SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
UNIVERSITI
                   TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
                   Parit Raja,86400 Batu Pahat,Johor Darul Takzim
                               http://www.uthm.edu.my




             SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

                    TEKNOLOGI MAKLUMAT
                                        &
                     APLIKASI MULTIMEDIA
                                 (MBC 10104)


               TUGASAN 1: ARTIKEL
PEMBELAJARAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL
                DAN VOKASIONAL



DISEDIAKAN UNTUK: PUAN. HAJAH. ZURINA BINTI YASAK


DISEDIAKAN OLEH:

NAMA               : SITI NOR HANY BINTI AMIR HUSSIN

NO. MATRIK         : HB100027

SEKSYEN            :2

TARIKH             : 31 OCTOBER 2011
Pembelajaran Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal Dan Vokasional.


                   Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) .
Abstrak : Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan adalah objektif utama dalam
sesuatu proses pengajaran. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalam
proses pengajaran. Pembelajaran berasaskan komputer merupakan salah satu pendekatan
yang amat efektif. Komputer pada era ini bukan sahaja dapat menerima dan
menyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang dibuat secara
elektronik malah kita mampu bergerak lebih jauh kerana teknologi maklumat(IT)
mampu menggabungkan antara komputer dan telekomunikasi supaya dapat membentuk
sistem bagi menguruskan maklumat. Justeru, artikel ini akan mengupas mengenai
pembelajaran yang berasaskan komputer dalam pendidikan teknikal dan vokasional.
Seterusnya dapat menghasilan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Artikel ini tidak membincang secara menyeluruh hanya membincangkan aspek kebaikan
dan kelemahan pendekatan PBK ini.


Kata kunci: Pembelajaran dan pengajaran berkesan, Pembelajaran berasaskan komputer
(PBK),


Pengenalan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah berkembang maju seiring dengan
perkembangan teknologi di Malaysia. Kepesatan perkembangan teknologi ini dapat
dilihat daripada pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelbagai
aspek kehidupan juga bidang pendidikan. Salah satu daripada pendekatan pembelajaran
berasaskan komputer dengan menggunakan “Information and communications
technology” (ICT) ialah pembelajaran melalui web. Web merupakan satu bentuk
multimedia. Menurut Boling. et.al (1999) multimedia melibatkan persembahan bahan
serentak maklumat dalam bentuk rajah, teks, grafik, animasi, video, bunyi atau audio,
dan sebagainya. Gabungan dari media-media ini telah membawa revolusi kepada
budaya pembelajaran dikalangan pelajar. Pelajar terdorong untuk mempraktikan
pendekatan ini kerana multimedia memberi kebebasan kepada mereka untuk
mempelbagaikan corak pembelajaran supaya tidak berasa bosan. Kerajaan amat
prihatin terhadap perubahan yang membawa kebaikan kepada sistem pendidikan. Ini
terbukti apabila kerajaan memperuntukkan 10 buah komputer di setiap sekolah pada
tahun 1992 dan seterusnya mencadangkan setiap sekolah mestilah mempunyai sebuah
makmal komputer pada tahun 1998 hingga kini (Yasak, Z., & Tasir. Z.,2006 ).
Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat hari ini sewajarnya dimanfaatkan oleh
semua pendidik sebagai satu medium alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih `versatile`. Komputer merupakan satu medium
pembelajaran yang mudah dipelajari dan mempunyai pelbagai kegunaan. Terdapat
banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi jika kita mengaplikasikan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan adalah seperti yang dinyatakan oleh B.
Aris (2004) iaitu:

   i.   Pendekatan ini lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui gabungan grafik,
        animasi, bunyi, video akan memberangsangkan dan tidak menjemukan.
        Maklum balas serta merta, pelajar menerima maklum balas serta merta apabila
        melakukan sesuatu atau menanyakan sesuatu.

 ii.    Melibatkan deria yang lebih dari satu – PBK biasanya mempunyai unsur video
        dan audio yang memerlukan penggunaan deria pendengaran, disamping
        menggunakan deria penglihatan. Menngikut kajian penggunaan deria yang lebih
        daripada satu boleh memastikan bahawa pelajaran itu diingati dan tidak
        menjemukan.
        Bagi pelajar yang kurang upaya, penggunaan multimedia merupakan satu
        medium pengajaran yang sangat diperlukan. Menurut Lee Lay Wah (2007)
        “Multimedia software and multimedia learning environments have been proven
        to be effective in helping children with disabilities to develop skills in domains as
        varied as academic domains of literacy and numeracy, life skills and social
        interaction.”

