O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Isu pemilikan pulau_batu_puteh

6.189 visualizações

Publicada em

Publicada em: Notícias e política
  • Seja o primeiro a comentar

Isu pemilikan pulau_batu_puteh

  1. 1. HAK KEDAULATAN PULAU BATU PUTEH, MIDDLE ROCKS DAN SOUTH LEDGEABSTRAKPertikaian mengenai status Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks)dan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) yang berlarutan selama 28 tahun akhirnyadiputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 di TheHague, Belanda, dengan menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika diselatan Pulau Batu Puteh menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentukmaritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau ituterletak. Pertikaian hak kedaulatannya menjadi perebutan antara Malaysia denganSingapura sejak 1979 ketika Malaysia menerbitkan peta rasmi baru.PENGENALANPulau Batu Puteh atau dalam Bahasa Portugal, Pedra Branca, merupakan sebuah pulautunggul sebesar dua padang bola sepak dan terletak 46 km (25.5 batu nautika) dariSingapura; dan 14.3 km (7.7 batu nautika) dari Johor. Daripada sejarah awal PulauBatu Puteh, secara tradisi, nelayan Johor menjadikan pulau ini sebagai pulaupersinggahan dan menamakannya Pulau Batu Puteh kerana berwarna puteh danbanyak didiami burung camar laut. Sebaliknya orang Portugis menamakannya PedraBranca yang bermaksud batu puteh. Pulau ini menempatkan rumah api bagikemudahan pengemudian perjalanan laut di Selat Singapura semasa era penjajahansehingga merengganggkan perhubungan kedua-dua negara, Malaysia dan Singapura.Pulau Batu Puteh mula dikenali umum sejak awal 1980-an apabila ia menjadi isupertikaian antara Malaysia dan Singapura. Pertikaian itu merujuk kepada kedua-dua
  2. 2. negara yang bersetuju membawa kes ini kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ) di Belanda untuk diselesaikan dengan adil.SEJARAH PERTIKAIAN PULAU BATU PUTEHMenyingkap sejarah awal, sejak tahun 1583, pelayar Belanda, Johann Van Linschotentelah mencatat pulau tersebut bahaya, bagi mereka yang belayar dari China dan selatanMelaka. Menurut rekod, antara tahun 1824 hingga 1851 berlaku 25 kemalangan kapalberhampiran Pulau Batu Puteh.Pada tahun 1851, rumah api telah dibina oleh Kapten James Horsburgh dari Scotland,Empayar British dan dinamakan rumah api Horsburgh. James Horsburgh dari SyarikatHindia Timur Inggeris (SHTI) telah melakukan kerja-kerja hidrografi dan melukis petakedalaman kawasan ini. Pembinaan ini bertujuan bagi membantu kapal-kapal yangakan melalui Selat Singapura seterusnya Selat Melaka.Malaysia mula menuntut pulau tersebut pada tahun 1979 ketika menerbitkan peta rasmibaru, yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dalam perairan lautwilayahnya. Manakala jarak Pulau Batu Puteh ini adalah jauh dari Singapura iaitu lebihdari 12 batu nautika. Malaysia mengatakan bahawa apabila Kesultanan Johormenyerahkan Singapura dan 19 km sekeliling (10 batu nautika) kepada pihak Britishpada tahun 1824, penyerahan ini tidak termasuk Pulau Batu Puteh.Sultan Johor hanya memberi kebenaran kepada pihak British untuk membina rumah apidi atas pulau tersebut pada tahun 1844. Pihak Singapura pula hanya diberikankebenaran mengurus rumah api bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yangkurang penting bagi pihak Malaysia pada masa itu. Ini memandangkan tiadanyapelabuhan di Johor pada masa tersebut berbanding masa kini dengan wujudnyaPelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.
