SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 22
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 1
1.0 DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleg guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran.
1.1PENDEKATAN PENGAJARAN.
Mengikut Kamus Dewan(1988), pendekatan adalah cara atau langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.
Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif
pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.
Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsure
aksiomatik. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya
objektif palajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran.
MangantarSimanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur)
menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya
mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan
terbahagi kepada empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif.
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 2
1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an. Ahli linguistic
berpendapat bahasa ialah satu system terbuka dan dinamik serta digunakan dalam
sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah
Long(1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli
linguistic terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa
sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja
kecekapan berbahasa, iaitu penguasaan system bahasa tetapi juga kecekapan
komunikatif.
Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang
menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang
tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif
berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus
tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks
wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan
bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak-
kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya.
Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat
dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin
:1998:38-40).
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 3
1.3 Ciri- ciri pendekatan komunikatif.
Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain.
Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan
mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam
kehidupan sebenar dengan lebih berkesan. Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya
bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari. Murid sepatutnya mempunyai
pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur
ayat yang betul. Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum
tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
2.0 PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.
2.1 Konsep Pendekatan
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan
pengajaran seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus
Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep
pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada
cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif.
Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang
saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 4
pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Kamarudin Husin (2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran
dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk
pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah
atau teori.
Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik.
Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu
perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen
perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan
sebagai atau pendekatan dan pengajaran.
2.3 KONSEP KAEDAH
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih.
Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan
yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan
sistematik. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 5
mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain, kaedah
mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun.Antara kaedah yang boleh digunakan ialah:
1 Kaedah Terus
Dalam pengajaran bahasa Melayu ini kaedah ini dianggap sesuai kerana kaedah ini
mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa
Melayu Tahun Tiga ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan
cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan
memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu
murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya
murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam
pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu
di luar bilik darjah.
2 .Kaedah Fonetik
Kaedah fonetik pula digunakan dalam pengajaran ini supaya murid dapat menghafaz rumus-
rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan melalui aktiviti bacaan
mekanis. Sehubungan itu, guru melaksanakan latih tubi unsur-unsur bahasa supaya aktiviti
bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum membaca bahan bacaan seperti dialog.
Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan
menggunakan sebutan yang baik.
3. Kaedah Komunikatif
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 6
Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa
dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini
juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai
kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang
sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.
4. Kaedah Oral –Aural ( Dengar –Tutur )
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti
secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Murid akan mendengar dengan teliti
apa yang disampaikan. Manakala latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian
