SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
KBK3073

2013

PEMARKAHAN
TUGASAN 1
TUGASAN 2
JUMLAH

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH

Tugasan 1
DISEDIAKAN OLEH

NAMA
LEE CHOUI YEE

NO. MATRIK
D 20112054448

PUSAT PEMBELAJARAN:

NO. TELEFON
016-5403127

EL- A13

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MARZAIDA BINTI
BADARUDDIN
TARIKH SERAH:

28-4-2013

1
KBK3073

Isi Kandungan

m.s

1.0 Pengenalan

2

1.1 Definisi ADHD
3

2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD
2.2 Gejala-gejala ADHD
2.3 Ciri-ciri Lain
3.0

7

PUNCA ADHD

3.1 Faktor Keturunan
3.2 Perbezaan Fungsi Otak
3.3 Faktor Biokimia
3.4 Persekitaran
3.5 Kecederaan Otak
3.6 Merokok
3.7 Keracunan Timah Hitam (Timbal)
3.8 Dimensi Sosial

4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD

10

5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD

11

6.0 Model Teoritikal Dalam Pendidkan Khas

13

6.1 Model Sosial
6.2 Model Perubatan
8.0 PENUTUP

19

9.0 RUJUKAN

20

2

2013
KBK3073

2013

1. Pengenalan:
ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder ataupun
kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan. ADHD juga merupakan istilah
perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah
dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti dalam keluarga
dan hubungan sosial. Dikatakan lebih kurang 1 hinnga 25 orang kanak-kanak
mengalamai ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang
kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak
lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
Dr Heinrich Hoffman merupakan orang yang menggambarkan ADHD pada tahun
1845. Dr Hoffman, seorang doktor yang menulis buku mengenai perubatan dan psikiatri
telah menulis sebuah buku puisi, lengkap dengan ilustrasi, tentang kanak-kanak dan ciriciri mereka. "Kisah resah Philip" adalah penerangan tepat mengenai seorang budak lelaki
yang mempunyai perhatian defisit gangguan hiperaktif. Di Malaysia, terdapat satu kajian
yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 15 tahun di mana menunjukkan
seramai 4.3% kanak-kanak mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakannya adalah kanakkanak lelaki, tetapi, puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun faktor genetik dan
ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbangkan terjadinya
masalah . Justeru, kajian saintifik mengenai gangguan telah dijalankan dan memberi
maklumat mengenai alam semula jadi, sebab-sebab, kecacatan, dan rawatan ADHD.

1.1 Definisi ADHD
Berdasarkann Kamus Dewan edisi keempat, (2010), hiperaktif didefinisikan sebagai
sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak
tersebut sukar dikawal. Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola
perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya
juga mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat
memberi tumpuan dan bertidak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.
Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperaktif digunakan untuk menerangkan
tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian,
terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan kemudahalihan perhatian.
3
KBK3073

2013

Seterusnya, merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for
ADD and Hyperactivity, bunyi, imej , warna dan pergerakan semuanya

berterusan

bergerak dan berterusan mengganggu. Pemikiran merawang dan mengenbara kerana
rangsangan yang ada.

Mereka sukar mengawal diri dan menumpukan perhatian dan

menyelesaikan segala masalah serta tugasan, malah tidak menghiraukan sesiapa yang
bercakap dengannya.
Selain itu, Azizi Yahaya et.al( 2006) berpendapat bahawa gangguan hiperaktif
dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk suatu kecelaruan

perkembangan

yang

berlaku ketika zaman kanak-kanak mempunyai cirri-ciri seperti kurang tumpuan ,keadaan
hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa
diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.

2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD
Menurut William Cruickshank (1986), ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi
kepada dua jenis iaitu:
a) Sensory Hyperactive (pancaindera)
Kanak-kanak hiperaktif lemah dan gagal memberi tumpuan dan mudah hilang tumpuan
dalam proses pembelajaran. Mereka hanya memberi tumpuan perhatian dengan melihat
dan mendengar berulang kali

dalam kelas.

Biasanya mereka tidak boleh membuat

gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan seperti tidak
membezakan bas dan lori.
Mereka juga lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang seperti segi saiz dan
jarak.

b) Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus)
Tingkahlaku kanak-kanak aktif dan melampau seperti bersikap agresif sehingga
menyebabkan pergaduhan. Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka memainpulasikan
bahan atau apa saja yang dipegang.
Ibu bapa dan guru-guru haruslah mengetahui ciri-ciri intelektual kanak-kanak
hiperaktif seperti mudah terganggu, tidak boleh tumpu perhatian terhadap sesuatu
perkara, tidak boleh menyiapkan tugasan dan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti
4
KBK3073

2013

atau suka buat aktiviti tetapi tak siap. Tambahan pula , perkembangan bahasa mereka
lambat.
Dari segi ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif dianggap suka memberontak,
bertindak sebelum berfikir, memerlukan kepuasan dengan segera, tidak boleh menunggu
giliran, suka menggangu kawan, suka mencuri dan sentiasa bermasalah. Mereka juga selalu
merosakkan harta benda orang, selalu bergaduh dengan rakan. Kadang-kala, mereka akan
mencederakan diri dan orang lain. Mereka juga suka membuat bising, perlakuan secara tibatiba degil dan sukar dikawal. Kanak-kanak ini lemah merancang, perlukan perhatian yang
lebih, tidak suka dengar nasihat dan tidak tahun mempertahankan diri. Mereka selalau tukar
aktiviti, tidak suka dibelai, suka menjerit dan sensitive terhadap bau-bauan serta suka
bermain tanpa mengira bahaya.
Seterusnya, ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak ADHD mudah
teransang, lasak atau tidak mendengar kata.
Akhirnya, menurut buku “Anak Hiperaktif” (Zafiera, Ferdinand., 2007.Jogjakarta :
Katahati) Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif atau ADHD adalah tidak memokuskan sesuatu
perkara. Ini dapat dijelaskan bahawa kanak-kanak dengan gangguan ADHD tidak
menumpukan perhatian lebih dari lima meter. Mereka tidak memiliki fokus yang jelas
dan melakukan sesuatu tanpa tujuan. Mereka tidak mampu melakukan hubungan sosial
yang baik. Keduanya, mereka sulit untuk dikendalikan kerana mereka memang selalu
bergerak, nakal dan keinginannya harus segera dipenuhi. Mereka tidak boleh diam dalam
waktu lama dan mudah teralih. Ketiga, mereka bersikap impulsif dengan melakukan
sesuatu secara tiba-tiba tanpa difikir dahulu. Mereka selalu ingin memegang apapun yang
ada di depannya. Gangguan perilaku ini biasanya terjadi pada usia prasekolah ataupun
sebelum mereka berusia 7 tahun. Keempat. suka menentang. Biaasanya mereka memiliki
sikap penentang dan tidak mahu mendengar nasihat. Keempat, kanak-kanak bersikap
destruktif umpamanya suka merosakkan alat mainan yang dimainkan dan menghancurkan
apa-apa yang tidak disukai.Kelimanya, kanak-kanak tidak kenal lelah dan ketujuh tidak
sabar, contohnya semasa mereka bermain taidak mahu menunggu giliran, tetapi langsung
merebut. Akhirnya intelektual rendah disebabkan psikologi mentalnya terganggu
sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya.

