SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
Kawalan Serangga Perosak
Objektif
Dalam keadaan semulajadi, semua bahan-bahan dari kayu yang terdapat di dalam
bangunan adalah terdedah kepada serangan seranga dan cuaca. Bahan-bahan kayu yang
dapat bertahan adalah kayu yang telah diawet ataupun yang telah diberikan rawatan-
rawatan tertentu Untuk mengelakkannya dari serangan musuh-musuhnya dan proses
pereputan. Musuh-musuh hidup yang sering menyerang kayu ialah anai-anai, kumbang dan
kulat. Sementara musuh-musuh bukan hidup adalah terdiri dari cuaca panas dan sejuk,
hujan dan panahan matahari.
Tujuan
Melindungi struktur bangunan daripada dirosak oleh serangan Klasifikasi Racun Kesemua
racun serangga yang didaftarkan untuk penggunaan di Malaysia mempunyai pelekat kod
warna yang menunjukkan tahap keracunan bahan beracun itu
1. Racun Kelas 1
Orang awam tidak dibenarkan menggunakannya, ia dikendalikan oleh Kementerian
kesihatan.
2. Racun Kelas 11 dan 111
Dibenarkan penggunaannya pada orang awam tetapi dengan kawalan.
Pelekat Warna Kelas Tahap keracunan Hitam Ia Sangat beracun Merah Ib Tahap
Keracunan tinggi Kuning II Tahap keracunan sederhana Biru III Sedikit beracun (Tiada
warna) IV -
Contoh Bahan
1. PIPERTOX 870
Untuk kulat. Ia mengandungi 84% Coper Oxycloride bahan enak cemar (pewangi badan)
besifat perekat istimewa.
2. MAPA MALATHIAN 84.3
Racun serangga jenis sentuhan berkesan terhadap kutu, anai-anai, dan lain-lain serangga
yang merayap.
3. CHEMICIDE 75+
Berkesan untuk pijat-pijat, lalat, jejentik, anai-anai, kutu anjing dan lain-lain.
Kesemua racun diatas mudah menyerap, warna yang menarik, tidak merosakkan
bahan asal bersifat kalis air dan tidak membantu pembakaran. Ia diproses dalam bentuk
cecair, serbok dan pepejal pihak yang bertanggungjawab dalam mengawalkannya ialah
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian. Pihak pengedarnya pula ialah
Lembaga Pertubuhan Peladang, kedai Ubat/Farmasi/Kelinik kedai menjual barang-barang
binaan (yang diberi kuaa oleh pihak Kerajaan).
Keberkesanan tujuan ataupun ciri-cirinya ialah:
1. Memusnah, membasmi dan menghindar musuh tanaman.
2. Mencegah kemusnahan harta benda yang berpunca dari seangan serangga perosak.
3. Mengurangkan pereputan & kulat.
Penggunaan racun Serangga Dalam Industri Binaan.
1. Ubat awet (diproses untuk tahan lama) – Digunakan Untuk menahan luluhawa kimia dan
mekanikal (dihakis oleh agen tertentu seperti air, angina dan glasier/hancuran)
2. Cecair berminyak – Minyak yang biasa digunakan ialah seperti minyak kresot,
pentaklorfenal, kuprum nattenat dan zink nattent. Minyak kresot diperolehi daripada arang
kayu dan dicampur dengan minyak pembakar, sesuai digunakan pada kayu sepeprti bingkai
pintu tingkap dan pile cerucuk, Penggunaan minyak ini membuatkan kayu tersebut kalis air
sesuai juga Untuk kerja-kerja perabot.
Kaedah Penggunaan
1. Direndam melalui proses resapan.
2. Disapu
3. Disembur
Pada kebiasannya ia dikendalikan oleh syarikat yang diberi lisen Untuk menjalankan kerja
kerja ini. Pihak merekalah yang bertanggungjawab dalam melaksanakannya. Cara
penggunaan Pada bangunan ia melalui tiga peringkat
1. Peringkat pertama – Sebelum Foundation dipasang
2. Peringkat kedua – Sebelum kerja-kerja melantai
3. Peringkat ketiga – sebelum kerja-kerja kerangka pintu dipasang.
Anggaran kos penyemburan Untuk satu bangunan bergantung kepada keluasan bangunan
tersebut. Contoh: Anggaran kos penyemburannya bangunan surau IKK Untuk tiga peringkat
ialah RM 3000.00
Keselamatan
1. Bahan-bahan aktif – Untuk keselamatan dan kemudahan, gunalah erosol racun serangga.
Jangan cuba campurkan sendiri bahan komia beracun pekat.
2. Simpan dengan Cermat
a. Seperti juga rumusan racun serangga yang lain. Rumusan erosol juga beracun. Ia
hendaklah disimpan dan digunakan dengan cermat.
b. Simpan jauh daripada bahan makan dan minuman, ditempat yang tidak mudah dicapai
oleh kanak-kanak.
c. Sembur dekat dengan sasarannya, seperti yang disyorkan oleh pengilang.
d. Semasa menyembur, jangan lupa memakai baju berlengan panjang dan sepasang
sarung tangan. Jika tiada sarung tangan, lapik tangan anda denan beg plastic kosong Untuk
melindunginya.
e. Baca label dengan cermat dan patuhi semua arahannya.
Jenis-jenis serangga perosak
1. Anai-anai dan pepijat
Pepijat merupakan sejenis serangga yang berkait rapat dengan manusia, haiwan
peliharaan, kelawar,burung dan lain-lain mamalia. Satu-satunya makanan pepijat ialah
darah dari haiwan yang berdarah panas. Saiz seekor pepijat ialah lebih kurang 1/5 inci
panjang dan 1/8 inci lebar. Pepijat berwarna coklat kemerahan dan berbentuk oval serta
sangat leper. Pepijat mempunyai mulut yang berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi
menghisap darah. Pepijat yang kekenyangan kelihatan besar sedikit dan menjadi kurang
leper. Pepijat adalah serangga yang tahan lasak walaupun tanpa makanan selama lebih
setahun dia masih mampu hidup. Dia juga tahan cuaca panas dan juga cuaca sejuk. Walau
bagaimanapun anak pepijat lebih kurang lasak berbanding pepijat dewasa.
TIPS BAGAIMANA MENGETAHUI ANAI-ANAI TELAH MENYERANG RUMAH KITA
Anda hanya perlukan dua alat dasar untuk melaksanakan pemeriksaan anai-anai iaitu
sebuah lampu suluh dan sebatang screw driver. Untuk mula, anda perlu tahu tempat-tempat
yang perlu disemak. Beberapa bahagian rumah anda perlu diberi perhatian khusus, ia itu
kusen pintu, bingkai tingkap, lantai kayu atau skirt lantai, langit-langit, built-in almari, almari
dan bilik setor. Berikut adalah beberapa kesan-tanda serangan anai-anai:
i. Lumpur tabung atau jejak anai-anai/jalan anai-anai
Salah satu cara yang paling umum anai-anai dikesan adalah melihat lumpur tabung atau
jejak anai-anai. Tabung lumpur boleh ditemui pada dinding, celah kecil di pinggir lantai kayu,
kusen pintu, kusen tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda. Anai-anai biasanya menyerang
tempat-tempat yang disebut tadi sebelum serang ke rangka bumbung.
Jika anda menemui salah satu tabung lumpur yang kering dan berukuran size pensil,
mereka mungkin tidak aktif. Untuk lebih menyakinkan, korek 1-2 cm segmen di tengah jalan
anai-anai. Jika tabung lumpur aktif ia akan dibina semula dengan cepat, mungkin dalam satu
jam, dua jam, mungkin satu atau dua hari.
Anai-anai di bawah tanah harus mempunyai akses terhadap air. Mereka akan mati jika
mereka kering. Mereka menjaga diri mereka sentiasa basah dengan air dari tanah dan untuk
melakukan ini, mereka perlu sambung lumpur terowong atau tiub ke tanah.
ii. Perubahan Warna dan Tekstur Kayu
Tanda lain yang perlu diperhatikan adalah bahagian-bahagian kayu dalam rumah anda telah
berubah warna, misalnya dari coklat gelap ke coklat terang. Perhatikan tekstur kayu untuk
melihat adakah bahagian tertentu yang sangat berbeza daripada yang lain. ia itu celah kecil
