2. Pengertian Sosiologi
• Perkataan ini dimasyhurkan oleh Auguste Comte (1798 –
1857)
• Seorang ahli Sosiologi Perancis (one of the founders of
sociology and positivism)
• Berasal dari perkataan Latin: socius = companion (kongsi),
logos = knowledge (pengetahuan).
• Boleh membawa maksud:
- pengetahuan mengenai masyarakat
- kajian saintifik tentang masyarakat dan hubungan manusia.
- pembelajaran tentang kehidupan sosial serta kesan dan
akibat sosial terhadap tingkah laku manusia
• ‘sociology is the scientific study of human society and social
interactions. The main focus of sociology is the group, not the
individual’ (Tisher et al., 1983)
3. • Maka, sosiologi dianggap ilmu yang saintifik kerana ada
kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru, pemerhatian,
penggunaan generalisasi, ada kebenaran, bersistematik,
analisis, dan bersifat objektif.
• Secara umum, sosiologi bermaksud bidang yang baru
mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan
masyarakat dan hubungan manusia. Ini termasuklah dari
aspek budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.
• Ianya bertujuan memahami dan meramal perubahan
masyarakat.
• Tujuan utama sosiologi ialah untuk :
- mengetahui struktur asas masyarakat manusia
- mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang mengerat atau
melemahkan mereka; dan
- mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan
sosial mereka.
4. Perspektif Sosiologi
• Persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli sosiologi ialah
berasaskan pada teori, analisis dan mentafsir data
secara saintifik.
• Laporan daripada ahli sosiologi adalah tepat dan
seboleh-bolehnya mengelakkan berlakunya berat
sebelah.
• Kaedah saintifik dan empirik yang digunakan untuk
melihat tingkah laku manusia ini disebut ‘perspektif
sosiologi’
• Secara umumnya tumpuan perspektif sosiologi ialah
pada tingkah laku masyarakat, memahami corak
interaksi dan proses kelompok.
• Ianya meliputi 2 bidang iaitu mikro dan makro.
5. • Mikro sosiologi adalah bersifat atau berskala kecil atau
individu.
• Misalnya gaya interaksi seseorang individu dengan individu
yang lain, peranan yang dimainkan dan kesannya kepada
masyarakat.
• Makro sosiologi adalah bersifat lebih besar dan kompleks ;
melibatkan sesebuah organisasi, masyarakat dan negara.
• Misalnya seperti isu peperangan, pengangguran, kemiskinan
dan lain-lain.
• Mikro dan makro adalah saling berkaitan.
• Misalnya isu individu seperti penyalahgunaan dadah boleh
melibatkan masalah dalam masyarakat seperti timbulnya
ragut, kecurian dan lain-lain.
• Bidang sosiologi adalah luas dan mencakupi isu atau
masalah sains sosial yang lain seperti sejarah, politik,
ekonomi, psikologi dan sebagainya.
6. Sejarah Perkembangan Sosiologi
• Perlu dikaitkan dengan sarjana Islam bernama Ibnu Khaldun
(1332 – 1406).
• Nama penuh: Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad
bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin
Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun.
• Merupakan seorang ahli falsafah, ahli pentadbir dan
penasihat kerajaan.
• Dianggap sebagai ahli sains sosial dan bapa kepada ilmu
sosiologi.
• Beliau banyak membuat pemerhatian dan pangkajian secara
empirikal dan sistematik terhadap masyarakat.
• Beliau menyatakan bahawa tingkahlaku manusia adalah
tertakluk kepada peraturan alam.
• Beliau juga menggunakan hukum sejarah untuk memahami
perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat.
7. Antara Kajian dan Sumbangan Ibnu Khaldun
1. Perbandingan masyarakat desa dan bandar
2. Konsep Asabiyah (Solidariti Sosial)
3. Aspek ekonomi: pengeluaran, perdagangan antara
bangsa dan perubahan harga barang.
4. Buku yang tersohor: Muqaddimah iaitu berkaitan
dengan Sosiologi Sejarah.
8. Sambungan… (Sejarah Perkembangan Sosiologi)
• Pada abad ke 18 & 19, baharulah muncul ahli sosiologi
moden di Barat.
• Pada masa tersebut ramai ahli-ahli fikir yang mahu
memisahkan disiplin sosiologi daripada disiplin-disiplin lain
termasuk falsafah.
• Ahli sosiologi menumpukan kajian masyarakat hasil
perubahan revolusi industri.
9. • Antara tokoh-tokoh Sosiologi di Eropah ialah Auguste
Comte (1796-1857), Herbert Spencer (1820-1903), Karl
Marx(1818-1883), Emile Durkheim (1858-1917) dan Max
Weber (1864-1920).
• Pada tahun 1896, muncul penyelidikan pertama, iaitu
The American Journal of Sociology.
• Antara kandungannya ialah berkaitan dengan cadangan
penyelesaian masalah sosial.
• Penyelesaian ini penting kerana ketika itu berbagai-
bagai masalah sosial wujud akibat daripada
perbandaran dan perindustrian.
• Perkembangan ilmu sosiologi di Amerika pada awal
abad ke-20 dikaitkan dengan tokoh seperti Talcott
Parson (The Social System) dan Robert K. Merton.
