetapkan seperti berikut tahap 1 sebanyak 2 buah dan tahap 2 sebanyak 2 buah. 16.2. Memantapkan PBD dalam kalangan guru bahasa Melayu. 16.3. Guru perlu mahir standard 4 dalam SKPMG 4 16.4 Pembetulan ayat atau ejaan perlu dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu 16.5. PBD perlu selaras dengan buku RPH, evidens murid dan tulis TP dalam evidens murid serta tulis catatan dalam buku RPH guru. 16.6. Tafsiran PBD 6 kali seminggu. 16.7. Penyediaan RPH dalam boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan cara penulisan mengikut kriteria yang telah ditetapkan mengikut pekeliling 3/1999. 16.8. DSKP boleh disediakan dalam pelbagai bentuk sama ada softcopy atau hard copy. 16.9. TOV atau Headcount perlu merujuk PBD 2021 kecuali tahun 1. 16.10. Buku tulis atau aktiviti perlu disemak selalu. 16.11. Pencerapan pdpc akan dilakukan mengikut takwim yang telah disediakan oleh pihak pentadbir. Tindakan: Makluman 17. Hal- hal lain 17.1 Pertandingan koakademik akan diadakan seperti biasa pada tahun ini. Oleh itu, setiap guru pembimbing perlu membaca garis panduan pertandingan dan mengenal pasti murid yang berkebolehan untuk dilatih dalam pertandingan ini nanti. (Guru pebimbing seperti dalam lampiran) 17.2. Halatuju panitia Bahasa pada tahun ini ialah memantapkan PBD 18. Ucapan penangguhan 81.1. Pengerusi mengeucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 18.2 Mesyuarat ditangguhkan jam 3.00 petang. Tindakan: Makluman Disediakan Oleh, Disemak Oleh, ……………………………. ………………………......
  8. 8. 8
  9. 9. 9

×