O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
TAJUK ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI
PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI
TARIKH 15 JULAI 2014
FAKULTI OUM BU...
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.....................................................................................................
1.0 PENGENALAN
Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan
satu proses aktivit...
itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan
dan bawahan.
1.1 Definisi dan Peranan Pen...
Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu
peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegaw...
adanya jurucakap. Sebagai contoh, pengurus perlu memberi respon kepada
pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan d...
kesan yang tidak dijangka. Peranan pengurus adalah untuk menangani
serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku.
1...
Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab
terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan k...
Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja
yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengu...
Di samping dapat meluaskan operasi perniagaan di peringkat global,
hubungan antara dua negara dapat diperkukuhkan lagi. Da...
keberkesanan yang berbeza. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus hendaklah
memainkan peranan sebagai pemula (initiator), pere...
kepada ahli-ahli dalam syarikat dengan menerapkan pelbagai ilmu
perniagaan bagi mengelakkan mereka hilang arah. Selain dar...
RUJUKAN
Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar
Pengurusan (Ed.). Kuala Lumpur: MAZI...
LAMPIRAN - ARTIKEL I
12
LAMPIRAN - ARTIKEL I
13
LAMPIRAN - ARTIKEL I
14
LAMPIRAN - ARTIKEL II
15
LAMPIRAN - ARTIKEL II
16
LAMPIRAN - ARTIKEL III
17
LAMPIRAN - ARTIKEL III
18
LAMPIRAN – ARTIKEL III
19
LAMPIRAN – ARTIKEL III
20
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

44.126 visualizações

Publicada em

Peranan pengurus dalam organisasi.

Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi

  1. 1. TAJUK ANALISIS PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI PENULIS FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI TARIKH 15 JULAI 2014 FAKULTI OUM BUSINESS SCHOOL
  2. 2. KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN.........................................................................................................1 1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan...............................................................................1 1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan ......................................................................1 1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan...........................................................................1 1.1 Definisi dan Peranan Pengurus.........................................................................2 1.1.1 Peranan sebagai Tunggak .....................................................................3 1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin ...................................................................3 1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan.................................................3 1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap ...................................................................3 1.1.5 Peranan sebagai Perunding ...................................................................4 1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea..............................................................4 1.1.6.1 Proses Keusahawanan...............................................................4 1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan ..............................................4 1.1.6.3 Proses Reformasi ......................................................................5 2.0 ANALISIS ARTIKEL...............................................................................................5 2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin............................................................5 2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding ..........................................................7 2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea....................................................8 3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................10 Rujukan.....................................................................................................................11 Lampiran...................................................................................................................12
