SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
Baixar para ler offline
1. Semasa aktiviti memanaskan badan


   a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

   Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong, Guru yang mengendalikan kelas
Pendidikan Jasmani Tahun 3 Maju melakukan aktiviti memanaskan badan dahulu.
Aktiviti memanaskan badan dimulakan dari atas kepala hingga kaki dan diakhiri
dengan lompat bintang.

   Kami telah berkolaborasi dengan Cikgu tersebut mengenai kebaikan dan
kepentingan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan permainan. Elemen ini
penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan
menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus
mengelakkan daripada kecederaan.




               Gambar rajah 1 : aktiviti semasa memanaskan badan

   Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan
seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin
anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin
berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang,
mulakan dengan renangan yang ringan.
Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas
memanaskan badan.Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau
meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung
dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot;
menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak
(kalori). Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.

   Secara umumnya setelah melakukan pemerhatian di Sekolah, kami dapat
merumuskan bahawa aktiviti memanaskan ada dijalankan semasa kelas Pendidikan
Jasmani.




   b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
       diberikan kepada pelajar?

Berdasarkan pemerhatian semasa kami berada di Sekolah Kebangsaan Duyong,
kami melihat ada penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan
diberikan kepada murid. Cikgu yang kami temui semasa melakukan pemerhatian
ialah Cikgu.

       Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, Cikgu akan memberi
beberapa       penerangan   mengenai     kepentingan    aktiviti   memanaskan     badan.
Antaranya ialah langkah-langkah yang betul semasa melakukan regangan, teknik
mengira semasa melakukan regangan dan rasional memanaskan badan sebelum
bermain. Menurutnya, penerangan adalah penting bagi mengelakkan murid daripada
mendapat kecederaan akibat tersilap melakukan regangan. Guru haruslah
memastikan bahawa murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan
serius dan tidak bermain-main bersama rakan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang
kemalangan berlaku.

       Kami juga telah diberitahu bahawa senam aerobik juga merupkan salah satu
daripada aktiviti pemanas badan. Senamrobik menguatkan ketahanan fizikal dan
jantung. Selain itu ia juga mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh
menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan
otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
Gambar rajah 2 : penerangan aktiviti memanaskan badan

      Satu lagi aktiviti pemanas badan ialah kalestenik. Ia memperbaiki kelembutan
atau kelenturan sendi dan otot.Ia juga melonggarkan otot-otot dan menyediakan
badan untuk aktiviti senamrobik. Selain daripada itu ia membantu mengelakkan dari
pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contoh aktiviti kalestenik ialah
regangan dan tai-chi.




   c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan
      tumpuan?

   Pada pemerhatian yang saya lakukan terhadap guru yang sedang mengajar
murid dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Dapat saya
nyatakan bahawa guru tersebut ada menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan
otot-otot besar seperti menjalankan permainan memcabut ekor.

   Untuk menjalankan aktiviti ini, guru tersebut telah menyediakan sehelai kertas
selebar 2inci dan sepanjang 10inci untuk diselitkan pada seluar murid masing-
masing. Kemudian murid-murid tersebut perlu menjaga ekor mereka itu daripada
dirampas oleh orang lain. Murid dibenarkan untuk merampas ekor pemain lain.
Semasa menjalankan aktiviti ini, otot-otot besar yang digunakan ialah otot
tangan, kaki, dada, pinggang dan lain-lain. Contohnya ketika melarikan diri daripada
dikejar oleh pemain lain, murid-murid akan menggunakan otot-otot besar pada kaki
dengan bertujuan untuk berlari, berjalan dan melompat.




                     Gambar rajah 3: Regangan otot-otot kasar

   Selain itu, murid juga menggunakan otot-otot besar pada tangan mereka untuk
menangkap mangsa-mangsa mereka. Mereka perlu memeluk mangsa-mangsa
mereka, perlu menerkam, mencekup dan lain-lain dengan menggunakan otot-otot
besar pada tangan.

   Yang terakhir sekali adalah dengan menggunakan otot-otot besar pada pinggang
mereka. Murid-murid perlu menggunakan otot pada pinggang untuk menstabilkan
diri mereka daripada jatuh ketika mengelak, mengeliat dan melentik.

   Dengan ini, nyata dan jelas sekali bahawa guru tersebut memberikan tumpuan
kepada otot-otot besar pada murid-murid ketika menjalankan aktiviti pendidikan
jasmani dan kesihatan. Amatlah penting otot-otot besar ini untuk melakukan
pergerakan. Otot-otot ini perlu dilatih supaya kekal cergas dan sehat selalu agar
ianya sentiasa boleh digunakan.
d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain
      anggota badan?

   Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong. Setelah belajar mengenai pergerakan
asas, dapatlah saya jelaskan bahawa aktiviti-aktiviti yang guru tersebut jalankan
sewaktu proses pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan adalah tidak
membahayakan otot-otot, sendi-sendi dan lain-lain anggota badan.




            Gambar rajah 4: aktiviti regangan tidak membahyakan otot-otot

   Aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan pergerakan yang merbahayakan.
Hanya pergerakan seperti berlari dan menangkap sahaja. Dengan ini jelaslah
bahawa aktiviti ini sangat bersesuaian mengikut peringkat umur murid-murid
tersebut.
2. Adakah aktiviti keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan
       kepada pelajar?

   Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan,guru menjalankan aktiviti
menyejukkan badan ataupun ‘warm down’ walaupun pergerakan yang dilakukan
sepanjang aktiviti adalah terhad dan agak terbatas. Semasa saya berada bersama
ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga acara merentas desa, guru ada
menerangkan tentang apa yang dipanggil ‘cooling down’ dan kepentingan
melakukan aktiviti tersebut.

   Guru memberikan penerangan secara ringkas dan mudah bagi setiap
pergerakan yang dibuat. Sebagai contoh, guru menerangkan apa yang berlaku
kepada sistem pernafasan jika tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan. Badan
akan menjadi letih dan nafas tercungap-cungap. Untuk mengelakkan berlaku
perkara sedemikian, aktiviti menhembus dan menarik nafas perlu dibuat beberapa
kali dengan tenang dan teratur sebelum bersurai selepas menjalani sesuatu aktiviti
jasmani.Disini juga,saya dapati guru tersebut sedar tentang kepentingan aktiviti
menyejukkan badan terhadap murid setelah beraktiviti untuk mengelakkan
kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan otot. Contoh aktiviti ’warm down’ yang
dilakukan oleh guru selepas aktiviti pendidikan jasmani dan acara merentas desa
boleh dilihat di bawah ini:




Gambar rajah 5: Aktiviti ‘warm down dilakukanolehsemuapelajarselepasacaramerentasdesa.
3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani Kesihatan yang digunakan sesuai
      dengan aktiviti yang dirancang?

   Dari pemerhatian saya,peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai
dengan aktiviti yang dirancang.Sebagai contoh,aktiviti kelas tahun 4 bijak yang
menggunakan raket untuk permainan badminton.Guru terlebih dahulu mengajar
murid-murid cara memegang raket dengan betul sebelum melakukan aktiviti
seterusnya.

   Selepas itu,guru mengajar murid-murid pula untuk melakukan pukulan servis
yang betul sebelum membenarkan murid-murid bebas bermain dengan pasangan
masing-masing sambil diperhatikan oleh guru. Selain itu, hasil dari pemerhatian saya
terhadap penggunaan alatan untuk aktiviti pendidikan jasmani ini,saya dapati, guru
mengenal pasti dahulu tahap keselamatan peralatan sebelum di gunakan.Ini kerana
untuk mengelakkan sesuatu kemalangan semasa aktiviti di padang di jalankan.




 Gambar rajah 6:Guru memastikan alatan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

   Kesemua alat tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk
keselamatan    murid-murid.   Ini   adalah   kerana   peralatan     yang   rosak   dan
membahayakan tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan.Guru juga
memastikan murid-murid menggunakan alatan tersebut dengan baik dan cermat
serta dapat memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti.
4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai
      seperti yang dirancang?

   Berdasarkan pemerhatian kami ketika melakukan Program Pengalaman
Bersasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara ynag kami
lihat tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa
yang diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani.

      Hasil pemerhatian kami menunjukkan kebanyakkan masa yang digunakan
untuk kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul
7.45 pagi.Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas
bagi mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru meraka.




                          Gambar rajah 7: aktiviti SEGAK

      Berkaitan pembahagian masa, berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan
setiap kali waktu kelas jasmani, guru-guru yang bertugas menggunakan masa yang
ada dengan berkesan sekali.Contohnya, pada permulaan kelas, guru memulakan
dengan aktiviti memanaskan badan selama lima hingga sepuluh minit bagi
mengelakkan sebarang kecederaan kepada murid.
Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, guru akan meneruskan
dengan aktiviti yang telah ditetapkan.Sewaktu PBS yang kami jalani, guru yang
mengendalikan    kelas   pendidikan    jasmani   melakukan    aktiviti   STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK).Selain itu, ada juga guru mengisi
aktiviti kelas pendidikan jasmani dengan melakukan aktiviti permainan kecil.Berbagai
permainan kecil yang dapat kami lihat dan pelajari.Diakhir waktu pendidikan jasmani,
guru yang mengajar telah memperuntukkan masa bagi aktiviti menyejukkan badan
selama 5-10 minit.Di samping itu, masa bagi pelajar menyiapkan diri bagi kelas yang
seterusnya turut diperuntukkan selama 10 minit bagi mengelakkan murid lewat ke
kelas ynga seterusnya.

