Penggunaan ICT Dalam P&P

I

SME 6044 Isu-isu Kontemporary Dalam Pendidikan Matematik

PENDAHULUAN


               Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik Darjah


Esei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia
pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia
tanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu
serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap
bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia.
Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia
pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa.
       Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat
setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola
dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk
menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar
sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung
dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang
digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini
sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan
sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan
yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan
dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.


Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan
1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan
  pengiraan kompleks.
2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat
  dan tepat.
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai
  kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh
  dalam keadaan biasa
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan:
   - Pembelajaran terarah kendiri
   - Pembelajaran akses kendiri


Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005)
menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi
maklumat    dalam   pembangunan     pendidikan.   Langkah       ini   bertujuan   merancakkan
pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan
teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua
rakyat mendapat manfaat daripada ICT.
       Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran
penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam
pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik
pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat
dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi
dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran.
       Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan
komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektual
yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat
berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial.
Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap
Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21,
negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi,
liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan
pendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan
guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
ISU 1


FAKTOR GURU
i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam
pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional
relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan
dilakukan dengan berkesan.


ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan.
- Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan komputer
iaitu:-
1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut.
2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi.
3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam
penggunaan komputer.


iii) Masa dan beban tugas guru
- Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru
menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar
serta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajar
yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu
seminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan
mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi
setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini
akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu
menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran.
          Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan
menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah
penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan             ICT oleh guru-guru
menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakan
ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).
iv) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P
-Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina
persembahan    dan   mengintegrasikan    multimedia    sekurang-kurangnya    menggunakan
Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi
mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk
digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik,
tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan
saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan
komputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap
yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru
kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru
jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel
elektronik dan laman web dalam pengajaran.




ISU 2


FAKTOR SEKOLAH


Peranan dan sikap pengetua
- Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikal
terhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerak
yang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untuk
meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan
keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan.
Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologi
instruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikan
hasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi
   instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan
 diseluruh negara.
3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer
sebagai subjek teras.
4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi
  instruksional.
5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui
  motivasi intrinsik.
6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan
  keperluan teknologi instruksional.
7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah
  menggunakan teknologi maklumat.
8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi instruksional
  berbanding pedagogi.


Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan.


Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan guru-guru diarahkan
memberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku latihan pelajar-
pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan
guru menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yang
dibuat oleh pelajar menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guru
berbanding dengan memberikan latihan melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebut
menjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan oleh
pentadbir sekolah.
Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspek
lain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap perkara yang sangat penting
samada oleh guru , pelajar dan ibubapa. Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayu
pengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranan
dengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budaya
atau fenomena berikut:
       Mengajar dan belajar untuk peperiksaan.
       Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di
       dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Guru akan
       memberikan        latihan secara berterusan hingga mengabaikan kaedah pengajaran
menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak memulakan
        pengajaran dan pembelajaran.
        Menghabiskan sukatan pelajaran seberapa segera.
        Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan pelajaran dengan
        secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai masa memberikan soalan latih
        tubi bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada masanya guru
        sekadar ‘ menunjuk dan memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa memberi
        peluang atau kesempatan pelajar memahami konsep tersebut.


        Pembelajaran yang lumpuh.
        Istilah ini diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri
        Wan Zahid Nordin. Menurut beliau pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita
        disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan
        cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami
        konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian




ISU 3


KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN


Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana dan
bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad
kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengira
status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.


1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar


Bilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk
memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Bilik
komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan
penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam
satu-satu masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus
kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya
tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian kerana
untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan
asas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akan
dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupun
hampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak
dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan
jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang
boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami
menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa
berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggu
kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.




