SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP

                   PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP




                                          BAB I


                                      PENGENALAN




1.1 Pendahuluan


       Hampir semua bidang dikaitkan samaada secara langsung atau tidak langsung dengan

konsep penggunaan dan kualiti hidup termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi dan sosiologi.

Ini tidak menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah matlamat terakhir yang ingin

dicapai oleh semua bidang walaupun pengertian yang diberikan kepada kualiti hidup itu sendiri

adalah pelbagai. Secara kasarnya, ahli fizik mendefinisikan penggunaan sebagai kesan yang

berlaku apabila bahan atau tenaga diubah. Ahli ekologi mendefinisikan penggunaan sebagai apa

yang dilakukan oleh satu kumpulan ke atas kumpulan yang lain. Ahli ekonomi pula

mendefinisikan penggunaan sebagai bagaimana pengguna menggunakan wang manakala ahli

sosiologi mendefinisikan penggunaan sebagai tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk

menyamai orang lain. Penggunaan juga adalah penentu kepada kesejahteraan dimana

penggunaan dapat dilihat sebagai penentu modal insan dan merupakan input utama dalam fungsi

sosial dan ekonomi negara. Konsep penggunaan dalam konteks ini yang lebih menyeluruh

merangkumi pemilikan, guna, dan pelupusan barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan
pengertian yang menyeluruh ini dapatlah disimpulkan bahawa kesejahteraan hidup adalah

matlamat akhir penggunaan isirumah (Magrabi, 1991).


1.2 Pernyataan Masalah


   Kajian ini menumpukan perhatian kepada amalan dan tingkahlaku pengguna terhadap

penggunaan lestari dan kualiti hidup kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Pada masa kini,

amalan penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak lestari menyebabkan kuantiti

sampah semakin bertambah dan mengakibatkan masalah kekurangan tempat menyimpan dan

memproses dimana ini menyebabkan amalan penggunaan lestari semakin berkurang. Pada masa

kini banyak pihak membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan

mempengaruhi penggunaan. Hasil yang paling ketara daripada globalisasi ini ialah budaya

penggunaan dan konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini

meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara hidup dimana

pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan-lahan dipinggirkan. Di dalam

konteks pembangunan yang berorientasikan gaya hidup mewah pada masa kini, pengguna

banyak membazir dan ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

   Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada perkara yang

boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup manusia. Menyedari tentang

seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali

sebagai pembangunan lestari yang diharap dapat menyederhanakan gaya hidup pengguna.
1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :



   i.   Untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari dikalangan pelajar Universiti Putra

        Malaysia


  ii.   Untuk mengukur kualiti hidup pengguna bagi membantu pengguna kearah penggunaan

        lestari


 iii.   Untuk mengenalpasti tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari




1.4 Hipotesis Kajian


Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Hipotesis 1
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan pengguna yang melakukan pengunaan
barangan atau perkhidmatan yang tinggi berbanding isi rumah yang kurang menggunakan barang
dan perkhidmatan


Hipotesis 2
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan pengguna dalam melakukan amalan
penggunaan lestari dan kualiti hidup.


1.5 Kepentingan Kajian


1.5.1   Kepentingan kepada khazanah ilmiah
Dari segi khazanah ilmiah, kajian ini diharapkan dapat menyokong dan mengukuhkan teori dan

model kajian terdahulu berkaitan amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari. Di samping itu,

kajian ini juga dijalankan bagi menambah bilangan kajian yang berkaitan dengan psikologi

pengguna yang dirasakan amat kurang dijalankan terutama di Malaysia. Dapatan dari kajian ini

juga menambahkan bahan bacaan umum dalam bentuk artikel atau jurnal.