 iii.   Pengaplikasian pendekatan simulasi berasaskan web dapat memberi pengalaman
        pelajar belajar dalam keadaan sebenar pekerjaan. Menurut S. Md Salleh & Z.
        Tasir (2011) Corak laman web interaktif dengan elemen multimedia sebagai
        sokongan penyampaian dan teori konstruktivisme sebagai strategi penyampaian
        hendaklah dilanjutkan ke kursus yang lain. Ia berpotensi meningkatkan
        pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat
        yang semakin pesat maju. Ini jelas menunjukkan perkembangan pesat teknologi
        memberi kesan yang positif keatas pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
        Kita sedia maklum bahawa pendekatan simulasi secara tradisi tidak lagi dapat
        menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar lebih minat dengan pendekatan
        pengajaran yang lebih bersifat konstruktif.

Menurut A. A. Rahman (2001) pembelajaran berasaskan komputer ini merupakan satu
pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan sesuatu
dengan usaha sendiri. Dengan kata lain, pelajar lebih bersifat kontruktivis. Dalam dunia
yang semakin membangun ini, penggunaan komputer adalah amat praktikal.
Menurut N. Bariman (2004) komputer akan menjadi salah satu alat untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan selaras dengan era globalisasi
yang sedang kita hadapi. Justeru itu, kita perlu menguasai pelbagai kemahiran dan
maklumat untuk mengiringi perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin
berkembang pesat pada abad ini. Guru yang berfikiran kritis dan kreatif sentiasa
berusaha menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif. Menurut Abdul Rahman,
.M. Z. (2004) secara umumnya, pembangunan bahan bantu pembelajaran yang
berasaskan sistem maklumat ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan proses
pembelajaran dan pengajaran.

       Terdapat banyak kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan
pembelajaren berasaskan komputer ini. Antaranya adalah kajian kesesuaian pembinaan
panduan menghasilkan projek bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuittho dalam
persekitaran latihan berasaskan komputer yang dijalan oleh A. Ab Rahman (2001)
mendapati bahawa rekabentuk skrin, motivasi, kesesuaian pengguna dan kefahaman
adalah sesuai manakala rekabentuk antaramuka berada pada tahap kurang sesuai.
Manakala kajian mengenai membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputer
untuk subjek sistem kenderaan di kolej komuniti bukit beruang, melaka (L. Zakaria,
2003) . Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa bahan pengajaran
berasaskan komputer dapat diterima oleh pensyarah dan pelajar dengan
mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. N. Bariman (2003)
pula membuat kajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran proses
tuangan menggunakan media pengajaran berasaskan komputer. Dapatan kajian ini juga
sama iaitu pensyarah dan pelajar bersetuju dengan perlaksanaan perisian multimedia
cd-rom proses tuangan ini sebagai abbm dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hashim, H. (2003), pula menjalankan kajian mengenai keperluan model pengajaran dan
pembelajaran berasaskan komputer bagi matapelajaran litar AU di Kolej Komuniti.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan modul yang dihasilakan adalah satu keperluan
kerana ia dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan,
pembelajaran dan motivasi. Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Jaafar, F. (2003),
menkaji keberkesanan pembelajaran berbantu komputer bagi subjek Penyaman Udara
dalam topik beban haba. Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan yang dihasilkan
memudahkan proses pembelajaran, ia sangat sesuai bagi tujuan pembelajaran dan ia juga
menaplikasikan penggunaan laman web secara menyeluruh. Daripada kajian-kajian
yang telah dijalankan ini dapat kita simpulkan bahawa kesesuaian pendekatan
pengajaran adalah berbeza mengikut subjek-subjek tertentu. Guru hendaklah bijak
mengatur strategi supaya pendekatan dapat disesuaikan dengan suasana/ keadaan
pembelajaran tersebut.

Pastinya setiap kelebihan akan ada kekurangan, antara kekurangan PBK adalah seperti
yang dinyatakan oleh B. Aris (2004) iaitu:

   i.     Tertakluk kepada kemudahan perkakasan dan perisian – walaupun komputer
          dikatakan mudah alih dan versetile, tetapi kebolehan komputer untuk
          melaksanakan sesuatu PBK masih tertakluk kepada perkakasan dan perisian
          komputer yang digunakan. Sesebuah komputer yang tidak mempunyai
          perkakas tertentu seperti kad bunyi, tidak akan dapat melaksanakan perisian
          yang mengintegrasikan bunyi dan video seperti yang diharapkan.
ii.     Masa pembangunan lama- pembinaan PBK memerlukan masa yang lama.


   iii.    Kepakaran yang tinggi – Pembinaan PBK memerlukan kepakaran serta
           komitment yang tinggi berbanding alat bantuan mengajar yang lain.


   iv.     Kos yang tinggi- pembinaan PBK melibatkan kos yang tinggi untuk
           membeli perkakasan, perisian dan pembayaran kepada tenaga pakar yang
           membina perisian tersebut.

   v.      Terlalu menyeronokkan – PBK mungkin boleh menjadi terlalu
           menyeronokkan sehinggakan menghalang pembelajaran.