kepada intonasinya yang betul. Murid pula sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dengan
mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan.
Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan
menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. Sistem tatabahasa
yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang
teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya
dalam konteks yang bermakna. Setelah murid menguasai bacaan, murid diberi pula latihan
dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas.
Dalam kaedah ini objektif pengajaran bahasa Melayu ini lebih mengutamakan
kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan
kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 7
Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi
yang betul.
5 Kaedah Semulajadi
Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang
berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan
menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak
langsung digunakan.
6 Kaedah Linguistik
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk
mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran
kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut
pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
2.5 KONSEP TEKNIK
Kamus Dewan edisi ketiga menyatakan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Teknik menurut Edward M. Anthony pula ialah satu muslihat atau strategi atau taktik
yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segara dan maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 8
Kamaruddin B. Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif.
Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan sebagai kemahiran atau
kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2.5.1 PRINSIP TEKNIK
• Bahasa sasaran adalah alat yang digunakan untuk komunikasi bilik darjah dan bukan
semata-mata sebagai objek untuk dipelajari
• Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik
• Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik
• Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka
• Satu daripada tangungjawab guru aalah meyediakan situasi pembelajaran yang
menggalakkan komunikasi
2.5.2JENIS-JENISTEKNIK
Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk
mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik
bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik
penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik
bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz.Teknik
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 9
merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka
masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah
beberapa huraian teknik pengajaran bahasa.
1Teknikbercerita
Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan
pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat
gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami
sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai
alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek bahasa yang hendakyang
hendak disampaikan itu lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.
2.Teknik Bersyarah
Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-
prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan
menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu
hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah
menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang
tercetak di dalam teks itu.
Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan
pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir
dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 10
merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi
konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga haruslah menyediakan
dan memberikan kepada murid rangka kuliah sebaga panduan kepada mereka.
3.Teknik Berbincang
Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi
yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam
menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni
murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan
baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih
cergas, berani dan tegas.
4.Teknik tunjuk cara
Teknik ini disebut teknik demonstrasi. Ia melibatkan cara pengajaran yang mendedahkan
murid kepada langkah-langkah,prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu.
Dalam pengajaran bahasa, teknik ini boleh digunakan dalam pengajaran yang memerlukan
murid bertutur dengan menggunakan ayat yang betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan,guru
boleh meminta murid-murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih , menunggang
basikal dan sebagainya.
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 11
5. Teknik soal jawab
Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas
sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang
diajar.
6.Teknik Penyelesaian Masalah
Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey
(1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti
masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau
jawapaandan pemeriksaan kumpulan
7. Teknik main peranan
Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan
dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan.
8. Teknik latih tubi
Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.
9. Teknik permainan bahasa
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 12
Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada
pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.
10.Teknik brainstorming
Teknik yang berbentuk perbincangan . Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan
aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