1.5.2   Kepentingan kepada manusia

Kajian ini dapat memberikan gambaran tentang tingkahlaku          penggunaan lestari terhadap
penggunaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas kearah mencapai
kualiti hidup yang lebih baik.. Justeru, kajian ini akan cuba mengenalpasti pembolehubah yang
mempengaruhi corak perbelanjaan didalam pembelian dan penggunaan barangan. Selain itu,
dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada perbendaharaan ilmu pengguna


1.6 Limitasi Kajian


  i.    Tiada peruntukan: Peruntukan bagi membuat kajian tidak disediakan dimana ini telah

        menghadkan kajian kami dari segi saiz sampel dan kawasan kajian. Hasil yang lebih

        komprehensif juga sukar dihasilkan

  ii.   Borang soal-selidik: Beberapa borang soal-selidik yang dipulangkan oleh responden

        adakalanya tidak lengkap, maka ia tidak dapat digunakan dalam hasil kajian kami.

 iii.   Tiada kerjasama : Ada diantara responden yang kurang memberi kerjasama dan ini akan

        menyukarkan kami dalam proses untuk mendapatkan maklumat daripada responden.



1.7 Definisi Istilah

1.7.1   Harga
Konsepsual : Jumlah wang yang dikenakan untuk mendapatkan sesuatu produk atau

        perkhidmatan atau jumlah nilai (wang) yang diperuntukkan untuk mendapat faedah

        daripada sesuatu barangan atau perkhidmatan ( Kotler dan Armstrong,2004 )

        Operasional : Harga bagi sesuatu barangan sama ada tinggi atau rendah dan membuat

        perbandingan harga bagi barangan yang sama.

1.7.2   Jenama

        Konsepsual : Jenama ialah perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasinya yang

        digunakan untuk mengenalpasti sesuatu produk atau perkhidmatan penjual di samping

        membezakan sesuatu produk atau perkhidmatan dari yang lain (Kotler dan

        Armstrong,2004 )

        Operasional : Jenis sesuatu barangan yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh

        pengeluar (pembuat,pengilang) tertentu.
1.8 Kerangka Konsep




Demografi

 -Tempat

 -Pendapatan

 -Pekerjaan

 -Budaya




Amalan
Penggunaan

 -Kekerapan

                               Tingkahlaku penguna
                                                           Tahap penggunaan lestari
                               dalam penggunaan
                                                           ke arah kehidupan yang
                               lestari ke arah kehidupan
                                                           lebih sejahtera
                               yang lebih sejahtera


Ciri-ciri Produk

-Citarasa

-Harga

-Jenama

Badan-badan yang
terlibat

-Kerajaan

-Bukan kerajaan
Rajah ini menunjukkan kerangka kerja konsep “Amalan penggunaan lestari kearah

kehidupan yang lebih sejahtera”. Kajian tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari

didahului dengan mengenalpasti ciri-ciri demografi seperti kawasan tempat tinggal, perbezaan

pendapatan, jenis pekerjaan dan budaya yang pelbagai. Ciri-ciri demografi ini dapat

mempengaruhi tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih

sejahtera. Isi rumah yang tinggal dikawasan bandar dan mempunyai pendapatan yang tinggi

lebih cenderung kearah pembelian barangan dan perkhidmatan yang mempunyai harga yang

tinggi berbanding penduduk luar bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah lebih

cenderung membeli barangan yang mempunyai harga yang lebih murah. Untuk mencapai

kesejahteraan, perbezaan yang keterlaluan boleh menbawa kesan yang buruk dan tahap

penggunaan yang terlalu rendah pula akan menyebabkan isi rumah gagal memenuhi keperluan

asas untuk perkembangan fizikal dan mental. Perbezaan jenis pekerjaan bergantung kepada taraf

pendidikan yang menentukan kadar pendapatan sekaligus mempengaruhi corak pembelian

barangan dan perkhidmatan kearah amalan penggunaan lestari yang lebih sejahtera. Budaya juga

menentukan amalan penggunanan lestari pengguna yang dapat dilihat dari segi amalan yang

dilakukan dan diamal oleh setiap pengguna.