Kelemahan-kelemahan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan
menyediakan persediaan yang secukupnya untuk guru-guru yang terlibat. Persoalan
tentang persediaan guru dalam mengaplikasikan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sering diutarakan. Seperti di dalam kajian yang dijalankan oleh Arsat, M
& Khalip, H. (2011) meninjau penggunaan perisian multimedia di kalangan guru-guru
Teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di empat buah sekolah Menengah
Teknik di Daerah Johor Bahru. Justeru, kursus-kursus kemahiran komputer seperti
kursus intensif, bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian perlu
multimedia berkait dengan matapelajaran yang diajar perlu diperbanyakkan.
Di dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd. Nor et.al (2007), penghasilan bahan
pengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kos
yang tinggi. Akan tetapi jika pendekatan Objek Pembelajaran Digital(OPD) masa dan
kos dapat dijimatkan. OPD ciri-ciri yang sangat efektif seperti kebolehgunaan semula,
pakej pembelajaran yang kecil, interaktif dan merupakan pembelajaran yang bermakna.

        Jika kelemahan pendekatan ini adalah terlalu menyeronokkan, guru perlu
memainkan peranan penting. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Tiong. L. L & Z.
Tasir (2008)yang mengkaji potensi dan keberkesanan pendekatan pembelajaran
kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer di negara
kita.dapatan kajian ini yang dijalankan terhadap subjek sejarah menunjukkan hasil
gabungan unsur-unsur multimedia seperti teks, bunyi, visual, grafik berwarna, video dan
lain-lain yang berkaitan dengan pendegaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh
pemikiran untuk membentuk satu maklumat yang bermakna. Disamping itu, pengajaran
teknik penceritaan secara digital telah dapat menyokong proses pembelajaran lebih
mendalam (deep learning) dengan lahirnya rasa patriotisme untuk Negara, semangat
berkorban untuk Negara, menanamkan taat setia kepada Negara dan sebagainya
dikalangan para pelajar. Pengawasan dan penilaian secara sistematik daripada pihak
guru adalah perlu untuk memastikan objektif utama pembelajaran dapat dicapai. Di
dalam kajian yang dijalankan oleh M. I. Mohd. Hamzah & N. Attan (2007) untuk tahap
kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya tahap kesediaan
penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi guru-guru sains ini adalah
sederhana. Tahap kesediaan dari aspek pengetahuan dan sikap pula, didapati tiada
perbezaan yang signifikan di antara guru dari kumpulan perkhidmatan siswazah dan
bukan siswazah. Dapatan kajian ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan PBK.

       Guru perlu mempunyai kesediaan yang lengkap untuk memberi keyakinan
kepada para pelajar seterusnya dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang
berkesan. Dengan pendekatan ini juga pelajar akan didedahkan dengan pendekatan
pembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi,
permainan dan juga kuiz berperingkat. Oleh yang demikian, semua golongan pendidik
seharusnya sentiasa peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta
mencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikan
penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus berkaitan
multimedia juga perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sekiranya semua perkara ini
dapat dilaksanakan, tahap pendidikan negara akan berkembang seiring dengan teknologi
kini.



Penutup

Sebagai kesimpulannya mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
merupakan matlamat setiap guru dan pelajar. Guru memainkan peranan yang sangat
penting dalam membimbing pelajar dalam mencapai objektif sesuatu pembelajaran.
Justeru, guru hendaklah bijak dalam memilih pendekatan pengajaran supaya pelajar
dapat menikmati pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam dunia yang serba moden ini,
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
pendekatan yang sangat relevan. Guru haruslah memanfaatkan teknologi yang semakin
berkembang pesat ini.
Rujukan

Abdul Rahman, M. Z. (2003). Pembangunan bahan bantu pembelajaran berasaskan
      sistem maklumat berkomputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun
      Hussein Onn.. Dicapai pada 2 October 2011, dari
      http://eprints.uthm.edu.my/1424/