di pinggir lantai kayu, kusen pintu, bingkai tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda.
iii. Retakan dan lubang (kekosongan Struktur)
Carilah keretakan dan lubang di bidang-bidang seperti kusen pintu atau bingkai tingkap,
berikan perhatian khususnya terhadap sisi. Jika ada celah kecil (split end), cari tabung
lumpur di dalamnya. ketuk secara rawak di beberapa tempat menggunakan screw driver dari
bawah ke atas kusen. Semak kekosongan.
Anai-anai makan atau melubangi kayu-kayu dari dalam dan meninggalkan permukaan luar
kayu. Jika anda mengesyaki kawasan tertentu, lihat sepanjang lantai untuk bintik-bintik
hitam atau berubah warna. tolak sekitar kayu yang terbuka dengan menggunakan screw
driver, pastikan anda tidak merosakkan cat. Jika mereka active di dalam, kayu akan
menghancurkan masuk.
Semak daerah yang jarang kita sentuh, seperti bingkai tingkat atau kusen lantai. ketuk
dengan belakang screw driver untuk mengesan suara anai-anai. Namun, hanya kata hati-
hati bahawa bahagian bawah pintu (tekstur permukaan) boleh retak akibat terkena air, dan
belum tentu ia kerana diserang anai-anai.
iv. Suara anai-anai “Tick-Tick-Tick”
Cara lain untuk mengesan anai-anai secara pendengaran. Ketika anai-anai memecah serat
kayu, mereka menghasilkan getaran atau bunyi, mungkin juga dihasilkan oleh serangga lain
seperti kumbang bubuk, semut dan lain-lain seranga yang juga memecahkan serat kayu.
Anai-anai juga membuat suara dengan ketara beberapa bahagian tubuh mereka terhadap
permukaan keras, meskipun banyak serangga lain seperti stoneflies juga memaparkan
perilaku aneh ini. Untuk menjadi dua kali ganda yakin suara dibuat oleh anai-anai, buat
lubang kecil di kawasan serang. Jika anai-anai hidup keluar dari tempat persembunyian
mereka, tempat itu dianggap sedang diserang anai-anai.
v. Cuaca Hangat
Anai-anai akan mendedahkan kehadiran mereka apabila cuaca hangat mula. Hari yang
hangat setelah cuaca sejuk boleh menyebabkan anai-anai bersayap muncul dari
persembunyian. Anai-anai ini disebut swarmers dan menunjukkan bahawa anai-anai telah
pun hadir. semak di sisi tingkap atau di bawah lantai. Tanda-tanda lain yang menunjukkan
kewujudan anai-anai ialah sayapnya dijatuhkan di bingkai tingkap atau di sisi tingkap.
KAWALAN PEPIJAT
Keupayaan mengenal pasti kawasan persembunyian pepijat amat penting. Sebagai mana
proses kawalan serangga perosak yang lain, semua aktiviti kawalan perlu dimulakan dengan
aktiviti pemeriksaan rapi. Langkah awal membenteras pepijat.
Terdapat 2 bahagian yang berbeza yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan
rawatan terhadap serangan pepijat. Kawasan di mana terdapat sentuhan secara lansung
terhadap penghuni iaitu diri kita. Ini termasuklah tilam, bantal kusyen dan seumpamanya.
Kawasan di mana tidak terdapat sentuhan langsung pada diri kita. Kawasan ini termasuklah
bahagian struktur katil, celahan atau kerangka perabut, skirting bilik tidur, celahan lipatan
karpet dan seumpamanya.
Membenteras pepijat dengan racun
Cara terbaik dalam menghapuskan pepijat adalah dengan menggunakan racun semburan
cecair ataupun debu. Kadangkala dalam kes-kes yang teruk, rawatan fumigasi
menggunakan gas beracun ada dijalankan. Kebiasaannya rawatan menggunakan racun
semburan cecair atau debu adalah lebih elok dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dalam
pengendalian racun kawalan serangga perosak.
Pengendali racun kawalan serangga perosak profesional mempunyai akses kepada racun
yang berkesan dan bersesuaian dalam membunuh pepijat. Umumnya orang awam tidak
mempunyai akses dalam pembelian racun-racun tersebut. Lagipun racun seperti itu dijual
dalam bentuk konsentrasi yang tinggi dan memerlukan pembancuhan terlebih dahulu
sebelum dipakai. Oleh itu, elok kita serahkan urusan tersebut kepada ahlinya.
Membenteras pepijat buat sendiri
Dalam kes serangan yang tidak ketara, kita boleh melakukan sendiri rawatan serangan
pepijat ini dengan menggunakan racun serangga aerosol yang terdapat dipasaraya. Anda
boleh melihat pada label tin aerosol itu apakah bahan "Perawis Aktif" yang digunakan.
Bahan seperti permethrin, resmethrin atau pyrethrins berkesan dalam membunuh pepijat.
Kebanyakan racun semburan aerosol tidak meninggalkan sisa pada kawasan yang di
sembur, namun aerosol yang digunakan untuk lipas yang dijual di pasaraya meninggalkan
sisa pada kawasan semburan, jadi pastikan anda tidak menyembur pada kawasan pertama
yang dinyatakan diatas yang terdapat sentuhan diri kita secara lansung di rumah.
Anda boleh melihat dengan terperinci celahan ikatan tilam, lipatan jahitan atau bahagian
yang sepertinya pada bantal, dan juga cadar. Jika terdapat pepijat anda boleh menyembur
kawasan itu dengan kadar yang sedikit.
Tilam yang telah disembur perlu di keringkan dengan menjemur terlebih dahulu dan
sarungkan ia terlebih dahulu sebelum digunakan semula.
Seterusnya pada kawasan sekeliling berhampiran katil atau tempat rehat anda, lakukan
peleriksaan dan semburan terutamanya pada rekahan celahan yang tersembunyi yang
terdapat pada lantai, carpet, kerusi, perabut, kabinet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan
lain-lain.
TIP MENGHAPUS ANAI-ANAI
Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati.
Anai-anai ada berpuluh spesies. Yang putih, yang kuning, yang perang. Permaisuri anai-
anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang
berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelkatu yang berterbangan.
Berikut adalah tip-tip bagi menghapuskan anai-anai:-
1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang
dicantas.
2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok
berhampiran rumah.
3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah
tak pecah dan berumput.
4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau
kapur.
6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang
lembap menarik anai-anai buat sarang.
7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti
yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.
8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja
barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.
Bermakna, haruslah rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin
menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan
serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.
KAEDAH MENGAWAL ANAI-ANAI
Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik
yang paling biasa diguna pakai sejak sekian lama adalah teknik rawatan tanah dengan
menggunakan bahan kimia.
Teknik ini memerlukan lantai sekeliling rumah anda ditebuk sebelum disuntik dengan bahan
kimia ke dalamnya bagi merawat tanah yang berada di bawah lantai rumah anda.
KAEDAH DRILLING
