SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
Download to read offline
HASIL PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Sedarkan anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat ini, bidang
pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Perkembangan
teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini.
Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian pihak Kementerian
Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan, khususnya yang
digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai alat bantuan
pengajaran.
TTooppiikk 11 Pengenalan
Teknologi
Maklumat
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat, sebelum
tahun 1940an hingga kini;
2. Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan;
3. Menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia;
4. Mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer;
5. Menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer;
6. Menghuraikan cara menyenggara komputer; dan
7. Mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT2
Sedarkan anda sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan perlu
direncanakan selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, anda seharusnya
peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin bertambah pesat
ke arah meningkatan diri dan khususnya meningkatkan profesionalisme dalam
bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan semasa terhadap
perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya kepada generasi masa
kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu mewujudkan senario
yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam bidang perkakasan atau
hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan dalam teknologi maklumat,
khususnya ancaman serangan virus atau ancaman pengodam dan
penyenggaraan komputer.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja
melibatkan sistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan
telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan menyebar maklumat.
Dalam era maklumat kini, kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam
pelbagai aspek kehidupan. Tiga asas yang menyokong teknologi maklumat ialah
perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
1.1.1 Pekembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan
kepada lima zaman iaitu:
Rajah 1.1: Perkembangan teknologi maklumat
1.1
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 3
(a) Sumbangan Awal Sebelum 1940
Pernahkah anda mendengar perkataan Abakus? Sebagai seorang guru,
anda sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat
Kemeteriam Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di
sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan
penggunaan mesin ABAKUS sebagai pengira 3000 BC yang lalu. Pada
tahun 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu,
beliau telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik.
Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin
penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal
pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.
Rajah 1.2: Mesin arimatik Pascal
Sumber: http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif
Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini
menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835,
Analytical Enjin telah diperkenalan oleh C Babbage. Analytical Enjin
mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1000 nombor yang
setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk.
Cuba anda fikirkan dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikan
ciri-ciri komputer generasi kelima yang dapat mempermudahkan dan
menepati cita rasa sebagai seorang pengguna dan pendidik.
AKTIVITI 1.1
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT4
Rajah 1.3: Analytical enjin oleh Clarles Babbage
Sumber: http://www-groups.dcs.st-
and.ac.uk/~history/Diagrams/Babbage_engine.jpeg
Analytical Enjin mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki 5
bahagian iaitu:
Rajah 1.4: 5 Bahagian analytical enjin
George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan
mereka cipta satu simbol Algebra 'betul dan salah'. Rekaan ini telah
digunakan dalam reka bentuk komputer moden. Pada tahun 1890, kad
tebuk untuk memasukan dan memproses data diperkenalkan. Pada tahun
1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang
dapat membaca urutan arimatik secara automatik.
(b) Generasi Pertama (1940-1958)
Terciptanya tiub vakum, masalah tindakbalas mekanikal dapat diatasi. Ia
merupakan, masalah utama yang dihadapi oleh pencipta komputer iaitu
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 5
tindakbalas mekanikal yang lambat dan terbatas. Hasil daripada ciptaan
tersebut, maka terhasilnya komputer seperti berikut:
Jadual 1.1: Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama
Tahun
Ciptaan
Keterangan Ciptaan dan Pencipta
Tahun
1943
Komputer Colossus telah dicipta oleh British
Code dengan menggunakan tiub vakum.
Sumber:
http://www.digibarn.com/collections/locations
/bletchley-park/ 121-2140_IMG.JPG
Tahun
1945
J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti
Pennsylvania telah mencipta "Electronic
Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC).
Komputer ini memerlukan ruang 1500 kaki
persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi
19000 tiub vakum.
Anda boleh melihat laman web berikut untuk
melihat sejarah perkembangan komputer ENIAC
http://ei.cs.vt.edu/~history/ENIAC.Richey.HT
ML
Sumber: http://www-
etsi2.ugr.es/alumnos/mlii/imagenes/Programa
ndo%20Eniac.jpg
Tahun
1946
UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat
pertama kali pada 14 Jun 1951.
Sumber:
http://www.rothcpa.com/archives/misc/Univ
ac.jpg
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT6
Tahun
1953
IBM telah memasang komputer pertama iaitu
IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihat
gambar sebelah). Komputer ini terbahagi kepada
beberapa bahagian input, output, konsol dan
bekalan.
Sumber: http://www-
8.ibm.com/au/70years/more_detail/1953.html
(c) Generasi Kedua (1959-1963)
Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada
transistor. Kesan penggunaan transistor menjadikan saiz fizikal komputer
menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta
berpotensi tinggi.
Pertukaran ini juga membuatkan kos membina komputer menjadi semakin
murah, lebih 17000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959
hingga 1963. Antara komputer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401.
Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan.
Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.
(d) Generasi Ketiga (1964-1980)
Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar
bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah
sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan
litar bersepada, tercipta komputer seperti berikut:
• Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel
4004.
• Pada tahun 1975, Local area network yang pertama telah diperkenalkan
oleh Robert Metcalfe.
• Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh
Steve Woziniak dan Seve Job.
• Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan.
• Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, kemudian telah
diganti dengan 8088 pada tahun 1979.
(e) Generasi Keempat (1980 - Kini)
Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala.
Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga
kini, intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984,
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 7
Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei 1991, syarikat Microsoft
telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan
Windows 3.0, seterusnya di awal tahun 1992, Microsoft telah
memperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1
mengabungkan antara muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan
DOS. Arahan kawalan sistem Windows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus
untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus
berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001
dapat mengabungkan kesemua media dalam multimedia.
1.1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam
Kehidupan
(a) Pendidikan
Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh
dibahagi kepada dua kategori:
(i) Alat Membantu Pengurusan
Dalam satu organisasi pendidikan terlalu banyak data yang perlu
diuruskan. Antara contohnya adalah data pelajar, data kewangan,
data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi
maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian
setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan
berkesan. Sebagai contoh dengan bantuan aplikasi ini seorang
pentadbir boleh mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan
terkini.
Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam
komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan
data pelajar. Begitu juga maklumat-maklumat penting lain seperti
kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologi maklumat juga
digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Pihak
Open University Malaysia telah menggunakan sistem untuk
1. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja
komputer bermula dari peranti input hingga ke peranti output.
2. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga
generasi keempat.
SEMAK KENDIRI 1.1
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT8
mengurus dan mengetahui status pelajar dari aspek latar belakang,
status permohonan, maklumat kursus yang diambil, status kewangan
dan status peperiksaan mereka. Ini dapat dilihat dalam Rajah 1.5 di
bawah.
Rajah 1.5: Sistem maklumat pelajar Open University Malaysia
Selain itu jaringan Internet dan Laman Web juga telah digunakan
untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan
memberi pengumuman penting. Sebagai contoh laman web Open
Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar, memuat
turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting. Di
samping itu, laman Web ini juga membenarkan interaksi antara pihak
pentabir dan pelajar.
(ii) Alat Bantu Mengajar
Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar
terbahagi kepada empat iaitu:
• Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial
• Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan
• Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi
• Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
merupakan contoh penggunaan teknologi maklumat dengan
menggunakan beberapa mod seperti berikut:
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 9
Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah:
Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajar
akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan
Pelajar dapat belajar dengan sendiri
Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan
kontekstual dalam pengajaran Membantu meningkatkan
daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar
Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif
Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan
ialah:
Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan
menggunakan realiti maya
Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif
Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif
Membolehkan pembelajaran simulasi
Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah:
Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama
Menjimatkan masa pembelajaran
Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar
Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi
ialah:
Membenarkan pembelajaran jarak jauh
Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan
rakan-rakan
Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan
sebaya
Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT10
(iii) Internet dalam Pendidikan
Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk
komunikasi yang berkesan cepat, mudah dan murah. Perkongsian
maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui
telesidang. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan
pendidikan.Internet dapat digunakan di mana-mana dengan pelbagai
media dalam aplikasinya, maka maklumat di Internet lebih bersifat
terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada sesebuah lokasi
tertentu sebaliknya ia meliputi seluruh dunia.
Rajah 1.6: Telesidang
Sumber:
http://www.mainesenate.org/diamond/images/Diamond%20Video%20Teleconference
-high%20res.JPG
Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang
menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan
yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai
gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian
Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh
dunia menjadi satu kenyataan. Capaian Internet juga mampu
membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah.
Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidik.
SEMAK KENDIRI 1.2
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 11
(b) Perindustrian
Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat digunakan sebagai
hasilan dan meningkatkan produktiviti. Tedapat dua kategori industri:
(i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk. Antara
contohnya ialah industri perisian, bioteknologi, perkakasan dan lain-
lain lagi.
(ii) Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri
perbankan, insuran serta industri adalah contoh industri yang bukan
berasaskan teknologi maklumat.
Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk
serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah
diprogramkan. Terdapat empat kategori aplikasi komputer:
Jadual 1.2: Empat Kategori Aplikasi Komputer
Kategori Keterangannya
(a) Kejuruteraan berbantukan
komputer (Computer Aid
Engineering (CAE))
Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan
perisian komputer bagi membuat reka bentuk
dan menguji komponen-komponen.
(b) Reka bentuk berbantukan
komputer (Computer
Aided Design(CAD)
Program ini membantu jurutera meghasilkan
lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk
(c) Pekilangan berbantukan
komputer (Computer Aided
Manufacturing (CAM))
Dalam aplikasi ini komputer akan mengawal
robot atau mesin yang digunakan untuk
memasang barangan
(d) Automasi kilang Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer
digunakan untuk menggerakkan bahan mentah
di bahagian pemasangan dan menjaga kualiti
barang
Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumat
dalam mengajaran dan pembelajaran? Cuba anda lakarkan melalui
peta minda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda.
SEMAK KENDIRI 1.3
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT12
(c) Perdagangan
Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang
pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Teknologi maklumat juga
digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang
sempurna, contohnya ada peniaga menyediakan kios untuk membantu
peniaga memberi maklumat barang yang diniagakan.
Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi mengantikan
penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga
dilakukan. Teknologi maklumat digunakan dalam industri perbankan
dengan meluas. Penggunaan mesin teller automatic contohnya,
menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran
menggunakan online. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem
pembayaran bil dilakukan secara online dan setempat digunakan.
1.1.3 Koridor Raya Multimedia (MSC)
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) merupakan
tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai wawasan 2020. MSC telah
ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke
empat, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Koridor Raya Multimedia atau MSC
ini dibina bagi merangsang proses penyelidikan dan pembangunan atau R & D,
membina dan menyebar maklumat serta produk berunsurkan teknologi
maklumat. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia, terdapat dalam Rajah 1.7.
1. Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. Cuba
anda bayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang
sedang anda gunakan setiap hari.
2. Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia
menghadapi kegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. Pada
jangkaan anda, apakah kesulitan yang akan anda akan rasai serta
merta? Bincangkan dalam kelas anda.
AKTIVITI 1.2
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 13
Rajah 1.7: Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia
(a) Kerajaan Elektronik
Kerajaan elektronik merupakan merupakan aplikasi jaringan hubungan
antara agensi-agensi kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan
elektronik menjalankan pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi
maklumat adalah seperti berikut:
(i) Hubungan antara Agensi Kerajaan
Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan
multimedia. Melalui hubungan ini, komputer yang mengunakan
jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung antara satu
sama lain. Dengan ini, perkara yang memerlukan penyelesaian
bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen, maklumat dan
pangkalan data dapat dikongsi bersama antara kementerian dengan
kementerian atau dengan jabatan. Sidang video digunakan, bagi
memudahkan proses mengadakan mesyuarat di pelbagai lokasi.