3.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DIGUNAKAN DALAM PDP.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4
BAHASA MALAYSIA
HARI : ISNIN
MASA : 10.00-11.00
TAHUN : 4 EFISIEN
TEMA : KELUARGA BAHAGIA
TAJUK PELAJARAN:
BILANGAN MURID : 42 ORANG
FOKUS UTAMA
1.1 Aras 1(i) : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat
atau yang dibaca
:Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang
sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
FOKUS SAMPINGAN
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 13
8.1 Aras 1(ii) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik
yang diberikan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
1) Murid dapat membaca dengan lancar
2) Murid pernah mendengar kata panggilan ganti diri di rumah.
OBJEKTIF EKSPLISIT
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1) Menyebut dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 kata panggilan kata
ganti diri.
2) Dapat membina sebahagian karangan diolog yang lengkap.
SISTEM BAHASA
1) Tatabahasa : Kata ganti diri
2) Kosa Kata : bahagia, gembira, diasuh, ikhlas
PENGISIAN KURIKULUM
1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains
2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, muzik
2)Kemahiran Berfikir : Menyusun atar, mengenalpasti, idea utama dan idea
sokongan.
3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan.
4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan panggilan kata ganti diri di rumah dengan
pengalaman sedia ada murid
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 14
5)Kajian Masa Depan :
BAHAN SUMBER
1) Slaid gambar
2) LCD projector & Laptop
3) Kad imbasan
LANGKAH
/MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi Slide gambar keluarga
Contoh soalan:
1) Apakah yang anda
lihat dalam slaid?
2) Siapakah yang
anda lihat dalam
gambar tersebut?
-ayah, ibu, kakak,
abang, adik, nenek
dan datuk
-Guru bersoal jawab dengan
murid tentang sliad yang
ditunjukkan kepada murid.
-Murid berdialog dengan
guru tentang paparan klip
video yang ditunjukkan.
-guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran.
-guru menunjukkan kad
imbasan kata ganti diri
TKP
-verbal linguistic
-interpersonal
Strategi
Berpusatkan murid
BSM
Klip video
LCD & laptop
Penilaian HP
3.1 Aras 2(i)
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 15
Tayangan
memperdengarkan dialog
tentang keluarga
-guru memperdengarkan
diolag dalam keluarga.
-guru mengarahkan murid
untuk mencatatkan kata
ganti diri yang digunakan
dalam diaog tersebut.
Kemahiran Berfikir
Menjana idea
TKP
Intrapersonal
ILMU
Pendidikan Moral
NILAI
Berhemah
Berhati-hati
Bekerjasama
Penilaian HP
FU:5.1 Aras (i)
Lakonan
Main Peranan
Guru bahagikan murid
kepada 5 kumpulan
-Guru mengarahkan setiap
kumpulan untuk berbincang
untuk agihkan watak seperti
dalam dialog yang
didengar.
-Murid-murid berbincang
dalam kumpulan untuk
membahagikan peranan
masing-masing berdasarkan
catatan yang telah dibuat.
Dalam kumpulan masing-
masing murid melakonkan
watak-watak
-Pencerita
-Penunjukcara
-Setiap kumpulan perlu
membuat persembahan di
depan kelas.
Strategi
Perbincangan
Kumpulan
TKP
Interpersonal
Kinestatik
NIlai Murni
Membantu
Teliti
Penilaian HP
FS1.1 Aras 1(i)
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 16
Pengayaan
Membuat karangan
berformat dialog
(Tajuk keluarga bahagia)
Pemulihan
Murid yang lemah
membina ayat mudah
berdasarkan kata ganti diri
yang diberikan
-guru menunjukkan jenis
karangan dialog
-murid berbincang tentang
penghuraian/pengembangan
isi pelajaran.
Pemulihan
-Guru membimbing murid
pemulihan membuat ayat
kata ganti diri .
-Murid pemulihan menyalin
format dan rangka karangan
yang telah dibincangkan.
TKP
-verbal linguistik
Intrapersonal
Sistem bahasa
Tatabahasa
Kemahiran Berfikir
Menjana idea
BSM
Kad gambar
Kad Kata Kerja
Penilaian HP
FS:8.1 Aras (i)
Penutup
Kita mestilah sayang
keluarga.
Kita hendaklah
menggunakan kata ganti
diri yang sesuai dalam
perbualan dengan anggota
keluarga dan bersesuaian
dengan tempat atau
situasi.
-Murid membuat rumusan
-Guru menekankan betapa
pentingnya kita sayangkan
keluarga kita..
Kecerdasan pelbagai
-intrapersonal
Verbal linguistic
Nilai Murni
Kasih sayang
PENDEKATAN ,KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN.
PENDEKATAN 1.Komunikatif
KAEDAH 1.Kaedah Terus,
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 17
2.Kaedah Komunikatif
3.Kaedah Oura-Aural
TEKNIK 1.Bersoaljawab,
2.Perbincangan
3.Main Peranan.
PENDEKATAN
KOMUNIKATIF
KAEDAH TEKNIK
Secara umum,
pendekatan ini
memberi fokus
khusus kepada murid
.
Murid-murid
digalakkan
menyampaian idea
secara lisan.
Bahan bantu
mengajar berfungsi
sebagai dorongan
kepada murid untuk
belajar.
Pembelajaran bahasa
berfokus kepada
keperluan belajar
untuk berkomunikasi.
Kaedah Terus
Kaedah Terus ini dianggap sesuai
kerana kaedah ini mengutamakan
bahasa lisan dan mengutamakan
sebutan. Dalam rancangan
pengajaran Bahasa Melayu Tahun
Empat ini, kaedah terus
membolehkan murid-murid
mempelajari bahasa dengan cara
mendengar perbualan dan
melibatkan diri dalam perbualan
tersebut. Murid digalakkan
memahami perkataan dan frasa yang
sukar berdasarkan konteks
penggunaannya. Selain itu murid
juga dilatih untuk berbual dengan
menggunakan dialog perbualan yang
diberi supaya murid boleh
menguasai kemahiran bertutur
dengan baik. Mereka terlibat secara
aktif dalam pertuturan dan dapat
mempraktik atau menggunakan
kemahiran berbahasa yang diajarkan
itu di luar bilik darjah.
Teknik Bersoaljawab
Teknik Bersoaljawab adalah
satu cara menyampaikan
pelajaran yang paling popular.
Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan
dan murid-murid memberi
tindak balas sewajarnya.
Teknik ini biasanya dilakukan
untuk menguji kefahaman
murid terhadap apa yang diajar