2. Pembekalan yang tidak berkualiti


Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam
pengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanya
yang sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologi
komputer. Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-
tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar.
Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap
di sekolah


3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolah


Makmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan.
Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan.
Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah ini
masih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalam
makmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah
rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana
makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja
penyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini
bermakna    beban   tugas   guru   teknologi   maklumat    semakin    bertambah.Kerja-kerja
penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas
sesebuah komputer. Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yang
kurang mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan
pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang
besar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah
membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi
penyenggaraannya terabai.


4. Perisian komputer


Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian
pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya
menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan
perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri
multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada
komponen.:Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini.
Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga,
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arah
penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk
mempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian
pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru
hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun.




Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu
       memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer,
       lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.
meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan
        perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan
        infrastruktur.
        wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD
        sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
        wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran
        pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan
        pengajaran dan pembelajaran.


Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu
        menyelenggara peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu.
        menyediakan infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan
        pedalaman.
        menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan
        keperluan dan kesesuaian
        memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi
        piawai, keperluan dan kesesuaian
        memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua sekolah.


ISU 4


JURANG ICT DAN DIGITAL
Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang
lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami dan
menggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah
   -    Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT.
   -    Faktor Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik
   -    Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses
        maklumat
   -    Faktor Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami
        bahasa internet dengan baik
Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif-
inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komuniti
dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda.
Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan
pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosial
dan akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan.
        Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi,
pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi
kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di
negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital
yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan
perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan
meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan
dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar.




ISU 5


PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA
Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk
melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti
laman sosial Myspace, Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial,
permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa
kini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang
sukar dikawal. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka
daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan
amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan
haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan
pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar
diterapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.
Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet
dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan
pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.




KESIMPULAN


Harapan Negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi
keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan
teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagai
pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini.
Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negara
yang berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran
Malaysia perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Recomendados

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran por
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
40.2K visualizações66 slides
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN por
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANCABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN
CABARAN DAN ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKANSuhaili Hanafi
37.9K visualizações13 slides
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran por
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
4.2K visualizações38 slides
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional por
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
50.8K visualizações32 slides
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan. por
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
20.2K visualizações22 slides
4.1 teori keprihatinan por
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
12.9K visualizações31 slides

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

KONSEP PROJECT-BASED LEARNING por
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGZahidah Harun
25.5K visualizações56 slides
1. profesion professional profesionalisme por
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalismeZul Isa
3K visualizações37 slides
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan por
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
43.1K visualizações14 slides
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah por
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahSohib AlQuran
9.9K visualizações3 slides
Penggunaan ICT dalam P&P por
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PShah Awang
22.8K visualizações45 slides
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan) por
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
7.9K visualizações10 slides

Mais procurados(20)

KONSEP PROJECT-BASED LEARNING por Zahidah Harun
KONSEP PROJECT-BASED LEARNINGKONSEP PROJECT-BASED LEARNING
KONSEP PROJECT-BASED LEARNING
Zahidah Harun25.5K visualizações
1. profesion professional profesionalisme por Zul Isa
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
Zul Isa3K visualizações
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan por alexsonn
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
alexsonn43.1K visualizações
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah por Sohib AlQuran
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Sohib AlQuran9.9K visualizações
Penggunaan ICT dalam P&P por Shah Awang
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
Shah Awang22.8K visualizações
Dasar kebudayaan kebangsaan por asyikin hashim
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
asyikin hashim85.8K visualizações
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP por Aina Shafina
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Aina Shafina17.6K visualizações
Integrasi nasional por munnianwar
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
munnianwar235.5K visualizações
Konsep kemahiran berfikir por firo HAR
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
firo HAR47.7K visualizações
Pendidikan bertaraf dunia por Durratun Dian
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
Durratun Dian37.3K visualizações
Ulasan artikel por Ker0
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
Ker038.2K visualizações
Pengenalan kepentingan rph por LuqmanZaaba
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
LuqmanZaaba21.5K visualizações
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf por Saanah Edi
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdfBUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
BUKU_PANDUAN_PENTAKSIRAN_KEMASKINI_JANUARI_2022 (1).pdf
Saanah Edi777 visualizações
Ict dalam pendidikan por Roiamah Basri
Ict dalam pendidikanIct dalam pendidikan
Ict dalam pendidikan
Roiamah Basri4.6K visualizações
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman) por Sherly Jewinly
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Sherly Jewinly4.4K visualizações
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN) por Fizz Scopio
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
Fizz Scopio17.2K visualizações
Perbezaan individu por Ct Muna
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
Ct Muna2.2K visualizações
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru por Hishamuddin Jabar
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Hishamuddin Jabar37.2K visualizações
Kod etika profesion keguruan por Izzat Najmi
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
Izzat Najmi80.7K visualizações