Ab Rahman, A. (2002). Kajian Kesesuaian Pembinaan Panduan Menghasilkan Projek
      Bagi Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrk Kuittho Dalam Persekitaran
      Latihan Berasaskan Komputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun
      Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/936/

Ahmad, I. , Aris, B. and Harun, J. (2004). Pembangunan Perisian Multimedia
     Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Subjek Sains
     Komputer. In: Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI, 9-10 August 2004,
     Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. (Unpublished). Dicapai dari 2 October 2011,
     dari http://eprints.utm.my/2238/

Arsat, M. & Khalip, H. (2011) . Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran
       guru-guru teknikal.unspecified . pp. 1-10. (Unpublished). Dicapai pada 2
       October 2011, dari http://eprints.utm.my/11908/


Bariman, N. (2003). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Proses Tuangan
      Menggunakan Media Pengajaran Berasaskan Komputer. Masters thesis, Kolej
      Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari
      http://eprints.uthm.edu.my/1452/

Boling, Nancy, Robinson, Daniel, H. (1999). Individual Study, Interactive Multimedia
       Or Cooperative Learning: Which Activity Best Supp;Ements Lectrure-Based
       Distance Education?. Journal of Education Psycology, Vol 91(1), 169-174.

Hashim, .H. (2003). Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran
      berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di Kolej
      Komuniti. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai
      pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1008/

Jaafar, F. (2003) . Pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web mata
        pelajaran penyamanan udara bagi tajuk beban haba. Masters thesis, Kolej
        Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October , dari
        http://eprints.uthm.edu.my/677/


Lee Lay Wah(2007). Development of Multimedia Learning Resources For Children
With Learning Disabilities in An Undergraduate Special Education Technology
      Course. MEDC Journal, Vol(1), 29-36
Mohd. Hamzah, M. I. & Attan, N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam
      Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses
      Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi F: Alam Sekitar dan Teknologi
      Proses (46E). pp. 45-60. ISSN 0127-9696. Dicapai pada 2 October, dari
      http://eprints.utm.my/6286/

Mohd. Nor, S. N. R. , Ahmad Shukri, N. H. & Tasir, Z. (2007). Reka Bentuk Dan
      Pembinaan Personalized Learning Courseware Berasaskan Konsep Objek
      Pembelajaran Digital Bagi Pembelajaran Animasi Dan Rangkaian
      Komputer. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and
      Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3. Dicapai pada 2 October
      2011, dari http://eprints.utm.my/5995/

Tiong, L. L. & Tasir, Z. (2008). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca
       Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu. In:
       Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008,
       Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada 2 October, dari
       http://eprints.utm.my/7904/



Zakaria, L. (2003). Membangunkan Bahan Pengajaran Berasaskan Komputer Untuk
       Subjek Sistem Kenderaan Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Masters
       thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October
       2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1261/

Z. Yasak & Tasir. Z.,(2006). Carapelajar pendidikan teknik dan Vokasional Mempelajari
       Kemahiran Teknikal Dengan Menggunakan Laman Web (SWEB-TECH). In:
       Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor.
       (Unpublished). Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/2277/

More Related Content

What's hot

Assignment protokol
Assignment protokolAssignment protokol
Assignment protokolNur Kareena
 
Rubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amaliRubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amalifariq
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranJessika Denis
 
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docxKERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docxNORALBANIAHBINTIMOHD
 
Borang r01
Borang r01Borang r01
Borang r01Mear Ema
 
Minit mesyuarat panitia pendidikan bi bil.1 2020 gb
Minit mesyuarat panitia pendidikan  bi bil.1 2020 gbMinit mesyuarat panitia pendidikan  bi bil.1 2020 gb
Minit mesyuarat panitia pendidikan bi bil.1 2020 gbCLINIE JONATHAN
 
RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)
RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)
RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)Wak Sekawi
 
RPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdfRPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdfasiyahamin1
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k KKamal Ludin
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekamin291195
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknATANGZ
 
kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...
kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...
kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...Muhamad Nazri
 

What's hot (20)

Assignment protokol
Assignment protokolAssignment protokol
Assignment protokol
 
Rubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amaliRubrik pemarkahan amali
Rubrik pemarkahan amali
 
SKRIP PENGACARA MAJLIS FASUS.docx
SKRIP PENGACARA MAJLIS FASUS.docxSKRIP PENGACARA MAJLIS FASUS.docx
SKRIP PENGACARA MAJLIS FASUS.docx
 
Aspek seni bahasa utama
Aspek seni bahasa  utamaAspek seni bahasa  utama
Aspek seni bahasa utama
 
