SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 26
1.0    PENGENALAN

       Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama
di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun
2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai
inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

       Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang
dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,
mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang
sering berubah.

       Oleh itu isu- isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas pertama,
pendidikan sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus di ambil perhatian
lebih untuk menghasilkan kecemerlangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020

2.0    KONSEP DAN PENGERTIAN

2.1     KONSEP

       Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di
dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak
kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di
dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang)
mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa
atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

       Dan seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah sumber
manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk
merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber
manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu
dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan.
Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan
dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun
vokasional diberi perhatian yang serius.
                                              1
2.1    PENGERTIAN

Pengertian Modal Insan

       Istilah modal insan (human capital) sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran
manusia. Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour) atau sumber manusia iaitu
salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia (buruh), mesin dan
modal. Konsep modal adalah luas dan ia meliputi ‘aset ketara’ (tangible asset) milik individu
seperti akaun bank, saham syarikat dan kilang dianggap sebagai aset kerana berupaya
menghasilkan pendapatan dan keluaran pada jangka masa panjang. Modal juga boleh
berbentuk ‘aset tidak ketara’ (intangible asset). Contohnya pendidikan formal, kursus-kursus
kemahiran, perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah kepentingan masa juga dianggap
sebagai modal kerana berkemampuan menjana pendapatan, meningkatkan kesihatan dan
memperbaiki kelakuan/tabiat seseorang.


       Konsep modal insan juga melibatkan pelaburan terhadap sumber manusia. Dalam
hubungan ini, aspek pendidikan dan latihan merupakan satu bentuk pelaburan yang amat
penting serta dianggap sebagai elemen dalam modal insan kerana fitrah manusia tidak boleh
dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran,kesihatan dan nilai-nilai yang mereka miliki.



       Menurut Becker(www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html), yang dikatakan
modal insan itu pada hakikatnya ialah ilmu, kemahiran, kesihatan dan etika yang dimiliki oleh
seseorang. Hal ini demikian kerana manusia tidak dapat dipisahkan daripada ilmu, kemahiran,
kesihatan atau nilai yang dimiliki mereka seperti terpisahnya aset nampak atau intangible
assets yang dimiliki oleh mereka seperti wang atau aset fizikal seperti kilang, bangunan,
jentera, atau peralatan pejabat.

       “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan ...
kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan dengan penuh komitmen ... Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang
berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri
dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan
antarabangsa yang kian meningkat.”


       YAB Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi

                                              2
(Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

       Berdasarkan petikan ini, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan amatlah penting bagi
mewujudkan modal insan dalam masyarakat kita bagi meningkatkan pembangunan insan dan
seterusnya akan dapat menyumbang di dalam pembangunan di negara ini.

Pengertian pendidikan

       Pendidikan dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada sudut mana
ia dilihat. Ada yang melihat pendidikan dari sudut cirinya, dari sudut fungsinya, dari sudut
proses pendidikan, hasil dari proses pendidikan serta lain-lain lagi.

       Pendidikan dalam bahasa inggeris ialah education. Perkataan ini berasal daripada
perkataan Latin educare yang mempunyai makna memelihara, membimbing atau mengasuh
kanak-kanak. Namun dalam penggunaannya sebagai istilah, pendidikan adalah lebih luas
daripada itu dan tidak terhad hanya kepada asuhan kanak-kanak sahaja. Dalam bahasa Arab
pula, pendidikan diistilahkan sebagai ‘ta’lim’ atau ‘tarbiah’ atau ‘ta’dib’ iaitu mengajar,
memelihara atau memberi ilmu. Pendidikan adalah bertujuan memberi ilmu pengetahuan
dalam bentuk teori dan praktis bagi membentuk peribadi individu.

       Ramai tokoh-tokoh Barat memberi pandangan masing-masing tentang maksud
pendidikan. Pendapat dari tokoh klasik seperti Phytagoras mengatakan bahawa pendidikan
ialah memberi latihan budi pekerti yang baik yang mana ia adalah lebih penting daripada ilmu
pengetahuan. John Stuart Mill berpendapat bahawa pendidikan ialah aktiviti memahami
potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan
tabi’i. Al-Ghazali pula iaitu salah seorang daripada tokoh- tokoh islam menjelaskan bahawa
proses pendidikan adalah berterusan bermula sejak lahir hinggalah ke liang lahad. Pendidikan
merangkumi pemupukan budi pekerti yang mulia, sifat berani, sabar serta menghormati orang
lain selain daripada untuk kecergasan jasmani. Ini dapat dirumuskan bahawa, pendidikan
bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berilmu, namun ia juga berperanan untuk
membentuk manusia yang mempunyai akhlak yang mulia.




3.0    ISU-ISU BERKAITAN

3.1    PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA




                                                3
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau
asia dan juga di peringkat antarabangsa pada masa hadapan nanti memerlukan negara ini
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi
status "World Class Education". Pendidkan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan
kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib,1997). Ini adalah kata-kata terawal pemimpin
mengenai pendidikan bertaraf dunia. Dalam Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 bekas Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Haji Badawi menyatakan “Membangunkan Sistem
Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Kata-kata ini menunjukkan
hasrat dan cita-cita kerajaan untuk merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Mengikut
Merian-Webster Online “ world class is defined as being of the highest caliber in the world”.

       Masyarakat kerap memperkatakan bahawa pendidikan perlu dianggap sebagai
penyelamat bangsa.Dikatakan juga ianya menjadi penentu yang paling kritikal dalam
memastikan kejayaan pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Justeru untuk memastikan
aspirasi negaradapat direalisasikan menjelang tahun 2020, sistem pendidikan di Malaysia harus
bergerak sederap seiring dengan semangat 2020 untuk mencapai negara maju sepenuhnya
mengikut acuan sendiri. Dengan bertonggakkan Falsafah Pendidikan Negara dan sembilan
cabaran strategik untuk menurut wawasan tersebut, tuju hala sistem pendidikan masa kini dan
masa hadapan telah diilhamkan dalam bentuk pernyataan misi Kementerian Pelajaran. Misi ini
telah dimantapkan pada tahun 1995 dalam Rang undang-undang:

       …membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara…

       Konsep pendidikan bertaraf dunia pernah juga diperjelas dan diperdebatkan oleh bekas
Menteri Pendidikan pada ketika itu, Dato Seri Mohamed Najib Bin Tun Razak , dalam sidang
Parlimen sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 tersebut beliau
menegaskan bahawa pendidikan bertaraf dunia bermaksud:

…usaha-usaha strategik untuk menglobalisasikan pendidikan (Malaysia) mencari ilmu
pengetahuan tidak kira di mana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran-cabaran
pada masa hadapan…

Diperjelaskan olehnya lagi:

                                               4
…ia juga bermaksud berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, menyedari
hakikat bahawa masih banyak perkara yang belum kita ketahui, dan mereka cipta dan bukan
setakat buat inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting, sistem pendidikan bertaraf dunia
harus mampu melahirkan manusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang
manusia yang sempurna, bukan sahaja daripada aspek akademik, tetapi dengan kemampuan
intelektual untuk menangani cabaran masa muka…..

       Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta
dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan
dan kemajuan dinamis, iaitu :

       a)     Pembangunan tenaga manusia
       b)     Kepesatan pertumbuhan ekonomi

       c)     Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

       d)     Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

       e)     Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

       f)     Pembangunan teknologi dan sains

       g)     Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

       ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada
satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara
yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru
dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan
status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

3.2    MINDA KELAS PERTAMA

       Modal insan kelas pertama merupakan teras pembangunan negara untuk mencapai
Wawasan 2020. Tumpuan diberi kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta

                                              5
etika yang positif. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga hal.894) : modal bermaksud wang atau
harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga. Modal juga
bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapat dan mencapai sesuatu yang lain. Oleh itu
modal boleh diertikan sebagai sumber. Dalam Kamus Dewan ( edisi ketiga hal 493) ini juga
mengatakan insan itu sebagai manusia. Apabila digabungkan modal insan merupakan sumber
manusia.

       Modal insan merupakan aset penting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya
sesebuah negara bergantung kepada modal insan itu, jika modal insan tidak berpendidikan
maka sesebuah negara mudah mengalami kejatuhan dan sumber yang ada tidak dapat di
perbangunkan. Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal
insan adalah agenda yang di beri penekanan oleh bekas perdana menteri iaitu Tun Dato’
Abdulah Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bekas Perdana
Menteri telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan
negara dalam mencapai Wawasan 2020.

       Ini terbukti dalam ucapan beliau semasa membentangkan Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) pada 31 Mac 2006:

       Malaysia tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki infrastruktur
kelas pertama, tetapi mempuyai mentaliti kelas ketiga. Kita perlu menerapkan pendekatan
yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang bukan hanya menekankan ilmu
pengetahuan, perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal
insan yang bukan sahaja menekankan ilmu pengetahuan,kemahiran, tetapi juga nilai etika,
minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.

       Di sini menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri bukan hanya menghendaki modal
insan sebagai teras utama dalam pembangunan negara tetapi mementingkan modal insane yang
berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka sama ada dari segi pendidikan, tingkahlaku,
cara berfikir dan bertindak, pekerjaan, masyarakat, agama dan lain- lain secara menyeluruh.
Ciri-ciri ini akan melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang dinyatakan oleh beliau
semperna Hari Pekerja 2006.

       Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuaan serta ingin
menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai
identitinya sendiri serta mampu untuk terus kekal pada tahap ini, pembangunan modal insan
kelas pertama harus diberi keutamaan.

                                             6
Dari segi intelek, menurut Malcom S. Forbes (1919-1990), tujuan pendidikan ialah
menggantikan minda yang kosong dengan minda terbuka. Tun Abdullah Ahmad Badawi pula
meletakkan minda kelas pertama sebagai matlamat dalam konteks Malaysia. Hal ini perlu
dijadikan satu ‘outcome’ utama proses pendidikan kita. Selain itu, kita juga masih belum
berjaya menyemarakkan budaya ilmu.

3.3      PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

         Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah
merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, ekoran dari
perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k – Ekonomi
menjadi keutamaan, konsep pembelajaran sepanjang hayat telah diberikan penekanan dalam
pembangunan negara. Rencana ini akan memberikan penjelasan mengenai konsep dan
pendekatan untuk merealisasikannya dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.

         Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu
luas. Konsep ini     merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi
program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di
sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan
di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat ialah proses pembelajaran seseorang secara
berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam
sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan dan ia juga
bermaksud proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan
berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ianya adalah proses sepanjang
hayat.

