"Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)
Akhlak ataupun budipekerti memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Akhlak yang baik akan membedakan antara manusia dengan hewan. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa nafsu syahwat syaitoniah, berpegang teguh kepada sendi-sendi keutamaan. Menghindarkan diri dari sifat-sifat kecurangan, kerakusan dan kezaliman. Manusia yang berakhlak mulia, suka tolong menolong sesama insan dan makhluk lainnya. Mereka senang berkorban untuk kepentingan ersama.Yang kecil
hormat kepada yang tua,yang tua kasih kepada yang kecil.Manusia yang memiliki budi pekerti yang mulia, senang kepada kebenaran dan keadilan, toleransi, mematuhi janji, lapang dada dan tenang dalam menghadapi segala halangan dan rintangan.
Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk senang melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Senang melakukan kekacauan, senang melakukan perbuatan yang tercela, yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)
Manusia yang paling baik akhlaknya ialah junjungan kita Nabi
s.a.w. sehingga budi pekerti beliau tercantum dalam al-Quran, Allah
berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya engkau (Muhammad), benar-benar berbudi pekerti yang agung. "Sesuatu Ummat bagaimanapun hebat Kekuatan dan Kekayaan yang dimilikinya, akan tetapi jika budi pekertinya telah binasa, maka Ummat itu akan mudah binasa. Manusia yang tidak punya akhlak, mereka sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual marwah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu lagi dia menjual Agama dan
Negaranya.
1. Honorable
Quasar
Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha penyayang…
Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
Pihak penerbit “Honorable Quasar” dengan
izin Allah berjaya menerbitkan satu lagi
risalah untuk tatapan pembaca. Dengan
tujuan untuk memperbaik akhlak dikalangan
pembaca, pihak penerbit berharap agar
setiap edisi HQ yang diterbitkan ini dapat
memberikan sedikit penambahbaikan dalam
diri masing-masing.
Pihak penerbit tidak menafikan bahawa
akhlak pembaca telah sedia mantap dan
mingkin sudah benar-benar maklum dengan
setiap isu yang dikupas. Namun atas rasa
tanggungjawab untuk saling mengingat
risalah ini diterbitkan juga
2. Dahulukan yang kanan
Satu fenomena yang biasa apabila sedang makan-
makan tentu saja kita sebagai orang timur akan
menggunakan tangan untuk makan. Tak kira la samada
nasi, kuih-muih ataupun apa sahaja jenis makanan selagi
ia sesuai dimakan dengan menggunakan tangan. Jangan
la sampai makan sup dengan tangan pulak. Tapi dalam
edisi kali ini, bukan lah untuk mengingatkan untuk
makan dengan menggunakan tangan kanan, sebab hal ini
sudah maklum dalam diri masing-masing.
Rasulullah sendiri sentiasa mendahulukan anggota
sebelah kanan sekiranya membuat sesuatu. Sebagai
contoh;
i. Makan dengan tangan kanan
ii. Pakai sepilar dahulukan kaki kanan
iii. Pakai baju dahulukan tangan kanan
iv. Melangkah masuk rumah dengan kaki kanan
3. sehingga melalaikan yang wajib.
berusaha untuk menyibukkan manusia dengan hal-hal yang mubah (dibolehkan),
Ketika syaitan gagal memujuk manusia melakukan perkara yang haram, syaitan akan
Perkara ini kelihatan remeh tapi
percayalah, ia merupakan satu perkera
yang berat dari kaca mata akhlak seorang
Muslim. Rasulullah sendiri suka
mendahulukan yang kanan dalam setiap
perkara.
Sekiranya anda tidak
percaya…boleh bukak salah satu kitab
yang berkaitan dengan adab yang banyak
terdapat di dunia ni untuk rujukan. Bukan
tidak mahu meletakkan satu atau dua
hadith tapi adalah lebih baik sekiranya
sekali-sekala pembaca sendiri pergi
mencari rujukan.
Jika ketika kita sedang makan, tiba-
tiba ada orang minta untuk diambilkan
botol kicap untuknya. Boleh saja untuk
kita ambil dangan menggunakan tangan
kiri akan tetapi adalah sangat manis
seandainya kita member botol kicap
tersebut dengan tangan kanan. Oh lupa
pulak tengah makan, tangan ada nasi. Jadi
berilah dengan tangan kiri tetapi jangan
lupa untuk diampu botol kicap tersebut
dengan tangan kanan.
4. “seandainya bulan purnama dan matahari turun pada kedua-dua telapak
tangan mu, nescaya ia tidak akan dapat pancaran sinar cahaya dan api yang
ada padamu.
Engkau adalah seoranganak yatim, tetapi pada dirimu terdapat suri tauladan
yang luhur, pada luasnya akhlakmu, jutaan durjana menjadi cuit dan meleleh”.
ismiabudzar@gmail.com
Sebarang komen atau cadangan
penambahbaikan boleh di kirimkan kepada