2. RIWAYAT HIDUP
Nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.
Dilahirkan pada tahun 164 Hijrah di Baghdad.
Pengasas mazhab Hanbali.
Bekerja sendiri dengan mengambil upah menjual kain.
Satu keturunan dengan nabi Muhammad SAW.
Dilahirkan dalam keadaan yatim serta miskin. Beliau hanya mewarisi sebuah rumah
dan sehelai baju daripada bapanya.
Merupakan ahli sunnah yang terbesar dan zuhud.
Meninggal pada tahun 241 Hijrah (855 Masihi) pada usia 77 tahun.
3. SIFAT PERIBADI
Memiliki akhlak mulia, tidak sombong, tidak bongkak, suka bergaul dengan orang
miskin, pemurah, pendiam, dan tidak takut kepada penghinaan orang terhadapnya.
Sangat meminati ilmu pengetahuan. Ini mendorong beliau untuk menuntut pelbagai
ilmu seperti ilmu hadis, fikah, dan ilmu kalam.
Dikurniakan daya ingatan yang kuat dan dapat menghafal hadis lebih banyak
berbanding orang yang hidup sezaman dengannya.
Suka memaafkan orang lain walaupun orang yang mengkhianatinya
Sangat taat kepada Allah SWT dan kuat beribadat. Beliau telah menunaikan solat sunat
sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al Quran dalam masa 7 hari.
4. PENDIDIKAN
Mula mempelajari pelbagai ilmu sejak kecil di Baghdad.
Menghafaz Al Quran ketika berusia 14 tahun.
Sangat mencintai ilmu, sebahagian besar dari masanya dihabiskan dengan
mempelajari ilmu.
Beliau bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, dan negara lain untuk mempelajari
ilmu dan mengumpul hadis- hadis Nabi.
Beliau menumpukan minatnya dalam bidang ilmu Al Quran, hadis, fikah, dan ilmu
kalam. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai tokoh ilmu hadis dan fikah.
Imam Ahmad pernah berguru dengan beberapa ulama’ hadis seperti Imam
As-Syafie Rahimahullah, Waki’ bin Jarrah, Sufian bin Uyainah, Qadhi Abu Yusuf,
dan Bashar bin Al Mufadal.
5. SUMBANGAN
Pengasas mazhab Hanbali.
Beliau meninggalkan beberapa kitab yang masyhur seperti kitab Al Musnad,
An Nasakh wal Mansukh, kitab At Tarikh, dan kitab Al Ilah.
Membuka pusat pengajian dan mendapat sambutan yang luar biasa.
Beliau juga menentukan hukum dengan Al Quran dan As Sunnah, fatwa para
sahabat Nabi Muhammad SAW, Al Qiyas dan sebagainya.