         Menjelang abad ke – 21, masyarakat antarabangsa lebih prihatin berbanding pada abad
sebelumnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui konsep PSH. Mengikut kajian
UNESCO, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh Negara-negara membangun (Amerika
Utara, Eropah dan Jepun) adalah hasil perancangan strategik pembangunan sumber manusia di
mana seluruh anggota masyarakatnya mendapatkan peluang pendidikan terbuka dan
pembelajaran sepanjang hayat.

         Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO mulai pertengahan tahun
1990an telah melancarkan program bagi meningkatkan kesedaran pentingnya PSH dikalangan
negara-negara yang sedang membangun. Pandangan PBB ini adalah berdasarkan kepada kertas
yang disediakan oleh “Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Pendidikan Bagi Abad Ke – 21”
                                              7
bertajuk “Learning: The Treasure Within”. Intisari kepada laporan tersebut mencerminkan
bahawa Pembelajaran sepanjang hayat menjadi kunci kepada pembangunan sumber manusia
dalam abad Ke – 21.

       Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan
telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat
pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya PSH telah mewujudkan
satu fenomena baru yang dikenali sebagai “employability fever”. Golongan mudanya bersikap
agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa bidang pengajian dan latihan bagi menjamin
mereka mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang mereka minati. Manakala di beberapa
negara, konsep pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan dengan jayanya melalui beberapa
pendekatan.

       Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep
pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini sebenarnya sangat tidak asing di
sisi agama Islam. Kewujudan proses pembelajaran selagi hayat masih ada berlaku seiring
dengan kelahiran agama Islam itu sendiri.

       Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan kepada
Allah sebagai pencipta manusia dan sekalian makhluk di atas muka bumi ini. Tetapi sebaliknya
dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan iaitu suruhan membaca sebagai
salah satu wahana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

       Dalam proses pembelajaran sepanjang hayat laporan Delors et.al mengemukakan empat
tunjang iaitu pembelajaran untuk mengetahui, pembelajaran untuk melakukan, pembelajaran
untuk menjadi apa/siapa dan pembelajaran untuk tinggal bersama. Empat tunjang ini
membentuk proses pembelajaran yang sempurna.Dan menurut Tough, proses pembelajaran
berlaku pada setiap masa kehidupan yang dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada sama
ada secara terancang mahupun tidak terancang. Selanjutnya banyak proses pembelajaran untuk
golongan dewasa berlaku secara tidak formal dan ini memang suatu realiti dalam kehidupan
manusia. Tinggal lagi dapatan ilmu tersebut bernilai tinggi dan penting ataupun berada di
kedudukan yang lebih rendah.

       Datuk Dr. Mohd Yahya menyatakan bahawa pada kebiasaannya konsep pembelajaran
sepanjang hayat yang diamalkan di negara-negara maju adalah berlandaskan kepada beberapa
objektif utama iaitu pencapaian/ pembangunan peribadi (personal fulfillment/development),
                                             8
memenuhi keperluan gunatenaga (employability), mewujudkan warganegara yang aktif (active
citizenship) dan penyertaan sosial social inclusion).

3.4     PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

        Dalam perbincangan isu seterusnya ialah Pelan Induk Pembangunan Manusia 2006-
2010 (PIPP). Pelan ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah
Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya
International Convention Centre (PICC),Putrajaya. Bidang pendidikan berhadapan dengan
masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Justeru itu
peranan setiap lapisan masyarakat agar mendukung cita-cita dan hasrat untuk menjadikan
sistem pendidikan kita sebagai yang terbaik dan dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan
program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara
menyeluruh dan berterusan supaya “output” yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak
tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena
global. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak
yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat yang terkandung dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa
akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang
lama.

        Pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa
dan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan
memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda.
Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa Malaysia
daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masing-masing.
Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan
        Pelan ini juga dilancarkan bermatlamat agar semua rakyat memperoleh pendidikan
yang berkualiti. Pada era globalisasi hari ini pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Hal ini
berikutan daripada kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan
Teknologi Matlumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang
berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Dalam menyediakan
program pembangunan pendidikan ini kadang-kadang berlaku keciciran di mana pelajar-pelajar
luar bandar, miskin, kurang upaya tidak memperoleh keuntungan dalam hal ini. Pelajar-pelajar
                                                9
ini akan merasakan ketidakadilan berlaku dimana mereka telah disisihkan daripada
memperoleh kemudahan atau keistimewaan ini. Oleh kerana itu pihak kerajaan telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Hal ini dapat membantu dan memastikan
semua pelajar memperoleh peluang yang sama rata dan tidak ada pilih kasih dalam hal ini.


       Selain itu, semua penduduk Malaysia akan memperoleh pendidikan yang berkualiti.
Menuntut ilmu juga merupakan tuntutan agama Islam kepada penganutnya. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pepatah arab iaitu “ tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad’.


       Pepatah ini menunjukkan bahawa kita dikehendaki untuk menuntut ilmu dari kecil
sehingga kita meninggal dunia. Melalui peluang pendidikan yang berkualiti ini menuntut ilmu
juga akan menjadi lebih berkualiti. Hasilnya dapat dilihat apabila mereka yang menuntut ilmu
dapat menggunakan ilmu ini untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan seperti
inilah yang kita kehendaki kerana ia menggunakan ilmu ini dan menyebarkan kepada orang
lain bukan sekadar untuk disimpan dan dijawab ketika peperiksaan sahaja.


       Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dilancarkan agar semua penduduk
Malaysia akan memperoleh pendidikan yang berkualiti dan sama rata. Hal ini juga dapat
merapatkan jurang yang terbentuk.


4.0    CABARAN

4.1    Peperiksaan Mengikut Keupayaan

       Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira
akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

       Konsep yang dicadangkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul
Razak sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan
pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini
menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran
dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.

       Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan
pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor

                                              10
sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan
ibu bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep
peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang
dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-
murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap
tertentu.

          Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh
menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan
kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak
kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan
miskin.

          Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan
memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka
duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan
bersedia.

          Peratusan dan sebilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai
keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang diwujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan
yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar
lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

          Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan
kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah
rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan
berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan
yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

          Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan
pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku
dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia
dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan kesahihan sesuatu peperiksaan. Idea
ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan
yang sukar dikesan.

                                              11
Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah mengkelaskan pelajar
mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga
dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah
mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar
di tahap yang sama.

       Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat
tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu
bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan.
Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan
kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap
menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan
mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-
anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

       Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki Institusi Pengajian
Tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian
akademik seseorang pelajar.

       Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan
mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti
keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip,
dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan
pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan
melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan
proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

4.2    Keberkesanan kurikulum dalam pendidikan

       Kurikulum ialah teras kepada sesuatu sistem pendidikan. Kurikulum menentukan jenis
dan mutu tenaga rakyat yang pada akhirnya boleh menentukan jenis sumbangan yang boleh
diberikan dalam penghasilan tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Kurikulum juga
menentukan kejayaan pembangunan kemanusiaan.

       (Laporan Jawatankuasa Kabinet)


                                              12
Pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan
pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan,
menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah.

        Untuk menguasai mata pelajaran pada peringkat tertentu, pelajar perlu mempunyai
pengetahuan peringkat sebelumnya. Jika tidak, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mahir
dalam mata pelajaran tersebut. Ini adalah satu faktor utama yang biasa ditimbulkan oleh guru
mahupun pensyarah di universiti apabila disoal tentang kelemahan pelajaran dalam mata
pelajaran sains. Ahli psikologi seperti Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom (1977)
menegaskan kepentingan pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran. Hakikat ini telah
diterima umum tetapi amat sukar difahami mengapa sedikit sangat tumpuan diberi kepadanya.
Lilian McDermott (1992), ketua Kumpulan Pendidikan Fizik dari Universiti Washington dalam
kertas kerjanya yang bertajuk “Research as a Guide for Curriculum Development” menyatakan
pembentukan kurikulum harus berpandukan pengetahuan tentang apa yang pelajar tahu dan
boleh buat dan bukan membuat andaian tentang apa yang mereka patut tahu dan harus boleh
buat.


        Umumnya, kurikulum di Malaysia beranggapan bahawa setiap tahap persekolahan
merupakan persediaan ke tahap yang berikutnya. Ausubel (1968, 134) merumuskan kebenaran
tentang andaian tersebut, “Semakin banyak pengetahuan latar belakang seseorang individu
dalam sesuatu disiplin tertentu dan semakin stabil pengetahuan itu, makin lebih berjaya dia
dalam pembelajaran bahan yang berkaitan.”


        Persoalan yang sering dibangkitkan adalah, adakah pelajar yang mengikuti kurikulum
yang sama dan diajar oleh guru yang mempunyai kelayakan yang sama akan memperolehi
pencapaian latar belakang pengetahuan yang sama?


        Alat ukur Ujian Pengetahuan Asas telah dibentuk untuk menentukan kesediaan pelajar
dalam latar belakang asas fizik.Semua pelajar tersebut telah diminta mengambil ujian
pengetahuan asas pada awal semester pertama. Asas yang dikenal pasti adalah keperluan
kursus yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mengikut kursus di universiti. Dalam ujian
tersebut terdapat beberapa konsep yang sepatutnya telah dipelajari di tingkatan empat, lima dan
enam. Ujian ini adalah adaptasi daripada ujian Physics Interface Project’s Tests of Prior
Knowledge. Ujian itu dipilih kerana didapati sesuai digunakan bagi mengukur pengetahuan
latar belakang asas pelajar-pelajar. Hasil kajian menunjukkan:

                                              13
1. Keseluruhannya pelajar-pelajar kurang bersedia dalam pengetahuan dan fahaman
          konsep asas yang diharapkan, iaitu terdapat jurang dalam pengetahuan latar belakang
          apa yang diharapkan (prakeperluan kursus) oleh pensyarah dengan pengetahuan yang
          dimiliki pelajar ketika mengikuti kursus di universiti
      2. Terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar-pelajar baru dalam penyediaan
          pengetahuan asas. Ada yang mempunyai kesediaan yang baik dan ada yang terlalu
          lemah.
      3. Kesediaan pelajar-pelajar bergantung kepada jenis kursus(kesan kurikulum yang
          berbeza seperti matrikulasi atau tingkatan enam biasa) yang diikuti semasa di sekolah.


         Keadaan ni akan menghalang negara untuk melahirkan ramai rakyat Malaysia yang
mempunyai modal insan kelas pertama. Oleh itu, segala masalah ini harus ditanggani segera
supaya dapat melahirkan rakyat kelas pertama menjelang Wawasan 2020 setaras dengan
negara maju yang lain.


