SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 12
Baixar para ler offline
Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008




      Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan

                                     Zuliana Zookefli
                                 Lyana83.kefli@gmail.com

                                      Khalil Md Nor
                                    m-khalil@utm.my
                  Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
                              Universiti Teknologi Malaysia


Abstrak

Globalisasi telah meningkatkan tahap persaingan perniagaan. Daya saing sesebuah
organisasi bukan lagi bergantung kepada kadar buruh yang murah dan polisi perlindungan
daripada pihak kerajaan. Ramai berpendapat teknologi merupakan kompetensi utama yang
perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi untuk terus bersaing dan keupayaan teknologi dalam
mengangkat daya saing sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pengurusan pengetahuan.
Antara komponen penting dalam pengurusan pengetahuan adalah perkongsian pengetahuan.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dan tahap
perkongsian pengetahuan. Elemen budaya organisasi yang dikaji meliputi kepercayaan,
komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur organisasi. Seratus borang soal
selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana di empat buah fakulti di Universiti Teknologi
Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah regresi berganda. Hasil
analisis menunjukkan bahawa komunikasi antara pekerja dan kepercayaan memberi kesan
positif yang signifikan kepada perkongsian pengetahuan. Cadangan akademik dan praktikal
diutarakan.

Kata kunci: pengurusan pengetahuan, perkongsian pengetahuan, budaya organisasi

Pengenalan

Bhatt (2001) mendefinisikan pengurusan pengetahuan sebagai proses penghasilan,
pemanfaatan, penghantaran dan penggunaan pengetahuan. Menurut beliau tiga komponen
penting dalam pengurusan pengetahuan ialah membangunkan atau mewujudkan pengetahuan,
menyimpan pengetahuan dan berkongsi pengetahuan. Definisi ini menunjukkan pengurusan
pengetahuan bukan kepada penyimpanan pengetahuan semata-mata, sebaliknya pengurusan
pengetahuan melibatkan keperluan untuk mendapatkan pengetahuan sama ada dari dalam atau
luar organisasi dan perkongsian pengetahuan antara warga organisasi.

Pengurusan pengetahuan merupakan salah satu isu yang penting dalam pengurusan hari ini
(Beijerse, 1999). Pengetahuan dapat meningkatkan daya saing organisasi. Pengetahuan yang
dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea kreatif (Wang at el. 2000).
Penyelesaian masalah secara kreatif dan pengenalan produk atau perkhidmatan yang inovatif
hasil daripada pengurusan pengetahuan yang efektif dapat meningkatkan daya saing
organisasi.

Budaya organisasi adalah norma yang dikongsi oleh pekerja dalam sesebuah organisasi (Park
et al., 2004). McDermott dan O’Dell (2001) mendefinisikan budaya organisasi sebagai nilai,
struktur dan sistem, kelakuan, ruang dan lagenda yang menjadi praktis dalam organisasi.
hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan




Kepentingan budaya dalam kejayaan pengurusan pengetahuan tidak boleh dinafikan.
Pengurusan pengetahuan melibatkan perkongsian pengetahuan antara pekerja mahupun
jabatan. Oleh kerana budaya membentuk cara bekerja maka seharusnya budaya
mempengaruhi perkongsian pengetahuan sesebuah organisasi.

Artikel ini melihat elemen budaya organisasi yang mempengaruhi tahap perkongsian
pengetahuan. Berdasarkan kajian literatur, artikel ini mengkaji pengaruh elemen budaya iaitu
kepercayaan, komunikasi, orientasi pasukan dan struktur organisasi ke atas perkongsian
pengetahuan.

Pengurusan pengetahuan

Ekonomi dunia telah beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan salah satu aset
penting dalam syarikat adalah pengetahuan. Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses
yang membantu organisasi untuk mencari, memilih, mengorganisasi, menyebar dan
memindahkan pengetahuan untuk aktiviti-aktiviti seperti penyelesaiaan masalah, perancangan
strategik dan pembuatan keputusan (Gupta et al. 2000). Pengurusan pengetahuan melibatkan
prosedur dan teknik untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat organisasi yang tersirat
dan tidak tersirat (Teece, 2000). Pengurusan pengetahuan bukan hanya merujuk kepada
mewujudkan pengetahuan semata-mata, sebaliknya pengurusan pengetahuan dinyatakan
sebagai proses berterusan bermula dari tahap mendapatkan pengetahuan sehinggalah kepada
mengekalkan pengetahuan tersebut dalam organisasi.

Ching dan Jie (2000) menyatakan pengurusan pengetahuan sebagai proses yang mengawal
penciptaan, penyebaran dan penyuntingan pengetahuan untuk memenuhi objektif organisasi.
Beijerse (1999) membezakan empat proses dalam pengurusan pengetahuan. Pertama,
menentukan keperluan pengetahuan yang diperlukan. Kedua, menentukan pengetahuan yang
wujud antara pengetahuan yang perlu dengan pengetahuan yang sedia ada, samada dalam
bentuk kuantitatif atau kualitatif. Ketiga, jurang pengetahuan dikecilkan dengan
membangunkan pengetahuan yang baru samada dengan membeli pengetahuan, memperbaiki
pengetahuan yang sedia ada atau menghapuskan pengetahuan yang telah ketinggalan zaman.
Keempat, pengetahuan dikongsi, disebarkan dan diaplikasikan untuk kegunaan semua.

Kepentingan pengurusan pengetahuan memang tidak dapat dinafikan. Menurut Beijerse
(1999), pengurusan pengetahuan membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan
kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja,
meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan
dan cekap.

Perkongsian pengetahuan

Grey (1996) mendefinisikan perkongsian pengetahuan sebagai komitmen untuk memberitahu
dan menterjemah, serta mendidik rakan sekerja yang lain. Maklumat yang dikongsi tidak
hanya mengenai aspek kerja tetapi juga termasuk visi, matlamat, sokongan, perasaan,
pendapat dan soalan. Faedah yang diperolehi oleh organisasi mengenai perkongsian
pengetahuan bergantung kepada bagaimana pekerja menerap, berkongsi dan menggunakan
pengetahuan yang ada (Wang et al. 2000). Perkongsian menambah nilai kepada pengetahuan.
Pengetahuan tidak bernilai sehingga ia dipindahkan. Sekiranya, individu menyimpan
pengetahuan sendiri dan enggan berkongsi dengan orang lain, maka tiada nilai yang akan
tercipta.




                                            69
Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008




Apa yang menarik tentang pengetahuan ialah pengetahuan kekal pada pemilik selepas
dikongsi dengan pihak lain. Pihak lain yang memperoleh pengetahuan yang dipindahkan itu
seterusnya boleh menambah nilai pengetahuan tersebut melalui pengetahuan sedia ada
(Information Week, 1999). Perkongsian pengetahuan mampu meningkatkan prestasi
organisasi. Perkongsian pengetahuan membenarkan pekerja berkongsi cara kerja terbaik,
meningkatkan percambahan ide yang lebih kreatif dalam aspek produk dan perkhidmatan, dan
meningkatkan produktiviti dengan memendekkan proses penyelesaian masalah terutama
apabila jalan penyelesaian yang berjaya boleh diguna pakai oleh pekerja lain.

Budaya organisasi

Secara umumnya budaya organisasi adalah personaliti kepada sesebuah organisasi. Robbins
(1996) mendefinisikan budaya organisasi sebagai suatu persepsi bersama yang dianuti oleh
anggota organisasi. Budaya organisasi merangkumi nilai yang diamalkan, kepercayaan,
andaian-andaian, prinsip-prinsip, legenda-legenda dan norma-norma yang mempengaruhi
bagaimana seseorang itu berfikir, membuat keputusan, dan menjalankan tugas dalam sesebuah
organisasi (Garrison, 2005).

Gupta dan Govindarajan (2000) mengemukakan sebuah kerangka di mana budaya organisasi
mempunyai enam komponen iaitu struktur organisasi, sistem maklumat, individu, sistem
ganjaran, kepimpinan dan proses. Setiap komponen mempunyai dimensinya masing-masing.
Contohnya, komponen individu mempunyai dimensi komunikasi dan sistem kepercayaan,
manakala komponen struktur organisasi mempunyai dimensi kumpulan dan komponen sistem
maklumat mempunyai dimensi perkongsian.

O’Reilly et al. (1991) pula telah membangunkan profil budaya organisasi yang terdiri
daripada tiga komponen utama. Seperti Gupta dan Govindarajan (2000), setiap komponen
mempunyai dimensinya masing-masing. Komponen pertama ialah mengendalikan kerja yang
terbahagi kepada tiga dimensi iaitu terperinci, stabil dan inovatif. Komponen kedua ialah
struktur orgnisasi yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu orientasi pasukan dan hubungan
“interpersonal”. Komponen yang ketiga ialah tindakan individu yang terbahagi kepada dua
dimensi iaitu hasil dan sikap agresif.