5
KBK3073

2013

2.2 Gejala-gejala ADHD
Gejala-gejala ADHD terdiri daripada tiga gejala iaitu inatesi(kekurangan tumpuan
perhatian), Impulsif ( mengikut dorongan hati) dan hiperaktif (berlaku terlalu aktif).

Kanak-kanak ADHD kebanyakannya dari kumpulan inatesi dan selebihnya
mungkin mempunyai kombinasi jenis. Mereka yang tergolong dalam inatesi ini lazimnya
kurang mengganggu dan lebih cenderung untuk tidak didiagnos dengan ADHD.
Gejala pertama, Kekurangan tumpuan perhatian (inatesi) ialah kanak-kanak gagal
untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah.
Mereka mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain dan
sukar untuk memberi perhatian atau mendengar apabila bercakap secara langsung. Maka,
mereka tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja-kerja atau
tugas di tempat kerja. Mereka juga mempunyai kesukaran mengatur tugas dan aktiviti
serta mengelak atau tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara
berterusan seperti kerja sekolah. Secara umumnya. Mereka sering kehilangan mainan,
tugasan, pensil, buku, atau alat-alat yang diperlukan untuk kerja-kerja atau aktiviti.
Emosinya mudah terganggu dan bersikap pelupa dalam aktiviti harian.
Gejala keduanya ialah impulsive iaitu memberi jawapan sebelum jawapan soalan
selesai ditanya. Mereka mengalami kesukaran menunggu giliran dan suka menyampuk
atau mengganggu orang lain.

Mereka bersikap degil, suka membantah dan suka

melanggar peraturan terutamnya di sekolah. Tambahan pula, mereka mudah leka dan
tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal, sering kali merasa tidak puas hati dan
sering tertekan. Selain itu, mereka menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan
sosial, cepat takut dan risau dan suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau
cirit-birit.
Gejala ketiga ialah hiperaktif seperti selalu bermain-main dengan tangan atau kaki
dan meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya. Mereka berjalan atau memanjat
dalam situasi yang tidak sesuai dan kesukaran bermain secara senyap-senyap. Mereka
sentiasa bergerak dan bertindak seolah-olah “dipacu oleh motor” dan bercakap
berlebihan.

6
KBK3073

2013

2.3 Ciri-ciri Lain
Ciri-ciri yang biasa ADHD adalah tidak memberi tumpuan, hiperaktif, dan
impulsif. Gejala-gejala ini muncul awal dalam kehidupan kanak-kanak. Ramai kanakkanak yang normal boleh mempunyai gejala-gejala ini, tetapi pada tahap yang rendah,
atau gejala mungkin disebabkan oleh gangguan lain, ia adalah penting bahawa kanak kanak menerima pemeriksaan teliti dan diagnosis yang sesuai oleh profesional yang
berkelayakan. Seorang kanak-kanak yang "tidak boleh duduk diam" atau selainnya
mengganggu akan menjadi ketara di sekolah, tetapi perenung lengah boleh diabaikan.
Kanak-kanak impulsif yang bertindak sebelum berfikir boleh dianggap hanya "masalah
disiplin," manakala kanak-kanak yang pasif atau lembap boleh dilihat sebagai sematamata malas. Namun kedua-duanya mungkin mempunyai jenis ADHD. Semua kanakkanak kadang-kadang resah, kadang-kadang bertindak tanpa berfikir, kadang-kadang
berkhayal masa jauh. Apabila kanak-kanak hiperaktif, terganggu, penumpuan miskin,
atau impulsif mula menjejaskan prestasi di sekolah, hubungan sosial dengan kanak-kanak
lain, atau tingkah laku di rumah, ADHD boleh disyaki. Tetapi kerana gejala berbeza
begitu banyak di seluruh tetapan, ADHD tidak mudah untuk mendiagnosis. Ini adalah
benar terutama apabila kecuaian adalah gejala utama.
Walau bagaimanapun, kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanakkanak berumur 7 tahun lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini,
ciri-ciri ini mestilah melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan
atau tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan
Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras
kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga diri
kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa terjejas
disebabkan

kanak-kanak

tidak

dapat

memberi

tumpuan.

Menurut versi paling terkini Manual Diagnostik dan Statistik Disorders2 Mental
(DSM-IV-TR), terdapat tiga corak tingkah laku yang menunjukkan ADHD. Kanak-kanak
dengan ADHD mungkin menunjukkan beberapa tanda-tanda yang konsisten lengah.
Mereka mungkin mempunyai corak yang hiperaktif dan impulsif jauh lebih daripada
orang lain umur mereka. Mereka mungkin menunjukkan ketiga-tiga jenis tingkah laku.
Ini bermakna bahawa terdapat tiga sub-ADHD diiktiraf oleh golongan profesional. Ini
7
KBK3073

2013

adalah jenis yang kebanyakannya hiperaktif-impulsif (yang tidak menunjukkan
pengabaian yang ketara); jenis kebanyakannya lengah (yang tidak menunjukkan
signifikan tingkah laku hiperaktif-impulsif) kadang-kadang dipanggil ADD-istilah lapuk
bagi seluruh masalah ini; dan jenis gabungan.

Seterusnya, anak-kanak-kanak ADHD

juga mempunyai Intelektual yang lebih rendah. Kemungkinan, secara psikologi
mentalnya sudah terganggu sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya.
3.0

Punca-punca atau Penyebab ADHD
ADHD adalah gangguan tingkah laku yang paling sering didiagnosis kanak-kanak.

Ia memberi kesan kepada kira-kira 3 – 5% daripada kanak-kanak sekolah. ADHD
didiagnosis jauh lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak
perempuan.
ADHD mungkin disebabkan oleh masalah keturunan, tetapi punca yang lebih jelas masih
belum dapat ditentukan. Gejala ini lazimnnya terbentuk di fasa awal kehidupan ketika
otak/minda sedang pesat berkembang. Kajian pengimejan menunjukkan bahawa otak
kanak-kanak ADHD adalah berbeza daripada kanak-kanak lain.
Seterusnya, setiap kanak-kanak yang disyaki mempunyai ADHD perlu diperiksa
dengan teliti oleh doktor untuk memastikan sebab sebenar mereka berkelakuan begitu
dengan merujuk masalah kemurungan, kurang tidur, kurang upaya pembelajaran yang
dihadapi.

3.1 Faktor Keturunan
Menurut kajian oleh Friend (2006), menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan.

Kanak-kanak yang

mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih
berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka tidak mempunyai sejarah ADHD. Menurut
Baekley (1998), 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturuanan.
Ini bermaksud seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka.
Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami
hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid,
2009).
8
KBK3073

2013

Di samping itu, menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak
berlaku akibat baka iaitu daripada hubungan seksual suami dan isteri. Ketidakseimbangan
kromosom yang pertama iaitu autosomal dominal di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh
anak.