4.3      Budaya hedonisme dikalangan masyarakat

         Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang digagaskan oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi baru-baru ini telah menggariskan
modul pembangunan insan sebagai teras utama. Hal ini jelas membuktikan peri pentingnya
golongan muda sebagai tangan yang turut sama membangunkan negara. Bak kata pepatah,
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kenyataan ini haruslah disedari setiap belia di
negara kita. Ironinya, generasi muda masa kini bukan sahaja bersikap ‘acuh tak acuh’, malahan
terjangkit dengan budaya hedonisme yang kian merebak dengan meningkatnya pengaruh pihak
media.

         Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan
berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa
maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari
negara barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini,
dan seterusnya merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat
Malaysia pada suatu masa dahulu.



                                                14
‘Budi bahasa budaya kita’. Rangkaian kata yang merupakan slogan Kempen Berbudi
Bahasa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( KEKKWA)
ini sebenarnya mendukung seribu satu makna. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai
agen penghakis amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media hiburan
yang dibawa dari barat, anak-anak muda telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar,
gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita
boleh melihat album-album lagu barat yang berlambak di pasaran tempatan. Perhatikan gaya
pemakaian golongan penyanyi ini. Dengarkanlah jenis bahasa yang digunakan. Adakah budaya
ini sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur? Bukankah budaya sebegini akan meracuni
pemikiran anak muda yang belum lagi berfikiran matang? Minda para pemuda, sekiranya
dibiarkan untuk diracuni bisa budaya barat, nescaya akan mengubah adat hidup dan budi bicara
mereka kelak.

        Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa
depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat hidup
yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya-
foya. Mereka tidak merancang untuk masa depan yang lebih cerah, sebaliknya semakin mundur
apabila masa ditelan zaman. Orang lain semakin jauh ke depan, manakala anak muda kita
masih lagi terkial-kial di belakang. Usaha tokoh pejuang tanah air memperjuangkan
kemerdekaan akhirnya tersia apabila negara kita tidak dapat dibangunkan oleh warganegara
Malaysia, sebaliknya hanya bergantung harap kepada negara lain. Hendakkah kita balik ke
cengkaman kuku besi penjajah? Sanggupkah kita hidup di bawah telunjuk orang lain?
Sewajarnya, golongan pemuda yang merupakan generasi pelapis pemimpin masa kini haruslah
sedar daripada dibuai mimpi-mimpi kosong dan seterusnya, memegang tanggungjawab mereka
dengan berusaha ke arah yang lebih baik.

       Namun demikian, harapan ini tampaknya susah untuk direalisasikan memandangkan
budaya hedonisme telah menerbitkan satu lagi budaya dalam kalangan remaja, iaitu budaya
malas. Budaya hedonisme telah melekakan pemikiran remaja, justeru mereka tidak lagi suka
berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Mereka hanyalah bersikap sambil lewa untuk
memperoleh sesuatu, biarpun mereka betul-betul berkeinginan untuk mendapatkannya.
Siapakah yang tidak menginginkan kejayaan? Malangnya, para remaja telah biasa mendapat
apa-apa sahaja yang mereka hendak, termasuklah keseronokan melalui budaya suka bermain-
main. Mereka percaya bahawa usaha yang dilakukan untuk memperoleh kejayaan hanya sia-sia
semata-mata. Antara sedar atau tidak, mereka mula menyemaikan budaya ‘tak apa’ dalam

                                            15
pemikiran mereka. Oleh yang demikian, mereka mulalah bersikap “bagai melepaskan batuk di
tangga” apabila bekerja.

       Bukan itu sahaja, gejala sosial turut dilahirkan melalui budaya hedonisme ini. Hal ini
dapat dilihat apabila para remaja berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di
pub, kelab malam dan sebagainya untuk bersuka ria. Di sinilah pelbagai penyakit sosial
tersebar, misalnya minum arak, menari-nari dan sebagainya. Kita boleh lihat banyak anak
muda yang datang ke tempat-tempat sebegini terkinja-kinja di bawah pengaruh dadah sambil
bergelak tawa dengan kuatnya, biar perempuan sekalipun. Mereka mendengar lagu-lagu rancak
sambil menggoyang-goyangkan kepala mereka tanpa mengendahkan masyarakat yang
memandang. Ke manakah hilangnya adab bersopan-santun ini? Bahkan, tabiat bergelumang
dengan alkohol lambat-laun akan menarik golongan remaja untuk berkecimpung dalam dunia
dadah pula. Maka, lahirlah makin banyak sampah masyarakat yang menggugat keamanan
negara. Ini akan menyebabkan terbantutnya harapan kerajaan untuk membangunkan negara
dengan mewujudkan masyarakat yang mempunyai modal insan.

4.4    Terdapat jurang pendidikan

       Cabaran yang seterusnya dapat dilihat dalam isu pendidikan berkualiti pada Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah terdapatnya jurang pendidikan. Jurang
pendidikan yang wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi, lokasi belajar
dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian
pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang
pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi
sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus
mendapat perhatian Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3):

       “… merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang
kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian
sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …”
       (RMKe-3, 1976-1980)


       Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk merapatkan jurang
pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan

                                             16
SJK. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu
dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, iaitu jurang bandar dan luar
bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan
pelajar berkeperluan khas serta jurang sosioekonomi.


       Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi
penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM),
sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah
rendah dan 792 buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah
khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan
Terdapat 5,951 sekolah rendah dan 870 sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan
memerlukan penyelenggaraan tinggi. KPM akan terus memastikan sekolah khususnya di luar
bandar dilengkapkan infrastruktur mengikut standard minimum dan diselenggarakan, sekolah
usang dan daif dinaiktaraf dan dibaik pulih supaya lebih selamat dan kondusif serta disediakan
kemudahan asas.


       Jurang digital pula ialah merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan
ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Terdapat
beberapa sekolah masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Selain itu jana kuasa yang
dibekalkan berkuasa rendah dan tidak mencukupi bagi menampung penggunaan ICT. Sekolah
ini turut menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutamanya sekolah-sekolah yang
di pedalaman. Bagi jurang yang seterusnya ialah jurang antara tahap pencapaian pelajar. Jurang
ini merujuk kepada kesulitan menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Kegagalan
ini akan menyebabkan mencapai standard minimum serta pelajar berisiko tinggi untuk tercicir
daripada sistem pendidikan.


       Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan
penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pembelajaran &
pengajaran pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan
berbakat. Oleh itu KPM telah mewujudkan beberapa sekolah untuk pelajar-pelajar ini.
Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
(SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi. Jurang sosioekonomi pula merujuk
kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan
termasuklah kemiskinan dalam bandar. Golongan berpendapatan rendah di bandar biasanya
                                              17
berada di luar tahap kelayakan untuk diberi bantuan tambahan daripada KPM. Walau
bagaimanapun, kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan anak-anak daripada
kalangan keluarga ini juga memerlukan bantuan sama seperti anak-anak daripada kalangan
keluarga miskin di luar bandar.


       Jurang yang wujud ini telah menyebabkan semua penduduk Malaysia tidak mendapat
peluang pendidikan yang sama rata. Hal ini cuba dibendung dengan merealisasikan ketetapan
yang telah dikeluarkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Selain itu jurang
yang wujud ini perlu dirapatkan seperti yang diperutuskan oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin
Tun Hussein dalam perutusan Tahun Baru pada tahun 2006 yang lalu, ialah


       “... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan
luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang antara
mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus
pembangunan negara.”




5.0    PENDEKATAN

5.1    Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

       Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi
keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah
pendidikan negara.

       Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak
memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah
perlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan
menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai,
ketepatan fakta, penyelesaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
                                               18
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai
kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan
cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa
kejayaan dan penghargaan diri.

       Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tetapi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya
cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan
mengurangkan tekanan.

       Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira
untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan
universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah
bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar
mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

       Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan
masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu
bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara
demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan
bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan
pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

5.2    Kekerapan penilaian dan menyeluruh

       Sistem peperiksaan perlu di laksanakan di sekolah untuk menilai keupayaan seseorang
pelajar. Walau bagaimanapun penilaian itu hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dan
sepanjang masa meliputi aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Keadaan ini akan memberi
penilaian kursus kepada pelajar itu. Peperiksaan ini bukan hanya diadakan pada hujung tahun
sahaja tetapi diadakan tiga bulan sekali atau sebaliknya. Hal ini akan menyebabkan pelajar
tidak hanya belajar dengan tekun pada akhir tahun.

       Walaupun begitu, tugas seorang guru akan bertambah kerana penilaian ini dilakukan
secara menyeluruh supaya lebih berkesan untuk memastikan perkembangan pelajar itu
seimbang dari segi IQ dan EQ. Untuk mengatasi unsur nasib yang dialami oleh pelajar dalam


                                             19
peperiksaan. Ronald Turner dalam kertas kerjanya “TQM in the college classroom”,
mencadangkan bahawa:

   1) Pelajar dibenarkan mengambil semula peperiksaan jika mereka beranggapan bahawa
       soalan peperiksaan berada di bawah pengetahuan sedia ada mereka. Keputusannya ialah
       terdapat 5% pelajar yang mengulangi peperiksaan semula.

   2) Kekerapan peperiksaan di adakan sebanyak 10-12 kali di dalam satu semester. Unsur
       nasib tidak sejelas dahulu iaitu dapat mempengaruhi pencapaian seseorang.

       Apabila keboleharapan dan kesahan peperiksaan di perolehi, diiringi dengan penilaian
dalam kokurikulum, penilaian terhadap pelajar menjadi lebih lengkap dan berkesan. Secara
tidak langsung dengan melaksanakan keadah yang mampu untuk menanam minat pelajar untuk
belajar dalam sesuatu pelajaran serta bersifat gigih dan bertanggungjawab dalam pembelajaran.
Keadaan ini akan menampung segala kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Persaingan ini akan menunjukkan satu keadaan yang sihat di kalangan pelajar.

       Selain itu, sekolah hendaklah melatih pelajar supaya pandai menggunakan perkara yang
dipelajari untuk digunakan dalam menganalisis, mengaplikasi dan berfikiran kritis serta kreatif
dalam melakukan sesuatu perkara. Kejayaan atau memperolehi keputusan yang baik dalam
peperiksaan dan hidup tidak hanya bergantung dengan daya ingatan yang kuat sahaja. Oleh itu
belajar harus dilatih untuk memahami sesuatu mata pelajaran itu supaya mereka dapat
menggunakannya sehingga masa hadapan. Justeru itu, ia dpt melahirkan ramai pelajar yang
mempunyai minda kelas pertama melalui pendidikan yang sedia ada.