Laporan sambutan-bulan-kemerdekaan
Laporan sambutan-bulan-kemerdekaanLaporan sambutan-bulan-kemerdekaan
Laporan sambutan-bulan-kemerdekaan
 
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan PembelajaranTopik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Topik 6 Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
 
Resume azi
Resume aziResume azi
Resume azi
 
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docxKERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
 
Borang r01
Borang r01Borang r01
Borang r01
 
Minit mesyuarat panitia pendidikan bi bil.1 2020 gb
Minit mesyuarat panitia pendidikan  bi bil.1 2020 gbMinit mesyuarat panitia pendidikan  bi bil.1 2020 gb
Minit mesyuarat panitia pendidikan bi bil.1 2020 gb
 
The king of kites
The king of kitesThe king of kites
The king of kites
 
RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)
RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)
RPH Prinsip Akaun KPT 6044 (2013)
 
RPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdfRPH D20192091714.pdf
RPH D20192091714.pdf
 
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
242764509 227616907-kertas-kerja-projek-inovasi-matematik-s-k K
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
 
kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...
kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...
kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-fertgasi-1601121...
 
Rumusan
RumusanRumusan
Rumusan
 
Kolej vokasional
Kolej vokasionalKolej vokasional
Kolej vokasional
 

Similar to Artikel multimedia dlm tvet

M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikTee Teh
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranMustapa Alba
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Lieyzz Nor
 
Tik e learning
Tik e learningTik e learning
Tik e learninghaeriani h
 

Similar to Artikel multimedia dlm tvet (20)

M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknikM pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
M pembelajaran dalam-pendidikan_teknik
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Ict
IctIct
Ict
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
7. Adrian
7. Adrian7. Adrian
7. Adrian
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Pk deden sem2
Pk deden sem2Pk deden sem2
Pk deden sem2
 
Makalah Mobile Learning
Makalah Mobile LearningMakalah Mobile Learning
Makalah Mobile Learning
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
Makalah mobile-learning
Makalah mobile-learningMakalah mobile-learning
Makalah mobile-learning
 
Makalah mobile-learning
Makalah mobile-learningMakalah mobile-learning
Makalah mobile-learning
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Tik e learning
Tik e learningTik e learning
Tik e learning
 

Recently uploaded

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 

Recently uploaded (20)