   Menurut guru yang kami temuramah, kebanyakan masa yang diperuntukkan bagi
kelas pendidikan jasmani ialah satu jam.Bagi kelas Tahun 6 waktu untuk pendidikan
jasmani mereka dikurangkan sedikit bagi dipenuhi dengan pengisian akademik
kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR.Selain itu, menurut guru pendidikan
jasmani, jika pada waktu itu hujan, guru akan membuat pengisian di dalam bilik
darjah dengan membuat pengisian tentang silibus dari buku teks.

   5. Berikan    saranan    anda    untuk    tindakan   penambahbaikan       dalam
      pengajaran tersebut

   Setelah selama seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
yang kali ke-3 di Sekolah Kebangsaan Duyong.Sekolah ini terletak di kawasan
kampung daerah Duyong di Melaka.Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah kami
dapati di sekolah ini sebagai bekalan untuk saya yang bakal bergelar seorang guru.

   Pada program PBS kali-3 ini pelajar PISMP semester tiga telah ditugaskan untuk
untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat , berbincang dengan guru dan
merekod beberapa berkara berdasarkan tugasan elektif 1 iaitu Pendidikan Jasmani .

   Untuk perhatian, Sekolah Kebangsaan Duyong merupakan hanya sebuah
sekolah yang kecil yang terdiri dari empat buah blok iaitu surau,makmal komputer
dan dua buah blok untuk bilik darjah dan pentadbiran sekolah.Dan yang paling
penting padang sekolah ini hanya sebesar gelanggang bola tampar dan juga
disediakan satu gelanggang yang berlataikan simen iaitu gelanggang serbaguna.
Tempoh seminggu yang diberikan kepada kami untuk melakukan pemerhatian
terhadap aktiviti kelas Pendidikan Jasmani di sekolah ini merupakan suatu tempoh
yang paling cukup untuk melaksanakan tugasan ini dengan lancarnya.




                    Gambar rajah 8: Penambahbaikan padang

   Jadi setelah membuat pemerhatian, kami mendapati kaedah yang digunakan
bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah ini tidaklah menyimpang dari
asasnya yang sebenar.Berdasarkan pemerhatian kami pada setiap kali kelas
pendidikan jasmani , guru yang mengendalikan kelas tersebut sentiasa memulakan
aktiviti pendidikan jasmani dengan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.Lebih
kurang sepuluh minit masa yang diambil untuk sesi memanaskan bagi mengelakkan
sebarang kecederaan pada anggota badan murid.Selepas itu, pelbagai aktiviti yang
dijalankan seperti permainan badminton secara terbuka, ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan berbagai lagi aktiviti mengikut sukatan yang telah
ditetapkan oleh guru darjah masing-masing.

   Begitu juga selepas selesai segala aktiviti, guru akan melakukan sesi
menyejukkan badan bagi mengelakkan kejutan pada anggota badan selepas
bermain.

   Dalam aktiviti semasa kelas pendidikan jasmani, guru yang mengajar turut
melibat kesemua anggota badan termasuk juga sendi-sendi murid.Ini dapat dilihat
melalui aktiviti seperti permainan badminton,lari pecut dan juga beberapa aktiviti
yang terkandung dalam ujian SEGAK yang melibatkan otot besar dan otot kecil.
Bagi pendapat kami sebagai seorang baru mendalami ilmu-ilmu pendidikan
jasmani, tidak banyak saranan kami terhadap penambahbaikan bagi pengajaran
pendidikan jasmani di sekolah yang kami menjalani PBS ini.Antaranya ialah guru
yang mengajar pendidikan jasmani haruslah mengawal pelajar dengan cara lebih
berkesan kerana pada waktu pendidikan jasmani murid akan merasa gembira
kerana dapat bermain.Oleh itu, bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan
guru perlulah mengurus murid-murid supaya semua dapat melibatkan diri dalam
semua aktiviti yang dirancang dan murid faham apa yang guru cuba sampaikan
dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Pendahaluan


      Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam tugasan kerja
kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya Mohd Aidil B Othman
bersama tiga orang rakan yang lain iaitu Wan Muhamad Burhanullah, Mohd Wafi
dan Lokman B Sharil     berasa   bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana
banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti aktiviti memanaskan badan,
kepentingan dan kebaikan aktiviti memanaskan badan, otot-otot kecil dan besar,
peralatan Pendidikan Jasmani dan langkah-langkah mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Kami juga tahu bagaimana menganalisis
dan membuat laporan berdasarkan kolaborasi bersama-sama dengan guru yang
mengendalikan kelas tersebut dengan cara yang betul.

      Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah
yang banyak membantu kami iaitu En Abd Latif B Ahmad. Beliau bnyak membantu
kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada ibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk
mnyiapkan tugasan kerja kursus pendek      ini. Mereka juga memberi beberapa
maklumat tentang pengalaman kelas Pendidikan Jasmani pada zaman dahulu yang
berbeza dengan sistem zaman sekarang . Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan daripada IPG lain yang bnyak menolong untuk
menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohd Faiz Bin Rahim dan Nor Arnida.

      Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Refleksi
       Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi selepas tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah kami. Saya Mohd Aidil Bin Othman dan tiga lagi
rakan yang lain sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya
saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan
ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini.
       Refleksi   selepas menyelesaikan    sangat   menarik   kerana   saya   tidak
menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa
rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar
pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk membuat laporan berdasarkan
kolaborasi dan pemerhatian semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS). Selepas itu, kami akan menyusun segala pemerhatian terhadap kelas
Pendidikan Jasmani untuk diterjemahkan ke dalam kerja kursus kami. Kami tidak
tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan
kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Abd Latif B Ahmad, kami
akhirnya dapat menyiapkan laporan tersebut.
       Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan
untuk diisi dalam kerja kursus kami. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan
secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum
dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah kami perolehi telah
kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus.
       Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa
dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah
diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Literasi
Bahasa yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan
ini terutamanya pensyarah kami iaitu En. Abd Latif B Ahmad.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pengertian olahraga & kebugaran jasmani
Pengertian olahraga & kebugaran jasmaniPengertian olahraga & kebugaran jasmani
Pengertian olahraga & kebugaran jasmaniDimas Kusuma Wijanarko
 
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga TaekwondoArtikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondogustians
 
bola tampar 2014
bola tampar 2014bola tampar 2014
bola tampar 2014ivodan
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segakJimmy Siow
 
Nota konsep kecergasan & kecederaan sukan
Nota konsep kecergasan & kecederaan sukanNota konsep kecergasan & kecederaan sukan
Nota konsep kecergasan & kecederaan sukanwkhairil80
 
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunanRozaidi Yusof
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikalChem Mil
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikalLim Phaiknee
 
Qgj3053 prinsip latihan
Qgj3053 prinsip latihanQgj3053 prinsip latihan
Qgj3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasSiot Sapian
 
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Persediaan fizikal
Persediaan fizikalPersediaan fizikal
Persediaan fizikalKime Kidal
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 

Mais procurados (20)

Pengertian olahraga & kebugaran jasmani
Pengertian olahraga & kebugaran jasmaniPengertian olahraga & kebugaran jasmani
Pengertian olahraga & kebugaran jasmani
 
Makalah kebugaran jasmani
Makalah kebugaran jasmaniMakalah kebugaran jasmani
Makalah kebugaran jasmani
 
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga TaekwondoArtikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
 
bola tampar 2014
bola tampar 2014bola tampar 2014
bola tampar 2014
 
Buku panduan segak
Buku panduan segakBuku panduan segak
Buku panduan segak
 
Nota konsep kecergasan & kecederaan sukan
Nota konsep kecergasan & kecederaan sukanNota konsep kecergasan & kecederaan sukan
Nota konsep kecergasan & kecederaan sukan
 
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan2013   pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
2013 pj tahun 3 - rancangan pengajaran tahunan
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Qgj3053 prinsip latihan
Qgj3053 prinsip latihanQgj3053 prinsip latihan
Qgj3053 prinsip latihan
 
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelasDraf buku panduan segak gambar lebih jelas
Draf buku panduan segak gambar lebih jelas
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
Kecergasan fizikal
Kecergasan fizikalKecergasan fizikal
Kecergasan fizikal
 
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Persediaan fizikal
Persediaan fizikalPersediaan fizikal
Persediaan fizikal
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Prinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip LatihanPrinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip Latihan
 
Latihan rintangan
Latihan rintanganLatihan rintangan
Latihan rintangan
 
Rptt2 pbs
Rptt2 pbsRptt2 pbs
Rptt2 pbs
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 

Destaque

Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Nur Piny
 
Buku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujian
Buku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujianBuku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujian
Buku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujianmond niel
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniAisyah Zainudin
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005
Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005
Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005Gabriel Mondragón
 
resumen de navegar y buscador web
resumen de navegar y buscador webresumen de navegar y buscador web
resumen de navegar y buscador webAngel Valenzuela
 
Cuarto nivel.exposicion
Cuarto nivel.exposicionCuarto nivel.exposicion
Cuarto nivel.exposicionvanepajaro
 
Matriz de valoración sobre publicar en un blog
Matriz de valoración sobre publicar en un blogMatriz de valoración sobre publicar en un blog
Matriz de valoración sobre publicar en un blogCayetana Reyes
 