Antara bukuny (Social Theory and Social Structure)
10. • Perkembangan sosiologi berkembang pesat dan
semakin mendapat sambutan di Amerika sehingga
banyak universiti menawarkan kursus sosiologi.
• Sehingga tahun 1960, perkembangan sosiologi
pendidikan di Amerika Syarikat meningkat sejak
penerbitan buku Sociology of Teaching (1932).
• Di Malaysia, perkembangannya boleh dianggap masih
baru. Mula diperkenalkan kursus ini di UM, di Jabatan
Pengajian Melayu pada tahun 1971.
• Berkembang dengan lebih pesat apabila UM
menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologi.
• Kini kajian sosiologi bolehlah dikatakan selari dengan
disiplin pendidikan disamping menumpukan kepada
interaksi manusia, penyelesaian masalah sosial, sistem
kekeluargaan, bangsa, demografi dan juga pendapat
umum.
11. Tokoh-Tokoh Penting
• Auguste Comte (1798 – 1857):
- Bagi dunia Barat, beliau dianggap bapa sosiology (The
father of Sociology).
- Gelaran diberikan kerana sumbangannya
memperkenalkan perkataan Sosiologi dalam bukunya
Cours de Philosophy Positive.
- Lahir di bandar Montpellier, Perancis dan berminat
dalam pengajian matematik dan sains tulen.
- memperkenalkan konsep Law of Human Progress iaitu:
a) Peringkat keagamaan atau teologi
b) Peringkat metafizik atau bastrak
c) Peringkat saintifik atau positif
12. Herbert Spencer (1820 – 1903)
• Berasal dari England, menerima pendidikan dalam bidang
matematik dan sains tulen.
• Antara bukunya: Social Statics (1850), The Study of
Sociology (1874) dan The Principles of Sociology (1876)
• Kajiannya bertumpu kepada: kawalan sosial, kekeluargaan,
politik, agama, pekerjaan dan stratifikasi.
• Menurut beliau setiap bahagian dlm masyarakat mempunyai
peranan yang tersendiri dlm membentuk kestabilan sosial.
• Percaya bahawa masyarakat hidup mengikut Principle of
Natural Laws, iaitu yang kuat dapat mengatasi yang lemah.
• Spencer juga memperkenalkan konsep Survival of the Fittest
yang menerangkan manusia perlu bersaing dengan
persekitaran untuk mendapatkan kemajuan. Sesiapa yang
tidak dapat bersaing akan menjadi lemah.
• Percaya bahawa konflik perlu dalam proses evolusi
13. Emile Durkheim (1858 – 1917)
• Berasal dari Perancis. Pelajar dalam bidang undang-undang,
falsafah dan sains sosial.
• Karyanya yang terkenal: The Division of Labour in Society,
Rules of Sociological Method, dan Suicide.
• Kajian sosiologinya yang menggunakan statistik untuk
membuktikan hipotesis menjadi panduan ahli sosiologi
moden. Oleh itu beliau dianggap pelopor kepada kaedah-
kaedah sosiologi.
• Beliau menggunakan konsep organik solidariti (masyarakat
perindustrian yang saling bergantungan) dan mekanikal
solidariti (bentuk hubungan manusia dalam masyarakat pra
industri kecil di mana individu di dlm adalah sama dan akan
hidup bersama)
• Menyatakan bahawa fenomena sosial berlaku disebabkan
oleh faktor sosial yg mempunyai pelbagai perbezaan.
14. Teori-Teori Utama dalam Sosiologi
1. Teori Fungsionalisme
• Diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan
Emile Durkheim.
• Banyak dipengaruhi bidang Biologi.
• Teori ini mengatakan masyarakat berkembang dan stabil
berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.
• Masyarakat merupakan satu set organisme dan setiap organ
ada peranannya yang tersendiri.
• Kehidupan masyarakat sentiasa berhubung dengan institusi
yang besar.
• Integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
• Menurut Spencer, masyarakat ada struktur dan ada kaitan
dengan agama, keluarga dan negara.
• Perubahan dlm sesuatu bhgian akan mempengaruhi yang lain
15. • Fungsionalis berpendapat proses sosialisasi sebagai
fungsi yang penting dalam mengintegrasikan corak
interaksi di sekolah dan memberikan pendidikan kepada
murid-murid mengenai nilai kejayaan.
• Menurut Parson, manusia mengharapkan keperluan
asas dan keperluan bersosial
• Lain masyarakat, mungkin lain cara berhubung dan
bersosial.
• Di Malaysia sistem pendidikan masih mengekalkan
kehendak pendekatan fungsionalis dengan menerapkan
nilai FPN seperti budaya, bahasa, agama, nilai-nilai
agama dan melahirkan insan yang maju dan seimbang.
• Juga aspek pendidikan sebagai agen perubahan sosial.
16. Teori Konflik
• Diperkenalkan oleh Karl Marx. Merupakan seorang ahli sains
sosial dan ahli ekonomi dari Jerman.
• Karya yang terkenal: The Communist Manifesto
• Mengutamakan kaedah determinisme (kuasa ramalan).