       Kebanyakan pelajar membenci kaedah hafalan semasa pembelajaran kerana kaedah ini
membuatkan mereka mudah lupa dan tercicir di dalam kelas. Oleh itu, guru memainkan
peranan penting dalam pengajaran di dalam kelas atau luar kelas. Pengajaran yang menarik dan
berkesan akan membuatkan pelajar cepat ingat dan mengingati apa yang telah diajar seterusnya
menggunakan ilmu itu untuk peperiksaan dan masa hadapan mereka. Seterusnya membuatkan
pelajar itu boleh berfikir secara kreatif dan inovatif dalam pembangunan negara.

       Penilaian akan membantu guru-guru untuk mengenal pasti masalah pelajar dan
membantu pelajar dalam masalah pembelajaran dan masalah lain. Dengan tiadanya masalah
yang dihadapi pelajar maka memudahkan matlamat untuk mencapai Wawasan 2020 yang akan
kita temui 10 tahun lagi. Hal ini juga akan melahirkan modal insan yang pertama yang boleh
membangunkan negara setanding dengan negara maju seperti Jepun.


                                              20
5.3      Pembelajaran secara formal, informal dan non-formal

         Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sesuatu bangsa. Pendidikan telah menjadi
hak kepada setiap individu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama. Pembelajaran
sepanjang hayat dapat dilaksanakan melalui pembelajaran secara formal atau pun secara non-
formal


         Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang disediakan oleh institusi-institusi
pembelajaran atau latihan yang berstruktur untuk tujuan pensijilan manakala pembelajaran
secara informal adalah pembelajaran yang terhasil daripada aktiviti seharian yang berkaitan
dengan tempat kerja, keluarga atau masa lapang. Pembelajaran ini adalah tidak berstruktur dan
bukan untuk tujuan pensijilan. Pembelajaran non-formal pula tidak dikendalikan oleh institusi
pembelajaran atau latihan serta bukan untuk tujuan pensijilan. Walaubagaimanapun,
pembelajaran secara non-formal ini masih berstruktur kerana ianya mengikut jadual
perancangan pelajar itu sendiri.


         Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak
formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia secara
menyeluruh selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan
Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.
Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu
membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat,
pengurusan, kemanusiaan dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya.
Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang
berilmu dan bertamadun. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi
minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk
kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu, kertas kerja ini akan
memerihalkan bagaimana Pendidikan Bukan Formal boleh menjadi katalis kepada Pendidikan
Sepanjang Hayat di Malaysia.


         Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan
dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke arah melakukan
rombakan dalam cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tatacara
pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini mencadangkan supaya
diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang dewasa yang sudah mempunyai

                                             21
kerjaya     untuk    membangun    dan   mengembangkan      potensi   sumber   manusia   bagi
membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga
perkembangan diri individu itu sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut dialas secara
tidak langsung mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan
terutama dalam kalangan orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan
mengapa trend tersebut wujud, diantaranya ialah memberi peluang orang dewasa yang
kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang
diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan,
memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi, memperoleh kemahiran yang diperlukan
bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang
pengguna yang lebih pintar dan pelbagai lagi.

Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan

          Menyedari PSH menjadi penting bagi memastikan kekayaan dan kemakmuran sesebuah
negara, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan mengubal dasar di mana
PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah
merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi,
liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

          Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan di Parlimen pada 23 April 2001 telah
memberikan penekanan di mana dalam RMK – 8 akan dapat menyediakan asas pembangunan
sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta
mempertingkatkan produktiviti dan daya saing. Dasar melaksanakan konsep PSH adalah bagi
mencapai matlamat berikut:-

   1) Menjadikan teras dalam membangunkan sumber manusia dalam tempoh pelan
          perancangan pembangunan lima tahun negara.

   2) Menyediakan asas bagi melahirkan masyarakat yang menjadikan ilmu pengetahuan
          sebagai satu budaya serta merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara
          maju.

   3) Memberikan galakan PSH dengan menyediakan kemudahan menguasai ilmu
          pengetahuan dan meningkatkan asas kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan
          latihan formal.

                                                22
Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar
Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk membangunkan tenaga
manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan Sepanjang Hayat yang antara
lain bertujuan menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan
memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran, membangunkan program latihan yang
berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri, mewujudkan program e-
Latihan ,mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam
perkhidmatan awam, menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan
dewasa dan Pendidikan Berterusan, menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah,
kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai serta bangunan awam dan persendiran bagi
program Pendidikan Sepanjang Hayat, melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai
kepentingan pendidikan sepanjang hayat dan lain-lain lagi.


5.4    Menyamaratakan peluang pendidikan.


       Pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan semua pelajar
mendapat peluang pendidikan yang berkualiti ialah dengan menyamaratakan peluang
pendidikan. Hal ini dengan memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan
saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang asli dan suku minoriti
lain. KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada membangunkan
infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan
Sarawak. KPM juga cuba meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko
keciciran. KPM turut meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan
pedalaman menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan
khas dan kumpulan minoriti serta membaikpulih dan meningkatkan infrastruktur Sekolah
Kurang Murid termasuk SK dan SJK yang terpilih.


       Bagi kelompok yang kurang upaya pula ialah KPM menyediakan lebih banyak
infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan. KPM akan memperluas
dan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran,
menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan murid yang mencukupi,
menyediakan pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin
perkongsian pintar dengan badan sukarela dank kementerian lain yang juga menyediakan
perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and
talented) pula memerlukan program yang khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Cabaran
                                              23
KPM adalah untuk menyediakan kurikulum yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas dan
menyediakan Sekolah Seni bagi mereka yang berbakat dan cenderung kepada bidang kesenian.


       Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan
semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Kementerian dan agensi
kerajaan yang lain, badan korporat, pihak swasta dan pihak media, Pertubuhan Bukan
Kerajaan, parti politik, PIBG dan Alumni banyak memberi sokongan dan bantuan kepada
pelajar. Program sokongan dan bantuan yang disediakan adalah seperti bantuan kepada pelajar
miskin, program-program akademik, kokurikulum, sumbangan perkakasan ICT, bantuan bagi
melaksanakan acara-acara di sekolah dan program sekolah angkat. Kementerian Pelajaran
Malaysia mengatasi masalah jurang digital        dengan menyediakan makmal komputer,
menyediakan Pusat Akses, menambah bilangan computer, merangkaikan semua sekolah
dengan SchoolNet berjalur lebar, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV
Pendidikan, merintis penggunaan video teleconference. Tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul
Rahman Arshad menegaskan , katanya ini adalah usaha bagi memastikan semua pelajar di
kawasan pedalaman mendapat kemudahan pendidikan sebagaimana pelajar di kawasan bandar.

       ``Saya yakin kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk merapatkan jurang
pendidikan antara bandar dan luar bandar namun usaha-usaha fizikal lain juga perlu
ditekankan,''


       Selain itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) cuba memastikan semua pelajar
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir
daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif dan
perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Walaupun murid Tahap I yang mengalami
defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003 kepada 7.7 peratus
pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5 peratus bagi sesuatu sistem
pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas
Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun
2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi
murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas
Pemulihan Khas. Cabaran KPM adalah untuk meminimumkan defisit akademik terutama di
negeri dan lokasi yang masih tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan
melalui peluasan dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan

                                            24
Khas Terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi. Selain itu guru perlu
mendidik setiap pelajar dengan penuh dedikasi kerana peranan guru adalah mendidik bukan
sekadar mengajar. Tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad turut menegaskan
bahawa guru adalah aset yang paling penting dalam menjayakan pendidikan di luar bandar.

       ``Tetapi guru sekarang juga perlu berubah bukan mengajar sahaja tetapi perlu
membimbing pelajar kerana di luar bandar persekitaran dan mentaliti pelajar amat berbeza
berbanding di kawasan bandar,'' katanya.



6.0    PENUTUP


       Perkembangan dunia pada hari ini dilihat dalam pelbagai aspek terutamanya aspek
ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Bidang pendidikan adalah tidak terkecuali dalam
mengejar perkembangan ini. Kegagalan sistem pendidikan dalam membangunkan tenaga
manusia secara strategik bukan sahaja merugikan negara malahan akan menggugat kedaulatan
negara kerana tanpa nilai-nilai kesemuanya tidak akan terjamin. Kebanyakan negara-negara
maju adalah hasil daripada kejayaannya mengatur langkah membangunkan sumber manusia
yang ada di negaranya secara strategik dan futuristik.


       Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan
satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai
tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,
progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan
dan berkemahiran.


       Selain   itu,   Malaysia   telah   menyarankan    kepada   setiap   penduduknya    agar
membudayakan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan yang ingin Malaysia capai adalah
pendidikan yang bertaraf dunia. Pendidikan seperti inilah yang ingin dikejar oleh semua
negara. Malaysia juga cuba melahirkan penduduknya yang mempunyai minda kelas pertama.
Seseorang yang mempunyai minda kelas pertama akan dipandang tinggi oleh masyrakat
sekitarnya. Hal ini akan dapat diperoleh sekiranya seseorang itu mendapat pendidikan yang
berkualiti. Pendidikan yang berkualiti inilah yang cuba dilancarkan oleh kerajaan melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dapat disimpulkan bahawa pendidikan yang
berkualiti serta berterusan dapat menjadikan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama
dan bertaraf dunia.
                                               25
7.0     BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,
         Tanjong Malim: Quantum Books.