Budaya organisasi adalah penting dalam perkongsian dan penjanaan pengetahuan (Gupta et
al., 2000). Budaya yang menyokong perkongsian pengetahuan akan membolehkan ahli
organisasi berkongsi pengetahuan dan menggunakan pengetahuan yang ada untuk menghadapi
segala masalah, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja (Anthes, 1998).

Kajian lepas

Berikut adalah beberapa kajian lepas yang releven dengan kajian ini. Yao et al. (2007)
menjalankan kajian untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap perkongsian
pengetahuan di jabatan kerajaan, Hong Kong. Hasil kajian mendapati perkongsian
pengetahuan di kalangan pengurusan atasan organisasi adalah tinggi berbanding pekerja
bawahan. Selain itu, dua faktor yang paling mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan
ialah faktor sokongan pengurusan dan insentif.

Yang (2004) menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap perkongsian pengetahuan dan
strategi untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan. Kajian dilakukan melalui temuduga
ke atas 26 pekerja di dua buah hotel lima bintang di Taiwan. Hasil kajian menunjukkan tidak
semua pekerja berkongsi pengetahuan semasa bekerja. Kajian juga mendapati fakor


                                            70
hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan




persekitaran tempat kerja dan akiviti sosial di tempat kerja mempengaruhi kejayaan
perkongsian pengetahuan.

Lee et al. (2002) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan organisasi di beberapa industri pembuatan di
Johor. Hasil kajian mendapati perkongsian pengetahuan di kalangan pengurusan atasan
organisasi adalah adalah bergantung kepada faktor seperti teknologi, budaya, insentif,dan
sistem pengurusan. Hasil kajian juga menunjukkan faktor budaya adalah faktor yang paling
mempengaruhi perkongsian pengetahuan.

Dalam kajian lain, Low et al. (2000) mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian
pengetahuan di kalangan pengurusan atasan di industri kecil dan sederhana di Malaysia. Hasil
kajian menunjukkan tahap perkongsian pengetahuan adalah sederhana. Kajian juga mendapati
taraf pendidikan mempengaruhi perkongsian pengetahuan di mana mereka yang
berpendidikan tinggi lebih mudah untuk berkongsi pengetahuan daripada mereka yang
berpendidikan rendah. Selain itu, dua faktor yang paling mempengaruhi tahap perkongsian
pengetahuan ialah faktor kepimpinan dan teknologi.

Kajian luar negara oleh Al-Alawi et al. (2007) melihat elemen budaya organisasi yang
mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Antara elemen budaya yang dikaji ialah amanah
antara perorangan, komunikasi antara kakitangan, sistem maklumat, sistem ganjaran dan
struktur organisasi. Kajian telah dilakukan ke atas kakitangan organisasi sektor awam dan
sektor swasta di Bahrain. Hasil kajian menunjukkan faktor amanah, komunikasi, sistem
maklumat, ganjaran dan struktur organisasi mempunyai pengaruh yang sangat positif kepada
perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja.

Akhir sekali, McDermot dan O’Dell (2001) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti
samada budaya organisasi mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan. Kajian telah
dijalankan di lima buah syarikat di Amerika Syarikat. Hasil kajian mendapati budaya
organisasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Kajian ini juga mendapati jaringan
pekerja adalah salah satu kejayaan perkongsian pengetahuan.

Model kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk menguji secara empirikal pengaruh budaya organisasi ke
atas tahap perkongsian pengetahuan. Berdasarkan kajian literatur, dua komponen budaya
organisasi telah dikenalpasti mempengaruhi perkongsian pengetahuan iaitu individu dan
struktur organisasi di mana masing-masing mempunyai dua elemen iaitu kepercayaan dan
komunikasi antara pekerja bagi komponen individu dan orientasi pasukan dan struktur tidak
formal bagi komponen struktur. Model kajian ditunjukkan di Rajah 1.




                                            71
Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008




                                        Individu


                                       Kepercayaan



                                        Komunikasi
                                       antara pekerja

                                                                Perkongsian
                                                                pengetahuan
                                         Struktur

                                         Orientasi
                                          pekerja


                                       Struktur tidak
                                           formal


                                        Rajah 1: Mode1 kajian

Hipotesis kajian

Adalah sukar untuk membincangkan perkongsian pengetahuan tanpa mengambil kira elemen
kepercayaan. Kepercayaan antara pekerja adalah satu nilai yang sangat penting dalam budaya
organisasi dan mempunyai pengaruh yang positif ke atas perkongsian pengetahuan. Kajian
oleh Al-Alawi et al. (2007) di kalangan pekerja sektor kerajaan dan swasta di Bahrain
mendapati kepercayaan antara pekerja merupakan salah satu elemen budaya yang
mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Saling mempercayai menyebabkan setiap pekerja
merasa selamat dan lebih mudah untuk berkongsi pengetahuan. Oleh itu, hipotesis 1 kajian
dibentuk:

H1:       Tahap kepercayaan mempunyai kesan positif ke atas tahap perkongsian pengetahuan.

Komunikasi berkesan membawa kepada perkongsian pengetahuan yang tinggi, peningkatan
dalam moral dan komitmen terhadap kerja (Sprague dan Brocco, 2002). Desouza (2003)
mengatakan dengan berdialog antara satu sama lain, pengetahuan dapat dikongsi serta proses
pertukaran dan perkongsian pengetahuan akan terbentuk. Proses komunikasi merupakan satu
proses yang melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Kajian oleh Al-Alawi et al.
(2007) mendapati komunikasi merupakan salah satu elemen budaya yang mempengaruhi
tahap perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja. Oleh yang demikian, hipotesis 2 kajian
dibentuk:

H2:       Tahap komunikasi antara pekerja mempunyai kesan positif ke atas tahap perkongsian
          pengetahuan.

Organisasi yang mengamalkan budaya kumpulan akan menggalakkan perkongsian
pengetahuan berbanding dengan organisasi yang pekerjanya lebih mengutamakan
penyimpanan pengetahuan dan bersaing antara satu sama lain (Elliot dan O’Dell, 1999).


                                                     72
hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan




Budaya kerja berkumpulan menggalakkan pekerja menyuarakan pendapat dan memberi
peluang untuk mereka berkongsi pengetahuan. Oleh yang demikian, hipotesis 3 kajian
dibentuk:
H3:     Orientasi pasukan mempunyai kesan positif ke atas tahap perkongsian pengetahuan.

Menurut Koontz dan Wiehrichl (1991), organisasi boleh dikategorikan kepada organisasi
formal dan organisasi tidak formal. Struktur tidak formal lebih terbuka dari aspek
komunikasi. Komunikasi dan pertukaran maklumat di kalangan pekerja di pelbagai peringkat
organisasi lebih terbuka kerana struktur tidak formal mempunyai kurang prosedur dan
protokol. Oleh yang demikian, hipotesis 4 dibentuk:

H4:        Tahap struktur tidak formal mempunyai kesan positif tahap perkongsian
           pengetahuan.

Metodologi kajian

Responden kajian ini adalah pelajar sarjana dari empat buah fakulti di Universiti Teknologi
Malaysia. Analisis faktor telah dilakukan untuk menilai kesahihan pembolehubah dan regresi
berganda telah digunakan untuk menganalisis data.

Analisis

Seratus soalselidik telah diedarkan kepada responden dan kesemua soalselidik telah diperolehi
semula. Jadual 1 menunjukkan profil responden. Lima puluh lapan peratus adalah perempuan
dan 48 peratus adalah lelaki. Majoriti responden berumur kurang daripada 30 tahun dan
mempunyai pengalaman kerja kurang daripada lima tahun.

                                Jadual 1: Profil demografi

                                         Kategori                       Peratus
                Jantina                  Lelaki                           42
                                         Perempuan                        58

                Umur                     <25                               26
                                         26-30                             46
                                         31-40                             24
                                         >41                                4

                Pengalaman Kerja         < 1 Tahun                         28
                                         1-5 Tahun                         55
                                         6-10 Tahun                        12
                                         > 11 Tahun                         5

                Bangsa                   Melayu                            58
                                         Cina                              27
                                         India                             15

Kebolehpercayaan faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan di tunjukkan di
Jadual 2. Kesemua faktor kecuali struktur tidak formal menunjukkan nilai Cronbach alpha
melebihi nilai 0.7 seperti dicadangkan oleh Hair et al. (1998). Hasil daripada analisis



                                             73
Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008




kepercayaan ini, pengkaji telah menggugurkan faktor struktur daripada analisis seterusnya
memandangkan nilai Cronbach alpha yang rendah.


                                 Jadual 2 Analisis kebolehpercayaan

                    Faktor                                          Alpha
                    Kepercayaan                                      0.79
                    Komunikasi anatara pekerja                       0.72
                    Orientasi pasukan                                0.76
                    Struktur tidak formal                            0.43
                    Perkongsian pengetahuan                          0.95

Analisis faktor telah dilakukan ke atas 13 item dalam soalselidik (setelah menggugurkan item
bagi faktor struktur tidak formal). Daripada analisis faktor yang telah dilakukan, didapati
terdapat item yang tidak load di atas faktornya. Disamping itu, terdapat juga item yang load di
atas beberapa faktor dengan nilai loading yang tinggi. Kesemua item ini telah digugurkan.
Jadual 3 menunjukkan hasil analisis faktor akhir setelah menggugurkan item-item tersebut.
Kaiser-Meyer-Oklin menunjukkan nilai 0.66, melebihi nilai cadangan minimum 0.6 (Kaiser,
1974). Barlett’s test of sphericity adalah signifikan dimana menyokong pemfaktoran matrix
korelasi (Bartlett, 1954). Seperti ditunjukkan di Jadual 3, kesemua item load dengan baik di
atas faktor masing-masing.