  3. 3. Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa mereka telah menguasai pulautersebut semenjak 1840-an tanpa sebarang tentangan oleh pihak Malaysia. Pulau BatuPuteh, Middle Rocks dan South Ledge penting sebagai rumah api dan tanda arah dilaut.Singapura mendakwa bahawa Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge adalahterra nullius (tidak bertuan). Disebabkan itu, perundingan dua hala antara Singapuradengan Malaysia diadakan. Perundingan yang diadakan antara tahun 1993 dan 1994,gagal menyelesaikan pertikaian itu. Sembilan tahun kemudian, iaitu pada 6 Februari2003, Malaysia dan Singapura telah menandatangani perjanjian khas untuk merujuk keskepada ICJ.PERANAN ICJ DALAM PENENTUAN KES INIMahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang terletak di The Hague, Belanda adalahorganisasi kehakiman prinsipal di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). ICJ bukan sahaja menyelesaikan pertikaian antara negara-negara malah turutmemberi pandangan nasihat perundangan dalam negara serta organisasi-organisasidalam agensi PBB.Ditubuhkan pada Jun 1945 mengikut piagam PBB yang ditandatangani di San Fransiscopada 26 Jun 1945, ICJ memulakan tugasnya secara rasmi pada April 1946. ICJ turutmengendalikan pertikaian maritim antara Peru dan Chilie. Kejayaan ICJ bagimengendalikan Pulau Sipadan dan Ligitan menjadikannya badan dunia yang palingrelevan dalam menyelesaikan tuntutan perundangan bagi Malaysia.DELEGASI SINGAPURAPelbagai bukti sokongan dikemukakan seperti peta, gambar-gambar, dan rakamansuara. Pasukan Singapura diketuai oleh:
  4. 4. • Tommy Koh - Duta Kelana di Kementerian Luar Republik Singapura. Beliau juga merupakan profesor undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura. • Chao Hick Tin - Peguam Negara. • S. Jayakumar - Timbalan Perdana Menteri SingapuraDELEGASI MALAYSIAKetua Delegasi Malaysia ialah: • Tan Sri Abdul Kadir Mohamad- Duta Kelana, juga Penasihat Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Luar Malaysia. Beliau menjadi wakil Malaysia bagi kes itu. • Datuk Noor Farida Ariffin - Duta Besar Malaysia ke Belanda, bertindak sebagai wakil bersama. • Tan Sri Abdul Gani Patail - Peguam Negara, ketua pasukan undang-undang. Delegasi Malaysia turut disertai oleh: • Sir Elihu Lauterpacht - profesor Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge • James Crawford - profesor Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge • Nicolaas Jan Schrijver - profesor Undang-undang Antarabangsa Awam, Universiti Leiden • Marcelo G. Kohen - profesor Undang-undang Antarabngsa, Graduate Institute of International Studies, Geneva • Penelope Nevill, pensyarah Downing College, Universiti Cambridge.
  5. 5. PENDIRIAN MALAYSIAHak milik Pulau Batu Puteh menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura. Sebelum1965, Singapura merupakan sebahagian dari Malaysia tetapi disingkirkan oleh TunkuAbdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama selepas People’s ActionParty (PAP) mungkir perjanjian yang dipersetujui bagi tidak bertanding di Malaysia.Pelbagai bukti relevan diberikan, seperti peta, dokumen berdasarkan latar belakangsejarah dan prinsip undang-undang antarabangsa seperti penemuan, pemisahan,pertambahan, serahan, serta peraturan "uti possidetis" iaitu sempadan negara-negarabaru merdeka berdasarkan sempadan wilayah jajahan lama, kesinambungan dankesamaan sempadan.Sebelum ini Malaysia meminta Indonesia menerima hakikat bahawa Pulau Sipadan diperairan Laut Sulawesi adalah milik Malaysia setelah diputuskan oleh MahkamahKeadilan Antarabangsa (ICJ).KRONOLOGI TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH1979 Malaysia mengesahkan pemilikannya ke atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge ketika menerbitkan peta rasmi baru.17 Disember 1981 Persetujuan Tun Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew untuk pertukaran dokumen.14 Februari 1980 Singapura menghantar Nota Bantahan terhadap peta baru Malaysia. Bermulalah pertikaian hak Kedaulatan Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.
