O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan

5.812 visualizações

Publicada em

Aspirasi dan kepentingan pendidikan

Publicada em: Educação
  • Seja o primeiro a comentar

Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan

  1. 1. Topik 4 Aspirasi dan Kepentingan Pendidikan Aspirasi sistem pendidikan Kualiti standard antarabangsa Ekuiti untuk semua murid 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  2. 2. Aspirasi Sistem Pendidikan • Pengertian aspirasi adalah suatu keinginan yang kuat atau cita-cita. • Dalam pengertian yang lain aspirasi adalah harapan perubahan yang lebih baik dengan tujuan untuk meraih keberhasilan di masa depan. • Definisi aspirasi adalah keinginan dan harapan indivitis akan suatu prestasi atau suatu keberhasilan 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  3. 3. Aspirasi Sistem Pendidikan • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2103-20125) telah dirangka dengan tujuan untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia yang merangkumi aspek akses , kualiti , ekuiti, perpaduan dan kecekapan. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  4. 4. Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  5. 5. Akses Kepada Kejayaan • Setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama • Prinsip pendidikan untuk semua • Meletakkan negara kita setanding dengan negara maju. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  6. 6. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi • Memastikan sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi. • Mensasarkan negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. • Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  7. 7. Ekuiti Untuk Semua Murid • Memastikan sistem pendidikan pada tahap  yang terbaik  kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar  belakang sosioekonomi dan merapatkan jurang. • Memastikan setiap murid yang pelbagai latarbelakang dan  sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama  terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan  pembangunan sahsiah mereka. • Program Pendidikan Khas, Kelas Rancangan Khas dan Program  Kawalan perlulah diurus dengan berkesan mengikut  kebolehan dan potensi masing-masing. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  8. 8. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid • Mewujudkan dan menghargai perpaduan dalam kepelbagaian  kaum yang ada dan mengutamakan keterangkuman sosial  yang unik. • Mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar  mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai  kepelbagaian. • Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan Dasar 1  Murid 1 Sukan 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  9. 9. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi • Elemen kecekapan untuk untuk memastikan pulangan dalam  bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap  ringgit yang dibelanjakan. • Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih  bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada  secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  10. 10. Aspirasi terhadap murid 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  11. 11. Pengetahuan Setiap kanak- kanak perlu menguasai : i) kemahiran literasi dan numerasi.  ii) menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains.  iii)didedahkan kepada pengetahuan am menyeluruh  dunia dari  aspek sejarah, manusia, dan geografi.  iv)mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang  lain seperti seni, muzik, dan sukan. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  12. 12. STRATEGI MENYAMARATAKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA. Lapan strategi telah di kenal pasti dalam usaha menyamaratakan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa iaitu : • Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan  standard antarabangsa. • Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada  2017. •  Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran • Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan  Matematik (STEM). 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  13. 13. • Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional. • Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020. • Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus.01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  14. 14. Kemahiran Berfikir i) belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka ii) menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat iii) menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  15. 15. Kemahiran Memimpin i) berkebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan ii) mencapai potensi formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. iii) kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  16. 16. Kemahiran Dwibahasa i) menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa pada tahap minima. ii) berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. iii) menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  17. 17. Etika dan Kerohanian i) memupuk etika dan kerohanian dalam diri bagi mendepani cabaran, agar boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. ii) membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  18. 18. Identiti Nasional i) penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. ii) berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. iii) bersemangat patriotik perlu dengan memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang iv) bersemangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. v) belajar memahami , menerima kepelbagaian dan menghayati kepelbagaian. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  19. 19. STRATEGI MENYAMARATAKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA. Lapan strategi telah di kenal pasti dalam usaha menyamaratakan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa iaitu : • Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa. • Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada 2017. • Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran • Meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  20. 20. STRATEGI MENYAMARATAKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA. (sambungan) • Memperluas akses dan meningkatkan kualiti laluan pendidikan, bermula dengan pendidikan vokasional. • Meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang 2020. • Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran untuk murid berkeperluan khusus. • Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6 tahun dan ke atas, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan. 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  21. 21. Standard Kualiti Antarabangsa • TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Sampel kajian TIMSS melibatkan pelajar Tingkatan 2 (Gred 8). • Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). • PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US. • Sampel kajian PISA melibatkan pelajar Tingkatan 3 (15 tahun). 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  22. 22. Standard Kualiti Antarabangsa • TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. • TIMSS dan PISA hanya melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang dipilih secara rawak termasuk pelajar paling cemerlang hingga dan pelajar paling corot. • Ujian TIMSS dan PISA dijalankan empat tahun sekali melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik dan pengetahuan am berdasarkan pembacaan. • Kajian ini dijalankan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Soalan TIMSS dan PISA adalah soalan High Order Thinking Skills (HOTS). 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017
  23. 23. Standard Kualiti Antarabangsa • Isu Menarik TIMMS dan PISA 2016 • Malaysia shows significant improvement under PIS • Malaysia 'PISA 2015' rigged and cheated by .... Apakah pendapat anda tentang perkara ini? 01/17/17 azizi/gpp1063/topik4/feb2017

×