O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Tabii matematik , nilai dan peranan

10.909 visualizações

Publicada em

Tabii amtematik, nilai matematik ,peranan matematik

Publicada em: Educação
  • Seja o primeiro a comentar

Tabii matematik , nilai dan peranan

  1. 1. Pengertian Matematik Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα(máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός(mathematikós) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlahilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang,dan tukaran.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_matematik ) Matematik adalah badan ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep sepertikuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaanpeniskalaan dan logik, daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajiankedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal. Ahli matematikmeneroka pelbagai konsep, sasaran untuk merumuskan tekaan baru danmewujudkan kebenaran mereka oleh potongan ketat daripada yang sesuai iaituaksiom dan takrifnya.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Matematik ) Menurut Mok Soon Sang (1996).Matematik merupakan satu cabang ilmupengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadianalam sekeliling dan cakerawala. Manakala Nor Atirah Rapingi(1 Disember 2011)dalam Modul MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik mendifinisikan matematiksebagai suatu cara berfikir , kajian tentang pola , kajian perhubungan , suatu seni ,suatu bahasa dan sebagai alat dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, matematik merupakan suatu cabang ilmu yang mengajarmanusia berfikir secara logik , mengutarakan fikiran , hujah, alasan dan prinsipdengan pembuktian yang mempunyai kesahan sama ada melalui inferens atau punsecara pengujian dan kajian. Matematik merupakan sesuatu yang istimewa keranamempunyai bahasa yang tersendiri yang mampu mengungkapkan pelbagai konsepyang terkandung di dalam ilmu matematik itu sendiri. Matematik juga merupakansuatu alat yang amat berguna dalam kehidupan seharian kerana keperluannyadalam pelbagai urusan seharian seperti urus niaga , perjalanan , perancangan,pemakanan , pembelajaran , permainan dan pelbagai lagi aktiviti sosial manusia. Disamping itu matematik mempunyai nilai estetika yang unik , pelbagai keindahandapat diteroka melalui pengkajian pola, seni bina, ukiran, dan sebagai alat rekreasi.
  2. 2. MATEMATIKKajian tentang corak / polaKajian tentang perhubungan / kaitanSuatu bahasaSuatu Kajian SeniAritmetik , algebra , trigonometri , kalkulus dan sebagainyaSuatu cara berfikirAlat reakreasi dalam kehidupan
  3. 3. Peranan Matematik Matematik ialah suatu cara membolehkan manusia mendapat kuantiti ataunilai seperti banyak, sedikit, panjang, pendek, jarak, luas, laju dan sebagainya.Matematik juga suatu ilmu yang berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahlifalsafah, ahli logik dan artis. Selain sebagai penyelesai masalah seharian,matematik membolehkan manusia mengkaji tentang pola, perhubungan, masalahsosial, mereka bentuk sesuatu yang menarik, seimbang dan menakjubkan.Matematik membantu para saintis mencari kebenaran berkaitan fenomena fizikalalam sekeliling.( Mok Soon Sang. 1996). Umumnya matematik berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Kitamenggunakan matematik dalam urusan jual beli, perjalanan, pemakanan,pembelajaran, perancangan, membuat kerja dan hampir setiap aktiviti manusiaseharian ada kaitan dengan matematik. Matematik adalah suatu cara berfikir yangsistematik. Oleh itu pembelajaran matematik melatih manusia bertaakul secaralogik dan rasional.Ia merupakan alat yang paling penting untuk mendorongperkembangan tamadun dalam bidang sains dan teknologi , sosial dan ekonomiserta meningkatkan tahap kecerdikan manusia. Matematik memainkan peranan penting dalam perkembangan informasiteknologi komunikasi ( ICT ). Sebagai contohnya penciptaan nombor binarimenyumbangkan kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Ini merupakansumbangan yang amat besar dalam kemajuan sains dan teknologi. Kemajuan bidang matematik juga sangat penting dalam mencapai Wawasan2020. Cabaran Keenam dalam Wawasan 2020, membentuk sebuah masyarakatyang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke harimuka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat manfaatkan teknologikini tetapi turun menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains danteknologi pada masa hadapan. Cabaran ini memeberi impak yang besar terhadapperanan dalam pembentukan kurikulum matematik ( Mok Soon Sang. 2005 ).