  3. 3. 1.0 PENGENALAN Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan semata- mata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi. 1.0.1 Pengurus Peringkat Atasan. Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang berperanan menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku. 1.0.2 Pengurus Peringkat Pertengahan. Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain. 1.0.3 Pengurus Peringkat Bawahan. Juga dikenali sebagai pengurus lini dan merupakan pengurus paling rendah dalam hierarki pengurusan. Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran 1
  4. 4. itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan. 1.1 Definisi dan Peranan Pengurus Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya: a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah tanggungjawabnya. b. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. c. Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan pekerja di bawah pengelolaannya. Prestasi pengurus dinilai berdasarkan kejayaan dan kegagalan peranannya. d. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan keutamaan seperti melakukan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta. e. Pengurus menetapkan matlamat, perancangan, dan dasar serta melaksanakan strategi. R.W. Griffin pula mendefinisikan pengurus sebagai orang pertama yang bertanggungjawab dalam kesedaran proses pengurusan. Secara khususnya, pengurus adalah orang yang merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal sumber manusia, kewangan dan maklumat (Griffin, 2000). J.Penc (2000) pula berpendapat pengurus adalah orang yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan menggunakan semua atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Seorang pengurus cenderung untuk menggalas tugas dan peranan yang berbeza setiap hari. Sebagai contoh, selain mengetuai pasukan, pengurus juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, berunding untuk mendapatkan kontrak, mewakili jabatan dalam mesyuarat serta meluluskan permohonan. 2
  5. 5. Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan pencetus idea. 1.1.1 Peranan sebagai Tunggak Seorang pengurus berperanan sebagai ketua atau simbolik dan merupakan individu terpenting dalam organisasi. Pengurus bertindak sebagai wakil dalam organisasi dan perlu melakukan tugas rutin yang bersifat rasmi, sosial atau perundangan. Beberapa contoh peranan ketua ialah sebagai canselor universiti yang menyampaikan sijil kepada para graduan, pengurus besar yang terlibat dalam pelancaran produk baharu, meraikan tetamu luar untuk makan tengahari dan menghadiri majlis perkahwinan orang bawahan. 1.1.2 Peranan sebagai Pemimpin Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat, mewujudkan tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga bertanggungjawab dalam memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktiviti- aktiviti orang bawahan seperti mengupah, melatih, menaikkan pangkat, membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada mereka. 1.1.3 Peranan sebagai Pegawai Perhubungan Seorang pengurus turut memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan perlu berinteraksi dengan rakan dan pihak di luar unit dan organisasi. Ini bagi memudahkan urusan seperti persetujuan bersama, kontrak, penerimaan arahan dan melakukan tugas penting untuk organisasi. Dalam organisasi pula, pengurus perlu berhubung dengan pengurus-pengurus yang lain dan juga individu yang lain serta mempunyai hubungan yang baik dengan mereka bagi melicinkan urusan kerja. Contohnya, pengurus jualan perlu berhubung dengan pengurus pemasaran bagi urusan memasarkan produk. 1.1.4 Peranan sebagai Jurucakap Pengurus bertindak sebagai penyebar maklumat organisasi kepada badan-badan kerajaan, jabatan-jabatan, media, pelanggan dan juga kakitangan dalaman sendiri. Kepentingan dan keperluan kedua-dua pihak dapat dipenuhi dengan 3