Uso adecuado de las redes sociales
Uso adecuado de las redes socialesUso adecuado de las redes sociales
Uso adecuado de las redes socialesMateo Pillajo
 
Administracion!!!
Administracion!!!Administracion!!!
Administracion!!!florenciabc
 
Graffitis miguel marques8b
Graffitis miguel marques8bGraffitis miguel marques8b
Graffitis miguel marques8bnavegananet
 
MI Social Media & Prevention: Getting Started
MI Social Media & Prevention: Getting StartedMI Social Media & Prevention: Getting Started
MI Social Media & Prevention: Getting StartedLaDonna Coy
 
O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...
O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...
O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...Alina Cunha
 
Ignite presentation
Ignite presentationIgnite presentation
Ignite presentationbennyboy28
 

Destaque (20)

Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
Buku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujian
Buku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujianBuku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujian
Buku program pismp pendidikan jasmani dengan kepujian
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
 
Assingment pbs
Assingment pbsAssingment pbs
Assingment pbs
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005
Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005
Bdi Programa De Asignatura Agosto 2005
 
resumen de navegar y buscador web
resumen de navegar y buscador webresumen de navegar y buscador web
resumen de navegar y buscador web
 
Cuarto nivel.exposicion
Cuarto nivel.exposicionCuarto nivel.exposicion
Cuarto nivel.exposicion
 
Modulo02
Modulo02Modulo02
Modulo02
 
Matriz de valoración sobre publicar en un blog
Matriz de valoración sobre publicar en un blogMatriz de valoración sobre publicar en un blog
Matriz de valoración sobre publicar en un blog
 
Uso adecuado de las redes sociales
Uso adecuado de las redes socialesUso adecuado de las redes sociales
Uso adecuado de las redes sociales
 
Programa5
Programa5Programa5
Programa5
 
Administracion!!!
Administracion!!!Administracion!!!
Administracion!!!
 
Graffitis miguel marques8b
Graffitis miguel marques8bGraffitis miguel marques8b
Graffitis miguel marques8b
 
WOUNDS
WOUNDSWOUNDS
WOUNDS
 
MI Social Media & Prevention: Getting Started
MI Social Media & Prevention: Getting StartedMI Social Media & Prevention: Getting Started
MI Social Media & Prevention: Getting Started
 
O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...
O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...
O Gerenciamento de Crise de Imagem no Segmento Musical no Brasil e nos Estado...
 
Ignite presentation
Ignite presentationIgnite presentation
Ignite presentation
 
Mi mundo virtual
Mi mundo virtualMi mundo virtual
Mi mundo virtual
 
Redes sociales
Redes socialesRedes sociales
Redes sociales
 

Semelhante a Asimen pbs (pj)

Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahNik Zawawi
 
Materi gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptx
Materi gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptxMateri gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptx
Materi gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptxDaniPdrs
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...Rafiza Diy
 
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan OlahragaPerspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan OlahragaFebry San
 
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxmakalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxbagusotnaimar
 
Makalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhMakalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhEman Syukur
 
Presentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUAN
Presentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUANPresentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUAN
Presentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUANMarcellino Kevin Harijanto
 
MODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdf
MODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdfMODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdf
MODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdfpablo229275
 
PPT PENJASKES (11).pptx
PPT PENJASKES (11).pptxPPT PENJASKES (11).pptx
PPT PENJASKES (11).pptxgalangpandu4
 
ppt_ruang lingkup penjas[1].pptx
ppt_ruang lingkup penjas[1].pptxppt_ruang lingkup penjas[1].pptx
ppt_ruang lingkup penjas[1].pptxRayhanFadhlil
 
MINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docx
MINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docxMINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docx
MINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docxsahiran1
 
Bahan kesegaran jasmani
Bahan kesegaran jasmaniBahan kesegaran jasmani
Bahan kesegaran jasmaniDimas Sasongko
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUImran Ishak
 

Semelhante a Asimen pbs (pj) (20)

Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolah
 
Smk
SmkSmk
Smk
 
Smk hj
Smk hjSmk hj
Smk hj
 
Materi gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptx
Materi gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptxMateri gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptx
Materi gerak Non lokomotor Senam peregangan kls6.pptx
 
SENAM.pptx
SENAM.pptxSENAM.pptx
SENAM.pptx
 
Pjok bab 5
Pjok bab 5Pjok bab 5
Pjok bab 5
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR  PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN...
 