                                        Jadual 3: Analisis faktor

                                 Item                                  Faktor   Faktor   Faktor
                                                                         1        2        3
Dalam organisasi saya, pekerja berasa selamat untuk                     0.86
berkongsi pengetahuan dengan rakan sekerja lain
Dalam organisasi saya, pekerja saling mempercayai rakan                 0.92
sekerja
Dalam organisasi saya, pekerja percaya rakan sekerja adalah             0.86
jujur
Dalam organisasi saya, pekerja mengadakan perbincangan                           0.89
untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Dalam organisasi saya, pekerja jarang berkomunikasi antara                       0.83
satu sama lain
Dalam organisasi saya, tugasan sering dilakukan secara                                    0.88
berkumpulan
Dalam organisasi saya, pekerja membuat keputusan dalam                                    0.83
kumpulan



Seterusnya regresi berganda telah dilakukan. Jadual 4 menunjukkan ringkasan hasil regresi
berganda yang telah dilakukan. Nilai variance inflation factor (VIF) adalah kurang daripada
10 dan menunjukkan ancaman multicollinearity yang tidak signifikan. Nilai F di Jadual 4



                                                   74
hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan




menunjukkan model linear yang signifikan. Nilai R2 adalah 0.568, menunjukkan 56 peratus
varians dalam perkongsian pengetahuan diterangkan oleh tiga pembolehubah bebas yang diuji.

                               Jadual 4: Hasil regresi berganda

 Multiple R = 0.753
 R Square = 0.568
 Adjusted R2 = 0.554
 Standard Error =0.4497
                                                                                  Mean
                                     DF            Sum of Squares                square
 Regression                           3                 25.490                    8.497
 Residual                            96                 19.412                    0.202
 F = 40.020                                     Significance F = 0.000

 Variable                           Beta                     t                     Sig.          VIF
 Kepercayaan                        0.346                  4.176                  0.000         1.528
 Komunikasi Antara Pekerja          0.502                  6.091                  0.000         1.506
 Orientasi Pasukan                 -0.029                 -0.419                  0.676         1.044


Analisis regresi berganda menunjukkan dua faktor yang signifikan mempengaruhi
perkongsian pengetahuan iaitu kepercayaan (β = 0.346, p < 0.05) dan komunikasi antara
pekerja (β = 0.502, p < 0.05). Walau bagaimanapun, pengaruh orientasi pasukan ke atas
perkongsian pengetahuan didapati tidak signifikan. Rajah 2 menunjukkan model akhir kajian
ini.


                               Kepercayaan          0.34*



                                Komunikasi        0.50*
                               antara pekerja                  Perkongsian
                                                               pengetahuan

                                 Orientasi          -0.029
                                  pekerja



* Signifikan pada tahap 0.05
                                     Rajah 2: Model akhir

Perbincangan dan kesimpulan

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor budaya yang mempengaruhi perkongsian
pengetahuan. Berdasarkan kajian literature, pengkaji telah membangunkan satu model kajian
yang menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Ia
mengandungi empat pembolehubah iaitu, kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi
pasukan dan struktur tidak formal. Pembolehubah struktur tidak formal telah digugurkan
daripada analisis memandangkan nilai kebolehpercayaan yang rendah. Hasil analisis berganda
yang telah dilakukan, dua faktor telah dikenalpasti mempengaruhi perkongsian pengetahuan


                                                  75
Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008




secara signifikan iaitu kepercayaan dan komunikasi antara pekerja. Pengaruh orientasi
pasukan ke atas perkongsian pengetahuan, walau bagaimanapun, tidak signifikan.

Komunikasi merupakan komponen asas perkongsian pengetahuan. Perkongsian pengetahuan
hanya akan berlaku jika komunikasi berlaku dalam organisasi. Tanpa komunikasi yang
terbuka antara pekerja, pengetahuan akan kekal pada pemiliknya dan proses pemindahan tidak
berlaku. Menurut Jones dan Rice (2000), tindak balas dan pertukaran idea berlaku dengan
lebih cepat dan berkesan melalui komunikasi secara bersemuka atau mel elektronik.

Hasil dapatan kajian juga mendapati kepercayaan turut mempengaruhi tahap perkongsian
pengetahuan. Kepercayaan antara pekerja adalah satu nilai yang sangat penting dalam
sesebuah organisasi dan memiliki pengaruh yang kuat ke atas perkongsian pengetahuan di
kalangan pekerja. Dapatan dalam kajian ini menyokong kajian oleh Al-Alawi et al. (2007)
yang mendapati bahawa kepercayaan antara pekerja merupakan salah satu elemen budaya
yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Dengan adanya kepercayaan maka setiap
pekerja berasa selamat dan dengan mudah tanpa ragu-ragu untuk berkongsi pengetahuan
samada maklumat dan masalah yang berlaku di tempat kerja.

Menurut Sunoo (1999), pemindahan pengetahuan berlaku melalui manusia, maka
kecenderungan untuk berkongsi pengetahuan bergantung kepada komunikasi dan kepercayaan
antara satu sama lain. Hasil kajian menunjukkan budaya organisasi yang dapat memberi
persekitaran komunikasi dan kepercayaan akan mendorong pekerja untuk berkongsi
pengetahuan.

Sumbangan praktikal

Teknologi adalah salah satu infrastruktur yang boleh menggalakkan perkongsian pengetahuan.
Dapatan dalam kajian ini menunjukkan komunikasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan.
Teknologi mampu menyokong pekerja untuk berkomunikasi, memperoleh maklumat atau
pengetahuan dan bukan sekadar menyimpan maklumat sahaja (McCampbell et al, 1999).
Kajian Low et al. (2000) mendapati faktor teknologi telah mempengaruhi tahap perkongsian
pengetahuan di kalangan pengurusan atasan di industri kecil dan sederhana (IKS). Penggunaan
e-mel, discussion group dan fasiliti Internet harus disediakan kepada ahli organisasi untuk
meningkatkan komunikasi dan secara tidak langsung perkongsian pengetahuan.

Salah satu isu yang paling penting dalam pengurusan pengetahuan adalah membangunkan
insentif yang sesuai kepada individu yang berkongsi pengetahuan (Martensson, 2000).
Dapatan dalam kajian ini menunjukkan komunikasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan.
Insentif boleh digunakan untuk menggalakkan pekerja untuk berkomunikasi untuk berkongsi
maklumat. Ini kerana melalui insentif pekerja merasa bahawa mereka dihargai dan bernilai
kepada organisasi. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan pekerja untuk berkomunikasi
dan berkongsi maklumat demi kepentingan bersama (Koulopoulos dan Frappalo, 1999).

Perkongsian pengetahuan bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan individu kepada
pengetahuan kolektif dalam organisasi. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan elemen
komunikasi dan kepercayaan meningkatkan perkongsian pengetahuan. Gaya kepimpinan
menggalakkan interaksi manusia (komunikasi), kepercayaan, penglibatan pekerja dalam
proses membuat keputusan dan kerja berkumpulan dalam melaksanakan perkongsian
pengetahuan seperti kerelaan berkongsi dan kreativiti.




                                            76
hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan




Gaya kepimpinan penting dalam usaha organisasi mencapai objektif kerana pemimpin akan
mempengaruhi tingkah laku orang bawahannya. Oleh yang demikian gaya kepimpinan
menggalakkan kepercayaan dan komunikasi antara subordinat untuk berkongsi pengetahuan.
Oleh yang demikian, seharusnya tiada pemisahan dari segi perkongsian pengetahuan
berdasarkan kepada pangkat dan jabatan selagi perkongsian itu membawa manfaat kepada
semua pihak. Pekerja lebih mempercayai dan selesa dengan pemimpin yang sentiasa
menggalakkan pekerja bawahannya mengumpulkan maklumat, idea dan pengetahuan untuk
memantau prestasi mereka agar dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam kerjaya.

Limitasi kajian

Terdapat beberapa limitasi dalam kajian ini. Antaranya elemen struktur tidak formal tidak
diuji memandangkan nilai kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu, daripada analisis faktor,
beberapa item digugurkan kerana load di atas faktor lain. Disamping itu, responden kajian
adalah pelajar-pelajar sarjana di sebuah universiti tempatan. Walaupun, mereka adalah pelajar
bekerja dan boleh mewakili pekerja organisasi, jumlah mereka yang kecil dan tertumpu
kepada beberapa sektor pekerjaan, mungkin tidak mewakili keseluruhan populasi pekerja.
Oleh itu, dapatan kajian ini harus diambil secara berhati-hati.