       Tingkahlaku amalan penggunaan lestari dapat diatur dari segi kekerapan amalan ini

diamalkan. Amalan penggunaan lestari pengguna dapat memberi gambaran terhadap

keberkesanan amalan penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Ciri-ciri produk
seperti citarasa, harga dan jenama barang dan perhidmatan terhadap pengguna mempengaruhi

pembelian barangan dan perkhidmatan, pengaruh media masa seperti iklan, ciri produk dan harga

merupakan elemen yang yang penting didalam meningkatkan citarasa pengguna terhadap

pembelian barangan dan perkhidmatan, ini juga bergantung kepada kepentingan produk tersebut

terhadap pengguna didalam memenuhi keperluan dan kehendak.



    Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seperti NGO, swasta dan pertubuhan merupakan badan-

badan   yang   terlibat   didalam   menentukan   menciptaan   barangan   oleh   industri bagi

memperkasakan penggunaan lestari. Keempat-empat aspek ini dapat menentukan tingkahlaku

pengguna dalam penggunaan lestari dan seterusnya dapat menentukan tahap penggunaan lestari

kearah kehidupan yang lebih sejahtera.
BAB II


                                   KAJIAN LITERATUR




   2.1 Kajian Literatur


   Fakta-fakta asas tentang amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari adalah lebih mudah

dipastikan dengan menggunakan pemerhatian yang asas. Menurut satu kajian yang dijalankan

iaitu bukan sahaja melihat kepada input penggunaan seperti penentuan tentang apa yang perlu

dihasilkan, bagaimana input digunakan dalam proses pengeluaran, agihan barangan dan

perkhidmatan yang dihasilkan, tetapi juga mengaitkan penggunaan dengan tahap hidup

(Magribi,1991). Menurut Motavalli (1996), Di Negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap

penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi ataupun kehidupan yang

lebih baik. Kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada pelbagai aspek kesejahteraan

termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan terhadap keperluan dan kehendak,

kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan bukan material serta kebebasan manusia (United
Nation,1954 ). Menurut Glenn (1989) lagi, proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti

atau keputusan:

• Menentukan kehendak kumpulan atau individu.

• Mencari dan membeli produk.

• Menggunakan produk untuk mendapatkan faedah

Oleh itu, pengguna boleh dirujuk kepada sebahagian orang yang menunjukkan salah satu

daripada aktiviti dalam proses penggunaan tersebut dan juga seseorang yang menunjukkkan

ketiga-tiga aktiviti tersebut.



                                             BAB III

                                    METODOLOGI KAJIAN



3.1 Rekabentuk Kajian

        Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk

kuantitatif. Kaedah kuantitatif yang merupakan satu proses yang logik membawa kepada

kesimpulan berdasarkan sesuatu ketentuan atau fakta yang telah diketahui benar.



3.2 Lokasi Kajian

        Kajian ini dibuat dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Lokasi kajian ini

adalah disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia.



3.3 Persampelan
i.    Data primer akan dikumpulkan daripada 100 orang pelajar UPM yang akan dipilih secara
       persampelan berkelompok dengan mengisi borang soal selidik di dalam kampus.
ii.    Kami memilih persampelan berkelompok kerana kaedah tersebut dapat mewakili sesuatu
       populasi kajian.
iii.   Seramai 100 orang pelajar akan dipilih daripada setiap fakulti di UPM yang dapat
       mewakili sampel setiap fakulti.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 
Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanstpd2213
 
Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanmanisa_aniesz
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power pointHilmi Amri
 
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAnalisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAsdanieJawep
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian programHemah Naidu
 
Sukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumSukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumtokey_sport
 
Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)husniza huss
 
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatanBab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatanzuraidanasri
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasisiti arzmi
 
Pengurusan Merentas Budaya
Pengurusan  Merentas  BudayaPengurusan  Merentas  Budaya
Pengurusan Merentas Budayashockgadof
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 

Mais procurados (20)

Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
ISU JANTINA
ISU JANTINAISU JANTINA
ISU JANTINA
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaan
 
Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaan
 
Bab 2 Pengurusan Sukan
Bab 2   Pengurusan SukanBab 2   Pengurusan Sukan
Bab 2 Pengurusan Sukan
 
Kajian rintis
Kajian rintisKajian rintis
Kajian rintis
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaanAnalisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
Analisis faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian program
 
Sukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaumSukan dan integrasi kaum
Sukan dan integrasi kaum
 
Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)Modul smu3063 stat asas pjj (1)
Modul smu3063 stat asas pjj (1)
 
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatanBab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
Bab10 kemahiran asas dalam bimbingan dan penasihatan
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 
Pengurusan Merentas Budaya
Pengurusan  Merentas  BudayaPengurusan  Merentas  Budaya
Pengurusan Merentas Budaya
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 

Semelhante a PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumahAngkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumahmandalina landy
 
Tugas softskill perilaku konsumen
Tugas softskill perilaku konsumenTugas softskill perilaku konsumen
Tugas softskill perilaku konsumenheribertusdwi
 
Psikologi industri dan organisasi revisi ii
Psikologi industri dan organisasi   revisi iiPsikologi industri dan organisasi   revisi ii
Psikologi industri dan organisasi revisi iiMercu Buana University
 
Kegiatan ekonomi konsumsi
Kegiatan ekonomi konsumsiKegiatan ekonomi konsumsi
Kegiatan ekonomi konsumsiBima Aditiya
 
Makalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku Konsumen
Makalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku KonsumenMakalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku Konsumen
Makalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku KonsumenPangeran Kristian
 
Kegiatan ekonomi konsumen dan produsen
Kegiatan ekonomi konsumen dan produsenKegiatan ekonomi konsumen dan produsen
Kegiatan ekonomi konsumen dan produsenReedha Williams
 
Perilaku konsumen tugas 1
Perilaku konsumen   tugas 1Perilaku konsumen   tugas 1
Perilaku konsumen tugas 1Yayu Ferdian
 
Konsep dasar perilaku konsumen
Konsep dasar perilaku konsumenKonsep dasar perilaku konsumen
Konsep dasar perilaku konsumensomayspartan
 
Pembahasan analisis perilaku konsumen
Pembahasan   analisis perilaku konsumenPembahasan   analisis perilaku konsumen
Pembahasan analisis perilaku konsumenAG Za Mo
 
Pembahasan analisis perilaku konsumen
Pembahasan   analisis perilaku konsumenPembahasan   analisis perilaku konsumen
Pembahasan analisis perilaku konsumenAG Za Mo
 
BAB 12 Psikologi Konsumen
BAB 12 Psikologi KonsumenBAB 12 Psikologi Konsumen
BAB 12 Psikologi KonsumenEdwardGrace6
 
PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...
PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...
PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...fekonunisalab
 
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdfBab 12 Psikologi Konsumen.pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdftrivaiva16
 
Bab 12 Psikologi Konsumen(1).pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen(1).pdfBab 12 Psikologi Konsumen(1).pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen(1).pdfdwicempaka0904
 

Semelhante a PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP (20)

Modul perilaku konsumen-1
Modul perilaku konsumen-1Modul perilaku konsumen-1
Modul perilaku konsumen-1
 
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumahAngkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
 
Tugas softskill perilaku konsumen
Tugas softskill perilaku konsumenTugas softskill perilaku konsumen
Tugas softskill perilaku konsumen
 
Psikologi industri dan organisasi revisi ii
Psikologi industri dan organisasi   revisi iiPsikologi industri dan organisasi   revisi ii
Psikologi industri dan organisasi revisi ii
 
Psikologi Konsumen - PIO
Psikologi Konsumen - PIOPsikologi Konsumen - PIO
Psikologi Konsumen - PIO
 
Kegiatan ekonomi konsumsi
Kegiatan ekonomi konsumsiKegiatan ekonomi konsumsi
Kegiatan ekonomi konsumsi
 
Makalah_3 Makalah tugas agribisnis 9
Makalah_3 Makalah tugas agribisnis 9Makalah_3 Makalah tugas agribisnis 9
Makalah_3 Makalah tugas agribisnis 9
 
Makalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku Konsumen
Makalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku KonsumenMakalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku Konsumen
Makalah Perilaku Konsumen: Pengaruh Kebudayaan Dalam Perilaku Konsumen
 
Teori Perilaku Konsumen
Teori Perilaku KonsumenTeori Perilaku Konsumen
Teori Perilaku Konsumen
 