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan OlahragaPerspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docxmakalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
makalah_kebugaran_jasmani_docx.docx
 
Makalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhMakalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauh
 
Presentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUAN
Presentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUANPresentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUAN
Presentasi Kebugaran Jasmani SMAK MGR SOEGIJAPRANATA PASURUAN
 
MODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdf
MODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdfMODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdf
MODUL_LATIHAN_UNTUK_FASILITATOR.pdf
 
PPT PENJASKES (11).pptx
PPT PENJASKES (11).pptxPPT PENJASKES (11).pptx
PPT PENJASKES (11).pptx
 
ppt_ruang lingkup penjas[1].pptx
ppt_ruang lingkup penjas[1].pptxppt_ruang lingkup penjas[1].pptx
ppt_ruang lingkup penjas[1].pptx
 
MINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docx
MINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docxMINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docx
MINGGU 7 9 MEI RPH PJPK TING 4 -.docx
 
Segak
SegakSegak
Segak
 
Intensiti
IntensitiIntensiti
Intensiti
 
Bahan kesegaran jasmani
Bahan kesegaran jasmaniBahan kesegaran jasmani
Bahan kesegaran jasmani
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfU
 

Mais de Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

Mais de Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Asimen pbs (pj)

  • 1. 1. Semasa aktiviti memanaskan badan a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong, Guru yang mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani Tahun 3 Maju melakukan aktiviti memanaskan badan dahulu. Aktiviti memanaskan badan dimulakan dari atas kepala hingga kaki dan diakhiri dengan lompat bintang. Kami telah berkolaborasi dengan Cikgu tersebut mengenai kebaikan dan kepentingan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan permainan. Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan. Gambar rajah 1 : aktiviti semasa memanaskan badan Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.
  • 2. Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori). Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan. Secara umumnya setelah melakukan pemerhatian di Sekolah, kami dapat merumuskan bahawa aktiviti memanaskan ada dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani. b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? Berdasarkan pemerhatian semasa kami berada di Sekolah Kebangsaan Duyong, kami melihat ada penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid. Cikgu yang kami temui semasa melakukan pemerhatian ialah Cikgu. Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, Cikgu akan memberi beberapa penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan. Antaranya ialah langkah-langkah yang betul semasa melakukan regangan, teknik mengira semasa melakukan regangan dan rasional memanaskan badan sebelum bermain. Menurutnya, penerangan adalah penting bagi mengelakkan murid daripada mendapat kecederaan akibat tersilap melakukan regangan. Guru haruslah memastikan bahawa murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan serius dan tidak bermain-main bersama rakan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Kami juga telah diberitahu bahawa senam aerobik juga merupkan salah satu daripada aktiviti pemanas badan. Senamrobik menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. Selain itu ia juga mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
  • 3. Gambar rajah 2 : penerangan aktiviti memanaskan badan Satu lagi aktiviti pemanas badan ialah kalestenik. Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.Ia juga melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik. Selain daripada itu ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contoh aktiviti kalestenik ialah regangan dan tai-chi. c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan? Pada pemerhatian yang saya lakukan terhadap guru yang sedang mengajar murid dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Dapat saya nyatakan bahawa guru tersebut ada menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan otot-otot besar seperti menjalankan permainan memcabut ekor. Untuk menjalankan aktiviti ini, guru tersebut telah menyediakan sehelai kertas selebar 2inci dan sepanjang 10inci untuk diselitkan pada seluar murid masing- masing. Kemudian murid-murid tersebut perlu menjaga ekor mereka itu daripada dirampas oleh orang lain. Murid dibenarkan untuk merampas ekor pemain lain.
  • 4. Semasa menjalankan aktiviti ini, otot-otot besar yang digunakan ialah otot tangan, kaki, dada, pinggang dan lain-lain. Contohnya ketika melarikan diri daripada dikejar oleh pemain lain, murid-murid akan menggunakan otot-otot besar pada kaki dengan bertujuan untuk berlari, berjalan dan melompat. Gambar rajah 3: Regangan otot-otot kasar Selain itu, murid juga menggunakan otot-otot besar pada tangan mereka untuk menangkap mangsa-mangsa mereka. Mereka perlu memeluk mangsa-mangsa mereka, perlu menerkam, mencekup dan lain-lain dengan menggunakan otot-otot besar pada tangan. Yang terakhir sekali adalah dengan menggunakan otot-otot besar pada pinggang mereka. Murid-murid perlu menggunakan otot pada pinggang untuk menstabilkan diri mereka daripada jatuh ketika mengelak, mengeliat dan melentik. Dengan ini, nyata dan jelas sekali bahawa guru tersebut memberikan tumpuan kepada otot-otot besar pada murid-murid ketika menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan. Amatlah penting otot-otot besar ini untuk melakukan pergerakan. Otot-otot ini perlu dilatih supaya kekal cergas dan sehat selalu agar ianya sentiasa boleh digunakan.