Rujukan:

Al-Alawi, A. I., Al-Marzooqi, N. Y. dan Mohammed, Y.F. (2007). Organizational culture and
knowledge sharing: critical success factors. Journal of Knowledge Management, 11(2): 22-42.

Anthes, G. H. (1998). Learning how to share. Computerworld, 32(8): 75-77

Bartlett, M. S. (1954). A note on the multiplying factors for various chi square
         approximations, Journal of the Royal Statistical Society, 16: 296-298.

Beijerse, R. P. (1999). Question in knowledge management: defining and conceptualizing a
         phenomenon. Journal of Knowledge Management, 3(2): 94-110.

Bhatt, G. D. (2001). Knowledge management in organizations: examining the interaction
        between technologies, techniques and people. Journal of Knowledge Management,
        5(1): 68-75.

Ching C. L. dan Jie. Y. (2000). Knowledge value chain. Journal of Management
       Development, 19 (9): 783-794.

Desouza, K. C. (2003). Knowledge management barriers: why the technology imperative
        seldom works. Business Horizons, 46(1): 25-29.

Elliott, S. dan O’Dell, C. (1999). Sharing knowledge and best practices: hows and ways of
          tapping your organization’s hidden reservoirs of knowledge. Health Forum Journal,
          42(3): 34-37.

Garrison, D. (2005). Creating a teamwork culture. URL:http://www.leadingtoday.org
        /Onmag/2005%20Archives/feb05/dg-feb05.htm

Grey, D. (1996). Sharing knowledge. URL:http://www.km-forum.org.



                                             77
Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008




Gupta, A. K. dan Govindarajan, V. (2000). Knowledge management social dimension: lessons
        from nucor steel. Sloan Management Review, 42(1): 71-81.

Gupta, B., Iyer, L. S. and Aronson, J. E. (2000). Knowledge management: practices and
        challenges. Industrial Management And Data Systems, 100(1): 17-21.

Hair, J., Anderson, R., Tatham, R., and Black, W. (1998). Multivariate data analysis, Upper
          Saddle River, New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Jones, N. B. and Rice, M. (2000). Can web based knowledge sharing tools improve the
        learning process in an MBA consulting class. T.H.E Journal, 27(9): 100-105.

Kaiser, H. (1974). An index of factorial simplicity, Psychometrika, 39: 31-36.

Koontz, H. dan Wiehrichl, H. (1991). Pengurusan. Terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod dan
        Siti Nadzrah Sheikh Omar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia.

Koulopoulos, T. M. and Frappaolo, C. (1999). Smart things to know about knowledge
       management. 1st ed. Capstone Publishing Limited, U.S.A.

Low H. H., Omain, S. Z. dan Md Som, H. (2000), Perkongsian pengetahuan di kalangan
       industri kecil dan sederhana, Laporan Penyelidikan, Fakulti Pengurusan dan
       Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.

Martensson, M. (2000). A critical review of knowledge as a management tool. Journal of
        Knowledge Management, 4(3): 204-216.

McCampbell, A. S., Clare, L. M., and Gritters, S. H. (1999). Knowledge management: the
      new challenge for the 21st century. Journal of Knowledge Management, 3(3):172-
      179.

McDermott, R. and O'Dell, C. (2001). Overcoming cultural barriers to sharing knowledge.
      Journal of Knowledge Management, 5(1): 76 - 85.

O’Reilly, C. A. I., Chatman, J. and Caldwell, D. F. (1991), People and organizational culture:
        a profile comparison approach to assessing person-organization fit. Academy of
        Management Journal, 34(3): 487-516.

Park H., Ribière V., and Schulte W. D. Jr (2004). Critical attributes of organizational culture
         that promote knowledge management technology implementation success. Journal of
         Knowledge Management, 8(3): 106-117.

Robbins, S. P. (1996). Perilaku organisasi: konsep, kontroversi, aplikasi. Prenhallindo,
        Jakarta.

Sprague, R. W. and Del Brocco, S.F. (2002). Calculating the roi on internal communication.
        Employment Relations Today, 29(1): 33-34.

Sunoo, B. P. (1999). How HR support knowledge sharing. Workforce, 78(3): 30-33.




                                               78
hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan




Teece, D. (2000). Strategies for managing knowledge assets: the role of firm structure and
        industrial context. Long Range Planning, 33: 35-54.

Wang, D. H., Yang, D., and Chai, J.K. (2000). Knowledge management. 1st. ed. Beijing: Xue
       Yuan Publisher.

Yang, J. T (2004). Job related knowledge sharing: comparative case studies. Journal of
        Knowledge Management, 8(2): 118-126.

Yao, L. J, Kam, T. H. Y and Chan, S. H. (2007). Knowledge sharing in asian public
        administration sector: the case of Hong Kong. Journal of Enterprise Information
        Management, 20(1): 51-69.




                                           79

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Anatomi organisasi Powerpoint
Anatomi organisasi PowerpointAnatomi organisasi Powerpoint
Anatomi organisasi PowerpointRadenFatahillah3
 
Pp administrasi pendidikan siska pratiwi
Pp administrasi pendidikan siska pratiwiPp administrasi pendidikan siska pratiwi
Pp administrasi pendidikan siska pratiwiFirka Akha
 
Administrasi pendidikan novita dewi
Administrasi pendidikan novita dewiAdministrasi pendidikan novita dewi
Administrasi pendidikan novita dewiprawitasari_novita
 
Knowledge Management
Knowledge ManagementKnowledge Management
Knowledge ManagementrednoNS
 
Tugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuan
Tugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuanTugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuan
Tugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuanMegaNurastuti
 
Teori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi ManajemenTeori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi ManajemenAdy Setiawan
 
Teori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi ManajemenTeori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi ManajemenAdy Setiawan
 
Knowledge management cycle
Knowledge management cycle Knowledge management cycle
Knowledge management cycle Andry Kurniawan
 
Wawasan dasar pengelolaan pendidikan
Wawasan dasar pengelolaan pendidikanWawasan dasar pengelolaan pendidikan
Wawasan dasar pengelolaan pendidikanlinda_rosalina
 
Makalah Wawasan Dasar Pengelolaan Pendidikan
Makalah Wawasan Dasar Pengelolaan PendidikanMakalah Wawasan Dasar Pengelolaan Pendidikan
Makalah Wawasan Dasar Pengelolaan Pendidikansilvia kuswanti
 
Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice
Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice
Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice Wahono Syahida
 
Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S.
Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S. Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S.
Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S. Pangestu S
 
Chapter 4 km capture & codification
Chapter 4 km capture & codificationChapter 4 km capture & codification
Chapter 4 km capture & codificationdodyprasetyotrisandy
 
Budaya organisasi di lingkungan kereta api
Budaya organisasi di lingkungan kereta api Budaya organisasi di lingkungan kereta api
Budaya organisasi di lingkungan kereta api Amalia Islamia
 

Mais procurados (18)

Model administrasi pendidikan
Model administrasi pendidikanModel administrasi pendidikan
Model administrasi pendidikan
 
Anatomi organisasi Powerpoint
Anatomi organisasi PowerpointAnatomi organisasi Powerpoint
Anatomi organisasi Powerpoint
 
Administrasi pendidikan
Administrasi pendidikanAdministrasi pendidikan
Administrasi pendidikan
 
Pp administrasi pendidikan siska pratiwi
Pp administrasi pendidikan siska pratiwiPp administrasi pendidikan siska pratiwi
Pp administrasi pendidikan siska pratiwi
 
Administrasi pendidikan novita dewi
Administrasi pendidikan novita dewiAdministrasi pendidikan novita dewi
Administrasi pendidikan novita dewi
 
Knowledge Management
Knowledge ManagementKnowledge Management
Knowledge Management
 
Tugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuan
Tugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuanTugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuan
Tugas artikel ilmiah pengelola sistem pengetahuan
 
Teori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi ManajemenTeori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi Manajemen
 
Teori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi ManajemenTeori dan Fungsi Manajemen
Teori dan Fungsi Manajemen
 
Knowledge management cycle
Knowledge management cycle Knowledge management cycle
Knowledge management cycle
 
Tugasan 1033 adelina2
Tugasan 1033 adelina2Tugasan 1033 adelina2
Tugasan 1033 adelina2
 
Wawasan dasar pengelolaan pendidikan
Wawasan dasar pengelolaan pendidikanWawasan dasar pengelolaan pendidikan
Wawasan dasar pengelolaan pendidikan
 
Makalah Wawasan Dasar Pengelolaan Pendidikan
Makalah Wawasan Dasar Pengelolaan PendidikanMakalah Wawasan Dasar Pengelolaan Pendidikan
Makalah Wawasan Dasar Pengelolaan Pendidikan
 
Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice
Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice
Dampak sharing knowledge terhadap best operational practice
 
Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S.
Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S. Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S.
Pengorganisasian. Manajemen Keperawatan. By Pangestu Chaesar S.
 