Kegiatan ekonomi konsumen dan produsen
Kegiatan ekonomi konsumen dan produsenKegiatan ekonomi konsumen dan produsen
Kegiatan ekonomi konsumen dan produsen
 
Perilaku konsumen 2
Perilaku konsumen 2Perilaku konsumen 2
Perilaku konsumen 2
 
Perilaku konsumen tugas 1
Perilaku konsumen   tugas 1Perilaku konsumen   tugas 1
Perilaku konsumen tugas 1
 
Konsep dasar perilaku konsumen
Konsep dasar perilaku konsumenKonsep dasar perilaku konsumen
Konsep dasar perilaku konsumen
 
Pembahasan analisis perilaku konsumen
Pembahasan   analisis perilaku konsumenPembahasan   analisis perilaku konsumen
Pembahasan analisis perilaku konsumen
 
Pembahasan analisis perilaku konsumen
Pembahasan   analisis perilaku konsumenPembahasan   analisis perilaku konsumen
Pembahasan analisis perilaku konsumen
 
BAB 12 Psikologi Konsumen
BAB 12 Psikologi KonsumenBAB 12 Psikologi Konsumen
BAB 12 Psikologi Konsumen
 
PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...
PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...
PENGARUH GAYA HIDUP DAN EKUITAS MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN HANPHONE M...
 
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdfBab 12 Psikologi Konsumen.pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdf
 
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdfBab 12 Psikologi Konsumen.pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen.pdf
 
Bab 12 Psikologi Konsumen(1).pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen(1).pdfBab 12 Psikologi Konsumen(1).pdf
Bab 12 Psikologi Konsumen(1).pdf
 

Mais de mandalina landy

securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahmandalina landy
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL mandalina landy
 
Glossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intrumentsGlossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intrumentsmandalina landy
 
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahmandalina landy
 
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...mandalina landy
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukurmandalina landy
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensionalmandalina landy
 
Keselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastikKeselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastikmandalina landy
 
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...mandalina landy
 
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR  KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR mandalina landy
 
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
teori percampuran dan pertukaran  musyarakahteori percampuran dan pertukaran  musyarakah
teori percampuran dan pertukaran musyarakahmandalina landy
 
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarahsecuritization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarahmandalina landy
 
bai as-salam and istisna
bai as-salam and istisnabai as-salam and istisna
bai as-salam and istisnamandalina landy
 
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)mandalina landy
 
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islamtransaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islammandalina landy
 

Mais de mandalina landy (20)

securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
 
Presentation final
Presentation finalPresentation final
Presentation final
 
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
PERBEZAAN PELABURAN DALAM PASARAN MODAL ISLAM DENGAN PASARAN MODAL KONVENSIONAL
 
Glossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intrumentsGlossary islamic finance intruments
Glossary islamic finance intruments
 
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarahsecuritization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
securitization+musyarakah+murabahah+and+ijarah
 
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
KAJIAN MENGENAI AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI K...
 
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan PengukurPembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
Pembangunan Lestari Pengertian Dan Pengukur
 
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal KonvensionalPerbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
 
Keselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastikKeselamatan barangan plastik
Keselamatan barangan plastik
 
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
Tahap Kepuasan Mahasiswa Terhadap Perkhidmatan Bas Di Universiti Putra Malays...
 
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR  KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
KEPUASAN PERUMAHAN DAN PERSEKITARAN REMAJA DI RUMAH PANGSA, KUALA LUMPUR
 
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
teori percampuran dan pertukaran  musyarakahteori percampuran dan pertukaran  musyarakah
teori percampuran dan pertukaran musyarakah
 
sukuk - islamic bond
sukuk - islamic bondsukuk - islamic bond
sukuk - islamic bond
 