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 

Artikel multimedia dlm tvet

  • 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Parit Raja,86400 Batu Pahat,Johor Darul Takzim http://www.uthm.edu.my SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT & APLIKASI MULTIMEDIA (MBC 10104) TUGASAN 1: ARTIKEL PEMBELAJARAN MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DISEDIAKAN UNTUK: PUAN. HAJAH. ZURINA BINTI YASAK DISEDIAKAN OLEH: NAMA : SITI NOR HANY BINTI AMIR HUSSIN NO. MATRIK : HB100027 SEKSYEN :2 TARIKH : 31 OCTOBER 2011
  • 2. Pembelajaran Multimedia Dalam Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK) . Abstrak : Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan adalah objektif utama dalam sesuatu proses pengajaran. Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Pembelajaran berasaskan komputer merupakan salah satu pendekatan yang amat efektif. Komputer pada era ini bukan sahaja dapat menerima dan menyampaikan maklumat seperti gambar, bunyi dan nombor yang dibuat secara elektronik malah kita mampu bergerak lebih jauh kerana teknologi maklumat(IT) mampu menggabungkan antara komputer dan telekomunikasi supaya dapat membentuk sistem bagi menguruskan maklumat. Justeru, artikel ini akan mengupas mengenai pembelajaran yang berasaskan komputer dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Seterusnya dapat menghasilan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Artikel ini tidak membincang secara menyeluruh hanya membincangkan aspek kebaikan dan kelemahan pendekatan PBK ini. Kata kunci: Pembelajaran dan pengajaran berkesan, Pembelajaran berasaskan komputer (PBK), Pengenalan Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah berkembang maju seiring dengan perkembangan teknologi di Malaysia. Kepesatan perkembangan teknologi ini dapat dilihat daripada pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelbagai aspek kehidupan juga bidang pendidikan. Salah satu daripada pendekatan pembelajaran berasaskan komputer dengan menggunakan “Information and communications technology” (ICT) ialah pembelajaran melalui web. Web merupakan satu bentuk multimedia. Menurut Boling. et.al (1999) multimedia melibatkan persembahan bahan serentak maklumat dalam bentuk rajah, teks, grafik, animasi, video, bunyi atau audio, dan sebagainya. Gabungan dari media-media ini telah membawa revolusi kepada budaya pembelajaran dikalangan pelajar. Pelajar terdorong untuk mempraktikan pendekatan ini kerana multimedia memberi kebebasan kepada mereka untuk mempelbagaikan corak pembelajaran supaya tidak berasa bosan. Kerajaan amat prihatin terhadap perubahan yang membawa kebaikan kepada sistem pendidikan. Ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan 10 buah komputer di setiap sekolah pada tahun 1992 dan seterusnya mencadangkan setiap sekolah mestilah mempunyai sebuah makmal komputer pada tahun 1998 hingga kini (Yasak, Z., & Tasir. Z.,2006 ).
  • 3. Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Perkembangan teknologi maklumat yang pesat hari ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua pendidik sebagai satu medium alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih `versatile`. Komputer merupakan satu medium pembelajaran yang mudah dipelajari dan mempunyai pelbagai kegunaan. Terdapat banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi jika kita mengaplikasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan adalah seperti yang dinyatakan oleh B. Aris (2004) iaitu: i. Pendekatan ini lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui gabungan grafik, animasi, bunyi, video akan memberangsangkan dan tidak menjemukan. Maklum balas serta merta, pelajar menerima maklum balas serta merta apabila melakukan sesuatu atau menanyakan sesuatu. ii. Melibatkan deria yang lebih dari satu – PBK biasanya mempunyai unsur video dan audio yang memerlukan penggunaan deria pendengaran, disamping menggunakan deria penglihatan. Menngikut kajian penggunaan deria yang lebih daripada satu boleh memastikan bahawa pelajaran itu diingati dan tidak menjemukan. Bagi pelajar yang kurang upaya, penggunaan multimedia merupakan satu medium pengajaran yang sangat diperlukan. Menurut Lee Lay Wah (2007) “Multimedia software and multimedia learning environments have been proven to be effective in helping children with disabilities to develop skills in domains as varied as academic domains of literacy and numeracy, life skills and social interaction.” iii. Pengaplikasian pendekatan simulasi berasaskan web dapat memberi pengalaman pelajar belajar dalam keadaan sebenar pekerjaan. Menurut S. Md Salleh & Z. Tasir (2011) Corak laman web interaktif dengan elemen multimedia sebagai sokongan penyampaian dan teori konstruktivisme sebagai strategi penyampaian hendaklah dilanjutkan ke kursus yang lain. Ia berpotensi meningkatkan pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang semakin pesat maju. Ini jelas menunjukkan perkembangan pesat teknologi memberi kesan yang positif keatas pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kita sedia maklum bahawa pendekatan simulasi secara tradisi tidak lagi dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pelajar lebih minat dengan pendekatan pengajaran yang lebih bersifat konstruktif. Menurut A. A. Rahman (2001) pembelajaran berasaskan komputer ini merupakan satu pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan sesuatu dengan usaha sendiri. Dengan kata lain, pelajar lebih bersifat kontruktivis. Dalam dunia yang semakin membangun ini, penggunaan komputer adalah amat praktikal. Menurut N. Bariman (2004) komputer akan menjadi salah satu alat untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan selaras dengan era globalisasi