Chapter 4 km capture & codification
Chapter 4 km capture & codificationChapter 4 km capture & codification
Chapter 4 km capture & codification
 
Tugas ide riset proposal
Tugas ide riset proposalTugas ide riset proposal
Tugas ide riset proposal
 
Budaya organisasi di lingkungan kereta api
Budaya organisasi di lingkungan kereta api Budaya organisasi di lingkungan kereta api
Budaya organisasi di lingkungan kereta api
 

Destaque

8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_Nor Masyiah
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3mat Ki
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidikCik BaCo
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 

Destaque (7)

Eco!
Eco!Eco!
Eco!
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_8 konsep program_latihan_sm_
8 konsep program_latihan_sm_
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
87443653 75101 3
87443653 75101 387443653 75101 3
87443653 75101 3
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 

Semelhante a 1106

Knowledge Management Dalam Organisasi
Knowledge Management Dalam OrganisasiKnowledge Management Dalam Organisasi
Knowledge Management Dalam Organisasidhibah
 
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...AzhyqaRereanticaMart
 
PENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDM
PENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDMPENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDM
PENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDMVorata Alvorata
 
Menjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldi
Menjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldiMenjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldi
Menjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldiwww.didiarsandi.com
 
Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)
Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)
Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)Vivii Charmeiliaa
 
Sistem pengelola pengetahuan
Sistem pengelola pengetahuan  Sistem pengelola pengetahuan
Sistem pengelola pengetahuan rian rian
 
Manajemen pengetahuan
Manajemen pengetahuanManajemen pengetahuan
Manajemen pengetahuanAsep Sahwani
 
Industry Knowledge Management Model 4.0.pdf
Industry Knowledge Management Model 4.0.pdfIndustry Knowledge Management Model 4.0.pdf
Industry Knowledge Management Model 4.0.pdfTantiArdianti1
 
Pertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptx
Pertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptxPertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptx
Pertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptxMohamadRamdan17
 
Knowledge management di organisasi
Knowledge management di organisasiKnowledge management di organisasi
Knowledge management di organisasiNur Findiani
 
Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)
Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)
Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)Sastra Diharlan
 
4 knowledge management performance presentation-fix
4 knowledge management  performance presentation-fix4 knowledge management  performance presentation-fix
4 knowledge management performance presentation-fixnoe irredenta
 
SISTEM PENGELOLA PENGETAHUAN
SISTEM PENGELOLA PENGETAHUANSISTEM PENGELOLA PENGETAHUAN
SISTEM PENGELOLA PENGETAHUANJordanOctavian
 
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYASISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYASitiAisyahMaudina
 
Learning organization by Daniel Doni Sundjojo
Learning organization by Daniel Doni SundjojoLearning organization by Daniel Doni Sundjojo
Learning organization by Daniel Doni SundjojoDaniel Doni
 
Perspektif Manajemen Pengetahuan
Perspektif Manajemen PengetahuanPerspektif Manajemen Pengetahuan
Perspektif Manajemen PengetahuanAdiza Fatin
 

Semelhante a 1106 (20)

Knowledge Management Dalam Organisasi
Knowledge Management Dalam OrganisasiKnowledge Management Dalam Organisasi
Knowledge Management Dalam Organisasi
 
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA PADA SEKRETARIAT JENDE...
 
PENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDM
PENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDMPENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDM
PENTINGNYA MANAJEMEN PENGETAHUAN BAGI ORGANISASI DAN SDM
 
Menjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldi
Menjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldiMenjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldi
Menjadikan manajemen pengetahuan_sebagai....by_b._elnath_aldi
 
Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)
Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)
Wawasan dasar pengelolaan_pendidikan (1)
 
Sistem pengelola pengetahuan
Sistem pengelola pengetahuan  Sistem pengelola pengetahuan
Sistem pengelola pengetahuan
 
Manajemen pengetahuan
Manajemen pengetahuanManajemen pengetahuan
Manajemen pengetahuan
 
Industry Knowledge Management Model 4.0.pdf
Industry Knowledge Management Model 4.0.pdfIndustry Knowledge Management Model 4.0.pdf
Industry Knowledge Management Model 4.0.pdf
 
Sidang tesis Arman
Sidang tesis ArmanSidang tesis Arman
Sidang tesis Arman
 
Pertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptx
Pertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptxPertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptx
Pertemuan 1 - Teori Pengembangan Organisasi - Overview.pptx
 
Knowledge management di organisasi
Knowledge management di organisasiKnowledge management di organisasi
Knowledge management di organisasi
 
Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)
Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)
Manajemen Pengetahuan (kelompok 3)
 
Chapter ii(1)
Chapter ii(1)Chapter ii(1)
Chapter ii(1)
 
4 knowledge management performance presentation-fix
4 knowledge management  performance presentation-fix4 knowledge management  performance presentation-fix
4 knowledge management performance presentation-fix
 
SISTEM PENGELOLA PENGETAHUAN
SISTEM PENGELOLA PENGETAHUANSISTEM PENGELOLA PENGETAHUAN
SISTEM PENGELOLA PENGETAHUAN
 
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYASISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA
SISTEM INFORMASI PENGELOLA PENGETAHUAN DAN SUMBER DAYA
 
Learning organization by Daniel Doni Sundjojo
Learning organization by Daniel Doni SundjojoLearning organization by Daniel Doni Sundjojo
Learning organization by Daniel Doni Sundjojo
 
Tugas paper
Tugas paperTugas paper
Tugas paper
 
Dita Ha
Dita HaDita Ha
Dita Ha
 
Perspektif Manajemen Pengetahuan
Perspektif Manajemen PengetahuanPerspektif Manajemen Pengetahuan
Perspektif Manajemen Pengetahuan
 

Último

PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPAnaNoorAfdilla
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKArifinAmin1
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxHansTobing
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuKarticha
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxKalpanaMoorthy3
 
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxCERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxpolianariama40
 
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfMateri Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfKamboja16
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 

Último (20)

PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptxGandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
Gandum & Lalang (Matius......13_24-30).pptx
 
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamuAdab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
Adab bjjkkkkkkk gggggggghhhhywq dede dulu ya itu yg kamu
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
 
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxCERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
 
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdfMateri Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
Materi Struktur Jaringan Tumbuhan(1).pdf
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 

