SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
8.1.2013



                                 PROSES KAUNSELING
                                               Dr Sapora Sipon
                                            Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



                 PENGENALAN

                                      Kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada
                              beberapa fasa sewaktu melaksanakan kaunseling (Brammer, 1973).
langkah dalam kaunseling      Setiap fasa ini pula mengandungi beberapa peringkat serta langkah
                              tertentu. Fasa-fasa yang perlu dilalui tersebut adalah seperti berikut;
1. menyedia persepsi
2. membina hubungan            Fasa Satu                    Sebelum proses kaunseling
(melayan, mendengar,
                                                            (Peringkat pra-persediaan)
memaami)
3. meneroka, mwnganalisis
masalah                        Fasa Dua                     Semasa proses kaunseling
4. mengebal ppasti masalah                                  (Peringkat penyediaan, kemasukan,
5. membincang altelnati6.                                   penetapan/penjelasan,menstruktur
mengambil tindakan                                          perhubungan,penerokaan, pengukuhan
                                                            dan perancangan)

                               Fasa Tiga                    Selepas proses kaunseling
                                                            (Peringkat penamatan)




                 Fasa Satu: Sebelum proses membantu/kaunseling

                              Pra-persediaan

                                     Dalam peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh
                              kaunselor ialah mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat
                              peribadi klien perlu dikumpul secara teratur dan sistematik untuk
                              memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan sebenar
                              kliennya. Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan
                              dan seterusnya memberikan pertolongan.
Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien
             lebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan
             dengan jelas dan tekankan bahawa dirinya (kaunselor) sentiasa
             prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen
             penting yang perlu diambilkira di tahap ini ialah;

             •   Tempat sesi kaunseling

                    Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah
             memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang
             sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa
             dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk
             menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakan
             dengan jayanya.

             •   Tahap kemampuan kaunselor dengan klien

                     Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor             perlu
             mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun
             klien. Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang
             yakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor
             harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin
             kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama. Dengan itu akan
             terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak ini
             harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar
             proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar.
                     Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk
             memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak
             bagi memulakan proses kaunseling mestilah dipersetujui. Brammer
             (1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara
             kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda
             permulaan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini
             akan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan
             klien itu sendiri.


Fasa dua. Semasa proses kaunseling

                     Setelah memastikan peringkat pra-persediaan berjalan dengan
             lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu fasa
             “semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini, beberapa peringkat
             terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan,
             penstrukturan,   perhubungan,     penerokaan,    pengukuhan     dan
             perancangan.

(i) Peringkat penyediaan dan kemasukan
Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan
              klien akan berlaku.     Sewaktu memulakan temubual, seseorang
              kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak
              menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu.
              Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan
              kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan.
                     Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi
              perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain dari itu,
              keadaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam
              permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini amat penting kerana
              suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan serta
              menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.

(ii) Peringkat penetapan/penjelasan

                      Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan
              gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang
              dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang
              diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh
              dilakukan iaitu;
                      Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan segala isi
              hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus
              bercerita.
                      Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor
              hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar
              menggalakkan klien tersebut untuk bercerita.
                      Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’
              digunakan kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien tersebut
              merasa terancam atau takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan
              pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang,
              hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat
              sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika
              menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman
              dan perasaanya.
                      Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien menghurai
              dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan
              yang dikehendaki. Di tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan
              menentukan siapa sebenarnya sedang menghadapi permasalahan
              tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang
              lain.
                      Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu
              merangka alternatif ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini,
              kaunselor sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan untuk
              melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah boleh mencungkil
              kehendak sebenar klien.
(iii) Peringkat Penstrukturan

                                      Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama
                              ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor
Dorongan minima
                              harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu
seperti ya, teruskan,         klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan
emmm, anggukan                selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan
kepala                        klien.
                                      Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada
                              kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah ia
                              melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh
                              kaunselor nanti.
                                      Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan
                              matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien
                              langkah-langkah yang diambil bagi menyediakannya arah yang
                              sedang dituju.
                                      Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu
                              persetujuan antara kaunselor dan klien bagi berusaha mencapai
                              matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya.
                              Dengan adanya kontrak ini klien akan merasa lebih komited
                              menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat
                              yang ditetapkan.

                (iv) Peringkat Perhubungan

                                      Di peringkat ini, matlamat utama kaunseling ialah untuk
                              mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien.
                              Perhubungan akan terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa
                              selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat
     8.1.2013                 ini, kaunselor hendaklah mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah
                              laku yang meyakinkan serta sentiasa menunjukkan kemesraan.
                              Kaunselor hendaklah membina tanggapan pertama yang positif dan
                              untuk tujuan ini, kaunselor perlu mengambil kira beberapa perkara
 kemahiran prasesi
                              yang dapat membina perhubungan yang baik dan selesa.

                              Membina suasana alam sekeliling yang kondusif

                                      Tempat yang sesuai amat diperlukan semasa pengendalian sesi
                              kaunseling. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi
                              yang tidak meyakitkan pinggang, bergoyang-goyang sehingga
                              menggangu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu
                              panas, terlalu sempit atau terlalu bising.
                                      Elakkan tempat lalu-lalang yang boleh mengganggu tumpuan
                              klien atau kaunselor. Pastikan juga tidak ada bau yang tidak
                              menyenangkan seperti bau tandas yang berhampiran atau fail dan
buku-buku yang bertimbun atau berselerak sehingga menyusahkan
                          penglihatan klien atau kaunselor.

                          •   Jarak antara kaunselor dengan klien

                                  Dalam melaksanakan sesi kaunseling, jarak atau ruang antara
                          klien dengan kaunselor harus diambilkira bagi mempastikan agar tidak
                          terlalu dekat sehingga menyukarkan kedua-dua pihak untuk
                          berkomunikasi. Jarak antara 1 hingga 1.5 meter dapat menimbulkan
                          rasa selesa dan klien akan berasa mendapat perhatian yang baik.

                          •   Penampilan diri

                                 Pandangan pertama amat penting dalam menentukan
                          keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya
                          klien berasa selesa dan gembira dengan penampilan kaunselor, ia
                          merupakan ciri pertama yang akan menentukan kejayaan sesi
                          seterusnya. Kaunselor atau klien hendaklah berpakaian mengikut
                          norma-norma tempatan, tidak keterlaluan sehingga klien memerlukan
pandangan mata            masa untuk menerima kaunselor atau sebaliknya.

                          •   Ekspresi muka/wajah

                                  Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi,
                          fikiran, penilaian dan keadaan diri individu juga perlu diambil kira.
                          Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan
                          erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat penting bagi para
                          kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat
                          menyakinkan klien.


1.kedudukan badan         •   Cara duduk dalam sesi kaunseling
2.pergerakan tangan dan
kaki                             Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap
3.senyuman                orang lain. Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk
                          condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya.
4.nada suara
5.suara2 separa bahasa
6.tingkah laku tanpa
                          •   Senyuman
bahasa
7. kemahiran
                                 Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling
membalas(responding)
                          terutama sekali di peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana
layanan lisan
                          senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara
                          kaunselor dengan klien.
                                 Lazimnya, senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan
                          emosi di pihak klien. Senyuman juga harus diberikan mengikut
kesesuaian dalam sesi kaunseling.       Sekiranya senyuman tidak
bersesuaian, ia akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan
pihak klien.
        Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien
mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau
keadaan serba salah. Terdapat juga klien yang senyum kerana ingin
mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman
ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan
itu sesuai dan menepati matlamatnya.

•   Nada suara

       Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang
terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan
yang disebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang
berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor mendengar dan
memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang
kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram,
pemarah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya.

(v) Peringkat Penerokaan

       Pada peringkat ini, kaunselor akan semakin mengenali klien
terutamanya dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal
diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah yang boleh
diambil oleh kaunselor di peringkat ini ialah;

•   Terus mewujud dan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin,
    percaya dan selamat timbul di pihak klien terhadap kaunselor.

•   Klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan
    perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri.

•   Kaunselor boleh memutuskan sama ada akan meneruskan
    hubungan sesi kaunseling ini atau menghentikannya atas sebab-
    sebab tertentu.

•   Kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang
    kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya.

        Kaunselor boleh memberikan aktiviti “kerja rumah” untuk
klien bagi membolehkannya mencapai matlamat.
        Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan
cergas dalam tindakannya. Kaunselor seharusnya semakin jelas
tentang apa yang diperlukan oleh kliennya.
Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk
              meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977),
              peringkat ini merupakan proses berlakunya komunikasi yang didorong
              oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan
              sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak.
                     Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri
              kaunselor atau klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak
              mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya. Perhubungan yang
              erat sangat penting untuk menimbulkan keyakinan sehingga klien
              dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan sedia
              berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor.

(vi) Peringkat Pengukuhan

                      Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan
              lebih lanjut tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan
              yang boleh diambil olehnya. Kemahiran-kemahiran baru juga perlu
              diamalkan. Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan dirinya
              secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. Seboleh-bolehnya,
              sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta
              disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama.