Contohnya dalam pengajaran
yang dibuat teknik ini
digunakan dalam set induksi di
mana guru bersoaljawab
dengan murid untuk bertanya
tentang slaid yang telah
ditunjukkan.
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 18
Contonya kaedah ini telah
digunakan dalam langkah ke 2
dalam pengajaran di mana murid
dikehendaki melakukan aktiviti
main peranan dengan melakonkan
dialog yang diberikan di hadapan
kelas dalam kumpulan.
KAEDAH KOMUNIKATIF
Kaedah Komunikatif digunakan
dalam pengajaran ini melalui aktiviti
interaksi bahasa dalam kalangan
murid. Dalam proses pengajaran
kemahiran bertutur, kaedah
komunikatif ini juga membolehkan
murid menguasai kecekapan bahasa
(tatabahasa), dan menguasai
kecekapan menggunakan unsur-
unsur bahasa yang dipelajari dalam
konteks penggunaan yang sebenar
yakni dalam komunikasi bahasa.
Contohnya murid berbincang dalam
kumpulan untuk menetapkan watak
yang diberikan oleh guru.
TEKNIK BERBINCANG
Teknik berbincang
Ialah pengajaran yang
berbentuk perbualan dan ia
dilakukan di kalangan kanak-
kanak di bawah penyeliaan dan
kawalan guru
Contohnya seperti dalam
aktiviti main peranan di mana
sebelum melakonkan dialog
yang diberikan oleh guru murid
terlebih dahulu berbincang
dalam kumpulan untuk
menentukan watak yang
diberikan dengan kawalan
daripada guru.
KAEDAH ORAL-AURAL
Kaedah oral-aural ialah mendengar
dan kemudiannya bertutur.
menggunakan dialog untuk dihafaz
dan diikuti secara ajukan.
Latih tubi dan dialog dijalankan
dalam cara yang realistik memberi
perhatian kepada intonasi yang betul
TEKNIK MAIN PERANAN
Teknik main peranan yang
melibatkan gambaran-
gambaran murid terhadap
sesuatu situasi atau keadaan
dan melakonkannya tanpa
sebarang bantuan skrip.
pengalaman secara spontan.
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 19
Contohnya dalam PdP guru telah
memperdengarkan diolag keluarga
kepada murid kemudian murid
melakonkan semula dengan aktiviti
main peranan.
Contohnya dalam PdP murid
melakukan aktiviti main
peranan dalam langkah yang ke
2 di mana murid melakonkan
cerita berdasarkan tajuk yang
diberikan oleh guru dengan
menggunakan kata ganti diri
yang betul.
4.0 Refleksi keberkesanan dalam pengajaran .
Semasa menjalankan makro teaching kami telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan
kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah kami dapat mengawal kelas dengan
baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi mengelakkan
sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini. Persediaan awal adalah
sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik,
mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan
kemas dan teratur. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai dapat menarik minat murid dan
dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Pada masa sesi induksi dapat meningkatkan motivasi
murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui
kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh guru. Kami dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang diadakan. Kami juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik
yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk
menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran kami dapat
menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 20
yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang
penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti
dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh
guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru
menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam
memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru.
Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi
pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard
dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian
yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya
melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid
yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah bagi murid
yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan di mana mereka tidak dapat
berkomunikasi dengan baik.. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi
dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua
belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah
tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya
guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid.
Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 21
baik dan lancar. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan
hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.
Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan
turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun,
masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
5.0 KESIMPULAN
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan
yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada
kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan
semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta
latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi
berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana
mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran
yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik
sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk
strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu
Pengajaran Sekolah Rendah 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 22
kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting
adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran
yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang
paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamarozitasksp
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaMuhd Fariz
 