Merapatkan Jurang Pendidikan (2009). Diperoleh pada Januari 28, 2010 daripada
         http://www.tutor.com.my

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi(1999). Diterbitkan di Malaysia oleh
         Published in Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Minda     Kelas    Pertama     (2006).     Diperolehi    pada    Januari    29,   2010   daripada
        http://www.utusan.com

Kurikulum Kebangsaan dan Perlaksanaannya di Malaysia (2006). Diperolehi pada Januari 31,
2010 daripada

        http://aj85553.multiply.com/journal/item/15/Kehendak-kehendak




Pendidikan Bertaraf Dunia (2007). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada

        http://www.scribd.com/doc/8071758/Pendidikan-Bertaraf-Dunia

Budaya      Hedonisme      (2008).       Diperolehi     pada    Januari    31,    2010   daripada
        http://thoughtsforlife.blogminister.net


Rencana (2006). Diperolehi pada Januari 25, 2010 daripada
         http://www.ppdbesut.net/

Jemaah Islam Kampus dan Cabaran (2009). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada
        http://rausyanfikir.com/2009/05/




                                                  26

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barathazwanikamaludin
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeAsyrafRidzuan
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratYogeswary Ramuchandran
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Marinis Nyambong
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 

Mais procurados (20)

Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Program pengayaan
Program pengayaanProgram pengayaan
Program pengayaan
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 

Semelhante a PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insanhidayahperlis
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesiaWarnet Raha
 
MAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docx
MAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docxMAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docx
MAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docxam7946604
 
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docxPENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docxsriwhyn2
 
ppt kel 7 inovasi pendidikan.pptx
ppt kel 7 inovasi pendidikan.pptxppt kel 7 inovasi pendidikan.pptx
ppt kel 7 inovasi pendidikan.pptxhalimyusri
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docxPENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docxEkiTurnando1
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpattiAfif Faith
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 

Semelhante a PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA (20)

Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
MAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docx
MAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docxMAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docx
MAKALAH_PENDIDIKAN_DI_INDONESIA.docx
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docxPENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA.docx
 
ppt kel 7 inovasi pendidikan.pptx
ppt kel 7 inovasi pendidikan.pptxppt kel 7 inovasi pendidikan.pptx
ppt kel 7 inovasi pendidikan.pptx
 
my assignment
my assignmentmy assignment
my assignment
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasional
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasionalPeranan pendidikan dalam pendidikan nasional
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasional
 
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docxPENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docx
PENDIDIKAN SEBAGAI TOLAK UKUR KEMAJUAN BANGSA-1.docx
 
Data bem unpatti
Data bem unpattiData bem unpatti
Data bem unpatti
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Tugas topik 5
Tugas topik 5Tugas topik 5
Tugas topik 5
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 

Mais de Linda Zain

Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Linda Zain
 
Standard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran ProfesionalStandard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran ProfesionalLinda Zain
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
Fobia kanak kanak
Fobia kanak kanakFobia kanak kanak
Fobia kanak kanakLinda Zain
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakLinda Zain
 
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahKertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahLinda Zain
 
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri Linda Zain
 

Mais de Linda Zain (7)

Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2
 
Standard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran ProfesionalStandard Pengajaran Profesional
Standard Pengajaran Profesional
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
Fobia kanak kanak
Fobia kanak kanakFobia kanak kanak
Fobia kanak kanak
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahKertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
 
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
Kertas cadangan sambutan hari raya aidilfitri
 

Último

Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...YulfiaFia
 
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdfTidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdfAnggaaBaraat
 
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxCERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxpolianariama40
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdfHeriyantoHeriyanto44
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxKalpanaMoorthy3
 

Último (20)

Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
Berikut adalah aksi nyata dalam merancang modul projek dengan tema kearifan l...
 
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdfTidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
Tidak ada abstraksi dalam memori sistem operasi .pdf
 
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptxCERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
CERAMAH SINGKAT RAMADHAN RIFKI TENTANG TAUBAT.pptx
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
 
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptxhentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
hentikan buli danGANGGUAN SEKSUAL UNTUK MURID.pptx
 