(vii) Peringkat Perancangan

                     Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan
              kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor
              seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi yang
              hendak diambil termasuk langkah-langkah perlaksanaan strategi
              tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan
              matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan
              tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah
              hampir kepada tahap penyelesaian.


Fasa tiga: Selepas proses kaunseling

                     Berada di fasa ini bererti, kaunselor yang telah berjaya
              melaksanakan peringkat-peringkat dalam fasa kedua perlu melakukan
              peringkat penamatan.


Peringkat penamatan

                     Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan.
              Lazimnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak
              kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien
              akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak
tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti. Di peringkat ini
            pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling.
                    Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka
            klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-pakar
            lain. Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien
            tidak mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun atas permintaan
            klien sendiri.
                    Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini
            merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan
            strategi atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya.
            Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan tindakan susulan
            akan diteruskan.
                    Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti
            hubungan antara kedua-duanya akan terputus langsung. Sebaik-
            baiknya adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkembangan
            klien yang pernah dibantunya. Penamatan dalam konteks ini hanya
            merupakan pemberhentian proses kaunseling sahaja.


Fungsi Penamatan

                   Terdapat beberapa fungsi penting penamatan, Pertama,
            penamatan menunjukkan sesuatu ingin ditamatkan. Penamatan adalah
            peluang untuk mengakhiri pembelajaran pengalaman dengan baik
            sama ada di peringkat peribadi atau peringkat profesional. Dalam
            kaunseling, penamatan lebih kepada tindakan yang menandakan
            berakhirnya terapi, sebagai penggerak motivasi. Kesedaran bahawa
            sesi kaunseling mempunyai limitasi seperti masa membawa klien
            untuk bekerja keras.


Masa Penamatan

                   Menurut Gladding (2000), tidak ada satu jawapan jelas bila
            perhubungan itu ingin ditamatkan. Jika penamatan ditamatkan dengan
            lebih awal, klien mungkin akan hilang asas yang telah mereka temui
            dalam sesi kaunseling dan mengundur diri sebagai tingkah laku awal.
            Dengan kata lain, jika penamatan tidak dinyatakan, proses
            kebergantungan klien kepada kaunselor akan berlaku dan klien akan
            gagal menyelesaikan segala kesukaran yang dialami sebagai
            perkembangan manusia.
                   Terdapat beberapa pertimbangan yang pragmatik untuk
            penamatan sesi (Gladding, 2000) iaitu;

                Adakah klien telah mencapai matlamat tingkah laku, kognitif atau
                 matlamat kontrak afektif? Bila klien dan kaunselor mempunyai
                 idea yang jelas sama ada matlamat yang khusus telah bertemu,
masa penamatan menjadi mudah untuk dinyatakan. Kunci
                pertimbangan ini adalah membentuk         kontrak yang saling
                dipersetujui di antara kaunselor dan klien sebelum kaunseling
                dimulakan.

               Adakah klien secara konkrit menunjukkan bahawa dirinya telah
                menunjukkan perkembangan. Dalam situasi ini, kemajuan yang
                spesifik mungkin menjadi asas kepada klien dalam membuat
                keputusan tentang penamatan.

               Adakah kaunseling satu perhubungan yang membantu? Jika klien
                atau kaunselor merasai apa yang berlaku dalam sesi kaunseling
                tidak membantu, penamatan adalah sesuai.

               Adakah konteks pengaturan permulaan kaunseling telah berubah?
                Dalam kes di mana mereka mengalami kesakitan jangka panjang,
                penamatan (termasuk rujukan) akan dipertimbangkan.

                   Keseluruhannya, tidak ada masa yang tepat untuk menamatkan
            perhubungan kaunseling. “Bila” penamatan perlu adalah berdasarkan
            menurut keunikan situasi dan menurut garis panduan etika dan
            profesional.

Isu-Isu Penamatan

            Penamatan Sesi Individu

                   Penamatan diutarakan ketika sesi kaunseling. Sesi permulaan
            telah jelas mendefinisikan limitasi masa. Kaunselor       mungkin
            mengambil masa di antara 5-10 minit untuk menyesuaikan klien dan
            kerisauan klien. Sesi kaunseling yang tamat awal mungkin kurang
            produktif. Benjamin (1987) menyatakan terdapat dua faktor penting
            dalam mengakhiri sesi iaitu;

            (1)Kaunselor dan klien sedar bahawa sesi sudah berakhir dan

            (2)Tiada isu-isu baru, yang diperkenalkan atau dibincangkan ketika
            berakhirnya sesi. Jika klien mengutarakan isu baru, kaunselor perlu
            memfokuskan pada sesi akan datang.

                   Kaunselor boleh menamatkan sesi secara berkesan dengan
            pelbagai cara. Salah satunya ialah membuat pernyataan ringkas
            bahawa sesi telah tamat. Contohnya, “nampaknya masa telah tamat
            untuk hari ini.”
                   Jika klien membincangkan perkara tertutup-terbuka berdekatan
            dengan pengakhiran sesi, kaunselor akan mengingatkan klien bahawa
terdapat hanya 5 hingga 10 minit lagi masa yang tinggal. Selepas itu,
            klien boleh berfokus kepada perkara-perkara yang penting.
                   Sebagai alternatif pernyataan secara langsung, kaunselor boleh
            menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menunjukkan sesi tamat.
            Contohnya melihat jam atau berdiri (Gladding, 2000). Gerak badan
            adalah baik digunakan dengan indikator lisan untuk tujuan peneguhan
            klien.
                   Ketika kaunselor ingin menamatkan sesi, rumusan boleh
            membantu kaunselor ataupun klien untuk meringkaskan apa yang
            berlaku dalam sesi. Kaunselor atau klien boleh merumuskan apa yang
            berlaku iaitu ciri utama sesi dan akan diringkaskan kepada butir-butir
            tanpa interpretasi. Ringkasan juga membolehkan kaunselor dan klien
            sedar apa yang akan mereka perolehi dari luar sesi dan membekalkan
            maksud menyelesaikan apa-apa salah faham.


                   Satu lagi yang penting dalam melakukan proses penamatan
            ialah merangka sesi yang akan datang. Umpamanya,

            Kaunselor :   “Kita ada lima minit saja lagi, jadi saya rasa elok saya
                          rumuskan apa yang telah kita rundingkan dalam sesi
                          ini. Pada peringkat awal kedatangan tuan ialah untuk
                          membincangkan masalah tuan dengan anak remaja
                          tuan. Tuan rasa tidak dapat mengawal anak ini, begitu
                          juga isteri tuan. Jadi, dalam perbincangan kita, tuan
                          bersetuju untuk bekerja sama dengan isteri tuan. Tuan
                          mengambil keputusan untuk membincangkan masalah
                          ini dengan isteri tuan. Ini adalah beberapa langkah
                          yang akan tuan ambil dalam masa dua minggu ini.
                          Sekiranya tuan rasa perlu berbincang lagi setelah dua
                          minggu lagi dengan saya, tuan dipersilakan”.

Penamatan Perhubungan Kaunseling

                   Penamatan perhubungan kaunseling adalah berbeza dari satu
            klien kepada klien yang lain. Kaunselor dan klien perlu bersetuju bila
            perhubungan perlu ditamatkan. Umumnya, mesej lisan tentang
            kesediaan untuk penamatan. Klien berkata “Saya berfikir, saya telah
            banyak membuat kemajuan beberapa bulan yang lepas.” Atau
            kaunselor menyatakan, “Anda kelihatan amat baik dan saya rasa anda
            tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan saya.” Pernyataan ini
            mencadangkan akan berakhirnya sesi kaunseling. Di antara contoh lain
            iaitu;

                   Kaunselor :    “Kita telah bertemu sebanyak lima sesi, saya
                                  lihat tuan bertambah gembira sekarang. Tuan
juga menyatakan yang tuan telah berjaya
                      berbaik-baik dengan anak tuan. Jadi, saya rasa
                      bolehlah      kita memberhentikan hubungan
                      kaunseling ini. Saya harap tuan berjaya di
                      dalam kehidupan tuan”.