  6. 6. 16 Oktober 1991 Tun Dr. Mahathir dan Goh Chok Tong mengulangi persetujuan.25 Januari 1992 Persetujuan menyelesaikan isu berdasarkan undang-undang. Pertukaran memorandum masing-masing antara Malaysia dengan Singapura.4 Februari 1993 Rundingan pertama dimulakan tetapi gagal.11 – 13 Januari 1994 Rundingan kedua juga tidak berjaya.6 September 1994 Persetujuan pemimpin untuk merujuk ICJ.Jun 1995, Mac 1996 &April 1998 Rundingan untuk mencapai Perjanjian Khas.1979-2007 Selama 28 tahun kerajaan Malaysia mula menjalankan penyelidikan di lebih 40 tempat di sembilan negara bagi mencari fakta-fakta yang menyokong tuntutan Malaysia.6 Februari 2003 Perjanjian Khas Malaysia dengan Singapura ditandatangani yang bersetuju untuk merujuk pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Puteh ke ICJ.9 Mei 2003 Perjanjian Khas dikuatkuasakan.24 Julai 2003 Pemberitahuan bersama untuk merujuk kes ke ICJ.25 Mac 2004 Penyerahan memorial daripada kedua-dua negara
  7. 7. 25 Januari 2005 Penyerahan memorial balas.25 November 2005 Jawapan balas daripada kedua-dua negara.6-23 November 2007 Perbicaraan di ICJ berlangsung.23 Mei 2008 Panel 16 hakim ICJ bersidang di The Hague, Belanda, mengumumkan keputusan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.Keputusan muktamad: • Singapura mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, sementara, Malaysia mempunyai hak kedaulatan ke atas Middle Rocks. • ICJ dalam keputusannya, memutuskan bahawa kedudukan South Ledge hendaklah ditentukan menerusi rundingan antara Malaysia dan Singapura bagi menentukan di perairan negara mana ia terletak.HUJAH-HUJAH MALAYSIA 1. Hak mutlak kerajaan Johor (Anglo Dutch Treaty 1824, Crawfurd Treaty 1824) 2. Pembinaan rumah api Horsburgh atas persetujuan Sultan dan Temenggong Johor. 3. Tindakan-tindakan pentadbiran dan undang-undang. 4. Pengibaran lambang Tentera Laut Britain sebagai tanda pentadbiran rumah api. 5. Enam peta yang menyatakan Singapura hanya sebagai pentadbir rumah api Horsburgh dan bukan pemilik mutlak ke atas Pulau Batu Puteh. 6. Pemangku SUK Johor tiada kuasa menyerahkan Wilayah Johor. 7. Kes tidak sama kes Ligitan dan Sipadan.
  8. 8. 8. Satu usaha Singapura untuk memperluaskan tanah jajahan / mewujudkan rejim baru. 9. Kedudukan Singapura sebagai pentadbir Rumah Api Horsburgh tidak akan berubah sekiranya Malaysia mendapat kedaulatan.HUJAH-HUJAH SINGAPURA 1. Terra nullius sebelum 1847. 2. Lawful occupation (1847-1851). 3. Tindakan-tindakan pentadbiran dan undang-undang. 4. Perbandingan dengan Pulau Pisang. 5. Enam peta terbitan Malaysia. 6. Surat Pemangku SUK Johor. 7. Persamaan dengan kes Ligitan dan Sipadan.FAKTOR PENTING DALAM PENGHAKIMAN ICJ • ICJ mengiktiraf Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge sebagai milik Johor berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh. Dalam kes ini, Malaysia kalah kerana kecuaian kerajaan Johor dulu yang membiarkan Singapura mengurus rumah api dan pulau itu. • Sejak tahun 1844 hingga 1953 Johor tidak pernah mengambil tahu apa yang dilakukan oleh British dan Singapura ke atas pulau tersebut selain daripada menyelenggara Rumah Api Horsburgh. Tiada bantahan terhadap aktiviti yang menunjukkan Singapura berkuasa ke atas pulau tersebut. Disebabkan itu, Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh. • Pada 1953, tanpa berfikir panjang, Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUK) mengesahkan kepada Singapura bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Johor. Pengesahan itu dibuat secara hitam puteh. Surat yang berbunyi ‘Johor