3.2 Perbezaan Fungsi Otak
Menurut Sandra (2005) ADHD berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap
metabolisma yang rendah di bahagian otak tertentu. Ahli sains mendapati tiga bahagian
otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara
berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Menurut Friend
(2006), menyatakan bahawa kekurangan elektrik aktiviti dan kekurangan tindak balas kepada
stimulasi di bahagian otak khusus bagi ADHD.
3.3 Faktor Biokimia
Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan
malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan
dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.
3.4 Faktor biologi
Faktor biologi terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat prenatal, perinatal dan
postnatal.
Kanak-kanak ADHD dihasilkan dari peringat prenatal bererti persekitaran sebelum lahir
meliputi emosi ibu yang berkaitan dengan stress seperti kemiskinan, masalah keluarga,
beban kerja dan sebagainya akan mendorong ibu mengeluarkan hormon kortisone yang
mengalir ke saluran darah kesannya janin tidak mencukupi oksigen yang cukup. Maka,
hasilnya kategori ADHD yang kuat menangis dan sangat aktif.
Pada peringkat prenatal, amalan ibu merokok dan pengambilan alkohol juga
menyebabkan kanak-kanak ADHD seperti tidak mendapat menumpukan perhatian dan
prestasi rendah di sekolah. Berdasarkan beberapa penelitian menunjukkan anak yang
mengidap ADHD berhubungan erat dengan ibu yang merokok semasa kehamilan, diduga
nikotin di asap rokok dapat mengakibatkan kekurangan oksigen pada janin yang dan
akhirnya dapat membuat bayi kekurangan oksigen ke otak dan menimbulkan kerosakan.

9
KBK3073

2013

3.5 Persekitaran
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa punca persekitaran seperti kemiskinan,
permasalahan keluarga, trauma, pendedahan dengan komuniti dan masyarakat yang
kurang berdisiplin merupakan punca utama terjadinya ADHD. Punca persekitaran pula
dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanakkanak.

3.6 Psikologi
Punca psikologi juga merupakan penyumbang kepada permasalahan yang timbul
khususnya latar belakang ibu bapa dan persekitaran tempat kanak-kanak membesar turut
mempengaruhi perkembangab emosi dan sosial. Kanak-kanak yang kurang mendapat
kasih-sayang daripada ibu bapanya kebiasaanya akan bertindak aktif untuk menarik
perhatian ibu bapanya. Justeru, ibu bapa haruslah menambah pengetahuan tentang
ADHD.

3.7 Zat Makanan dan Timah
Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan boleh menyebabkan
pembentukan perilaku ADHD. Kadar timah(lead) dalam serum darah anak yang
meningkat ketika hamil juga dapat melahiran anak ADHD.

4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD
ADD & ADHD tidak dapat dikenal pasti secara biologi tetapi boleh menggunakan alat
penilaian untuk pengenalpastian. Berikut adalah kaedah mengenalpasti kanak-kanak
khas.Ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat
aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanakkanak

hiperaktif.

Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan
mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur
dan

peringkat

perkembangan

kanak-kanak.

Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan,
mengikut

dorongan

hati

dan
10

berkelakuan

aktif.
KBK3073

2013

Daripada kajian , didapati bahawa kanak-kanak ADHD
•

Biasanya turut mengalami gangguan lain.

•

26% mengalami MP yang lain (lewat perkembangan,autistic)

•

43% mengalami masalah mental dan gangguan emosi.

•

20-40% gangguan anti sosial yang serius

•

29-30%-disleksia

•

Kini populasi kanak-kanak ADHD & ADD dianggarkan melebihi 7 juta orang
diseluruh dunia

5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD
Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam
membantu

mempertingkatkan

pertumbuhan

dan

perkembangan

kanak-kanak

berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan
dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada
keluarga kanak-kanak berkaitan.
Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui fokus berikut:
memembantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari
memempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak
memenjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan
memengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan
kekecewaan khususnya di dikalangan ahli keluarga.
Intervensi awal juga ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan
sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan
adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas
dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi,
sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui
pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan
dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003).
Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan
11
KBK3073

2013

perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin
serius. Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak -kanak
berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan
beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap
tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan, mengurangkan tekanan
keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Guralnick
(1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk
menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak
terganggu.
Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama,
intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya
berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk
meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan
mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah
untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat
dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam
kalangan kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.
Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya
kepada pembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak
memasuki sekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi
rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri,
interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan
juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch
(1989), intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir
hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan,
pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan
sokongan keluarga.

12
KBK3073

2013

6.0 Model Sosial dan Model Perubatan Dalam Pendidkan Khas
Terdapat dua model utama dlam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model
Sosial dan Model Perubatan. Kanak - kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara
komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka.
Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka.
Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka .
6.1 Model Sosial
Model Sosial Perihal Kecacatan penting untuk menggalakkan perubahan . Model ini
menganggap kecacatan bukan masalah individu. Individu keperluan khas tidak dapat
bersaing pada tahap

yang sama sebab terlalu banyak

perlu menyedari bahawa

halangan dan kekangan. Mereka

“masyarakat”, melalui kerajaan serta

agensinya),

bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Mereka mempunyai hakhak yang sama seperti rakyat lain.
Model pendidikan khas berasaskan perubatan dan pendidikan adalah saling berkait. Bagi
menjayakan model ini, prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak seperti i bu
bapa, sekolah dan masyarakata dalam program pendidiakn khas amat diutamakan .
Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk mencapai
sesuatu matlamat. Bagi menyelesaikan masalah dalam pendidkan khas, pelbagai pihak
yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu akan bergabung tenaga. Pihak-pihak
ini berperanan untuk mengenal pasti masalah murid , merancang program pendidikan dan
menilai perkembangan murid,

Hal ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan

Program Pendidikan Khas.

6.2 Model Perubatan
Dalam Model Perubatan, individu tersebut bermasalah dan memerlukan perubatan untuk
menyembuhkannya.
kehidupannya.

Individu tidak dapat membuat kepuusan sendiri mengenai cara

Mereka memerlukan ahli professional untuk menjaganya. Pakar

perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran memainkan peranan penting unt8k
mendiagnostik kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan
kecacatan tersebut. Misalnya pakar neurologi. Mereka berperanan untuk mendiagnostik
dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologica seperti kecederaan otak.
13
KBK3073

2013

Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan
memberikan kanak-kanak ubat “Ritalin” untuk mengawal keaktifannya.

7. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu
kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktif
Mengikut Kamus Dewan, (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-lankah
yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai
pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta
latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru
harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga
membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan
menggembirakan.
Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti
dan sistematik bagi menjamin setiap murid ADHD mendapat peluang yang sama, sama ada
dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu.
Sehubungan ini, ciri-ciri guru amat diutarakan. Mengikut Oliva dan Henson (1980),
menyatakan terdapat beberapa ciri guru yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran
iaitu konsep kendiri yang tinggi, latar belakang pendidikan yang sesuai. Guru itu juga
mempunyai minat dan pengetahuan dalam apa yang diajar dan memahami prinsip asas
dalam proses pembelajaran. Guru juga berperanan mementingkan kejayaan murid tetapi
berfikiran terbuka dan bersikap adil. Selain itu, guru akan mempunyai

strategi pengajaran

yang berkesan serta pengawalam pengurusan kelas yang baik.
Guru pendidikan khas wajarlah memainkan peranan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi kanak-kanak ADHD. Guru sentiasa
mewujudkan suasana kelas yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mengurus
tingkah laku mereka.