(ii) Hubungan Rakyat dengan Kerajaan
Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentabiran yang cekap
berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah:
Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap,
Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara
jabatan,
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT14
Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos, dan
Meningkatkan keselamatan data.
Rajah 1.8: Kerajaan elektronik
(b) Sekolah Bestari
Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara
sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran, serta
pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi
maklumat. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyai pengajaran dan
pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada
pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif.
Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai
kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilai-
nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Kesemua usaha ini
akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah
serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sebagai bahan sejarah.
Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari terdapat
perbezaan jelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di
sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi
1. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia.
2. Beri sebab kenapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya.
3. Pada pandangan anda, apakah kelebihan pelaksanaan kerajaan
elektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan.
SEMAK KENDIRI 1.3
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 15
tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di sekolah bestari
cara gaya pembelajaran berasaskan pelajar serta bebas tetapi bergantung
kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti,
penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah.
Jadual 1.3: Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari
Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-
ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada.
Antara ciri-ciri tersebut ialah:
Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN)
yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat
menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang
menyediakan sumber-sumber melalui Âonline' untuk membolehkan
guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah.
Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.
Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggung jawab
menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri
secara berdikari.
Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.
(c) Teleperubatan
Teleperubatan ialah aplikasi jaingan maklumat yang digunakan bagi kerja
pengurusan dan rawatan antara hospital. Selain daripada itu, teleperubatan
membenarkan hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor dilakukan
di pelbagai lokasi. Dalam teleperubatan, jaringan aplikasi teknologi
maklumat antara hospital akan memudahkan proses menyimpan dan
mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT16
Rajah 1.9: Teleperubatan
Sumber: http://www.sjwh.org/images/telemed.jpg
Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit
dilakukan. Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor
dengan doktor pakar dan doktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan
bantuan jaringan aplikasi. Jaringan aplikasi teknologi dalam hospital
digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada di unit rawatan
rapi. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor
mengenali penyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik.
Selain dari itu teknologi maklumat dalam menganalisis data terutama dari
data mesin X-ray.
Objektif teleperubatan ialah:
Membentuk pusat kecemerlangan teleperubatan yang bertaraf dunia;
dan
Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia
(d) Pusat Penyelidikan
Pusat Penyelidikan dan pembangunan adalah aspek yang cukup penting
dalam membangunkan sebuah negara maju. Dengan kerjasama syarikat-
syarikat besar tempatan dan luar negara serta universiti tempatan dan luar
negara, adalah diharapkan Malaysia dapat menjadi pusat penyelidikan
multimedia bertaraf antarabangsa. Penubuhan Universiti Multimedia yang
terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia, juga diharap menjadi
pemangkin bagi membina masyarakat penyelidik.
Secara keseluruhan objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia
ialah:
Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia;
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 17
Berkerjasama denga universiti tempatan bagi menghasilkan produk
multimedia; dan
Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan.
(e) Kad Pintar
Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di
dalam cip tersebut, tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar,
tempat lahir, tarikh lahir, cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. Di
dalam cip ini juga terdapat, maklumat imigresen seperti nombor passport
dan tarikh luput passport. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh
luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain
daripada itu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Di
dalam cip juga menyimpan, maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat
di dalamnya, boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat
membaca kad mudah alih.
Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad
pintar pertama di dunia yang dapat mengabungkan empat aplikasi
kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah
maklumat diri, maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan dan
maklumat imigresen.
Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah:
Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat
diri pemilik, dan
Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang.
Rajah 1.10: Kad pintar
Sumber: http://xw2k.sdct.itl.nist.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2.jpg
(f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT18
Koridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan yang terbaik untuk para peniaga. Koridor Raya Multimedia
dapat dihubungkan dengan semua negara dunia melalui telekomunikasi
yang canggih dan terkini.
Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia, infrastruktur
yang baik dan kemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai
bahasa mampu menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat
pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia. Koridor Raya Multimedia
boleh menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan
perkidmatan pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif pemasaran tanpa
sempadan ialah:
• Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor
Raya Multimedia sebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik;
• Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran dan
pengurusan perniagaan kepada rakyat Malaysia; dan
• Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi
golongan peniaga.
(g) Jalinan Perkilangan Dunia
Melalui hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sokongan
daripada sistem pengangkutan yang baik dan terurus membolehkan bahan
mentah dapat dibawa ke kilang dengan cepat. Infrastruktur ini juga
membolehkan proses penghantaran barang dari kilang ke seluruh dunia,
dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. Melalui hubungan komunikasi
ke serata dunia, kilang-kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah.
Kesemua infrastruktur ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia
sebagai satu pusat jalinan perkilangan dunia.
Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah:
Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 19
1.1.4 Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia
(a) MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut:
Jadual 1.2: Tiga Fasa MSC
Fasa Keterangannya
Fasa 1 • Menubuhan satu lebuhraya maklumat;
• Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
• Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk
Rajah 1.3);
• Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia; dan
• Menbentuk bandaraya Cyberjaya sebagai bandaraya bertaraf dunia.
Fasa 2 • Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor Raya
Multimedia MSC kepada bandaraya-bandaraya siber dunia;
• Membina lebuhraya web;
• Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
• Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama;
• Undang-undang siber bersifat global dan terkini; dan
• Empat hingga lima bandaraya bijak dapat dihubungkan dengan
bandaraya siber yang lain.
Fasa 3 • Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap
perubahan dunia teknologi;
• Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing di
peringkat dunia;
• Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di
Koridor Raya Multimedia (MSC); dan
• Menghubungkan lebih daripada 12 bandaraya bijak kepada lebuhraya
global.
(b) Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan
daripada kerajaan, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan
kejayaan. Kejayaan syarikat-syarikat seperti IRIS Technologies, XYBASE
dan REDTone (VMS Technology) serta Perbadanan Komputer Nasional
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT20
Berhad, seharusnya dilihat sebagai titik permulaan pengembelingan tenaga
ke arah kecemerlangan.
Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam
bidang animasi komputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya
menjadi pembakar semangat untuk mengorak kejayaan (Majalah PC
Oktober 2002).
Ketua Pegawai Eksekutif MDC, menyatakan pihaknya telah dan terus
berusaha mencari peluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia
ke Koridor Raya Multimedia (MSC) melabur di Malaysia. Di antara
kejayaan terbarunya ialah penyertaan syarikat seperti Satyam, DHL, Shell
HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25 Disember 2002).
Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk
menjadikan syarikat bernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat
multimedia, sejumlah 500 kesemuanya dengan jumlah 30 bertaraf dunia
(bilangan ini telah melepasi sasaran). Di akhir tahun 2002, jumlah syarikat
yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanya bertaraf
dunia.
ASAS SISTEM KOMPUTER
Struktur Komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input, proses dan
output. Lihat Rajah 1.11 di bawah:
1.2
Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang Pendidikan.
Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor Raya
Multimedia?
AKTIVITI 1.3
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 21
Rajah 1.11: Keseluruhan proses di dalam komputer
1.2.1 Peranti Input
(a) Tetikus
Tetikus atau mouse berdasarkan gerak tangan pengguna. Pergerakan
tetikus boleh dikesan oleh komputer bedasarkan gerakan dan digambarkan
di atas skrin dengan gerakan kursor. Tetikus terdiri dari dua atau tiga
butang yang boleh ditekan untuk memberi isyarat kepada komputer.
Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapat
berbagai peranti input, namun hanya empat peranti input yang biasa
digunakan oleh pendidik iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan
penyentuh skrin.
Rajah 1.12: Tetikus (mouse)
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT22
Tetikus digunakan untuk:
Mengerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin
dengan cara mengklik pada ikon-ikon;
Tetikus membolehkan pengguna mengerakan kursor ke mana saja di
atas skrin dengan mudah dan lancar;
Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan
cepat; dan
Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah mengunakan butang
interaktif, objek interaktif, hiperteks dan hipermedia.
(b) Skrin Sesentuh
Skrin Sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagi membolehkan
pengguna memasukan arahan dengan menyentuh skrin. Skrin Sesentuh
merupakan pilihan lain pada penggunaan tetikus. Alat yang digunakan
untuk menyentuh skrin boleh terdiri dari pen elektronik atau jari
pengguna. Pengguna perlu menyentuh ikon-ikon pada skrin untuk
mengaktifkan sesuatu arahan.
Rajah 1.13: Skrin sesentuh
Sumber:
http://www.satphonestore.com/SatTV/SeaTel/touch%20screen1%2010cm%20cmyk%2
0(2).jpg
(c) Pengimbas
Pengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks, imej atau
grafik. Data-data yang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam
komputer sebagai fail. Maklumat yang dibaca akan diproses oleh
komputer. Terdapat dua jenis pengimbas yang selalu digunakan iaitu:
• Pengimbas Tangan
Pengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbas dan
membaca kod asas di pasaraya atau di perpustakaan.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 23
Rajah 1.14: Pengimbas tangan
Sumber: http://www.posdata.com/images/QS6000PL.JPG
Pengimbas Buku
Pengimbas buku biasanya digunakan untuk mengimbas teks, imej dan
grafik.
1.2.2 Mikropemproses (Pemproses Utama)
Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan, lebar
jalurnya, kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit
yang dapat diproses contohnya Pntium 4 dengan kelajuan 3.4 Gigahertz
mempunyai frekuensi 3.4 Gigahertz yang mana dapat memproses 3.4 bilion
pusingan mesin sesaat. Kelajuan merujuk kepada bilangan arahan yang boleh
dilaksanakan persaat.
Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data
kepada maklumat. Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik
dan unit aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan
memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik dari
ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalankan operasi logik dan
aritmetik.
Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri
dari cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu.
Rajah 1.15: Pengimbas buku
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT24
1.2.3 Peranti Output
(a) Monitor
Monitor merupakan skrin yang bertindak untuk
memaparkan output yang kehendaki. Monitor
merupakan peranti output yang penting dan
selalu digunakan oleh pengguna. Monitor
terbahagi kepada 2 iaitu monokrom dan warna.
Monitor monokrom mempunyai paparan hitam
putih dan monitor warna mempunyai paparan
warna. Kedua-dua monitor ini disambung
dengan komputer menggunakan kad grafik.
Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad
grafik dan RAM kad grafik. Ketajaman imej bergantung kepada nilai
peleraian.
Peleraian
640X480 piksel
800X600 piksel
1040X786 piksel
1280X1054 piksel
(b) Pencetak
Pencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam
bentuk 'hard copy'. Dengan mencetak pengguna boleh menyimpan
maklumat yang dipaparkan pada monitor ke bentuk kekal. Pencetak boleh
terdiri daripada tiga jenis:
(i) Pencetak Dot Matrik
Pencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman. Teknik
hentaman ini akan menghasilkan bintik-bintik halus pada kertas.
Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses.
Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak
dan speaker.
Rajah 1.16: Monitor
Imej
Kasar
Jelas
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 25
Rajah 1.17: Pencetak dot matrik
(ii) Pencetak Pancutan Dakwat
Pencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan
dakwat ke atas kertas.
Rajah 1.18 Pencetak pancutan dakwat
(iii) Pencetak Laser
Pencetak laser mempunyai teknik yang sama dengan mesin fotostat.
Hasil cetakannya bermutu tinggi.
Rajah 1.19: Pencetak laser
Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi
dalam kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap
hari?
SEMAK KENDIRI 1.4
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT26
1.2.5 Storan
Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam
kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari?
Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Contohnya setiap kali
anda mengarahkan data diambil dari storan untuk diproses, storan bertindak
sebagai input sebaliknya jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan,
storan bertindak sebagai output. Storan Primer dikenali sebagai Random Access
Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM, manakala storan Storan Skunder
pula terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera
keras, cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash atau cakera padat.
(a) Storan Primer
Random Access Memory (RAM) dalam bahasa melayu bermaksud ingatan
capaian rawak. RAM terdiri daripada litar elekteonik yang terdiri daripada
cip transitor logik dalam komputer. Litar elektronik ini mempunyai
kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses.
RAM berfungsi untuk:
(i) Menyimpan program yang sedang digunakan;
(ii) Menyimpan data yang sedang diproses; dan
(iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output.
RAM boleh mencapai secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. RAM
menyimpan ingatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja, jika
bekalan kuasa terputus ingatan yang terdapat dalam RAM akan hilang.
Rajah 1.20: RAM
Read Only Memory (ROM) atau ingatan baca sahaja, menjadi alat untuk
menyimpan maklumat secara kekal. Ingatan dalam ROM akan kekal
biarpun bekalan kuasa diputuskan. ROM menyimpan maklumat yang telah
dimasukan ke dalamnya oleh pembina komputer. Di antara maklumat
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 27