  • 4. yang sedang kita hadapi. Justeru itu, kita perlu menguasai pelbagai kemahiran dan maklumat untuk mengiringi perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada abad ini. Guru yang berfikiran kritis dan kreatif sentiasa berusaha menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif. Menurut Abdul Rahman, .M. Z. (2004) secara umumnya, pembangunan bahan bantu pembelajaran yang berasaskan sistem maklumat ini adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat banyak kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan pembelajaren berasaskan komputer ini. Antaranya adalah kajian kesesuaian pembinaan panduan menghasilkan projek bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuittho dalam persekitaran latihan berasaskan komputer yang dijalan oleh A. Ab Rahman (2001) mendapati bahawa rekabentuk skrin, motivasi, kesesuaian pengguna dan kefahaman adalah sesuai manakala rekabentuk antaramuka berada pada tahap kurang sesuai. Manakala kajian mengenai membangunkan bahan pengajaran berasaskan komputer untuk subjek sistem kenderaan di kolej komuniti bukit beruang, melaka (L. Zakaria, 2003) . Hasil kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa bahan pengajaran berasaskan komputer dapat diterima oleh pensyarah dan pelajar dengan mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. N. Bariman (2003) pula membuat kajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran proses tuangan menggunakan media pengajaran berasaskan komputer. Dapatan kajian ini juga sama iaitu pensyarah dan pelajar bersetuju dengan perlaksanaan perisian multimedia cd-rom proses tuangan ini sebagai abbm dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hashim, H. (2003), pula menjalankan kajian mengenai keperluan model pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer bagi matapelajaran litar AU di Kolej Komuniti. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan modul yang dihasilakan adalah satu keperluan kerana ia dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan, pembelajaran dan motivasi. Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Jaafar, F. (2003), menkaji keberkesanan pembelajaran berbantu komputer bagi subjek Penyaman Udara dalam topik beban haba. Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan yang dihasilkan memudahkan proses pembelajaran, ia sangat sesuai bagi tujuan pembelajaran dan ia juga menaplikasikan penggunaan laman web secara menyeluruh. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan ini dapat kita simpulkan bahawa kesesuaian pendekatan pengajaran adalah berbeza mengikut subjek-subjek tertentu. Guru hendaklah bijak mengatur strategi supaya pendekatan dapat disesuaikan dengan suasana/ keadaan pembelajaran tersebut. Pastinya setiap kelebihan akan ada kekurangan, antara kekurangan PBK adalah seperti yang dinyatakan oleh B. Aris (2004) iaitu: i. Tertakluk kepada kemudahan perkakasan dan perisian – walaupun komputer dikatakan mudah alih dan versetile, tetapi kebolehan komputer untuk melaksanakan sesuatu PBK masih tertakluk kepada perkakasan dan perisian komputer yang digunakan. Sesebuah komputer yang tidak mempunyai perkakas tertentu seperti kad bunyi, tidak akan dapat melaksanakan perisian yang mengintegrasikan bunyi dan video seperti yang diharapkan.
  • 5. ii. Masa pembangunan lama- pembinaan PBK memerlukan masa yang lama. iii. Kepakaran yang tinggi – Pembinaan PBK memerlukan kepakaran serta komitment yang tinggi berbanding alat bantuan mengajar yang lain. iv. Kos yang tinggi- pembinaan PBK melibatkan kos yang tinggi untuk membeli perkakasan, perisian dan pembayaran kepada tenaga pakar yang membina perisian tersebut. v. Terlalu menyeronokkan – PBK mungkin boleh menjadi terlalu menyeronokkan sehinggakan menghalang pembelajaran. Kelemahan-kelemahan ini boleh diatasi dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menyediakan persediaan yang secukupnya untuk guru-guru yang terlibat. Persoalan tentang persediaan guru dalam mengaplikasikan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sering diutarakan. Seperti di dalam kajian yang dijalankan oleh Arsat, M & Khalip, H. (2011) meninjau penggunaan perisian multimedia di kalangan guru-guru Teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di empat buah sekolah Menengah Teknik di Daerah Johor Bahru. Justeru, kursus-kursus kemahiran komputer seperti kursus intensif, bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian perlu multimedia berkait dengan matapelajaran yang diajar perlu diperbanyakkan. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd. Nor et.al (2007), penghasilan bahan pengajaran yang berkonsepkan digital biasanya memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Akan tetapi jika pendekatan Objek Pembelajaran Digital(OPD) masa dan kos dapat dijimatkan. OPD ciri-ciri yang sangat efektif seperti kebolehgunaan semula, pakej pembelajaran yang kecil, interaktif dan merupakan pembelajaran yang bermakna. Jika kelemahan pendekatan ini adalah terlalu menyeronokkan, guru perlu memainkan peranan penting. Di dalam kajian yang dijalankan oleh Tiong. L. L & Z. Tasir (2008)yang mengkaji potensi dan keberkesanan pendekatan pembelajaran kemahiran membaca menerusi lagu dan muzik berasaskan komputer di negara kita.dapatan kajian ini yang dijalankan terhadap subjek sejarah menunjukkan hasil gabungan unsur-unsur multimedia seperti teks, bunyi, visual, grafik berwarna, video dan lain-lain yang berkaitan dengan pendegaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat yang bermakna. Disamping itu, pengajaran teknik penceritaan secara digital telah dapat menyokong proses pembelajaran lebih mendalam (deep learning) dengan lahirnya rasa patriotisme untuk Negara, semangat berkorban untuk Negara, menanamkan taat setia kepada Negara dan sebagainya dikalangan para pelajar. Pengawasan dan penilaian secara sistematik daripada pihak guru adalah perlu untuk memastikan objektif utama pembelajaran dapat dicapai. Di dalam kajian yang dijalankan oleh M. I. Mohd. Hamzah & N. Attan (2007) untuk tahap kesediaan guru sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi guru-guru sains ini adalah sederhana. Tahap kesediaan dari aspek pengetahuan dan sikap pula, didapati tiada