        Penamatan juga melibatkan perubahan dalam diri klien ataupun
mencapai resolusi. Beberapa tingkah laku lain juga menandakan
berakhirnya sesi kaunseling termasuklah ketidaksungguhan klien
ketika sesi dijalankan, menarik diri, marah, bersedih atau bergantung.
        Shulman (dlm Gladding, 2000) mencadangkan beberapa
perkara perlu diberi perhatian apabila sesi ingin ditamatkan seperti;

       1. Memeriksa sama ada masalah atau simptom awal klien
          telah dikurangkan atau dihapuskan.
       2. Menentukan sama ada tekanan perasaan yang telah
          dihasilkan membawa kepada penamatan kaunseling.
       3. Menilai kebolehan untuk menangani persoalan klien dan
          tahap pemahaman diri dan orang lain.
       4. Penentuan sama ada klien boleh dihubungkan lebih baik
          dengan orang lain dan boleh untuk mencintai dan dicintai.
       5. Memeriksa sama ada klien dapat mencapai kebolehan
          untuk merancang dan bekerja dengan produktif

       Sekurang-kurangnya terdapat dua cara bagi memudahkan
berakhirnya perhubungan kaunselor-klien. Satu darinya menggunakan
fading. Dixon dan Glover (1984) mendefinisikan fading sebagai
penurunan yang beransur-ansur dalam struktur yang bukan semulajadi
dikembangkan dengan keinginan untuk berubah.
       Dengan lain perkataan, klien secara beransur-ansur berhenti
menerima peneguhan tingkah laku dalam beberapa cara. Matlamat
yang diingini dalam setiap kaunseling membantu klien menjadi kurang
bergantung pada kaunselor dan sesi kaunseling lebih bergantung pada
diri mereka sendiri dan saling kebergantungan dengan orang lain.
       Cara lain untuk melakukan penamatan ialah dengan membantu
klien mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah.              Jika
kaunselor dapat membantu klien mempelajari cara yang berkesan
untuk menangani kesukaran, klien tidak memerlukan masa yang lama
untuk menamatkan perhubungan kaunseling. Ini adalah proses
generalisasi pengalaman kaunseling untuk digunakan. Proses ini
termasuklah menekankan pendidikan, pencegahan dan kemahiran
membuat keputusan pada setiap keputusan dan situasi krisis.

   Resistan Penamatan
Keengganan penamatan mungkin datang dari kaunselor atau
                 klien. Patterson dan Einsberg (dlm Gladding, 2000) menyatakan
                 resistan berlaku bila perhubungan kaunseling berlaku terlalu lama
                 atau penglibatan keintiman berada pada tahap yang tinggi.
                         Faktor lain yang menggalakkan klien resistan iaitu kesakitan
                 awal, kesunyian, kesedihan yang tidak diselesaikan, mahukan
                 ganjaran, takut ditolak dan tidak mempunyai kepercayaan diri.

Klien Resistan

                      Beberapa perkara membuktikan bahawa klien resistan untuk
                 menamatkan sesi seperti

                        (1) Banyak bertanya di akhir sesi
                        (2) ingin mengadakan banyak temujanji ketika matlamat telah
                            dicapai.

                         Selain itu, klien akan juga menambahkan persoalan-persoalan
                 baru yang bukan berkenaan dengan dirinya seperti kemurungan atau
                 kerisauan. Resistan klien ini akan menyebabkan penamatan lebih
                 sukar. Ada kalanya, klien akan menyakinkan kaunselor bahawa
                 kaunselor sahaja yang dapat menolongnya. Kemudian, kaunselor
                 mungkin merasa berkewajipan untuk meneruskan sesi kaunseling.
                 Lerner & Lerner (1983 dalam Gladding, 2000) menjelaskan klien yang
                 resistan seringkali takut untuk berubah. Ada kalanya mereka takut
                 mereka tidak dapat berfungsi baik tanpa kaunselor.
                         Cara yang terbaik untuk mengelakkan resistan ialah proses
                 penamatan dijalankan secara beransur-ansur Cormier & Cormier (dlm
                 Gladding, 2000). Sesi akan menjadi semakin berkurangan dan
                 kaunselor akan memberi tumpuan kepada kemahiran, kebolehan dan
                 sumber klien.

Kaunselor Resistan

                        Resistan bukan sahaja berlaku kepada klien. Terdapat
                 kaunselor yang menentang untuk menamatkan sesi. Antara sebab-
                 sebab kaunselor resistan ialah kerana klien mempunyai keistimewaan
                 yang menjadi tarikan kepada kaunselor. Goodyear (dlm Gladding,
                 2000) menyenaraikan beberapa keadaan di mana penamatan mungkin
                 sukar bagi kaunselor iaitu;

                 1. Apabila penamatan menandakan berakhirnya perhubungan yang
                    signifikan
                 2. Apabila penamatan membangkitkan kerisauan kaunselor tentang
                    kebolehan klien untuk berfungsi secara tidak bergantung.
3. Apabila penamatan muncul, kaunselor rasa bersalah kerana tidak
               melaksanakan tugas dengan efektif.
            4. Apabila klien mengancam meninggalkan kaunselor dalam keadaan
               mendesak dan marah.
            5. Apabila penamatan menunjukkan berakhirnya pengalaman
               menarik kaunselor
            6. Bila   penamatan     menandakan    berakhirnya     pengalaman
               pembelajaran kaunselor (contoh, kaunselor mungkin bersandar
               pada klien untuk mempelajari tentang dynamic disorder atau
               subbudaya yang khusus).

Susulan

                   Proses susulan berlaku apabila kaunselor menyemak untuk
            melihat bagaimana klien melakukan perancangan selepas proses
            penamatan dilakukan. Tujuannya ialah untuk penyeliaan yang positif
            yang menggalakkan pertumbuhan klien.
                   Susulan penting kerana ia dapat meneguhkan dapatan klien
            yang berlaku dalam proses kaunseling. Susulan juga membantu
            kaunselor dan klien menilai semula pengalaman. Ia menekankan pada
            sikap kaunselor yang tulen dan mengambil berat. Susulan dijalankan
            sama ada dalam jangka masa pendek (3 hingga 6 minggu) dan jangka
            panjang (sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan). Susulan
            dilakukan dalam banyak cara. Kebiasaanya empat cara digunakan
            iaitu;

                  1. Menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan
                     berterusan dalam memenuhi matlamat yang ingin dicapai.

                  2. Melalui telefon, klien boleh melaporkan kepada kaunselor
                     secara verbal
                  3. Kaunselor menghantar surat kepada klien bertanyakan
                     perkembangan terkini dan

                  4. Kaunselor menghantar kepada klien soal selidik berkenaan
                     dengan tahap kefungsiaan terkini klien dan ini dilakukan
                     menerusi pos .

Proses Rujukan

                    Shertzer & Stone (1980) menjelaskan tindakan merujuk
            individu kepada pihak atau agensi lain adalah bertujuan untuk
            membantu kepakaran yang tidak ada dari sumber dalaman kaunselor.
            Selain daripada itu, rujukan juga boleh dilakukan di sebabkan oleh
            etika atau alasan peribadi. Cormier & Hackney (2001) menjelaskan
            rujukan melibatkan beberapa langkah iaitu;
1.   Mengenal pasti keperluan untuk merujuk
                    2.   Menilai potensi sumber rujukan
                    3.   Memperlengkapkan klien untuk dirujuk
                    4.   Menyelaraskan perpindahan

             Keperluan Merujuk

                    Keperluan merujuk berlaku apabila kaunseling yang sedia ada
             tidak dapat menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh klien.
             Adakalanya juga, keperluan dari segi gender, etnik, budaya dan
             berkaitan dengannya memerlukan kaunselor membuat rujukan.
             Kebiasaannya klien biasanya akan menentang untuk dibuat rujukan.
             Kaunselor akan menerangkan risiko yang akan diterima dengan
             berbincang berkenaan klien yang mudah dilukai dan memberi
             sokongan kepada klien.

             Membuat Rujukan


                    Terdapat lima sumber utama klien dirujuk kepada seorang
             kaunselor iaitu;

             - Pemerhatian kaunselor sekolah
             - Guru atau kakitangan sekolah.
             - Individu atau agensi dalam komuniti
             - Ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan
             - Rujukan klien sendiri.

                    Setiap sumber rujukan ini membuat satu penentuan sama ada
             perlu atau tidak merujuk seorang individu kepada kaunselor
             berdasarkan pemerhatian, maklum balas daripada individu lain,
             berhubung secara langsung atau rekod lepas individu tersebut.


Pemerhatian Kaunselor Sendiri

                     Kaunselor meluangkan masanya untuk memerhatikan tingkah
             laku seorang individu, mengulas rekod di sekolah atau agensi dan
             membincangkan isu yang berkaitan dengan individu seperti guru atau
             profesional yang lain. Dengan demikian, kaunselor akan mengenal
             pasti individu yang perlu dirujuk.

Guru Dan Kakitangan Sekolah.
Di sekolah, guru, pentadbir dan staf sokongan juga boleh
             mengenalpasti individu yang memerlukan bantuan kaunseling.
             Individu yang selalu menghadapi masalah disiplin di sekolah boleh
             dirujuk untuk mendapatkan bantuan dalam proses mengubah tingkah
             laku maladaptif. Tingkah laku individu yang menyebabkan masalah
             utama sama ada terhadap individu tersebut ataupun individu lain
             adalah antara kemungkinan yang menyebabkan mereka dirujuk kepada
             kaunselor.


Individu Atau Agensi Dalam Komuniti

                    Rujukan juga boleh datang daripada beberapa agensi sosial dan
             individu dalam komuniti.