Lantai akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding. Jarak lubang yang
ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak antara 2 lubang adalah sekitar 18
inci. Bergantung kepada saiz rumah anda jumlah lubang yang akan ditebuk mungkin
sebanyak 100 hingga 150 lubang di dalam rumah dan sekitar 100 atau 150 lubang di luar
rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang berada di tengah, hanya bahagian dalam
rumah sahaja akan ditebuk.
Prinsip asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu pagar bahan
kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai.
Pada kebiasaannya anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda dan ia
memasuki rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada struktur rumah anda
dari bawah.
MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA
Oleh itu apabila bahan kimia disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah yang berada
dibahagian bawah dan dinding tapak asas rumah anda akan diselaputi oleh bahan kimia
yang mampu menghalang atau membunuh anai-anai dari memasuki rumah anda.
Terdapat 2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan jenis tidak
menghalau anai-anai. Bahan kimia jenis menghalau anai-anai dapat menghalang anai-anai
mendekati tanah atau struktur rumah anda yang telah diselaputi bahan kimia. Ini
menyebabkan rumah anda selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak membunuh anai-anai
jika dia sempat menukar haluan dari melalui tempat tersebut.
Jika anai-anai terkena bahan kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan
tosik yang ada pada bahan kimia tersebut. Di antara bahan kimia aktif jenis menghalau yang
berada di pasaran adalah seperti pyrethroid atau chlopyrifos yang menggunakan berbagai
jenama.
KAEDAH SEMBURAN SETEMPAT
Terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan serangan
anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat.
Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut sahaja
sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara diam di bawah
serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.
Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia, kebiasaannya
struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya pada bahagian bumbung di atas
siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi menghalang serangan anai-anai
pada bahagian atas rumah anda yang mungkin datang melalui bumbung rumah jiran anda.
2. Lipas
SIFAT DAN KELAKUAN
 Cergas pada waktu malam dan kuat berlari.
 Tinggal di tempat yang gelap, lembab, dan sempit.
 Memakan apa sahaja asalkan boleh digigit terutamanya makanan berkanji dan gula.
 Sentiasa membuang najis dan muntah.
 Mengeluarkan rembesan dari mulut atau kelenjar-kelenjar badan pada permukaan.
KESAN BURUK LIPAS KEPADA KESIHATAN MANUSIA
a) Sebagai vektor mekanikal untuk pelbagai penyakit:
 Bakteria – mycobacterium leprae, yersenia pestis, shigella sp, salmonella sp.
 Cacing - helminthiasis, ascariasis, enterobiasis
 Protozoa - entamoeba histolytica, toxoplasma gondii,giardia intestinalis
 Fungus - asperigillus fumigatus
b) Menimbulkan beberapa reaksi alahan seperti dermatitis dan alahan pernafasan.
c) Mengeluarkanbahanyangbersifatkarsinogenikseperti xanthuronicacid dan kynurenicacid.
d) Perumah perantara bagi beberapa spesis helminth seperti hymenolepis nana dan
moniliformis.
e) Sebagai serangga perosak kepada makanan, pakaian, buku, perabut rumah, hiasan dan
barang kulit.
f) Menimbulkan kekacauan dan gangguan seperti mengotorkan peralatan rumah dan bau
busuk.
LANGKAH KAWALAN LIPAS
1) Mencegah kemasukan lipas ke dalam rumah.
2) Menutup celah-celah lubang.
3) Sistem perparitan yang sempurna, saluran najis yang baik, serta sistem paip yang baik.
4) Memeriksa semua barang sebelum barang atau bungkusan sebelum dibawa masuk ke
rumah.
5) Tidak menggalakkan infestasi dengan mengutamakan kebersihan.
6) Sistem pembuangan sampah yang baik.
7) Penyimpanan makanan yang sempurna.
8) Kawalan kimia (kurang baik).
9) Semburan bersidu: Diazinun 0.5%-1.0% dan Malathion ke lubang atau celah-celah.
10) Menggunakan umpan beracun  umpan boric acid dan kepone 0.125%.
11) Aerosol pyrethrins 0.6%
12) Debu diazinon 2% dan malathion 4%-5%.
13) Perangkap lipas yang terdiri dari bahan bergulan dan mengandungi kanji.
c) TIKUS
Tikus adalah sejenis binatang yang suka tinggal di kawasan kediaman dan juga kawasan yang
mendapat makanan. Tikus boleh dibahagikan kepada dua jenis:
1. Tikus luar bandar
2. Tikus dalam bandar
Tikus luar bandar
1. Rathus Talorensia (Malaysian Wood Rat)
2. RathusAgentiventer (Malaysian Field Rat)
3. RathusExulans (Rice Field Rat & Little House Rat)
4. BergalensisdanBendicatoIndice
Tikus dalam Bandar
1. RathusDiardii (Tikusrumah, tikuskapal&tikusatap)
2. RathusNorvegicus (Tikusmondok& burrowing rat)
3. RathusExulan (Little Field Rat)
4. Musculas (Little house rat)
5. Suncus Murinus ( kumpulan tikus yang gemarkan serangga)
Pada keseluruhannya, mereka tidak mempunyai banyak perbezaan dalam hal kelahiran,
perkembangan dan aktiviti. Umur tikus lebih kurang setahun dan mungkin lebih lama jika
mempunyai makanan yang mencukupi dan tempat yang selamat. Tabiat tikus terutamanya dalam
tabiat laluan dan makanan adalah sama sehinggakan kesan laluan jelas di satu-satu tempat.
Tikus mempunyai sarang dan tempat perlindungan yang khusus mengikut jenis dan tabiat ini
memudahkan kita membezakan antara jenis tikus selain dari keadaan saiz badan dan sebagainya.
Tikus merupakan agen pembawa penyakit hawar dan penyakit berjangkit seperti taun, demam
kepialu dan sebagainya.
CARA KAWALAN TIKUS
Antara cara mengawal tikus adalah:-
 Menghapuskan tempat perlindungan tikus.
 Menggunakan racun tikus.
 Menggunakan perangkap.
 Kawalan biologi secara semulajadi.
 Menghapuskan tempat perlindungan
Tikus mempunyai tabiat yang suka berlindung dari pandangan manusia yang menyebabkan kita
susah memerhatikan pergerakannya. Sarang-saran tikus adalah di kawasan simpanan makanan,
setor gelap dan celahan dinding bangunan.
Olehyangdemikian,membersihkan tempat berkenaan dapat menghindarkan dari menjadi tempat
perlindungan. Pelbagai racun yang ada di pasaran dan racun yang paling baik adalah racun yang
digunakan secara campuran dengan makanan.
Jenis-jenis racun adalah seperti:
1. Red squill – campuranracundenganmakanan
2. Thaltium – campuranracun dan makanan
3. Zinc phosphate
4. Sodiumfluoracetamide
5. Phosphorusyellow
6. Arsenictrioxide
7. Barium carbonate
MenggunakanPerangkap
Antara perangkap yang ada di pasaran ialah :
Cage type – perangkap sarang
Back break type – perangkap patah belakang
Tangle food board – perangkap gantung makanan
Kawalan biologi secara semulajadi
Pelihara kucing atau musang.
Ular dan lain-lain binatang yang memakan tikus
Bakteria dan parasit.