1106

  • 1. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008 Hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan Zuliana Zookefli Lyana83.kefli@gmail.com Khalil Md Nor m-khalil@utm.my Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia Abstrak Globalisasi telah meningkatkan tahap persaingan perniagaan. Daya saing sesebuah organisasi bukan lagi bergantung kepada kadar buruh yang murah dan polisi perlindungan daripada pihak kerajaan. Ramai berpendapat teknologi merupakan kompetensi utama yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi untuk terus bersaing dan keupayaan teknologi dalam mengangkat daya saing sesebuah organisasi dipengaruhi oleh pengurusan pengetahuan. Antara komponen penting dalam pengurusan pengetahuan adalah perkongsian pengetahuan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara budaya organisasi dan tahap perkongsian pengetahuan. Elemen budaya organisasi yang dikaji meliputi kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur organisasi. Seratus borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar sarjana di empat buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan kaedah regresi berganda. Hasil analisis menunjukkan bahawa komunikasi antara pekerja dan kepercayaan memberi kesan positif yang signifikan kepada perkongsian pengetahuan. Cadangan akademik dan praktikal diutarakan. Kata kunci: pengurusan pengetahuan, perkongsian pengetahuan, budaya organisasi Pengenalan Bhatt (2001) mendefinisikan pengurusan pengetahuan sebagai proses penghasilan, pemanfaatan, penghantaran dan penggunaan pengetahuan. Menurut beliau tiga komponen penting dalam pengurusan pengetahuan ialah membangunkan atau mewujudkan pengetahuan, menyimpan pengetahuan dan berkongsi pengetahuan. Definisi ini menunjukkan pengurusan pengetahuan bukan kepada penyimpanan pengetahuan semata-mata, sebaliknya pengurusan pengetahuan melibatkan keperluan untuk mendapatkan pengetahuan sama ada dari dalam atau luar organisasi dan perkongsian pengetahuan antara warga organisasi. Pengurusan pengetahuan merupakan salah satu isu yang penting dalam pengurusan hari ini (Beijerse, 1999). Pengetahuan dapat meningkatkan daya saing organisasi. Pengetahuan yang dikongsi, diaplikasi dan diperbaharui dapat menjana idea kreatif (Wang at el. 2000). Penyelesaian masalah secara kreatif dan pengenalan produk atau perkhidmatan yang inovatif hasil daripada pengurusan pengetahuan yang efektif dapat meningkatkan daya saing organisasi. Budaya organisasi adalah norma yang dikongsi oleh pekerja dalam sesebuah organisasi (Park et al., 2004). McDermott dan O’Dell (2001) mendefinisikan budaya organisasi sebagai nilai, struktur dan sistem, kelakuan, ruang dan lagenda yang menjadi praktis dalam organisasi.
  • 2. hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan Kepentingan budaya dalam kejayaan pengurusan pengetahuan tidak boleh dinafikan. Pengurusan pengetahuan melibatkan perkongsian pengetahuan antara pekerja mahupun jabatan. Oleh kerana budaya membentuk cara bekerja maka seharusnya budaya mempengaruhi perkongsian pengetahuan sesebuah organisasi. Artikel ini melihat elemen budaya organisasi yang mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan. Berdasarkan kajian literatur, artikel ini mengkaji pengaruh elemen budaya iaitu kepercayaan, komunikasi, orientasi pasukan dan struktur organisasi ke atas perkongsian pengetahuan. Pengurusan pengetahuan Ekonomi dunia telah beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan salah satu aset penting dalam syarikat adalah pengetahuan. Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses yang membantu organisasi untuk mencari, memilih, mengorganisasi, menyebar dan memindahkan pengetahuan untuk aktiviti-aktiviti seperti penyelesaiaan masalah, perancangan strategik dan pembuatan keputusan (Gupta et al. 2000). Pengurusan pengetahuan melibatkan prosedur dan teknik untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat organisasi yang tersirat dan tidak tersirat (Teece, 2000). Pengurusan pengetahuan bukan hanya merujuk kepada mewujudkan pengetahuan semata-mata, sebaliknya pengurusan pengetahuan dinyatakan sebagai proses berterusan bermula dari tahap mendapatkan pengetahuan sehinggalah kepada mengekalkan pengetahuan tersebut dalam organisasi. Ching dan Jie (2000) menyatakan pengurusan pengetahuan sebagai proses yang mengawal penciptaan, penyebaran dan penyuntingan pengetahuan untuk memenuhi objektif organisasi. Beijerse (1999) membezakan empat proses dalam pengurusan pengetahuan. Pertama, menentukan keperluan pengetahuan yang diperlukan. Kedua, menentukan pengetahuan yang wujud antara pengetahuan yang perlu dengan pengetahuan yang sedia ada, samada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif. Ketiga, jurang pengetahuan dikecilkan dengan membangunkan pengetahuan yang baru samada dengan membeli pengetahuan, memperbaiki pengetahuan yang sedia ada atau menghapuskan pengetahuan yang telah ketinggalan zaman. Keempat, pengetahuan dikongsi, disebarkan dan diaplikasikan untuk kegunaan semua. Kepentingan pengurusan pengetahuan memang tidak dapat dinafikan. Menurut Beijerse (1999), pengurusan pengetahuan membantu organisasi dalam memperbaiki keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap. Perkongsian pengetahuan Grey (1996) mendefinisikan perkongsian pengetahuan sebagai komitmen untuk memberitahu dan menterjemah, serta mendidik rakan sekerja yang lain. Maklumat yang dikongsi tidak hanya mengenai aspek kerja tetapi juga termasuk visi, matlamat, sokongan, perasaan, pendapat dan soalan. Faedah yang diperolehi oleh organisasi mengenai perkongsian pengetahuan bergantung kepada bagaimana pekerja menerap, berkongsi dan menggunakan pengetahuan yang ada (Wang et al. 2000). Perkongsian menambah nilai kepada pengetahuan. Pengetahuan tidak bernilai sehingga ia dipindahkan. Sekiranya, individu menyimpan pengetahuan sendiri dan enggan berkongsi dengan orang lain, maka tiada nilai yang akan tercipta. 69
  • 3. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008 Apa yang menarik tentang pengetahuan ialah pengetahuan kekal pada pemilik selepas dikongsi dengan pihak lain. Pihak lain yang memperoleh pengetahuan yang dipindahkan itu seterusnya boleh menambah nilai pengetahuan tersebut melalui pengetahuan sedia ada (Information Week, 1999). Perkongsian pengetahuan mampu meningkatkan prestasi organisasi. Perkongsian pengetahuan membenarkan pekerja berkongsi cara kerja terbaik, meningkatkan percambahan ide yang lebih kreatif dalam aspek produk dan perkhidmatan, dan meningkatkan produktiviti dengan memendekkan proses penyelesaian masalah terutama apabila jalan penyelesaian yang berjaya boleh diguna pakai oleh pekerja lain. Budaya organisasi Secara umumnya budaya organisasi adalah personaliti kepada sesebuah organisasi. Robbins (1996) mendefinisikan budaya organisasi sebagai suatu persepsi bersama yang dianuti oleh anggota organisasi. Budaya organisasi merangkumi nilai yang diamalkan, kepercayaan, andaian-andaian, prinsip-prinsip, legenda-legenda dan norma-norma yang mempengaruhi bagaimana seseorang itu berfikir, membuat keputusan, dan menjalankan tugas dalam sesebuah organisasi (Garrison, 2005). Gupta dan Govindarajan (2000) mengemukakan sebuah kerangka di mana budaya organisasi mempunyai enam komponen iaitu struktur organisasi, sistem maklumat, individu, sistem ganjaran, kepimpinan dan proses. Setiap komponen mempunyai dimensinya masing-masing. Contohnya, komponen individu mempunyai dimensi komunikasi dan sistem kepercayaan, manakala komponen struktur organisasi mempunyai dimensi kumpulan dan komponen sistem maklumat mempunyai dimensi perkongsian. O’Reilly et al. (1991) pula telah membangunkan profil budaya organisasi yang terdiri daripada tiga komponen utama. Seperti Gupta dan Govindarajan (2000), setiap komponen mempunyai dimensinya masing-masing. Komponen pertama ialah mengendalikan kerja yang terbahagi kepada tiga dimensi iaitu terperinci, stabil dan inovatif. Komponen kedua ialah struktur orgnisasi yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu orientasi pasukan dan hubungan “interpersonal”. Komponen yang ketiga ialah tindakan individu yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu hasil dan sikap agresif. Budaya organisasi adalah penting dalam perkongsian dan penjanaan pengetahuan (Gupta et al., 2000). Budaya yang menyokong perkongsian pengetahuan akan membolehkan ahli organisasi berkongsi pengetahuan dan menggunakan pengetahuan yang ada untuk menghadapi segala masalah, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja (Anthes, 1998). Kajian lepas Berikut adalah beberapa kajian lepas yang releven dengan kajian ini. Yao et al. (2007) menjalankan kajian untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan di jabatan kerajaan, Hong Kong. Hasil kajian mendapati perkongsian pengetahuan di kalangan pengurusan atasan organisasi adalah tinggi berbanding pekerja bawahan. Selain itu, dua faktor yang paling mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan ialah faktor sokongan pengurusan dan insentif. Yang (2004) menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap perkongsian pengetahuan dan strategi untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan. Kajian dilakukan melalui temuduga ke atas 26 pekerja di dua buah hotel lima bintang di Taiwan. Hasil kajian menunjukkan tidak semua pekerja berkongsi pengetahuan semasa bekerja. Kajian juga mendapati fakor 70