Ibu Bapa, Ahli Keluarga Dan Rakan-Rakan

                     Ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain atau kawan-
             kawan juga boleh merujuk individu yang memerlukan bantuan
             daripada kaunselor.
                     Kebanyakan rujukan dilakukan dengan menyertakan sekeping
             surat rujukan ataupun melalui satu laporan yang dibuat secara lisan
             menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya dirujuk untuk
             mendapatkan manfaat daripada proses kaunseling.
                     Maklumat tambahan haruslah dikumpul dan dianalisis oleh
             kaunselor lain bagi setiap kes yang dirujuk oleh sumber rujukan.
             Daripada maklumat yang sedemikian, kaunselor boleh mengenal pasti
             punca-punca setiap isu yang dibawa oleh setiap klien yang dirujuk.
             Walau bagaimanapun, kaunselor harus menghubungi sumber rujukan
             yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan
             maklumat yang diterima.
                     Kaunselor haruslah memberitahu sumber rujukan tentang apa
             yang mungkin diharapkan sepanjang proses menolong dalam sesi
             kaunseling. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menolak
             rujukan tersebut yang biasanya agak rumit, beberapa bantuan haruslah
             diberikan kepada klien atau sumber rujukan dalam usaha mendapatkan
             bantuan yang bersesuaian
                     Sekiranya ahli adalah tidak berkemampuan menjadi profesional
             dalam memberikan bantuan kepada seorang klien, ahli haruslah
             mengelak daripada memulakan perhubungan kaunseling atau ahli
             menamatkan sesi kaunseling.
                     Dalam salah satu daripada situasi tersebut, ahli adalah
             diwajibkan untuk merujuk klien tersebut kepada seorang kaunselor
             yang bersesuaian. Ini adalah satu tugas atau tanggungjawab kepada
             ahli yang mempunyai matlamat berkaitan dengan sumber rujukan
             supaya berbincang dengan kaunselor tersebut sebelum memulakan
proses rujukan. Sekiranya klien tersebut menolak cadangan rujukan,
kaunselor adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perhubungan
menolong.
       Syarat-syarat yang harus di ambil kira dan dipertimbangkan
dalam membuat rujukan adalah seperti berikut;

       1. Adakah rujukan itu satu keperluan? Keperluan haruslah
          ditentukan sama ada masalah tingkah laku klien adalah
          jenis yang memerlukan perubahan.

       2. Adakah klien berminat? Perubahan tingkah laku akan
          menjadi lebih senang sekiranya klien mempunyai minat
          dalam mengubah tingkah lakunya.

       3. Adakah masa yang diperuntukkan dan kemudahan yang
          disediakan mencukupi? Satu persediaan garis kasar pelan
          rawatan yang berkemungkinan haruslah disediakan dengan
          masa dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan
          pelan rawatan tersebut.

       4. Bolehkah satu persetujuan secara kontrak dilakukan?
          Persetujuan sedemikian adalah perlu sekiranya keputusan
          untuk memberikan rawatan kepada klien telah diambil.
          Persetujuan di antara kaunselor-klien perlu digunakan
          sebagai pengantara sepanjang sesi kaunseling ini
          dijalankan.

       5. Adakah saya merupakan seorang kaunselor yang secara
          profesionalnya layak untuk membantu klien tersebut?

       6. Adakah diri saya mempunyai kelemahan yang
          berkemungkinan menyebabkan saya gagal memainkan
          peranan secara efektif dengan klien.

       7. Adakah terdapat individu lain atau agensi yang lebih baik
          untuk menolong klien tersebut ?

        Tujuh persoalan yang disenaraikan di atas haruslah
dipertimbangkan untuk menyediakan satu kerangka kerja di antara
kaunselor yang boleh mengambil keputusan sama ada seseorang klien
itu harus dirujuk kepada seseorang kaunselor yang lain, ditamatkan
atau diberi perkhidmatan kaunseling.
         Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menerima
klien, klien haruslah diberitahu tentang jenis-jenis bantuan yang akan
diberikan kepadanya, tempoh masa yang akan diperuntukkan dalam
satu sesi kaunseling dan penglibatan individu yang dirujuk atau agensi
adalah diperlukan dalam proses menolong.
        Keputusan kritikal yang harus dibuat dalam memproses klien
adalah sama ada        rujukan tersebut bersesuaian ataupun tidak.
Kaunselor akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan
klien untuk mengambil keputusan tentang kesesuaian kaunseling
terhadap klien. Kaunselor akan menganalisis laporan diri klien secara
langsung ataupun kaunselor akan meneroka persoalan yang dibawa
oleh klien sehingga menjalinkan persefahaman.
        Dalam kes sedemikian, kaunselor tidak akan berjumpa dengan
klien sehinggalah sesi temuduga yang pertama apabila perhubungan
kaunseling akan diterangkan. Mengikut prosedur, individu yang
dirujuk akan dikenal pasti oleh kerana tingkah lakunya di dalam kelas
telah menimbulkan masalah. Dalam situasi ini, kaunselor akan
berunding dengan orang yang merujuk pelajar untuk mengumpul ke
semua maklumat yang sesuai dan berkaitan dengan tingkah lakunya
yang menimbulkan masalah.
        Kaunselor juga akan menganalisis rekod yang diperolehi
bersama-sama dengan sumber maklumat lain yang telah dikumpulkan.
Kaunselor akan mengulas dan menganalisis maklumat dengan
berdasarkan kepada kecekapan profesional yang ada pada seorang
kaunselor dan seterusnya akan mengenal pasti kesesuaian rujukan
tersebut. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan bahawa rujukan
adalah bersesuaian, kaunselor akan menghubungi individu tersebut dan
menentukan temujanji klien untuk berjumpa dengan kaunselor.
        Individu yang merujuk klien tersebut perlu diingatkan
mengenai kerahsiaan kaunseling di samping memahami apakah yang
diharapkan dalam perhubungan kaunselor-klien. Setelah kesemua
makalumat yang berkaitan dengan klien telah dikumpulkan daripada
sumber rujukan, kaunselor akan bersedia untuk memulakan sesi
temuduga bersama dengan klien.

Menilai Sumber Potensi

        Kaunselor perlu membiasakan dirinya dengan sumber rujukan
yang digunakan dalam masyarakat. Dalam beberapa komuniti,
perkhidmatan kesihatan mental akan menyenaraikan beberapa senarai
agensi am, perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan, yuran dan
bagaimana rujukan akan disempurnakan. Direktori telefon Yellow
Pages juga membekalkan maklumat sama ada agensi kerajaan dan
swasta.

Menyelaraskan Perpindahan

       Apabila kaunselor merujuk klien kepada kaunselor lain,
kaunselor berharap rujukan dapat berlaku dengan berjaya tanpa
memberi sebarang tekanan kepada klien. Jika klien mempunyai
          kebimbangan yang tinggi, atau jika kaunselor merasakan klien
          mungkin tidak boleh menerima rujukan, perhatian yang tertentu akan
          ditumpukan pada kebimbangan klien. Tambahan kaunselor perlu
          membekalkan maklumat dalam usaha memudahkan proses rujukan.


          Memperlengkapkan Klien Untuk Dirujuk

                 Menyediakan klien untuk rujukan mungkin membimbangkan
          klien. Oleh itu, penting bagi kaunselor untuk meringankan
          kebimbangan klien dengan memberi tahu klien berkenaan dengan
          potensi kaunselor baru secara terperinci seperti ciri-ciri peribadi,
          kecekapan profesional dan kefahaman mereka terhadap rujukan.

          Berkomunikasi dengan ‘ Receiving Professional’

                 Sebelum rujukan dibuat, kaunselor perlu memastikan sama
          ada kaunselor yang ingin dirujuk bersedia atau tidak untuk menerima
          rujukan. Cara ini akan dilakukan secara berkesan melalui telefon.
          Ketika klien telah dikenal pasti, perpindahan maklumat tentang kes
          mesti dinyatakan. Ringkasan kes beserta dengan maklumat demografi
          perlu dinyatakan. Laporan penamatan akan diterangkan lebih awal
          dengan tujuan memberikan maklumat yang memadai untuk bertemu
          keperluan ini.
                 Sebelum menghantar bahan bertulis, kaunselor perlu
          mendapatkan persetujuan yang ditandatangani daripada klien.
          Kebanyakan pusat kaunseling menggunakan borang persetujuan yang
          standard.

          Hubungan kaunseling

                  Hubungan kaunseling sama ada antara kaunselor-klien atau
          klien-kaunselor memainkan peranan penting dalam menentukan
          kejayaan sesuatu proses kaunseling. Corey (1996) telah menyatakan
          bahawa hubungan kaunselor-klien bukan sahaja bertindak untuk
          meningkatkan peluang-peluang bagi klien mencapai matlamatnya,
          malah bertindak sebagai model untuk mewujudkan perhubungan
          interpersonal yang      boleh digunakan oleh klien untuk
          mempertingkatkan kualiti bentuk hubungan lain di luar setting
          kaunseling.

RUMUSAN

                Dalam proses kaunseling, kaunselor boleh melaksanakannya
          dalam beberapa peringkat. Brammer (1973) telah membahagikan
peringkat kaunseling kepada beberapa fasa. Bab ini              telah
              membincangkan secara mendalam fasa-fasa yang terdapat dalam
              proses kaunseling. Fasa-fasa yang telah dibincangkan adalah fasa satu
              iaitu fasa sebelum proses kaunseling, fasa dua, semasa proses
              kaunseling dan fasa tiga iaitu fasa selepas proses kaunseling.



RUJUKAN

Brammer (1973). The helping relationship: Process and skills. New Jersey: Prentice
    Hall.