yang dimasukan ke dalam ROM ialah kofigurasi-konfigurasi sistem
komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set
atur cara rutin asas dalam komputer.
(b) Storan Sekunder
Kandungan storan skunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh
pemproses. Data yang disimpan dalam storan skunder hendaklah
dipindahkan terlebih dahulu ke ingatan utama sebelum boleh digunakan
untuk memproses data.
Storan skunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data
secara kekal. Storan skunder dapat mengekal data, walaupun selepas bekalan
kuasa dihentikan.
Rajah 1.21: Storan sekunder
Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM.
SEMAK KENDIRI 1.5
Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer, apakah yang anda
jangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega
bait dalam komputer anda?
AKTIVITI 1.4
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT28
KESELAMATAN
Aspek-aspek keselamatan melibatkan komputer hendaklah dijaga dengan rapi
seperti yang akan dibincangkan berikut:
1.3.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer
Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai
peraturannya. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer
demi keselamatan komputer dan mengelak kemalangan.
Antara peraturan penggunaan makmal, ialah:-
• Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali
bersama guru;
• Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal;
• Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas
kebenaran guru;
• Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal;
• Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. (susunan
komputer, perkakasan atau perisian);
• Pastikan makmal sentiasa bersih, buang sampah dalam tong sampah;
• Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal;
• Jika terdapat masalah dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan
membantu sahaja;
• Duduk dengan tertib dan bersopan, tidak dibenarkan berjalan-jalan ke
komputer lain;
• Jaga perilaku, jangan membuat bising di dalam makmal;
• Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan; dan
• Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru sahaja.
(a) Penjagaan Perkakasan
Komputer merupakan barang yang sensitif dan mahal. Langkah-langkah
berikut perlu diberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelak
komputer menjadi rosak:
1.3
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 29
• Elakkan komputer dari boleh terkena air atau diletak berhampiran
dengan tempat yang mempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah
pendingin udara,dapur dan lain-lain);
• Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu
dan suhu tinggi;
• Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang
berhampiran dengan alat elektrik dan bermagnet;
• Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain, lebih kurang 7 cm
untuk membenarkan peredaran udara;
• Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau
aseton, bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak
menghakis;
• Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer, pastikan meja
komputer dan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas
daripada getaran dan alihkan komputer ketika perlu sahaja;
• Rehatkan komputer setelah terlalu kerap atau digunakan secara
berterusan;
• Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket
sebelum meninggalkan komputer;
• Gunakan bahan anti-statik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas
static;
• Bagi mengelak ralat windows, sentiasa keluar dari windows dengan
cara yang betul;
• Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi
mengelak tumpahan berlaku;
• Jangan gunakan komputer ketika kilat. Gunakan UPS (Uninterrupted
Power Supplies), SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage
Regulation) untuk mengstabilkan kuasa elektrik;
• Gunakan SP (Surge Protector) bagi menberi pelindungan akibat kesan
panahan kilat. (namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat
kilat sepenuhnya);
• Jangan ambil atau masukan cakera liut ketika lampu pemacu cakera
masih menyala; dan
• Gunakan sistem tools secara maksima, selalu defrag dan scan cakera
keras.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT30
(b) Tugasan Penyenggaraan
Sebagai pengguna komputer, penyenggaraan berkala amat perlu bagi
memastikan komputer berkeadaan baik. Berikut antara tugas yang
dicadangkan;
Jadual 1.5: Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer
Tugasan Keterangannya
Tugasan harian • Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.
• Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.
• Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan
semula (restart) sekiranya komputer telah lama
digunakan.
Tugasan
mingguan
• Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain.
• Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik.
• Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan
semula (restart) sekiranya komputer telah lama
digunakan.
Tugasan bulanan • Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan
yang terdapat.
• Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi ini
sekadar memenuhi ruang cakera keras.
• Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail sistem.
• Kemaskini program utiliti dan perisian anti virus.
• Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus dan
monitor).
• Gunakan program utiliti seperti S.M.A.R.T (Self-
monitoring Analysis and Report Technology) untuk
memantau pelbagai parameter yang berkaitan dengan
fungsi mekanikal seperti kelajuan plat cakera, masa
putaran, kuasa motor, kegagalan carian dan gegaran
kepada kekisi pemacu. Begitu juga program utiliti seperti
Dr PC yang memantau perisian dan perkakasan
komputer.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 31
1.3.2 Menjaga Keselamatan Data
Terdapat data-data cukup bernilai malah lebih berharga daripada komputer.
Contohnya data tesis amat berharga berbanding dengan fail program lain. Data-
data ini perlu diutamakan untuk disimpan. Kecuaian menjaga data akan
menyebabkan kita kehilangan data yang berharga atau data kita disalahgunakan.
(a) Jenis Penyalahgunaan Data
Terdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data:
(i) Mencuri Data
Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data. Data amat
berharga sebagai contoh data pelanggan amat berharga kepada
peniaga. Terdapat penjenayah mencuri data pelanggan bagi
membolehkannya merampas pelanggan. Data akaun bank selalu
menjadi sasaran golongan penjenayah. Penjenayah cuba
memindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat
keuntungan.
(ii) Memanupulasi Data
Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan
tertentu. Contohnya ada penjenayah yang menggunakan
kebolehan menggunakan komputer dengan menukarkan data
dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa. Terdapat juga
yang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus.
(iii) Mengintip
Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya
bagi mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru
yang lebih baik. Begitu juga data keselamatan sebuah negara
sering menjadi intipan pihak musuh. Kekurangan penjagaan
keselamatan menyebabkan pihak musuh dapat mengintip data
yang penting.
Nyatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagi
memanjangkan jangka hayat komputer.
SEMAK KENDIRI 1.6
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT32
(b) Keselamatan Data
(i) Membentuk Kata Laluan
Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu
ditaip atau disebut bagi pengenalan diri. Dalam sistem data, kata
laluan akan ditanya ketika kita hendak memasuk atau melihat
sistem data. Kata laluan berguna, bagi mengelak orang yang tidak
dingini melihat data dan seterusnya menyalahgunakan data. Bagi
memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia, kata laluan
perlulah berlainan antara individu. Susunan huruf atau nombor
dalam kata laluan jangan mudah diteka atau perkataan biasa
digunakan. Kata laluan juga perlu sentiasa dikemaskini, matikan
kata laluan dengan cepat bagi pegawai yang tidak lagi bertugas.
Pegawai maklumat juga perlu sentiasa melakukan audit sistem.
Rajah 1.22: Kata laluan
(ii) Mengakses Mengikut Tingkat Keperluan
Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna
sebelum membina sistem pangkalan data. Sebagai contohnya, di
sekolah pelajar boleh melihat data peperiksaannya tanpa
mengubah data. Kebolehan menukar data menyebabkan pelajar
dapat memanipulasi data. Guru pula boleh mengubah data
peperiksaan mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Oleh
itu sistem mengakses maklumat mengikut keperluan pengguna
amat perlu dilaksanakan demi keselamatan data.
(iii) Prosedur
Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina
sistem pangkalan data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi
dibuat oleh pentabiran data dan pengatucara. Prosedur perlu
disimpan ditempat yang selamat bagi mengelak prosedur jatuh ke
tangan orang yang tidak bertanggungjawab.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 33
(iv) Membina Pangkalan Data Menggunakan Perisian yang Stabil dan
Selamat
Perisian yang biasa digunakan atau mudah didapati dipasaran
terdedah kepada risiko mudah digodam. Selain daripada itu
perisian yang dibina atas aspek keselamatan yang rendah begitu
mudah diceroboh. Oleh itu pentabir data perlu memilih perisian
yang mempunyai aspek keselam atan yang tinggi. Sebagai contoh
perisian jenama ORACLE antara perisian pangkalan data terbaik.
Rajah 1.23: Perisian pangkalan data Oracle
Sumber: http://www.foldersgalore.com/Resources/galroracle.jpeg
(c) Membuat Salinan Data
Data yang disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam
storan sekunder yang lain bagi mengelak data rosak, dimanupulasi atau
hilang. Menyimpan data secara tetap merupakan jaminan terbaik bagi
mengelak kehilangan data. Langkah-langkah berikut perlu difikirkan
dalam menyimpan data:
(i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan
dan menyalin. Data boleh disalin secara manual, menggunakan
aplikasi windows atau menggunakan perisian ketiga. Menyimpan
secara manual digunakan bagi menyalin data semasa, kerap berubah
dan mudah dipindahkan. Jika melibatkan data khas (mesej e-mel,
Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupan
seharian anda, apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu
dalam kehidupan anda?
AKTIVITI 1.5
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT34
ketetapan sistem, registry) penggunaan aplikasi windows atau
perisian ketiga agak sesuai.
(ii) Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting.
Terdapat pelbagai peranti dan media yang boleh digunakan. Antara
faktor yang harus difikirkan dalam memilih peranti atau media ialah:
Keupayaan peranti menyimpan data;
Saiz fizikal peranti atau media;
Harga peranti; dan
Selain daripada menyimpan data terdapat juga aplikasi lain
contohnya seperti permainan MP3, Kamera dan jam.
(iii) Simpan secara berkala, memandangkan data sentiasa berubah
perancangan secara berjadual amat perlu bagi menyimpan data.
1.3.3 Virus
Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus
ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan
komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit antara
satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail
data mengalami kerosakan, tidak boleh dibaca atau boleh membawa kehilangan
data. Sebagai contoh, virus Navidad akan merosakan registry pada windows.
Kesannya semua fail sambungan .exe tidak akan dapat dijalankan. Cecacing
mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan kesesakan
dalam sistem rangkaian.
(a) Punca Serangan Virus
Bagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu
dikenal pasti.
Jadual 1.6: Empat Punca Serangan Virus
Punca Keterangan
• E-mel E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama.
Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mail kadang-
kadang mengandungi virus. Sebaik fail sisipan yang
mengandungi virus ini dibuka, virus akan merebak ke
dalam komputer. Terdapat virus yang memasuki alamat
yang disimpan di dalam buku alamat di e-mail, virus ini
akan menghantar e-mail yang mengandungi mengandungi
virus dalam fail sisipan ke alamat yang terdapat dalam buku
alamat.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 35
• Cakera padat, pen
drive dan storan
sekunder mudah
alih
Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan
data. Bila fail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan
merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem.
• Perisian program
atau bahan yang
dimuat turun dari
internet
Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk
memperolehi pelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya
digunakan untuk mencari bahan atau maklumat.Virus juga
boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat
turun dari internet.
• Selitan mesej Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga
kemungkinan membawa virus.
(b) Tanda-tanda Serangan Virus
• Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot
secara tiba-tiba.
• Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang
dipasang atau fail yang disimpan.
• Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Error mesej
atau amaran kehilangan fail program dalam sistem sering berlaku.
• Merosakkan Fail Allocation Table (FAT) dan sector but. FAT yang
rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau
dikesan. Kegagalan sector but berfungsi menyebabkan sistem computer
tidak boleh dimulakan.
• Terdapat hidden file yang sama dan sentiasa memenuhi ruang.
• Mesej yang dipaparkan agak ganjil contohnya tanda wujudnya virus
Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila
tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando".
• Terdapat laman web yang disekat dari dilayari biarpun tiada arahan
sekatan laman web dilakukan.
• Format atau label fail yang disimpan terubah.
• Fail-fail data atau program hilang.
• Kandungan dan kod fail berubah menyebabkan rosak dan tidak dapat
digunakan.
• Sektor rosak terbentuk dengan banyak pada cakera keras kesannya
menyebabkan data hilang atau gagal dicapai.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT36
(c) Cara-cara Mengelak Serangan Virus
Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau laluan masuk dan
keluar dari rangkaian.
Sentasa mengemaskini, mengimbas dan memantau aplikasi yang
berkaitan dengan internet terutamanya e-mail.
Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Perisian anti
virus perlu di pasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan
virus.
Jangan membuka e-mail yang tidak diketahui sumbernya atau diragui
kandunganya, sisipan e-mail perlu diimbas oleh perisian anti virus
sebelum membukanya.
Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual.
Muat turun fail dari internet yang mempunyai sumber keselamatan
yang tinggi. Jangan muat turun fail-fail prono yang mempunyai sumber
keselamatan yang rendah.
Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer
awam.
Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan
terkini.
• Topik ini membincangkan mengenai pengenalan teknologi maklumat yang
mencakupi sejarah teknologi maklumat dan teknologi maklumat dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik. Koridor
Raya Multimedia yang merupakan mercu tanda kejayaan Malaysia dalam
teknologi maklumat dan komunikasi turut dibincangkan dalam topik ini.
1. Pada pendangan anda, bagaimanakah sesuatu virus itu
mengakibatkan kemusnahan di komputer pengguna dan
siapakah menyebarkan virus tersebut?
2. Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus
yang menyerang manusia dengan virus yang menyerang
komputer?
AKTIVITI 1.6
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 37
• Topik ini juga membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu
digunakan. Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat lari daripada
menghadapi masalah serangan virus dan penyalahgunaan data. Dalam topik
ini, cara menguruskan dan menyenggara komputer dengan baik turut
dibincangkan bagi mengelakkan ancaman virus dan penyalahgunaan data.
Analytical Enjin
AVR
Bios
Centrino
COBOL
CAE
CAD
CAM
Fortran
Gigahertz
RAM
ROM
S.M.A.R.T
Sistem Binari
SP
UPS
IT Subjek Teras di Sekolah. 2002. Berita Harian 2 Julai: muka depan.
Jalur Lebar di Malaysia. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. Utusan Malaysia
20 Jun 2002: megabit ms 4.
Jurang Digital aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. 2002.
Utusan Malaysia 28 Disember: Megabait 4.
Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam perniagaan
ICT. Majalah PC September: 56-57.
Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital.
Majalah PC, September: 58-59.
Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli.
Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11.
Mohd Ridzwan Md Iman. 2003. ICT 2003 di mana kita. Utusan Malaysia 2
Januari: Mega Bit ms 4.
TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT38
Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. 1992 Pengajaran Berbantukan Komputer.
Wawasan September.
Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita
Harian 3 Disember: 16.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.
Kuala Lumpur: Federal Publication.
Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003.
Berita Harian 7 Januari: Pendidikan ms. 8.
Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.