Mais procurados (20)

Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Ciri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budayaCiri – ciri guru mesra budaya
Ciri – ciri guru mesra budaya
 

Destaque

Slide kpt (Kajian Jurnal)
Slide kpt (Kajian Jurnal)Slide kpt (Kajian Jurnal)
Slide kpt (Kajian Jurnal)azizah_student
 
Bermain sambil belajar
Bermain sambil belajarBermain sambil belajar
Bermain sambil belajarMASTER Group
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainIsmail Mamat
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanNorliza Mat Zaki
 
02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadangan02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadanganChon Seong Hoo
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHAfiqah Nooh
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanChon Seong Hoo
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanFawwaz Fathanah
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 

Destaque (13)

Slide kpt (Kajian Jurnal)
Slide kpt (Kajian Jurnal)Slide kpt (Kajian Jurnal)
Slide kpt (Kajian Jurnal)
 
Bermain sambil belajar
Bermain sambil belajarBermain sambil belajar
Bermain sambil belajar
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui Bermain
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
 
02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadangan02 contoh kertas cadangan
02 contoh kertas cadangan
 
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAHBMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakanFormat penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
Format penulisan cadangan dan laporan kajian tindakan
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 

Semelhante a SEKOLAHRENDAH

Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, smos az
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02OwesomePure Collection
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...T. Astari
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxNoviSusilawati8
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaranfikratulhaq
 
Keterampilan membaca
Keterampilan membacaKeterampilan membaca
Keterampilan membacafebriana99
 
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiMakalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiSeptiana Farikha
 

Semelhante a SEKOLAHRENDAH (20)

Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, s
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Bbm 4
Bbm 4Bbm 4
Bbm 4
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
 
Bmm-siap
 Bmm-siap Bmm-siap
Bmm-siap
 
Buku BBM
Buku BBMBuku BBM
Buku BBM
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Keterampilan membaca
Keterampilan membacaKeterampilan membaca
Keterampilan membaca
 
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiMakalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
 

Mais de CIKGU NAZARINANAWAWI

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis CIKGU NAZARINANAWAWI
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102 CIKGU NAZARINANAWAWI
 

Mais de CIKGU NAZARINANAWAWI (13)

Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritisKajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Kajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANUKajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANU
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROMKAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
KAJIAN KES KANAK-KANAK DOWN SINDROM
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasiPantun tradisional tema nasihat dan motivasi
Pantun tradisional tema nasihat dan motivasi
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012Tugasan buku cerita ppg2012
Tugasan buku cerita ppg2012
 