Destaque

tmk dalam pdp por
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdpOsni Osman
9.8K visualizações62 slides
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan por
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
10.8K visualizações11 slides
Amalan penggunaan tmk dalam p&p por
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pMohd Sohaimi Ismail
18.3K visualizações55 slides
Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment por
Teknologi maklumat dalam pendidikan assignmentTeknologi maklumat dalam pendidikan assignment
Teknologi maklumat dalam pendidikan assignmentBunga Bougenvilla
2.9K visualizações16 slides
Kegunaan ict dalam bidang pendidikan por
Kegunaan ict dalam bidang pendidikanKegunaan ict dalam bidang pendidikan
Kegunaan ict dalam bidang pendidikanruhananadzir
2.2K visualizações4 slides
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi... por
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Budak Baik
30.7K visualizações19 slides

Destaque(10)

tmk dalam pdp por Osni Osman
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
Osni Osman9.8K visualizações
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan por Siti Zulaikha
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Siti Zulaikha10.8K visualizações
Amalan penggunaan tmk dalam p&p por Mohd Sohaimi Ismail
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Mohd Sohaimi Ismail18.3K visualizações
Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment por Bunga Bougenvilla
Teknologi maklumat dalam pendidikan assignmentTeknologi maklumat dalam pendidikan assignment
Teknologi maklumat dalam pendidikan assignment
Bunga Bougenvilla2.9K visualizações
Kegunaan ict dalam bidang pendidikan por ruhananadzir
Kegunaan ict dalam bidang pendidikanKegunaan ict dalam bidang pendidikan
Kegunaan ict dalam bidang pendidikan
ruhananadzir2.2K visualizações
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi... por Budak Baik
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Faktor-faktor Yang Menghalang Penggunaan ICT Dalam Lalangan Guru-guru Pendidi...
Budak Baik30.7K visualizações
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran por daniadarweesy
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
daniadarweesy14.4K visualizações
Penggunaan ICT dalam pendidikan por digitalsejarah
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
digitalsejarah1.7K visualizações
Teknologi dalam pendidikan por Munirah Sobri
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
Munirah Sobri30.8K visualizações
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran por Muhammad Affrini Azim Zahari
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Muhammad Affrini Azim Zahari14.4K visualizações

Similar a Penggunaan ICT Dalam P&P

Tugasan 3 por
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3rubiha86
3.6K visualizações9 slides
K4 globalisasi por
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasisookvon
139 visualizações24 slides
K4 globalisasi por
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasimazida tan ahmad
136 visualizações24 slides
K4 globalisasi por
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasijamilah abdul halim
210 visualizações24 slides
K4 globalisasi por
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasiRoslan Omar
114 visualizações24 slides
K4 globalisasi por
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasiwmaswa80
309 visualizações24 slides

Similar a Penggunaan ICT Dalam P&P(20)