More Related Content

What's hot

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Denne Freddy
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanVince Here
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanRoiamah Basri
 
Ciri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&pCiri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&pNorazliah Ani
 
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanakPendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanaksyidanazir
 
pendidikan moden
pendidikan moden pendidikan moden
pendidikan moden wanhafshah
 

What's hot (20)

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikanCadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan
 
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 10 PERUBAHAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964
 
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikanBab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
Bab 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Unit 1 final
Unit 1 finalUnit 1 final
Unit 1 final
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
Acot model copy
Acot model copyAcot model copy
Acot model copy
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Ict dalam pendidikan
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
 
Ciri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&pCiri ciri video dokumentari p&p
Ciri ciri video dokumentari p&p
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanakPendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
Pendekatan teknologi visual dalam literasi visual kanak-kanak
 
pendidikan moden
pendidikan moden pendidikan moden
pendidikan moden
 

Similar to Pengenalan teknologimaklumat

Sejarah komputer 1
Sejarah komputer 1Sejarah komputer 1
Sejarah komputer 1Lekha Lekzz
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969KT Yap
 
Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)
Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)
Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)Joudrey Joel
 
Asingment 1 presentation
Asingment 1 presentationAsingment 1 presentation
Asingment 1 presentationAziatul Akhmar
 
Handout sejarah komputer
Handout  sejarah komputerHandout  sejarah komputer
Handout sejarah komputerSendiripunya Ab
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bazlin Ahmad
 
Tmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakatTmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakatBazlin Ahmad
 
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanNpwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanKhirulnizam Abd Rahman
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmzulhafiz97
 
Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1Raesah Serjen
 
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTERMODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTERjiwaparadox
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinyaRizal Saeh
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmfarid2405
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinyaSyahmi Zakaria
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bazlin Ahmad
 
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerTMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerHayrol Fye Klueze
 
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Bazlin Ahmad
 
Komputer
KomputerKomputer
KomputerVan46
 

Similar to Pengenalan teknologimaklumat (20)

Teknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ictTeknologi maklumat ict
Teknologi maklumat ict
 
Sejarah komputer 1
Sejarah komputer 1Sejarah komputer 1
Sejarah komputer 1
 
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969Nota padat  hbef2303 tmk  edisi imann9969
Nota padat hbef2303 tmk edisi imann9969
 
Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)
Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)
Bab 1 (ict 1.1.1: GAMBARAN KESELURUHAN TMK)
 
Asingment 1 presentation
Asingment 1 presentationAsingment 1 presentation
Asingment 1 presentation
 
Handout sejarah komputer
Handout  sejarah komputerHandout  sejarah komputer
Handout sejarah komputer
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1
 
Tmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakatTmk dan kemasyarakat
Tmk dan kemasyarakat
 
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan InsanNpwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
Npwu-mpu 3252 Teknologi Maklumat dalam Kehidupan Insan
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bm
 
Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1Modul 1-dunia-komputer-bm1
Modul 1-dunia-komputer-bm1
 
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTERMODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
MODUL TMK - DUNIA KOMPUTER
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bm
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
 
Modul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bmModul 1 dunia komputer bm
Modul 1 dunia komputer bm
 
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
1 0-memperihal-komputer-dan-fungsinya
 
Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1Bukulatihanict la1
Bukulatihanict la1
 
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan KomputerTMK - Sejarah Perkembangan Komputer
TMK - Sejarah Perkembangan Komputer
 
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01Slot1tmk 140124182837-phpapp01
Slot1tmk 140124182837-phpapp01
 