Cormier, W. & Cormier, L.S (1991). Interviewing strategies for helpers:
    Fundamental skills and cognitive behaviour intervention: Pacific Grove CA:
    Brooks/Cole.

Cormier, L.S., & Hackney,H (1999). Counselling strategies and interventions (5th ed).
    Boston: Allyn & Bacon.

Eisenberg,S. & Delaney,D.J. (1977). The counseling process. Chicago: Rand McNally
     Publishing Co.

Gladding,S (2000). Counseling: A comprehensive profession (4th ed). Upper Sadle
     River. NJ: Prentice Hall.

Shetzer, B., & Stone, S.C. (1980). Fundamentals of counselling. Bostton: Houghton
     Miflin.
kemahiran
mendengar-kaunseling
1. telinga             mendengar
2.mata                 1.isi
3.hidung                    apa yg diceritakan
4.sentuhan             2. pengalamman
                       3. perasaan

More Related Content

What's hot

Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)Herney Aqilah Kay
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
terapi rasional emotif tingkah laku
 terapi rasional emotif tingkah laku terapi rasional emotif tingkah laku
terapi rasional emotif tingkah lakuzakwan azhar
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapyzakwan azhar
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaD Adam
 
Kaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamKaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamIrwan John Imbayan
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergJessika Denis
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU aishah zafiera
 
kemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingkemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingzakwan azhar
 

What's hot (20)

Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
terapi rasional emotif tingkah laku
 terapi rasional emotif tingkah laku terapi rasional emotif tingkah laku
terapi rasional emotif tingkah laku
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapy
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjaya
 
Kaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif IslamKaunseling dari perspektif Islam
Kaunseling dari perspektif Islam
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
kemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingkemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunseling
 

Similar to 3 peringkat proses kaunseling

Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)Nazrul azizi
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongSolehah Saffinee
 
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxPROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxssuserebee75
 
Proses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer ModelProses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer Modelqqilah
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolongzakwan azhar
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingeaglered007
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingeaglered007
 
Proses konseling
Proses konseling Proses konseling
Proses konseling Rizal Fahmi
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingAdila S. Sabri
 
Teknik teknik konseling
Teknik teknik konselingTeknik teknik konseling
Teknik teknik konselingugiadb
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3irenelina91
 
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxPPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxNigarKalfa
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaStiunus Esap
 

Similar to 3 peringkat proses kaunseling (20)

Model kaunseling
Model kaunselingModel kaunseling
Model kaunseling
 
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
Unit 2 teknik dan proses kaunseling (1)
 
Konsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolongKonsep proses perhubungan menolong
Konsep proses perhubungan menolong
 
Penstrukturan
PenstrukturanPenstrukturan
Penstrukturan
 
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxPROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
 
Proses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer ModelProses Kaunseling Brammer Model
Proses Kaunseling Brammer Model
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolong
 
4. 4.1
4. 4.14. 4.1
4. 4.1
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
 
Proses konseling
Proses konseling Proses konseling
Proses konseling
 
DASAR-DASAR KONSELING
DASAR-DASAR KONSELINGDASAR-DASAR KONSELING
DASAR-DASAR KONSELING
 
Proses Kaunseling
Proses KaunselingProses Kaunseling
Proses Kaunseling
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Neny3
Neny3Neny3
Neny3
 
Teknik teknik konseling
Teknik teknik konselingTeknik teknik konseling
Teknik teknik konseling
 
M5 kb4
M5 kb4M5 kb4
M5 kb4
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3
 
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptxPPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
PPT PSIKONS KELOMPOK 5 MATERI 6.pptx
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencana
 

More from Herney Aqilah Kay

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruHerney Aqilah Kay
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Herney Aqilah Kay
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwanHerney Aqilah Kay
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianHerney Aqilah Kay
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerHerney Aqilah Kay
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Herney Aqilah Kay
 

More from Herney Aqilah Kay (20)

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guru
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
 
bab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayanganbab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayangan
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Komponen elektronik
Komponen elektronikKomponen elektronik
Komponen elektronik
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian Komputer
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
 