  6. 6. adanya jurucakap. Sebagai contoh, pengurus perlu memberi respon kepada pelanggan yang merungut kerana kekurangan bekalan di pasaran. 1.1.5 Peranan sebagai Perunding Tugas perunding adalah untuk memantau dan mencari penyelesaian yang melibatkan aktiviti organisasi seperti masalah jualan, cukai atau pengeluaran. Maklumat yang dikumpul akan dibincangkan bersama kakitangan organisasi sebelum keputusan dibuat. Contohnya, seorang pengurus akan berunding dengan wakil dari jabatan sumber manusia berkaitan kekurangan kakitangan di jabatan kewangan. 1.1.6 Peranan sebagai Pencetus Idea Sebagai pencetus idea, pengurus perlu melaksanakan tugas sebagai pencetus tindakan korporat dan transformasi. Tugas ini melibatkan strategi dalam menjana dan menghubungkan keputusan penting. Dalam hal ini, pengurus mempunyai kuasa, maklumat dan keupayaan untuk kawalan dan integrasi ke atas sebarang keputusan penting. Pengurus akan membentuk strategi dan membuat perubahan yang terkawal dalam organisasi. Selepas mengenalpasti masalah, program-program penambahbaikan ditetapkan dan dilaksanakan untuk mencapai kemajuan. Terdapat tiga proses yang dapat memandu pekerja ke arah mencapai inisiatif perubahan iaitu proses keusahawanan, proses pembangunan keupayaan dan proses reformasi. 1.1.6.1 Proses Keusahawanan Pengurus cuba membaiki unitnya dan menyesuaikannya dengan persekitaran yang berubah-ubah dengan mencipta, mengembangkan idea baru dan membawa perubahan. Mereka juga memulakan projek, mengumpul sumber dan mencari cara baru untuk sesuatu. 1.1.6.2 Proses Pembangunan Keupayaan Proses ini memperlihatkan pengurus sebagai pengendali gangguan. Gangguan mungkin timbul daripada kakitangan, sumber, ancaman atau kerana orang lain melakukan kesilapan atau inovasi mempunyai kesan- 4
  7. 7. kesan yang tidak dijangka. Peranan pengurus adalah untuk menangani serta mencari penyelesaian bagi masalah yang berlaku. 1.1.6.3 Proses Reformasi Pengurus bertanggungjawab dalam membentuk unit struktur, perhubungan rasmi dan menentukan cara sesuatu kerja dibahagikan dan diselaraskan. Oleh itu, pengurus harus memperuntukkan masanya dengan kakitangan supaya mereka dapat berhubung dan membuat keputusan. 2.0 ANALISIS ARTIKEL Bahagian ini membincangkan tiga peranan berbeza pengurus dalam organisasi. Penulis akan cuba menjelaskan dengan lebih lanjut setiap peranan berserta contoh yang dipetik daripada artikel majalah dan surat khabar. Tiga peranan pengurus yang akan dibincangkan adalah pemimpin, perunding dan pencetus idea. 2.1 Artikel I – Pengurus sebagai Pemimpin Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan pengurus yang efektif dan efisien mampu membawa organisasinya mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Kepimpinan bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua ahli organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha ke arah tahap prestasi yang tinggi (Aizat, Intan dan Zainal, 2006). Tanggungjawab pengurus sebagai pemimpin adalah mengarah dan memotivasi subordinat, melatih, membimbing, memberi kaunseling dan berkomunikasi dengan subordinat. Artikel yang bertajuk „Sejenak Bersama Peneraju Westport‟ ini berkisarkan tentang kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Westports Holdings Bhd. iaitu Ruben Emir Ghanalingam. Beliau mengambil alih tugas bapanya, Tan Sri G. Datuk Ghanalingam, mengendalikan Westports, iaitu terminal kontena utama di Pelabuhan Klang dengan gaya pengurusannya tersendiri. 5
  8. 8. Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan kepada pekerja untuk bekerja berpandukan matlamat organisasi. Sebagai contoh, disebabkan keadaan sentiasa berubah, Ruben berpendapat kakitangan dan syarikat juga mesti membuat perubahan seiring dengan tuntutan zaman. Sebarang perubahan mesti dilakukan dengan pantas bagi memastikan syarikat berada di landasan yang betul untuk terus maju. Disebabkan itulah beliau kerap bertemu dengan kakitangan syarikat bagi memastikan penambahbaikan dilakukan pada setiap lapisan dalam syarikat. Menurutnya, seorang pemimpin perlu membimbing dan menjadikan orang lain lebih baik. Selain itu, komunikasi samada secara lisan atau bukan lisan adalah aspek kerja pengurus yang sangat penting. Schermerhorn (1993), mentakrifkan komunikasi sebagai “satu proses antara perseorangan untuk menghantar dan menerima lambang yang mengandungi mesej dalamnya.” Komunikasi dianggap sebagai nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana melalui komunikasi, pengurus boleh menyampaikan ideanya dalam membuat perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses pengawalan. Sebagai contoh, Ruben menggalakkan dialog terbuka dengan kakitangannya. Mereka boleh berjumpa secara terus untuk bersuara atau memberi kritikan kepadanya sekiranya berlaku kesilapan kerana mereka dianggap sebahagian daripada keluarga. Ruben turut memperkenalkan konsep „Peti Cadangan‟ sebagai saluran maklumat. Kakitangan yang segan untuk bersemuka boleh menulis surat, idea, cadangan atau kritikan dan akan menerima jawapannya. Hal ini menunjukkan terdapatnya komunikasi di antara pengurus dan subordinat. Selain itu, seorang pengurus bertanggungjawab terhadap prestasi kerja pekerja bawahannya. Setiap pekerja akan disediakan latihan seawal hari pertama mereka bekerja bagi meningkatkan prestasi diri. Ruben menegaskan, prestasi adalah penggerak utama syarikat. Tiada toleransi terhadap mereka yang menunjukkan prestasi yang kurang baik kerana mereka dinilai berdasarkan merit tanpa layanan istimewa terhadap kekananan, usia atau jantina. 6