Edward De Bono
 Edward De Bono Edward De Bono
Edward De Bono
 
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 

SEKOLAHRENDAH

  • 1. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 1 1.0 DEFINISI PENGAJARAN Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleg guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran. 1.1PENDEKATAN PENGAJARAN. Mengikut Kamus Dewan(1988), pendekatan adalah cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif palajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. MangantarSimanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur) menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan terbahagi kepada empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif.
  • 2. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 2 1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an. Ahli linguistic berpendapat bahasa ialah satu system terbuka dan dinamik serta digunakan dalam sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long(1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistic terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa, iaitu penguasaan system bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak- kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin :1998:38-40).
  • 3. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 3 1.3 Ciri- ciri pendekatan komunikatif. Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain. Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan. Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari. Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul. Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. 2.0 PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK. 2.1 Konsep Pendekatan Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif. Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata
  • 4. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 4 pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Kamarudin Husin (2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan sebagai atau pendekatan dan pengajaran. 2.3 KONSEP KAEDAH Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
  • 5. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 5 mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.Antara kaedah yang boleh digunakan ialah: 1 Kaedah Terus Dalam pengajaran bahasa Melayu ini kaedah ini dianggap sesuai kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. 2 .Kaedah Fonetik Kaedah fonetik pula digunakan dalam pengajaran ini supaya murid dapat menghafaz rumus- rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan melalui aktiviti bacaan mekanis. Sehubungan itu, guru melaksanakan latih tubi unsur-unsur bahasa supaya aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum membaca bahan bacaan seperti dialog. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. 3. Kaedah Komunikatif
  • 6. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 6 Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. 4. Kaedah Oral –Aural ( Dengar –Tutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan. Manakala latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Murid pula sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dengan mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan. Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. Sistem tatabahasa yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Setelah murid menguasai bacaan, murid diberi pula latihan dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas. Dalam kaedah ini objektif pengajaran bahasa Melayu ini lebih mengutamakan kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
  • 7. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 7 Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. 5 Kaedah Semulajadi Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan. 6 Kaedah Linguistik Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988). 2.5 KONSEP TEKNIK Kamus Dewan edisi ketiga menyatakan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Teknik menurut Edward M. Anthony pula ialah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segara dan maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • 8. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 8 Kamaruddin B. Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2.5.1 PRINSIP TEKNIK • Bahasa sasaran adalah alat yang digunakan untuk komunikasi bilik darjah dan bukan semata-mata sebagai objek untuk dipelajari • Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik • Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik • Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka • Satu daripada tangungjawab guru aalah meyediakan situasi pembelajaran yang menggalakkan komunikasi 2.5.2JENIS-JENISTEKNIK Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz.Teknik
  • 9. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 9 merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa huraian teknik pengajaran bahasa. 1Teknikbercerita Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek bahasa yang hendakyang hendak disampaikan itu lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama. 2.Teknik Bersyarah Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip- prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan
  • 10. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 10 merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga haruslah menyediakan dan memberikan kepada murid rangka kuliah sebaga panduan kepada mereka. 3.Teknik Berbincang Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani dan tegas. 4.Teknik tunjuk cara Teknik ini disebut teknik demonstrasi. Ia melibatkan cara pengajaran yang mendedahkan murid kepada langkah-langkah,prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran bahasa, teknik ini boleh digunakan dalam pengajaran yang memerlukan murid bertutur dengan menggunakan ayat yang betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan,guru boleh meminta murid-murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih , menunggang basikal dan sebagainya.
  • 11. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 11 5. Teknik soal jawab Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar. 6.Teknik Penyelesaian Masalah Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapaandan pemeriksaan kumpulan 7. Teknik main peranan Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan. 8. Teknik latih tubi Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya. 9. Teknik permainan bahasa
  • 12. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 12 Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi. 10.Teknik brainstorming Teknik yang berbentuk perbincangan . Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. 3.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DIGUNAKAN DALAM PDP. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 BAHASA MALAYSIA HARI : ISNIN MASA : 10.00-11.00 TAHUN : 4 EFISIEN TEMA : KELUARGA BAHAGIA TAJUK PELAJARAN: BILANGAN MURID : 42 ORANG FOKUS UTAMA 1.1 Aras 1(i) : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca :Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. FOKUS SAMPINGAN