More Related Content

Viewers also liked

Garis panduan gmp
Garis panduan gmpGaris panduan gmp
Garis panduan gmpNur Tahar
 
Peta pemikiran i think ert latest
Peta pemikiran   i think ert latestPeta pemikiran   i think ert latest
Peta pemikiran i think ert latestnorlelarazali
 
KAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIR
KAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIRKAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIR
KAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIRMuhammad Nasrullah
 
Pengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladang
Pengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladangPengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladang
Pengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladangFaizul Taufiq
 
Latihan Pengendali Makanan
Latihan Pengendali MakananLatihan Pengendali Makanan
Latihan Pengendali MakananKamarudin Hasim
 

Viewers also liked (9)

Garis panduan gmp
Garis panduan gmpGaris panduan gmp
Garis panduan gmp
 
Peta pemikiran i think ert latest
Peta pemikiran   i think ert latestPeta pemikiran   i think ert latest
Peta pemikiran i think ert latest
 
Modul siri 6
Modul siri 6Modul siri 6
Modul siri 6
 
KAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIR
KAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIRKAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIR
KAWALAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN DAN AIR
 
Modul siri 2
Modul siri 2Modul siri 2
Modul siri 2
 
Tahap 3
Tahap 3Tahap 3
Tahap 3
 
Pengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladang
Pengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladangPengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladang
Pengenalan kepada laporan aktiviti penuaian di ladang
 
Latihan Pengendali Makanan
Latihan Pengendali MakananLatihan Pengendali Makanan
Latihan Pengendali Makanan
 
Bab 8 keselamatan
Bab 8  keselamatanBab 8  keselamatan
Bab 8 keselamatan
 

Similar to Pest kontrol mas

MAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptx
MAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptxMAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptx
MAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptxMaisaYuslena
 
Presentasi coloni fajari
Presentasi coloni fajariPresentasi coloni fajari
Presentasi coloni fajariFadjari Wibowo
 
Pengendalian Vektor Rumah Sakit
Pengendalian Vektor Rumah SakitPengendalian Vektor Rumah Sakit
Pengendalian Vektor Rumah SakitQbenk Aja
 
Pendahuluan (repaired)
Pendahuluan (repaired)Pendahuluan (repaired)
Pendahuluan (repaired)Bita Serefina
 
Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))
Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))
Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))Mubin Viwiiardians
 
Modul k3lh-versi-indonesia
Modul k3lh-versi-indonesiaModul k3lh-versi-indonesia
Modul k3lh-versi-indonesiaAbdi Rusdyanto
 
MATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptx
MATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptxMATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptx
MATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptxMarcelTimothy
 
Kondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas Serangga
Kondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas SeranggaKondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas Serangga
Kondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas SeranggaAmalHayat Makmur
 
Laporan praktikum pembuatan kumbung
Laporan praktikum pembuatan kumbungLaporan praktikum pembuatan kumbung
Laporan praktikum pembuatan kumbungArif nor fauzi
 
Materi Ujian Nasional SMP 2012 - Biologi
Materi Ujian Nasional SMP 2012 - BiologiMateri Ujian Nasional SMP 2012 - Biologi
Materi Ujian Nasional SMP 2012 - BiologiSatria
 
Bab 4 kelangsungan hidup organisme 9j
Bab 4 kelangsungan hidup organisme 9jBab 4 kelangsungan hidup organisme 9j
Bab 4 kelangsungan hidup organisme 9jNining Mtsnkra
 
PEROSAK TANAMAN KELAPA
PEROSAK TANAMAN KELAPAPEROSAK TANAMAN KELAPA
PEROSAK TANAMAN KELAPAAyda.N Mazlan
 
SEMUT DAN PENGENDALIANNYA
 SEMUT DAN PENGENDALIANNYA SEMUT DAN PENGENDALIANNYA
SEMUT DAN PENGENDALIANNYANgulya Imroatul
 

Similar to Pest kontrol mas (20)