  • 6. perbezaan yang signifikan di antara guru dari kumpulan perkhidmatan siswazah dan bukan siswazah. Dapatan kajian ini adalah penting bagi memastikan keberkesanan PBK. Guru perlu mempunyai kesediaan yang lengkap untuk memberi keyakinan kepada para pelajar seterusnya dapat menyediakan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dengan pendekatan ini juga pelajar akan didedahkan dengan pendekatan pembelajaran yang bermakna seperti, pembelajaran berasaskan masalah, simulasi, permainan dan juga kuiz berperingkat. Oleh yang demikian, semua golongan pendidik seharusnya sentiasa peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus berkaitan multimedia juga perlu diperluaskan dari masa ke semasa. Sekiranya semua perkara ini dapat dilaksanakan, tahap pendidikan negara akan berkembang seiring dengan teknologi kini. Penutup Sebagai kesimpulannya mencapai tahap pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan matlamat setiap guru dan pelajar. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membimbing pelajar dalam mencapai objektif sesuatu pembelajaran. Justeru, guru hendaklah bijak dalam memilih pendekatan pengajaran supaya pelajar dapat menikmati pembelajaran yang dilaksanakan. Dalam dunia yang serba moden ini, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan pendekatan yang sangat relevan. Guru haruslah memanfaatkan teknologi yang semakin berkembang pesat ini.
  • 7. Rujukan Abdul Rahman, M. Z. (2003). Pembangunan bahan bantu pembelajaran berasaskan sistem maklumat berkomputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1424/ Ab Rahman, A. (2002). Kajian Kesesuaian Pembinaan Panduan Menghasilkan Projek Bagi Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrk Kuittho Dalam Persekitaran Latihan Berasaskan Komputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/936/ Ahmad, I. , Aris, B. and Harun, J. (2004). Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Subjek Sains Komputer. In: Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-UPI, 9-10 August 2004, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. (Unpublished). Dicapai dari 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/2238/ Arsat, M. & Khalip, H. (2011) . Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran guru-guru teknikal.unspecified . pp. 1-10. (Unpublished). Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/11908/ Bariman, N. (2003). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Proses Tuangan Menggunakan Media Pengajaran Berasaskan Komputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1452/ Boling, Nancy, Robinson, Daniel, H. (1999). Individual Study, Interactive Multimedia Or Cooperative Learning: Which Activity Best Supp;Ements Lectrure-Based Distance Education?. Journal of Education Psycology, Vol 91(1), 169-174. Hashim, .H. (2003). Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di Kolej Komuniti. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1008/ Jaafar, F. (2003) . Pembelajaran berbantukan komputer berasaskan laman web mata pelajaran penyamanan udara bagi tajuk beban haba. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October , dari http://eprints.uthm.edu.my/677/ Lee Lay Wah(2007). Development of Multimedia Learning Resources For Children
  • 8. With Learning Disabilities in An Undergraduate Special Education Technology Course. MEDC Journal, Vol(1), 29-36 Mohd. Hamzah, M. I. & Attan, N. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi F: Alam Sekitar dan Teknologi Proses (46E). pp. 45-60. ISSN 0127-9696. Dicapai pada 2 October, dari http://eprints.utm.my/6286/ Mohd. Nor, S. N. R. , Ahmad Shukri, N. H. & Tasir, Z. (2007). Reka Bentuk Dan Pembinaan Personalized Learning Courseware Berasaskan Konsep Objek Pembelajaran Digital Bagi Pembelajaran Animasi Dan Rangkaian Komputer. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (2). ISSN 983-42733-2-3. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/5995/ Tiong, L. L. & Tasir, Z. (2008). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi Lagu dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun Satu. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah 2008, 25-27 November 2008, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada 2 October, dari http://eprints.utm.my/7904/ Zakaria, L. (2003). Membangunkan Bahan Pengajaran Berasaskan Komputer Untuk Subjek Sistem Kenderaan Di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.uthm.edu.my/1261/ Z. Yasak & Tasir. Z.,(2006). Carapelajar pendidikan teknik dan Vokasional Mempelajari Kemahiran Teknikal Dengan Menggunakan Laman Web (SWEB-TECH). In: Seminar TVE06, 09-10 Desember 2006, Hotel Sofitel Palm Resort Senai Johor. (Unpublished). Dicapai pada 2 October 2011, dari http://eprints.utm.my/2277/