  4. 4. Tabii ( Nature ) Matematik Istilah matematik dalam bahasa Inggeris ialah mathematics iaitu satu bidangilmu yang bersifat kejituan yang pasti yang diperolehi melalui kaedah deduksi(Abdul Latif Samian,1997). Ilmu matematik juga dikatakan sebagai ilmu pastikerana perbahasan mengenainya biasanya adalah pasti. Kita mengetahui duatambah dua hasilnya empat ( 2 + 2 = 4 ). Pernyataan ini ialah suatu yang pastidan tidak ada yang tidak bersetuju. Oleh itu, sifat kepastian dalam aktivitibermatematik akan menghasilkan keyakinan. Secara umumnya dapatlah dikatakanbahawa ilmu matematik itu adalah suatu bidang ilmu yang bersifat pasti, yakin danjitu. Menurut Mat Rofa Ismail(1995). Ilmu matematik dalam bahasa Arab banyakberkaitan dan berdasarkan nombor dan pengiraan. Ini berdasarkan kepadacabang-cabang ilmu matematik yang terdiri daripada aritmetik (al-Arithmatiqiy, ‘Ilmal-‘Adad) iaitu ilmu yang membicarakan tentang aspek-aspek khusus nombor yangmelibatkan pengiraan (hisab) dan sifat-sifat khusus dan amnya (khawa’is al-‘adad),geometri (al-Handasah), astronomi (al-Falak) dan muzik (al-Muziqa). Selain itu,ilmu matematik dikatakan sebagai ilmu senaman (‘ilm al-riyadhi) iaitu ilmu yangberkaitan dengan senaman yang menjanakan dan mencergaskan mental atau akal.Aspek senaman ini muncul berikutan anggapan bahawa ilmu matematik bersifatabstrak. Menurut Abdul Latif Samian (1997) matematik ditakrifkan sebagai “Ilmuyang berteraskan mantik [logik], kajian ke atas nombor, saiz dan rupa bentuk danhubungan antaranya” . Beliau juga menyatakan “... perihal bukti, perihal ciri-ciriyang am dan abstrak tentang struktur alam dan fenomena dan ilmu yang bolehdibina melalui teori set ”(hal. 24). Dengan takrifan ini, ilmu matematik mempunyaipengertian yang lebih luas dari sebelum ini yang mencakupi alam sejagat. Oleh itujelas menunjukkan tabii matematik menekankan nilai kepastian atau kejituanwalaupun matematik itu dianggap satu ilmu yang abstrak.Dalam Tabii ( Nature )Matematik istilah logik merupakan asas dalam mencari kepastian dan kejituan.
  5. 5. Sifat Penaakulan Logik LOGIK TABII SATU PENGAJIAN TENTANG PRINSIP-PRINSIP KESAHIHAN TENTANG SESUATU SAMA ADA SECARA INFERENS DAN DEMONSTRASI INDUKTIF MATEMATIK DEDUKTIF MATEMATIKProses penyelesaian dari hal-hal yang khususkepada umum.Induktif matematik juga disebut induksi Merupakan suatu proses penyelesaian dari hallengkap,sering digunakan untuk membuktikan umum kepada khusus.pernyataan-pernyataan berkenaan nombor. Deduksi matematik akan membuktikan sesuatuPembuktian cara induktif matematik ialah untuk kebenaran baru berasal dari kebenaran yangmembuktikan teori atau sifat itu benar . sudah ada dan diketahui sebelumnya.Contohnya : 3 + 5 = 8 Ia merupakan cara mengajar yang bermula dari rumus , prinsip , hokum , teorem atau 9 + 3 = 12 peraturanyang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh khusus.Kesimpulannya angka ganjil ditambah angkaganjil akan memperoleh angka genap. Contohnya : Semua segi tiga mempunyai 3 sisi. Farhana adalah seorang perempuan
  6. 6. DEDUKTIF Teori Hipotesis Pemerhatian PengesahanINDUKTIF Teori Hipotesis Corak/PolaPemerhatian
  7. 7. Sifat Penyelesaian Masalah George Polya menyenaraikan empat proses dalam penyelesaian masalahiaitu: Memahami masalah Merancang kaedah /pelan untuk menyelesaikan masalah Melaksanakan kaedah / pelan Menyemak keputusan Strategi-Strategi Menyelesaikan masalah yang lebih mudah Menjadikan masalah lebih konkrit Meneke dan menyemak Memecah masalah kepada masalah yang lebih kecil Mencari pola / corak Melukis gambar / rajah Menyelesaikan dengan cara terbalik Melakonkan Menukar cara pemikiran Menggunakan persamaan