  • 4. hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan persekitaran tempat kerja dan akiviti sosial di tempat kerja mempengaruhi kejayaan perkongsian pengetahuan. Lee et al. (2002) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan organisasi di beberapa industri pembuatan di Johor. Hasil kajian mendapati perkongsian pengetahuan di kalangan pengurusan atasan organisasi adalah adalah bergantung kepada faktor seperti teknologi, budaya, insentif,dan sistem pengurusan. Hasil kajian juga menunjukkan faktor budaya adalah faktor yang paling mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Dalam kajian lain, Low et al. (2000) mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan di kalangan pengurusan atasan di industri kecil dan sederhana di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan tahap perkongsian pengetahuan adalah sederhana. Kajian juga mendapati taraf pendidikan mempengaruhi perkongsian pengetahuan di mana mereka yang berpendidikan tinggi lebih mudah untuk berkongsi pengetahuan daripada mereka yang berpendidikan rendah. Selain itu, dua faktor yang paling mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan ialah faktor kepimpinan dan teknologi. Kajian luar negara oleh Al-Alawi et al. (2007) melihat elemen budaya organisasi yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Antara elemen budaya yang dikaji ialah amanah antara perorangan, komunikasi antara kakitangan, sistem maklumat, sistem ganjaran dan struktur organisasi. Kajian telah dilakukan ke atas kakitangan organisasi sektor awam dan sektor swasta di Bahrain. Hasil kajian menunjukkan faktor amanah, komunikasi, sistem maklumat, ganjaran dan struktur organisasi mempunyai pengaruh yang sangat positif kepada perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja. Akhir sekali, McDermot dan O’Dell (2001) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti samada budaya organisasi mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan. Kajian telah dijalankan di lima buah syarikat di Amerika Syarikat. Hasil kajian mendapati budaya organisasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Kajian ini juga mendapati jaringan pekerja adalah salah satu kejayaan perkongsian pengetahuan. Model kajian Matlamat kajian ini adalah untuk menguji secara empirikal pengaruh budaya organisasi ke atas tahap perkongsian pengetahuan. Berdasarkan kajian literatur, dua komponen budaya organisasi telah dikenalpasti mempengaruhi perkongsian pengetahuan iaitu individu dan struktur organisasi di mana masing-masing mempunyai dua elemen iaitu kepercayaan dan komunikasi antara pekerja bagi komponen individu dan orientasi pasukan dan struktur tidak formal bagi komponen struktur. Model kajian ditunjukkan di Rajah 1. 71
  • 5. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008 Individu Kepercayaan Komunikasi antara pekerja Perkongsian pengetahuan Struktur Orientasi pekerja Struktur tidak formal Rajah 1: Mode1 kajian Hipotesis kajian Adalah sukar untuk membincangkan perkongsian pengetahuan tanpa mengambil kira elemen kepercayaan. Kepercayaan antara pekerja adalah satu nilai yang sangat penting dalam budaya organisasi dan mempunyai pengaruh yang positif ke atas perkongsian pengetahuan. Kajian oleh Al-Alawi et al. (2007) di kalangan pekerja sektor kerajaan dan swasta di Bahrain mendapati kepercayaan antara pekerja merupakan salah satu elemen budaya yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Saling mempercayai menyebabkan setiap pekerja merasa selamat dan lebih mudah untuk berkongsi pengetahuan. Oleh itu, hipotesis 1 kajian dibentuk: H1: Tahap kepercayaan mempunyai kesan positif ke atas tahap perkongsian pengetahuan. Komunikasi berkesan membawa kepada perkongsian pengetahuan yang tinggi, peningkatan dalam moral dan komitmen terhadap kerja (Sprague dan Brocco, 2002). Desouza (2003) mengatakan dengan berdialog antara satu sama lain, pengetahuan dapat dikongsi serta proses pertukaran dan perkongsian pengetahuan akan terbentuk. Proses komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima. Kajian oleh Al-Alawi et al. (2007) mendapati komunikasi merupakan salah satu elemen budaya yang mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja. Oleh yang demikian, hipotesis 2 kajian dibentuk: H2: Tahap komunikasi antara pekerja mempunyai kesan positif ke atas tahap perkongsian pengetahuan. Organisasi yang mengamalkan budaya kumpulan akan menggalakkan perkongsian pengetahuan berbanding dengan organisasi yang pekerjanya lebih mengutamakan penyimpanan pengetahuan dan bersaing antara satu sama lain (Elliot dan O’Dell, 1999). 72
  • 6. hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan Budaya kerja berkumpulan menggalakkan pekerja menyuarakan pendapat dan memberi peluang untuk mereka berkongsi pengetahuan. Oleh yang demikian, hipotesis 3 kajian dibentuk: H3: Orientasi pasukan mempunyai kesan positif ke atas tahap perkongsian pengetahuan. Menurut Koontz dan Wiehrichl (1991), organisasi boleh dikategorikan kepada organisasi formal dan organisasi tidak formal. Struktur tidak formal lebih terbuka dari aspek komunikasi. Komunikasi dan pertukaran maklumat di kalangan pekerja di pelbagai peringkat organisasi lebih terbuka kerana struktur tidak formal mempunyai kurang prosedur dan protokol. Oleh yang demikian, hipotesis 4 dibentuk: H4: Tahap struktur tidak formal mempunyai kesan positif tahap perkongsian pengetahuan. Metodologi kajian Responden kajian ini adalah pelajar sarjana dari empat buah fakulti di Universiti Teknologi Malaysia. Analisis faktor telah dilakukan untuk menilai kesahihan pembolehubah dan regresi berganda telah digunakan untuk menganalisis data. Analisis Seratus soalselidik telah diedarkan kepada responden dan kesemua soalselidik telah diperolehi semula. Jadual 1 menunjukkan profil responden. Lima puluh lapan peratus adalah perempuan dan 48 peratus adalah lelaki. Majoriti responden berumur kurang daripada 30 tahun dan mempunyai pengalaman kerja kurang daripada lima tahun. Jadual 1: Profil demografi Kategori Peratus Jantina Lelaki 42 Perempuan 58 Umur <25 26 26-30 46 31-40 24 >41 4 Pengalaman Kerja < 1 Tahun 28 1-5 Tahun 55 6-10 Tahun 12 > 11 Tahun 5 Bangsa Melayu 58 Cina 27 India 15 Kebolehpercayaan faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan di tunjukkan di Jadual 2. Kesemua faktor kecuali struktur tidak formal menunjukkan nilai Cronbach alpha melebihi nilai 0.7 seperti dicadangkan oleh Hair et al. (1998). Hasil daripada analisis 73
  • 7. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008 kepercayaan ini, pengkaji telah menggugurkan faktor struktur daripada analisis seterusnya memandangkan nilai Cronbach alpha yang rendah. Jadual 2 Analisis kebolehpercayaan Faktor Alpha Kepercayaan 0.79 Komunikasi anatara pekerja 0.72 Orientasi pasukan 0.76 Struktur tidak formal 0.43 Perkongsian pengetahuan 0.95 Analisis faktor telah dilakukan ke atas 13 item dalam soalselidik (setelah menggugurkan item bagi faktor struktur tidak formal). Daripada analisis faktor yang telah dilakukan, didapati terdapat item yang tidak load di atas faktornya. Disamping itu, terdapat juga item yang load di atas beberapa faktor dengan nilai loading yang tinggi. Kesemua item ini telah digugurkan. Jadual 3 menunjukkan hasil analisis faktor akhir setelah menggugurkan item-item tersebut. Kaiser-Meyer-Oklin menunjukkan nilai 0.66, melebihi nilai cadangan minimum 0.6 (Kaiser, 1974). Barlett’s test of sphericity adalah signifikan dimana menyokong pemfaktoran matrix korelasi (Bartlett, 1954). Seperti ditunjukkan di Jadual 3, kesemua item load dengan baik di atas faktor masing-masing. Jadual 3: Analisis faktor Item Faktor Faktor Faktor 1 2 3 Dalam organisasi saya, pekerja berasa selamat untuk 0.86 berkongsi pengetahuan dengan rakan sekerja lain Dalam organisasi saya, pekerja saling mempercayai rakan 0.92 sekerja Dalam organisasi saya, pekerja percaya rakan sekerja adalah 0.86 jujur Dalam organisasi saya, pekerja mengadakan perbincangan 0.89 untuk menyelesaikan sesuatu masalah Dalam organisasi saya, pekerja jarang berkomunikasi antara 0.83 satu sama lain Dalam organisasi saya, tugasan sering dilakukan secara 0.88 berkumpulan Dalam organisasi saya, pekerja membuat keputusan dalam 0.83 kumpulan Seterusnya regresi berganda telah dilakukan. Jadual 4 menunjukkan ringkasan hasil regresi berganda yang telah dilakukan. Nilai variance inflation factor (VIF) adalah kurang daripada 10 dan menunjukkan ancaman multicollinearity yang tidak signifikan. Nilai F di Jadual 4 74
  • 8. hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan menunjukkan model linear yang signifikan. Nilai R2 adalah 0.568, menunjukkan 56 peratus varians dalam perkongsian pengetahuan diterangkan oleh tiga pembolehubah bebas yang diuji. Jadual 4: Hasil regresi berganda Multiple R = 0.753 R Square = 0.568 Adjusted R2 = 0.554 Standard Error =0.4497 Mean DF Sum of Squares square Regression 3 25.490 8.497 Residual 96 19.412 0.202 F = 40.020 Significance F = 0.000 Variable Beta t Sig. VIF Kepercayaan 0.346 4.176 0.000 1.528 Komunikasi Antara Pekerja 0.502 6.091 0.000 1.506 Orientasi Pasukan -0.029 -0.419 0.676 1.044 Analisis regresi berganda menunjukkan dua faktor yang signifikan mempengaruhi perkongsian pengetahuan iaitu kepercayaan (β = 0.346, p < 0.05) dan komunikasi antara pekerja (β = 0.502, p < 0.05). Walau bagaimanapun, pengaruh orientasi pasukan ke atas perkongsian pengetahuan didapati tidak signifikan. Rajah 2 menunjukkan model akhir kajian ini. Kepercayaan 0.34* Komunikasi 0.50* antara pekerja Perkongsian pengetahuan Orientasi -0.029 pekerja * Signifikan pada tahap 0.05 Rajah 2: Model akhir Perbincangan dan kesimpulan Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor budaya yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Berdasarkan kajian literature, pengkaji telah membangunkan satu model kajian yang menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Ia mengandungi empat pembolehubah iaitu, kepercayaan, komunikasi antara pekerja, orientasi pasukan dan struktur tidak formal. Pembolehubah struktur tidak formal telah digugurkan daripada analisis memandangkan nilai kebolehpercayaan yang rendah. Hasil analisis berganda yang telah dilakukan, dua faktor telah dikenalpasti mempengaruhi perkongsian pengetahuan 75