  9. 9. tidak menuntut hak milik ke atas Pulau Batu Puteh’, sekali gus diputuskan oleh ICJ sebagai mengesahkan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh yang merupakan hak kesultanan Johor dipindahkan kepada Singapura. • Analogi kes ini membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai negara yang tidak mengamalkan konfrontasi atau kekerasan. Malaysia tidak membuat tuntutan tetapi berusaha mengekalkan haknya. Singapura kemudian membuat ‘tuntutan’ hasil usaha, perbelanjaan, komitmen dan sebagainya yang diberikan terhadap pulau itu. Keputusan memihak kepada Singapura dengan kelebihan ia menguruskan dan mengendalikan pelbagai alat yang ada di pulau itu dan dibenarkan oleh Malaysia.DOKUMEN PENTING DARI MALAYSIA • Surat Residen British di Singapura 1824. • Perjanjian Crawfurd antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggong Johor. • Perjanjian Crawfurd 3 Ogos 1824. • Artikel Singapore Free Press 25 Mei 1843. • Surat-surat Gabenor Butterworth, Sultan-sultan dan Temenggong, 1844.IMPLIKASI PERBICARAAN PULAU BATU PUTEHKeputusan seimbangKeputusan itu dianggap seimbang iaitu Singapura untung dan Malaysia juga untung,Dato’ Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini seimbang dan memihak kepadaMalaysia. Singapura dapat dan Malaysia juga dapat. Keluasan Singapura tentunyabertambah 22 batu nautika. Bagaimanapun perundingan lanjut akan diteruskan keranakedua negara mempunyai hak dan kedaulatan untuk terus beroperasi pada keduakawasan yang berdekatan.
  10. 10. Kepentingan dokumentasiSejak dari dahulu lagi Singapura telah menjadi pusat pentadbiran British dan sekaligusmempunyai kelebihan sebagai pusat ilmu pengetahuan. Banyak sekali media cetak,penerbitan dan filem yang bertapak di Singapura berbanding dengan Kuala Lumpursehinggalah Singapura berpisah dari Malaysia.Lantaran itu Singapura mempunyai kelebihan memiliki pelbagai dokumen seperti rekod,surat-surat perjanjian, peta lama, buku-buku klasik, nota catatan, diari dan laporansyarikat dan laporan kerajaan. Semua bahan bertulis ini menjadi bahan artifak yangsahih dan terbukti berguna kepada Singapura untuk menguatkan hujah mereka.Malaysia juga ada institusi sejarah seperti Arkib Negara , Jabatan sejarah dan Muzium.Tetapi Malaysia pernah berhadapan dengan kebakaran bangunan yang menyimpanrekod lama.KeputusanDalam menggulung keputusan pertikaian ini, walaupun pada peringkat awal, rakyat danpemimpin Malaysia berasa yakin Malaysia akan menang sebagaimana Pulau Ligitan danSipadan tetapi kali ini sebaliknya.Hujah Malaysia telah diterima dan pemilikan dari segi sejarah disahkan, tetapikeputusan mahkamah 16-ahli, dengan majoriti 12-4, kebanyakannya berdasarkanaktiviti Singapura selama 100 terakhir. Selain itu ICJ turut mengambil kira dakwaanSingapura mengenai surat oleh Setiausaha Kerajaan Johor pada 1953 kepada kerajaanSingapura mengenai “tiada tuntutan oleh kerajaan Johor berhubung dengan permilikanPedra Branca”.Kawalan sempadan Pulau Batu PutehSebelum ini nelayan Johor dihalang daripada menangkap ikan di perairan tersebut.Dengan keputusan ini, para nelayan kembali bebas bagi melakukan aktiviti perikanan di