  9. 9. Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa memotivasikan kakitangan untuk menarik dan meningkatkan produktiviti kerja di kalangan mereka. Motivasi menurut Williams (2000) terdiri daripada “kuasa-kuasa yang boleh mendorong, mengarah serta membolehkan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu.” Sebagai contoh, bagi meningkatkan motivasi pekerja, Westports menyediakan prospek dan jaminan kerja kepada kakitangan serta tawaran gaji yang sangat kompetitif di samping pelbagai faedah seperti program perubatan untuk pasangan dan tanggungan. Menurut Ruben, faedah terbesar yang diberikan kepada kakitangannya adalah latihan dalaman yang membolehkan mereka menimba ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengendalian pelabuhan. Melalui analisis artikel ini, kepimpinan pengurus sebagai ketua dapat dilihat. Tanggungjawab yang dipikul oleh pengurus sebagai pemimpin adalah penentu hala tuju organisasi. 2.2 Artikel II – Pengurus sebagai Perunding Sebagai perunding, pengurus perlu menjalin hubungan yang baik dengan pekerja sama ada di dalam atau di luar organisasi. Pengurus juga perlu mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklumat dan sokongan daripada pihak tertentu. Perundingan merupakan satu tugas penting memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan rundingan. Sebagai contoh, analisis artikel „KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam Sekitar‟ menunjukkan pengurus memainkan peranannya sebagai perunding dengan mewakili KUB Malaysia Berhad (KUB) untuk menjalinkan kerjasama dengan IHI Enviro Corporation of Japan (IHI Enviro) bagi membangunkan perniagaan tenaga alam sekitar di Malaysia. Melalui kerjasama ini, pengurus berjaya memperoleh kepentingan untuk meneroka dan membida pelbagai projek menukar sisa kepada tenaga yang membabitkan pembinaan loji insinerator di negara ini. 7
  10. 10. Di samping dapat meluaskan operasi perniagaan di peringkat global, hubungan antara dua negara dapat diperkukuhkan lagi. Dalam hal ini, pengurus menunjukkan kemampuannya menjalankan peranan sebagai perunding dengan mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa yang dimiliki bagi mengembangkan visi syarikat dan negara. Selain daripada itu, seorang perunding juga bertindak sebagai perancang strategi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. Dengan adanya kuasa autoriti dan maklumat yang cukup, sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan. Contohnya, rancangan KUB untuk menyediakan teknologi diperbaharui dan baru untuk rawatan dan pelupusan bahan buangan dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dapat tercapai dengan termeterainya perjanjian dengan pihak IHI Enviro. Tugas seorang perunding juga melibatkan penyelesaian masalah. Sebagai contoh, pengurus berkongsi kemahiran dan maklumat dengan pihak terbabit melalui gabungan kepakaran dan sumber bagi memanfaatkan keupayaan perniagaan masing-masing serta kebolehan penyampaian perkhidmatan dalam industri pengurusan sisa. Kerjasama ini dibentuk bagi melaksanakan pelan dan strategi organisasi untuk membantu kerajaan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan teknologi baharu rawatan dan pelupusan bahan buangan. Bertindak sebagai perunding adalah tugas yang besar kepada pengurus kerana ia melibatkan persekitaran luar organisasi. Strategi, usaha, kemahiran dan kepakaran serta komunikasi sangat diperlukan apabila berurusan dengan pihak luar. 2.3 Artikel III – Pengurus sebagai Pencetus Idea Sesebuah organisasi yang ingin terus kekal maju mestilah mempunyai matlamat yang lebih meluas serta bersedia membuat sebarang perubahan atau transformasi dalam organisasi. Transformasi dalam konteks organisasi merujuk kepada proses perubahan yang mendalam secara keseluruhan yang berorientasikan organisasi ke arah hala tuju yang baru dan memerlukan tahap 8