Tugasan 3 por rubiha86
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
rubiha863.6K visualizações
K4 globalisasi por sookvon
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
sookvon139 visualizações
K4 globalisasi por mazida tan ahmad
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
mazida tan ahmad136 visualizações
K4 globalisasi por Roslan Omar
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
Roslan Omar114 visualizações
K4 globalisasi por wmaswa80
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
wmaswa80309 visualizações
K4 globalisasi por normazua
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
normazua93 visualizações
K4 globalisasi por Jack Ong
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
Jack Ong167 visualizações
K4 globalisasi por TeacherSofea
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
TeacherSofea166 visualizações
K4 globalisasi por normazua
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
normazua271 visualizações
Globalisasi por Rosnaliza07
GlobalisasiGlobalisasi
Globalisasi
Rosnaliza07808 visualizações
K4 globalisasi por saifatul
K4 globalisasiK4 globalisasi
K4 globalisasi
saifatul375 visualizações
Penggunaan ICT por As Nuurien Najma
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
As Nuurien Najma5.9K visualizações
Latihan1.docx por razlin8208
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
razlin8208508 visualizações
Peranan teknologi dalam pengajaran por Zaini Nie
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
Zaini Nie2.4K visualizações
Tugasan 3 por Zurina Husain
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
Zurina Husain653 visualizações
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT por Meutia Anis
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Meutia Anis4.1K visualizações
Modul istilah por Auni Sofia Asrul
Modul istilahModul istilah
Modul istilah
Auni Sofia Asrul1K visualizações
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653 por Sivaneswari Muniandy
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Sivaneswari Muniandy4.1K visualizações

Último

PELAKSANAAN & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045". por
PELAKSANAAN  & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045".PELAKSANAAN  & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045".
PELAKSANAAN & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045".Kanaidi ken
83 visualizações66 slides
Fajar Saputra (E1G022057).pptx por
Fajar Saputra (E1G022057).pptxFajar Saputra (E1G022057).pptx
Fajar Saputra (E1G022057).pptxFajarSaputra57
17 visualizações8 slides
Bimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdf por
Bimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdfBimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdf
Bimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdfIrawan Setyabudi
38 visualizações27 slides
Bimtek Paralegal.pdf por
Bimtek Paralegal.pdfBimtek Paralegal.pdf
Bimtek Paralegal.pdfIrawan Setyabudi
36 visualizações28 slides
review-jurnal-ilmiah.pdf por
review-jurnal-ilmiah.pdfreview-jurnal-ilmiah.pdf
review-jurnal-ilmiah.pdfAdePutraTunggali
8 visualizações12 slides
KESETIMBANGAN KIMIA por
KESETIMBANGAN KIMIAKESETIMBANGAN KIMIA
KESETIMBANGAN KIMIAlyricsong1117
9 visualizações24 slides

Último(20)