Guru juga berperanan menjalankan pelbagai pentaksiran dan

membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas. Di samping itu, guru menjadi
“Advocate” bagi kanak-kanak ADHD agar membantu mereka bergaul dengan murid-murid
biasa dari segi sosial dan emosi. Guru perlulah mencari atau mengesan kelemahan dan
kekuatan kanak-kanak semasa menjalankan pengajaran. Guru membuat alat-alat bahan bantu
14
KBK3073

2013

mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik. Guru jjuga dikehendaki
merancang (RPI) untuk kanak-kanak ADHD mengikut keupayaan kanak-kanak dan
membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang optimum. Guru juga merancang
aktiviti untuk kanak-kanak ADHD berasaskan keperluan individu dan ujian diagostik. Selain
itu, guru juga merancang penilaian berkala tentang pencapaian kanak-kanak berdasarkan
keputusan untuk perubahan atau kutipan data. Akhirnya, guru juga boleh melaksanakan
sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki.

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang
telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sebagai seorang guru, sebelum kita
memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga
perlu terlebih dahulu memahmi beberapa konsep asas dalam pengajarn kanak-kanak
ADHD ini.
Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak ADHD juga mempunyai hak untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun
pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang mempunyai minat untuk membantu
mereka.

7.1 Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Pendekatan belajar melalui bermain dititikberatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti
ini, mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman
dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh
meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor,
kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Ciri-ciri pendekatan ini diutamakan ialah
aktiviti yang menyeronokkan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan
bebas dan terancang, keanjalan masa, percubaan idea sendiri dan peluang untuk memberi
tumpuan dan perhatian.

15
KBK3073

2013

7.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial
Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu
dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi
yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan
murid dan antara para pelajar itu sendiri. Justeru, murid ADHD berpeluang untuk
membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai
sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Seterusnya, para murid hiperaktif ini akan
mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan -rakan
mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui
proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain
sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendekatan
konstruktivisme

ialah

seperti

pembelajaran

berkumpulan,

sumbangsaran,

kolaboratif, simulasi dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang
melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan ingatan pembelajaran kanak-kanak
melalui permainan dalam pembelajaran. Lantaran itu, minda para pelajar yang
hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru.
Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial,
komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat meminimumkan
kurang tumpuan dalam kalangan murid yang hiperaktif ini.
Sehubungan

hal

ini,

guru

berpeluang

untuk

menilai

keupayaan,

kesungguhan dan minat para murid dalam bilik darjah melalui pendekatan
konstruktivisme sosial secara langsung. Selain itu, guru dapat memahami aspirasi,
cita rasa, perasaan dan pemikiran murid secara langsung maka segala pembelajaran
akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Di samping
itu, guru menjalankan pemerhatian dalam proses pembelajaran tersebut dan perkara
ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasi proses pengajaran yang
efektif berdasarkan perbezaan murid pelajar tersebut.

7.3 Pendekatan Penggunaan strategi berpusatkan bahan
Guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi berpusatkan
16
KBK3073

2013

bahan. Guru wajarlah memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan
bahan ynag relevan, kemas kini dn boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu
memudahkan pemahaman murid ADHD serta menarik perhatian mereka sekiranya
digunakan secara betul dan efektif. Peralatan teknologi lazimnya membolehkan guru dan
murid ADHD menggunakannya secara berkesan di mana teknologi ICT mula diperkenalkan
di sekolah, dan bahan pengajaran pelajaran boleh diakses melalui internet dan jalur lebar,
namum bagi kebanyakan sekolah yang sedia ada komputur. Pengajaran boleh dilaksanakan
dalam kumpulan pembelajaran koperatif di samping memberi latihan kemahiran komunikasi
dan sosialisasi.

7.4 Pendekatan Kajian lapangan atau aktiviti luar bilik darjah


Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk memberi peluang
untuk murid ADHD memperoleh pengalaman sebenar. Aktiviti yang menggembirakan
mereka serta dapat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Tambahan pula, murid
dapat rekreasi dan boleh menumpukan perhatian serta bersoisialisasi dan berkomunikasi
antara satu sama lain. Guru haruslah menekankan aktiviti ini bebas dan terancang dan
memanfaatkan murid.
7.5 Membina Sistem yang Teratur
7.5.1 Membina sistem
Selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran diketengahkan, guru juga
berinovasi membina satu sisitem yang teratur. Ini disebabkan di peringkat persekolahan
seorang ADHD agak „kucar-kacir‟ (disorganized) sifatnya, iaitu mereka belum dapat
mengurus diri mereka. Umpamanya menjaga alat tulis mereka sendiri dan menyimpan
semula buku sendiri ke dalam beg.
Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dan guru di sekolah amat penting untuk membina
satu sistem yang lebih teratur untuk anak ADHD. Contohnya membezakan buku mata
pelajaran dengan menggunakan kod warna dan kod warna tersebut dilekatkan di atas
buku. Cara yang sama juga dapat diaplikasikan dengan „harta benda‟ anak sendiri seperti
kotak pensil. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil

17
KBK3073

2013

itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan
guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.
7.4.2 Kreatif dan Fleksibel
Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk
mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang konservatif.
Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh
membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan.
Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan
membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak
mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya. Selain itu, guru boleh
membacakan big book dengan intonasi dan emosI.
7.4.3 Tugasan Manipulatif
Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih
memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta
mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara
Sabah ( kalau mampu.)
7.4.4 Kontak Mata
Bagi memastikan tumpuannya pada pengajaran dan pembelajaran kita, murid ADHD
boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru.
Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya

Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk
berkomunikasi dengan semua kanak-kanak. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak
autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan

18
KBK3073

2013

berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan
„pelik‟, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka
dilahirkan

begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak ADHD sebenarnya
memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik
golongan

ini.

.
Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi
kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan
objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh,
susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid
ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain
itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosi…. .
Tugasan Manipulatif
Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan
kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan
satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau
mampu)…
Kontak Mata
Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di
tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan
dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya.
Sumber:
1. Pengalaman
2. Internet

19
KBK3073

2013

8.0 PENUTUP
Kesimpulannya, perhatian awal itu diperlukan oleh kanak-kanak ADHD kerana keperluan
mereka sama dengan kanak-kanak biasa. Ibu bapa perlu belajar memahami kehendak
anak kerana melalui pemahaman itu, kanak-kanak hiperaktif ini tidak mudah bertindak
ga-nas atau liar apabila dewasa. Kita mesti memberi perhatian, arahan dan per-ingatan
terhadap kanak-kanak ini perlulah dilakukan secara berterusan dan berulang kerana
mereka memang sukar menerima perubahan dalam diri dan persekitaran. Kanak-kanak
ADHD memerlukan rawatan mental dan psikologi yang sesuai untuk meringankan atau
mengubati simptomnya demi kesejahteraan kanak-kanak sendiri.