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

  • 1. 1.0 PENGENALAN Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Oleh itu isu- isu yang berkaitan seperti pendidikan bertaraf dunia, minda kelas pertama, pendidikan sepanjang hayat dan pelan induk pembangunan pendidikan harus di ambil perhatian lebih untuk menghasilkan kecemerlangan insan dan negara bagi mencapai wawasan 2020 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN 2.1 KONSEP Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini. Dan seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius. 1
  • 2. 2.1 PENGERTIAN Pengertian Modal Insan Istilah modal insan (human capital) sering dikaitkan dengan kebolehan dan kemahiran manusia. Modal insan juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour) atau sumber manusia iaitu salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia (buruh), mesin dan modal. Konsep modal adalah luas dan ia meliputi ‘aset ketara’ (tangible asset) milik individu seperti akaun bank, saham syarikat dan kilang dianggap sebagai aset kerana berupaya menghasilkan pendapatan dan keluaran pada jangka masa panjang. Modal juga boleh berbentuk ‘aset tidak ketara’ (intangible asset). Contohnya pendidikan formal, kursus-kursus kemahiran, perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah kepentingan masa juga dianggap sebagai modal kerana berkemampuan menjana pendapatan, meningkatkan kesihatan dan memperbaiki kelakuan/tabiat seseorang. Konsep modal insan juga melibatkan pelaburan terhadap sumber manusia. Dalam hubungan ini, aspek pendidikan dan latihan merupakan satu bentuk pelaburan yang amat penting serta dianggap sebagai elemen dalam modal insan kerana fitrah manusia tidak boleh dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran,kesihatan dan nilai-nilai yang mereka miliki. Menurut Becker(www.econlib.org/library/Enc/HumanCapital.html), yang dikatakan modal insan itu pada hakikatnya ialah ilmu, kemahiran, kesihatan dan etika yang dimiliki oleh seseorang. Hal ini demikian kerana manusia tidak dapat dipisahkan daripada ilmu, kemahiran, kesihatan atau nilai yang dimiliki mereka seperti terpisahnya aset nampak atau intangible assets yang dimiliki oleh mereka seperti wang atau aset fizikal seperti kilang, bangunan, jentera, atau peralatan pejabat. “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan ... kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen ... Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.” YAB Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi 2
  • 3. (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) Berdasarkan petikan ini, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan amatlah penting bagi mewujudkan modal insan dalam masyarakat kita bagi meningkatkan pembangunan insan dan seterusnya akan dapat menyumbang di dalam pembangunan di negara ini. Pengertian pendidikan Pendidikan dapat diertikan dalam bentuk yang pelbagai bergantung kepada sudut mana ia dilihat. Ada yang melihat pendidikan dari sudut cirinya, dari sudut fungsinya, dari sudut proses pendidikan, hasil dari proses pendidikan serta lain-lain lagi. Pendidikan dalam bahasa inggeris ialah education. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin educare yang mempunyai makna memelihara, membimbing atau mengasuh kanak-kanak. Namun dalam penggunaannya sebagai istilah, pendidikan adalah lebih luas daripada itu dan tidak terhad hanya kepada asuhan kanak-kanak sahaja. Dalam bahasa Arab pula, pendidikan diistilahkan sebagai ‘ta’lim’ atau ‘tarbiah’ atau ‘ta’dib’ iaitu mengajar, memelihara atau memberi ilmu. Pendidikan adalah bertujuan memberi ilmu pengetahuan dalam bentuk teori dan praktis bagi membentuk peribadi individu. Ramai tokoh-tokoh Barat memberi pandangan masing-masing tentang maksud pendidikan. Pendapat dari tokoh klasik seperti Phytagoras mengatakan bahawa pendidikan ialah memberi latihan budi pekerti yang baik yang mana ia adalah lebih penting daripada ilmu pengetahuan. John Stuart Mill berpendapat bahawa pendidikan ialah aktiviti memahami potensi yang terdapat pada seseorang dan seterusnya berbuat sesuatu untuk kesempurnaan tabi’i. Al-Ghazali pula iaitu salah seorang daripada tokoh- tokoh islam menjelaskan bahawa proses pendidikan adalah berterusan bermula sejak lahir hinggalah ke liang lahad. Pendidikan merangkumi pemupukan budi pekerti yang mulia, sifat berani, sabar serta menghormati orang lain selain daripada untuk kecergasan jasmani. Ini dapat dirumuskan bahawa, pendidikan bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berilmu, namun ia juga berperanan untuk membentuk manusia yang mempunyai akhlak yang mulia. 3.0 ISU-ISU BERKAITAN 3.1 PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA 3
  • 4. Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada masa hadapan nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Pendidkan bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib,1997). Ini adalah kata-kata terawal pemimpin mengenai pendidikan bertaraf dunia. Dalam Sidang Kemuncak Pendidikan 2004 bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Haji Badawi menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Kata-kata ini menunjukkan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Mengikut Merian-Webster Online “ world class is defined as being of the highest caliber in the world”. Masyarakat kerap memperkatakan bahawa pendidikan perlu dianggap sebagai penyelamat bangsa.Dikatakan juga ianya menjadi penentu yang paling kritikal dalam memastikan kejayaan pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Justeru untuk memastikan aspirasi negaradapat direalisasikan menjelang tahun 2020, sistem pendidikan di Malaysia harus bergerak sederap seiring dengan semangat 2020 untuk mencapai negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Dengan bertonggakkan Falsafah Pendidikan Negara dan sembilan cabaran strategik untuk menurut wawasan tersebut, tuju hala sistem pendidikan masa kini dan masa hadapan telah diilhamkan dalam bentuk pernyataan misi Kementerian Pelajaran. Misi ini telah dimantapkan pada tahun 1995 dalam Rang undang-undang: …membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara… Konsep pendidikan bertaraf dunia pernah juga diperjelas dan diperdebatkan oleh bekas Menteri Pendidikan pada ketika itu, Dato Seri Mohamed Najib Bin Tun Razak , dalam sidang Parlimen sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 tersebut beliau menegaskan bahawa pendidikan bertaraf dunia bermaksud: …usaha-usaha strategik untuk menglobalisasikan pendidikan (Malaysia) mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa hadapan… Diperjelaskan olehnya lagi: 4
  • 5. …ia juga bermaksud berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, menyedari hakikat bahawa masih banyak perkara yang belum kita ketahui, dan mereka cipta dan bukan setakat buat inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting, sistem pendidikan bertaraf dunia harus mampu melahirkan manusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang manusia yang sempurna, bukan sahaja daripada aspek akademik, tetapi dengan kemampuan intelektual untuk menangani cabaran masa muka….. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu : a) Pembangunan tenaga manusia b) Kepesatan pertumbuhan ekonomi c) Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial d) Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat e) Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual f) Pembangunan teknologi dan sains g) Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat. ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. 3.2 MINDA KELAS PERTAMA Modal insan kelas pertama merupakan teras pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Tumpuan diberi kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta 5
  • 6. etika yang positif. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga hal.894) : modal bermaksud wang atau harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga. Modal juga bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapat dan mencapai sesuatu yang lain. Oleh itu modal boleh diertikan sebagai sumber. Dalam Kamus Dewan ( edisi ketiga hal 493) ini juga mengatakan insan itu sebagai manusia. Apabila digabungkan modal insan merupakan sumber manusia. Modal insan merupakan aset penting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara bergantung kepada modal insan itu, jika modal insan tidak berpendidikan maka sesebuah negara mudah mengalami kejatuhan dan sumber yang ada tidak dapat di perbangunkan. Oleh itu, pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan adalah agenda yang di beri penekanan oleh bekas perdana menteri iaitu Tun Dato’ Abdulah Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bekas Perdana Menteri telah mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai Wawasan 2020. Ini terbukti dalam ucapan beliau semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 31 Mac 2006: Malaysia tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki infrastruktur kelas pertama, tetapi mempuyai mentaliti kelas ketiga. Kita perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang bukan hanya menekankan ilmu pengetahuan, perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan yang bukan sahaja menekankan ilmu pengetahuan,kemahiran, tetapi juga nilai etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi. Di sini menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri bukan hanya menghendaki modal insan sebagai teras utama dalam pembangunan negara tetapi mementingkan modal insane yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka sama ada dari segi pendidikan, tingkahlaku, cara berfikir dan bertindak, pekerjaan, masyarakat, agama dan lain- lain secara menyeluruh. Ciri-ciri ini akan melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang dinyatakan oleh beliau semperna Hari Pekerja 2006. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuaan serta ingin menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu untuk terus kekal pada tahap ini, pembangunan modal insan kelas pertama harus diberi keutamaan. 6
  • 7. Dari segi intelek, menurut Malcom S. Forbes (1919-1990), tujuan pendidikan ialah menggantikan minda yang kosong dengan minda terbuka. Tun Abdullah Ahmad Badawi pula meletakkan minda kelas pertama sebagai matlamat dalam konteks Malaysia. Hal ini perlu dijadikan satu ‘outcome’ utama proses pendidikan kita. Selain itu, kita juga masih belum berjaya menyemarakkan budaya ilmu. 3.3 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, ekoran dari perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k – Ekonomi menjadi keutamaan, konsep pembelajaran sepanjang hayat telah diberikan penekanan dalam pembangunan negara. Rencana ini akan memberikan penjelasan mengenai konsep dan pendekatan untuk merealisasikannya dalam pengurusan sumber manusia sektor awam. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat ialah proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan dan ia juga bermaksud proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan, ianya adalah proses sepanjang hayat. Menjelang abad ke – 21, masyarakat antarabangsa lebih prihatin berbanding pada abad sebelumnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui konsep PSH. Mengikut kajian UNESCO, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh Negara-negara membangun (Amerika Utara, Eropah dan Jepun) adalah hasil perancangan strategik pembangunan sumber manusia di mana seluruh anggota masyarakatnya mendapatkan peluang pendidikan terbuka dan pembelajaran sepanjang hayat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui UNESCO mulai pertengahan tahun 1990an telah melancarkan program bagi meningkatkan kesedaran pentingnya PSH dikalangan negara-negara yang sedang membangun. Pandangan PBB ini adalah berdasarkan kepada kertas yang disediakan oleh “Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Pendidikan Bagi Abad Ke – 21” 7
  • 8. bertajuk “Learning: The Treasure Within”. Intisari kepada laporan tersebut mencerminkan bahawa Pembelajaran sepanjang hayat menjadi kunci kepada pembangunan sumber manusia dalam abad Ke – 21. Konsep pembelajaran sepanjang hayat bukan sahaja menjadi agenda penting, malahan telah menukar cara berfikir masyarakat khususnya golongan muda yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. Di Jepun misalnya, persepsi mengenai pentingnya PSH telah mewujudkan satu fenomena baru yang dikenali sebagai “employability fever”. Golongan mudanya bersikap agresif untuk memiliki kelulusan dalam beberapa bidang pengajian dan latihan bagi menjamin mereka mendapatkan lebih peluang pekerjaan yang mereka minati. Manakala di beberapa negara, konsep pembelajaran sepanjang hayat dilaksanakan dengan jayanya melalui beberapa pendekatan. Laporan Paul Lengrand dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dianggap sebagai perintis kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. Tetapi pembelajaran bentuk ini sebenarnya sangat tidak asing di sisi agama Islam. Kewujudan proses pembelajaran selagi hayat masih ada berlaku seiring dengan kelahiran agama Islam itu sendiri. Agama Islam tidak bermula dengan perintah penyembahan atau ketundukan kepada Allah sebagai pencipta manusia dan sekalian makhluk di atas muka bumi ini. Tetapi sebaliknya dimulakan dengan perintah yang berkaitan dengan pendidikan iaitu suruhan membaca sebagai salah satu wahana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dalam proses pembelajaran sepanjang hayat laporan Delors et.al mengemukakan empat tunjang iaitu pembelajaran untuk mengetahui, pembelajaran untuk melakukan, pembelajaran untuk menjadi apa/siapa dan pembelajaran untuk tinggal bersama. Empat tunjang ini membentuk proses pembelajaran yang sempurna.Dan menurut Tough, proses pembelajaran berlaku pada setiap masa kehidupan yang dipengaruhi oleh suasana di mana kita berada sama ada secara terancang mahupun tidak terancang. Selanjutnya banyak proses pembelajaran untuk golongan dewasa berlaku secara tidak formal dan ini memang suatu realiti dalam kehidupan manusia. Tinggal lagi dapatan ilmu tersebut bernilai tinggi dan penting ataupun berada di kedudukan yang lebih rendah. Datuk Dr. Mohd Yahya menyatakan bahawa pada kebiasaannya konsep pembelajaran sepanjang hayat yang diamalkan di negara-negara maju adalah berlandaskan kepada beberapa objektif utama iaitu pencapaian/ pembangunan peribadi (personal fulfillment/development), 8