  8. 8. Sifat Nombor-Nombor Sifat nombor nyata berubah dari semasa ke semasa dengan memperluaskan idea dengan apa yang kita maksudkan dengan nombor.NomborNisbah-1/27.12 Nombor11.23 Integer NomborBulat NomborAsli3/34 …-4,-3,-2,-1, 0,1,2,3… 1,2,3… 0,1,2,3… NomborBukanNisbah 27.18289654 √2 π
  9. 9. Nilai Matematik Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering,sukardan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa,sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders.1996; Lee dan Cockman, 1995).danjuga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpuncasalah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat sebagaimata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupanseharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadikaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia berada di satudunia yang lain. Aspek nilai matematik perlu disemaidan diberi penekanan dalam pengajaranmatematik. Ini kerana nilai matematikmembangkitkan rasa keindahan terhadapmatematik, membangkitkan kefahamantentang kepentingan matematik dan dapatmembantu seseorang menguasai kekuatanmatematik dengan lebih baik (NationalCouncil of Teachers of Mathematics, 1989;Kementerian Pendidikan Malaysia,1998). Pengajaran yang hanya memberipenekanan kepada pengetahuankandungan dan prosedur akan melahirkan pelajaryang cekap bermatematik tetapigagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalammatematik ke dalam kaedahberfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahlimasyarakat (Mat RofaIsmail, 2002). Keadaan ini jika tidak dibendung akan memberikesan yang besarkepada pencapaian matlamat pendidikan matematik sekolah diMalaysia. Nilai matematik menurut Bishop, FitzSimons, Wee dan Clarkson (2001)adalah kualiti afektif yang mendalam dan komponen penting bagi mewujudkanpersekitaran pembelajaran matematik yang berkesan. Bagi McConatha danSchnell (1995), budaya merupakan satu sistem nilai yang tersusun yangdisebarkan kepada ahli dalam masyarakat secara formal dan tidak formal. Olehkerana matematik ialah satu bidang yang berkait rapat dengan sesuatu budaya, inibermakna matematik ialah satu bidang yang berteraskan nilai. Matematik bukan sekadar merupakan strategi untuk bertindak tetapimemerlukan pengubahsuaian dalam proses pembinaan pengetahuan, sistem,pegangan dan nilaihidup individu. Tegasnya, matematik tidak terpisah daripada
  10. 10. elemen nilai.Berikutan dengan itu, matematik dapat diterima sebagai sesuatu ilmuyang relatifkerana sistem nilai yang menjadi amalan budaya sesuatu masyarakatadalah tidaksama dengan sistem nilai yang menjadi amalan masyarakat yanglain.Dalam konteks perkembangan ilmu matematik di negara ini, khususnya darisudutnilai, didapati masih sedikit yang diketahui tentang nilai matematik danbagaimanaia diterapkan. Menurut Muhamad Bin Doraman dan rakan-rakan (Jun 2011) terdapat tigakategori nilai dalam matematik iaitu nilai pendidikan umum, nilai pendidikanmatematik dan nilai-nilai matematik. Nilai-Nilai Pendidikan Umum Nilai-nilai yang diterap oleh guru-guru untuk membentuk peribadi seseorang Nilai asas ialah iman dan takwa. Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan, kebenarab , kebijaksanaan, adil, telus dan bersyukur. Nilai-nilai asas seperti setia, bertanggungjawab, kerjasama dan berpengetahuan. Nilai-nillai tambahan adalah kewarganegaraan, kreatif, berdedikasi,berkeyakinan dan lain-lain.Nilai-Nilai Pendidikan Matematik
  11. 11. NILAI-NILAI PENDIDIKAN Nilai berkaitanTujuan MATEMATIK kemampuan pelajarpembelajaran di mana matematik Untuk adalah sesuai untuk apresiasi individu tertentuatau Aplikasi untuk semua. Teori matematik Nilai yang berkaitan dengan Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian tingkat pemahaman di mana masalah di mana pelajar pelajar guna peraturan , memahami,mengetahui dan operasi ,prinsip-prinsip rumus melakukan operasi rutin atau atau mengetahui bagaimana mencari dan melaksanakan menggunakan algoritma dan operasi yang sesuai, mengapa ia digunakan. membuat refleksi dan komunikasi Nilai-nilai berkaitan pembelajaran matematik di mana melibatkan proses deduktif , menghafal dan belajar secara pasif atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif,konstruktif dan aktif. Nilai-Nilai Matematik