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarahsecuritization and musyarakah+murabahah and ijarah
securitization and musyarakah+murabahah and ijarah
 
shirkah dan mudharabah
shirkah dan mudharabah shirkah dan mudharabah
shirkah dan mudharabah
 
bai as-salam and istisna
bai as-salam and istisnabai as-salam and istisna
bai as-salam and istisna
 
islam dan perniagaan
islam dan perniagaanislam dan perniagaan
islam dan perniagaan
 
al ijarah
al ijarahal ijarah
al ijarah
 
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
 
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islamtransaksi yang dilarang dlm syariah islam
transaksi yang dilarang dlm syariah islam
 

Último

"Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online"
"Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online""Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online"
"Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online"HaseebBashir5
 
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptxPraktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptxEndah261450
 
Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88
Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88
Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88KangGunawan2
 
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogelmenang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogelHaseebBashir5
 
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda KetahuiPanduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda KetahuiHaseebBashir5
 
Skintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang Menarik
Skintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang MenarikSkintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang Menarik
Skintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang MenarikHaseebBashir5
 
Laporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdeka
Laporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdekaLaporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdeka
Laporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdekajohan effendi
 

Último (7)

"Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online"
"Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online""Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online"
"Skintoto: Destinasi Utama bagi Pecinta Judi Online"
 
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptxPraktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
Praktikum Galoh Endah Fajarani-Kombis.pptx
 
Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88
Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88
Pelajari Marketing Plan dari Bisnis JKS88
 
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogelmenang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
menang-besar-rahasia-kemenangan-di-hokagetogel
 
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda KetahuiPanduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
Panduan Lengkap tentang Situs Toto: Apa yang Perlu Anda Ketahui
 
Skintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang Menarik
Skintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang MenarikSkintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang Menarik
Skintoto: Mengeksplorasi Dunia Judi Online yang Menarik
 
Laporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdeka
Laporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdekaLaporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdeka
Laporan Aksi Nyata.docx kurikulum merdeka
 

PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP

  • 1. KAJIAN TERHADAP AMALAN DAN TINGKAHLAKU PENGGUNA TERHADAP PENGGUNAAN LESTARI DAN KUALITI HIDUP BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Hampir semua bidang dikaitkan samaada secara langsung atau tidak langsung dengan konsep penggunaan dan kualiti hidup termasuklah bidang fizik, ekologi, ekonomi dan sosiologi. Ini tidak menghairankan kerana kualiti hidup itu sendiri adalah matlamat terakhir yang ingin dicapai oleh semua bidang walaupun pengertian yang diberikan kepada kualiti hidup itu sendiri adalah pelbagai. Secara kasarnya, ahli fizik mendefinisikan penggunaan sebagai kesan yang berlaku apabila bahan atau tenaga diubah. Ahli ekologi mendefinisikan penggunaan sebagai apa yang dilakukan oleh satu kumpulan ke atas kumpulan yang lain. Ahli ekonomi pula mendefinisikan penggunaan sebagai bagaimana pengguna menggunakan wang manakala ahli sosiologi mendefinisikan penggunaan sebagai tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk menyamai orang lain. Penggunaan juga adalah penentu kepada kesejahteraan dimana penggunaan dapat dilihat sebagai penentu modal insan dan merupakan input utama dalam fungsi sosial dan ekonomi negara. Konsep penggunaan dalam konteks ini yang lebih menyeluruh merangkumi pemilikan, guna, dan pelupusan barangan dan perkhidmatan. Berdasarkan
  • 2. pengertian yang menyeluruh ini dapatlah disimpulkan bahawa kesejahteraan hidup adalah matlamat akhir penggunaan isirumah (Magrabi, 1991). 1.2 Pernyataan Masalah Kajian ini menumpukan perhatian kepada amalan dan tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari dan kualiti hidup kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Pada masa kini, amalan penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak lestari menyebabkan kuantiti sampah semakin bertambah dan mengakibatkan masalah kekurangan tempat menyimpan dan memproses dimana ini menyebabkan amalan penggunaan lestari semakin berkurang. Pada masa kini banyak pihak membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi penggunaan. Hasil yang paling ketara daripada globalisasi ini ialah budaya penggunaan dan konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara hidup dimana pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan-lahan dipinggirkan. Di dalam konteks pembangunan yang berorientasikan gaya hidup mewah pada masa kini, pengguna banyak membazir dan ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada perkara yang boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup manusia. Menyedari tentang seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari yang diharap dapat menyederhanakan gaya hidup pengguna.
  • 3. 1.3 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i. Untuk mengenalpasti amalan penggunaan lestari dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia ii. Untuk mengukur kualiti hidup pengguna bagi membantu pengguna kearah penggunaan lestari iii. Untuk mengenalpasti tingkahlaku pengguna terhadap penggunaan lestari 1.4 Hipotesis Kajian Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut: Hipotesis 1 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan pengguna yang melakukan pengunaan barangan atau perkhidmatan yang tinggi berbanding isi rumah yang kurang menggunakan barang dan perkhidmatan Hipotesis 2 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan pengguna dalam melakukan amalan penggunaan lestari dan kualiti hidup. 1.5 Kepentingan Kajian 1.5.1 Kepentingan kepada khazanah ilmiah
  • 4. Dari segi khazanah ilmiah, kajian ini diharapkan dapat menyokong dan mengukuhkan teori dan model kajian terdahulu berkaitan amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi menambah bilangan kajian yang berkaitan dengan psikologi pengguna yang dirasakan amat kurang dijalankan terutama di Malaysia. Dapatan dari kajian ini juga menambahkan bahan bacaan umum dalam bentuk artikel atau jurnal. 1.5.2 Kepentingan kepada manusia Kajian ini dapat memberikan gambaran tentang tingkahlaku penggunaan lestari terhadap penggunaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas kearah mencapai kualiti hidup yang lebih baik.. Justeru, kajian ini akan cuba mengenalpasti pembolehubah yang mempengaruhi corak perbelanjaan didalam pembelian dan penggunaan barangan. Selain itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada perbendaharaan ilmu pengguna 1.6 Limitasi Kajian i. Tiada peruntukan: Peruntukan bagi membuat kajian tidak disediakan dimana ini telah menghadkan kajian kami dari segi saiz sampel dan kawasan kajian. Hasil yang lebih komprehensif juga sukar dihasilkan ii. Borang soal-selidik: Beberapa borang soal-selidik yang dipulangkan oleh responden adakalanya tidak lengkap, maka ia tidak dapat digunakan dalam hasil kajian kami. iii. Tiada kerjasama : Ada diantara responden yang kurang memberi kerjasama dan ini akan menyukarkan kami dalam proses untuk mendapatkan maklumat daripada responden. 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Harga