Komputer
KomputerKomputer
Komputer
 

Pengenalan teknologimaklumat

  • 1. HASIL PEMBELAJARANHASIL PEMBELAJARAN PENGENALAN Sedarkan anda bahawa dalam ledakan teknologi maklumat ini, bidang pendidikan tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Perkembangan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat telah mula mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan dan lain-lain peneraju dalam bidang pendidikan, khususnya yang digunakan dalam bidang pengurusan pendidikan dan sebagai alat bantuan pengajaran. TTooppiikk 11 Pengenalan Teknologi Maklumat Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan sejarah perkembangan teknologi maklumat, sebelum tahun 1940an hingga kini; 2. Menghuraikan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan; 3. Menghuraikan aplikasi dan fasa koridor raya multimedia; 4. Mendefinisi dan menerangkan fungsi asas sistem komputer; 5. Menjelaskan faktor-faktor yang mengancam keselamatan komputer; 6. Menghuraikan cara menyenggara komputer; dan 7. Mengenal pasti cara serangan virus dan faktor menghalangnya.
  • 2. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT2 Sedarkan anda sebagai seorang guru, peranan sebagai agen perubahan perlu direncanakan selaras dengan perkembangan terkini. Oleh itu, anda seharusnya peka kepada perkembangan teknologi maklumat yang semakin bertambah pesat ke arah meningkatan diri dan khususnya meningkatkan profesionalisme dalam bidang pendidikan. Anda perlu mempunyai pengetahuan semasa terhadap perkembangan teknologi maklumat serta kepentingannya kepada generasi masa kini. Selain itu, anda sebagai seorang guru akan mampu mewujudkan senario yang jauh lebih baik sekiranya berpengetahuan dalam bidang perkakasan atau hardware, perisian komputer, ciri-ciri keselamatan dalam teknologi maklumat, khususnya ancaman serangan virus atau ancaman pengodam dan penyenggaraan komputer. TEKNOLOGI MAKLUMAT Tahukah anda bahawa ruang lingkup teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan sistem komputer, malah mencakupi penggunaan komputer dan telekomunikasi yang digunakan untuk memproses dan menyebar maklumat. Dalam era maklumat kini, kegunaan teknologi maklumat begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan. Tiga asas yang menyokong teknologi maklumat ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data. 1.1.1 Pekembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sejarah perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dibahagikan kepada lima zaman iaitu: Rajah 1.1: Perkembangan teknologi maklumat 1.1
  • 3. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 3 (a) Sumbangan Awal Sebelum 1940 Pernahkah anda mendengar perkataan Abakus? Sebagai seorang guru, anda sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat Kemeteriam Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan mesin ABAKUS sebagai pengira 3000 BC yang lalu. Pada tahun 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliau telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator. Rajah 1.2: Mesin arimatik Pascal Sumber: http://www.maxmon.com/images/hstfig6.gif Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835, Analytical Enjin telah diperkenalan oleh C Babbage. Analytical Enjin mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1000 nombor yang setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk. Cuba anda fikirkan dengan menggunakan imaginasi anda, senaraikan ciri-ciri komputer generasi kelima yang dapat mempermudahkan dan menepati cita rasa sebagai seorang pengguna dan pendidik. AKTIVITI 1.1
  • 4. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT4 Rajah 1.3: Analytical enjin oleh Clarles Babbage Sumber: http://www-groups.dcs.st- and.ac.uk/~history/Diagrams/Babbage_engine.jpeg Analytical Enjin mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki 5 bahagian iaitu: Rajah 1.4: 5 Bahagian analytical enjin George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan mereka cipta satu simbol Algebra 'betul dan salah'. Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden. Pada tahun 1890, kad tebuk untuk memasukan dan memproses data diperkenalkan. Pada tahun 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan arimatik secara automatik. (b) Generasi Pertama (1940-1958) Terciptanya tiub vakum, masalah tindakbalas mekanikal dapat diatasi. Ia merupakan, masalah utama yang dihadapi oleh pencipta komputer iaitu
  • 5. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 5 tindakbalas mekanikal yang lambat dan terbatas. Hasil daripada ciptaan tersebut, maka terhasilnya komputer seperti berikut: Jadual 1.1: Hasil Ciptaan Komputer pada Era Generasi Pertama Tahun Ciptaan Keterangan Ciptaan dan Pencipta Tahun 1943 Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan menggunakan tiub vakum. Sumber: http://www.digibarn.com/collections/locations /bletchley-park/ 121-2140_IMG.JPG Tahun 1945 J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC). Komputer ini memerlukan ruang 1500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi 19000 tiub vakum. Anda boleh melihat laman web berikut untuk melihat sejarah perkembangan komputer ENIAC http://ei.cs.vt.edu/~history/ENIAC.Richey.HT ML Sumber: http://www- etsi2.ugr.es/alumnos/mlii/imagenes/Programa ndo%20Eniac.jpg Tahun 1946 UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951. Sumber: http://www.rothcpa.com/archives/misc/Univ ac.jpg
  • 6. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT6 Tahun 1953 IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650 (lihat gambar sebelah). Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input, output, konsol dan bekalan. Sumber: http://www- 8.ibm.com/au/70years/more_detail/1953.html (c) Generasi Kedua (1959-1963) Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada transistor. Kesan penggunaan transistor menjadikan saiz fizikal komputer menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi. Pertukaran ini juga membuatkan kos membina komputer menjadi semakin murah, lebih 17000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. Antara komputer yang terkenal ialah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL. (d) Generasi Ketiga (1964-1980) Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar bersepada, tercipta komputer seperti berikut: • Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel 4004. • Pada tahun 1975, Local area network yang pertama telah diperkenalkan oleh Robert Metcalfe. • Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh Steve Woziniak dan Seve Job. • Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan. • Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, kemudian telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979. (e) Generasi Keempat (1980 - Kini) Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala. Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga kini, intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984,
  • 7. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 7 Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei 1991, syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan Windows 3.0, seterusnya di awal tahun 1992, Microsoft telah memperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 mengabungkan antara muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan DOS. Arahan kawalan sistem Windows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 dapat mengabungkan kesemua media dalam multimedia. 1.1.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan (a) Pendidikan Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh dibahagi kepada dua kategori: (i) Alat Membantu Pengurusan Dalam satu organisasi pendidikan terlalu banyak data yang perlu diuruskan. Antara contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. Sebagai contoh dengan bantuan aplikasi ini seorang pentadbir boleh mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan terkini. Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan data pelajar. Begitu juga maklumat-maklumat penting lain seperti kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologi maklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Pihak Open University Malaysia telah menggunakan sistem untuk 1. Gambarkan secara keseluruhan cara proses atau cara kerja komputer bermula dari peranti input hingga ke peranti output. 2. Nyatakan perubahan antara komputer generasi pertama hingga generasi keempat. SEMAK KENDIRI 1.1
  • 8. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT8 mengurus dan mengetahui status pelajar dari aspek latar belakang, status permohonan, maklumat kursus yang diambil, status kewangan dan status peperiksaan mereka. Ini dapat dilihat dalam Rajah 1.5 di bawah. Rajah 1.5: Sistem maklumat pelajar Open University Malaysia Selain itu jaringan Internet dan Laman Web juga telah digunakan untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. Sebagai contoh laman web Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar, memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting. Di samping itu, laman Web ini juga membenarkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar. (ii) Alat Bantu Mengajar Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada empat iaitu: • Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial • Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan • Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi • Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan contoh penggunaan teknologi maklumat dengan menggunakan beberapa mod seperti berikut:
  • 9. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 9 Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah: Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan Pelajar dapat belajar dengan sendiri Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan kontekstual dalam pengajaran Membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan ialah: Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Membolehkan pembelajaran simulasi Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah: Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama Menjimatkan masa pembelajaran Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi ialah: Membenarkan pembelajaran jarak jauh Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.
  • 10. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT10 (iii) Internet dalam Pendidikan Penggunaan komputer membolehkan pengguna membentuk komunikasi yang berkesan cepat, mudah dan murah. Perkongsian maklumat, mesyuarat dan perbincangan dapat dilakukan melalui telesidang. Internet juga digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.Internet dapat digunakan di mana-mana dengan pelbagai media dalam aplikasinya, maka maklumat di Internet lebih bersifat terbuka dan luas kerana ia tidak tertakluk kepada sesebuah lokasi tertentu sebaliknya ia meliputi seluruh dunia. Rajah 1.6: Telesidang Sumber: http://www.mainesenate.org/diamond/images/Diamond%20Video%20Teleconference -high%20res.JPG Internet dapat membantu para pendidik mempelbagaikan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik. Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh dan pelbagai. Internet dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian Internet ini juga boleh membuat hubungan dengan penduduk seluruh dunia menjadi satu kenyataan. Capaian Internet juga mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah. Nyatakan penggunaan komputer dalam kehidupan selaku pendidik. SEMAK KENDIRI 1.2
  • 11. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 11 (b) Perindustrian Dalam bidang perindustrian, teknologi maklumat digunakan sebagai hasilan dan meningkatkan produktiviti. Tedapat dua kategori industri: (i) Industri yang menjadi teknologi maklumat sebagai produk. Antara contohnya ialah industri perisian, bioteknologi, perkakasan dan lain- lain lagi. (ii) Industri yang menggunakan aplikasi teknologi maklumat. Industri perbankan, insuran serta industri adalah contoh industri yang bukan berasaskan teknologi maklumat. Teknologi maklumat juga digunakan untuk mereka cipta bentuk produk serta mengawal mesin untuk membuat kerja-kerja yang telah diprogramkan. Terdapat empat kategori aplikasi komputer: Jadual 1.2: Empat Kategori Aplikasi Komputer Kategori Keterangannya (a) Kejuruteraan berbantukan komputer (Computer Aid Engineering (CAE)) Dalam aplikasi ini jurutera mengunakan perisian komputer bagi membuat reka bentuk dan menguji komponen-komponen. (b) Reka bentuk berbantukan komputer (Computer Aided Design(CAD) Program ini membantu jurutera meghasilkan lukisan lengkap mengenai sesuatu reka bentuk (c) Pekilangan berbantukan komputer (Computer Aided Manufacturing (CAM)) Dalam aplikasi ini komputer akan mengawal robot atau mesin yang digunakan untuk memasang barangan (d) Automasi kilang Robot atau mesin yang dikawal oleh komputer digunakan untuk menggerakkan bahan mentah di bahagian pemasangan dan menjaga kualiti barang Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan teknologi maklumat dalam mengajaran dan pembelajaran? Cuba anda lakarkan melalui peta minda berdasarkan kepada pengalaman dan pemahaman anda. SEMAK KENDIRI 1.3