PELAKSANAAN & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045". por Kanaidi ken
PELAKSANAAN  & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045".PELAKSANAAN  & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045".
PELAKSANAAN & Link2 MATERI Workshop _"Pembangunan SDM_INDONESIA EMAS 2045".
Kanaidi ken83 visualizações
Fajar Saputra (E1G022057).pptx por FajarSaputra57
Fajar Saputra (E1G022057).pptxFajar Saputra (E1G022057).pptx
Fajar Saputra (E1G022057).pptx
FajarSaputra5717 visualizações
Bimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdf por Irawan Setyabudi
Bimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdfBimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdf
Bimtek Pencegahan Kekerasan dalam Rumah Tangga.pdf
Irawan Setyabudi38 visualizações
Bimtek Paralegal.pdf por Irawan Setyabudi
Bimtek Paralegal.pdfBimtek Paralegal.pdf
Bimtek Paralegal.pdf
Irawan Setyabudi36 visualizações
review-jurnal-ilmiah.pdf por AdePutraTunggali
review-jurnal-ilmiah.pdfreview-jurnal-ilmiah.pdf
review-jurnal-ilmiah.pdf
AdePutraTunggali8 visualizações
KESETIMBANGAN KIMIA por lyricsong1117
KESETIMBANGAN KIMIAKESETIMBANGAN KIMIA
KESETIMBANGAN KIMIA
lyricsong11179 visualizações
Capacity Building Kekerasan Seksual dan Peranan kampus.pdf por Irawan Setyabudi
Capacity Building Kekerasan Seksual dan Peranan kampus.pdfCapacity Building Kekerasan Seksual dan Peranan kampus.pdf
Capacity Building Kekerasan Seksual dan Peranan kampus.pdf
Irawan Setyabudi37 visualizações
Edukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdf por Irawan Setyabudi
Edukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdfEdukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdf
Edukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdf
Irawan Setyabudi41 visualizações
Katalog Penerbit Baca por penerbitbaca
Katalog Penerbit BacaKatalog Penerbit Baca
Katalog Penerbit Baca
penerbitbaca63 visualizações
Latihan 6_ Aldy 085.pptx por justneptun
Latihan 6_ Aldy 085.pptxLatihan 6_ Aldy 085.pptx
Latihan 6_ Aldy 085.pptx
justneptun13 visualizações
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx por AdityaGustiRamadhan
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptxADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx
AdityaGustiRamadhan12 visualizações
LATIHAN7_DWIHANA GRACE MARSHELLA_E1G021095.pptx por gracemarsela01
LATIHAN7_DWIHANA GRACE MARSHELLA_E1G021095.pptxLATIHAN7_DWIHANA GRACE MARSHELLA_E1G021095.pptx
LATIHAN7_DWIHANA GRACE MARSHELLA_E1G021095.pptx
gracemarsela0126 visualizações
SEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptx por irpandialbantani1
SEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptxSEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptx
SEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptx
irpandialbantani18 visualizações
Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2 por I Putu Hariyadi
Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2
Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2
I Putu Hariyadi26 visualizações
LKPD_Perkalian dan Pembagian Pecahan.pdf.pdf por AnnisaAmeliaTanjung
LKPD_Perkalian dan Pembagian Pecahan.pdf.pdfLKPD_Perkalian dan Pembagian Pecahan.pdf.pdf
LKPD_Perkalian dan Pembagian Pecahan.pdf.pdf
AnnisaAmeliaTanjung7 visualizações
DESKRIPSI-BEST PRACTICE.pdf por MASHURIMASHURI27
DESKRIPSI-BEST PRACTICE.pdfDESKRIPSI-BEST PRACTICE.pdf
DESKRIPSI-BEST PRACTICE.pdf
MASHURIMASHURI2714 visualizações
Latihan 6 PPT_Dwi Maulidini _E1G022094.pptx por rdsnfgzhgj
Latihan 6 PPT_Dwi Maulidini _E1G022094.pptxLatihan 6 PPT_Dwi Maulidini _E1G022094.pptx
Latihan 6 PPT_Dwi Maulidini _E1G022094.pptx
rdsnfgzhgj10 visualizações
PAS Mtk Kls 7,8,9 Ganjil 2023.pdf por ssuser29a952
PAS Mtk Kls 7,8,9 Ganjil 2023.pdfPAS Mtk Kls 7,8,9 Ganjil 2023.pdf
PAS Mtk Kls 7,8,9 Ganjil 2023.pdf
ssuser29a952154 visualizações
SK PENGAWAS UJIAN SEKOLAH.doc por EMILAANGGRAINI1
SK PENGAWAS UJIAN SEKOLAH.docSK PENGAWAS UJIAN SEKOLAH.doc
SK PENGAWAS UJIAN SEKOLAH.doc
EMILAANGGRAINI142 visualizações