3 peringkat proses kaunseling

  • 1. 8.1.2013 PROSES KAUNSELING Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PENGENALAN Kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu melaksanakan kaunseling (Brammer, 1973). langkah dalam kaunseling Setiap fasa ini pula mengandungi beberapa peringkat serta langkah tertentu. Fasa-fasa yang perlu dilalui tersebut adalah seperti berikut; 1. menyedia persepsi 2. membina hubungan Fasa Satu Sebelum proses kaunseling (melayan, mendengar, (Peringkat pra-persediaan) memaami) 3. meneroka, mwnganalisis masalah Fasa Dua Semasa proses kaunseling 4. mengebal ppasti masalah (Peringkat penyediaan, kemasukan, 5. membincang altelnati6. penetapan/penjelasan,menstruktur mengambil tindakan perhubungan,penerokaan, pengukuhan dan perancangan) Fasa Tiga Selepas proses kaunseling (Peringkat penamatan) Fasa Satu: Sebelum proses membantu/kaunseling Pra-persediaan Dalam peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh kaunselor ialah mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan sebenar kliennya. Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan.
  • 2. Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa dirinya (kaunselor) sentiasa prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen penting yang perlu diambilkira di tahap ini ialah; • Tempat sesi kaunseling Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakan dengan jayanya. • Tahap kemampuan kaunselor dengan klien Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien. Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin di kalangan klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama. Dengan itu akan terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar. Apabila kaunselor dan klien masing-masing bersedia untuk memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses kaunseling mestilah dipersetujui. Brammer (1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda permulaan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri. Fasa dua. Semasa proses kaunseling Setelah memastikan peringkat pra-persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu fasa “semasa proses kaunseling”. Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan. (i) Peringkat penyediaan dan kemasukan
  • 3. Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan klien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu. Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Selain dari itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya. (ii) Peringkat penetapan/penjelasan Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh dilakukan iaitu; Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan segala isi hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus bercerita. Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita. Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’ digunakan kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien tersebut merasa terancam atau takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaanya. Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien menghurai dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki. Di tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa sebenarnya sedang menghadapi permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang lain. Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu merangka alternatif ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini, kaunselor sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan untuk melihat matlamat klien. Kaunselor juga sudah boleh mencungkil kehendak sebenar klien.
  • 4. (iii) Peringkat Penstrukturan Di peringkat ini, kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor Dorongan minima harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu seperti ya, teruskan, klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan emmm, anggukan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan kepala klien. Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah ia melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor nanti. Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakannya arah yang sedang dituju. Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dan klien bagi berusaha mencapai matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini klien akan merasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan. (iv) Peringkat Perhubungan Di peringkat ini, matlamat utama kaunseling ialah untuk mengeratkan perhubungan antara kaunselor dengan klien. Perhubungan akan terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat 8.1.2013 ini, kaunselor hendaklah mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta sentiasa menunjukkan kemesraan. Kaunselor hendaklah membina tanggapan pertama yang positif dan untuk tujuan ini, kaunselor perlu mengambil kira beberapa perkara kemahiran prasesi yang dapat membina perhubungan yang baik dan selesa. Membina suasana alam sekeliling yang kondusif Tempat yang sesuai amat diperlukan semasa pengendalian sesi kaunseling. Kerusi meja yang sesuai perlu disediakan seperti kerusi yang tidak meyakitkan pinggang, bergoyang-goyang sehingga menggangu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik tidak terlalu panas, terlalu sempit atau terlalu bising. Elakkan tempat lalu-lalang yang boleh mengganggu tumpuan klien atau kaunselor. Pastikan juga tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang berhampiran atau fail dan
  • 5. buku-buku yang bertimbun atau berselerak sehingga menyusahkan penglihatan klien atau kaunselor. • Jarak antara kaunselor dengan klien Dalam melaksanakan sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dengan kaunselor harus diambilkira bagi mempastikan agar tidak terlalu dekat sehingga menyukarkan kedua-dua pihak untuk berkomunikasi. Jarak antara 1 hingga 1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa dan klien akan berasa mendapat perhatian yang baik. • Penampilan diri Pandangan pertama amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan penampilan kaunselor, ia merupakan ciri pertama yang akan menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor atau klien hendaklah berpakaian mengikut norma-norma tempatan, tidak keterlaluan sehingga klien memerlukan pandangan mata masa untuk menerima kaunselor atau sebaliknya. • Ekspresi muka/wajah Ekspresi wajah yang timbul dari penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu juga perlu diambil kira. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, amat penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. 1.kedudukan badan • Cara duduk dalam sesi kaunseling 2.pergerakan tangan dan kaki Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap 3.senyuman orang lain. Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. 4.nada suara 5.suara2 separa bahasa 6.tingkah laku tanpa • Senyuman bahasa 7. kemahiran Senyuman merupakan unsur penting dalam sesi kaunseling membalas(responding) terutama sekali di peringkat awal sesi tersebut. Ini adalah kerana layanan lisan senyuman bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien. Lazimnya, senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Senyuman juga harus diberikan mengikut
  • 6. kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak bersesuaian, ia akan mengakibatkan kesilapan interpretasi di kalangan pihak klien. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau keadaan serba salah. Terdapat juga klien yang senyum kerana ingin mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamatnya. • Nada suara Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan atau ayat. Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada yang berbeza akan membawa erti yang berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi kaunselor mendengar dan memahami nada suara tersebut kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, pemarah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya. (v) Peringkat Penerokaan Pada peringkat ini, kaunselor akan semakin mengenali klien terutamanya dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor di peringkat ini ialah; • Terus mewujud dan mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul di pihak klien terhadap kaunselor. • Klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri. • Kaunselor boleh memutuskan sama ada akan meneruskan hubungan sesi kaunseling ini atau menghentikannya atas sebab- sebab tertentu. • Kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya. Kaunselor boleh memberikan aktiviti “kerja rumah” untuk klien bagi membolehkannya mencapai matlamat. Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan cergas dalam tindakannya. Kaunselor seharusnya semakin jelas tentang apa yang diperlukan oleh kliennya.
  • 7. Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat ini merupakan proses berlakunya komunikasi yang didorong oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya. Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan keyakinan sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan sedia berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor. (vi) Peringkat Pengukuhan Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil olehnya. Kemahiran-kemahiran baru juga perlu diamalkan. Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan dirinya secara langsung dan secara aktif di peringkat ini. Seboleh-bolehnya, sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama. (vii) Peringkat Perancangan Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi yang hendak diambil termasuk langkah-langkah perlaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah hampir kepada tahap penyelesaian. Fasa tiga: Selepas proses kaunseling Berada di fasa ini bererti, kaunselor yang telah berjaya melaksanakan peringkat-peringkat dalam fasa kedua perlu melakukan peringkat penamatan. Peringkat penamatan Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Lazimnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak
  • 8. tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti. Di peringkat ini pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling. Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-pakar lain. Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien tidak mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun atas permintaan klien sendiri. Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya. Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus langsung. Sebaik- baiknya adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkembangan klien yang pernah dibantunya. Penamatan dalam konteks ini hanya merupakan pemberhentian proses kaunseling sahaja. Fungsi Penamatan Terdapat beberapa fungsi penting penamatan, Pertama, penamatan menunjukkan sesuatu ingin ditamatkan. Penamatan adalah peluang untuk mengakhiri pembelajaran pengalaman dengan baik sama ada di peringkat peribadi atau peringkat profesional. Dalam kaunseling, penamatan lebih kepada tindakan yang menandakan berakhirnya terapi, sebagai penggerak motivasi. Kesedaran bahawa sesi kaunseling mempunyai limitasi seperti masa membawa klien untuk bekerja keras. Masa Penamatan Menurut Gladding (2000), tidak ada satu jawapan jelas bila perhubungan itu ingin ditamatkan. Jika penamatan ditamatkan dengan lebih awal, klien mungkin akan hilang asas yang telah mereka temui dalam sesi kaunseling dan mengundur diri sebagai tingkah laku awal. Dengan kata lain, jika penamatan tidak dinyatakan, proses kebergantungan klien kepada kaunselor akan berlaku dan klien akan gagal menyelesaikan segala kesukaran yang dialami sebagai perkembangan manusia. Terdapat beberapa pertimbangan yang pragmatik untuk penamatan sesi (Gladding, 2000) iaitu;  Adakah klien telah mencapai matlamat tingkah laku, kognitif atau matlamat kontrak afektif? Bila klien dan kaunselor mempunyai idea yang jelas sama ada matlamat yang khusus telah bertemu,