RODENTA HAMA GUDANG
RODENTA HAMA GUDANG RODENTA HAMA GUDANG
RODENTA HAMA GUDANG
 
MAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptx
MAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptxMAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptx
MAISA YUSLENA_PTM 3 kesehatan masyarakat.pptx
 
Presentasi coloni fajari
Presentasi coloni fajariPresentasi coloni fajari
Presentasi coloni fajari
 
Pengendalian Vektor Rumah Sakit
Pengendalian Vektor Rumah SakitPengendalian Vektor Rumah Sakit
Pengendalian Vektor Rumah Sakit
 
Pendahuluan (repaired)
Pendahuluan (repaired)Pendahuluan (repaired)
Pendahuluan (repaired)
 
Company Profile DOLANPEST
Company Profile DOLANPESTCompany Profile DOLANPEST
Company Profile DOLANPEST
 
Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))
Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))
Tugas metodologi penelitian ((m. mubin, dkk (biologi 2))
 
Modul k3lh-versi-indonesia
Modul k3lh-versi-indonesiaModul k3lh-versi-indonesia
Modul k3lh-versi-indonesia
 
K3LH dalam PDF
K3LH dalam PDFK3LH dalam PDF
K3LH dalam PDF
 
MATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptx
MATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptxMATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptx
MATERI TRAINING MIKA EVELIN-LALAT.pptx
 
Kondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas Serangga
Kondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas SeranggaKondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas Serangga
Kondisi Fisik sebagai Faktor Pembatas Serangga
 
Laporan praktikum pembuatan kumbung
Laporan praktikum pembuatan kumbungLaporan praktikum pembuatan kumbung
Laporan praktikum pembuatan kumbung
 
Materi Ujian Nasional SMP 2012 - Biologi
Materi Ujian Nasional SMP 2012 - BiologiMateri Ujian Nasional SMP 2012 - Biologi
Materi Ujian Nasional SMP 2012 - Biologi
 
Makalah kesling pembuangan sampah
Makalah kesling pembuangan sampahMakalah kesling pembuangan sampah
Makalah kesling pembuangan sampah
 
1. Hama Pada Ikan.pdf
1. Hama Pada Ikan.pdf1. Hama Pada Ikan.pdf
1. Hama Pada Ikan.pdf
 
Ekologi Fauna Tanah.pptx
Ekologi Fauna Tanah.pptxEkologi Fauna Tanah.pptx
Ekologi Fauna Tanah.pptx
 
Bab 4 kelangsungan hidup organisme 9j
Bab 4 kelangsungan hidup organisme 9jBab 4 kelangsungan hidup organisme 9j
Bab 4 kelangsungan hidup organisme 9j
 
PEROSAK TANAMAN KELAPA
PEROSAK TANAMAN KELAPAPEROSAK TANAMAN KELAPA
PEROSAK TANAMAN KELAPA
 
Rangkuman bab
Rangkuman babRangkuman bab
Rangkuman bab
 
SEMUT DAN PENGENDALIANNYA
 SEMUT DAN PENGENDALIANNYA SEMUT DAN PENGENDALIANNYA
SEMUT DAN PENGENDALIANNYA
 

Recently uploaded

Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptxSuarniSuarni5
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfatsira1
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxFidelaNiam
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranapriandanu
 
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdfKelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf2210130220024
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptxSuarniSuarni5
 
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptxMATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptxSuarniSuarni5
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahkrisdanarahmatullah7
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptxanisakhairoza
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfSMP Hang Kasturi, Batam
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daWijaya Kusumah
 
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekaKisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekahellenchanel31
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf
 
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfLEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfAdelaWintarsana2
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIsyedharis59
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 

Recently uploaded (20)

Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
 
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdfKelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
Kelompok 1_Pengantar Komunikasi Pendidikan.pdf
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
 
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptxMATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
MATERI PESANTREN KILAT SD PUASA II .pptx
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
 
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdekaKisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
Kisi-kisi PTS Kelas 8 semester 2 kurikulum merdeka
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
 
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdfLEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
LEMBAR-LOKAKARYA ORIENTASI-Kelompok 1.pdf
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptxELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
 