  11. 11. kawasan Middle Rocks dan South Ledge, sebaik sahaja persempadanan kedua negaraditetapkan. Sebarang kemalangan, jenayah laut, aktiviti lanun dan sebagainya di PulauBatu Puteh pula hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa Singapura. Ini termasuklahaktiviti pelayaran dan aliran kapal kargo dan kapal tangki dari Laut China Selatan keSelat Melaka.Implikasi hubungan diplomatikHubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura dijangka terus terjalin eratmeskipun ada pasang dan surutnya. Sebarang keputusan yang diputuskan oleh ICJtidak boleh dirayu lagi. Sebagai rakyat negara yang bertamadun dan bernaung dibawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kita haruslah menerima keputusanICJ itu.Kredibiliti ICJBarisan hakim dari ICJ jelas mengakui tuntutan Malaysia dari segi sejarah, tetapimemihak kepada kepada Singapura majoriti 12 - 4 disebabkan tiada aktiviti oleh pihakMalaysia di pulau tersebut dalam tempoh 100 tahun kebelakangan.KESAN POSITIF KEPADA MALAYSIA SELEPAS PENGUMUMAN HAKKEDAULATAN PULAU BATU PUTEH, MIDDLE ROCKS & SOUTH LEDGE • Keputusan itu adalah sesuatu yang tidak dijangka atau ‘Blessing in Disguise’ (perkara baik yang pada awalnya tidak diketahui). • Nelayan kita kini bebas memasuki Middle Rocks selepas 22 tahun dihalang memasukinya. • Malaysia kini bebas dan mempunyai kuasa untuk melakukan pelbagai kegiatan di Middle Rocks dan perairan sekitarnya termasuk menempatkan kapal tentera laut, menjalankan kajian meteorologi dan mengawal ruang udara di kawasan tersebut - kesemuanya tidak dapat dilakukan sebelum ini.
  12. 12. • Singapura yang sebelum ini bertindak mengawal perairan di Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge sejak tahun 1986 tidak lagi mempunyai kebebasan untuk berbuat demikian kerana bidang kuasa mereka kini terhad kepada Pulau Batu Puteh semata-mata.• Keputusan ICJ sekali gus mengingatkan Singapura bahawa mereka kini tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenangnya di Pulau Batu Puteh dan kawasan perairannya kerana kedudukan pulau itu yang terlalu hampir dengan Middle Rocks menuntut republik itu supaya lebih berhati-hati.• Tindak-tanduk seperti pemasangan radar di pulau berkenaan, kini tidak lagi boleh dilakukan sesuka hati kerana ia perlu mengambil kira ‘jiran’ yang memiliki kedaulatan ke atas Middle Rocks.• Penyerahan hanya Pulau Batu Puteh kepada Singapura ternyata mengekalkan status quo republik itu terhadap pulau berkenaan selain memelihara segala perjanjian berhubung urusan persempadanan antara Malaysia dengan Indonesia.• Begitu juga dengan cita-cita Singapura seperti yang diserlahkan dalam hujah bertulisnya untuk melakukan penambakan di sekitar Pulau Batu Puteh ternyata tidak kesampaian kerana Middle Rocks kekal milik Malaysia.• Keputusan ICJ mesti dilihat dari sudut yang amat luas dan tidak menghadkan kepada kehilangan Pulau Batu Puteh semata-mata. Keputusan majoriti 15-1 bagi Middle Rocks amat jelas menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kedaulatan ke atas bentuk maritim, selain ICJ sendiri mengesahkan hak milik asal Pulau Batu Puteh adalah di bawah Kesultanan Johor, cuma kecuaian negara ialah tidak peduli apa yang dilakukan oleh British kemudiannya Singapura ke atas pulau tersebut.• Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa dengan menggunakan pendekatan undang-undang untuk menyelesaikan isu persempadanan adalah cara yang diplomatik dan menjadi contoh terbaik kepada negara-negara lain untuk menggunakan cara ini seterusnya kelak.