  • 13. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 13 8.1 Aras 1(ii) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. PENGETAHUAN SEDIA ADA 1) Murid dapat membaca dengan lancar 2) Murid pernah mendengar kata panggilan ganti diri di rumah. OBJEKTIF EKSPLISIT Pada akhir pelajaran murid dapat : 1) Menyebut dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 kata panggilan kata ganti diri. 2) Dapat membina sebahagian karangan diolog yang lengkap. SISTEM BAHASA 1) Tatabahasa : Kata ganti diri 2) Kosa Kata : bahagia, gembira, diasuh, ikhlas PENGISIAN KURIKULUM 1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains 2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH 1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, muzik 2)Kemahiran Berfikir : Menyusun atar, mengenalpasti, idea utama dan idea sokongan. 3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan. 4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan panggilan kata ganti diri di rumah dengan pengalaman sedia ada murid
  • 14. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 14 5)Kajian Masa Depan : BAHAN SUMBER 1) Slaid gambar 2) LCD projector & Laptop 3) Kad imbasan LANGKAH /MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi Slide gambar keluarga Contoh soalan: 1) Apakah yang anda lihat dalam slaid? 2) Siapakah yang anda lihat dalam gambar tersebut? -ayah, ibu, kakak, abang, adik, nenek dan datuk -Guru bersoal jawab dengan murid tentang sliad yang ditunjukkan kepada murid. -Murid berdialog dengan guru tentang paparan klip video yang ditunjukkan. -guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. -guru menunjukkan kad imbasan kata ganti diri TKP -verbal linguistic -interpersonal Strategi Berpusatkan murid BSM Klip video LCD & laptop Penilaian HP 3.1 Aras 2(i)
  • 15. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 15 Tayangan memperdengarkan dialog tentang keluarga -guru memperdengarkan diolag dalam keluarga. -guru mengarahkan murid untuk mencatatkan kata ganti diri yang digunakan dalam diaog tersebut. Kemahiran Berfikir Menjana idea TKP Intrapersonal ILMU Pendidikan Moral NILAI Berhemah Berhati-hati Bekerjasama Penilaian HP FU:5.1 Aras (i) Lakonan Main Peranan Guru bahagikan murid kepada 5 kumpulan -Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk berbincang untuk agihkan watak seperti dalam dialog yang didengar. -Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk membahagikan peranan masing-masing berdasarkan catatan yang telah dibuat. Dalam kumpulan masing- masing murid melakonkan watak-watak -Pencerita -Penunjukcara -Setiap kumpulan perlu membuat persembahan di depan kelas. Strategi Perbincangan Kumpulan TKP Interpersonal Kinestatik NIlai Murni Membantu Teliti Penilaian HP FS1.1 Aras 1(i)
  • 16. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 16 Pengayaan Membuat karangan berformat dialog (Tajuk keluarga bahagia) Pemulihan Murid yang lemah membina ayat mudah berdasarkan kata ganti diri yang diberikan -guru menunjukkan jenis karangan dialog -murid berbincang tentang penghuraian/pengembangan isi pelajaran. Pemulihan -Guru membimbing murid pemulihan membuat ayat kata ganti diri . -Murid pemulihan menyalin format dan rangka karangan yang telah dibincangkan. TKP -verbal linguistik Intrapersonal Sistem bahasa Tatabahasa Kemahiran Berfikir Menjana idea BSM Kad gambar Kad Kata Kerja Penilaian HP FS:8.1 Aras (i) Penutup Kita mestilah sayang keluarga. Kita hendaklah menggunakan kata ganti diri yang sesuai dalam perbualan dengan anggota keluarga dan bersesuaian dengan tempat atau situasi. -Murid membuat rumusan -Guru menekankan betapa pentingnya kita sayangkan keluarga kita.. Kecerdasan pelbagai -intrapersonal Verbal linguistic Nilai Murni Kasih sayang PENDEKATAN ,KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN. PENDEKATAN 1.Komunikatif KAEDAH 1.Kaedah Terus,
  • 17. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 17 2.Kaedah Komunikatif 3.Kaedah Oura-Aural TEKNIK 1.Bersoaljawab, 2.Perbincangan 3.Main Peranan. PENDEKATAN KOMUNIKATIF KAEDAH TEKNIK Secara umum, pendekatan ini memberi fokus khusus kepada murid . Murid-murid digalakkan menyampaian idea secara lisan. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid untuk belajar. Pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi. Kaedah Terus Kaedah Terus ini dianggap sesuai kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Teknik Bersoaljawab Teknik Bersoaljawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar Contohnya dalam pengajaran yang dibuat teknik ini digunakan dalam set induksi di mana guru bersoaljawab dengan murid untuk bertanya tentang slaid yang telah ditunjukkan.
  • 18. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 18 Contonya kaedah ini telah digunakan dalam langkah ke 2 dalam pengajaran di mana murid dikehendaki melakukan aktiviti main peranan dengan melakonkan dialog yang diberikan di hadapan kelas dalam kumpulan. KAEDAH KOMUNIKATIF Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur- unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Contohnya murid berbincang dalam kumpulan untuk menetapkan watak yang diberikan oleh guru. TEKNIK BERBINCANG Teknik berbincang Ialah pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak- kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru Contohnya seperti dalam aktiviti main peranan di mana sebelum melakonkan dialog yang diberikan oleh guru murid terlebih dahulu berbincang dalam kumpulan untuk menentukan watak yang diberikan dengan kawalan daripada guru. KAEDAH ORAL-AURAL Kaedah oral-aural ialah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul TEKNIK MAIN PERANAN Teknik main peranan yang melibatkan gambaran- gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan.
  • 19. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 19 Contohnya dalam PdP guru telah memperdengarkan diolag keluarga kepada murid kemudian murid melakonkan semula dengan aktiviti main peranan. Contohnya dalam PdP murid melakukan aktiviti main peranan dalam langkah yang ke 2 di mana murid melakonkan cerita berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kata ganti diri yang betul. 4.0 Refleksi keberkesanan dalam pengajaran . Semasa menjalankan makro teaching kami telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah kami dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pada masa sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Kami dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Kami juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran kami dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran
  • 20. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 20 yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah bagi murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan di mana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik.. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
  • 21. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 21 baik dan lancar. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. 5.0 KESIMPULAN Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan- rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu
  • 22. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 22 kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum