Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
1. ISI KANDUNGAN HALAMAN
PENGENALAN 2
(i) SINOPSIS NOVEL 4
(ii) TEORI SOSIOLOGI 6
PERNYATAAN MASALAH 10
OBJEKTIF 11
METADOLOGI 12
ANALISIS KAJIAN 12
KESIMPULAN 14
BIBLIOGRAFI 15
LAMPIRAN 16
2. PENGENALAN
Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan
kehadiran penulis daripada multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis
ini telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu,
kehadiran penulis dari bidang luar sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini
pernah dikatakan menjungkar balikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai
penulis yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka ini
membuatkan nama mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhan
daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan bahawa penulis ini
menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca.
Bukan mudah membaca pemikiran atau karya orang lain. Apalagi jika
tidak menghayati pengarang dan kepengarangannya. Hal yang demikian kerana
idea yang dicurahkan dalam tulisannya melalui karya kreatif bukan buah fikiran
semata-mata, tetapi mengandungi makna yang tersurat dan tersirat
Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya,
serta hadir dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatu
subjek dalam karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawah
panji realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain seperti
surealisme, absurdisme dan neutrealisme. Melihat kepada cerpen dan novel
penulis mutakhir ini, karya mereka kental dengan penggunaan ilmu bantu bagi
memperkukuhkan muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema-
tema yang klise tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global. Selain itu,
mereka begitu lancar menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi,
falsafah, undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luar
sastera sebagai landansan pengkaryaan mereka.
Penulis mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat kerana
setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing
2
3. terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia,
terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu mengeksploitnya semaksimum
ataupun seminimum mungkin.
3
4. SINOPSIS NOVEL
Melalui novel ini kita dibawa menyusuri perjalanan hidup seorang gadis
yang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat
keimanan dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg
mendatang bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan
mental dan emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Novel ini
membawa kite ke alam nyata iaitu kenyataan bukan seindah yg kita impi dan
inginkan tetapi segalanya telah ALLAH tentukan sejak azali lagi...
TANGISAN BULAN MADU 1
mengisahkan tentang Amira seorang pelajar lepasan universiti yang
masih belum mempunyai pekerjaan. Ibunya pula sentiasa risau dengan
keadaannya yg masih memerap di rumah. Bosan dengan leteran ibu,dia mencari
kerja sebagai jurujual di sebuah butik milik seorg perempuan kaya yang bernama
Puan Marina. Amira terpaksa menipu dengan mengatakan dia cuma lepasan
SPM kerana terlalu menginginkan pekerjaan. Ketika itu dia bercinta dengan Azali
yang dikenalinya semasa belajar di universiti dulu.
Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Azali memilih untuk
menuruti kehendak keluarga yang mahukannya berkahwin dengan jodoh pilihan
ibunya. Amira kecewa kerana impiannya musnah. Ketika itu anak Puan Marina
yg bernama RIZAL AFFENDY HAZWANI atau mesra dipanggil BOGATT sering
berkunjung ke butik itu untuk melawat ibunya.
Pada awalnya Amira bencikan Bogatt kerana tingkahlakunya yang sukar
diramal. Bogatt seorg yang ceria tetapi kadang - kadang pemarah. Tetapi
akhirnya Amira mula mencintai lelaki itu kerana bogatt sebenarnya seorg lelaki
yang pada pandangannya seorang yang berani. Bogatt terpikat kepada Amira
4
5. kerana gadis itu seorang yang sopan, lembut dan sentiasa menjaga batasan
agama.
Puan Marina menentang keras percintaan ini. Tetapi cinta mereka terlalu
kukuh. Ayah Bogatt, Tn. Amir merestui percintaan ini. Amira diherdik dan
dicemuh oleh Puan Marina kerana tidak setaraf dengan Bogatt Tetapi Bogatt
tetap mempertahankan cinta mereka.
Setelah berjerih ke pelamin, takdir menentukan segalanya.benar. Mereka
berjaya disatukan sebagai suami isteri tetapi tuhan lebih sayangkan Bogatt.
Bogatt jatuh pengsan sebaik sahaja selepas melafaz akad nikah. Bogatt
meninggal dunia seminggu selepas itu kerana menghidap barah otak yg
dideritainya sejak sekian lama.
Amira yang ditinggalkan terkapai sendirian mengharungi kepahitan hidup.
Amira masih sunti ketika bogatt meninggal. Amira bersumpah dengan Bogatt
bahawa dia tidak akan berkawin lagi. Tetapi Bogatt tetap mahu Amira mencari
kebahagiaannya sendiri suatu hari nanti. Amira telah membawa diri ke sabah
selepas permohonannya untuk menjadi guru diterima. Hubungannnya dengan
emak mertuanya pula semakin baik.
Amira kemudian menjadi guru di samping menghasilkan puisi
menggunakan nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuk
Pengantin yang diangkat daripada kisah benar dengan arwah suaminya.
5
6. TEORI SOSIOLOGI
Dalam konteks kesusasteraan Melayu menurut Ungku Maimunah Mohd.
Tahir, konsep sosiologi sastera umumnya terbahagi kepada tiga bentuk
pemahaman dan penerapan. Pemahaman pertama bertolak daripada andaian
bahawa teks sastera bebas daripada tuntutan dan pengaruh persekitaran.
Justeru, kajian dipusatkan kepada tekssemata-mata dan ditumpukan kepada
usaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti yang tertera dalam teks
yang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada kajian intrinsik yang
lumrah ditemui hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran masyarakat
dalam teks sastera.
Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyai
kaitan yang penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisis
dinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebut
mempengaruhi karya yang terhasil daripada segi isi dan bentuknya.
Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antara
persekitaran dan karya, lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigma
tertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera.
Secara bandingan, pemahaman pertama adalah jauh lebih dominan dan
merupakan ‘ilmu’ tentang sosiologi sastera yang dianuti dan diamalkan dalam
sastera Melayu.
Pada dasarnya, sosiologi dapat difahami sebagai ilmu yang mempelajari
kehidupan sosial manusia dalam menjalani kehidupan bersama. Ilmu ini
memusatkan telaahnya pada kehidupan kelompok dan tingkah laku sosial
lengkap dengan produk kehidupannya. Sosiologi tidak tertarik pada hal-hal yang
sifatnya kecil, pribadi, dan unik. Sebaliknya, ia tertarik pada hal-hal yang bersifat
6
7. besar dan substansial serta dalam konteks budaya yang luas. Sosiologi lebih
menekankan perhatiannya pada persoalan pengaruh kelompok pada sikap-sikap
dan perilaku anggotanya. Namun yang perlu ditegaskan, sosiologi hanya dapat
meneliti dan memahami yang lahiriah (manifest) Pendekatan Sosiologi dalam
kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip
teori Sosiologi.
Sosiologi merupakan salah satu bidang sains sosial. Walaupun Sosiologi
bersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai hubungkait
dengan kesusasteraan. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarah
sebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini.
Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakat
baik di dalam teks mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teras
kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etika
sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi
kepengarangan dan latar tekstual karya.
Falsafah pemikiran Auguste Comte (1798-1875) yang meletakkan
sosiologi sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sastera
dan penulisan teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste Comte
telah mendapat sambutan yang hangat dan turut mempegaruhi pemikiran ahli
falsafah Inggeris John Staurt Mill. Lanjutan daripada permikiran inilah maka
berkembangnya pengaruh positivisme dan aliran realisme dalam kesusasteraan
Perancis dan Barat (Abdul Halim Ali,1998:4).
Secara ringkas, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek aspek-
aspek sosial tentang bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya
menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi
kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidak
dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi
pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya,
7
8. riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam
sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau
terlebih dahulu (Mana Sikana, 1983:110).
Menggunakan teori Sosiologi dalam kritikan kesusasteraan
mengkehendaki pengkritik mendalami ilmu sosiologi. Pengkritik perlu mahir
mengenalpasti aspek-aspek sosiologi yang berkait dengan teks dan pengkarya
di samping mampu menghubungkan sosiologi itu dengan kesusasteraan.
Pengertian sosiologi menurut, Diana Laurenson dan Alan Swingewoods
(1972:13) menjelaskan bahawa pengkajian sosiologi yang berfokuskan aspek
masyarakat dan kemasyaratan merupakan satu bidang ilmu yang memberikan
tumpuan terhadap individu dan masyarakat secara saintifik dan objektif. Selain
itu, kajian sosiologi juga merangkumi kajian tentang kedudukan individu dalam
masyarakat, kajian mengenai institusi sosial, proses bersosialisasi serta sejarah
masyarakat itu. Berkaitan dengan pertalian antara masyarakat dengan
persekitaran sewaktu berkarya, Diana Laurenson dan Alam Swingewoods
(1972:13). Mengatakan bahawa hubungan masyarakat dan persekitaran sangat
rapat dan saling melengkapi untuk memahami isu-isu masyarakat dan sejarah.
Diana Laurenson dan Alan Swingewoods (1972:13) seterusnya
memperincikan lagi pendekatan Sosiologi ini dengan melihat tiga dimensi,
pertamanya melihat karya sastera sebagai dokumen sosiobudaya yang
mencerminkan satu zaman. Hal yang kedua, melihat dari segi penghasilan karya
sastera terutama yang berhubungan dengan kedudukan sosial seorang penulis.
Dan hal yang ketiga merujuk kepada penerimaan sesuatu masyarakat. Terhadap
karya-karya , justeru, pendekatan sosiologi sastera dijadikan landasan
pengkajian disebabkan wujudnya hubungan yang erat antara sastera dengan
masyarakat.
8
9. Walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan untuk berkarya namun
bahan tersebut telah dipilih dan disaring serta diberikan tanggapan sendiri oleh
pengarang.
Namun begitu, semasa berkarya mereka juga masih terikat dengan ruang
dan wakrtu. Oleh itu, semasa berkarya seseorang itu tidak akan melepaskan
dirinya daripada tanggungjawab untuk menyampaikan mesej sama ada dalam
bentuk peringatan, nasihat atau panduan kepada khalayak pembaca. Isu-isu
masyarakat yang menyentuh sensitiviti mereka dijadikan idea sebelum
mengolahnya dalam bentuk karya kreatif bagi mengungkapkan pemikiran melalui
bahasa. Walaupun begitu, pemikiran mereka berhubung dengan persoalan
masyarakat dan kemasyarakatan terungkap dalam aspek sosiobudaya,
sosiopolitik dan sosioekonomi.
Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingewood( 1972:12) lagi,
pendefinisian sosiologi juga merangkumi ruang lingkup kehidupan individu dan
masyarakat secara meluas, lengkap dan mendalam. Gambaran umum sesuatu
masyarakat itu dapat dikesan melalui penelitian terhadap institusi sosial
kepercayaan, ekonomi dan politik dalam masyarakat itu.
Kesesuaian penerapan pendekatan sosiologi sastera untuk meneliti aspek
pemikiran penulis yang berhubung dengan persoalan masyarakat dan
kemasyarakatan selaras dengan pendapat Mohamad Mokhtar Hassan (1995:11)
mengatakan, pada dasarnya pendekatan sosiologi cuba untuk melihat segala
macam nilai-nilai masyarakat, institusi sosial serta sesuatu komoniti atau indivivu
daripada hasil karya tertentu. .
Menurut Mana Sikana (1986:106-107) pula, terdapat dua konsep
pendekatan sosiologi ini. Pertama, melihat karya sastera sebagai cerminan
sejarah, terutama mengenai sejarah perkembangan ekonomi, teknologi dan
perhubungan kelas. Tegasnya pendekatan ini melihat konfrantasi dan pertikaian
9
10. yang berlaku dalam masyarakat sebagai sumber inspirasi penulis dan tugas
mereka ialah mencerminkan atau menggambarkan peristiwa yang terjadi, di
samping aspek perwatakan turut dirakamkan. Watak-wataknya hendaklah
menggambarkan sifat individu, personal dan berperibadi seperti yang telah
ditentukan oleh masyarakat.
Penerapan teori sosiologi sastera dalam kajian, walaupun masih dianggap
baru, namun kajian terhadap masyarakat dan kemasyarakatan yang berkaitan
dengan masyarakat dan individu telah dilakukan sejak zaman Plato lagi. Hal
yang demikian, disahihkan lagi dengan penemuan bukunya yang bertajuk
Republik. dalam bukunya itu, beliau menyarankan bahawa sastera mesti
mengungkapkan unsure didaktif yang bermoral serta mengarah kepada aspek
kebenaran yang hakiki. Justeru, sebuah karya sastera tidak akan menjadi agung
dan bermutu tinggi sekiranya tidak menjelajahi alam masyarakat serta kehidupan
manusia sedalam-dalamnya. Hal ini, memperlihatkan bahawa karya sastera
dalam apa juga bentuk dan genre mempunyai pertalian yang rapat dengan
masyarakatnya.
PERNYATAAN MASALAH
1. Kami mahu menkaji novel bertajuk Tangisan Bulan Madu 1 ini
kerana aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan
seperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial yang dilihat sebagai unsur-
unsur penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karya
memenuhi kriteria Pendekatan Sosiologi yang akan digunakan sepanjang
tempoh membuat kajian berdasarkan novel ini.
10
11. 2. Selain daripada itu juga Pendekatan Sosiologi yang kami pilih juga
memberi penekanan kepada aspek aspek-aspek sosial tentang bagaimana
seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang
berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Kriteria ini
dapat kami temui melalui perjalanan watak utama yang menjadi teras subjek
kajian kami dlam novel yang dipilih.
OBJEKTIF
Objektif kajian novel ini adalah untuk melihat Hasil kesusasteraan
digunakan utk mengetahui nilai hidup, sikap dan tingkah laku masyarakat yang
mampu melihat kelebihan dan kelemahan watak utama ( Amira ) dari segi
Pendekatan Sosiologi yang merupakan ilmu yang mempelajari kehidupan sosial
manusia dalam menjalani kehidupan bersama.
Selain daripada itu kajian novel yang bertajuk Tangisan Bulan Madu karya
Samsiah Mohd Nor dipilih bertujuan untuk mengkaji masalah sosial seperti
profesion, ekonomi yang dihadapi watak utamanya iaitu Amira serta bertujuan
untuk :
• Menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya
• Memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan
menyuburkan nilai
• Memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan
minat terhadap hasil dalam bidang penulisan Melayu.
11
12. KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat di
perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat
berdasarkan jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa.
Kajian ini juga turut menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkan
ahli dalam kumpulan untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan
sepanjang kajian dijalankan berdasarkan novel yang dipilih menggunakan
pendekatan sosiologi
ANALISIS KAJIAN
PENGENALAN NOVEL
Novel Tangisan Bulan Madu 1 merupakan sebuah karya Samsiah Mohd
Nor, terbitan Creative Enterprise Sdn.Bhd ( CESB) pada tahun 2001, pertama
kali diterbitkan pada 1991 dan sudah diulang cetak 13 kali, malah telah
diadaptasi ke drama bersiri oleh Asia Media Content Sdn Bhd. Beliau merupakan
seorang novelis dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau
mendapat pendidikan menengah pada 1972 – 1976.
KAJIAN NOVEL
Nilai hidup, sikap dan tingkah laku
Watak Amira terpaksa mengorbankan diri demi mencari kebahagiaan,
tetapi cekal berdepan dengan penderitaan itu sehingga jarang sekali menangis di
hadapan orang lain. Watak Amira digambarkan sebagai seorang yang gadis
12
13. menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat keimanan
dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg mendatang
bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan mental dan
emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Dia juga merupakan
gadis yang yang berpegang teguh pada nilai kehidupan di mana dia sentiasa
menjaga tingkah lakunya agar sentiasa bersopan santun dan menjaga batasan
agama meskipun diherdik caci oleh orang lain.
Sikap watak Amira jelas digambarkan sebagai seorang gadis tabah yang
tidak pernah berputus asa menjalani setiap dugaan yang ditentukan buat dirinya.
Masalah sosial seperti profesion, ekonomi
Dalam novel ini, masalah sosial seperti profesion dapat dilihat melalui
watak Amira yang hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah butik meskipun
dia memiliki segulung ijazah yang seharusnya melayakkannya untuk mendapat
pekerjaan yang lebih baik, dan kerana status dirinya yang hanya pembantu kedai
ini juga telah menyebabkan Amira dipandang hina dan sering diherdik oleh
pemilik tempatnya bekerja yang juga merupakan ibu kepada kekasih hatinya
Bogatt lantaran tidak menyetujui perhubungan antara mereka.
Dalam novel ini turut merungkaikan masalah ekonomi yang merupakan
penghalang sebenar perhubungan cinta antara Amira dan Bogatt. Ibu Bogatt
sangat menentang perhubungan anaknya dengan Amira kerana menganggap
Amira tidak setaraf dengan kedudukan yang dimiliki oleh mereka. Gambaran ini
menjelaskan sikap segelintir masyarakat masa kini yang sangat mementingkan
taraf dari segi kedudukan dan ekonomi yang disandang seseorang.
13
14. KESIMPULAN
Satu jalur pemahaman ‘sosiologi sastera’ dalam sastera Melayu moden
dapat dilihat pada tulisan yang mengandaikan ‘sosiologi sastera’ sebagai
gambaran masyarakat seperti yang diserlahkan oleh teks sastera. Penekanan
bahawa sastera adalah gambaran masyarakat memang sering didengar.
Sehubungan ini, selain daripada penyataan umum seperti “sastera adalah
cerminan masyarakat”, “sastera adalah terjemahan realiti masyarakat.
Penceritaan dalam Novel Tangisan Bulan Madu menyerlahkan andaian
tertentu sebagai dasar pemahaman dan kajian. Pertama, kajian seperti ini
mengakui kaitan antara sastera dengan masyarakat adalah erat dan tidak dapat
dipertikaikan. Ini kerana masyarakat adalah bahan mentah dan sumber ilham
sastera, dan sastera seterusnya menyerlahkan masyarakat atau realiti
masyarakat tersebut dalam ciptaannya.
Oleh itu, kami yakin penggunaan Pendekatan Sosiologi adalah jelas boleh
digunakan untuk menjalankan kajian terhadap novel yang telah dipilih dalam
kajian ini meskipun ruang lingkup masyarakat yang perlu dikaji tidak terlalu
besar. Tetapi cukup sekadar watak utamanya yang menjalani kehidupan dalam
masyarakatnya sendiri yang mengalami permasalahan yang dikupas sepanjang
huraian dalam kajian ini.
14
15. BIBLIOGRAFI
1. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2006. Sastera Melayu
Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn. Bhd.
2. Djamaludin Ancok, Fuat Nashori Suroso. 1994. Psikologi Islamisasi :
Salusi Islam Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta : Penerbit
Pustaka Pelajar
3. S. M. Zakir. 2003. Dunia Sastera Pelbagai Dsiplin Selangor.
4. http://qunia-mimpiyangindah.blogspot.com/2009/01/tangisan-bulan-
madu-shamsiah-mohd-nor.html
5. http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/658/55/novel-
umum/creative-enterprise/cesb-tangisan-bulan-madu.html
6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi
15