  13. 13. PENGAJARAN DARIPADA KES • Segala proses yang melibatkan kerajaan mestilah melalui bukti hitam puteh (dokumen bertulis). • Dokumen-dokumen tersebut perlu disimpan dalam keadaan yang baik dan kemas. • Semua dokumen seperti rekod, surat-surat perjanjian, peta lama, buku-buku klasik, nota catatan, diari dan laporan syarikat dan laporan kerajaan (bahan bertulis) harus diserahkan kepada institusi sejarah seperti Arkib Negara, Jabatan sejarah dan muzium untuk dijadikan bahan artifak yang sahih bagi kemudahan generasi yang akan datang terutama yang melibatkan kes perundangan antarabangsa. • Pemilihan kes persempadanan haruslah dirujuk kepada badan kehakiman dunia seperti ICJ (menggunakan pendekatan undang-undang) kerana ia merupakan cara yang diplomatik dan menjadi contoh terbaik kepada negara-negara lain. • Semua individu mesti membuat sebarang keputusan dengan kajian yang terperinci dan menyeluruh agar keputusan yang diperoleh tepat serta memenuhi kehendak dan keperluan.APA KATA MEREKA?“Menang pun, tak menang semua. Kalah pun, tak kalah semua. Itulah keadilannya.Saya tahu rakyat Malaysia terutama penduduk Johor akan ada yang emosionalmengenai keputusan ini. Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman danadil. Keadilan itu mestilah diakui. Kita akan mengambil tindakan-tindakan seterusnyauntuk menentukan garis-garis sempadan di kawasan perairan berkenaan.”Dato’ Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri MalaysiaBerucap pada sidang media di Tokyo ketika sesi lawatan beliau ke Jepun.
  14. 14. “Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak…pada satu peringkat mahkamah ICJ memutuskan mengikut fakta sejarahdan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan hallain berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh. Dalam keadaan win-win situation inilah kitadapat menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan.”Datuk Seri Utama Dr. Rais YatimMenteri Luar Negeri“Kelemahan kita dari segi pentadbiran dan surat Setiausaha Kerajaan Negeri pada1953. Dari segi sejarah, pulau itu dan pulau lain sebenarnya milik Johor. Mahkamahmemperakui hak itu bersandarkan Perjanjian 1819, Mac 1824, perjanjian Ogos 1824,Perjanjian 1927 dan sebagainya.”Prof. Dr. Nik Anuar Nik MahmudPakar SejarahUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)“Jawapan balas itu adalah berkaitan dengan pulau tersebut secara keseluruhannya danbukan semata-mata rumah api. Apabila surat itu dibaca dalam konteks permintaan olehSingapura mengenai maklumat status Pulau Batu Puteh, adalah menjadi bukti bahawasurat berkenaan menyentuh isu kedaulatan pulau tersebut. Oleh itu mahkamahmenyimpulkan bahawa surat jawapan itu jelas menunjukkan bahawa mulai tahun 1953,Johor maklum ia tidak lagi mempunyai kedaulatan ke atas Pedra Branca/Pulau BatuPuteh.”Hakim Awn Shawkat Al-KhasawnehPemangku Presiden ICJ,Beliau yang mempengerusikan persidangan ICJ bagi memutuskan tuntutan bertindih ke atas Pulau BatuPuteh, Middle Rocks dan South Ledge.
  15. 15. “Berlakunya pertikaian selama 28 tahun itu, akan membantu Asia dan Singapuramengorak langkah bagi menyelesaikan isu lain yang belum selesai. Malaysia jugamenunjukkan kejujuran sejak daripada awal untuk menyelesaikan isu itu secara amandan persahabatan.”Prof. Dr. Wahabudin Ra’eesKetua Jabatan Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)KESIMPULANBiarpun keputusan ICJ memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, iatidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Semua pihak juga tidak menyalahkansesiapa atas keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka. Ini kerana, Malaysiatelah bersetuju untuk menyerahkan kepada kredibiliti ICJ dan menerima keputusanmuktamad yang diberikan. Walaupun begitu, Malaysia akan memastikan sebarangkeputusan yang dilakukan negara jiran kelak tidak akan menggugat kepentingan rakyatMalaysia terutama di Johor. Malaysia juga memantau secara dekat kaedah yangdilaksanakan jawatankuasa teknikal bersama Malaysia-Singapura untuk menangani isuperairan sekitar Pulau Batu Puteh dalam memastikan ia bukan sahaja menjagahubungan kedua-dua negara tetapi kepentingan rakyat Johor terutama nelayan.Sumber Maklumat:Utusan Malaysia, 24 Mei 2008Berita Harian, 25 Mei 2008BERNAMA, 23 Mei 2008Warta Perdana, RTM ( 17 hingga 23 Mei 2008)Kementerian Luar NegeriWikipedia Bahasa Melayu.http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/20080523234501/Article/index_html New Strait Times

×