Bahan Rujukan:
http://id.prmob.net/attention-deficit-hyperactivity-disorder/methylphenidate/atomoxetine170348.html
http://www.scribd.com/doc/36890425/Pembentangan-Ciri-Ciri-Dan-Sebab-ADD-ADHD
http://ideguru.wordpress.com/2010/04/08/ciri-ciri-anak-hiperaktif-atau-penderita-adhd/
http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-dan-hiperaktif/

Memahami dan Membantu Anak ADHDOleh MIF. Baihaqi, M. Sugiarmin
Pendidikan bagi Anak Berkesulitan Belajar

20

More Related Content

What's hot

KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI Tengku Fatin Najwa
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANShahrizzat Md Sukor
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)ELena LuLia
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINFathmalyn Abdullah
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 

What's hot (20)

KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
KANAK-KANAK AUTISME DAN KECELARUAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAINMODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
MODUL KEMAHIRAN MENGGUNAKAN 5 DOMAIN
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 

Similar to Kbk 3073 adhd

Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Khudrey Hamid
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)IQa FieQah
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifpalong5
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Mei Ling Foo
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairulakmalfiraz
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajarankamalslaw
 
Pkk peta minda
Pkk peta mindaPkk peta minda
Pkk peta minda玲 雪
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakLinda Zain
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakspear_cml
 

Similar to Kbk 3073 adhd (20)

Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Pckk
PckkPckk
Pckk
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHDNota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
Nota Kuliah - Kanak-kanak ADHD
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Kecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktifKecelaruan hiperaktif
Kecelaruan hiperaktif
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Adhd syndrome
Adhd syndromeAdhd syndrome
Adhd syndrome
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
 
119
119119
119
 
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaranKanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
Kanak kanak berkeperluan khas masalah pemebelajaran
 
Pkk peta minda
Pkk peta mindaPkk peta minda
Pkk peta minda
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11
 
Psikohbef2103
Psikohbef2103Psikohbef2103
Psikohbef2103
 
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanakMasalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
Masalah Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak
 

More from Lee Cyee

Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanLee Cyee
 
Laporan analisis 1
Laporan analisis 1Laporan analisis 1
Laporan analisis 1Lee Cyee
 
Unit 7: heat
Unit 7: heatUnit 7: heat
Unit 7: heatLee Cyee
 
Survival of the species(note)
Survival of the species(note)Survival of the species(note)
Survival of the species(note)Lee Cyee
 
Science notes year5 (unit 1)
Science notes year5 (unit 1)Science notes year5 (unit 1)
Science notes year5 (unit 1)Lee Cyee
 
Laboratory apparatus
Laboratory apparatusLaboratory apparatus
Laboratory apparatusLee Cyee
 
Constellations
ConstellationsConstellations
ConstellationsLee Cyee
 

More from Lee Cyee (7)

Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
 
Laporan analisis 1
Laporan analisis 1Laporan analisis 1
Laporan analisis 1
 
Unit 7: heat
Unit 7: heatUnit 7: heat
Unit 7: heat
 
Survival of the species(note)
Survival of the species(note)Survival of the species(note)
Survival of the species(note)
 
Science notes year5 (unit 1)
Science notes year5 (unit 1)Science notes year5 (unit 1)
Science notes year5 (unit 1)
 
Laboratory apparatus
Laboratory apparatusLaboratory apparatus
Laboratory apparatus
 
Constellations
ConstellationsConstellations
Constellations
 

Recently uploaded

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 

Recently uploaded (12)