Pest kontrol mas

  • 1. Kawalan Serangga Perosak Objektif Dalam keadaan semulajadi, semua bahan-bahan dari kayu yang terdapat di dalam bangunan adalah terdedah kepada serangan seranga dan cuaca. Bahan-bahan kayu yang dapat bertahan adalah kayu yang telah diawet ataupun yang telah diberikan rawatan- rawatan tertentu Untuk mengelakkannya dari serangan musuh-musuhnya dan proses pereputan. Musuh-musuh hidup yang sering menyerang kayu ialah anai-anai, kumbang dan kulat. Sementara musuh-musuh bukan hidup adalah terdiri dari cuaca panas dan sejuk, hujan dan panahan matahari. Tujuan Melindungi struktur bangunan daripada dirosak oleh serangan Klasifikasi Racun Kesemua racun serangga yang didaftarkan untuk penggunaan di Malaysia mempunyai pelekat kod warna yang menunjukkan tahap keracunan bahan beracun itu 1. Racun Kelas 1 Orang awam tidak dibenarkan menggunakannya, ia dikendalikan oleh Kementerian kesihatan. 2. Racun Kelas 11 dan 111 Dibenarkan penggunaannya pada orang awam tetapi dengan kawalan. Pelekat Warna Kelas Tahap keracunan Hitam Ia Sangat beracun Merah Ib Tahap Keracunan tinggi Kuning II Tahap keracunan sederhana Biru III Sedikit beracun (Tiada warna) IV -
  • 2. Contoh Bahan 1. PIPERTOX 870 Untuk kulat. Ia mengandungi 84% Coper Oxycloride bahan enak cemar (pewangi badan) besifat perekat istimewa. 2. MAPA MALATHIAN 84.3 Racun serangga jenis sentuhan berkesan terhadap kutu, anai-anai, dan lain-lain serangga yang merayap. 3. CHEMICIDE 75+ Berkesan untuk pijat-pijat, lalat, jejentik, anai-anai, kutu anjing dan lain-lain. Kesemua racun diatas mudah menyerap, warna yang menarik, tidak merosakkan bahan asal bersifat kalis air dan tidak membantu pembakaran. Ia diproses dalam bentuk cecair, serbok dan pepejal pihak yang bertanggungjawab dalam mengawalkannya ialah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian. Pihak pengedarnya pula ialah Lembaga Pertubuhan Peladang, kedai Ubat/Farmasi/Kelinik kedai menjual barang-barang binaan (yang diberi kuaa oleh pihak Kerajaan). Keberkesanan tujuan ataupun ciri-cirinya ialah: 1. Memusnah, membasmi dan menghindar musuh tanaman. 2. Mencegah kemusnahan harta benda yang berpunca dari seangan serangga perosak. 3. Mengurangkan pereputan & kulat. Penggunaan racun Serangga Dalam Industri Binaan. 1. Ubat awet (diproses untuk tahan lama) – Digunakan Untuk menahan luluhawa kimia dan mekanikal (dihakis oleh agen tertentu seperti air, angina dan glasier/hancuran) 2. Cecair berminyak – Minyak yang biasa digunakan ialah seperti minyak kresot, pentaklorfenal, kuprum nattenat dan zink nattent. Minyak kresot diperolehi daripada arang kayu dan dicampur dengan minyak pembakar, sesuai digunakan pada kayu sepeprti bingkai
  • 3. pintu tingkap dan pile cerucuk, Penggunaan minyak ini membuatkan kayu tersebut kalis air sesuai juga Untuk kerja-kerja perabot. Kaedah Penggunaan 1. Direndam melalui proses resapan. 2. Disapu 3. Disembur Pada kebiasannya ia dikendalikan oleh syarikat yang diberi lisen Untuk menjalankan kerja kerja ini. Pihak merekalah yang bertanggungjawab dalam melaksanakannya. Cara penggunaan Pada bangunan ia melalui tiga peringkat 1. Peringkat pertama – Sebelum Foundation dipasang 2. Peringkat kedua – Sebelum kerja-kerja melantai 3. Peringkat ketiga – sebelum kerja-kerja kerangka pintu dipasang. Anggaran kos penyemburan Untuk satu bangunan bergantung kepada keluasan bangunan tersebut. Contoh: Anggaran kos penyemburannya bangunan surau IKK Untuk tiga peringkat ialah RM 3000.00 Keselamatan 1. Bahan-bahan aktif – Untuk keselamatan dan kemudahan, gunalah erosol racun serangga. Jangan cuba campurkan sendiri bahan komia beracun pekat. 2. Simpan dengan Cermat a. Seperti juga rumusan racun serangga yang lain. Rumusan erosol juga beracun. Ia hendaklah disimpan dan digunakan dengan cermat.
  • 4. b. Simpan jauh daripada bahan makan dan minuman, ditempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. c. Sembur dekat dengan sasarannya, seperti yang disyorkan oleh pengilang. d. Semasa menyembur, jangan lupa memakai baju berlengan panjang dan sepasang sarung tangan. Jika tiada sarung tangan, lapik tangan anda denan beg plastic kosong Untuk melindunginya. e. Baca label dengan cermat dan patuhi semua arahannya. Jenis-jenis serangga perosak 1. Anai-anai dan pepijat Pepijat merupakan sejenis serangga yang berkait rapat dengan manusia, haiwan peliharaan, kelawar,burung dan lain-lain mamalia. Satu-satunya makanan pepijat ialah darah dari haiwan yang berdarah panas. Saiz seekor pepijat ialah lebih kurang 1/5 inci panjang dan 1/8 inci lebar. Pepijat berwarna coklat kemerahan dan berbentuk oval serta sangat leper. Pepijat mempunyai mulut yang berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi menghisap darah. Pepijat yang kekenyangan kelihatan besar sedikit dan menjadi kurang leper. Pepijat adalah serangga yang tahan lasak walaupun tanpa makanan selama lebih setahun dia masih mampu hidup. Dia juga tahan cuaca panas dan juga cuaca sejuk. Walau bagaimanapun anak pepijat lebih kurang lasak berbanding pepijat dewasa.
  • 5. TIPS BAGAIMANA MENGETAHUI ANAI-ANAI TELAH MENYERANG RUMAH KITA Anda hanya perlukan dua alat dasar untuk melaksanakan pemeriksaan anai-anai iaitu sebuah lampu suluh dan sebatang screw driver. Untuk mula, anda perlu tahu tempat-tempat yang perlu disemak. Beberapa bahagian rumah anda perlu diberi perhatian khusus, ia itu kusen pintu, bingkai tingkap, lantai kayu atau skirt lantai, langit-langit, built-in almari, almari dan bilik setor. Berikut adalah beberapa kesan-tanda serangan anai-anai: i. Lumpur tabung atau jejak anai-anai/jalan anai-anai Salah satu cara yang paling umum anai-anai dikesan adalah melihat lumpur tabung atau jejak anai-anai. Tabung lumpur boleh ditemui pada dinding, celah kecil di pinggir lantai kayu, kusen pintu, kusen tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda. Anai-anai biasanya menyerang tempat-tempat yang disebut tadi sebelum serang ke rangka bumbung. Jika anda menemui salah satu tabung lumpur yang kering dan berukuran size pensil, mereka mungkin tidak aktif. Untuk lebih menyakinkan, korek 1-2 cm segmen di tengah jalan anai-anai. Jika tabung lumpur aktif ia akan dibina semula dengan cepat, mungkin dalam satu jam, dua jam, mungkin satu atau dua hari. Anai-anai di bawah tanah harus mempunyai akses terhadap air. Mereka akan mati jika mereka kering. Mereka menjaga diri mereka sentiasa basah dengan air dari tanah dan untuk melakukan ini, mereka perlu sambung lumpur terowong atau tiub ke tanah. ii. Perubahan Warna dan Tekstur Kayu Tanda lain yang perlu diperhatikan adalah bahagian-bahagian kayu dalam rumah anda telah berubah warna, misalnya dari coklat gelap ke coklat terang. Perhatikan tekstur kayu untuk melihat adakah bahagian tertentu yang sangat berbeza daripada yang lain. ia itu celah kecil di pinggir lantai kayu, kusen pintu, bingkai tingkap dan kayu-kayu lain rumah anda. iii. Retakan dan lubang (kekosongan Struktur) Carilah keretakan dan lubang di bidang-bidang seperti kusen pintu atau bingkai tingkap, berikan perhatian khususnya terhadap sisi. Jika ada celah kecil (split end), cari tabung lumpur di dalamnya. ketuk secara rawak di beberapa tempat menggunakan screw driver dari bawah ke atas kusen. Semak kekosongan.