  11. 11. keberkesanan yang berbeza. Bagi mencapai tujuan ini, pengurus hendaklah memainkan peranan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada perubahan. Dalam usaha membuat transformasi melalui proses keusahawanan, pengurus perlu mengenalpasti peluang yang boleh meningkatkan keuntungan melalui projek atau teknik baru dalam urusan pengeluaran. Sesuatu projek itu melibatkan perkara seperti mencadangkan produk atau perkhidmatan baru yang dapat memenuhi kehendak semasa pelanggan, kempen perhubungan awam, peraliran dana yang dikemaskini, penyusunan semula bahagian yang lemah, menyatupadukan operasi komputer dan sebagainya. Contoh yang terdapat dalam artikel “Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu” yang melibatkan proses keusahawanan ialah pelancaran rangkaian produk terbaharu seperti Tuala Wanita Anion Berherba, Buih Pembersih Peribadi Wanita, Spotless Blemish Solution Gel, Eyelifting Serum serta Beauty Benefits Cream. Pengeluaran produk baharu ini dilancarkan atas permintaan pelanggan dan sambutan yang memberangsangkan terhadap produk-produk keluaran syarikat sebelum ini. Selain itu, Gamat Emas Sdn.Bhd. (GESB) turut melakukan penjenamaan semula dalam beberapa aspek iaitu mentakrifkan visi dan misi GESB supaya bersesuaian dengan peredaran semasa dan perkembangan sekeliling serta memperkukuhkan ukhuwah dan kesepakatan di kalangan rakan niaga dan masyarakat umum. Di samping itu, transformasi ini juga turut melibatkan ahli-ahli syarikat dimana ahli yang sebelum ini merupakan seorang suri rumah akhirnya bergelar jutawan berkat kerja keras yang dilakukannya selama ini. Analisis artikel ini turut mempamerkan peranan pengurus dalam proses pembangunan keupayaan akibat daripada gangguan-gangguan seperti kritikan dan tanggapan negatif pihak luar terhadap perniagaan Multi Level Marketing (MLM). Masalah ini diatasi melalui pelbagai inisiatif yang diambil untuk membuang tanggapan negatif terhadap perniagaan MLM. Contohnya, menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel 9
  12. 12. kepada ahli-ahli dalam syarikat dengan menerapkan pelbagai ilmu perniagaan bagi mengelakkan mereka hilang arah. Selain daripada itu, GESB turut melaksanakan janji yang terdapat dalam pelan pemasaran iaitu keuntungan yang diperoleh oleh syarikat turut dinikmati oleh ahli- ahli mengikut perkiraan yang ditetapkan. Pengamalan konsep persaudaraan juga dititikberatkan di kalangan ahli. 3.0 KESIMPULAN Melalui analisis ketiga-tiga artikel di atas, peranan pengurus yang berbeza dapat diperjelaskan dengan lebih lanjut. Walaupun pengurus mempunyai pelbagai peranan yang berlainan, namun, semuanya bermatlamatkan misi dan visi organisasi. Dari sudut pandangan penulis melalui analisis artikel-artikel tersebut, antara ketiga-tiga peranan yang dibincangkan, peranan yang paling sukar untuk dibawa ialah sebagai pencetus idea. Bukannya mudah untuk membuat sesuatu perancangan dan strategi bagi melakukan perubahan dalam organisasi kerana ia memerlukan perkiraan yang luas dari segi matlamat dan tujuan. Di samping itu, ia juga memerlukan tenaga kerja, dana, sumber dan tempoh masa yang panjang sekiranya melibatkan perubahan dalam skala yang besar. Jika dibandingkan dengan peranan sebagai pemimpin dan perunding yang juga tidak kurang sukar untuk dibawa, pengurus perlu membuat keputusan yang penting bagi mengelakkan kegagalan. Sebarang gangguan dan kekangan boleh mengganggu gugatkan kestabilan organisasi. (2552 patah perkataan) 10
  13. 13. RUJUKAN Aizzat Mohd. Nasurdin, Intan Osman, & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar Pengurusan (Ed.). Kuala Lumpur: MAZIZA. Ishak Mad Shah. (2006). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi (Ed.). Johor: UTM. Katarzyna Cieslinska. (2007). The Basic Roles of Manager in Business Organization. Department of Economics of August Cieszkowski Agricultural University of Poznan. Kumpulan Penulis MIM. (2009). Pengurusan di Malaysia: Teks Asas Pengurusan Am Tentang Bagaimana Menguruskan Perniagaan di Malaysia. Kuala Lumpur: ITBM. SaifulRizal Shariff. (2013, Oktober 15). Misi Datuk Adenan Mahu Gamat Emas Jadi Platform Usahawan Melayu. Majalah HARMONI. Sofyan Rizal Ishak. (2014, Jun 20). KUB, IHI Enviro Bangun Perniagaan Tenaga Alam Sekitar. myMetro. [Online]. Available: http://www.hmetro.com.my/myMetro /articles/KUB_IHIEnvirobangunperniagaantenagaalamsekitar/Article/index_html. [2014, Jun 26]. Pengurus dan Pengurusan. (2008). [Online]. Available: http:// http://www.slideshare.net/ ebbysufian/unit2-14854014. [2014, June 28]. Sejenak Bersama Peneraju Westports. (n.d.). [Online]. Available: http://www.sinarharian. com.my/bisnes/sejenak-bersama-peneraju-westports-1.289695. [2014, Jun 26]. 11
  14. 14. LAMPIRAN - ARTIKEL I 12
  15. 15. LAMPIRAN - ARTIKEL I 13
  16. 16. LAMPIRAN - ARTIKEL I 14
  17. 17. LAMPIRAN - ARTIKEL II 15
  18. 18. LAMPIRAN - ARTIKEL II 16
  19. 19. LAMPIRAN - ARTIKEL III 17
  20. 20. LAMPIRAN - ARTIKEL III 18
  21. 21. LAMPIRAN – ARTIKEL III 19
  22. 22. LAMPIRAN – ARTIKEL III 20

×