• Konflik bukan bermaksud di dalam keadaan yang ganas
tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti,
persaingan dalam institusi agama dan sebagainya.
• Antara idea teori ini dlm bidang sosiologi ialah:
- Interaksi sosial berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara
dan bukan kerjasama.
- Perjuangan punca perubahan sosial
- Konflik akan sentiasa berlaku dlm masyarakat – perubahan.
- Yang berkuasa dapat memaksa yang lemah melalui persetujuan
- Konflik sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan.
- Kesan konflik adalah positif iaitu penyatuan. Tidak merosakkan
masyarakat.
- Konflik kelas bergantuang kepada keadaan politik, ekonomi dan
sosial. Yang paling utama adalah faktor ekonomi.
17. • Pendekatan ini mementingkan aspek politik dan ekonomi
dlm pembentukan masyarakat.
• Masyarakat berada dalam keadaan berubah-ubah,
berkonflik dan sentiasa ingin menguasai antara satu
sama lain serta memperjuangkan kepentingan masing2.
• Terdapat 3 perkara penting yang berlaku pada
masyarakat iaitu; konfilk, perubahan, dan paksaan.
• Teori ini melihat pendidikan sebagai alat untuk
membentuk susun lapis masyarakat mengikut kehendak
orang yang berkuasa / status tinggi.
• Fungsi sekolah mengikut keperluan industri, dan
kehendak golongan tertentu.Mengekal dan
pembentukan kawalan sosial.
• Faedah kepada mereka yang berkuasa. (elit/non elit)
18. Teori Interaksionalisme
• Dipengaruhi oleh Max Weber, ahli sejarah sosial Jerman.
• Setiap individu perlu memahami dunia masyarakat dari sudut
pandangan individu.
• Juga dikenali sebagai ‘symbolic interactionisme’, yg
diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863 – 1931).
• Ciri-ciri teori ini ialah:
- Interaksi sosial harian (bukan struktur besar)
- Individu dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.
- Byk menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat,
gerak geri, lambang dan sebagainya.
- Komunikasi dan cara hidup manusia ada simboliknya dan
sangat penting. Cth: hadiah dari pelajar kepada guru mungkin
ada simbol atau maksud yang tersendiri.
* Kesimpulan teori ini: kehidupan sosial ialah hasil daripada
interaksi.
19. • Dari aspek pendidikan, pendekatan ini lebih folus kepada
pandangan mikro dan bukannya makro.
• Memberi tumpuan yang lebih luas kepada sekolah, bilik
darjah dan perkembangan kurikulum.
• Memahami interaksi antara guru dan murid.
• Mennghidupkan peranan sekolah yang sebenarnya dan
menjanjikan pendidikan untuk semua.
20. Hubungan Sosiologi dengan Pendidikan dan
Pengenalan Sosiologi Pendidikan
• Pada abad ke-20, perhubungan sosiologi dengan pendidikan
semakin kukuh di mana kajian sosiologi semakin aktif, dan
isu-isu pendidikan juga perlu mendapat khidmat dari pakar
sosiologi.
• Sosiologi Pendidikan : Kajian tentang masyarakat dlm institusi
pendidikan yg menggunakan pendekatan dan teknik
sosiologi.
• Contohnya: Di sekolah, guru memupuk perwatakan murid
supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna. Dengan
perkataan lain, perkembangan murid sesuai dengan
kehendak mesyarakat. Untuk mencapai tujuan ini, peranan
persekitaran penting dalam memupuk nilai murni murid-murid.
21. Fungsi dan Peranan Sosiologi Pendidikan
• Alat kemajuan masyarakat melalui kerjasama dan fungsi
sekolah.
• Menentukan objektif pendidikan.
• Sebagai sosiologi pendidikan (menganalisis disiplin
pendidikan)
• Analisis proses pemasyarakatan.
• Melatih guru-guru memahami isu dan masalah
pendidikan.
• Analisis kedudukan pendidikan dalam masyarakat.
• Analisis perhubungan sosial dalam konteks sekolah dab
sekolah dengan komuniti.
• Kesimpulannya sosiologi pendidikan amatlah penting
untuk mencapai matlamat pembangunan negara, guna
tenaga dan perpaduan bangsa.
22. Proses Sosialisasi
• Merupakan satu proses di mana seseorang mempelajari dan
memahami kebudayaan serta tingkah laku yang berkaitan
dengan peranan sosialnya.
• Proses sosialisasi amatlah penting difahami oleh guru-guru
kerana ia boleh mempengaruhi personaliti dan disiplin
seseorang murid baik di peringkat sekolah rendah atau
menengah.
• Agen-agen Sosialisasi:
- Keluarga (ibu bapa, adik beradik dan saudara terdekat)
- Rakan sebaya
- Media massa.
23. RUJUKAN
• Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas
Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Batu Caves:
Thinker’s Library Sdn Bhd.
• Gidden, A. 1982. Sociology: A Brief but Critical
Introduction. New York: Harcourt Brace
Jovanovich
• Sharifah Alwiyah Alsagoff. 1987. Sosiologi
Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann (M) Sdn
Bhd