2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 

Kbk 3073 adhd

  • 1. KBK3073 2013 PEMARKAHAN TUGASAN 1 TUGASAN 2 JUMLAH PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK ESEI ILMIAH Tugasan 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE CHOUI YEE NO. MATRIK D 20112054448 PUSAT PEMBELAJARAN: NO. TELEFON 016-5403127 EL- A13 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MARZAIDA BINTI BADARUDDIN TARIKH SERAH: 28-4-2013 1
  • 2. KBK3073 Isi Kandungan m.s 1.0 Pengenalan 2 1.1 Definisi ADHD 3 2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD 2.2 Gejala-gejala ADHD 2.3 Ciri-ciri Lain 3.0 7 PUNCA ADHD 3.1 Faktor Keturunan 3.2 Perbezaan Fungsi Otak 3.3 Faktor Biokimia 3.4 Persekitaran 3.5 Kecederaan Otak 3.6 Merokok 3.7 Keracunan Timah Hitam (Timbal) 3.8 Dimensi Sosial 4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD 10 5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD 11 6.0 Model Teoritikal Dalam Pendidkan Khas 13 6.1 Model Sosial 6.2 Model Perubatan 8.0 PENUTUP 19 9.0 RUJUKAN 20 2 2013
  • 3. KBK3073 2013 1. Pengenalan: ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder ataupun kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan. ADHD juga merupakan istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah dari segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan sosial. Dikatakan lebih kurang 1 hinnga 25 orang kanak-kanak mengalamai ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Dr Heinrich Hoffman merupakan orang yang menggambarkan ADHD pada tahun 1845. Dr Hoffman, seorang doktor yang menulis buku mengenai perubatan dan psikiatri telah menulis sebuah buku puisi, lengkap dengan ilustrasi, tentang kanak-kanak dan ciriciri mereka. "Kisah resah Philip" adalah penerangan tepat mengenai seorang budak lelaki yang mempunyai perhatian defisit gangguan hiperaktif. Di Malaysia, terdapat satu kajian yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 15 tahun di mana menunjukkan seramai 4.3% kanak-kanak mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakannya adalah kanakkanak lelaki, tetapi, puncanya tidak dapat dikenalpasti walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbangkan terjadinya masalah . Justeru, kajian saintifik mengenai gangguan telah dijalankan dan memberi maklumat mengenai alam semula jadi, sebab-sebab, kecacatan, dan rawatan ADHD. 1.1 Definisi ADHD Berdasarkann Kamus Dewan edisi keempat, (2010), hiperaktif didefinisikan sebagai sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya juga mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertidak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperaktif digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan kemudahalihan perhatian. 3
  • 4. KBK3073 2013 Seterusnya, merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity, bunyi, imej , warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu. Pemikiran merawang dan mengenbara kerana rangsangan yang ada. Mereka sukar mengawal diri dan menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala masalah serta tugasan, malah tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengannya. Selain itu, Azizi Yahaya et.al( 2006) berpendapat bahawa gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak mempunyai cirri-ciri seperti kurang tumpuan ,keadaan hiperaktif-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. 2.0 Ciri-ciri Tingkah Laku ADHD Menurut William Cruickshank (1986), ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada dua jenis iaitu: a) Sensory Hyperactive (pancaindera) Kanak-kanak hiperaktif lemah dan gagal memberi tumpuan dan mudah hilang tumpuan dalam proses pembelajaran. Mereka hanya memberi tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali dalam kelas. Biasanya mereka tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan seperti tidak membezakan bas dan lori. Mereka juga lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang seperti segi saiz dan jarak. b) Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) Tingkahlaku kanak-kanak aktif dan melampau seperti bersikap agresif sehingga menyebabkan pergaduhan. Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka memainpulasikan bahan atau apa saja yang dipegang. Ibu bapa dan guru-guru haruslah mengetahui ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif seperti mudah terganggu, tidak boleh tumpu perhatian terhadap sesuatu perkara, tidak boleh menyiapkan tugasan dan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti 4
  • 5. KBK3073 2013 atau suka buat aktiviti tetapi tak siap. Tambahan pula , perkembangan bahasa mereka lambat. Dari segi ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak hiperaktif dianggap suka memberontak, bertindak sebelum berfikir, memerlukan kepuasan dengan segera, tidak boleh menunggu giliran, suka menggangu kawan, suka mencuri dan sentiasa bermasalah. Mereka juga selalu merosakkan harta benda orang, selalu bergaduh dengan rakan. Kadang-kala, mereka akan mencederakan diri dan orang lain. Mereka juga suka membuat bising, perlakuan secara tibatiba degil dan sukar dikawal. Kanak-kanak ini lemah merancang, perlukan perhatian yang lebih, tidak suka dengar nasihat dan tidak tahun mempertahankan diri. Mereka selalau tukar aktiviti, tidak suka dibelai, suka menjerit dan sensitive terhadap bau-bauan serta suka bermain tanpa mengira bahaya. Seterusnya, ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak ADHD mudah teransang, lasak atau tidak mendengar kata. Akhirnya, menurut buku “Anak Hiperaktif” (Zafiera, Ferdinand., 2007.Jogjakarta : Katahati) Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif atau ADHD adalah tidak memokuskan sesuatu perkara. Ini dapat dijelaskan bahawa kanak-kanak dengan gangguan ADHD tidak menumpukan perhatian lebih dari lima meter. Mereka tidak memiliki fokus yang jelas dan melakukan sesuatu tanpa tujuan. Mereka tidak mampu melakukan hubungan sosial yang baik. Keduanya, mereka sulit untuk dikendalikan kerana mereka memang selalu bergerak, nakal dan keinginannya harus segera dipenuhi. Mereka tidak boleh diam dalam waktu lama dan mudah teralih. Ketiga, mereka bersikap impulsif dengan melakukan sesuatu secara tiba-tiba tanpa difikir dahulu. Mereka selalu ingin memegang apapun yang ada di depannya. Gangguan perilaku ini biasanya terjadi pada usia prasekolah ataupun sebelum mereka berusia 7 tahun. Keempat. suka menentang. Biaasanya mereka memiliki sikap penentang dan tidak mahu mendengar nasihat. Keempat, kanak-kanak bersikap destruktif umpamanya suka merosakkan alat mainan yang dimainkan dan menghancurkan apa-apa yang tidak disukai.Kelimanya, kanak-kanak tidak kenal lelah dan ketujuh tidak sabar, contohnya semasa mereka bermain taidak mahu menunggu giliran, tetapi langsung merebut. Akhirnya intelektual rendah disebabkan psikologi mentalnya terganggu sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya. 5
  • 6. KBK3073 2013 2.2 Gejala-gejala ADHD Gejala-gejala ADHD terdiri daripada tiga gejala iaitu inatesi(kekurangan tumpuan perhatian), Impulsif ( mengikut dorongan hati) dan hiperaktif (berlaku terlalu aktif). Kanak-kanak ADHD kebanyakannya dari kumpulan inatesi dan selebihnya mungkin mempunyai kombinasi jenis. Mereka yang tergolong dalam inatesi ini lazimnya kurang mengganggu dan lebih cenderung untuk tidak didiagnos dengan ADHD. Gejala pertama, Kekurangan tumpuan perhatian (inatesi) ialah kanak-kanak gagal untuk memberikan perhatian teliti kepada butir-butir atau cuai dalam kerja sekolah. Mereka mempunyai kesukaran untuk memberi perhatian semasa belajar atau bermain dan sukar untuk memberi perhatian atau mendengar apabila bercakap secara langsung. Maka, mereka tidak mengikuti arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja-kerja atau tugas di tempat kerja. Mereka juga mempunyai kesukaran mengatur tugas dan aktiviti serta mengelak atau tidak suka tugas yang memerlukan penggunaan mental secara berterusan seperti kerja sekolah. Secara umumnya. Mereka sering kehilangan mainan, tugasan, pensil, buku, atau alat-alat yang diperlukan untuk kerja-kerja atau aktiviti. Emosinya mudah terganggu dan bersikap pelupa dalam aktiviti harian. Gejala keduanya ialah impulsive iaitu memberi jawapan sebelum jawapan soalan selesai ditanya. Mereka mengalami kesukaran menunggu giliran dan suka menyampuk atau mengganggu orang lain. Mereka bersikap degil, suka membantah dan suka melanggar peraturan terutamnya di sekolah. Tambahan pula, mereka mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal, sering kali merasa tidak puas hati dan sering tertekan. Selain itu, mereka menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial, cepat takut dan risau dan suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. Gejala ketiga ialah hiperaktif seperti selalu bermain-main dengan tangan atau kaki dan meninggalkan tempat duduk sebelum waktunya. Mereka berjalan atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai dan kesukaran bermain secara senyap-senyap. Mereka sentiasa bergerak dan bertindak seolah-olah “dipacu oleh motor” dan bercakap berlebihan. 6