  • 12. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT12 (c) Perdagangan Teknologi maklumat selalu digunakan oleh peniaga dalam bidang pengurusan, perakaunan dan simpan kira. Teknologi maklumat juga digunakan oleh peniaga dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang sempurna, contohnya ada peniaga menyediakan kios untuk membantu peniaga memberi maklumat barang yang diniagakan. Penggunaan kod asas di kompleks membeli belah bagi mengantikan penggunaan tanda harga memudahkan pemantauan tanda harga dilakukan. Teknologi maklumat digunakan dalam industri perbankan dengan meluas. Penggunaan mesin teller automatic contohnya, menyebabkan maklumat serta urusan simpanan dan pengeluaran menggunakan online. Penggunaan komputer juga membolehkan sistem pembayaran bil dilakukan secara online dan setempat digunakan. 1.1.3 Koridor Raya Multimedia (MSC) Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Coridor (MSC) merupakan tonggak dan strategi pembangunan bagi mencapai wawasan 2020. MSC telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Koridor Raya Multimedia atau MSC ini dibina bagi merangsang proses penyelidikan dan pembangunan atau R & D, membina dan menyebar maklumat serta produk berunsurkan teknologi maklumat. Tujuh aplikasi utama koridor multimedia, terdapat dalam Rajah 1.7. 1. Kita menggunakan aplikasi teknologi maklumat setiap hari. Cuba anda bayangkan jenis-jenis aplikasi yang anda pernah atau yang sedang anda gunakan setiap hari. 2. Bayangkan sekiranya sistem komputer di seluruh dunia menghadapi kegagalan untuk berfungsi sepenuhnya. Pada jangkaan anda, apakah kesulitan yang akan anda akan rasai serta merta? Bincangkan dalam kelas anda. AKTIVITI 1.2
  • 13. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 13 Rajah 1.7: Aplikasi utama Koridor Raya Multimedia (a) Kerajaan Elektronik Kerajaan elektronik merupakan merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensi-agensi kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti berikut: (i) Hubungan antara Agensi Kerajaan Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan multimedia. Melalui hubungan ini, komputer yang mengunakan jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung antara satu sama lain. Dengan ini, perkara yang memerlukan penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen, maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara kementerian dengan kementerian atau dengan jabatan. Sidang video digunakan, bagi memudahkan proses mengadakan mesyuarat di pelbagai lokasi. (ii) Hubungan Rakyat dengan Kerajaan Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentabiran yang cekap berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah: Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap, Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara jabatan,
  • 14. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT14 Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos, dan Meningkatkan keselamatan data. Rajah 1.8: Kerajaan elektronik (b) Sekolah Bestari Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran, serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilai- nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Kesemua usaha ini akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sebagai bahan sejarah. Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari terdapat perbezaan jelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi 1. Senaraikan tujuh aplikasi Koridor Raya Multimedia. 2. Beri sebab kenapa Koridor Raya Multimedia dianggap berjaya. 3. Pada pandangan anda, apakah kelebihan pelaksanaan kerajaan elektronik kepada masyarakat Malaysia? Senaraikan. SEMAK KENDIRI 1.3
  • 15. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 15 tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di sekolah bestari cara gaya pembelajaran berasaskan pelajar serta bebas tetapi bergantung kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti, penyayang dan berliterasi teknologi seperti dalam Jadual 1.3 di bawah. Jadual 1.3: Perbezaan Cara Gaya Pembelajaran Sekolah Masa Kini dan Sekolah Bestari Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri- ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada. Antara ciri-ciri tersebut ialah: Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang menyediakan sumber-sumber melalui Âonline' untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah. Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggung jawab menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari. Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan. (c) Teleperubatan Teleperubatan ialah aplikasi jaingan maklumat yang digunakan bagi kerja pengurusan dan rawatan antara hospital. Selain daripada itu, teleperubatan membenarkan hubungan komunikasi antara pesakit dan doktor dilakukan di pelbagai lokasi. Dalam teleperubatan, jaringan aplikasi teknologi maklumat antara hospital akan memudahkan proses menyimpan dan mencapai rekod pesakit di hospital yang berlainan.
  • 16. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT16 Rajah 1.9: Teleperubatan Sumber: http://www.sjwh.org/images/telemed.jpg Jaringan membolehkan pengesahan dan pengumuman penyakit berjangkit dilakukan. Rawatan dan rundingan perubatan jarak jauh antara doktor dengan doktor pakar dan doktor dengan pesakit boleh dilakukan dengan bantuan jaringan aplikasi. Jaringan aplikasi teknologi dalam hospital digunakan untuk memantau pesakit terutama yang berada di unit rawatan rapi. Teknologi maklumat juga digunakan untuk membantu doktor mengenali penyakit dengan menggunakan sistem perisian diagnostik. Selain dari itu teknologi maklumat dalam menganalisis data terutama dari data mesin X-ray. Objektif teleperubatan ialah: Membentuk pusat kecemerlangan teleperubatan yang bertaraf dunia; dan Menambahkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia (d) Pusat Penyelidikan Pusat Penyelidikan dan pembangunan adalah aspek yang cukup penting dalam membangunkan sebuah negara maju. Dengan kerjasama syarikat- syarikat besar tempatan dan luar negara serta universiti tempatan dan luar negara, adalah diharapkan Malaysia dapat menjadi pusat penyelidikan multimedia bertaraf antarabangsa. Penubuhan Universiti Multimedia yang terletak di kawasan Koridor Raya Multimedia, juga diharap menjadi pemangkin bagi membina masyarakat penyelidik. Secara keseluruhan objektif pusat penyelidikan dalam aplikasi multimedia ialah: Mewujudkan kelompok penyelidikan multimedia bertaraf dunia;
  • 17. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 17 Berkerjasama denga universiti tempatan bagi menghasilkan produk multimedia; dan Mewujudkan persaingan sumber manusia melalui penyelidikan. (e) Kad Pintar Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di dalam cip tersebut, tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar, tempat lahir, tarikh lahir, cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. Di dalam cip ini juga terdapat, maklumat imigresen seperti nombor passport dan tarikh luput passport. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain daripada itu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Di dalam cip juga menyimpan, maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat di dalamnya, boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat membaca kad mudah alih. Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad pintar pertama di dunia yang dapat mengabungkan empat aplikasi kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah maklumat diri, maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan dan maklumat imigresen. Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah: Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat diri pemilik, dan Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang. Rajah 1.10: Kad pintar Sumber: http://xw2k.sdct.itl.nist.gov/smartcard/images/smartCardInsertion2.jpg (f) Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
  • 18. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT18 Koridor Raya Multimedia mampu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang terbaik untuk para peniaga. Koridor Raya Multimedia dapat dihubungkan dengan semua negara dunia melalui telekomunikasi yang canggih dan terkini. Undang-undang dan polisi yang fleksibel dan bertaraf dunia, infrastruktur yang baik dan kemahiran rakyat dalam menguasai teknologi serta pelbagai bahasa mampu menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat pemasaran tanpa sempadan bertaraf dunia. Koridor Raya Multimedia boleh menjadi pentas syarikat-syarikat bertaraf dunia menyediakan perkidmatan pelanggan dan sokongan teknikal. Objektif pemasaran tanpa sempadan ialah: • Merangsang syarikat tempatan dan antarabangsa menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perniagaan di rantau Asia Pasifik; • Menyokong pemindahan pengetahuan tentang pemasaran dan pengurusan perniagaan kepada rakyat Malaysia; dan • Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia bagi golongan peniaga. (g) Jalinan Perkilangan Dunia Melalui hubungan telekomunikasi yang bertaraf dunia serta sokongan daripada sistem pengangkutan yang baik dan terurus membolehkan bahan mentah dapat dibawa ke kilang dengan cepat. Infrastruktur ini juga membolehkan proses penghantaran barang dari kilang ke seluruh dunia, dapat diagihkan dengan cepat dan selamat. Melalui hubungan komunikasi ke serata dunia, kilang-kilang dapat berhubung dengan murah dan mudah. Kesemua infrastruktur ini boleh menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai satu pusat jalinan perkilangan dunia. Objektif menjadikan Koridor sebagai jalinan perkilangan dunia ialah: Menjadikan Koridor Raya Multimedia sebagai pusat perkilangan dunia.
  • 19. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 19 1.1.4 Fasa-fasa Rancangan Koridor Raya Multimedia (a) MSC telah dirancang dengan teliti berdasarkan fasa-fasa berikut: Jadual 1.2: Tiga Fasa MSC Fasa Keterangannya Fasa 1 • Menubuhan satu lebuhraya maklumat; • Merangsang pembinaan 50 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia; • Merancang dan memulakan tujuh agenda aplikasi utama (MSC) (rujuk Rajah 1.3); • Merangka dan melaksanakan undang-undang siber bertaraf dunia; dan • Menbentuk bandaraya Cyberjaya sebagai bandaraya bertaraf dunia. Fasa 2 • Mewujudkan sistem maklumat bagi menghubungkan Koridor Raya Multimedia MSC kepada bandaraya-bandaraya siber dunia; • Membina lebuhraya web; • Merangsang pembinaan 250 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia; • Menetapkan piawaian bagi tujuh agenda aplikasi utama; • Undang-undang siber bersifat global dan terkini; dan • Empat hingga lima bandaraya bijak dapat dihubungkan dengan bandaraya siber yang lain. Fasa 3 • Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan peka terhadap perubahan dunia teknologi; • Merangsang pembinaan 500 syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat dunia; • Membentuk mahkamah undang-undang siber bertaraf antarabangsa di Koridor Raya Multimedia (MSC); dan • Menghubungkan lebih daripada 12 bandaraya bijak kepada lebuhraya global. (b) Kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Berdasarkan kepada kerja keras daripada rakyat Malaysia serta galakan daripada kerajaan, Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menampakkan kejayaan. Kejayaan syarikat-syarikat seperti IRIS Technologies, XYBASE dan REDTone (VMS Technology) serta Perbadanan Komputer Nasional