Penggunaan ICT Dalam P&P

  • 1. PENDAHULUAN Penggunaan Teknologi dan Ict Dalam P & P Dalam Bilik Darjah Esei ini membincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia. Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Mengapa Penggunaan ICT Diperlukan 1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks. 2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. 3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. 4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. 5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa 6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
  • 2. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid. 8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid. 9) Menggalakkan murid merealisasikan: - Pembelajaran terarah kendiri - Pembelajaran akses kendiri Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bagsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial. Menurut Mohamed Rashid dan Mohd Nasir (2003) dalam kajian “Refleksi Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
  • 3. ISU 1 FAKTOR GURU i) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer Walaupun ramai guru yang telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem peperiksaan. Dengan sikap sebegini adalah sukar bagi perubahan dilakukan dengan berkesan. ii) Kerisauan untuk menghadapai perubahan. - Terdapat tiga jenis kerisauan yang dihadapai oleh guru-guru dalam penggunaan komputer iaitu:- 1. Risau sekiranya rosak apabila menggunakan peralatan tersebut. 2. Risau kerana merasakan mereka tidak berupaya mempelajari teknologi tinggi. 3. Risau sekiranya disuruh oleh sekolah untuk melakukan semua kerja kerana mahir dalam penggunaan komputer. iii) Masa dan beban tugas guru - Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guru-guru menyediakannya. Persediakan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan mengajar serta setup bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. dengan bilangan waktu mengajar yang banyak, sesetengah guru mempunyai bilangan waktu mengajar sebanyak 27 waktu seminggu, sukar bagi guru untuk membuat persediaan mengajar dan juga untuk setup bahan mengajar dimakmal komputer. Guru-guru juga mempunyai tugas-tugas lain seperti menjadi setiausaha peperiksaan, guru data, ketua-ketua panitia, Ajk PIBG dan sebagainya. Situasi ini akan menyukarkan guru untuk membuat persediaan yang mantap jika mereka perlu menyediakan bahan sendiri dalam pengajaran. Menurut Mazniza Muhamad(2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam penngajaran dan pembelajaran. (IAB, 2008).
  • 4. iv) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer dalam P&P -Proses pengajaran memperalatkan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Powerpoint dengan input-input seperti rakaman suara, memasukan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi keinginan guru untuk menambahbaikan bahan P & P hanya tinggal sebagai kemahuan saja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan menggunakan komputer dalam P & P. Tambahan lagi, penggunaan komputer oleh guru adalah pada tahap yang minima sahaja iaitu sekali sekala dalam masa sebulan. Selain daripada itu, guru-guru kerap menggunakan hanya satu program sahaja iaitu pemprosesan perkataan. Guru-guru jarang menggunakan pangkalan data, persembahan mutimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran. ISU 2 FAKTOR SEKOLAH Peranan dan sikap pengetua - Sikap pihak pengurusan sekolah (pengetua/guru besar,penolong kanan) adalah kritikal terhadap pembentukan dasar dan amalam diperingkat sekolah. Mereka adalah penggerak yang boleh memotivasikan setiap guru supaya menpunyai misi dan objektif yang sama untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Pengetua atau pentadbir yang tidak prihatin akan keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan. Melalui enam isu dan enam cabaran berkenaan guru dalam menggunakan teknologi instruksional di sekolah ini dapatlah disimpulkan pula lapan cadangan bagi merealisasikan hasrat membudayakan penggunaan teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 1). Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara. 3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer
  • 5. sebagai subjek teras. 4. Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional. 5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik. 6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional. 7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat. 8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi instruksional berbanding pedagogi. Sistem Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan. Disebabkan penekanan kepada pencapaian di dalam periksaan guru-guru diarahkan memberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Buku latihan pelajar- pelajar akan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak pentadbir sekolah bagi memastikan guru menjalankan arahan yang diberikan. Penekanan kepada pemantauan buku latihan yang dibuat oleh pelajar menyebabkan guru tidak berminat menggunakan perisian di dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah biasa seperti buku latihan dan buku aktiviti lebih disukai oleh guru-guru berbanding dengan memberikan latihan melalui penggunaan ICT kerana buku-buku tersebut menjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang di arahkan oleh pentadbir sekolah. Penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspek lain seperti pengajaran menggunakan ICT. Peperiksaan dianggap perkara yang sangat penting samada oleh guru , pelajar dan ibubapa. Peperiksaan dianggap sebagai penanda aras dan kayu pengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa turut memainkan peranan dengan menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah. Ini menyebabkan timbulnya budaya atau fenomena berikut: Mengajar dan belajar untuk peperiksaan. Guru hanya memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Guru akan memberikan latihan secara berterusan hingga mengabaikan kaedah pengajaran