  • 5. d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan? Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong. Setelah belajar mengenai pergerakan asas, dapatlah saya jelaskan bahawa aktiviti-aktiviti yang guru tersebut jalankan sewaktu proses pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan adalah tidak membahayakan otot-otot, sendi-sendi dan lain-lain anggota badan. Gambar rajah 4: aktiviti regangan tidak membahyakan otot-otot Aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan pergerakan yang merbahayakan. Hanya pergerakan seperti berlari dan menangkap sahaja. Dengan ini jelaslah bahawa aktiviti ini sangat bersesuaian mengikut peringkat umur murid-murid tersebut.
  • 6. 2. Adakah aktiviti keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan,guru menjalankan aktiviti menyejukkan badan ataupun ‘warm down’ walaupun pergerakan yang dilakukan sepanjang aktiviti adalah terhad dan agak terbatas. Semasa saya berada bersama ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga acara merentas desa, guru ada menerangkan tentang apa yang dipanggil ‘cooling down’ dan kepentingan melakukan aktiviti tersebut. Guru memberikan penerangan secara ringkas dan mudah bagi setiap pergerakan yang dibuat. Sebagai contoh, guru menerangkan apa yang berlaku kepada sistem pernafasan jika tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan. Badan akan menjadi letih dan nafas tercungap-cungap. Untuk mengelakkan berlaku perkara sedemikian, aktiviti menhembus dan menarik nafas perlu dibuat beberapa kali dengan tenang dan teratur sebelum bersurai selepas menjalani sesuatu aktiviti jasmani.Disini juga,saya dapati guru tersebut sedar tentang kepentingan aktiviti menyejukkan badan terhadap murid setelah beraktiviti untuk mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan otot. Contoh aktiviti ’warm down’ yang dilakukan oleh guru selepas aktiviti pendidikan jasmani dan acara merentas desa boleh dilihat di bawah ini: Gambar rajah 5: Aktiviti ‘warm down dilakukanolehsemuapelajarselepasacaramerentasdesa.
  • 7. 3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani Kesihatan yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? Dari pemerhatian saya,peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang.Sebagai contoh,aktiviti kelas tahun 4 bijak yang menggunakan raket untuk permainan badminton.Guru terlebih dahulu mengajar murid-murid cara memegang raket dengan betul sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Selepas itu,guru mengajar murid-murid pula untuk melakukan pukulan servis yang betul sebelum membenarkan murid-murid bebas bermain dengan pasangan masing-masing sambil diperhatikan oleh guru. Selain itu, hasil dari pemerhatian saya terhadap penggunaan alatan untuk aktiviti pendidikan jasmani ini,saya dapati, guru mengenal pasti dahulu tahap keselamatan peralatan sebelum di gunakan.Ini kerana untuk mengelakkan sesuatu kemalangan semasa aktiviti di padang di jalankan. Gambar rajah 6:Guru memastikan alatan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan. Kesemua alat tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk keselamatan murid-murid. Ini adalah kerana peralatan yang rosak dan membahayakan tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan.Guru juga memastikan murid-murid menggunakan alatan tersebut dengan baik dan cermat serta dapat memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti.
  • 8. 4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? Berdasarkan pemerhatian kami ketika melakukan Program Pengalaman Bersasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara ynag kami lihat tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa yang diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani. Hasil pemerhatian kami menunjukkan kebanyakkan masa yang digunakan untuk kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul 7.45 pagi.Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas bagi mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru meraka. Gambar rajah 7: aktiviti SEGAK Berkaitan pembahagian masa, berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan setiap kali waktu kelas jasmani, guru-guru yang bertugas menggunakan masa yang ada dengan berkesan sekali.Contohnya, pada permulaan kelas, guru memulakan dengan aktiviti memanaskan badan selama lima hingga sepuluh minit bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada murid.
  • 9. Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, guru akan meneruskan dengan aktiviti yang telah ditetapkan.Sewaktu PBS yang kami jalani, guru yang mengendalikan kelas pendidikan jasmani melakukan aktiviti STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK).Selain itu, ada juga guru mengisi aktiviti kelas pendidikan jasmani dengan melakukan aktiviti permainan kecil.Berbagai permainan kecil yang dapat kami lihat dan pelajari.Diakhir waktu pendidikan jasmani, guru yang mengajar telah memperuntukkan masa bagi aktiviti menyejukkan badan selama 5-10 minit.Di samping itu, masa bagi pelajar menyiapkan diri bagi kelas yang seterusnya turut diperuntukkan selama 10 minit bagi mengelakkan murid lewat ke kelas ynga seterusnya. Menurut guru yang kami temuramah, kebanyakan masa yang diperuntukkan bagi kelas pendidikan jasmani ialah satu jam.Bagi kelas Tahun 6 waktu untuk pendidikan jasmani mereka dikurangkan sedikit bagi dipenuhi dengan pengisian akademik kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR.Selain itu, menurut guru pendidikan jasmani, jika pada waktu itu hujan, guru akan membuat pengisian di dalam bilik darjah dengan membuat pengisian tentang silibus dari buku teks. 5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut Setelah selama seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kali ke-3 di Sekolah Kebangsaan Duyong.Sekolah ini terletak di kawasan kampung daerah Duyong di Melaka.Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah kami dapati di sekolah ini sebagai bekalan untuk saya yang bakal bergelar seorang guru. Pada program PBS kali-3 ini pelajar PISMP semester tiga telah ditugaskan untuk untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat , berbincang dengan guru dan merekod beberapa berkara berdasarkan tugasan elektif 1 iaitu Pendidikan Jasmani . Untuk perhatian, Sekolah Kebangsaan Duyong merupakan hanya sebuah sekolah yang kecil yang terdiri dari empat buah blok iaitu surau,makmal komputer dan dua buah blok untuk bilik darjah dan pentadbiran sekolah.Dan yang paling penting padang sekolah ini hanya sebesar gelanggang bola tampar dan juga disediakan satu gelanggang yang berlataikan simen iaitu gelanggang serbaguna.
  • 10. Tempoh seminggu yang diberikan kepada kami untuk melakukan pemerhatian terhadap aktiviti kelas Pendidikan Jasmani di sekolah ini merupakan suatu tempoh yang paling cukup untuk melaksanakan tugasan ini dengan lancarnya. Gambar rajah 8: Penambahbaikan padang Jadi setelah membuat pemerhatian, kami mendapati kaedah yang digunakan bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah ini tidaklah menyimpang dari asasnya yang sebenar.Berdasarkan pemerhatian kami pada setiap kali kelas pendidikan jasmani , guru yang mengendalikan kelas tersebut sentiasa memulakan aktiviti pendidikan jasmani dengan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.Lebih kurang sepuluh minit masa yang diambil untuk sesi memanaskan bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada anggota badan murid.Selepas itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti permainan badminton secara terbuka, ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan berbagai lagi aktiviti mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh guru darjah masing-masing. Begitu juga selepas selesai segala aktiviti, guru akan melakukan sesi menyejukkan badan bagi mengelakkan kejutan pada anggota badan selepas bermain. Dalam aktiviti semasa kelas pendidikan jasmani, guru yang mengajar turut melibat kesemua anggota badan termasuk juga sendi-sendi murid.Ini dapat dilihat melalui aktiviti seperti permainan badminton,lari pecut dan juga beberapa aktiviti yang terkandung dalam ujian SEGAK yang melibatkan otot besar dan otot kecil.
  • 11. Bagi pendapat kami sebagai seorang baru mendalami ilmu-ilmu pendidikan jasmani, tidak banyak saranan kami terhadap penambahbaikan bagi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah yang kami menjalani PBS ini.Antaranya ialah guru yang mengajar pendidikan jasmani haruslah mengawal pelajar dengan cara lebih berkesan kerana pada waktu pendidikan jasmani murid akan merasa gembira kerana dapat bermain.Oleh itu, bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan guru perlulah mengurus murid-murid supaya semua dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dirancang dan murid faham apa yang guru cuba sampaikan dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
  • 12. Pendahaluan Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam tugasan kerja kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya Mohd Aidil B Othman bersama tiga orang rakan yang lain iaitu Wan Muhamad Burhanullah, Mohd Wafi dan Lokman B Sharil berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti aktiviti memanaskan badan, kepentingan dan kebaikan aktiviti memanaskan badan, otot-otot kecil dan besar, peralatan Pendidikan Jasmani dan langkah-langkah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Kami juga tahu bagaimana menganalisis dan membuat laporan berdasarkan kolaborasi bersama-sama dengan guru yang mengendalikan kelas tersebut dengan cara yang betul. Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang banyak membantu kami iaitu En Abd Latif B Ahmad. Beliau bnyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk mnyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Mereka juga memberi beberapa maklumat tentang pengalaman kelas Pendidikan Jasmani pada zaman dahulu yang berbeza dengan sistem zaman sekarang . Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada IPG lain yang bnyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohd Faiz Bin Rahim dan Nor Arnida. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
  • 13. Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi selepas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah kami. Saya Mohd Aidil Bin Othman dan tiga lagi rakan yang lain sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk membuat laporan berdasarkan kolaborasi dan pemerhatian semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selepas itu, kami akan menyusun segala pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani untuk diterjemahkan ke dalam kerja kursus kami. Kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Abd Latif B Ahmad, kami akhirnya dapat menyiapkan laporan tersebut. Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus kami. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah kami perolehi telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Literasi Bahasa yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu En. Abd Latif B Ahmad.