  • 5. Konsepsual : Jumlah wang yang dikenakan untuk mendapatkan sesuatu produk atau perkhidmatan atau jumlah nilai (wang) yang diperuntukkan untuk mendapat faedah daripada sesuatu barangan atau perkhidmatan ( Kotler dan Armstrong,2004 ) Operasional : Harga bagi sesuatu barangan sama ada tinggi atau rendah dan membuat perbandingan harga bagi barangan yang sama. 1.7.2 Jenama Konsepsual : Jenama ialah perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasinya yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu produk atau perkhidmatan penjual di samping membezakan sesuatu produk atau perkhidmatan dari yang lain (Kotler dan Armstrong,2004 ) Operasional : Jenis sesuatu barangan yang memakai nama khas yang dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat,pengilang) tertentu.
  • 6. 1.8 Kerangka Konsep Demografi -Tempat -Pendapatan -Pekerjaan -Budaya Amalan Penggunaan -Kekerapan Tingkahlaku penguna Tahap penggunaan lestari dalam penggunaan ke arah kehidupan yang lestari ke arah kehidupan lebih sejahtera yang lebih sejahtera Ciri-ciri Produk -Citarasa -Harga -Jenama Badan-badan yang terlibat -Kerajaan -Bukan kerajaan
  • 7. Rajah ini menunjukkan kerangka kerja konsep “Amalan penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera”. Kajian tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari didahului dengan mengenalpasti ciri-ciri demografi seperti kawasan tempat tinggal, perbezaan pendapatan, jenis pekerjaan dan budaya yang pelbagai. Ciri-ciri demografi ini dapat mempengaruhi tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Isi rumah yang tinggal dikawasan bandar dan mempunyai pendapatan yang tinggi lebih cenderung kearah pembelian barangan dan perkhidmatan yang mempunyai harga yang tinggi berbanding penduduk luar bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah lebih cenderung membeli barangan yang mempunyai harga yang lebih murah. Untuk mencapai kesejahteraan, perbezaan yang keterlaluan boleh menbawa kesan yang buruk dan tahap penggunaan yang terlalu rendah pula akan menyebabkan isi rumah gagal memenuhi keperluan asas untuk perkembangan fizikal dan mental. Perbezaan jenis pekerjaan bergantung kepada taraf pendidikan yang menentukan kadar pendapatan sekaligus mempengaruhi corak pembelian barangan dan perkhidmatan kearah amalan penggunaan lestari yang lebih sejahtera. Budaya juga menentukan amalan penggunanan lestari pengguna yang dapat dilihat dari segi amalan yang dilakukan dan diamal oleh setiap pengguna. Tingkahlaku amalan penggunaan lestari dapat diatur dari segi kekerapan amalan ini diamalkan. Amalan penggunaan lestari pengguna dapat memberi gambaran terhadap keberkesanan amalan penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera. Ciri-ciri produk
  • 8. seperti citarasa, harga dan jenama barang dan perhidmatan terhadap pengguna mempengaruhi pembelian barangan dan perkhidmatan, pengaruh media masa seperti iklan, ciri produk dan harga merupakan elemen yang yang penting didalam meningkatkan citarasa pengguna terhadap pembelian barangan dan perkhidmatan, ini juga bergantung kepada kepentingan produk tersebut terhadap pengguna didalam memenuhi keperluan dan kehendak. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seperti NGO, swasta dan pertubuhan merupakan badan- badan yang terlibat didalam menentukan menciptaan barangan oleh industri bagi memperkasakan penggunaan lestari. Keempat-empat aspek ini dapat menentukan tingkahlaku pengguna dalam penggunaan lestari dan seterusnya dapat menentukan tahap penggunaan lestari kearah kehidupan yang lebih sejahtera.
  • 9. BAB II KAJIAN LITERATUR 2.1 Kajian Literatur Fakta-fakta asas tentang amalan dan tingkahlaku penggunaan lestari adalah lebih mudah dipastikan dengan menggunakan pemerhatian yang asas. Menurut satu kajian yang dijalankan iaitu bukan sahaja melihat kepada input penggunaan seperti penentuan tentang apa yang perlu dihasilkan, bagaimana input digunakan dalam proses pengeluaran, agihan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan, tetapi juga mengaitkan penggunaan dengan tahap hidup (Magribi,1991). Menurut Motavalli (1996), Di Negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi ataupun kehidupan yang lebih baik. Kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan bukan material serta kebebasan manusia (United
  • 10. Nation,1954 ). Menurut Glenn (1989) lagi, proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti atau keputusan: • Menentukan kehendak kumpulan atau individu. • Mencari dan membeli produk. • Menggunakan produk untuk mendapatkan faedah Oleh itu, pengguna boleh dirujuk kepada sebahagian orang yang menunjukkan salah satu daripada aktiviti dalam proses penggunaan tersebut dan juga seseorang yang menunjukkkan ketiga-tiga aktiviti tersebut. BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk kuantitatif. Kaedah kuantitatif yang merupakan satu proses yang logik membawa kepada kesimpulan berdasarkan sesuatu ketentuan atau fakta yang telah diketahui benar. 3.2 Lokasi Kajian Kajian ini dibuat dikalangan pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Lokasi kajian ini adalah disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia. 3.3 Persampelan
  • 11. i. Data primer akan dikumpulkan daripada 100 orang pelajar UPM yang akan dipilih secara persampelan berkelompok dengan mengisi borang soal selidik di dalam kampus. ii. Kami memilih persampelan berkelompok kerana kaedah tersebut dapat mewakili sesuatu populasi kajian. iii. Seramai 100 orang pelajar akan dipilih daripada setiap fakulti di UPM yang dapat mewakili sampel setiap fakulti.