  • 6. menggunakan ICT yang dianggap mengambil masa semasa hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran. Menghabiskan sukatan pelajaran seberapa segera. Guru akan berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin dengan harapan masih mempunyai masa memberikan soalan latih tubi bagi persediaan pelajar menghadapi peperiksaan hingga ada masanya guru sekadar ‘ menunjuk dan memberitahu’ sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan pelajar memahami konsep tersebut. Pembelajaran yang lumpuh. Istilah ini diutarakan oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran , Tan Sri Wan Zahid Nordin. Menurut beliau pelajar Malaysia antara pelajar paling menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian ISU 3 KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. 1. Bilangan komputer di sekolah jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar Bilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi para pelajar. Bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru itu kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus
  • 7. kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa. Program Pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian kerana untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21. Walaupun hampir semua sekolah di Malaysia ini dibekalkan makmal komputer, namun pelajar tidak dapat akses kepada komputer secara menyeluruh kerana bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh digunakan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga 4 atau 5 orang murid terpaksa berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. 2. Pembekalan yang tidak berkualiti Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran. Ramai guru menyatakan komputer yang dibekalkan tidak berkualiti dan adanya yang sudah ketinggalan zaman. Ini ditambah lagi dengan cepatnya perkembangan teknologi komputer. Oleh itu komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat- tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuk guru dan pelajar-pelajar. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah 3. Masalah penyenggaraan makmal komputer di sekolah Makmal komputer di sekolah sememangya menghadapi masalah dari segi penyenggaraan. Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan. Walaupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah
  • 8. rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah.Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Kadang-kala terdapat juga kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran menyenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlu merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. 4. Perisian komputer Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen.:Bagaimanapun, pendidik harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu . Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh pelajar. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Cadangan mengatasi Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Pihak sekolah perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer.
  • 9. meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur. wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini. wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran. Bagi pihak KPM pula perlu memberi fokus beberapa perkara iaitu menyelenggara peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu. menyediakan infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar bandar dan pedalaman. menyediakan kemudahan bangunan institusi pendidikan mengikut piawai berasaskan keperluan dan kesesuaian memastikan kemudahan fizikal bangunan pendidikan diselenggara untuk memenuhi piawai, keperluan dan kesesuaian memastikan bekalan air bersih dan elektrik di semua sekolah. ISU 4 JURANG ICT DAN DIGITAL Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang digital ialah - Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan khidmat ICT. - Faktor Geografi,iaitu tempat tiada liputan internet dan bekalan elektrik - Faktor Kemahiran Komputer iaitu tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat - Faktor Kemahiran Bahasa Dan Literasi iaitu tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik
  • 10. Pelbagai inisiatif dijalankan untuk merapatkan jurang digital di negara kita. Inisiatif- inisiatif ini datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan untuk memperkasa komuniti dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda. Inisiatif merapatkan jurang digital di Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosial dan akses kepada informasi dalam membantu masyarakat menjadi lebih berpengetahuan. Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang konstruktif bagi menangani jurang ICT dan digital yang berlaku, terutama di luar bandar dan di kalangan kaum. Sekolah dan profesion keguruan perlu memberikan perhatian serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dan digital dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar bandar. ISU 5 PENYALAHGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DAN INTERNET PERCUMA Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial Myspace, Friendster dan sebagainya. Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah internet yang sukar dikawal. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda pelajar bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk. Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Penyalahgunaan internet
  • 11. dikalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini. KESIMPULAN Harapan Negara untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan boleh dicapai melalui kurikulum pembelajaran berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa dikemas kini. Justeru itu, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi Negara yang berpendapatan tinggi. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.