  • 9. masa penamatan menjadi mudah untuk dinyatakan. Kunci pertimbangan ini adalah membentuk kontrak yang saling dipersetujui di antara kaunselor dan klien sebelum kaunseling dimulakan.  Adakah klien secara konkrit menunjukkan bahawa dirinya telah menunjukkan perkembangan. Dalam situasi ini, kemajuan yang spesifik mungkin menjadi asas kepada klien dalam membuat keputusan tentang penamatan.  Adakah kaunseling satu perhubungan yang membantu? Jika klien atau kaunselor merasai apa yang berlaku dalam sesi kaunseling tidak membantu, penamatan adalah sesuai.  Adakah konteks pengaturan permulaan kaunseling telah berubah? Dalam kes di mana mereka mengalami kesakitan jangka panjang, penamatan (termasuk rujukan) akan dipertimbangkan. Keseluruhannya, tidak ada masa yang tepat untuk menamatkan perhubungan kaunseling. “Bila” penamatan perlu adalah berdasarkan menurut keunikan situasi dan menurut garis panduan etika dan profesional. Isu-Isu Penamatan Penamatan Sesi Individu Penamatan diutarakan ketika sesi kaunseling. Sesi permulaan telah jelas mendefinisikan limitasi masa. Kaunselor mungkin mengambil masa di antara 5-10 minit untuk menyesuaikan klien dan kerisauan klien. Sesi kaunseling yang tamat awal mungkin kurang produktif. Benjamin (1987) menyatakan terdapat dua faktor penting dalam mengakhiri sesi iaitu; (1)Kaunselor dan klien sedar bahawa sesi sudah berakhir dan (2)Tiada isu-isu baru, yang diperkenalkan atau dibincangkan ketika berakhirnya sesi. Jika klien mengutarakan isu baru, kaunselor perlu memfokuskan pada sesi akan datang. Kaunselor boleh menamatkan sesi secara berkesan dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah membuat pernyataan ringkas bahawa sesi telah tamat. Contohnya, “nampaknya masa telah tamat untuk hari ini.” Jika klien membincangkan perkara tertutup-terbuka berdekatan dengan pengakhiran sesi, kaunselor akan mengingatkan klien bahawa
  • 10. terdapat hanya 5 hingga 10 minit lagi masa yang tinggal. Selepas itu, klien boleh berfokus kepada perkara-perkara yang penting. Sebagai alternatif pernyataan secara langsung, kaunselor boleh menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menunjukkan sesi tamat. Contohnya melihat jam atau berdiri (Gladding, 2000). Gerak badan adalah baik digunakan dengan indikator lisan untuk tujuan peneguhan klien. Ketika kaunselor ingin menamatkan sesi, rumusan boleh membantu kaunselor ataupun klien untuk meringkaskan apa yang berlaku dalam sesi. Kaunselor atau klien boleh merumuskan apa yang berlaku iaitu ciri utama sesi dan akan diringkaskan kepada butir-butir tanpa interpretasi. Ringkasan juga membolehkan kaunselor dan klien sedar apa yang akan mereka perolehi dari luar sesi dan membekalkan maksud menyelesaikan apa-apa salah faham. Satu lagi yang penting dalam melakukan proses penamatan ialah merangka sesi yang akan datang. Umpamanya, Kaunselor : “Kita ada lima minit saja lagi, jadi saya rasa elok saya rumuskan apa yang telah kita rundingkan dalam sesi ini. Pada peringkat awal kedatangan tuan ialah untuk membincangkan masalah tuan dengan anak remaja tuan. Tuan rasa tidak dapat mengawal anak ini, begitu juga isteri tuan. Jadi, dalam perbincangan kita, tuan bersetuju untuk bekerja sama dengan isteri tuan. Tuan mengambil keputusan untuk membincangkan masalah ini dengan isteri tuan. Ini adalah beberapa langkah yang akan tuan ambil dalam masa dua minggu ini. Sekiranya tuan rasa perlu berbincang lagi setelah dua minggu lagi dengan saya, tuan dipersilakan”. Penamatan Perhubungan Kaunseling Penamatan perhubungan kaunseling adalah berbeza dari satu klien kepada klien yang lain. Kaunselor dan klien perlu bersetuju bila perhubungan perlu ditamatkan. Umumnya, mesej lisan tentang kesediaan untuk penamatan. Klien berkata “Saya berfikir, saya telah banyak membuat kemajuan beberapa bulan yang lepas.” Atau kaunselor menyatakan, “Anda kelihatan amat baik dan saya rasa anda tidak perlu lagi menggunakan perkhidmatan saya.” Pernyataan ini mencadangkan akan berakhirnya sesi kaunseling. Di antara contoh lain iaitu; Kaunselor : “Kita telah bertemu sebanyak lima sesi, saya lihat tuan bertambah gembira sekarang. Tuan
  • 11. juga menyatakan yang tuan telah berjaya berbaik-baik dengan anak tuan. Jadi, saya rasa bolehlah kita memberhentikan hubungan kaunseling ini. Saya harap tuan berjaya di dalam kehidupan tuan”. Penamatan juga melibatkan perubahan dalam diri klien ataupun mencapai resolusi. Beberapa tingkah laku lain juga menandakan berakhirnya sesi kaunseling termasuklah ketidaksungguhan klien ketika sesi dijalankan, menarik diri, marah, bersedih atau bergantung. Shulman (dlm Gladding, 2000) mencadangkan beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila sesi ingin ditamatkan seperti; 1. Memeriksa sama ada masalah atau simptom awal klien telah dikurangkan atau dihapuskan. 2. Menentukan sama ada tekanan perasaan yang telah dihasilkan membawa kepada penamatan kaunseling. 3. Menilai kebolehan untuk menangani persoalan klien dan tahap pemahaman diri dan orang lain. 4. Penentuan sama ada klien boleh dihubungkan lebih baik dengan orang lain dan boleh untuk mencintai dan dicintai. 5. Memeriksa sama ada klien dapat mencapai kebolehan untuk merancang dan bekerja dengan produktif Sekurang-kurangnya terdapat dua cara bagi memudahkan berakhirnya perhubungan kaunselor-klien. Satu darinya menggunakan fading. Dixon dan Glover (1984) mendefinisikan fading sebagai penurunan yang beransur-ansur dalam struktur yang bukan semulajadi dikembangkan dengan keinginan untuk berubah. Dengan lain perkataan, klien secara beransur-ansur berhenti menerima peneguhan tingkah laku dalam beberapa cara. Matlamat yang diingini dalam setiap kaunseling membantu klien menjadi kurang bergantung pada kaunselor dan sesi kaunseling lebih bergantung pada diri mereka sendiri dan saling kebergantungan dengan orang lain. Cara lain untuk melakukan penamatan ialah dengan membantu klien mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah. Jika kaunselor dapat membantu klien mempelajari cara yang berkesan untuk menangani kesukaran, klien tidak memerlukan masa yang lama untuk menamatkan perhubungan kaunseling. Ini adalah proses generalisasi pengalaman kaunseling untuk digunakan. Proses ini termasuklah menekankan pendidikan, pencegahan dan kemahiran membuat keputusan pada setiap keputusan dan situasi krisis. Resistan Penamatan
  • 12. Keengganan penamatan mungkin datang dari kaunselor atau klien. Patterson dan Einsberg (dlm Gladding, 2000) menyatakan resistan berlaku bila perhubungan kaunseling berlaku terlalu lama atau penglibatan keintiman berada pada tahap yang tinggi. Faktor lain yang menggalakkan klien resistan iaitu kesakitan awal, kesunyian, kesedihan yang tidak diselesaikan, mahukan ganjaran, takut ditolak dan tidak mempunyai kepercayaan diri. Klien Resistan Beberapa perkara membuktikan bahawa klien resistan untuk menamatkan sesi seperti (1) Banyak bertanya di akhir sesi (2) ingin mengadakan banyak temujanji ketika matlamat telah dicapai. Selain itu, klien akan juga menambahkan persoalan-persoalan baru yang bukan berkenaan dengan dirinya seperti kemurungan atau kerisauan. Resistan klien ini akan menyebabkan penamatan lebih sukar. Ada kalanya, klien akan menyakinkan kaunselor bahawa kaunselor sahaja yang dapat menolongnya. Kemudian, kaunselor mungkin merasa berkewajipan untuk meneruskan sesi kaunseling. Lerner & Lerner (1983 dalam Gladding, 2000) menjelaskan klien yang resistan seringkali takut untuk berubah. Ada kalanya mereka takut mereka tidak dapat berfungsi baik tanpa kaunselor. Cara yang terbaik untuk mengelakkan resistan ialah proses penamatan dijalankan secara beransur-ansur Cormier & Cormier (dlm Gladding, 2000). Sesi akan menjadi semakin berkurangan dan kaunselor akan memberi tumpuan kepada kemahiran, kebolehan dan sumber klien. Kaunselor Resistan Resistan bukan sahaja berlaku kepada klien. Terdapat kaunselor yang menentang untuk menamatkan sesi. Antara sebab- sebab kaunselor resistan ialah kerana klien mempunyai keistimewaan yang menjadi tarikan kepada kaunselor. Goodyear (dlm Gladding, 2000) menyenaraikan beberapa keadaan di mana penamatan mungkin sukar bagi kaunselor iaitu; 1. Apabila penamatan menandakan berakhirnya perhubungan yang signifikan 2. Apabila penamatan membangkitkan kerisauan kaunselor tentang kebolehan klien untuk berfungsi secara tidak bergantung.
  • 13. 3. Apabila penamatan muncul, kaunselor rasa bersalah kerana tidak melaksanakan tugas dengan efektif. 4. Apabila klien mengancam meninggalkan kaunselor dalam keadaan mendesak dan marah. 5. Apabila penamatan menunjukkan berakhirnya pengalaman menarik kaunselor 6. Bila penamatan menandakan berakhirnya pengalaman pembelajaran kaunselor (contoh, kaunselor mungkin bersandar pada klien untuk mempelajari tentang dynamic disorder atau subbudaya yang khusus). Susulan Proses susulan berlaku apabila kaunselor menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukan perancangan selepas proses penamatan dilakukan. Tujuannya ialah untuk penyeliaan yang positif yang menggalakkan pertumbuhan klien. Susulan penting kerana ia dapat meneguhkan dapatan klien yang berlaku dalam proses kaunseling. Susulan juga membantu kaunselor dan klien menilai semula pengalaman. Ia menekankan pada sikap kaunselor yang tulen dan mengambil berat. Susulan dijalankan sama ada dalam jangka masa pendek (3 hingga 6 minggu) dan jangka panjang (sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan). Susulan dilakukan dalam banyak cara. Kebiasaanya empat cara digunakan iaitu; 1. Menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan berterusan dalam memenuhi matlamat yang ingin dicapai. 2. Melalui telefon, klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal 3. Kaunselor menghantar surat kepada klien bertanyakan perkembangan terkini dan 4. Kaunselor menghantar kepada klien soal selidik berkenaan dengan tahap kefungsiaan terkini klien dan ini dilakukan menerusi pos . Proses Rujukan Shertzer & Stone (1980) menjelaskan tindakan merujuk individu kepada pihak atau agensi lain adalah bertujuan untuk membantu kepakaran yang tidak ada dari sumber dalaman kaunselor. Selain daripada itu, rujukan juga boleh dilakukan di sebabkan oleh etika atau alasan peribadi. Cormier & Hackney (2001) menjelaskan rujukan melibatkan beberapa langkah iaitu;