  12. 12. Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuanmatematik. Nilai-Nilai ini meliputi ciri-ciri, sumber bahan,kebenaran danpenggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks berbeza. Rasionalisme Empirisme Kontrol Kemajuan Keterbukaan Misteri
  13. 13. Rasionalisme Menilai berdasarkan hujah, penaakulan, analisis logik dan penjelasan. Emperisme Mencari objektif, konkrit dan melaksanakan idea dalam matematik. Pemikiran beranalogi,mencari simbol dan penggunaan data Kontrol Menilai kawalan menekankan kekuatan ,penguasaan peraturan,fakta,prosedur dan kreteria ditetapkan. Menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan dan kemampuan untuk meramal. Kemajuan Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea matematik berkembang. Melalui teori alternatif,pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan idea-idea yang ada. Menggalakakan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti. Keterbukaan Menilai keterbukaan bermaksud demokrasi pengetahuan. Melalui demonstrasi, bukti,penjelasan, pengesahan hipotesis dapat menghasilkan signifikan yang baru. Misteri Menekankan keajaiban, daya tarikan dan mistik dari idea-idea sains dan matematik. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal usul dan sifat pengetahuan.Rujukan
  14. 14. Allchin, D. 1999. Values in Science: An Educational Perspective. Science andEducation. 8: 1-12.Aplin, N., dan J. Saunders. 1996. Values and Value Priorities of Singaporean andAustralian Swimmers., [Online].Australian Association for Research in Education. :http://www.swim.edu.au/aare/conf96/APLIN96.422.Bishop, A. J. 2001. What Values do you Teach When you Teach Mathematics?Teaching Children Mathematics.7(6): 346-349.Bishop, A. J., G. FitzSimons, T. S. Wee, dan P. C. Clarkson. 2001. ExploringIssues of Control Over ValuesMahmud Bashar.(t.t) Tabii Matematik. ( http://www.docstoc.com/71748304/tabii-Matematik#. )Muhamad Bin Doraman,Wan Kamariah Bt Wan Abdullah, Hjh Hafizah Bt Omar.(Jun 2011). Modul Pendidikan Jaraj Jauh PPG IPG. Kementerian Pelajaran Mlaysia.Kuala Lumpur.Mat Rofa Ismail.1995. SejarahAritmatikdanAljabar Islam.Serdang:UniversitiPertanian Malaysia.Mat Rofa Ismail. 2002. MatematikMerentasiTamadun. Bangi.Brotsis Info System.NurAtirahRapingi. ( 1 Dec 2011). TabiiMatematik. ( http://www.scribd.com/doc/74425671/MTE3102)Portal Matematik( hhtp://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Matematik)SejarahMatematik( http://m.s.wikipedia.org/wiki/Sejarahmatematik ).Teaching in the Mathematics Classroom.Kertaskerjadibentangkan di 2001 AnnualConference of theAustralian Association for Research in Education, Fremantle,Australia.The Nature of Mathematics. Chapter 1. ( http://www.cimt.plymouth.ac.uk/project/mepres/alevel/pure.)Rujukan
  15. 15. Dokumen Standart Sekolah Rendah ( KSSR ). ( http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option com docm. )KSSR ( http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_doc/mula/htm )Kurikulum Standard SekolahRendah(http://www.ictk-jpnns.net/data/kssr/KSSR.docS)KurikulumSekolahRendah(http://www.blogcikgu.com/kurikulum-standard-sekolah)Kurikulum Sekolah Rendah.(http://bukharis.net/index.php/2012/02/bmm3101-kurikulum-standard-sekolah-rendah-kssr/)Mohd Najib Abd Ghafar.1997.Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UniversitiTeknologi Malaysia. Skudai.Mok Soon Sang.1996. Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.KumpulanBudiman. Kuala Lumpur.Muhamad Bin Doraman,Wan Kamariah Bt Wan Abdullah, Hjh Hafizah Bt Omar.(Jun 2011). Modul Pendidikan Jaraj Jauh PPG IPG. Kementerian Pelajaran Mlaysia.Kuala Lumpur.Sharifah Alawiyah Alsagoff.1993.Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Heinemenn Asia.Kuala Lumpur.Wahida Abdullah.1996.Strategi dalam Pengajaran. Pusat PerkembanganKurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

×