  • 20. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT20 Berhad, seharusnya dilihat sebagai titik permulaan pengembelingan tenaga ke arah kecemerlangan. Kejayaan tokoh IT seperti Shahril Ibrahim yang mencipta nama dalam bidang animasi komputer dan kesan khas di Hollywood seharusnya menjadi pembakar semangat untuk mengorak kejayaan (Majalah PC Oktober 2002). Ketua Pegawai Eksekutif MDC, menyatakan pihaknya telah dan terus berusaha mencari peluang untuk menarik pelaburan asing betaraf dunia ke Koridor Raya Multimedia (MSC) melabur di Malaysia. Di antara kejayaan terbarunya ialah penyertaan syarikat seperti Satyam, DHL, Shell HSBC dan BMW (Utusan Malaysia 25 Disember 2002). Matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 2003 ialah untuk menjadikan syarikat bernaung memperolehi sijil MSC sebagai syarikat multimedia, sejumlah 500 kesemuanya dengan jumlah 30 bertaraf dunia (bilangan ini telah melepasi sasaran). Di akhir tahun 2002, jumlah syarikat yang memiliki sijil MSC adalah sebanyak 730 dan 53 daripadanya bertaraf dunia. ASAS SISTEM KOMPUTER Struktur Komputer terbahagi kepada tiga bahagian iaitu input, proses dan output. Lihat Rajah 1.11 di bawah: 1.2 Bayangkan anda sebagai seorang pendidik dalam bidang Pendidikan. Apakah sumbangan yang anda boleh berikan terhadap Koridor Raya Multimedia? AKTIVITI 1.3
  • 21. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 21 Rajah 1.11: Keseluruhan proses di dalam komputer 1.2.1 Peranti Input (a) Tetikus Tetikus atau mouse berdasarkan gerak tangan pengguna. Pergerakan tetikus boleh dikesan oleh komputer bedasarkan gerakan dan digambarkan di atas skrin dengan gerakan kursor. Tetikus terdiri dari dua atau tiga butang yang boleh ditekan untuk memberi isyarat kepada komputer. Fungsi peranti input ialah memasukkan data ke dalam komputer. Terdapat berbagai peranti input, namun hanya empat peranti input yang biasa digunakan oleh pendidik iaitu tetikus, papan kekunci, pengimbas dan penyentuh skrin. Rajah 1.12: Tetikus (mouse)
  • 22. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT22 Tetikus digunakan untuk: Mengerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin dengan cara mengklik pada ikon-ikon; Tetikus membolehkan pengguna mengerakan kursor ke mana saja di atas skrin dengan mudah dan lancar; Tetikus membolehkan pemindahan imej dilakukan dengan mudah dan cepat; dan Tetikus juga memudahkan pengguna menjelajah mengunakan butang interaktif, objek interaktif, hiperteks dan hipermedia. (b) Skrin Sesentuh Skrin Sesentuh ialah sejenis skrin yang interaktif bagi membolehkan pengguna memasukan arahan dengan menyentuh skrin. Skrin Sesentuh merupakan pilihan lain pada penggunaan tetikus. Alat yang digunakan untuk menyentuh skrin boleh terdiri dari pen elektronik atau jari pengguna. Pengguna perlu menyentuh ikon-ikon pada skrin untuk mengaktifkan sesuatu arahan. Rajah 1.13: Skrin sesentuh Sumber: http://www.satphonestore.com/SatTV/SeaTel/touch%20screen1%2010cm%20cmyk%2 0(2).jpg (c) Pengimbas Pengimbas digunakan untuk menyalin atau membaca teks, imej atau grafik. Data-data yang disalin didigitalkan dan disimpan ke dalam komputer sebagai fail. Maklumat yang dibaca akan diproses oleh komputer. Terdapat dua jenis pengimbas yang selalu digunakan iaitu: • Pengimbas Tangan Pengimbas tangan biasanya digunakan untuk mengimbas dan membaca kod asas di pasaraya atau di perpustakaan.
  • 23. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 23 Rajah 1.14: Pengimbas tangan Sumber: http://www.posdata.com/images/QS6000PL.JPG Pengimbas Buku Pengimbas buku biasanya digunakan untuk mengimbas teks, imej dan grafik. 1.2.2 Mikropemproses (Pemproses Utama) Ciri-ciri yang membezakan keupayaan mikropemproses ialah set arahan, lebar jalurnya, kelajuan serta seni binanya. Lebar jalur merujuk kepada bilangan bit yang dapat diproses contohnya Pntium 4 dengan kelajuan 3.4 Gigahertz mempunyai frekuensi 3.4 Gigahertz yang mana dapat memproses 3.4 bilion pusingan mesin sesaat. Kelajuan merujuk kepada bilangan arahan yang boleh dilaksanakan persaat. Mikropemproses merupakan alat yang paling penting bagi memproses data kepada maklumat. Mikropemproses berfungsi melibatkan operasi matematik dan unit aritmetik logik. Unit kawalan mengawal bahagian komputer dengan memberi arahan. Unit arahan mengawal isyarat pergerakan elektronik dari ingatan utama dan unit aritmetik. Unit aritmetik menjalankan operasi logik dan aritmetik. Mikropemproses merupakan otak kepada komputer. Mikropemproses terdiri dari cip silikon yang mengandungi berjuta litar bersepadu. Rajah 1.15: Pengimbas buku
  • 24. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT24 1.2.3 Peranti Output (a) Monitor Monitor merupakan skrin yang bertindak untuk memaparkan output yang kehendaki. Monitor merupakan peranti output yang penting dan selalu digunakan oleh pengguna. Monitor terbahagi kepada 2 iaitu monokrom dan warna. Monitor monokrom mempunyai paparan hitam putih dan monitor warna mempunyai paparan warna. Kedua-dua monitor ini disambung dengan komputer menggunakan kad grafik. Bilangan warna yang boleh dipaparkan bergantung kepada keupayaan kad grafik dan RAM kad grafik. Ketajaman imej bergantung kepada nilai peleraian. Peleraian 640X480 piksel 800X600 piksel 1040X786 piksel 1280X1054 piksel (b) Pencetak Pencetak mencetak berbagai maklumat yang telah diproses ke dalam bentuk 'hard copy'. Dengan mencetak pengguna boleh menyimpan maklumat yang dipaparkan pada monitor ke bentuk kekal. Pencetak boleh terdiri daripada tiga jenis: (i) Pencetak Dot Matrik Pencetak dot matrik mencetak dengan teknik hentaman. Teknik hentaman ini akan menghasilkan bintik-bintik halus pada kertas. Fungsi peranti output ialah memaparkan maklumat yang telah diproses. Peranti output yang selalu digunakan oleh pendidik ialah monitor, pencetak dan speaker. Rajah 1.16: Monitor Imej Kasar Jelas
  • 25. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 25 Rajah 1.17: Pencetak dot matrik (ii) Pencetak Pancutan Dakwat Pencetak pancutan dakwat berfungsi dengan kaedah pancutan dakwat ke atas kertas. Rajah 1.18 Pencetak pancutan dakwat (iii) Pencetak Laser Pencetak laser mempunyai teknik yang sama dengan mesin fotostat. Hasil cetakannya bermutu tinggi. Rajah 1.19: Pencetak laser Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari? SEMAK KENDIRI 1.4
  • 26. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT26 1.2.5 Storan Cuba anda bayangkan anda sebagai sebuah komputer yang berfungsi dalam kehidupan seharian. Apakah proses permulaan anda setiap hari? Storan boleh bertindak sebagai peranti input atau output. Contohnya setiap kali anda mengarahkan data diambil dari storan untuk diproses, storan bertindak sebagai input sebaliknya jika kita mengarahkan data disimpan di dalam storan, storan bertindak sebagai output. Storan Primer dikenali sebagai Random Access Memory (RAM) dan Read Only Memory (ROM, manakala storan Storan Skunder pula terdiri daripada pelbagai bentuk dan aplikasi tambahan contohnya cakera keras, cakera keras mudah alih, pen drive, compact flash atau cakera padat. (a) Storan Primer Random Access Memory (RAM) dalam bahasa melayu bermaksud ingatan capaian rawak. RAM terdiri daripada litar elekteonik yang terdiri daripada cip transitor logik dalam komputer. Litar elektronik ini mempunyai kelajuan tinggi untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses. RAM berfungsi untuk: (i) Menyimpan program yang sedang digunakan; (ii) Menyimpan data yang sedang diproses; dan (iii) Menyimpan maklumat sebelum dihantar ke peranti output. RAM boleh mencapai secara pantas walaupun dari lokasi yang jauh. RAM menyimpan ingatan dalam bentuk singkat dan sementara sahaja, jika bekalan kuasa terputus ingatan yang terdapat dalam RAM akan hilang. Rajah 1.20: RAM Read Only Memory (ROM) atau ingatan baca sahaja, menjadi alat untuk menyimpan maklumat secara kekal. Ingatan dalam ROM akan kekal biarpun bekalan kuasa diputuskan. ROM menyimpan maklumat yang telah dimasukan ke dalamnya oleh pembina komputer. Di antara maklumat
  • 27. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 27 yang dimasukan ke dalam ROM ialah kofigurasi-konfigurasi sistem komputer, kod mikro dan BIOS (Basic Input or Output System) iaitu set atur cara rutin asas dalam komputer. (b) Storan Sekunder Kandungan storan skunder tidak dapat dicapai secara langsung oleh pemproses. Data yang disimpan dalam storan skunder hendaklah dipindahkan terlebih dahulu ke ingatan utama sebelum boleh digunakan untuk memproses data. Storan skunder merupakan storan yang digunakan untuk menyimpan data secara kekal. Storan skunder dapat mengekal data, walaupun selepas bekalan kuasa dihentikan. Rajah 1.21: Storan sekunder Cari perbezaan dan persamaan antara RAM dan ROM. SEMAK KENDIRI 1.5 Sekiranya anda mempunyai sebuah komputer, apakah yang anda jangkakan akan terjadi sekiranya anda menggunakan RAM 16 mega bait dalam komputer anda? AKTIVITI 1.4
  • 28. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT28 KESELAMATAN Aspek-aspek keselamatan melibatkan komputer hendaklah dijaga dengan rapi seperti yang akan dibincangkan berikut: 1.3.1 Peraturan dan Penyenggaraan Komputer Makmal komputer seperti makmal-makmal yang lain perlu mempunyai peraturannya. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh pengguna komputer demi keselamatan komputer dan mengelak kemalangan. Antara peraturan penggunaan makmal, ialah:- • Pelajar tidak dibenarkan masuk atau berada di dalam makmal kecuali bersama guru; • Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di dalam makmal; • Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang makmal kecuali atas kebenaran guru; • Tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam makmal; • Tidak dibenarkan mengubah suai komputer dari berbagai segi. (susunan komputer, perkakasan atau perisian); • Pastikan makmal sentiasa bersih, buang sampah dalam tong sampah; • Berjalan dengan cermat dan tidak dibenarkan berlari di dalam makmal; • Jika terdapat masalah dapatkan bantuan daripada orang yang dibenarkan membantu sahaja; • Duduk dengan tertib dan bersopan, tidak dibenarkan berjalan-jalan ke komputer lain; • Jaga perilaku, jangan membuat bising di dalam makmal; • Guna komputer dengan kebenaran dan mengikut arahan; dan • Internet boleh digunakan hanya dengan kebenaran guru sahaja. (a) Penjagaan Perkakasan Komputer merupakan barang yang sensitif dan mahal. Langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian oleh pemilik komputer bagi mengelak komputer menjadi rosak: 1.3
  • 29. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 29 • Elakkan komputer dari boleh terkena air atau diletak berhampiran dengan tempat yang mempunyai kelembapan tinggi (seperti bawah pendingin udara,dapur dan lain-lain); • Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berdebu dan suhu tinggi; • Elakkan komputer diletak berhampiran dengan tempat yang berhampiran dengan alat elektrik dan bermagnet; • Jarakkan komputer dengan dinding atau alat lain, lebih kurang 7 cm untuk membenarkan peredaran udara; • Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau aseton, bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis; • Gunakan saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer, pastikan meja komputer dan komputer diletakkan pada aras yang stabil dan bebas daripada getaran dan alihkan komputer ketika perlu sahaja; • Rehatkan komputer setelah terlalu kerap atau digunakan secara berterusan; • Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket sebelum meninggalkan komputer; • Gunakan bahan anti-statik di sekitar komputer bagi menghapuskan cas static; • Bagi mengelak ralat windows, sentiasa keluar dari windows dengan cara yang betul; • Jangan letakkan makanan dan minuman dekat dengan komputer bagi mengelak tumpahan berlaku; • Jangan gunakan komputer ketika kilat. Gunakan UPS (Uninterrupted Power Supplies), SP (Surge Protector) dan AVR (Automatic Voltage Regulation) untuk mengstabilkan kuasa elektrik; • Gunakan SP (Surge Protector) bagi menberi pelindungan akibat kesan panahan kilat. (namun SP tidak mampu memberi pelindungan akibat kilat sepenuhnya); • Jangan ambil atau masukan cakera liut ketika lampu pemacu cakera masih menyala; dan • Gunakan sistem tools secara maksima, selalu defrag dan scan cakera keras.
