TUGASAN INDIVIDU PITO 2012
Sila pilih satu tajuk tugasan daripada setiap kursus Pitos berikut:
PITOS 101
Pensyarah : Prof. Madya Dr. Hazri Jamil (Penyelaras) / Dr. Sah Hadiyatan
Jawab 1 soalan daripada soalan-soalan di bawah :
1. Bincangkan sumbangan dan ciri-ciri pensejarahan Ranke.
2. Mengapakah pengadilan moral ditentang oleh sesetengah sejarawan dan apakah pula
alasan-alasan pihak yang meyokong pengadilan moral dalam sejarah.
3. Mengapakah sumber sejarah perlu ditafsir? Bagaimanakah pula kritikan luaran dan
kritikan dalaman dijalankan dalam penyelidikan sejarah.
PITOS 102
Pensyarah : Dr. Shahabudin Hashim (Penyelaras) / Prof. Madya Dr. Hazri Jamil
TUGASAN 1 – Apakah kaedah pengajaran yang dapat menarik minat murid untuk
mempelajari Sejarah? Berikan pendapat anda.
TUGASAN 2 – Jika anda terpilih sebagai panel pemilihan guru cemerlang sejarah,
bincangkan kriteria-kriteria yang perlu diambil kira terutamanya dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran.
TUGASAN 3 – Sumber digital sejarah membantu meningkatkan minat murid serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah menarik. Berdasarkan pemerhatian
anda, sejauh manakah penggunaan sumber digital sejarah dalam kalangan guru sejarah?
PITOS 103
Pensyarah : Prof. Madya Dr. Ahmad Jalani (Penyelaras) / Puan Renuka Ramakrishnan
TUGASAN 1 – Nyatakan perbezaan antara zaman prasejarah dan protosejarah. Bincangkan
zaman Prasejarah di Malaysia
TUGASAN 2 – Ciri-ciri ketamadunan telah bermula dalam zaman neolitik dan zaman
logam. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
TUGASAN 3 - Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara dikategorikan
berdasarkan kedudukan geografi dan sosioekonomi masyarakatnya. Berdasarkan pernyataan
ini, bincangkan persamaan, perbezaan dan konsep saling bergantungan antara kerajaan agraria
dan kerajaan maritim.
PITOS 104
Pensyarah : Dr. Ku Boon Dar (Penyelaras) / Dr.Mohd Khalid Bin Md.Taib
TUGASAN 1 – “Melaka was also admirably equipped to satisfy the physical needs for the
traders” [Melaka juga mempunyai persediaan yang baik untuk memenuhi kehendak fizikal
pedagang-pedagang] (Barbara & Leonard Andaya, A History of Malaysia, hlm.42).
Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk kepada kemunculan Melaka sebagai pusat
perdagangan antarabangsa pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.
TUGASAN 2 – "Sistem warisan dalam masyarakat yang menjadi asas tradisi kekeluargaan
Melaka adalah sistem patrimonial, iaitu jurai dan 'perut' sebelah bapa lebih dipentingkan."
Bincangkan pernyataan tersebut. (Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,...
hlm. 281)
TUGASAN 3 - "Pada dekad-dekad awal abad ke-19, pergolakan politik terus berlaku di
Negeri Sembilan...salah satu sebab yang menimbulkan perselisihan pada masa itu ialah
perebutan kuasa di antara anak-anak raja."
Jelaskan pernyatan tersebut. [Khoo Kay Kim, Negeri-Negeri Melayu Pantai Barat, 1850-
1873: Kesan Perkembangan Dagang Terhadap Politik Melayu,...hlm. 44]
PITOS 105
Pensyarah : Dr. Najeemah Mohd Yusof (Penyelaras) / Dr. Subadrah Nair
TUGASAN 1 – Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 telah menimbulkan pelbagai
kesan politik dan sosial. Bincangkan kesan-kesan tersebut.
TUGASAN 2 – Pada pendapat anda apakah kebaikan dan keburukan campur tangan British
di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
TUGASAN 3 - Pada pendapat anda apakah kesan sosioekonomi kepada rakyat akibat
kebangkitan semangat kebangsaan Tanah Melayu.
PITOS 106
Pensyarah : Prof. Madya Dr. Hazri Jamil (Penyelaras) / Puan Renuka Ramakrishnan
TUGASAN 1 – Campurtangan British pada tahun 1874 telah memberi impak yang besar
terhadap ekonomi Tanah Melayu.Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
TUGASAN 2 – Apakah yang anda faham dengan maksud gerakan Islah? Mengapakah
gerakan ini tidak mendapat sokongan menyeluruh daripada masyarakat Tanah Melayu pada
awal abad ke 20?
TUGASAN 3 - Bincangkan kesan sosial dan ekonomi pendudukan Jepun di Tanah
Melayu (1942-1945). Sertakan imej sejarah yang berkaitan untuk mengukuhkan
perbincangan anda.
PITOS 107
Pensyarah : Prof. Madya Dr. Khadijah Zon (Penyelaras) / Dr. Sah Hadiyatan Ismail
TUGASAN 1 – Sistem ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional berteraskan ekonomi sara
diri. Bincangkan sebab-sebab sistem tersebut diamalkan dan apakah pada pandangan anda
kesannya terhadap masyarakat Melayu?
TUGASAN 2 – Perkembangan sektor perlombongan dan pertanian-perladangan mengubah
konsep ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial pada kurun 19 hingga awal kurun ke 20.
Bincangkan kesan perkembangan ini kepada setiap kumpulan etnik masyarakat yang ada di
Tanah Melayu pada masa itu.
TUGASAN 3 - Pilih mana-mana SATU(1) Dasar Negara pasca merdeka yang di nyatakan
di bawah ini dan beri pandangan anda terhadap implikasi dasar tersebut kepada
perkembangan sosio-ekonomi Malaysia:
a) Dasar Ekonomi Baru (DEB) : 1971 – 1900
b) Dasar Pembangunan Nasional: 1991 - 2000
c) Dasar Wawasan Negara: 2000 - 2010
___________________________________________________________________
FORMAT PENULISAN
1. Jawapan dalam bentuk esei
2. Panjang 5-7 m/s
3. Font : 12 (Times New Roman)
4. Jarak 1.5
5. Sertakan rujukan
*****SELAMAT MENJAWAB*****