  • 14. 1. Mengenal pasti keperluan untuk merujuk 2. Menilai potensi sumber rujukan 3. Memperlengkapkan klien untuk dirujuk 4. Menyelaraskan perpindahan Keperluan Merujuk Keperluan merujuk berlaku apabila kaunseling yang sedia ada tidak dapat menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh klien. Adakalanya juga, keperluan dari segi gender, etnik, budaya dan berkaitan dengannya memerlukan kaunselor membuat rujukan. Kebiasaannya klien biasanya akan menentang untuk dibuat rujukan. Kaunselor akan menerangkan risiko yang akan diterima dengan berbincang berkenaan klien yang mudah dilukai dan memberi sokongan kepada klien. Membuat Rujukan Terdapat lima sumber utama klien dirujuk kepada seorang kaunselor iaitu; - Pemerhatian kaunselor sekolah - Guru atau kakitangan sekolah. - Individu atau agensi dalam komuniti - Ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan - Rujukan klien sendiri. Setiap sumber rujukan ini membuat satu penentuan sama ada perlu atau tidak merujuk seorang individu kepada kaunselor berdasarkan pemerhatian, maklum balas daripada individu lain, berhubung secara langsung atau rekod lepas individu tersebut. Pemerhatian Kaunselor Sendiri Kaunselor meluangkan masanya untuk memerhatikan tingkah laku seorang individu, mengulas rekod di sekolah atau agensi dan membincangkan isu yang berkaitan dengan individu seperti guru atau profesional yang lain. Dengan demikian, kaunselor akan mengenal pasti individu yang perlu dirujuk. Guru Dan Kakitangan Sekolah.
  • 15. Di sekolah, guru, pentadbir dan staf sokongan juga boleh mengenalpasti individu yang memerlukan bantuan kaunseling. Individu yang selalu menghadapi masalah disiplin di sekolah boleh dirujuk untuk mendapatkan bantuan dalam proses mengubah tingkah laku maladaptif. Tingkah laku individu yang menyebabkan masalah utama sama ada terhadap individu tersebut ataupun individu lain adalah antara kemungkinan yang menyebabkan mereka dirujuk kepada kaunselor. Individu Atau Agensi Dalam Komuniti Rujukan juga boleh datang daripada beberapa agensi sosial dan individu dalam komuniti. Ibu Bapa, Ahli Keluarga Dan Rakan-Rakan Ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga yang lain atau kawan- kawan juga boleh merujuk individu yang memerlukan bantuan daripada kaunselor. Kebanyakan rujukan dilakukan dengan menyertakan sekeping surat rujukan ataupun melalui satu laporan yang dibuat secara lisan menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya dirujuk untuk mendapatkan manfaat daripada proses kaunseling. Maklumat tambahan haruslah dikumpul dan dianalisis oleh kaunselor lain bagi setiap kes yang dirujuk oleh sumber rujukan. Daripada maklumat yang sedemikian, kaunselor boleh mengenal pasti punca-punca setiap isu yang dibawa oleh setiap klien yang dirujuk. Walau bagaimanapun, kaunselor harus menghubungi sumber rujukan yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan maklumat yang diterima. Kaunselor haruslah memberitahu sumber rujukan tentang apa yang mungkin diharapkan sepanjang proses menolong dalam sesi kaunseling. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menolak rujukan tersebut yang biasanya agak rumit, beberapa bantuan haruslah diberikan kepada klien atau sumber rujukan dalam usaha mendapatkan bantuan yang bersesuaian Sekiranya ahli adalah tidak berkemampuan menjadi profesional dalam memberikan bantuan kepada seorang klien, ahli haruslah mengelak daripada memulakan perhubungan kaunseling atau ahli menamatkan sesi kaunseling. Dalam salah satu daripada situasi tersebut, ahli adalah diwajibkan untuk merujuk klien tersebut kepada seorang kaunselor yang bersesuaian. Ini adalah satu tugas atau tanggungjawab kepada ahli yang mempunyai matlamat berkaitan dengan sumber rujukan supaya berbincang dengan kaunselor tersebut sebelum memulakan
  • 16. proses rujukan. Sekiranya klien tersebut menolak cadangan rujukan, kaunselor adalah tidak dibenarkan untuk meneruskan perhubungan menolong. Syarat-syarat yang harus di ambil kira dan dipertimbangkan dalam membuat rujukan adalah seperti berikut; 1. Adakah rujukan itu satu keperluan? Keperluan haruslah ditentukan sama ada masalah tingkah laku klien adalah jenis yang memerlukan perubahan. 2. Adakah klien berminat? Perubahan tingkah laku akan menjadi lebih senang sekiranya klien mempunyai minat dalam mengubah tingkah lakunya. 3. Adakah masa yang diperuntukkan dan kemudahan yang disediakan mencukupi? Satu persediaan garis kasar pelan rawatan yang berkemungkinan haruslah disediakan dengan masa dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan pelan rawatan tersebut. 4. Bolehkah satu persetujuan secara kontrak dilakukan? Persetujuan sedemikian adalah perlu sekiranya keputusan untuk memberikan rawatan kepada klien telah diambil. Persetujuan di antara kaunselor-klien perlu digunakan sebagai pengantara sepanjang sesi kaunseling ini dijalankan. 5. Adakah saya merupakan seorang kaunselor yang secara profesionalnya layak untuk membantu klien tersebut? 6. Adakah diri saya mempunyai kelemahan yang berkemungkinan menyebabkan saya gagal memainkan peranan secara efektif dengan klien. 7. Adakah terdapat individu lain atau agensi yang lebih baik untuk menolong klien tersebut ? Tujuh persoalan yang disenaraikan di atas haruslah dipertimbangkan untuk menyediakan satu kerangka kerja di antara kaunselor yang boleh mengambil keputusan sama ada seseorang klien itu harus dirujuk kepada seseorang kaunselor yang lain, ditamatkan atau diberi perkhidmatan kaunseling. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan untuk menerima klien, klien haruslah diberitahu tentang jenis-jenis bantuan yang akan diberikan kepadanya, tempoh masa yang akan diperuntukkan dalam
  • 17. satu sesi kaunseling dan penglibatan individu yang dirujuk atau agensi adalah diperlukan dalam proses menolong. Keputusan kritikal yang harus dibuat dalam memproses klien adalah sama ada rujukan tersebut bersesuaian ataupun tidak. Kaunselor akan mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan klien untuk mengambil keputusan tentang kesesuaian kaunseling terhadap klien. Kaunselor akan menganalisis laporan diri klien secara langsung ataupun kaunselor akan meneroka persoalan yang dibawa oleh klien sehingga menjalinkan persefahaman. Dalam kes sedemikian, kaunselor tidak akan berjumpa dengan klien sehinggalah sesi temuduga yang pertama apabila perhubungan kaunseling akan diterangkan. Mengikut prosedur, individu yang dirujuk akan dikenal pasti oleh kerana tingkah lakunya di dalam kelas telah menimbulkan masalah. Dalam situasi ini, kaunselor akan berunding dengan orang yang merujuk pelajar untuk mengumpul ke semua maklumat yang sesuai dan berkaitan dengan tingkah lakunya yang menimbulkan masalah. Kaunselor juga akan menganalisis rekod yang diperolehi bersama-sama dengan sumber maklumat lain yang telah dikumpulkan. Kaunselor akan mengulas dan menganalisis maklumat dengan berdasarkan kepada kecekapan profesional yang ada pada seorang kaunselor dan seterusnya akan mengenal pasti kesesuaian rujukan tersebut. Sekiranya kaunselor mengambil keputusan bahawa rujukan adalah bersesuaian, kaunselor akan menghubungi individu tersebut dan menentukan temujanji klien untuk berjumpa dengan kaunselor. Individu yang merujuk klien tersebut perlu diingatkan mengenai kerahsiaan kaunseling di samping memahami apakah yang diharapkan dalam perhubungan kaunselor-klien. Setelah kesemua makalumat yang berkaitan dengan klien telah dikumpulkan daripada sumber rujukan, kaunselor akan bersedia untuk memulakan sesi temuduga bersama dengan klien. Menilai Sumber Potensi Kaunselor perlu membiasakan dirinya dengan sumber rujukan yang digunakan dalam masyarakat. Dalam beberapa komuniti, perkhidmatan kesihatan mental akan menyenaraikan beberapa senarai agensi am, perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan, yuran dan bagaimana rujukan akan disempurnakan. Direktori telefon Yellow Pages juga membekalkan maklumat sama ada agensi kerajaan dan swasta. Menyelaraskan Perpindahan Apabila kaunselor merujuk klien kepada kaunselor lain, kaunselor berharap rujukan dapat berlaku dengan berjaya tanpa
  • 18. memberi sebarang tekanan kepada klien. Jika klien mempunyai kebimbangan yang tinggi, atau jika kaunselor merasakan klien mungkin tidak boleh menerima rujukan, perhatian yang tertentu akan ditumpukan pada kebimbangan klien. Tambahan kaunselor perlu membekalkan maklumat dalam usaha memudahkan proses rujukan. Memperlengkapkan Klien Untuk Dirujuk Menyediakan klien untuk rujukan mungkin membimbangkan klien. Oleh itu, penting bagi kaunselor untuk meringankan kebimbangan klien dengan memberi tahu klien berkenaan dengan potensi kaunselor baru secara terperinci seperti ciri-ciri peribadi, kecekapan profesional dan kefahaman mereka terhadap rujukan. Berkomunikasi dengan ‘ Receiving Professional’ Sebelum rujukan dibuat, kaunselor perlu memastikan sama ada kaunselor yang ingin dirujuk bersedia atau tidak untuk menerima rujukan. Cara ini akan dilakukan secara berkesan melalui telefon. Ketika klien telah dikenal pasti, perpindahan maklumat tentang kes mesti dinyatakan. Ringkasan kes beserta dengan maklumat demografi perlu dinyatakan. Laporan penamatan akan diterangkan lebih awal dengan tujuan memberikan maklumat yang memadai untuk bertemu keperluan ini. Sebelum menghantar bahan bertulis, kaunselor perlu mendapatkan persetujuan yang ditandatangani daripada klien. Kebanyakan pusat kaunseling menggunakan borang persetujuan yang standard. Hubungan kaunseling Hubungan kaunseling sama ada antara kaunselor-klien atau klien-kaunselor memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu proses kaunseling. Corey (1996) telah menyatakan bahawa hubungan kaunselor-klien bukan sahaja bertindak untuk meningkatkan peluang-peluang bagi klien mencapai matlamatnya, malah bertindak sebagai model untuk mewujudkan perhubungan interpersonal yang boleh digunakan oleh klien untuk mempertingkatkan kualiti bentuk hubungan lain di luar setting kaunseling. RUMUSAN Dalam proses kaunseling, kaunselor boleh melaksanakannya dalam beberapa peringkat. Brammer (1973) telah membahagikan
  • 19. peringkat kaunseling kepada beberapa fasa. Bab ini telah membincangkan secara mendalam fasa-fasa yang terdapat dalam proses kaunseling. Fasa-fasa yang telah dibincangkan adalah fasa satu iaitu fasa sebelum proses kaunseling, fasa dua, semasa proses kaunseling dan fasa tiga iaitu fasa selepas proses kaunseling. RUJUKAN Brammer (1973). The helping relationship: Process and skills. New Jersey: Prentice Hall. Cormier, W. & Cormier, L.S (1991). Interviewing strategies for helpers: Fundamental skills and cognitive behaviour intervention: Pacific Grove CA: Brooks/Cole. Cormier, L.S., & Hackney,H (1999). Counselling strategies and interventions (5th ed). Boston: Allyn & Bacon. Eisenberg,S. & Delaney,D.J. (1977). The counseling process. Chicago: Rand McNally Publishing Co. Gladding,S (2000). Counseling: A comprehensive profession (4th ed). Upper Sadle River. NJ: Prentice Hall. Shetzer, B., & Stone, S.C. (1980). Fundamentals of counselling. Bostton: Houghton Miflin.
  • 20. kemahiran mendengar-kaunseling 1. telinga mendengar 2.mata 1.isi 3.hidung apa yg diceritakan 4.sentuhan 2. pengalamman 3. perasaan