  • 7. KBK3073 2013 2.3 Ciri-ciri Lain Ciri-ciri yang biasa ADHD adalah tidak memberi tumpuan, hiperaktif, dan impulsif. Gejala-gejala ini muncul awal dalam kehidupan kanak-kanak. Ramai kanakkanak yang normal boleh mempunyai gejala-gejala ini, tetapi pada tahap yang rendah, atau gejala mungkin disebabkan oleh gangguan lain, ia adalah penting bahawa kanak kanak menerima pemeriksaan teliti dan diagnosis yang sesuai oleh profesional yang berkelayakan. Seorang kanak-kanak yang "tidak boleh duduk diam" atau selainnya mengganggu akan menjadi ketara di sekolah, tetapi perenung lengah boleh diabaikan. Kanak-kanak impulsif yang bertindak sebelum berfikir boleh dianggap hanya "masalah disiplin," manakala kanak-kanak yang pasif atau lembap boleh dilihat sebagai sematamata malas. Namun kedua-duanya mungkin mempunyai jenis ADHD. Semua kanakkanak kadang-kadang resah, kadang-kadang bertindak tanpa berfikir, kadang-kadang berkhayal masa jauh. Apabila kanak-kanak hiperaktif, terganggu, penumpuan miskin, atau impulsif mula menjejaskan prestasi di sekolah, hubungan sosial dengan kanak-kanak lain, atau tingkah laku di rumah, ADHD boleh disyaki. Tetapi kerana gejala berbeza begitu banyak di seluruh tetapan, ADHD tidak mudah untuk mendiagnosis. Ini adalah benar terutama apabila kecuaian adalah gejala utama. Walau bagaimanapun, kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanakkanak berumur 7 tahun lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini, ciri-ciri ini mestilah melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan atau tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga diri kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa terjejas disebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan. Menurut versi paling terkini Manual Diagnostik dan Statistik Disorders2 Mental (DSM-IV-TR), terdapat tiga corak tingkah laku yang menunjukkan ADHD. Kanak-kanak dengan ADHD mungkin menunjukkan beberapa tanda-tanda yang konsisten lengah. Mereka mungkin mempunyai corak yang hiperaktif dan impulsif jauh lebih daripada orang lain umur mereka. Mereka mungkin menunjukkan ketiga-tiga jenis tingkah laku. Ini bermakna bahawa terdapat tiga sub-ADHD diiktiraf oleh golongan profesional. Ini 7
  • 8. KBK3073 2013 adalah jenis yang kebanyakannya hiperaktif-impulsif (yang tidak menunjukkan pengabaian yang ketara); jenis kebanyakannya lengah (yang tidak menunjukkan signifikan tingkah laku hiperaktif-impulsif) kadang-kadang dipanggil ADD-istilah lapuk bagi seluruh masalah ini; dan jenis gabungan. Seterusnya, anak-kanak-kanak ADHD juga mempunyai Intelektual yang lebih rendah. Kemungkinan, secara psikologi mentalnya sudah terganggu sehingga ia tidak biasa menunjukkan kemampuan kreatifnya. 3.0 Punca-punca atau Penyebab ADHD ADHD adalah gangguan tingkah laku yang paling sering didiagnosis kanak-kanak. Ia memberi kesan kepada kira-kira 3 – 5% daripada kanak-kanak sekolah. ADHD didiagnosis jauh lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. ADHD mungkin disebabkan oleh masalah keturunan, tetapi punca yang lebih jelas masih belum dapat ditentukan. Gejala ini lazimnnya terbentuk di fasa awal kehidupan ketika otak/minda sedang pesat berkembang. Kajian pengimejan menunjukkan bahawa otak kanak-kanak ADHD adalah berbeza daripada kanak-kanak lain. Seterusnya, setiap kanak-kanak yang disyaki mempunyai ADHD perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor untuk memastikan sebab sebenar mereka berkelakuan begitu dengan merujuk masalah kemurungan, kurang tidur, kurang upaya pembelajaran yang dihadapi. 3.1 Faktor Keturunan Menurut kajian oleh Friend (2006), menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka tidak mempunyai sejarah ADHD. Menurut Baekley (1998), 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturuanan. Ini bermaksud seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). 8
  • 9. KBK3073 2013 Di samping itu, menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak berlaku akibat baka iaitu daripada hubungan seksual suami dan isteri. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominal di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. 3.2 Perbezaan Fungsi Otak Menurut Sandra (2005) ADHD berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak tertentu. Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Menurut Friend (2006), menyatakan bahawa kekurangan elektrik aktiviti dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak khusus bagi ADHD. 3.3 Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. 3.4 Faktor biologi Faktor biologi terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat prenatal, perinatal dan postnatal. Kanak-kanak ADHD dihasilkan dari peringat prenatal bererti persekitaran sebelum lahir meliputi emosi ibu yang berkaitan dengan stress seperti kemiskinan, masalah keluarga, beban kerja dan sebagainya akan mendorong ibu mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah kesannya janin tidak mencukupi oksigen yang cukup. Maka, hasilnya kategori ADHD yang kuat menangis dan sangat aktif. Pada peringkat prenatal, amalan ibu merokok dan pengambilan alkohol juga menyebabkan kanak-kanak ADHD seperti tidak mendapat menumpukan perhatian dan prestasi rendah di sekolah. Berdasarkan beberapa penelitian menunjukkan anak yang mengidap ADHD berhubungan erat dengan ibu yang merokok semasa kehamilan, diduga nikotin di asap rokok dapat mengakibatkan kekurangan oksigen pada janin yang dan akhirnya dapat membuat bayi kekurangan oksigen ke otak dan menimbulkan kerosakan. 9
  • 10. KBK3073 2013 3.5 Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa punca persekitaran seperti kemiskinan, permasalahan keluarga, trauma, pendedahan dengan komuniti dan masyarakat yang kurang berdisiplin merupakan punca utama terjadinya ADHD. Punca persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanakkanak. 3.6 Psikologi Punca psikologi juga merupakan penyumbang kepada permasalahan yang timbul khususnya latar belakang ibu bapa dan persekitaran tempat kanak-kanak membesar turut mempengaruhi perkembangab emosi dan sosial. Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih-sayang daripada ibu bapanya kebiasaanya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Justeru, ibu bapa haruslah menambah pengetahuan tentang ADHD. 3.7 Zat Makanan dan Timah Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan boleh menyebabkan pembentukan perilaku ADHD. Kadar timah(lead) dalam serum darah anak yang meningkat ketika hamil juga dapat melahiran anak ADHD. 4.0 Bagaimana Mengenalpasti ADHD ADD & ADHD tidak dapat dikenal pasti secara biologi tetapi boleh menggunakan alat penilaian untuk pengenalpastian. Berikut adalah kaedah mengenalpasti kanak-kanak khas.Ibu bapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak normal tetapi sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Lihat dan teliti terlebih dahulu pada ciri khusus kanakkanak hiperaktif. Peringkat kanak-kanak adalah biasa jika mereka terlampau aktif, suka bermain dan mengalami pencapaian pelajaran sedikit merosot adalah normal. Ia bergantung pada umur dan peringkat perkembangan kanak-kanak. Secara umumnya, hiperaktif dikategorikan kepada tiga tahap iaitu kekurangan tumpuan, mengikut dorongan hati dan 10 berkelakuan aktif.
  • 11. KBK3073 2013 Daripada kajian , didapati bahawa kanak-kanak ADHD • Biasanya turut mengalami gangguan lain. • 26% mengalami MP yang lain (lewat perkembangan,autistic) • 43% mengalami masalah mental dan gangguan emosi. • 20-40% gangguan anti sosial yang serius • 29-30%-disleksia • Kini populasi kanak-kanak ADHD & ADD dianggarkan melebihi 7 juta orang diseluruh dunia 5.0 Interventsi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan. Perkhidmatan intervensi awal dijalankan melalui fokus berikut: memembantu kanak-kanak membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari memempertingkatkan perkembangan serta pendidikan kanak-kanak memenjimatkan kos pendidikan, keperluan, rehabilitasi dan kesihatan memengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh menimbulkan tekanan dan kekecewaan khususnya di dikalangan ahli keluarga. Intervensi awal juga ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003). Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan 11
  • 12. KBK3073 2013 perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak -kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan, mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu. Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama, intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Ketiga adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas, termasuklah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Intervensi awal juga bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Selain itu, pusat ini juga memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan. Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ia terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial dan sokongan keluarga. 12
  • 13. KBK3073 2013 6.0 Model Sosial dan Model Perubatan Dalam Pendidkan Khas Terdapat dua model utama dlam pengendalian murid berkeperluan khas iaitu Model Sosial dan Model Perubatan. Kanak - kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan khas ke atas mereka. Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Dengan itu kita boleh melihat tahap keupayaan mereka . 6.1 Model Sosial Model Sosial Perihal Kecacatan penting untuk menggalakkan perubahan . Model ini menganggap kecacatan bukan masalah individu. Individu keperluan khas tidak dapat bersaing pada tahap yang sama sebab terlalu banyak perlu menyedari bahawa halangan dan kekangan. Mereka “masyarakat”, melalui kerajaan serta agensinya), bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Mereka mempunyai hakhak yang sama seperti rakyat lain. Model pendidikan khas berasaskan perubatan dan pendidikan adalah saling berkait. Bagi menjayakan model ini, prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak seperti i bu bapa, sekolah dan masyarakata dalam program pendidiakn khas amat diutamakan . Kolaborasi merupakan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk mencapai sesuatu matlamat. Bagi menyelesaikan masalah dalam pendidkan khas, pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu akan bergabung tenaga. Pihak-pihak ini berperanan untuk mengenal pasti masalah murid , merancang program pendidikan dan menilai perkembangan murid, Hal ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan Program Pendidikan Khas. 6.2 Model Perubatan Dalam Model Perubatan, individu tersebut bermasalah dan memerlukan perubatan untuk menyembuhkannya. kehidupannya. Individu tidak dapat membuat kepuusan sendiri mengenai cara Mereka memerlukan ahli professional untuk menjaganya. Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran memainkan peranan penting unt8k mendiagnostik kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Misalnya pakar neurologi. Mereka berperanan untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neurologica seperti kecederaan otak. 13