  • 9. memenuhi keperluan gunatenaga (employability), mewujudkan warganegara yang aktif (active citizenship) dan penyertaan sosial social inclusion). 3.4 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Dalam perbincangan isu seterusnya ialah Pelan Induk Pembangunan Manusia 2006- 2010 (PIPP). Pelan ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi, sistematik dan holistik. Justeru itu peranan setiap lapisan masyarakat agar mendukung cita-cita dan hasrat untuk menjadikan sistem pendidikan kita sebagai yang terbaik dan dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya “output” yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena global. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang lama. Pendidikan merupakan tunjang dan wadah terpenting kepada pembinaan negara bangsa dan pembangunan modal insan. Pendidikan merupakan wahana untuk menyemai dan memupuk benih perpaduan dalam kalangan warga Malaysia, khususnya generasi muda. Pendidikan juga merupakan pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melewati sempadan kaum masing-masing. Pendidikan yang sentiasa dinamik perlu terus maju ke hadapan Pelan ini juga dilancarkan bermatlamat agar semua rakyat memperoleh pendidikan yang berkualiti. Pada era globalisasi hari ini pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Hal ini berikutan daripada kesan globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Matlumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. Dalam menyediakan program pembangunan pendidikan ini kadang-kadang berlaku keciciran di mana pelajar-pelajar luar bandar, miskin, kurang upaya tidak memperoleh keuntungan dalam hal ini. Pelajar-pelajar 9
  • 10. ini akan merasakan ketidakadilan berlaku dimana mereka telah disisihkan daripada memperoleh kemudahan atau keistimewaan ini. Oleh kerana itu pihak kerajaan telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Hal ini dapat membantu dan memastikan semua pelajar memperoleh peluang yang sama rata dan tidak ada pilih kasih dalam hal ini. Selain itu, semua penduduk Malaysia akan memperoleh pendidikan yang berkualiti. Menuntut ilmu juga merupakan tuntutan agama Islam kepada penganutnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan pepatah arab iaitu “ tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad’. Pepatah ini menunjukkan bahawa kita dikehendaki untuk menuntut ilmu dari kecil sehingga kita meninggal dunia. Melalui peluang pendidikan yang berkualiti ini menuntut ilmu juga akan menjadi lebih berkualiti. Hasilnya dapat dilihat apabila mereka yang menuntut ilmu dapat menggunakan ilmu ini untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan seperti inilah yang kita kehendaki kerana ia menggunakan ilmu ini dan menyebarkan kepada orang lain bukan sekadar untuk disimpan dan dijawab ketika peperiksaan sahaja. Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dilancarkan agar semua penduduk Malaysia akan memperoleh pendidikan yang berkualiti dan sama rata. Hal ini juga dapat merapatkan jurang yang terbentuk. 4.0 CABARAN 4.1 Peperiksaan Mengikut Keupayaan Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah. Konsep yang dicadangkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab. Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor 10
  • 11. sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid- murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu. Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin. Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia. Peratusan dan sebilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diwujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik. Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah. Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan kesahihan sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan. 11
  • 12. Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah mengkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama. Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak- anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang. Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki Institusi Pengajian Tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar. Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis. 4.2 Keberkesanan kurikulum dalam pendidikan Kurikulum ialah teras kepada sesuatu sistem pendidikan. Kurikulum menentukan jenis dan mutu tenaga rakyat yang pada akhirnya boleh menentukan jenis sumbangan yang boleh diberikan dalam penghasilan tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Kurikulum juga menentukan kejayaan pembangunan kemanusiaan. (Laporan Jawatankuasa Kabinet) 12
  • 13. Pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan, menyukarkan lagi perlaksanan kurikulum di sekolah. Untuk menguasai mata pelajaran pada peringkat tertentu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan peringkat sebelumnya. Jika tidak, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mahir dalam mata pelajaran tersebut. Ini adalah satu faktor utama yang biasa ditimbulkan oleh guru mahupun pensyarah di universiti apabila disoal tentang kelemahan pelajaran dalam mata pelajaran sains. Ahli psikologi seperti Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom (1977) menegaskan kepentingan pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran. Hakikat ini telah diterima umum tetapi amat sukar difahami mengapa sedikit sangat tumpuan diberi kepadanya. Lilian McDermott (1992), ketua Kumpulan Pendidikan Fizik dari Universiti Washington dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Research as a Guide for Curriculum Development” menyatakan pembentukan kurikulum harus berpandukan pengetahuan tentang apa yang pelajar tahu dan boleh buat dan bukan membuat andaian tentang apa yang mereka patut tahu dan harus boleh buat. Umumnya, kurikulum di Malaysia beranggapan bahawa setiap tahap persekolahan merupakan persediaan ke tahap yang berikutnya. Ausubel (1968, 134) merumuskan kebenaran tentang andaian tersebut, “Semakin banyak pengetahuan latar belakang seseorang individu dalam sesuatu disiplin tertentu dan semakin stabil pengetahuan itu, makin lebih berjaya dia dalam pembelajaran bahan yang berkaitan.” Persoalan yang sering dibangkitkan adalah, adakah pelajar yang mengikuti kurikulum yang sama dan diajar oleh guru yang mempunyai kelayakan yang sama akan memperolehi pencapaian latar belakang pengetahuan yang sama? Alat ukur Ujian Pengetahuan Asas telah dibentuk untuk menentukan kesediaan pelajar dalam latar belakang asas fizik.Semua pelajar tersebut telah diminta mengambil ujian pengetahuan asas pada awal semester pertama. Asas yang dikenal pasti adalah keperluan kursus yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mengikut kursus di universiti. Dalam ujian tersebut terdapat beberapa konsep yang sepatutnya telah dipelajari di tingkatan empat, lima dan enam. Ujian ini adalah adaptasi daripada ujian Physics Interface Project’s Tests of Prior Knowledge. Ujian itu dipilih kerana didapati sesuai digunakan bagi mengukur pengetahuan latar belakang asas pelajar-pelajar. Hasil kajian menunjukkan: 13
  • 14. 1. Keseluruhannya pelajar-pelajar kurang bersedia dalam pengetahuan dan fahaman konsep asas yang diharapkan, iaitu terdapat jurang dalam pengetahuan latar belakang apa yang diharapkan (prakeperluan kursus) oleh pensyarah dengan pengetahuan yang dimiliki pelajar ketika mengikuti kursus di universiti 2. Terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar-pelajar baru dalam penyediaan pengetahuan asas. Ada yang mempunyai kesediaan yang baik dan ada yang terlalu lemah. 3. Kesediaan pelajar-pelajar bergantung kepada jenis kursus(kesan kurikulum yang berbeza seperti matrikulasi atau tingkatan enam biasa) yang diikuti semasa di sekolah. Keadaan ni akan menghalang negara untuk melahirkan ramai rakyat Malaysia yang mempunyai modal insan kelas pertama. Oleh itu, segala masalah ini harus ditanggani segera supaya dapat melahirkan rakyat kelas pertama menjelang Wawasan 2020 setaras dengan negara maju yang lain. 4.3 Budaya hedonisme dikalangan masyarakat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi baru-baru ini telah menggariskan modul pembangunan insan sebagai teras utama. Hal ini jelas membuktikan peri pentingnya golongan muda sebagai tangan yang turut sama membangunkan negara. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Kenyataan ini haruslah disedari setiap belia di negara kita. Ironinya, generasi muda masa kini bukan sahaja bersikap ‘acuh tak acuh’, malahan terjangkit dengan budaya hedonisme yang kian merebak dengan meningkatnya pengaruh pihak media. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Budaya yang berasal dari negara barat ini sebenarnya merupakan barah yang makin mengancam jiwa remaja masa kini, dan seterusnya merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. 14
  • 15. ‘Budi bahasa budaya kita’. Rangkaian kata yang merupakan slogan Kempen Berbudi Bahasa yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ( KEKKWA) ini sebenarnya mendukung seribu satu makna. Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak muda. Melalui media hiburan yang dibawa dari barat, anak-anak muda telah didedahkan dengan adat pertuturan yang kasar, gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas. Pada masa kini, kita boleh melihat album-album lagu barat yang berlambak di pasaran tempatan. Perhatikan gaya pemakaian golongan penyanyi ini. Dengarkanlah jenis bahasa yang digunakan. Adakah budaya ini sesuai dengan norma hidup masyarakat Timur? Bukankah budaya sebegini akan meracuni pemikiran anak muda yang belum lagi berfikiran matang? Minda para pemuda, sekiranya dibiarkan untuk diracuni bisa budaya barat, nescaya akan mengubah adat hidup dan budi bicara mereka kelak. Budaya hedonisme telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa depan. Apa tidaknya, golongan remaja ini hanyalah hendak bersuka ria tanpa matlamat hidup yang tinggi. Pada pendapat mereka, mereka hanyalah hidup untuk bersuka ria dan berfoya- foya. Mereka tidak merancang untuk masa depan yang lebih cerah, sebaliknya semakin mundur apabila masa ditelan zaman. Orang lain semakin jauh ke depan, manakala anak muda kita masih lagi terkial-kial di belakang. Usaha tokoh pejuang tanah air memperjuangkan kemerdekaan akhirnya tersia apabila negara kita tidak dapat dibangunkan oleh warganegara Malaysia, sebaliknya hanya bergantung harap kepada negara lain. Hendakkah kita balik ke cengkaman kuku besi penjajah? Sanggupkah kita hidup di bawah telunjuk orang lain? Sewajarnya, golongan pemuda yang merupakan generasi pelapis pemimpin masa kini haruslah sedar daripada dibuai mimpi-mimpi kosong dan seterusnya, memegang tanggungjawab mereka dengan berusaha ke arah yang lebih baik. Namun demikian, harapan ini tampaknya susah untuk direalisasikan memandangkan budaya hedonisme telah menerbitkan satu lagi budaya dalam kalangan remaja, iaitu budaya malas. Budaya hedonisme telah melekakan pemikiran remaja, justeru mereka tidak lagi suka berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Mereka hanyalah bersikap sambil lewa untuk memperoleh sesuatu, biarpun mereka betul-betul berkeinginan untuk mendapatkannya. Siapakah yang tidak menginginkan kejayaan? Malangnya, para remaja telah biasa mendapat apa-apa sahaja yang mereka hendak, termasuklah keseronokan melalui budaya suka bermain- main. Mereka percaya bahawa usaha yang dilakukan untuk memperoleh kejayaan hanya sia-sia semata-mata. Antara sedar atau tidak, mereka mula menyemaikan budaya ‘tak apa’ dalam 15
  • 16. pemikiran mereka. Oleh yang demikian, mereka mulalah bersikap “bagai melepaskan batuk di tangga” apabila bekerja. Bukan itu sahaja, gejala sosial turut dilahirkan melalui budaya hedonisme ini. Hal ini dapat dilihat apabila para remaja berkumpul di tempat-tempat yang tidak senonoh seperti di pub, kelab malam dan sebagainya untuk bersuka ria. Di sinilah pelbagai penyakit sosial tersebar, misalnya minum arak, menari-nari dan sebagainya. Kita boleh lihat banyak anak muda yang datang ke tempat-tempat sebegini terkinja-kinja di bawah pengaruh dadah sambil bergelak tawa dengan kuatnya, biar perempuan sekalipun. Mereka mendengar lagu-lagu rancak sambil menggoyang-goyangkan kepala mereka tanpa mengendahkan masyarakat yang memandang. Ke manakah hilangnya adab bersopan-santun ini? Bahkan, tabiat bergelumang dengan alkohol lambat-laun akan menarik golongan remaja untuk berkecimpung dalam dunia dadah pula. Maka, lahirlah makin banyak sampah masyarakat yang menggugat keamanan negara. Ini akan menyebabkan terbantutnya harapan kerajaan untuk membangunkan negara dengan mewujudkan masyarakat yang mempunyai modal insan. 4.4 Terdapat jurang pendidikan Cabaran yang seterusnya dapat dilihat dalam isu pendidikan berkualiti pada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah terdapatnya jurang pendidikan. Jurang pendidikan yang wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi, lokasi belajar dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada segi sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3): “… merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama …” (RMKe-3, 1976-1980) Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan 16
  • 17. SJK. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan, iaitu jurang bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta jurang sosioekonomi. Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Pada tahun 2005, terdapat 5,077 buah sekolah rendah dan 792 buah sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan pendidikan Terdapat 5,951 sekolah rendah dan 870 sekolah menengah berusia melebihi 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. KPM akan terus memastikan sekolah khususnya di luar bandar dilengkapkan infrastruktur mengikut standard minimum dan diselenggarakan, sekolah usang dan daif dinaiktaraf dan dibaik pulih supaya lebih selamat dan kondusif serta disediakan kemudahan asas. Jurang digital pula ialah merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Terdapat beberapa sekolah masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Selain itu jana kuasa yang dibekalkan berkuasa rendah dan tidak mencukupi bagi menampung penggunaan ICT. Sekolah ini turut menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutamanya sekolah-sekolah yang di pedalaman. Bagi jurang yang seterusnya ialah jurang antara tahap pencapaian pelajar. Jurang ini merujuk kepada kesulitan menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Kegagalan ini akan menyebabkan mencapai standard minimum serta pelajar berisiko tinggi untuk tercicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pembelajaran & pengajaran pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Oleh itu KPM telah mewujudkan beberapa sekolah untuk pelajar-pelajar ini. Sehingga 2005, terdapat 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi. Jurang sosioekonomi pula merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar. Golongan berpendapatan rendah di bandar biasanya 17