  • 30. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT30 (b) Tugasan Penyenggaraan Sebagai pengguna komputer, penyenggaraan berkala amat perlu bagi memastikan komputer berkeadaan baik. Berikut antara tugas yang dicadangkan; Jadual 1.5: Penyenggaraan Berkala sebagai Pengguna Komputer Tugasan Keterangannya Tugasan harian • Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain. • Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik. • Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan semula (restart) sekiranya komputer telah lama digunakan. Tugasan mingguan • Jalankan utiliti semasa menjalankan tugasan lain. • Imbas cakera keras untuk membetulkan ralat logik. • Pastikan sistem operasi berjalan dengan baik, mulakan semula (restart) sekiranya komputer telah lama digunakan. Tugasan bulanan • Imbas cakera keras bagi membetulkan ralat permukaan yang terdapat. • Buang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi ini sekadar memenuhi ruang cakera keras. • Simpan (backup) dan kemaskini fail-fail sistem. • Kemaskini program utiliti dan perisian anti virus. • Bersihkan perkakasan (papan kekunci, tetikus dan monitor). • Gunakan program utiliti seperti S.M.A.R.T (Self- monitoring Analysis and Report Technology) untuk memantau pelbagai parameter yang berkaitan dengan fungsi mekanikal seperti kelajuan plat cakera, masa putaran, kuasa motor, kegagalan carian dan gegaran kepada kekisi pemacu. Begitu juga program utiliti seperti Dr PC yang memantau perisian dan perkakasan komputer.
  • 31. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 31 1.3.2 Menjaga Keselamatan Data Terdapat data-data cukup bernilai malah lebih berharga daripada komputer. Contohnya data tesis amat berharga berbanding dengan fail program lain. Data- data ini perlu diutamakan untuk disimpan. Kecuaian menjaga data akan menyebabkan kita kehilangan data yang berharga atau data kita disalahgunakan. (a) Jenis Penyalahgunaan Data Terdapat pelbagai jenis penyalahgunaan data: (i) Mencuri Data Terdapat banyak sebab penjenayah mencuri data. Data amat berharga sebagai contoh data pelanggan amat berharga kepada peniaga. Terdapat penjenayah mencuri data pelanggan bagi membolehkannya merampas pelanggan. Data akaun bank selalu menjadi sasaran golongan penjenayah. Penjenayah cuba memindahkan duit dalam sesuatu akaun untuk mendapat keuntungan. (ii) Memanupulasi Data Penjenayah siber juga kerap memanipulasi data bagi tujuan tertentu. Contohnya ada penjenayah yang menggunakan kebolehan menggunakan komputer dengan menukarkan data dirinya bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa. Terdapat juga yang menukar markah peperiksaan dari gagal ke lulus. (iii) Mengintip Persaing dalam peniagaan sentiasa memerlukan data pesaingnya bagi mengetahui strategi dan seterusnya membina strategi baru yang lebih baik. Begitu juga data keselamatan sebuah negara sering menjadi intipan pihak musuh. Kekurangan penjagaan keselamatan menyebabkan pihak musuh dapat mengintip data yang penting. Nyatakan dan cirikan tugas penyelanggaraan yang harus dibuat bagi memanjangkan jangka hayat komputer. SEMAK KENDIRI 1.6
  • 32. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT32 (b) Keselamatan Data (i) Membentuk Kata Laluan Kata laluan ialah susunan huruf atau susunan nombor yang perlu ditaip atau disebut bagi pengenalan diri. Dalam sistem data, kata laluan akan ditanya ketika kita hendak memasuk atau melihat sistem data. Kata laluan berguna, bagi mengelak orang yang tidak dingini melihat data dan seterusnya menyalahgunakan data. Bagi memudahkan mengesan sumber kebocoran rahsia, kata laluan perlulah berlainan antara individu. Susunan huruf atau nombor dalam kata laluan jangan mudah diteka atau perkataan biasa digunakan. Kata laluan juga perlu sentiasa dikemaskini, matikan kata laluan dengan cepat bagi pegawai yang tidak lagi bertugas. Pegawai maklumat juga perlu sentiasa melakukan audit sistem. Rajah 1.22: Kata laluan (ii) Mengakses Mengikut Tingkat Keperluan Pengaturcaraan perlu mengetahui peringkat keperluan pengguna sebelum membina sistem pangkalan data. Sebagai contohnya, di sekolah pelajar boleh melihat data peperiksaannya tanpa mengubah data. Kebolehan menukar data menyebabkan pelajar dapat memanipulasi data. Guru pula boleh mengubah data peperiksaan mengikut mata pelajaran dan kelas yang diajar. Oleh itu sistem mengakses maklumat mengikut keperluan pengguna amat perlu dilaksanakan demi keselamatan data. (iii) Prosedur Prosedur merupakan bahan rujukan utama ketika membina sistem pangkalan data. Prosedur dalam bentuk dokumentasi dibuat oleh pentabiran data dan pengatucara. Prosedur perlu disimpan ditempat yang selamat bagi mengelak prosedur jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.
  • 33. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 33 (iv) Membina Pangkalan Data Menggunakan Perisian yang Stabil dan Selamat Perisian yang biasa digunakan atau mudah didapati dipasaran terdedah kepada risiko mudah digodam. Selain daripada itu perisian yang dibina atas aspek keselamatan yang rendah begitu mudah diceroboh. Oleh itu pentabir data perlu memilih perisian yang mempunyai aspek keselam atan yang tinggi. Sebagai contoh perisian jenama ORACLE antara perisian pangkalan data terbaik. Rajah 1.23: Perisian pangkalan data Oracle Sumber: http://www.foldersgalore.com/Resources/galroracle.jpeg (c) Membuat Salinan Data Data yang disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke dalam storan sekunder yang lain bagi mengelak data rosak, dimanupulasi atau hilang. Menyimpan data secara tetap merupakan jaminan terbaik bagi mengelak kehilangan data. Langkah-langkah berikut perlu difikirkan dalam menyimpan data: (i) Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan dan menyalin. Data boleh disalin secara manual, menggunakan aplikasi windows atau menggunakan perisian ketiga. Menyimpan secara manual digunakan bagi menyalin data semasa, kerap berubah dan mudah dipindahkan. Jika melibatkan data khas (mesej e-mel, Sekiranya anda ingin menggunakan kod kata laluan dalam kehidupan seharian anda, apakah jenis-jenis penggunan yang anda rasa perlu dalam kehidupan anda? AKTIVITI 1.5
  • 34. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT34 ketetapan sistem, registry) penggunaan aplikasi windows atau perisian ketiga agak sesuai. (ii) Pemilihan peranti dalam operasi penyimpanan data amat penting. Terdapat pelbagai peranti dan media yang boleh digunakan. Antara faktor yang harus difikirkan dalam memilih peranti atau media ialah: Keupayaan peranti menyimpan data; Saiz fizikal peranti atau media; Harga peranti; dan Selain daripada menyimpan data terdapat juga aplikasi lain contohnya seperti permainan MP3, Kamera dan jam. (iii) Simpan secara berkala, memandangkan data sentiasa berubah perancangan secara berjadual amat perlu bagi menyimpan data. 1.3.3 Virus Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit antara satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail data mengalami kerosakan, tidak boleh dibaca atau boleh membawa kehilangan data. Sebagai contoh, virus Navidad akan merosakan registry pada windows. Kesannya semua fail sambungan .exe tidak akan dapat dijalankan. Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan kesesakan dalam sistem rangkaian. (a) Punca Serangan Virus Bagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu dikenal pasti. Jadual 1.6: Empat Punca Serangan Virus Punca Keterangan • E-mel E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama. Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mail kadang- kadang mengandungi virus. Sebaik fail sisipan yang mengandungi virus ini dibuka, virus akan merebak ke dalam komputer. Terdapat virus yang memasuki alamat yang disimpan di dalam buku alamat di e-mail, virus ini akan menghantar e-mail yang mengandungi mengandungi virus dalam fail sisipan ke alamat yang terdapat dalam buku alamat.
  • 35. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 35 • Cakera padat, pen drive dan storan sekunder mudah alih Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan data. Bila fail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem. • Perisian program atau bahan yang dimuat turun dari internet Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk memperolehi pelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya digunakan untuk mencari bahan atau maklumat.Virus juga boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat turun dari internet. • Selitan mesej Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga kemungkinan membawa virus. (b) Tanda-tanda Serangan Virus • Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot secara tiba-tiba. • Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang dipasang atau fail yang disimpan. • Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Error mesej atau amaran kehilangan fail program dalam sistem sering berlaku. • Merosakkan Fail Allocation Table (FAT) dan sector but. FAT yang rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau dikesan. Kegagalan sector but berfungsi menyebabkan sistem computer tidak boleh dimulakan. • Terdapat hidden file yang sama dan sentiasa memenuhi ruang. • Mesej yang dipaparkan agak ganjil contohnya tanda wujudnya virus Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando". • Terdapat laman web yang disekat dari dilayari biarpun tiada arahan sekatan laman web dilakukan. • Format atau label fail yang disimpan terubah. • Fail-fail data atau program hilang. • Kandungan dan kod fail berubah menyebabkan rosak dan tidak dapat digunakan. • Sektor rosak terbentuk dengan banyak pada cakera keras kesannya menyebabkan data hilang atau gagal dicapai.
  • 36. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT36 (c) Cara-cara Mengelak Serangan Virus Sentiasa mengemaskini, mengimbas dan memantau laluan masuk dan keluar dari rangkaian. Sentasa mengemaskini, mengimbas dan memantau aplikasi yang berkaitan dengan internet terutamanya e-mail. Memasang dan sentiasa mengemaskini program anti virus. Perisian anti virus perlu di pasang bagi membolehkan pengesanan dan pencegahan virus. Jangan membuka e-mail yang tidak diketahui sumbernya atau diragui kandunganya, sisipan e-mail perlu diimbas oleh perisian anti virus sebelum membukanya. Sentiasa mengimbas cakera keras mengikut jadual. Muat turun fail dari internet yang mempunyai sumber keselamatan yang tinggi. Jangan muat turun fail-fail prono yang mempunyai sumber keselamatan yang rendah. Elakkan menggunakan cakera mudah alih orang lain atau komputer awam. Buat bacaan mengenai info terkini tentang virus dan cara pencegahan terkini. • Topik ini membincangkan mengenai pengenalan teknologi maklumat yang mencakupi sejarah teknologi maklumat dan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kehidupan sebagai pendidik. Koridor Raya Multimedia yang merupakan mercu tanda kejayaan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi turut dibincangkan dalam topik ini. 1. Pada pendangan anda, bagaimanakah sesuatu virus itu mengakibatkan kemusnahan di komputer pengguna dan siapakah menyebarkan virus tersebut? 2. Apakah persamaan yang anda rasa boleh berlaku antara virus yang menyerang manusia dengan virus yang menyerang komputer? AKTIVITI 1.6
  • 37. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 37 • Topik ini juga membincangkan sistem komputer dan perkakasan yang selalu digunakan. Penggunaan teknologi maklumat tidak dapat lari daripada menghadapi masalah serangan virus dan penyalahgunaan data. Dalam topik ini, cara menguruskan dan menyenggara komputer dengan baik turut dibincangkan bagi mengelakkan ancaman virus dan penyalahgunaan data. Analytical Enjin AVR Bios Centrino COBOL CAE CAD CAM Fortran Gigahertz RAM ROM S.M.A.R.T Sistem Binari SP UPS IT Subjek Teras di Sekolah. 2002. Berita Harian 2 Julai: muka depan. Jalur Lebar di Malaysia. Bilakah Riak akan Menjadi Gelombang. Utusan Malaysia 20 Jun 2002: megabit ms 4. Jurang Digital aspirasi wujudkan masyarakat maklumat mungkin gagal. 2002. Utusan Malaysia 28 Disember: Megabait 4. Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam perniagaan ICT. Majalah PC September: 56-57. Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC, September: 58-59. Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat. Berita Harian, 23 Ogos: ms 11. Mohd Ridzwan Md Iman. 2003. ICT 2003 di mana kita. Utusan Malaysia 2 Januari: Mega Bit ms 4.
  • 38. TOPIK 1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT38 Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. 1992 Pengajaran Berbantukan Komputer. Wawasan September. Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3 Disember: 16. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. Berita Harian 7 Januari: Pendidikan ms. 8. Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.