  • 14. KBK3073 2013 Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpukan perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat “Ritalin” untuk mengawal keaktifannya. 7. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktif Mengikut Kamus Dewan, (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-lankah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastkan murid terlibat aktif, juga membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang serta dikendalikan dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid ADHD mendapat peluang yang sama, sama ada dilaksanakan secara kelas, kumpulan mahupun secara individu. Sehubungan ini, ciri-ciri guru amat diutarakan. Mengikut Oliva dan Henson (1980), menyatakan terdapat beberapa ciri guru yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu konsep kendiri yang tinggi, latar belakang pendidikan yang sesuai. Guru itu juga mempunyai minat dan pengetahuan dalam apa yang diajar dan memahami prinsip asas dalam proses pembelajaran. Guru juga berperanan mementingkan kejayaan murid tetapi berfikiran terbuka dan bersikap adil. Selain itu, guru akan mempunyai strategi pengajaran yang berkesan serta pengawalam pengurusan kelas yang baik. Guru pendidikan khas wajarlah memainkan peranan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi kanak-kanak ADHD. Guru sentiasa mewujudkan suasana kelas yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mengurus tingkah laku mereka. Guru juga berperanan menjalankan pelbagai pentaksiran dan membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas. Di samping itu, guru menjadi “Advocate” bagi kanak-kanak ADHD agar membantu mereka bergaul dengan murid-murid biasa dari segi sosial dan emosi. Guru perlulah mencari atau mengesan kelemahan dan kekuatan kanak-kanak semasa menjalankan pengajaran. Guru membuat alat-alat bahan bantu 14
  • 15. KBK3073 2013 mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan dan menarik. Guru jjuga dikehendaki merancang (RPI) untuk kanak-kanak ADHD mengikut keupayaan kanak-kanak dan membantu kanak-kanak mencapai perkembangan yang optimum. Guru juga merancang aktiviti untuk kanak-kanak ADHD berasaskan keperluan individu dan ujian diagostik. Selain itu, guru juga merancang penilaian berkala tentang pencapaian kanak-kanak berdasarkan keputusan untuk perubahan atau kutipan data. Akhirnya, guru juga boleh melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki. Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sebagai seorang guru, sebelum kita memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P, kita juga perlu terlebih dahulu memahmi beberapa konsep asas dalam pengajarn kanak-kanak ADHD ini. Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak ADHD juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang mempunyai minat untuk membantu mereka. 7.1 Pendekatan Belajar Melalui Bermain Pendekatan belajar melalui bermain dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini, mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Ciri-ciri pendekatan ini diutamakan ialah aktiviti yang menyeronokkan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan terancang, keanjalan masa, percubaan idea sendiri dan peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian. 15
  • 16. KBK3073 2013 7.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Justeru, murid ADHD berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Seterusnya, para murid hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan -rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif, simulasi dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan ingatan pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Lantaran itu, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat meminimumkan kurang tumpuan dalam kalangan murid yang hiperaktif ini. Sehubungan hal ini, guru berpeluang untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para murid dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Selain itu, guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran murid secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Di samping itu, guru menjalankan pemerhatian dalam proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan murid pelajar tersebut. 7.3 Pendekatan Penggunaan strategi berpusatkan bahan Guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi berpusatkan 16
  • 17. KBK3073 2013 bahan. Guru wajarlah memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan ynag relevan, kemas kini dn boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan pemahaman murid ADHD serta menarik perhatian mereka sekiranya digunakan secara betul dan efektif. Peralatan teknologi lazimnya membolehkan guru dan murid ADHD menggunakannya secara berkesan di mana teknologi ICT mula diperkenalkan di sekolah, dan bahan pengajaran pelajaran boleh diakses melalui internet dan jalur lebar, namum bagi kebanyakan sekolah yang sedia ada komputur. Pengajaran boleh dilaksanakan dalam kumpulan pembelajaran koperatif di samping memberi latihan kemahiran komunikasi dan sosialisasi. 7.4 Pendekatan Kajian lapangan atau aktiviti luar bilik darjah  Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk memberi peluang untuk murid ADHD memperoleh pengalaman sebenar. Aktiviti yang menggembirakan mereka serta dapat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Tambahan pula, murid dapat rekreasi dan boleh menumpukan perhatian serta bersoisialisasi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru haruslah menekankan aktiviti ini bebas dan terancang dan memanfaatkan murid. 7.5 Membina Sistem yang Teratur 7.5.1 Membina sistem Selain pendekatan pengajaran dan pembelajaran diketengahkan, guru juga berinovasi membina satu sisitem yang teratur. Ini disebabkan di peringkat persekolahan seorang ADHD agak „kucar-kacir‟ (disorganized) sifatnya, iaitu mereka belum dapat mengurus diri mereka. Umpamanya menjaga alat tulis mereka sendiri dan menyimpan semula buku sendiri ke dalam beg. Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa dan guru di sekolah amat penting untuk membina satu sistem yang lebih teratur untuk anak ADHD. Contohnya membezakan buku mata pelajaran dengan menggunakan kod warna dan kod warna tersebut dilekatkan di atas buku. Cara yang sama juga dapat diaplikasikan dengan „harta benda‟ anak sendiri seperti kotak pensil. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil 17
  • 18. KBK3073 2013 itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru – guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan. 7.4.2 Kreatif dan Fleksibel Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konservatif. Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan – jalan. Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya. Selain itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosI. 7.4.3 Tugasan Manipulatif Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu.) 7.4.4 Kontak Mata Bagi memastikan tumpuannya pada pengajaran dan pembelajaran kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan 18
  • 19. KBK3073 2013 berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan „pelik‟, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak ADHD sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. . Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book dengan intonasi dan emosi…. . Tugasan Manipulatif Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu)… Kontak Mata Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya. Sumber: 1. Pengalaman 2. Internet 19
  • 20. KBK3073 2013 8.0 PENUTUP Kesimpulannya, perhatian awal itu diperlukan oleh kanak-kanak ADHD kerana keperluan mereka sama dengan kanak-kanak biasa. Ibu bapa perlu belajar memahami kehendak anak kerana melalui pemahaman itu, kanak-kanak hiperaktif ini tidak mudah bertindak ga-nas atau liar apabila dewasa. Kita mesti memberi perhatian, arahan dan per-ingatan terhadap kanak-kanak ini perlulah dilakukan secara berterusan dan berulang kerana mereka memang sukar menerima perubahan dalam diri dan persekitaran. Kanak-kanak ADHD memerlukan rawatan mental dan psikologi yang sesuai untuk meringankan atau mengubati simptomnya demi kesejahteraan kanak-kanak sendiri. Bahan Rujukan: http://id.prmob.net/attention-deficit-hyperactivity-disorder/methylphenidate/atomoxetine170348.html http://www.scribd.com/doc/36890425/Pembentangan-Ciri-Ciri-Dan-Sebab-ADD-ADHD http://ideguru.wordpress.com/2010/04/08/ciri-ciri-anak-hiperaktif-atau-penderita-adhd/ http://oze.my/memoplusgold/masalah-adhd-sindrom-kurang-daya-tumpuan-dan-hiperaktif/ Memahami dan Membantu Anak ADHDOleh MIF. Baihaqi, M. Sugiarmin Pendidikan bagi Anak Berkesulitan Belajar 20