  • 6. Anai-anai makan atau melubangi kayu-kayu dari dalam dan meninggalkan permukaan luar kayu. Jika anda mengesyaki kawasan tertentu, lihat sepanjang lantai untuk bintik-bintik hitam atau berubah warna. tolak sekitar kayu yang terbuka dengan menggunakan screw driver, pastikan anda tidak merosakkan cat. Jika mereka active di dalam, kayu akan menghancurkan masuk. Semak daerah yang jarang kita sentuh, seperti bingkai tingkat atau kusen lantai. ketuk dengan belakang screw driver untuk mengesan suara anai-anai. Namun, hanya kata hati- hati bahawa bahagian bawah pintu (tekstur permukaan) boleh retak akibat terkena air, dan belum tentu ia kerana diserang anai-anai. iv. Suara anai-anai “Tick-Tick-Tick” Cara lain untuk mengesan anai-anai secara pendengaran. Ketika anai-anai memecah serat kayu, mereka menghasilkan getaran atau bunyi, mungkin juga dihasilkan oleh serangga lain seperti kumbang bubuk, semut dan lain-lain seranga yang juga memecahkan serat kayu. Anai-anai juga membuat suara dengan ketara beberapa bahagian tubuh mereka terhadap permukaan keras, meskipun banyak serangga lain seperti stoneflies juga memaparkan perilaku aneh ini. Untuk menjadi dua kali ganda yakin suara dibuat oleh anai-anai, buat lubang kecil di kawasan serang. Jika anai-anai hidup keluar dari tempat persembunyian mereka, tempat itu dianggap sedang diserang anai-anai. v. Cuaca Hangat Anai-anai akan mendedahkan kehadiran mereka apabila cuaca hangat mula. Hari yang hangat setelah cuaca sejuk boleh menyebabkan anai-anai bersayap muncul dari persembunyian. Anai-anai ini disebut swarmers dan menunjukkan bahawa anai-anai telah pun hadir. semak di sisi tingkap atau di bawah lantai. Tanda-tanda lain yang menunjukkan kewujudan anai-anai ialah sayapnya dijatuhkan di bingkai tingkap atau di sisi tingkap.
  • 7. KAWALAN PEPIJAT Keupayaan mengenal pasti kawasan persembunyian pepijat amat penting. Sebagai mana proses kawalan serangga perosak yang lain, semua aktiviti kawalan perlu dimulakan dengan aktiviti pemeriksaan rapi. Langkah awal membenteras pepijat. Terdapat 2 bahagian yang berbeza yang perlu kita ambil perhatian dalam melakukan rawatan terhadap serangan pepijat. Kawasan di mana terdapat sentuhan secara lansung terhadap penghuni iaitu diri kita. Ini termasuklah tilam, bantal kusyen dan seumpamanya. Kawasan di mana tidak terdapat sentuhan langsung pada diri kita. Kawasan ini termasuklah bahagian struktur katil, celahan atau kerangka perabut, skirting bilik tidur, celahan lipatan karpet dan seumpamanya. Membenteras pepijat dengan racun Cara terbaik dalam menghapuskan pepijat adalah dengan menggunakan racun semburan cecair ataupun debu. Kadangkala dalam kes-kes yang teruk, rawatan fumigasi menggunakan gas beracun ada dijalankan. Kebiasaannya rawatan menggunakan racun semburan cecair atau debu adalah lebih elok dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dalam pengendalian racun kawalan serangga perosak. Pengendali racun kawalan serangga perosak profesional mempunyai akses kepada racun yang berkesan dan bersesuaian dalam membunuh pepijat. Umumnya orang awam tidak mempunyai akses dalam pembelian racun-racun tersebut. Lagipun racun seperti itu dijual dalam bentuk konsentrasi yang tinggi dan memerlukan pembancuhan terlebih dahulu sebelum dipakai. Oleh itu, elok kita serahkan urusan tersebut kepada ahlinya. Membenteras pepijat buat sendiri Dalam kes serangan yang tidak ketara, kita boleh melakukan sendiri rawatan serangan pepijat ini dengan menggunakan racun serangga aerosol yang terdapat dipasaraya. Anda boleh melihat pada label tin aerosol itu apakah bahan "Perawis Aktif" yang digunakan. Bahan seperti permethrin, resmethrin atau pyrethrins berkesan dalam membunuh pepijat.
  • 8. Kebanyakan racun semburan aerosol tidak meninggalkan sisa pada kawasan yang di sembur, namun aerosol yang digunakan untuk lipas yang dijual di pasaraya meninggalkan sisa pada kawasan semburan, jadi pastikan anda tidak menyembur pada kawasan pertama yang dinyatakan diatas yang terdapat sentuhan diri kita secara lansung di rumah. Anda boleh melihat dengan terperinci celahan ikatan tilam, lipatan jahitan atau bahagian yang sepertinya pada bantal, dan juga cadar. Jika terdapat pepijat anda boleh menyembur kawasan itu dengan kadar yang sedikit. Tilam yang telah disembur perlu di keringkan dengan menjemur terlebih dahulu dan sarungkan ia terlebih dahulu sebelum digunakan semula. Seterusnya pada kawasan sekeliling berhampiran katil atau tempat rehat anda, lakukan peleriksaan dan semburan terutamanya pada rekahan celahan yang tersembunyi yang terdapat pada lantai, carpet, kerusi, perabut, kabinet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan lain-lain. TIP MENGHAPUS ANAI-ANAI Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati. Anai-anai ada berpuluh spesies. Yang putih, yang kuning, yang perang. Permaisuri anai- anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelkatu yang berterbangan. Berikut adalah tip-tip bagi menghapuskan anai-anai:- 1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas. 2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah. 3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput. 4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air. 5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur. 6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang. 7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.
  • 9. 8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus. Bermakna, haruslah rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak. KAEDAH MENGAWAL ANAI-ANAI Terdapat berbagai teknik bagi menghapuskan atau mengawal anai-anai sekarang. Teknik yang paling biasa diguna pakai sejak sekian lama adalah teknik rawatan tanah dengan menggunakan bahan kimia. Teknik ini memerlukan lantai sekeliling rumah anda ditebuk sebelum disuntik dengan bahan kimia ke dalamnya bagi merawat tanah yang berada di bawah lantai rumah anda. KAEDAH DRILLING Lantai akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding. Jarak lubang yang ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak antara 2 lubang adalah sekitar 18 inci. Bergantung kepada saiz rumah anda jumlah lubang yang akan ditebuk mungkin sebanyak 100 hingga 150 lubang di dalam rumah dan sekitar 100 atau 150 lubang di luar rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang berada di tengah, hanya bahagian dalam rumah sahaja akan ditebuk. Prinsip asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu pagar bahan kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai. Pada kebiasaannya anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda dan ia memasuki rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada struktur rumah anda dari bawah.
