2. Ilmu bermaksud sistem penelitian, cara berfikir yang sistemetik
dan radikal yang mampu untuk merumuskan jawapan yang aktif
dan cekap.
Perkataan ilmu adalah asalnya dari kalimah arab iaitu “alima”
yang bererti mengetahui. Kata asalnya ialah “al-ilm” yang
membawa erti “pengetahuan”. Bagi masyarakat kita mereka
telah mengaitkan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua
makna menjadi ilmu pengetahuan.
3. Apa itu Sains?
Kata sains berasal dari bahasa Latin iaitu scientia yang berarti
"pengetahuan" atau "mengetahui". Dari kata ini terbentuk kata
science (Inggeris). Sains dalam pengertian sebenarnya adalah
ilmu pengetahuan yang mempelajari berbagai fenomena alam
sehingga rahsia yang dikandungnya dapat diungkap dan
difahami. Dalam usaha merungkapkan rahsia alam tersebut,
sains melakukannya dengan menggunakan cara ilmiah.
4. Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu sebenarnya boleh
dibahagikan kepada beberapa segi iaitu :
a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali )
i) Ilmu Fardhu Ain : iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat
Islam yang baligh dan berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya
bagi memenuhi tuntutan agama. Contoh : Ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan ibadah wajip atau kepercayaan (Aqidah). Ilmu Fardhu Ain
ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan
dan perbuatan yang mesti dilakukan atau ditinggalkan.
.
.
.
5. ii) Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas
seluruh masyarakat islam. Sekiranya ada seorang yang
mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat Islam.
Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya. Sebagai
contoh: Ilmu Kedoktoran, pengurusan, teknologi dan sebagainya.
Segala ilmu yang diperlukan oleh umat manusia, maka
menuntutnya pun wajip ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut
terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut
diserahkan kepada seluruh umat Islam secara bergotong-royong
atau pembahagian tugas di antara mereka
6. b) DARI SEGI HUBUNGANNYA DENGAN SYARIAT.
i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu :
a. Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma' ata
peninggalan sahabat.
b. Ilmu Furu' : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh,
Faraid dan sebagainya.
c. Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk
memahami al-Quran dan Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau
tulisan arab.
d. Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi
ilmu al-Quran dan Hadith contohnya : Ilmu Tajwid, Tafsir dan sebagainya.
7. ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu :
a. Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya : Matematik,
Sains Ekonomi , Pertanian dsb.
b. Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan
perpecahan malah mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu
menipu dan sebagainya.
c) DARI SEGI CARA MEMPEROLEHINYA
i. Ilmu kasbi : Ilmu yang diperolehi daripada usaha iaitu melalui proses
pembelajaran. Contohnya : Ilmu sains, Matematik dan sebagainya.
ii. Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui
Wahyu atau ilham. Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.
8. d)DARI SEGI SUMBER :
i. Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh :
Matematik, Sains dan sebagainya.
ii, Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh
: Al-Quran atau Hadith.
9. 1. Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang
hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan
secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami
oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu
adalah merupakan sumber pengetahuan yang terpenting
yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia
sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad
s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu
merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-
Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang
amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan
hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau
oleh akal manusia.
10. 2. Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan,
pendengaran dan deria rasa merupakan sumber pengetahuan
yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk
berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan
betul. Kelima-lima pancaindera merupakan satu cara untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan
dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun
kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan
tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu
gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya
matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya
adalah sebaliknya.
11. 3. Akal
Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah
perbezaan antara manusia dan haiwan. Dengan akal manusia dapat
menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun
mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk
mengatasi masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh
manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan
pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada
pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran
banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia
dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan
pancaindera bagi mencari kebenaran hakiki.
12. 4. Intuisi atau Ilham.
Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia
yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi
tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang
yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikiran nya
terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi jalan
penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran
yang dicari datang sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali
dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah (tembus) yang
dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.
13. a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan
seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman
Allah dalam al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan
Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat
28)
b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia.
Firman Allah yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang
berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang
mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang
berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)
14. c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang
tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud :
"Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )
d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama
ada ibadah umum atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan
peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi.
16. Kesepaduan ilmu merupakan
ilmu-ilmu yang bersumberkan
al-Qur’an dan Hadith di
samping adanya integrasi
ilmu-ilmu lain kearah membina
komuniti ummah yang
berteraskan aqidah.
18. Ilmu, iman dan amal
merupakan satu gabungan
yang tidak boleh dipisahkan di
dalam Islam. Ilmu tanpa iman
dan amal merupakan perkara
yang sia-sia. Iman tanpa ilmu
dan amal merupakan perkara
yang rugi. Amal tanpa ilmu
dan iman merupakan perkara
yang sesat. Ilmu mesti
didahulukan sebelum amalan.
19. Membersihkan hati iaitu niat kerana Allah
(s.w.t)
Mengurangkan kesibukan urusan duniawi
Bukan tujuan untuk sombong dan
bermegah
Sentiasa menghormati guru
Belajar mengikut keutamaan
Beramal dan berusaha menyebarkan ilmu
yang telah dipelajari
20. 1. Kesenian
Setiap insan dikurniakan Allah
SWT bakat dan kebolehan
tersendiri, seperti kebolehan men
cipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea
baru dan asli.
21. 2. KESIHATAN
Memelihara kesihatan zahir dan batin
merupakan satu tuntutan agama.
Kesihatan yang baik menghasilkan akal
yang
sihat. Akal yang sihat diperlukan untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah di muka bumi Allah
ini. “ Akal yang sihat dan sejahtera
datang dari tubuh badan yang sihat”.
22. Rasulullah SAW juga bersabda
yang bermaksud:“Orang Islam
yang kuat itu lebih baik
daripada orang Islam yang
lemah”.
25. METODE EMPIRISME
METODE RASIONALISME
METODE FENOMENALISME
METODE INTUISIONISME
METODE ILMIAH
26. “SPARE THE ROD,
SPOIL THE CHILD”
“RED HEADED PEOPLE
ARE QUICK TEMPERED”
27. IDOLS OF TRIBE (SUKU/KUMPULAN)
IDOLS OF CAVE
(GUA/TEMPURUNG)
IDOLS OF MARKET PLACE
(MASYARAKAT)
IDOLS OF THEATER
(BERAHSIA/LAKONAN)