  • 18. berada di luar tahap kelayakan untuk diberi bantuan tambahan daripada KPM. Walau bagaimanapun, kos sara hidup yang tinggi di bandar menyebabkan anak-anak daripada kalangan keluarga ini juga memerlukan bantuan sama seperti anak-anak daripada kalangan keluarga miskin di luar bandar. Jurang yang wujud ini telah menyebabkan semua penduduk Malaysia tidak mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Hal ini cuba dibendung dengan merealisasikan ketetapan yang telah dikeluarkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP). Selain itu jurang yang wujud ini perlu dirapatkan seperti yang diperutuskan oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein dalam perutusan Tahun Baru pada tahun 2006 yang lalu, ialah “... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar, jurang di antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.” 5.0 PENDEKATAN 5.1 Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelesaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya. 18
  • 19. Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri. Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tetapi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan. Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri. Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu. 5.2 Kekerapan penilaian dan menyeluruh Sistem peperiksaan perlu di laksanakan di sekolah untuk menilai keupayaan seseorang pelajar. Walau bagaimanapun penilaian itu hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh dan sepanjang masa meliputi aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Keadaan ini akan memberi penilaian kursus kepada pelajar itu. Peperiksaan ini bukan hanya diadakan pada hujung tahun sahaja tetapi diadakan tiga bulan sekali atau sebaliknya. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak hanya belajar dengan tekun pada akhir tahun. Walaupun begitu, tugas seorang guru akan bertambah kerana penilaian ini dilakukan secara menyeluruh supaya lebih berkesan untuk memastikan perkembangan pelajar itu seimbang dari segi IQ dan EQ. Untuk mengatasi unsur nasib yang dialami oleh pelajar dalam 19
  • 20. peperiksaan. Ronald Turner dalam kertas kerjanya “TQM in the college classroom”, mencadangkan bahawa: 1) Pelajar dibenarkan mengambil semula peperiksaan jika mereka beranggapan bahawa soalan peperiksaan berada di bawah pengetahuan sedia ada mereka. Keputusannya ialah terdapat 5% pelajar yang mengulangi peperiksaan semula. 2) Kekerapan peperiksaan di adakan sebanyak 10-12 kali di dalam satu semester. Unsur nasib tidak sejelas dahulu iaitu dapat mempengaruhi pencapaian seseorang. Apabila keboleharapan dan kesahan peperiksaan di perolehi, diiringi dengan penilaian dalam kokurikulum, penilaian terhadap pelajar menjadi lebih lengkap dan berkesan. Secara tidak langsung dengan melaksanakan keadah yang mampu untuk menanam minat pelajar untuk belajar dalam sesuatu pelajaran serta bersifat gigih dan bertanggungjawab dalam pembelajaran. Keadaan ini akan menampung segala kekurangan dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah. Persaingan ini akan menunjukkan satu keadaan yang sihat di kalangan pelajar. Selain itu, sekolah hendaklah melatih pelajar supaya pandai menggunakan perkara yang dipelajari untuk digunakan dalam menganalisis, mengaplikasi dan berfikiran kritis serta kreatif dalam melakukan sesuatu perkara. Kejayaan atau memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan hidup tidak hanya bergantung dengan daya ingatan yang kuat sahaja. Oleh itu belajar harus dilatih untuk memahami sesuatu mata pelajaran itu supaya mereka dapat menggunakannya sehingga masa hadapan. Justeru itu, ia dpt melahirkan ramai pelajar yang mempunyai minda kelas pertama melalui pendidikan yang sedia ada. Kebanyakan pelajar membenci kaedah hafalan semasa pembelajaran kerana kaedah ini membuatkan mereka mudah lupa dan tercicir di dalam kelas. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam pengajaran di dalam kelas atau luar kelas. Pengajaran yang menarik dan berkesan akan membuatkan pelajar cepat ingat dan mengingati apa yang telah diajar seterusnya menggunakan ilmu itu untuk peperiksaan dan masa hadapan mereka. Seterusnya membuatkan pelajar itu boleh berfikir secara kreatif dan inovatif dalam pembangunan negara. Penilaian akan membantu guru-guru untuk mengenal pasti masalah pelajar dan membantu pelajar dalam masalah pembelajaran dan masalah lain. Dengan tiadanya masalah yang dihadapi pelajar maka memudahkan matlamat untuk mencapai Wawasan 2020 yang akan kita temui 10 tahun lagi. Hal ini juga akan melahirkan modal insan yang pertama yang boleh membangunkan negara setanding dengan negara maju seperti Jepun. 20
  • 21. 5.3 Pembelajaran secara formal, informal dan non-formal Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sesuatu bangsa. Pendidikan telah menjadi hak kepada setiap individu tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama. Pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan melalui pembelajaran secara formal atau pun secara non- formal Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang disediakan oleh institusi-institusi pembelajaran atau latihan yang berstruktur untuk tujuan pensijilan manakala pembelajaran secara informal adalah pembelajaran yang terhasil daripada aktiviti seharian yang berkaitan dengan tempat kerja, keluarga atau masa lapang. Pembelajaran ini adalah tidak berstruktur dan bukan untuk tujuan pensijilan. Pembelajaran non-formal pula tidak dikendalikan oleh institusi pembelajaran atau latihan serta bukan untuk tujuan pensijilan. Walaubagaimanapun, pembelajaran secara non-formal ini masih berstruktur kerana ianya mengikut jadual perancangan pelajar itu sendiri. Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia secara menyeluruh selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaan dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat. Justeru itu, kertas kerja ini akan memerihalkan bagaimana Pendidikan Bukan Formal boleh menjadi katalis kepada Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia. Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke arah melakukan rombakan dalam cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tatacara pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang dewasa yang sudah mempunyai 21
  • 22. kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut dialas secara tidak langsung mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan terutama dalam kalangan orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud, diantaranya ialah memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan, memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi, memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar dan pelbagai lagi. Pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Menyedari PSH menjadi penting bagi memastikan kekayaan dan kemakmuran sesebuah negara, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan mengubal dasar di mana PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 – 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan di Parlimen pada 23 April 2001 telah memberikan penekanan di mana dalam RMK – 8 akan dapat menyediakan asas pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkatkan produktiviti dan daya saing. Dasar melaksanakan konsep PSH adalah bagi mencapai matlamat berikut:- 1) Menjadikan teras dalam membangunkan sumber manusia dalam tempoh pelan perancangan pembangunan lima tahun negara. 2) Menyediakan asas bagi melahirkan masyarakat yang menjadikan ilmu pengetahuan sebagai satu budaya serta merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju. 3) Memberikan galakan PSH dengan menyediakan kemudahan menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan asas kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. 22
  • 23. Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan Sepanjang Hayat yang antara lain bertujuan menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran, membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri, mewujudkan program e- Latihan ,mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam, menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan, menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai serta bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Sepanjang Hayat, melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan sepanjang hayat dan lain-lain lagi. 5.4 Menyamaratakan peluang pendidikan. Pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan semua pelajar mendapat peluang pendidikan yang berkualiti ialah dengan menyamaratakan peluang pendidikan. Hal ini dengan memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, orang asli dan suku minoriti lain. KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. KPM juga cuba meningkatkan kadar penyertaan pelajar dan mengurangkan risiko keciciran. KPM turut meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman menambahbaik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti serta membaikpulih dan meningkatkan infrastruktur Sekolah Kurang Murid termasuk SK dan SJK yang terpilih. Bagi kelompok yang kurang upaya pula ialah KPM menyediakan lebih banyak infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan. KPM akan memperluas dan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan murid yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar dengan badan sukarela dank kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (gifted and talented) pula memerlukan program yang khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Cabaran 23
  • 24. KPM adalah untuk menyediakan kurikulum yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas dan menyediakan Sekolah Seni bagi mereka yang berbakat dan cenderung kepada bidang kesenian. Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. Kementerian dan agensi kerajaan yang lain, badan korporat, pihak swasta dan pihak media, Pertubuhan Bukan Kerajaan, parti politik, PIBG dan Alumni banyak memberi sokongan dan bantuan kepada pelajar. Program sokongan dan bantuan yang disediakan adalah seperti bantuan kepada pelajar miskin, program-program akademik, kokurikulum, sumbangan perkakasan ICT, bantuan bagi melaksanakan acara-acara di sekolah dan program sekolah angkat. Kementerian Pelajaran Malaysia mengatasi masalah jurang digital dengan menyediakan makmal komputer, menyediakan Pusat Akses, menambah bilangan computer, merangkaikan semua sekolah dengan SchoolNet berjalur lebar, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan, merintis penggunaan video teleconference. Tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad menegaskan , katanya ini adalah usaha bagi memastikan semua pelajar di kawasan pedalaman mendapat kemudahan pendidikan sebagaimana pelajar di kawasan bandar. ``Saya yakin kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar namun usaha-usaha fizikal lain juga perlu ditekankan,'' Selain itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) cuba memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Walaupun murid Tahap I yang mengalami defisit akademik telah berkurangan daripada 9.1 peratus pada tahun 2003 kepada 7.7 peratus pada tahun 2004, ia masih berada di atas paras normal iaitu 5 peratus bagi sesuatu sistem pendidikan. Bagi mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun 2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Cabaran KPM adalah untuk meminimumkan defisit akademik terutama di negeri dan lokasi yang masih tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus dipertingkatkan melalui peluasan dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan 24
  • 25. Khas Terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi. Selain itu guru perlu mendidik setiap pelajar dengan penuh dedikasi kerana peranan guru adalah mendidik bukan sekadar mengajar. Tokoh pendidik Tan Sri Wira Dr. Abdul Rahman Arshad turut menegaskan bahawa guru adalah aset yang paling penting dalam menjayakan pendidikan di luar bandar. ``Tetapi guru sekarang juga perlu berubah bukan mengajar sahaja tetapi perlu membimbing pelajar kerana di luar bandar persekitaran dan mentaliti pelajar amat berbeza berbanding di kawasan bandar,'' katanya. 6.0 PENUTUP Perkembangan dunia pada hari ini dilihat dalam pelbagai aspek terutamanya aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi. Bidang pendidikan adalah tidak terkecuali dalam mengejar perkembangan ini. Kegagalan sistem pendidikan dalam membangunkan tenaga manusia secara strategik bukan sahaja merugikan negara malahan akan menggugat kedaulatan negara kerana tanpa nilai-nilai kesemuanya tidak akan terjamin. Kebanyakan negara-negara maju adalah hasil daripada kejayaannya mengatur langkah membangunkan sumber manusia yang ada di negaranya secara strategik dan futuristik. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Selain itu, Malaysia telah menyarankan kepada setiap penduduknya agar membudayakan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan yang ingin Malaysia capai adalah pendidikan yang bertaraf dunia. Pendidikan seperti inilah yang ingin dikejar oleh semua negara. Malaysia juga cuba melahirkan penduduknya yang mempunyai minda kelas pertama. Seseorang yang mempunyai minda kelas pertama akan dipandang tinggi oleh masyrakat sekitarnya. Hal ini akan dapat diperoleh sekiranya seseorang itu mendapat pendidikan yang berkualiti. Pendidikan yang berkualiti inilah yang cuba dilancarkan oleh kerajaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dapat disimpulkan bahawa pendidikan yang berkualiti serta berterusan dapat menjadikan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf dunia. 25
  • 26. 7.0 BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, (2003), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum, Tanjong Malim: Quantum Books. Merapatkan Jurang Pendidikan (2009). Diperoleh pada Januari 28, 2010 daripada http://www.tutor.com.my Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi(1999). Diterbitkan di Malaysia oleh Published in Malaysia. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Minda Kelas Pertama (2006). Diperolehi pada Januari 29, 2010 daripada http://www.utusan.com Kurikulum Kebangsaan dan Perlaksanaannya di Malaysia (2006). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada http://aj85553.multiply.com/journal/item/15/Kehendak-kehendak Pendidikan Bertaraf Dunia (2007). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/8071758/Pendidikan-Bertaraf-Dunia Budaya Hedonisme (2008). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada http://thoughtsforlife.blogminister.net Rencana (2006). Diperolehi pada Januari 25, 2010 daripada http://www.ppdbesut.net/ Jemaah Islam Kampus dan Cabaran (2009). Diperolehi pada Januari 31, 2010 daripada http://rausyanfikir.com/2009/05/ 26