  • 10. MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA Oleh itu apabila bahan kimia disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah yang berada dibahagian bawah dan dinding tapak asas rumah anda akan diselaputi oleh bahan kimia yang mampu menghalang atau membunuh anai-anai dari memasuki rumah anda. Terdapat 2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan jenis tidak menghalau anai-anai. Bahan kimia jenis menghalau anai-anai dapat menghalang anai-anai mendekati tanah atau struktur rumah anda yang telah diselaputi bahan kimia. Ini menyebabkan rumah anda selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak membunuh anai-anai jika dia sempat menukar haluan dari melalui tempat tersebut. Jika anai-anai terkena bahan kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan tosik yang ada pada bahan kimia tersebut. Di antara bahan kimia aktif jenis menghalau yang berada di pasaran adalah seperti pyrethroid atau chlopyrifos yang menggunakan berbagai jenama. KAEDAH SEMBURAN SETEMPAT Terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan serangan anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat. Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut sahaja sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara diam di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui. Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia, kebiasaannya struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya pada bahagian bumbung di atas siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi menghalang serangan anai-anai pada bahagian atas rumah anda yang mungkin datang melalui bumbung rumah jiran anda.
  • 11. 2. Lipas SIFAT DAN KELAKUAN  Cergas pada waktu malam dan kuat berlari.  Tinggal di tempat yang gelap, lembab, dan sempit.  Memakan apa sahaja asalkan boleh digigit terutamanya makanan berkanji dan gula.  Sentiasa membuang najis dan muntah.  Mengeluarkan rembesan dari mulut atau kelenjar-kelenjar badan pada permukaan. KESAN BURUK LIPAS KEPADA KESIHATAN MANUSIA a) Sebagai vektor mekanikal untuk pelbagai penyakit:  Bakteria – mycobacterium leprae, yersenia pestis, shigella sp, salmonella sp.  Cacing - helminthiasis, ascariasis, enterobiasis  Protozoa - entamoeba histolytica, toxoplasma gondii,giardia intestinalis  Fungus - asperigillus fumigatus b) Menimbulkan beberapa reaksi alahan seperti dermatitis dan alahan pernafasan. c) Mengeluarkanbahanyangbersifatkarsinogenikseperti xanthuronicacid dan kynurenicacid. d) Perumah perantara bagi beberapa spesis helminth seperti hymenolepis nana dan moniliformis. e) Sebagai serangga perosak kepada makanan, pakaian, buku, perabut rumah, hiasan dan barang kulit. f) Menimbulkan kekacauan dan gangguan seperti mengotorkan peralatan rumah dan bau busuk.
  • 12. LANGKAH KAWALAN LIPAS 1) Mencegah kemasukan lipas ke dalam rumah. 2) Menutup celah-celah lubang. 3) Sistem perparitan yang sempurna, saluran najis yang baik, serta sistem paip yang baik. 4) Memeriksa semua barang sebelum barang atau bungkusan sebelum dibawa masuk ke rumah. 5) Tidak menggalakkan infestasi dengan mengutamakan kebersihan. 6) Sistem pembuangan sampah yang baik. 7) Penyimpanan makanan yang sempurna. 8) Kawalan kimia (kurang baik). 9) Semburan bersidu: Diazinun 0.5%-1.0% dan Malathion ke lubang atau celah-celah. 10) Menggunakan umpan beracun  umpan boric acid dan kepone 0.125%. 11) Aerosol pyrethrins 0.6% 12) Debu diazinon 2% dan malathion 4%-5%. 13) Perangkap lipas yang terdiri dari bahan bergulan dan mengandungi kanji. c) TIKUS Tikus adalah sejenis binatang yang suka tinggal di kawasan kediaman dan juga kawasan yang mendapat makanan. Tikus boleh dibahagikan kepada dua jenis: 1. Tikus luar bandar 2. Tikus dalam bandar
  • 13. Tikus luar bandar 1. Rathus Talorensia (Malaysian Wood Rat) 2. RathusAgentiventer (Malaysian Field Rat) 3. RathusExulans (Rice Field Rat & Little House Rat) 4. BergalensisdanBendicatoIndice Tikus dalam Bandar 1. RathusDiardii (Tikusrumah, tikuskapal&tikusatap) 2. RathusNorvegicus (Tikusmondok& burrowing rat) 3. RathusExulan (Little Field Rat) 4. Musculas (Little house rat) 5. Suncus Murinus ( kumpulan tikus yang gemarkan serangga) Pada keseluruhannya, mereka tidak mempunyai banyak perbezaan dalam hal kelahiran, perkembangan dan aktiviti. Umur tikus lebih kurang setahun dan mungkin lebih lama jika mempunyai makanan yang mencukupi dan tempat yang selamat. Tabiat tikus terutamanya dalam tabiat laluan dan makanan adalah sama sehinggakan kesan laluan jelas di satu-satu tempat. Tikus mempunyai sarang dan tempat perlindungan yang khusus mengikut jenis dan tabiat ini memudahkan kita membezakan antara jenis tikus selain dari keadaan saiz badan dan sebagainya. Tikus merupakan agen pembawa penyakit hawar dan penyakit berjangkit seperti taun, demam kepialu dan sebagainya. CARA KAWALAN TIKUS Antara cara mengawal tikus adalah:-  Menghapuskan tempat perlindungan tikus.  Menggunakan racun tikus.  Menggunakan perangkap.  Kawalan biologi secara semulajadi.  Menghapuskan tempat perlindungan Tikus mempunyai tabiat yang suka berlindung dari pandangan manusia yang menyebabkan kita susah memerhatikan pergerakannya. Sarang-saran tikus adalah di kawasan simpanan makanan, setor gelap dan celahan dinding bangunan.
  • 14. Olehyangdemikian,membersihkan tempat berkenaan dapat menghindarkan dari menjadi tempat perlindungan. Pelbagai racun yang ada di pasaran dan racun yang paling baik adalah racun yang digunakan secara campuran dengan makanan. Jenis-jenis racun adalah seperti: 1. Red squill – campuranracundenganmakanan 2. Thaltium – campuranracun dan makanan 3. Zinc phosphate 4. Sodiumfluoracetamide 5. Phosphorusyellow 6. Arsenictrioxide 7. Barium carbonate MenggunakanPerangkap Antara perangkap yang ada di pasaran ialah : Cage type – perangkap sarang Back break type – perangkap patah belakang Tangle food board – perangkap gantung makanan Kawalan biologi secara semulajadi Pelihara kucing atau musang. Ular dan lain-lain binatang yang memakan tikus Bakteria dan parasit.