  • 9. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008 secara signifikan iaitu kepercayaan dan komunikasi antara pekerja. Pengaruh orientasi pasukan ke atas perkongsian pengetahuan, walau bagaimanapun, tidak signifikan. Komunikasi merupakan komponen asas perkongsian pengetahuan. Perkongsian pengetahuan hanya akan berlaku jika komunikasi berlaku dalam organisasi. Tanpa komunikasi yang terbuka antara pekerja, pengetahuan akan kekal pada pemiliknya dan proses pemindahan tidak berlaku. Menurut Jones dan Rice (2000), tindak balas dan pertukaran idea berlaku dengan lebih cepat dan berkesan melalui komunikasi secara bersemuka atau mel elektronik. Hasil dapatan kajian juga mendapati kepercayaan turut mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan. Kepercayaan antara pekerja adalah satu nilai yang sangat penting dalam sesebuah organisasi dan memiliki pengaruh yang kuat ke atas perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja. Dapatan dalam kajian ini menyokong kajian oleh Al-Alawi et al. (2007) yang mendapati bahawa kepercayaan antara pekerja merupakan salah satu elemen budaya yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Dengan adanya kepercayaan maka setiap pekerja berasa selamat dan dengan mudah tanpa ragu-ragu untuk berkongsi pengetahuan samada maklumat dan masalah yang berlaku di tempat kerja. Menurut Sunoo (1999), pemindahan pengetahuan berlaku melalui manusia, maka kecenderungan untuk berkongsi pengetahuan bergantung kepada komunikasi dan kepercayaan antara satu sama lain. Hasil kajian menunjukkan budaya organisasi yang dapat memberi persekitaran komunikasi dan kepercayaan akan mendorong pekerja untuk berkongsi pengetahuan. Sumbangan praktikal Teknologi adalah salah satu infrastruktur yang boleh menggalakkan perkongsian pengetahuan. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan komunikasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Teknologi mampu menyokong pekerja untuk berkomunikasi, memperoleh maklumat atau pengetahuan dan bukan sekadar menyimpan maklumat sahaja (McCampbell et al, 1999). Kajian Low et al. (2000) mendapati faktor teknologi telah mempengaruhi tahap perkongsian pengetahuan di kalangan pengurusan atasan di industri kecil dan sederhana (IKS). Penggunaan e-mel, discussion group dan fasiliti Internet harus disediakan kepada ahli organisasi untuk meningkatkan komunikasi dan secara tidak langsung perkongsian pengetahuan. Salah satu isu yang paling penting dalam pengurusan pengetahuan adalah membangunkan insentif yang sesuai kepada individu yang berkongsi pengetahuan (Martensson, 2000). Dapatan dalam kajian ini menunjukkan komunikasi mempengaruhi perkongsian pengetahuan. Insentif boleh digunakan untuk menggalakkan pekerja untuk berkomunikasi untuk berkongsi maklumat. Ini kerana melalui insentif pekerja merasa bahawa mereka dihargai dan bernilai kepada organisasi. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan pekerja untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat demi kepentingan bersama (Koulopoulos dan Frappalo, 1999). Perkongsian pengetahuan bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan individu kepada pengetahuan kolektif dalam organisasi. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan elemen komunikasi dan kepercayaan meningkatkan perkongsian pengetahuan. Gaya kepimpinan menggalakkan interaksi manusia (komunikasi), kepercayaan, penglibatan pekerja dalam proses membuat keputusan dan kerja berkumpulan dalam melaksanakan perkongsian pengetahuan seperti kerelaan berkongsi dan kreativiti. 76
  • 10. hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan Gaya kepimpinan penting dalam usaha organisasi mencapai objektif kerana pemimpin akan mempengaruhi tingkah laku orang bawahannya. Oleh yang demikian gaya kepimpinan menggalakkan kepercayaan dan komunikasi antara subordinat untuk berkongsi pengetahuan. Oleh yang demikian, seharusnya tiada pemisahan dari segi perkongsian pengetahuan berdasarkan kepada pangkat dan jabatan selagi perkongsian itu membawa manfaat kepada semua pihak. Pekerja lebih mempercayai dan selesa dengan pemimpin yang sentiasa menggalakkan pekerja bawahannya mengumpulkan maklumat, idea dan pengetahuan untuk memantau prestasi mereka agar dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam kerjaya. Limitasi kajian Terdapat beberapa limitasi dalam kajian ini. Antaranya elemen struktur tidak formal tidak diuji memandangkan nilai kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu, daripada analisis faktor, beberapa item digugurkan kerana load di atas faktor lain. Disamping itu, responden kajian adalah pelajar-pelajar sarjana di sebuah universiti tempatan. Walaupun, mereka adalah pelajar bekerja dan boleh mewakili pekerja organisasi, jumlah mereka yang kecil dan tertumpu kepada beberapa sektor pekerjaan, mungkin tidak mewakili keseluruhan populasi pekerja. Oleh itu, dapatan kajian ini harus diambil secara berhati-hati. Rujukan: Al-Alawi, A. I., Al-Marzooqi, N. Y. dan Mohammed, Y.F. (2007). Organizational culture and knowledge sharing: critical success factors. Journal of Knowledge Management, 11(2): 22-42. Anthes, G. H. (1998). Learning how to share. Computerworld, 32(8): 75-77 Bartlett, M. S. (1954). A note on the multiplying factors for various chi square approximations, Journal of the Royal Statistical Society, 16: 296-298. Beijerse, R. P. (1999). Question in knowledge management: defining and conceptualizing a phenomenon. Journal of Knowledge Management, 3(2): 94-110. Bhatt, G. D. (2001). Knowledge management in organizations: examining the interaction between technologies, techniques and people. Journal of Knowledge Management, 5(1): 68-75. Ching C. L. dan Jie. Y. (2000). Knowledge value chain. Journal of Management Development, 19 (9): 783-794. Desouza, K. C. (2003). Knowledge management barriers: why the technology imperative seldom works. Business Horizons, 46(1): 25-29. Elliott, S. dan O’Dell, C. (1999). Sharing knowledge and best practices: hows and ways of tapping your organization’s hidden reservoirs of knowledge. Health Forum Journal, 42(3): 34-37. Garrison, D. (2005). Creating a teamwork culture. URL:http://www.leadingtoday.org /Onmag/2005%20Archives/feb05/dg-feb05.htm Grey, D. (1996). Sharing knowledge. URL:http://www.km-forum.org. 77
  • 11. Jurnal Kemanusiaan bil. 11, Jun 2008 Gupta, A. K. dan Govindarajan, V. (2000). Knowledge management social dimension: lessons from nucor steel. Sloan Management Review, 42(1): 71-81. Gupta, B., Iyer, L. S. and Aronson, J. E. (2000). Knowledge management: practices and challenges. Industrial Management And Data Systems, 100(1): 17-21. Hair, J., Anderson, R., Tatham, R., and Black, W. (1998). Multivariate data analysis, Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall, Inc. Jones, N. B. and Rice, M. (2000). Can web based knowledge sharing tools improve the learning process in an MBA consulting class. T.H.E Journal, 27(9): 100-105. Kaiser, H. (1974). An index of factorial simplicity, Psychometrika, 39: 31-36. Koontz, H. dan Wiehrichl, H. (1991). Pengurusan. Terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod dan Siti Nadzrah Sheikh Omar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. Koulopoulos, T. M. and Frappaolo, C. (1999). Smart things to know about knowledge management. 1st ed. Capstone Publishing Limited, U.S.A. Low H. H., Omain, S. Z. dan Md Som, H. (2000), Perkongsian pengetahuan di kalangan industri kecil dan sederhana, Laporan Penyelidikan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia. Martensson, M. (2000). A critical review of knowledge as a management tool. Journal of Knowledge Management, 4(3): 204-216. McCampbell, A. S., Clare, L. M., and Gritters, S. H. (1999). Knowledge management: the new challenge for the 21st century. Journal of Knowledge Management, 3(3):172- 179. McDermott, R. and O'Dell, C. (2001). Overcoming cultural barriers to sharing knowledge. Journal of Knowledge Management, 5(1): 76 - 85. O’Reilly, C. A. I., Chatman, J. and Caldwell, D. F. (1991), People and organizational culture: a profile comparison approach to assessing person-organization fit. Academy of Management Journal, 34(3): 487-516. Park H., Ribière V., and Schulte W. D. Jr (2004). Critical attributes of organizational culture that promote knowledge management technology implementation success. Journal of Knowledge Management, 8(3): 106-117. Robbins, S. P. (1996). Perilaku organisasi: konsep, kontroversi, aplikasi. Prenhallindo, Jakarta. Sprague, R. W. and Del Brocco, S.F. (2002). Calculating the roi on internal communication. Employment Relations Today, 29(1): 33-34. Sunoo, B. P. (1999). How HR support knowledge sharing. Workforce, 78(3): 30-33. 78
  • 12. hubungan budaya organisasi dengan perkongsian pengetahuan Teece, D. (2000). Strategies for managing knowledge assets: the role of firm structure and industrial context. Long Range Planning, 33: 35-54. Wang, D. H., Yang, D., and Chai, J.K. (2000). Knowledge management. 1st. ed. Beijing: Xue Yuan Publisher. Yang, J. T (2004). Job related knowledge sharing: comparative case studies. Journal of Knowledge Management, 8(2): 118-126. Yao, L. J, Kam, T. H. Y and Chan, S. H. (2007). Knowledge sharing in asian public administration sector: the case of Hong Kong. Journal of Enterprise Information Management, 20(1): 51-69. 79